1) Sesiapa yang berada di luar ajaran Kahfi ni bukan orang Islam
2) Orang yang mengikut ajaran hanya boleh memperisterikan mereka yang dalam ajaran.Jikalau bakal isteri tidak ikut,wajib diajak masuk dulu sebelum berkahwin.Kes ini benar2 terjadi dan aku ada kenal seorang dua
3) Tidak perlulah anda menyelamatkan ibu bapa anda daripada kecelekaan (pada mereka Islam di Malaysia bukan Islam sebenar) kerana mereka tidak boleh lagi diselamatkan.
4) Bila dah sampai tahap2 tertentu,tidak perlu lagi bersolat,cukuplah anda menyebarkan ilmu agama dikalangan pengikut taraf bawah
5) Puasa?Zikir?Semua tu tak perlu.Yang penting amalan2 kita semasa mengajar ilmu agama di rumah2 kedai.Cukup untuk membersihkan dosa,cukup untuk jalan ke syurga
Banyak lagi la undang2 dia.
Macam mana nak kenal Ahli Kahfi:
1) Mesti malam2 selalu hilang dari jam 8.30 sampai ke 12:00 malam
2) Malam2 pakai baju kerja (kemeja)
3) Duit selalu hilang tatau ke mana
4) Bercakap macam orang pandai agama tapi tak solat pun.
2) Malam2 pakai baju kerja (kemeja)
3) Duit selalu hilang tatau ke mana
4) Bercakap macam orang pandai agama tapi tak solat pun.
Apa yang aku boleh bagitau,berhati-hati dengan orang2 sekeliling anda.Mereka ini sangat pandai berahsia.Kalau ada kawan2 anda yang selama ni solat tak pernah cukup tapi tetiba duduk dalam bilik dan baca tafsir Quran,berwaspadalah.Kalau tiba2 ada kenalan anda yang mengajak anda join kelas agama,tanya dulu di mana.Wujudnya ajaran ni telah menyebabkan berpecah belah kawan2 kerana pada pengikut ajaran ni,mereka akan memandang anda seumpama anjing kerana kita bukan orang "Islam"
Jadi,pada aku persoalan aku kebelakangan ni memang dah terjawab.Kenapa ada jugak orang yang percaya dengan kepimpinan UMNO padahal dia tau banyak benda yang tak betul berlaku?KAlau ada orang Islam boleh percaya pasal Rasul Melayu dan Ajaran Kahfi yang ada negara Islam dekat negara yang ada 4 musim,tak mustahil,ada orang boleh terima politik UMNO.
Tujuan aku menceritakan pasal benda ni sebab aku nak anda semua aware.3 minggu lepas,aku berborak dengan member aku sorang ni.Dia ada bukak kompeni dengan share partner dia,masalahnya share partner dia dah kebas habis duit kompeni 2 ratus ribu.Selidik2 rupa-rupanya share partner dia ni menggunakan duit2 tu untuk membiayai Ajaran Kahfi ni.Dia bagitau aku "Tot,lepas jadi benda ni,ni lah first time aku dengar pasal ajaran sesat ni."
Aku terdetik nak cerita sebab aku tau pasal benda ni dan aku rasa ni tanggungjawab aku kena bagitau supaya takde lagi pemuda2 macam aku termasuk dalam ni.Aku solat 5 waktu tak lengkap pun dan aku pun bukan tere bab2 agama ni tapi aku ceritakan ni sebab aku tau pasal benda ni dan aku nampak ramai lagi orang tak tahu.
Apa-apa soalan atau komen,post la comment anda.Kalau anda ahli Kahfi ni dan terbaca post aku ni,kalau rasa2 tersedar,baguslah.Ajaran ni hanya menggunakan dan memutar belitkan akidah anda untuk mengaut keuntungan duit free.
Untuk bacaan tambahan dan ilmu
Ajaran Pemuda Kahfi
Pemuda al-Kahfi
Ayuh Banteras Kahfi
Akar,Buah,Batang
Sehingga sekarang ni Ajaran ni masih bergerak bebas secara underground.Sangat2 sukar dikesan kerana tiada sesiapa pun termasuklah ahli2 nya juga yang mengetahui siapa "Kepala" kepada ajaran tersebut.Mungkin mereka yang terlibat ni kawan baik anda,adik anda,abang anda,kakak anda,suami anda,isteri anda..mereka sangat2 berahsia dan sangat2 pandai menutup jejak.
Jaga-jaga dan hati-hati.
