Julai 09, 2013

Najib, Budaya Wang dan Masa Depan Malaysia

Masuknya hari ini dah lebih 2 bulan negara kita selesai mengadakan pilihanraya. Esok dah puasa. Rasa masa betul2 berlalu dengan terlalu cepat kadangkala. Aku tengok jam, sedar2 eh-eh..dah pukul sekian2.

Secara jujurnya, aku agak sibuk kebelakangan ni. Perasaaan ingin menulis aku dah tak berapa ada. Aku tak tau kenapa tapi mungkin sebab BN masih lagi menang pilihanraya.....dan sehingga sekarang pelbagai isu yang pelik2 timbul. Mungkin hati aku kecewa kot sebab kelakar sangat rasanya dalam diri aku bila baca isu2 ni sebab, kalau kau negara lain, pilihanraya akan diadakan semula kalau terlalu banyak isu yang meragukan terjadi.

Aku dah tak peduli pasal SPR. SPR pada aku adalah sebuah jentera politik yang ada tuan.

Oh, kalau kau tak tau lagi, negara kita akan mencapai status negara maju lebih awal. 2018! Ketawa aku sebentar bila tengok Najib announce benda tu minggu lepas. Kita akan maju dari segi infrastruktur tapi dari segi sahsiahnya....kita akan masih lagi ditakuk lama. Tipikal Malaysian masih lagi memandu melebihi had laju, tak pulang balik troli lepas shopping dan tak paham apa itu petak kuning atas jalan raya. Maju, tapi otaknya tak berapa ke depan.

Aku nak menulis hari ini kerana ada satu benda yang aku perlu ceritakan sebab dah lama aku pendam dan kadang2 benda ni menghantui aku. Aku ada seorang kawan. Kawan aku ni hidup dia tak tentu arah. Serius shit hidup dia tak tentu arah. Kahwin, dah cerai. Anak 2 orang, dia let go. Kerja, tak menentu sebab dia tak suka buat apa yang dia kena buat, dia hanya nak buat apa yang dia nak buat. Dia cerai pun sebab ada perempuan simpanan...biasalah, lelaki gatal mulut manis. Yang aku peliknya, pasal bab perempuan, dia ada duit untuk spend. Magik!

Jadi sebelum pilihanraya hari tu, aku jumpa dia. Dah makin stylo sekarang. Awek pun dah tukar, sebelum tu awek lain. Dia cerita dengan aku....dia dah bukak company.Sekarang tengah buat proposal untuk bermacam projek. Siap offer kalau aku berminat.

"Woah..macam mana kau dapat bukak company?" tanya aku. "Tu la kau, hari tu kan Najib ajak semua ahli persatuan meeting....dan-dan kat situ jugak, dia bagi peruntukan grant, kan ada aku bagitau kau!" jawab dia. Aku tau benda tu berlaku tapi aku tak nak pegi.

"Kau tau Si Polan bin Si Polan? (seorang kenalan kitorang) Dia dapat 2 juta...terus bukak ofis kat Damansara.." Aku angguk aje la, separa jeles. "Aku dapat 300 ribu.." beritahu dia. Aku angguk lagi. Tak tau nak respon apa.

"Habis tu ni kau pangkah Najib la lepas ni?" tanya aku bergurau. "Bukan ke selama ni kau pembangkang ke?"

"Mesti la...kita sekarang ni, yang penting, pilih siapa yang bagi duit kat kita aje.." jawab member aku ni. Aku terdiam.

Lepas tu kitorang pun borak la pasal bermacam benda tapi aku terganggu dengan jawapan dia. Jeles, memang la jeles. Tapi aku tau, kalau aku attend perjumpaan persatuan tu, dapatkan untuk diri sendiri dalam 40 ribu, 50 ribu aku akan rasa dah langgar prinsip aku. Memang la sedap dengar banyak duit boleh dapat, tapi setakat itu aje ke kita punya pegangan ni?

