April 06, 2008

Catatan Pengembaraan : Jalan-Jalan Ke Kuala Pilah

Pada hari Ahad,sehari selepas pilihanraya dulu,aku telah ditakdirkan untuk ke Kuala Pilah,satu daerah yang agak jauh ke dalam di Negeri Sembilan.

Aku pun memulakan perjalanan aku ke sana dengan melalui Highway PLUS dan terus exit keluar di exit Senawang.Jalan hari tu tak berapa jam jadi aku pun boleh lah maintain lane kanan sekali sebab kereta pun tak banyak dan aku sendiri tak tau berapa motor aku lari,meter dah padam.Paling-paling pun 120/130 km/j

Sampai aje di exit tepi tol Senawang,aku pun berenti je isap rokok sebab rasa berdebar-debar lak sebelum sampai ke destinasi tu.Tengok kereta lalu lalang dan tengok ada family yang berenti makan bawak bekal tepi jalan.Terus aje lepas Giant Senawang dan turun sampai simpang tiga.Aku masuk ke kanan untuk melalui jalan legenda,Jalan Bukit Putus.

Bukit Putus.
Entah apasallah nama dia Bukit Putus.Sebab jalan dia selalu terputus akibat tanah runtuh ke?Jalan ni melibatkan aku rasa melibatkan 17 korner pendakian bukit yang agak mencabar.Kalau silap lap motor insya Allah jatuh gaung sebab tak semua tempat diorang pasang penghadang jalan.Mungkin nak memudahkan lori pusing kot sebab kat situ boleh kata korner dia melibatkan pusingan U sambil mendaki bukit.Jadi memang feel kalau pandai drop gear dan main gear rendah tarik throttle sambil daki bukit.

Bila jalan dah mula straight tu,alhamdulillah kawasan pendakian tu dah habis dan anda pasti merasa lega sebab tiba-tiba jalan jadi macam menenangkan.Terus aje lepas tu bila dah jumpa tamadun manusia balik anda akan terjumpa dengan Hutan Lipur Ulu Bendul.

Aku masa tu nak kejar masa jadi aku teruskan dulu perjalanan ke pekan Kuala Pilah.Lalu tempat-tempat seperti Terachi,simpang ke Seri Menanti dan akhirnya bila nampak ITM (ke UTM?) Kuala Pilah maknanya anda dah sampai pun ke Kuala Pilah.

Masa tu dah nak hujan sebab dah renyai-renyai jadi aku pun agak speeding sikit.Tanak aku basah kuyup masa berjumpa "client" hehehe.Masuk aje ke pekan Pilah,eh aku hampir2 dilanggar oleh sebijik motor yang datang dari kiri aku.Traffic light takde pun situ jadi sebab memang jalan tu jalan aku jadi aku pun stare ajelah mamat tu.Rupa-rupanya situ memang pelik sikit jadi kepada yang first time datang Kuala Pilah,lepas nampak gerai buah belah kiri,Hospital Kuala Pilah belah kanan sila slow sikit.Traffic light takde jadi orang keluar simpang suka hati depan tu

Aku terus je la bergerak ke destinasi aku.Sampai situ,makan2 dan borak2 pasal result pilihanraya.Hahaha,hepi kitorang hari tu.Sedap makan aritu,ikan parang masak lemak cili api dengan telur ikan.Huhu,lama dah aku tak makan masakan Negeri Sembilan yang pure.Dulu2 nenek aku masak gak tapi pedas gila dan mungkin sebab aku kecik lagi masa tu jadi tahap ketahanan aku terhadap kepedasan memang low.

Dah tunggu hujan reda semua aku pun mintak diri dan berangkat lah aku pulang ke Kuala Lumpur.Masa dah dekat Hutan Lipur Ulu Bendul tu aku pun stop jap minum susu Dutch Lady sambil isap rokok.Aku nak lalu balik Bukit Putus ni bila balik memang aku takut sebab kita bawak turun bukit jadi speed memang kena control,silap2 cium bontot kereta takpun lori.


Aku duduk la situ dalam setengah jam tengok manusia.Dekat pondok rehat ada satu couple yang awek dia muka masam dan balak dia tengah pujuk.Lama jugak la awek tu nak bangun ikut balak dia.Sambil2 gaduh tu mamat tu toleh tengok2 aku mungkin sebab dia perasan aku duk tengok diorang.Pada fikiran aku mungkin mamat tu ajak awek tu balik rumah nak buat projek tapi awek tu tengah PMS nak period jadi die tak nak.

Ramai jugak orang yang datang Hutan Lipur Ulu Bendul ni.Tengok bukan setakat orang Negeri,orang Pahang ada,orang KL pun ramai.Aku ingat nak gak round2 masuk dalam kawasan hutan dia tapi memikirkan masa tu dah 5.30 dan kalau boleh aku tanak turun Bukit Putus masa gelap,aku pun tangguhkanla lain kali.Banyak lagi peluang masa akan datang.

Terus aku jalan Bukit Putus.Memang takut aku masa turun jadi aku bawak slow je.Mana boleh cilok aku cilok,mana kena follow aku ikut je la.Sampai la dekat penghujung dia aku berenti isi minyak dulu dekat stesyen minyak paling klasik aku pernah jumpa.Dekat Kedah pun aku tak pernah jumpa stesyen camni.Klasik gila dengan bangunan stail lama dan nyonya jaga pam.

Terus aje aku masuk Senawang dan terus masuk highway.Jam teruk masa tu.Aku pun mencilok2 ikut lane tepi dan bila dah lepas Hentian Seremban barulah jalan clear sikit.Ada accident kereta langgar bontot kereta lain.Mintak2 orang dalam tu ok sebab tengok kemik tak teruk.Terus je lah aku sampai rumah bila sampai terus bukak ESPN tengok bola.Tak start lagi.Member aku call ajak aku gi makan kat kedai dengan housemate aku.Dia datang ngan bini dia.

Bila aku sampai,aku nampak member aku tu makin boroi.Macam mengadung 4 bulan.Itu jelah aku nak cerita.Terima kasih.Kesimpulannya,bila kita dah kawin,kita akan jadi boroi.

Boroi sebab penuh kasih sayang,makan ikut jadual dan susah senang ada orang jagakan.

3 ulasan:

  1. mantot.. boroi tu ko cakap pasal aku ke cakap pasal matyoe?

    BalasPadam
  2. aku cakap pasal kau joe.aku jeles tengok ko

    BalasPadam
  3. kau tak kawin pun dah boroi.. dah kawin tak tau lah aku..

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.