Sama seperti terlalu mengharapkan sebuah cerita/movie yang akan ditonton terlalu best,aku ke Aquaria hari Ahad hari tu dengan harapan yang sangat besar.
Sampai dipintu masuk Aquaria,aku tengok bayaran dia Rm28 untuk pemegang MyKad.Rm38 untuk pelancong.Tengok duit dalam wallet ade RM40,cukup la tu.Aku pun beli tiket masuk untuk menerokai alam akuatik yang sangat misteri.Eh,ini macam tepi pantai biasa je,fikir aku pada display pertama yang kelihatan dalam balang kaca.Kemudian ada lah satu ikan sama rupa macam ikan sembilang tapi lagi besar.Aku rasa ikan sembilang pun boleh jadi lagi besar dari tu.
Aku teruskan perjalanan aku.Ada Ikan Piranha Perut Merah.Nampak cam baik je ikan-ikan tu.Aku datang situ sebab nak tengok mcm mane ikan piranha attack orang.Mungkin pihak aquaria boleh mengubah display ikan piranha itu.Buat undian setiap minggu,menteri kerajaan mana yang layak dijadikan lauk ikan-ikan tersebut dan kenakan bayaran kepada untuk melihat menteri-menteri tersebut dilahap.Aku sanggup bayar RM50 kalau macam tu dia nye display.
Tepi ikan piranha ada penyu.Penyu ni kaler putih,memang pelik.Boleh tengok macam mane rupe dia dalam cerita Finding Nemo,sebijik.Baik je penyu tu berenang-renang,siap posing keluarkan kepala dari dalam air.Aku nak try pegang kepala dia tapi sebab ada minah tengah jaga display tu,aku membatalkan niat aku.
Bila kita teruskan lagi selepas tu,mulalah Aquaria ni merepek.Nama Aquaria.Tapi apa yang ditonjolkan selepas tu hanyalah Kala Jengking,Labah-labah,ular dan seekor kura-kura yang pelik rupa dia.Mcama rupa naga dalam game Final Fantasy.Iguana yang selalu orang bela pun ada.
Kemudian bila sampai dekat tangga turun ke level berikutnya,anda akan nampak satu balang kaca yang sangat besar menempatkan ikan2 yang takde la special sangat.Aku sabar lagi,fikir sebab RM28 punya pasal.Ada la gerai2 yang menawarkan khidmat melukis karikatur dengan harga RM30 (tak silap aku).Aquaria - Karikatur : Macam tak masuk lak.Dekat tempat lain RM15 je.Kalau nak murah lagi gi kat Kompleks PKNS Bangi carik satu kedai jual lukisan.Member aku nye kedai.
Takpe,sabar-sabar.Mungkin banyak lagi benda ni,menyedapkan hati aku sendiri.Aku terus dan sampai la dekat tunnel underwater.Hah,ni baru menarik fikir aku.Sebab gelap punya pasal dan agak culture shock sbb ada jerung betul2 atas kepala aku dengan jarak beberapa sentimeter je,aku tak perasan ada jalan automatik dalam tunnel tu.Hampir-hampir aku tergolek kat situ dan ada 2 orang awek gelakkan aku.Kontrol lagi lepas tu,takde hal.
Bila masuk tunnel tu barulah aku rasa aku dalam Aquaria.Memang menakjubkan tengok jerung,ikan pari,ikan-ikan lain semua berenang.Pernah tak korang nampak ada satu ikan yang dikatakan rupa manusia?Tulah ikan pari dari pandangan bawah.Memang geli beb tengok ikan pari nye insang.Jerung,huuhuuu..memang seram tengok dia.Dekat je,betul2 depan mata dia berenang-renang.
Dalam tunnel tu ada beberapa ekor ikan jerung dan yang paling besar aku rasa 10 meter.Mengikut kata announcer tu,saiz dia kita nampak 30% lagi kecil dari saiz sebenar.Jadi sebenarnya ikan2 kat dalam tu lagi besar dari pandangan mata.Melihat sendiri gigi ikan jerung depan memang membuat sesiapa seram sejuk.Gigi dia ada berapa lapis tah,aku tak sempat nak kira.
Jadi lepas mencuba sebaik mungkin mendapatkan gambar gigi ikan jerung,aku pun ikut lah jalan dia.Aku try ketuk2 gelas dia mane lah tau diorang pakai kaca murah (biasalah Malaysia,nak save kan budget maksimakan keuntungan) dan nasib baik glass dia memang tebal.
Selepas melalui tunnel underwater sepanjang 400 m camtu,bila keluar,aku terasa seperti "Eh?Itu aje ke?"Pada pandangan aku,cas kemasukan tu terlalu tinggi.RM28 tu banyak tu.Apa salahnya diorang turunkan ke RM15 sebab aku rasa kalau RM15 berbaloi.Nak tarik orang ramai masuk situ dengan price macam tu aku rasa ramai yang tak berkemampuan.
Kalau datang satu keluarga mak,bapak dan dua anak (budak-budak RM18) total belanja untuk tengok Aquaria ni dah jadi RM92.00.Aku rasa takde salahnya kalau caj masuk dikurangkan untuk tarik golongan2 yang kurang mampu melawat.Daripada kehilangan pelawat lagi baik murahkan caj dan benarkan lagi ramai orang datang.
Jadi,pada aku RM28 tu tak berbaloi sebab tak banyak benda sangat nak ditonjolkan.Mungkin adanya kedai-kedai karikatur tu adalah satu percubaan untuk mengaut balik jumlah kos yang hilang tapi bila Aquaria dah mengenakan caj-caj yang hanya sesetengah golongan mampu masuk,itu hanya akan menolak lebih ramai orang daripada berkunjung.
Memang best tengok tunnel tu,satu pengalaman yang aneh pada aku.
Harap maaf kualiti gambar kurang memuaskan.Pihak Aquaria tak bagi pakai flash.Nanti penyu marah.
tot. ko pakai 50mm ke?mmg lah kalu pi underwater world ke, aquaria ke, flash di larang sama sekali.takut ikan buleh terperanjat dan mandul~
BalasPadamak aah,aku pakai 50mm sbb itu je yg cukup terang kat situ tanapa flash.
BalasPadamikan tu dia mandul ke mati pucuk?
http://bp2.blogger.com/_QycFlmCOSXA/SE6V-vowEmI/AAAAAAAAA4c/VoYFH6fXstg/s1600-h/DSC05859.JPG <-- mcm spesis anak alien dlm crite Alien
BalasPadam