November 30, 2006

Kritik Masyarakat : Animasi Malaysia?Baik Main Bola

Dunia Multmedia Yang Malap

Adakah anda seorang bapa?
Adakah anda seorang ibu?

Apa yang akan anda katakan pada anak anda jika anda anda bertanya...

"Abah,mak,amin nak jadi animator bile besar nanti.Amin nak buat kartun Amin sendiri."

JAWAB AJE "TAK PAYAH! BAIK MAIN BOLA!"

Mungkin zaman Mahathir dulu,kecoh2 dengan kemajuan teknologi multimedia ni.Ya,kecoh2 sampai tempat nak belajar multimedia ni tumbuh mcm cendawan lepas hujan.Ade je kolej bukak.Universiti multimedia pun ade.Tapi dengan struktur industri m/media (MM) yang mengharapkan belas kasihan org atas,jangan harap industri ni nak berkembang maju.

Contoh keadaan:

RTM bayar satu episod kartun 3D : RM 45,000
episod kartun 2D : RM 40,000

Pastu RTM akan pass kat konsortium2 yang akan "menguruskan" pemberian tender kepada syarikat2 pengeluar animasi Malaysia.Biasanya,senario die..

Konsortium akan makan RM20,000 sebagai bayaran nilai airtime utk RTM.

Balance : Rm25,000 akan dipasskan sebagai bayaran untuk satu episod kartun tempatan.

MASALAHNYE!!
dah balance RM25K ni,ada pulak lagi org yang nak makan duit atas angin,goyang2 kaki,dia akan SUB TENDER lagi kpd org2 yang btol2 memerlukan projek (company yg terdesak carik projek).Tolak lagi RM10,000

Kita tengok balik :

RTM bagi 45,000 -- Konsortium makan tinggal Rm25,000 -- Kompeni makan pastu sub,tinggal RM15,000 ---Kompeni Yang Buat dapat RM15,000

APE KEJADAHNYE nak buat projek dengan RM15,000 satu episod?

Animator : gaji stended RM1600 x 5 org = RM9000
Editor : gaji stender RM 1800 x 1 org = RM1800
Bos nye gaji ? RM2000 x 2 org =RM4000 (itupun kalo bos tu sanggup amik 2k je)

BALANCE : RM200.

TAK LEPAS BAYAR BIL PUN!!
UNTUNG TAKDE!!
KOMPENI KONFEM BUNGKUS!!

Selagi industri multimedia ni tak diperbetolkan oleh kerajaan,selagi tu la jangan la harap nak bekerja dalam bidang ni secara serius.Suka-suka boleh la.Sebab dekat negara lain,dengan industri ni,kita boleh hidup mewah.Tapi dalam Malaysia,dengan sistem tender makan atas angin dan duit bawah meja,suruh je lah anak-anak anda yang masih bersekolah,masih di buaian,didalam perut ataupun anda tengah berusaha mendapat anak dengan pelbagai gaya,suruhlah anak anda jadi player
bola ke,cikgu ke,doktor ke,engineer ke ataupun call centre executive.Takyah nak gebang2 kita boleh buat itu,kita boleh buat ini.Animasi kita ade kualiti tapi percayalah,gaya hidup org yang buat
animasi tu takde kualiti,ibarat sampah masyarakat.Kalau anak2 anda bertegas gak nak buat bende ni,suruh dia belajar interactive multimedia ke,pastu suruh dia dapatkan scholar mane2 syarikat besar (PETRONAS,TM,TNB) dan suruh dia lupakan impian dia nak ade satu series animation dia sendiri.Hassan Mutallib (Melayu Pertama buat Animasi - Sang Kancil dan Buaya) pun pernah kata rate harga animasi Malaysia ni rendah,pastu ada lagi pihak yg rendahkan.

Sejauh mana rendahnya industri multimedia khasnya animasi negara kita ni boleh pergi lagi?
Berapa ramai student yang belajar 3D pastu stop buat sebab fed -up dengan semua bende ni?

Sampai bila hidup aku nak berubah.Nak berubah,aku kene ubah bidang kerja.Bukan buat kartun lagi dah.Aku dah ada anak nanti,aku nak pesan kat anak aku..

"Tak payah belajar susah2,kau pegi padang,main bola,jadi mcm Indera Putera"

Gaji die belas2 ribu tu.Dia main bola.

1 ulasan:

  1. usah dirisaukan lagi.
    kini rakyat malaysia mampu menghasilkan animasi 3d dengan hanya bermodalkan rokok sekotak seorang.

    itulah dia GomoMan, sebuah animasi 3d superhero Malaysia.

    tontoni TV GomoMan di http://www.gomoman.com

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.