Jun 16, 2008

Harga ayam RM8 sekilogram berpatutan KEPALA HOTAK KO!


KUALA LUMPUR: Kenaikan harga ayam kepada RM8 sekilogram daripada harga siling RM6 yang ditetapkan kerajaan adalah tidak ketara dan berpatutan, menurut Persekutuan Penternak-Penternak Malaysia (FLAM) hari ini.

Pengerusi Unit Ayam Daging FLAM, Kwei Yew Tong, berkata harga siling RM8 sekilogram di Semenanjung tidak harus dianggap sebagai kenaikan mendadak.

“Penetapan harga siling ayam sebanyak RM6 sekilogram tidak lagi berpatutan atau sesuai memandangkan peningkatan kos pengeluaran dan kos menjalankan perniagaan pada masa ini.

“Ketika FLAM tidak mempunyai kuasa mengawal cara pemborong dan peruncit menjalankan perniagaan masing-masing, kami percaya harga yang dikenakan oleh mereka masih berpatutan dan adil bagi peniaga dan pengguna,” katanya katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kwei berkata memandangkan kenaikan kos menjalankan perniagaan di peringkat pemborong dan peruncit, maka harga ayam standard harus dijual dalam lingkungan RM6 hingga RM9 sekilogram.

Sebuah akhbar berbahasa Malaysia hari ini melaporkan bahawa harga ayam di beberapa bandar utama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak melonjak kepada RM8 sekilogram. — Bernama

Kalau harga ayam naik RM8,tu maknanya ayam dah naik RM2.50 satu kilogram (aku beli biasanya Rm4.50-RM5.50 sekilogram) jika secara averagenya ayam seberat 1.2kg.

Harga lama ayam = RM6.60
Harga baru ayam = Rm9.60
(purata ayam seberat 1.2 kg)

Perbezaan harga kat situ dah RM3.Jadi biasanya ayam ni kalau dijual kat kedai dipotong jadi 8 bahagian,jumlah value 1/8 ayam tersebut ialah Rm1.20.Kalau kita tengok kat situ nampak still murah lagi tapi sedar tak kita kedai2 nasi ayam semua dah terpaksa naikkan harga 50 sen.

Hari tu aku pegi makan Kenny Rogers dengan member aku,biasa aku makan 1/2 ayam.Dulu harga dia RM18.90.Sekarang ni dah jadi RM25.50.Kalau aku ambik quarter,dulu harga dia RM12.90,sekarang dah jadi RM15.90.Terpaksa la aku ambik quarter je.Tanye minah waiter tu,bila naik ni?Dia kata awal bulan 5 aritu.Aku kalau ikut nak blah je la,dah tak value for money lagi

Aku sedih sebab ada 3 benda:

1)Aku suka makan ayam

2)Kerajaan kita "genius" dan "sangat prihatin" dengan kebajikan rakyat bila diorang announce kenaikan tu "munasabah"

3)Kalau Kenny Rogers naikkan harga dia jadi camtu,kenapa aku nampak kenaikan harga Kenny Rogers tu dengan kenaikan harga ayam tak seimbang?Kerajaan ku sayang,tolong siasat sikit!

Apasal ayam dalam gambar tu nampak sedap sangat aa?Bila aku cerita pasal kedai nasik ayam sedap barulah nak announce benda2 bangang camni.





2 ulasan:

  1. Saya pon slalu makan kat kenny rogers . Harga quarter meal 12.90 & half meal 18.90 tu harga 5 or 6 tahun lepas rasenye. Sebelum bulan 5 ari tu quarter meal 14.90 & half meal 23.50.
    Semua fast food company ade review price ikut financial year diaorang. Aku tau coz kawan aku penah keje fast food. So salahkan kerajaan coz tak monitor harga kawalan & naikkan harga macam2 benda. Lagi satu kenny rogers naikkan awal bulan 5. maksudnye sebelum harga minyak NAIK. Fikir2 le kawan......

    BalasPadam
  2. Kedai makan biasa pun dah naik harga, inikan pulak Kenny's. Aku makan nasi paprik RM5.50 haritu, humang aih mahal nak mampos. Biasa RM4 je. Hangin aku, komplen dia buat tak layan. Pundek.

    Cakap pasal makan ni. Bila nak lepak Oldtown Mantot?

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.