Adakah orang Melayu ni begitu mudah dibeli? Siapa boleh bagi dia duit, dia akan beri undi kepada orang tu. Setakat itu aje ke nilai Melayu ni? Berapa nilai kau?

Kenapa peruntukan dana tu tak dibagi sebelum2 tu dan hanya 2 minggu sebelum pilihanraya, baru lah si Najib ni beriya-iya nak tolong orang2 Melayu muda macam aku buat company untuk galakkan perniagaan? Aku cukup tak suka orang camni sebenarnya. Mulut cakap dia ikhlas tapi kelakuannya lain cerita.

Tapi yang paling aku marah sebenarnya bukan dengan Najib aje tapi mentaliti yang cuba diterapkan oleh kerajaan sekarang. Mentaliti vote buying with money bila diperlukan. Bila benda tu dah jadi common practice negara kita, kita bukannya sekadar meruntuhkan moral masyarakat malah kita akan melahirkan satu kerajaan yang dependant on money to be in power. Not on eligibility, not on capabilities. Tah la...pada aku, aku menyampah sebenarnya tengok benda2 ni. Tapi sebab amalan tu memang dah digunapakai setiap hari, jadi benda tu dah jadi tak salah.

Mungkin sebab kita Islam, jadi expectation aku tinggi.... "You help me,I help you," kata Najib.

Seorang PM.

PM kau dan aku.

Jadi, selepas pilihanraya, sambil aku buat analisa aku mengenai pilihanraya, aku merumuskan satu benda. Malaysia is a fucked up nation dan aku kena terima hakikat the system dah terlalu gripping sehinggakan Malaysia akan roboh kalau sistem ni cuba diubah tiba-tiba. Kroni dah terlalu lama disalurkan bantuan jadi sistem akan disrupt kalau kroni tiba2 tak dibayar.

Mungkin luarannya nampak baik, ada MRT, ada smart tunnel, ada KLCC, ada Litar F1. Based on economic punya growth, cantik Malaysia ni. Sebab itulah yang dicanang oleh pemimpin2 kau setiap hari. FDI tinggi! Investment tinggi! Pelancong masuk ramai! Tapi dari segi etika nya, moralitynya, atas ke bawah, kotor. Ramai yang mampu tapi maintenance nya tak ada. Semua berebut nak spend, sebab kita mampu, tapi kualitinya kurang. Sahsiahnya zero. Dan sekarang ni, makin ramai pulak yang tak mampu dan sahsiahnya pun turut sama zero.

Bila seorang pemimpin terpaksa buat meeting dengan penggiat seni 2 minggu sebelum pilihanraya semata-mata nak pancing sokongan, guna angka besar, guna duit yang tah dari mana sumbernya, itu hanya menunjukkan most of the time, this current government is just trying to hold on to power for the sake of holding to power.

Aku harap, orang UMNO akan menjatuhkan Najib. Lepas pilihanraya, kuasa nak mengubah Perdana Menteri dah tak ada dalam tangan orang ramai lagi. Jadi terpulanglah kepada orang2 UMNO ni....tapi pada aku, aku harap, tolong jatuhkan Najib.

"Siapa nak ganti Najib dalam UMNO?" tanya kau. Fucked up gila keadaan ni kan? Nampak benar betapa lownya kualiti UMNO zaman sekarang ni sehinggakan PM yang mempunyai pelbagai jenis excess baggage dan isteri yang cuba overrule suami sendiri  pun terpaksa dikekalkan...semata-mata sebab tak ada calon lain yang boleh gantikan dia. Buat apa ada Timbalan Presiden kalau camtu kan? Agaknya dia perhiasan semata-mata. Tapi personally, aku sendiri tak nampak Timbalan Presiden UMNO ada tokoh nak jadi PM.

Gila! Satu negara sekarang ini dependent dengan sebuah parti yang pemimpin nya tak ramai yang cukup layak nak jadi PM sehinggakan kita terpaksa kekalkan Najib jadi PM.

