Ogos 09, 2008

Budak Darjah Satu Belajar Pasal Hidup

Satu hari dalam minggu lepas,awek aku masuk ke kelasnya macam biasa.Dia mengajar di sekolah rendah dekat satu kawasan yang boleh dikatakan kawasan pedalaman jugak la.Tiba-tiba,datang seorang budak perempuan dekat dia.Budak ni nak mengadu pasal sorang budak lelaki ni.

"Cikgu cikgu,tengok si Shahrul tu (bukan nama sebenar)"

"Kenapa ngan dia?"tanya awek aku.

"Dia cakap nanti nak romen-romen."

Awek aku agak terkedu sket sebab kelas ni bukan kelas sekolah menengah,bukan kelas budak darjah 6,ni kelas budak darjah 1.

"Pastu cikgu,dia kata nanti nak suruh mak bapak saya romen-romen.Pastu dia kata mak bapak saya mesti dah romen-romen."

Awek aku terdiam kejap (agaknya) pastu dia panggil Shahrul tu."Shahrul,awak tau romen tu ape?"

"Tau cikgu.Romen tu bila pempuan baring dan laki tu naik atas dia."Awek aku masa tu jadi gelabah lak tak tau camne nak counter balik.

"Awak tengok kat mana romen2 ni?"tanya awek aku lagi.

"Saya tengok dalam cerita cikgu.Cerita Remp-It."

Pastu si Shahrul tu pun sebab dah selalu sangat mengeluarkan ayat2 romen ni membuatkan dia dipanggil cikgu disiplin.Dia pun keluar la kelas gi kaunseling.Awek aku pun mungkin sebab ingin tahu lebih lanjut dia pun tanya dekat satu kelas "Kelas,awak tau ke romen tu macam mane?"

Satu budak laki ni angkat tangan beria-ria nak jawab."Hah,awak!"kata awek aku.

"Romen-romen ni macam rogol-rogol la cikgu."jawab budak tu.

"Awak tau ke apa yang diorang buat?"tanya awek aku lagi."Tau cikgu.Mula-mula dia cium-cium pastu laki tu pegang ngan peluk perempuan tu."

"Awak pernah ke tengok orang romen-romen ni?"

"Pernah,banyak kali.Saya tengok cerita melayu.Ada yang ada romen2,ada yang takde."

Awek aku masa tu mungkin dah rase menyesal kot sebab tanya macam2.

"Pastu kan cikgu,saya pernah tengok orang putih punya,romen2 dia lagi "teruk"jawab budak tu lagi tanpa ditanya.

"Kat mana awak tengok tu?"tanya awek aku separa gelabah.

"Saya tengok abang saya tengah tengok.Saya tumpang tengok."

Hehehe...ini cerita benar.Bukan aku reka.Budak darjah 1 dah camni.Aku rasa masa aku darjah satu,apa yang aku tau hanyalah kartun kat Tv dan pegi main2 kat padang.Nak salahkan siapa kalau budak sekolah rendah dah tere benda2 camni.Ade kot budak2 sekolah rendah yang pernah buat apa yang aku sendiri tak buat.


18 ulasan:

  1. huhu mmg btol pn..apa nk jadi dgn budak2 zaman skrang..aku dlu darjah 1 nk maki org pun tak tau..pegi skolah balik skolah pg mengaji,petang main beskal..haha,adey,sedih tol memikirkan apa yang terjadi pada bangsaku ini...

    BalasPadam
  2. aku masa sekolah rendah dulu
    masjid ... surau
    masjid ... surau
    masjid ... surau

    BalasPadam
  3. awek hang keja cikgu ka montot.. best la jd cikgu..cuti byk..

    BalasPadam
  4. mbe ak cte time dia jd ckgu drjah 1 gk dlu lg truk r kot dr pe tot cte, siap bwk vcd lucah kt skolah nk 2ka 2ka ng mbe, uishh mn dpt xtau r, 2 sklah yg kira blah2 timur nun, yg blah2 kL ni xtau r cmn kn.. 2 blm yg nk bantai ckgu sbb bt diorg xsuka, sklah rndah 2 weiii, 2 blm lg yg mak pak msk + klo d ckgu2 yg jentik ank2 diorg sket, uishhh jauh ngt beza zmn ak sklah dlu =p

    BalasPadam
  5. ape jadah ko tulis Anonymous weh.. tak paham aku ..

    BalasPadam
  6. brader wakaka..ye ke ko gi masjid tu..ke ko gi tepi masjid main gasing,hahahha

    buruh,aku paham kot ape yg anonymous tulis tu.cuma kena baca slow2.

    BalasPadam
  7. Kelepet.....memangle jadi cikgu cuti banyak tapi cube nko jadi cikgu, baru nko tahu mcm mane cikgu sekarang...kalau nak dibandingkan ngan cikgu dolu-dolu. Salah satunya, mcm kisah awek si Tot nilah....Setakat ni, takde sape berani jawab salah sape kalu budak drjh 1 dah pandai cakap pasal romen. Salah cikgu yg mengajar atau salah ibu yg mengandung?

    BalasPadam
  8. isk2....ntah pape bdk2 skrg....tot...ajo budak2 tu jgn jadi pervert cam ko...nnt lain plak jadinya....

    BalasPadam
  9. sape ar artis melayu yg jd blue dulu? zarina ape ntah.. tuh la antara gambo bogel terawal aku tgk.. aaa time tuh darjah 4/5 kot

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. woww.. teruk sgt nih. Harap2 anak2 aku dun hv to be exposed at a vry early age. Na'uzubillah

    BalasPadam
  12. hoh, untung jadik bebudak zaman sekarang.. pendidikan dah byk kat tv jek, xyah gi skolah, jimat duit..

    itu lah harga yg perlu dibayar oleh semua negara yg ingin maju dalam serba serbi..

    BalasPadam
  13. ko dah anak ke aweng?
    -yem

    BalasPadam
  14. a'ah yem .. & correction, its anak-anak. heh

    BalasPadam
  15. wahh aweng anak2 ko rambut blonde ke tade rambot? ampun bro!

    nampak sgt citer katun zaman skang tak best hahahaha

    BalasPadam
  16. bukan tu jerr..

    Kwn baik aku punya adik baru tadika, dah ada awek, dashyat tuuu =(

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.