Sekali sesat jalan kita boleh patah balik.Bila hati kita sesat,susah nak dipulihkan semula.
Gambar sekadar hiasan
naseb baek ko ada tulis "gambar sekadar hiasan". hampir2 aku ingat ajaran kahfi berbuat sebegitu .. niahaha.
BalasPadamapa2 pun tot. terima kasih la pasal cite mendalah ni. sebab hidup aku, lebih 12 jam hanya depan pc. paper mainstream dan berita tv langsung aku tak tgk. so dgn adanya kisah2 sebegini, bleh gak la jadi peringatan kat aku dan member2 lain. tenkiu tot!
tot cite ayah pin takde ke... nak tau gak...
BalasPadamkasihan deh lu ...
BalasPadamaku rs aku pnah terlibat ngan kahfi2 nih tp aku chow lepas byk kali didesak bayar yuran yg makin meningkat tiap bulan, hahahahah! aku dh la xde ptptn.alasan student xleh pakai sebab yuran ni utk jalan Allah.
BalasPadamKumpulan ini masih ujud dan masih mencari ahli-ahli baru.Yang terbaru ada perjumpaan di area Subang Perdana,selangor,member aku ada 2 org masuk benda ni.....masih aku cuba untuk perbaiki iaorang ni...pandai menjawab dengan ayat2 al quran,tapi kekadang tu cam burung kakak tua gak...
BalasPadamaku pun ada dengar2 gak member aku cite.. memang kalo pegi belajar mende ni, dorang smart je, pakai kemeja sume.. pastu dorg petik satu ayat Quran, jelaskan maksudnya, pastu dorg petik lg satu, kali ni dr surah len lak, bterusan la, jap selak blakang, jap selak depan.. yuran tu wajib lak, berapa yg kite blanje, byk tu gak ar yuran kite kene bayar.. pastu ade gak yg kate name siap ada Din kat blakang, contohnya Sharifudin, lagi dorg suke sebab senang nak masuk ajaran agama..
BalasPadamajaran ini memang berahsia kerana berpegang dengan ayat 60;1.... nyaris2 aku terjebak... tapi bila depa nak pow aku...aku rasa lain macam...banyak wooo
BalasPadamAt this time I am ready to do my breakfast, afterward having my breakfast coming
BalasPadamyet again to read other news.
Also see my page: free 3 sim cards
My brother suggested I might like this website.
BalasPadamHe was entirely right. This post actually made my day.
You can not imagine just how much time I had spent for this information!
Thanks!
Here is my blog post : Super Duper Swing Sets for Kids
Sekarang.. 2014 masih ada lagi ajaran ni.. Saya tak pernah sangka benda ni akan terjadi.
BalasPadamKawan saya terlibat dgn ajaran ini..
Pada mulanya, saya rasa bagus bila dia mengikuti kelas tafsir al quran.
Tetapi sampai satu masa, dia mula menyampaikan al quran kpd saya.
Dgn cerita yang pelik saya dengar dpd dia.. Saya rasa dia sudah tersesat.. Tetapi masih tidak menyedarinya.
Apa yg saya perasan, mereka tidak akan menjawab salam.. Hanya mengucapkan "damai sejahtera". Tidak solat, tidak puasa, haji diperlekehkan..
Jika ada yg mempersoalkan tentang ayat-ayat al quran, mereka akan menyindir balik dgn mengatakan ini adalah ayat dpd tuhan.
Hari kiamat bukan bererti kehancuran tetapi hari kebangkitan.
Sungguh saya rasa ini sudah terlalu menyimpang dari ajaran Islam.
Walaupun golongan ini menggunakan al quran sebagai medium utama dlm penyampaian, tetapi jika ianya ditafsir dgn sesuka hati, adakah itu perlu diikuti?
Mohon dibanteras kegiatan ini sehingga ke akar umbi kerana ia boleh memecah belahkan hubungan antara keluarga, saudara-mara, rakan-rakan, masyarakat.
assalammualaikum
BalasPadamsaya bekas jemaah mereka. lama juga. anak didik pun banyak. sampai 1 ketika jiwa saya terasa kosong, spt tidak dpt dipenuhi dgn ajaran2 ini.
masih terasa ada yg kurang. saya berdoa mohon petunjuk...kerana utk keluar dan membebaskan diri drp ajaran ini amat payah walau saya dah blah.