"Dah tak ada choice, nak buat macam mana!" kata ramai ahli UMNO sambil tunggu siapa mampu bagi bantuan peruntukan yang lagi besar sebelum mereka memilih, siapa yang akan jadi Presiden UMNO dan memilih sama ada mahu kekalkan atau tukar PM sekarang ni.

Pilih pemimpin based on nilai duit melahirkan negara yang kucar kacir. Aku takde pun jumpa dalam Al-Quran bagi kita panduan macam tu atau mungkin, dalam Kitab-Kitab Orang Melayu ada bab tu...aku tak sure la.  Budaya "You help me, I help you.." ni, pada aku, tak sihat. Melahirkan masyarakat yang buat aje apa-apa, mesti nak mengharapkan reward. Atau lebih teruk lagi, kena dapat reward dulu baru boleh start kerja.

Kita boleh tengok benda tu berlaku setiap hari kalau kita rajin tengok. Kalau kau tak nampak, itu maknanya kau adalah sebahagian daripada sistem tersebut. Cuba kau tanya sekumpulan  pelacur boleh ke tak jadi pelacur, semua akan jawab boleh dengan pelbagai alasan diberikan nak justify boleh jadi pelacur.

Selamat berpuasa semua.

Julai 05, 2013

Kesan Baik dan Faedah Jangka Panjang Jika Jenayah Berleluasa Kepada Ekonomi Tempatan

Aku agak menyesal join group FB pasal crimewatch sebab hari-hari akan ada kes-kes jenayah baru yang berlaku, membuatkan hidup pun jadi risau aje.Nak aje aku unsubscribe tapi benefit dia lebih daripada tak pedulik langsung.

Macam kes yang tersebar; kononnya tayar terbakar tengah jalan,kes kereta langgar dari belakang untuk rompak,kena samun masa baru keluar kereta dan bermacam2 lagilah kes-kes yang berlaku. Aku join page ni pun sebab aku nak tau apa teknik yang diorang pakai, supaya kita boleh develop awareness untuk counter benda yang mungkin terjadi.

Polis memang akan deny mengatakan kadar jenayah Malaysia ni still ok, tapi bila rumah Khairy Jamaluddin pun kena pecah...kelakar la pulak rasanya. Ada member aku,hari2 susah hati sebab kawasan rumah dia banyak kes curi. Aku setakat ni rasa selamat lagi, duduk dalam gated community dan ada security sendiri.Tapi nanti bila anak dah besar, mesti la nak kena pindah duduk rumah atas tanah. Prospek risau setiap hari tu sedikit sebanyak menghantui aku jugak la.

Tapi dalam banyak kes yang berlaku,benda yang paling aku gusarkan adalah apabila wujudnya orang2 yang mengambil kesempatan atas kes yang berlaku ni.Aku termkan benda ni How Crime Evolve and Influence a Healthy Economic Growth. Kononnya nampak intelek sikit...

Kalau kau perasan,sekarang ni,oleh sebab wujudnya kegiatan jenayah yang banyak ; ada pihak yang menggunakan peluang ini untuk create supply and demand dalam benda2 yang berkaitan security.

Antara alasan yang digunakan adalah;
  1. Kau kena ada autogate untuk rumah supaya kau takyah keluar masuk kereta masa nak bukak pintu pagar, tak ada la orang yang merompak

  2. Kau kena ada security system surveilance dekat rumah kau,cctv,trip sensor,alarm dan sebagainya.

  3. Kau kena pasang kamera untuk kereta supaya dapat monitor environment masa kau tengah driving, mana tau boleh jadi proof case (tak boleh, tapi boleh membantu pengenalan suspek)

  4. Komuniti kena create a gated and guarded security supaya kejadian pecah rumah kurang berlaku dan kes kecurian kereta dapat dibanteras

  5. Ibu bapa perlu menyediakan kemudahan telefon bimbit untuk anak-anak supaya mereka mudah menghbungi ibu bapa jika berlaku kecemasan

  6. Selain daripada insurans nyawa, sekarang ini bermacam2 lagi benda kau boleh insuranskan supaya kau rasa secure

  7. Kereta perlu ada tinted kereta yang mempunyai fungsi security supaya kejadian pecah cermin dan ragut handbag dapat diatasi
......dan bermacam lagi alasan yang ada sebagai selling point sebab diorang dah nampak demand tu dah ada.

