April 10, 2008
Penantian Yang Penuh Teka-Teki
6 bulan untuk memilih.
Teruskan hidup,lupakan seketika pembangunan moden dan kencang.Hidup dengan penuh kesederhanaan atau kembalikan negeri anda ke tangan BN.
Itulah situasi yang akan dihadapi khususnya golongan peniaga dan golongan yang bergantung hidup kepada taraf ekonomi.Tekanan atau boikot kerajaan Pusat kepada 5 keraajan negeri memang sudah kelihatan.Dengan penubuhan "shadow cabinet" oleh Khir Toyo Mat Tempe di Selangor dan desas desus mengatakan banyak projek2 di Pulau Pinang akan dihentikan akibat daripada kejatuhan Pulau Pinang kepada DAP,sudah nampak Kerajaan Pusat sedang mengenakan taktik terpakai mereka.
Sekat aliran duit dengan menggunakan strategi Wang Ehsan,pengundi akan kembali beralih kepada Barisan Nasional.
Lihat pada negeri Terengganu di mana kerajaan PAS hanya dapat memerintah selama satu penggal saja.Mungkin rakyatnya tak tahan dengan ketiadaan pembangunan.Kelantan pula sudah 18 tahun dipegang PAS dan nampaknya tempoh itu akan berterusan.
Jadi lihat diri anda jika anda orang Kedah,Perak,Selangor dan Pulau Pinang.Mana yang anda mahu?Kembalikan negeri anda ke tangan kerajaan zalim itu yang mengamalkan sistem wang ehsan bukan untuk meraih kembali sokongan atau membantu kerajaan negeri tetapi sebaliknya memaksa anda kembali menerima mereka ini.
Takpun teruskan saja kehidupan anda,pedulikan projek2 mega,biarkan orang kata negeri anda takde bangunan2 tinggi ataupun negeri kuno tapi hidup dengan kos yang lebih rendah akibat daripada pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan.
Kerajaan Zalim memang tak boleh bertolak ansur langsung.It's either you are with us or you are against us.Macam mana nak maju.Otak pemimpin2 tu sendiri masih di takuk dunia ketiga tapi poket nak penuh saja macam negara2 maju lain.Kemampuan kerajaan Zalim ni untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat memang takkan terhasil.
Tukar kepala kerajaan sekarang,masalah sama akan timbul.
Tukar kerajaan,haha,itu lain cerita.
Jadi,aku sekarang hanya menunggu masa untuk Anwar Ibrahim kembali.14 April 2008.Ada perhimpunan dekat Kampung Baru dan nanti siap ada countdown kembalinya Anwar Ibrahim ke gelanggang politik Malaysia.14 April 2008,itu adalah Hari Kemerdekaan untuk Anwar Ibrahim secara individu.
Jika benar teori "Trojan Horse" Anwar Ibrahim dengan meletakkan orang-orang nya dalam Parlimen BN tempoh hari,mungkin ada harapan dan ada benarnya 34 orang ahli Parlimen akan berpaling tadah kembali ke Pakatan Rakyat.
Dan mungkin signal Anwar Ibrahim untuk mengarahkan orang-orangnya keluar daripada "Trojan Horse" akan diberikan tak lama lagi,kerana mereka tahu 6 bulan hidup bergantung wang ehsan akan mengakibatkan mungkin 3 negeri Pakatan Rakyat akan jatuh kembali ke Kerajaan Pusat.
Mungkin Anwar hanya menunggu tarikh yang lebih sesuai.
31 Ogos 2008 mungkin tarikh yang sesuai untuk Kemerdekaan Malaysia semula.
Politik politik jugak. Cerita kandang babi Selangor camner bro.. tak kan nak dibiarkan jer. tak de liputan ker? Aku tau kau orang Utara, tapi kalau kandang babi 5 minit jer dari rumah bapak kau kau pun hangin jugak tul tak. cina bela babi kaya raya, kitorang ni jugak yang merana.
BalasPadamhttp://www.drkhir.blogspot.com/
BalasPadambro...nak cerite psl kandang babi ni..ko tanye kat blog tu.
die yg bagi permission.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamhttp://www.sun2surf.com/article.cfm?id=21399
BalasPadamYou are such a factual person when you scribble your views. I am nobody but i shall categorised you as 'Awesome Blogger'. Keep it up bro.
BalasPadamkerajaan PR di negeri lain selain kelantan juga wajib bersyukur kerana dapat mewarisi harta dan kemewahan hasil kerajaan BN yg kita duk kutuk2 tu... pandai2 lah nak mentadbir... kalau dpt mcm kelantan... penin gak PR nie nak lengkapkan manifesto yg di war2 kan tu...
BalasPadam