kemudian saya terfikir, iblis / azazil juga asalnya malaikat, sangat hebat bab ugama. malah hidup sblm adam lg. bermakna dia ada pengetahuan semenjak adam hinggalah muhammad saw. jd ilmu2 sebegini adalah mainan iblis. kerana apa? hanya iblis syaitan takut memberi dan menjawap salam. iblis syaitan je xsolat, xpuasa, xp haji dll yg dituntut dlm islam.
lgpun hati ini cermin, bagaimana ahklak maka begitulah hatinya. jika masih berbuat dosa, maka adalah sesuatu yg masih tidak betul pd pegangan kita. mmg benar manusia yg hidup di muka bumi dan berpandukan al quran merupakan akidah kita, tp bila tidak sujud kpd allah....maka di manakah perhambaan kita kpd rabbul alamin?
allah tidak boleh di samakan dgn sesuatu, tidak boleh disamakan dgn negara, pemimpin. mereka amat fail dgn sifat 20. bab pow duit nombor 1. namapun ajaran drp indon, semua kene cas. puiiii!!!
Bguslah abg dh brubah . Sy harap bakal tunang sy dpt prtunjuk secepat mungkin . Klu tak pon sy akn undur diri . Die baru lagi tp trlalu taksub . Die ajak sy bljar . Tp sy takan terjebak .
PadamKepada yg berkenaan, terutamanya jabatan agama tolonglah banteras ajaran nie...penuh tipu daya muslihat, menggunakan Al-Quran tetapi memanipulasikan ayat2 Quran tersebut (takwilan) tanpa merujuk kpd tafsir yg muktabar yg disepakati oleh para ulama...saya sendiri masih lagi dlm kumpulan ini dan amat bercanggah dgn fahaman ahli sunnah waljamaah yg difahami umat Islam di seluruh dunia...sesiapa sahaja yang tidak sependapat dgn mereka dikira kafir dan musyrik, walaupun ibu bapa kita sendiri...mereka yg masuk ajaran ini sebenarnya mempunyai sifat yg ikhlas dan niat yg baik tetapi tidak mempunyai ilmu basic yg kuat menyebabkan mereka semberono dan tidak berfikir panjang menyertai kumpulan ini, ini disebabkan oleh doktrin ajaran pemimpin kumpulan ini yg menggunakan Al-Quran dlm hujah dan penyampaian mereka...setiap Pertanyaan akan dipatahkan oleh hujah2 mereka...mereka mengatakan tafsir Al-Quran semuanya bathil malah mereka bersifat 'selective' terhadap hadith...mereka juga mengatakan bahawasanya hadith lah menyebabkan perpecahan ummat Islam...padahal mereka juga membuat takwilan/bayyinaat sesuatu ayat mengikut kefahaman akal semata-mata...tambahan pula, hadith pun tidak mengetahui sanad, rawi, ahad, mutawatir dsb...mereka blh dikatakan dhoil hadith...lemah dlm ilmu hadith...segala cerita di dlm Al-quran adalah cerminan diri soal kafir, fasiq, munafiq, zalim, taghut, yahudi, shaitan , malaikat hatta nabi adalah pada diri manusia itu sendiri, kerana sesiapa shj yg membaca Al-Quran itu maka al-quran itu terpalit kpd sesiapa yg membacanya (reflected)...tidak akan sama manusia itu dengan nabi...dan tiada lagi kenabian/kerasulan selepas Nabi Muhammad s.a.w...perkara yg amat meragukan saya adalah sistem negara Islam, di mana negara itu ghaib dr pengetahuan kami yg masih lagi baru...persoalannya, jika benar negara tersebut wujud adakah kita dpt tinggal di dlm negara tersebut atau hanya sekadar melawat shj...semua negara pada Pandangan mereka adalah kondisi Makkah atau negara yg bathil kerana tidak menaikkan hukum Allah sebagai hukum negara 5:50 (RMU)...jika begitu keadaannya semuanya sudah kafir sejak berkurun-kurun lagi...hanya mereka sahaja yg Islam dan golongan yg sedikit bersyukur spt mana di dlm Al-quran...merekalah the chosen people, sama spt mana yg dicanangkan oleh kaum yahudi skrg ini...amat byk sebenarnya yg saya mahu kongsikan, tetapi cukuplah sekadar itu dahulu...sy mintak pihak berwajib segera menyelamatkan aqidah umat yg terpesong ini supaya kembali kpd ajaran Islam yg sebenar yg difahami oleh sahabat dan tabi'in ...
BalasPadam