Kalau kau fikirkan, macam mana kita dapat tau pasal kes-kes ni sebenarnya? Aku selalu refer dekat page FB tu untuk dapat update tapi here comes the truth...semua kes2 yang kita dapat baca dekat internet ni sekali dengan surveilance footage..........dapat dikongsi bersama, sebab dia ada security system.

Paham tak apa yang aku cuba terangkan?

Ada pihak yang cuba takde advantage crime rate Malaysia yang makin meningkat dengan cuba jual pada kau alat2 security mencegah jenayah menggunakan footage2 kejadian jenayah yang dirakam dengan security device yang dipasang!

So apa point sebenarnya security device itu,kan?

Aku paham alat2 tu wujud untuk bantu lambatkan crime..prevent,memang takleh. Tapi sekarang ni ramai betul orang yang cuba ambik kesempatan promote itu ini sehinggakan mewujudkan persepsi, jika kau tak ada device itu ini, kau perlu rasa takut dan insecure. Security feeling hanya akan datang kalau kau dikawal oleh device2 tersebut.

Pada aku, itu adalah satu bentuk crime jugak la...using fear for marketing purpose. Memang common "fear" digunakan dalam marketing contohnya krim anti penuaan laku sebab ramai wanita takut wajah cepat tua tapi using actual fear untuk jual sesuatu, pada aku takde etika la kelakuan tu.

Dan di Malaysia sekarang ni, "actual fear" memang digunakan untuk bermacam2 agensi untuk mencapai matlamat diorang. Ramai orang ditakutkan, kemudian dia jadi takut membuatkan dia akan spend supaya takut dia hilang. Itulah dia cara bagaimana psikologi orang2 middle class ni dimanipulate supaya kita keep on spending and spending and spending. Marketing 101. The more you have, the more afraid you become dan hasil daripada ketakutan itulah yang melahirkan teori ekonomi aku, How Crime Evolve and Influence a Healthy Economic Growth.

Adakah satu masa nanti, kita akan ada profesion "Peragut Professional" atau "Perompak Separa Masa" yang dibayar gaji bulanan oleh syarikat2 penjual security service dan device, supaya dapat create emosi takut pada masyarakat? Tak mustahil benda tu berlaku sebab kita dah dilatih supaya spend,spend dan spend sambil banyak syarikat,entiti dan agensi berebut2 wanting a piece of the pie.

Ketakutan dicipta dan diaplikasikan ke atas kita supaya kita spend...kemudian kita sendiri create the fear of tak cukup income dalam diri sendiri, sebab kita nak protect our love ones as best as we can. Jadi kita kerja, dan kerja, dan kerja, dan kerja.

Itu adalah satu kitaran cycle yang sangat sempurna untuk bisnesman.
Siapa ada aplikasikan benda tu, aku harap dia ke neraka. 

Julai 03, 2013

Apa Benda Sebenarnya Yang Gadis-Gadis dan Remaja Lelaki Tergila Sangat Dengan Artis Korea Ni?

Nak kata lelaki,bukan. Nak kata perempuan pun bukan. Nak kata androgynous pun bukan...

Sekarang ni aku tengok budak-budak tengah gila sebab artis Korea ramai yang datang Malaysia. Macam Sabtu lepas, aku tengah beratur nak bayar majalah, ada awek dua orang tengah borak sebab kawan dia tanya "kenapa kau tak beli majalah tu?Ada G-Dragon sis!"

Aku tak tau majalah apa. Nampak macam majalah yang membuang masa dan tenaga kalau di baca. Sebab aku wondering apa itu G-Dragon...aku pun tengok lah apa sebenarnya topik perbualan diorang ni.

