April 24, 2008

Kepimpinan Malaysia Kempunan Telur Ikan Tembakul


Tentu anda semua mengetahui kisah Batu Belah Batu Bertangkup.

Aku tak tau lah,dulu masa aku kecik2 aku memang marah betul dengan anak lelaki dia,si Pekan sebab ambik jugak telur ikan tembakul Mak dia.Kesian betul mak dia kempunan telur ikan tembakul.

Tapi sekarang ni,aku rasa,Mak dia yang silap.Mak dia tu buruk perangai.

Fikirlah,anak kecik anda mintak makanan.Aku rasa,sebagai ibu bapa yang baik,walaupun anda tak dapat makan,tentu anda akan pastikan yang anak anda kenyang dulu baru anda.Dah lah lepas tu dia pergi bunuh diri dekat Batu Belah,anak2 dia tu siapa yang nak jagakan?Pada aku,Mak dia seorang yang pentingkan diri sendiri.Dia marah sampai sanggup buat macam tu dekat anak2 dia.

Dia bukan ibu yang baik sebab ibu bapa penyayang akan dahulukan anak.

Dan situasi tu sekarang nampak berlaku kepada kepimpinan Malaysia di mana lebih ramai pemimpin di Malaysia yang "kempunan telur tembakul" dan mesti merasai keenakannya.Tapi masalahnya,dah tak dapat telur ikan tembakul,bukannya diorang nak pegi bunuh diri,tapi still terkejar2 nak jugak rasa.

Rakyat yang sepatutnya dianggap sebagai anak dibiarkan kempunan melihat Pemimpin2 "berjiwa Rakyat" dan "bekerja keras" ini melahap semua jenis telur2 yang ada dimuka bumi Malaysia ni sehinggakan telur2 yang haram pun diorang nak sapu.

Takpelah,mungkin legenda dongeng Batu Belah tu lah yang dijadikan guideline dan pengajaran oleh pemimpin2 Malaysia untuk memerintah."Aku pemimpin dan aku kena pastikan aku tidak kempunan.Aku tidak mahu jadi seperti ibu si Pekan itu"

Takpelah wahai pemimpin,makanlah dulu sepuas2 nya telur ikan anda.Satu waktu nanti,Batu Belah akan datang melahap anda balik.Pada waktu itu,kami,si Pekan akan ada ibu angkat baru.

3 ulasan:

  1. Makcik setuju sangat dengan kamu. Makcik pun fikir begitu, masakan anak makan mahu dibunuh diri. Tidak fikir siapa yang akan menjaga anak anak yang masih kecil.
    Okay, back to politics, the current Pak Lah administration not only enjoyed ikan tembakul, but even after the PRU12, the are now aiming "ikan Yu". Can one imagine, how greedy can they be. Well, they will have to answer later, not on earth, but sure somewhere, and answer to Allah. (Ma'af ye, makcik terlebih lebih pula pasal isu ini.)

    BalasPadam
  2. best, best...

    Good analogy...

    10 markah untuk anda...

    BalasPadam
  3. A..ah ye, betul jugak. Sebelum ni kiter menghayati citer batu belah, sampi jadikan contoh. Bile pikir cara ni, adake nak bunuh diri sebab anak kecik makan bagian die? Uh uh uh...

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.