Februari 26, 2008

Goodbye Universiti Malaya!


Bapak aku belajar situ.Mak aku belajar situ.Diorang berkenalan pun dekat situ.Kalau UM takde,aku pun skrg ni takde.

Berita terbaru yang mengatakan UM akan dipindahkan ke suatu kawasan di Sepang membuatkan aku terfikir memang benar Melayu mudah sangat dibeli.Hulur sikit duit juta-juta,tanah habis kena jual.Kalau ada orang nak beli anak,bini pun aku rasa ada orang Melayu yang sanggup jual.

Sebab Melayu memang bengap.Bodoh,tak reti nak berfikir.Akal singkat.Semua benda nak dapat cepat tak pernah nak fikir long plan.Juallah tanah yang ada ni,jual la semua.Orang kampung nak duduk mane nanti aku pun tak tau.Sawah,bendang semua habis kena jual sebab nak buat supermarket,highway,taman perumahan,padang golf,litar F1

Kita boleh nampak town planning kat Malaysia ni jenis main letak aje.Mane boleh buat rumah,buat aje.Kalau termasuk dalam tanah orang,paksa je tuan tanah jual.Nilah Malaysia.Sampai bila nak biarkan camni.

Aku marah bukan sebab aku student UM tapi sebab aku ada kenangan kat situ.Kenangan yang agak sedih tapi aku rasa aku takkan lupa kot sampai bila-bila.Dulu bila aku lepak kat UM,terbayang la aku,"agaknya kat sini la kot mak abah aku dating","kat sini la diorang grad dulu2"

Kenangan aku pulak adalah kenangan first time kena rejek dengan awek.Huhuhu,gile pilu hati bila kena dengar "Saya rasa baik kita jadi kawan aje.Maaf banyak-banyak" (membuatkan aku tertanya-tanya hodoh ke aku ni,macam gergasi ke)

Tah apa aku mengarut ni.Hahaha,terima kasih kepada Kolej Ke 8 kerana jadi rumah kedua aku satu masa dulu.Terima kasih jugak dekat Makcik sebelah kontena yang jadi CyberCafe tu sebab selalu bagi aku makan murah2

Link Kepada Berita UM Akan Dipindahkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.