Aku ingatkan G-Dragon tu mungkin gelaran untuk kartun ke atau mungkin anime baru tapi rupa-rupanya untuk seorang lelaki Korea yang nampaknya jauh lebih feminin berbanding majoriti perempuan tapi masih lagi tak malu nak guna nickname untuk diri sendiri...G-Dragon. Come on la! G-String sesuai la!

Kualiti orang2 lasak dan macho dalam industri hiburan sekarang ni dah hampir kepada menyamai level imej yang cuba ditonjolkan oleh kumpulan2 glam metak dalam zaman 80 an, menerusi sifat maskulin tapi feminin yang sangat ketara. Apa kejadahnya taste budak2 perempuan sekarang ni. Patutlah tah hapa2 result SPM sampaikan tiap2 tahun kena turunkan graf exam.

Bukak pulak TV semalam ada sedutan drama Melayu tapi ada penampilan istimewa artis Korea mana tah, aku tak kenal. Pada aku, semua sama saja. Siap drama tu cakap Korea lagi. DRAMA MELAYU TAPI SKRIP PAKAI BAHASA KOREA!

WTF Melayu? Apa nak jadi dengan kau ni? Kenapa bangsa kita absorb benar dengan trend ni? Berjalan merata2 nampak mamat2 Melayu dengan rambut ala-ala Korean sambil muka ala-ala Korean. Aku tak tau kenapa bila pandang muka budak2 lelaki yang terpengaruh dengan trend "being Korean" ni aku nampak muka diorang satu fesyen.....fesyen muka mintak penumbuk.

Ada satu gaya muka yang diorang selalu buat kononnya nampak cam gangster Korea tapi sebenarnya.....aku malas nak describekan.

Kalau kau tak sedar lagi....aku sebenarnya SANGAT2 anti trend Korea ni...entahlah kenapa. Ada sesuatu yang nampak fake dan abnormal mengenai trend ni. Nampak macam adunan identiti yang dah dipioneerkan oleh orang Jepun kemudian diplastic surgerykan supaya nampak Korean.Yang peliknya, bila orang Jepun buat, aku tak nampak pelik....mungkin sebab memang budaya pelik2 ni asalnya Jepun jadi nampak orang Jepun buat, benda tu tak nampak macam nak kena penumbuk sangat. Lagipun, aku tak pernah lagi tengok artis Korea yang lagi hensem berbanding Takuya Kimura.

Mungkin sebab asalnya apa yang menjadi trend Korea di Malaysia ni, asalnya adalah dari Jepun. Kemudian bila ditiru oleh budak2 Melayu membuatkan trend tu jadi jauh lebih annoying. Aku sedaya upaya jauhkan anak aku daripada belajar menari Gangnam....sebab aku dah tengok budak2 kecik ramai2 nari benda tu membuatkan aku rasa nak tumbuk mak bapak yang bagi anak dia belajar Gangnam ni.

Trend Korea ni dah jadi macam demam yang tak kebah-kebah. Mana-mana pun ada muka2 mintak penumbuk yang aku boleh jumpa. Merata-rata!

Dol! Kau Melayu! Kulit kau gelap! Kau buat rambut tercacak kemudian kau pakai makeup kemudian kau pakai baju ketat2 kononnya supaya muscle kau terkeluar...kemudian kau buat pulak ekspresi muka mintak penumbuk yang selalu diaplikasikan oleh artis2 Korea yang tah betul atau tidak sebenarnya diorang ni boleh menyanyi, hanya menunjukkan yang kau sebenarnya tak ada identiti sendiri.

Dan satu hari nanti, bila kau dah besar, matang, kau akan terasa malu dengan diri sendiri lepas kau tengok balik gambar2 kau. Aku pun pernah melalui phase yang sama cuma zaman aku, pakai seluar jeans koyak dengan flannel shirt busuk..ala-ala grunge. Tapi aku takde la gila sampai makeup muka sendiri. What the hell Melayu? Imej grunge adalah imej timeless yang akan terus diguna pakai oleh pelukis dan artis.

Tapi imej Korea. Tolonglah tolonglah tolonglah.....kalau kau nak jugak dressing macam tu, at least, muka takyah lah buat muka mintak penumbuk...kau Melayu. Muka kita ni muka sopan santun. Takyahlah kau ubah buat2 muka kau jadi muka mintak penumbuk. Nak kata aku tak paham sebab aku dah tua...masalahnya trend ni takde seni langsung! Glam metal pun lagi ok...at least lagu ada seni dia lagi.

Atau dalam kamus hidup aku, aku gelarkan "wajah punchable."

Julai 02, 2013

The Joy of Smoking

Aku hisap rokok sejak umur aku 14 tahun. Rokok pertama yang aku hisap main2 adalah rokok bapak aku yang dia dah buang tapi still menyala lagi, brand Benson n Hedges. Letak aje dekat mulut dan sedut sekali terus terbatuk2 dan mak aku start sound aku on the spot. Rasanya aku darjah 4 waktu tu.

Tapi sebab kita adalah anak dan anak memang naluri dia akan try apa yang mak bapak dia tak bagi, jadi masa aku tingkatan dua, aku hisap rokok, officially. Pada mulanya aku saja suka-suka nak try. Apa rasanya? Apa yang bestnya? Kenapa ramai kawan aku yang nak belajar hisap rokok ni?

Jadi, pada satu hari, Sabtu tak silap aku, aku duduk dengan member aku, hisap rokok. Aku duduk asrama, jadi merokok adalah sesuatu kes yang sangat serius sebenarnya...jadi merokok pun dalam keadaan takut-takut. Sejak dari hari tu aku mula start sket2..sket2..lama-lama jadi bukit. Macam mana kitorang merokok? Ramai2 duduk dalam bilik air dan hisap sebatang dikongsi dalam 7-8 orang. Tepi kitorang dah prepare ubat gigi kalau tiba2 kena rush, kononnya dapat cover bau. Pass2 la sebatang rokok sesama kitorang. Budak form 2 masa tu.

Aku rasa aku mula start serius merokok sejak family aku pindah Kedah dan aku selalu kena lepak Pudu Raya. Waktu tu, kalau time cuti balik kampung, sekolah kena clear dalam pukul6..kau dah kena keluar. Jadi selalunya tiket bas aku dapat pukul 11:30 malam camtu, keluar dari pukul 2 petang, nak buat apa lagi? Kemudian bila balik ke KL balik, sampai pukul 3 pagi,4 pagi, sorang2 dekat Pudu Raya...apa benda nak buat sorang2 pagi2 buta camtu? Bas start jalan pukul 6:30...nak naik teksi balik ke sekolah mahal. Jadi aku selalunya duduk la sorang2 kat Pudu Raya. Kalau nasib baik,janji dengan member aku, ada la geng pagi2 buta tu.

Aku cuba penuhi dengan beli komik tapi berapa lama sangat komik dapat isi masa lapang. Nak tidur dekat Pudu Raya pagi2 buta dulu2 adalah sesuatu yang kau buat kalau kau tak sayang barang. Aku tak pernah pergi Pudu Raya sekarang tapi dulu terlelap aje kau, Insya Allah beg kau hilang. Ramai jugak yang tidur depan surau dulu sambil peluk beg tapi dah tertidur, macam2 boleh jadi. Ada brader sorang tanya aku, ada nampak tak wallet dia sebab wallet dia kena seluk masa dia tengah tidur.

Jadi, rokok adalah peneman aku waktu tu. Aku tak ada rokok, memang sangap gila nak tunggu masa.

First time aku beli rokok, pergh, berdebar-debar. Aku beli Marlboro 7 batang. Waktu tu baru RM1.70 tak silap aku. Hisap punya hisap selalunya aku tinggalkan dua tiga batang untuk jadi stok kat sekolah, nak bawak masuk sorok dalam stoking sekali dengan lighter.

Aku terus merokok sehinggalah raya tahun lepas,jadi kiranya dalam 17 tahun aku hisap rokok secara serius di mana selepas beberapa kali aku cuba nak berhenti, akhirnya aku berjaya bulan 9 tahun lepas. Sebelum2 tu, banyak kali jugak la aku try stop tapi paling lama dapat dalam 2 minggu kemudian start balik. Jadi, bulan puasa lepas, aku try hadkan diri aku, lepas bukak puasa, hisap dua, sahur hisap satu. Memang plan dah terbaik dah tu!

Tapi sayangnya tak jalan gak.

Sehinggalah satu hari, dalam tengah bulan Syawal di mana aku hisap rokok dengan adik aku sambil tunggu adik aku lagi sorang turun dengan suami dia. Plan kitorang nak gi rumah Pak Long aku kat Kelana Jaya. Sampai rumah Pak Long aku melantak makan dan kemudian adik aku kata dia keluar hisap rokok kejap. Pak Long aku terus sound adik aku (secara bergurau) dan kemudian dia sebut satu benda,"itu semua dalam kepala hotak kau aje. Kalau kau dah setkan kau tak nak berenti, memang kau takkan berenti.."

Aku macam terjaga time tu. Nilai balik diri sendiri, tanya balik, apa aku dapat sebenarnya hisap rokok. Time tu jugak niat nak gi join adik aku hisap rokok aku stopkan.

Sampai la sekarang...

Bila orang kata susah nak berenti rokok ni, memang susah. Tapi sebenarnya semua tu jadi susah kalau minda kau still ada rasa takut kau hilang kebergantungan dengan rokok ni. Once mind kau dah set kau nak bebas, kau sebenarnya boleh berenti cold turkey tanpa ada bantuan apa-apa pun.

Cuma part permulaan dia tu memang seksa sket. Kau akan batuk2, kau akan demam dan kau akan rasa nak mengamuk. Benda2 tu memang normal sebab itu tandanya badan kau tengah adjust balik, apa yang paling penting time ni adalah sabar....apa yang aku buat time ni adalah tiap2 kali aku rasa nak hisap balik, aku refer balik timeline faedah berenti rokok dan aku setkan dalam diri," dalam sebulan aku mesti dapat rasa dada aku kurang penat.." dan seterusnya.

Sebab faedah2 tu kau akan rasa sendiri...cuma benefit dia datang with time. Kena sabar.

Tapi sebab dalam dunia yang mementingkan wang ni, akan adalah unsur2 yang membuatkan kau lemah semangat. Macam iklan Niquitin kat TV, bila dia kata kau kena beli pil dia untuk bantu kau berenti merokok sebab hanya 3% perokok berjaya berenti tanpa bantuan apa-apa. Ataupun pengaruh member2 kau yang akan merokok tiap2 kali lepak dan membuatkan kau rasa tersisih. Mungkin juga pengaruh minda kau sendiri yang takut dengan kemungkinan2 yang kau tak nak hadapi. Macam aku, aku cukup risau takleh buat kerja sebab selama ni aku buat kerja sambil ada rokok. Nanti tak feel.

Bullshit gila semua tu.
Apa yang paling penting adalah sama ada kau nak berenti atau tidak.

Once kau dah set minda kau nak berenti, kau akan berenti, cold turkey. Itu aje. Takyah ubat, takyah pil, takyah bantuan. Sebab manusia tak dilahirkan memerlukan nikotin dalam badan dia. Semua benda tu jadi susah sebab kepala otak kau dah set benda tu akan susah...jadi badan kau pun akan turut sama susahkan proses tu.

Samalah macam kau beli semua makanan bullshit macam Kopi Tongkat Ali atau air isotonik yang memberikan tenaga. Semua tu membohong semata-mata. Macam mana 100 Plus, air berkarbonat elok untuk kesihatan siap diendorse oleh Majlis Olimpik Malaysia? Itu semua effect placebo aje. Kau yakin benda tu mampu memberikan kau tenaga nak berjimak dengan isteri berulang kali jadi zakar kau akan kekal tegang lebih lama.

Aplikasikan benda sama kalau kau nak berenti rokok. Mind control! Kau nak control mind kau atau kau nak biar syarikat2 tembakau control mind dan financial kau? Bulan puasa dah dekat. Minda kena clear. Jangan takut2. Bila kau dah sedar, barulah kau tau betapa berbezanya hidup kau, dari segi kualiti life dan financial kau. Tiba-tiba baru lah kau sedar, kau sebenarnya kaya raya. Itu satu benefit yang kau takkan nampak selagi kau tak berenti...

Tak masuk lagi wajah kau akan kembali kemreah-merahan sebab pucat kau hilang.
Kau akan makin hensem atau cantik kalau kau berenti rokok.

Julai 01, 2013

Jangan Buat Abang Philip Morris Marah Jika Sayangkan Ekonomi

1. Semalam Buletin Utama announcekan yang shisha dah diharamkan di negeri Perlis. Penjelasan berjela-jela nak memberitahu orang keperluan pengharaman tu.

2. Beberapa bulan lepas, kerajaan juga announcekan yang rokok elektronik pun dah diharamkan. Siapa pegang, jual atau miliki boleh didakwa .

3. Shisha dan rokok elektronik diharamkan kerana faktor kesihatan secara asasnya. Kerajaan prihatin dengan kesihatan rakyat dan dilaporkan hampir RM20 bilion untuk merawat orang2 yang sakit sebab rokok.

4. Masa zaman Pak Lah dulu,diwujudkan sin taxes yang menghukum perokok dan peminum arak atas hobi mereka. Cuba tanya kerajaan, berapa sebenarnya cukai yang dibayar dalam satu kotak rokok?

5. Aku berminat nak tau apa pandangan PM  pasal rokok ni sebenarnya sebab aku tau ramai menteri2 kita yang hisap rokok.

6. Aku akan tanya," adakah sanggup kerajaan Malaysia mengharamkan penjualan rokok konvensional ni dan hilang sumber ekonomi yang agak besar nilainya semata2 sebab kesihatan orang ramai?"

7. Tak sure lah apa yang akan dijawab oleh PM sebab pada aku semua alasan yang digunakan oleh kerajaan untuk haramkan shisha dengan rokok elektronik ni, boleh diguna pakai atas rokok biasa jugak.

8. Kalau kau semak balik, Majlis Fatwa Kebangsaan dah declare merokok itu haram.

9. Aku tak sure sama ada pernah atau tidak TV buat laporan macam yang muncul dalam Buletin Utama semalam pasal hukum merokok itu haram sebenarnya untuk orang Melayu Islam ni.

10. Tapi kalau tak pernah, apa salahnya malam ni diumumkan kuat2 dekat TV, merokok itu haram untuk semua umat Islam.

11. Tapi rasanya benda tu takkan terjadi waktu2 terdekat ni sebab income cukai rokok sangat besar, industri tembakau kita pun mampu memberi imbuhan kepada pekebun2 tempatan. Dianggarkan hampir 15 juta kilogram tembakau digunakan oleh 3 pengilang rokok terbesar di Malaysia setiap tahun hanya untuk memenuhi pasaran tempatan.

12. Shisha di-declare haram atas faktor kesihatan, rokok elektronik di-declare haram dan salah di sisi undang2 kerana faktor kesihatan, tapi rokok hanya haram melalui pengharaman Majlis Fatwa kerana memudaratkan pengguna.

13. Benda yang paling mudah adalah berenti hisap rokok. Kalau kau activist masuk lokap hu ha hu ha lawan kerajaan gila-gila...tapi setiap hari kau duk biar kerajaan hukum kau dengan duit cukai tiap2 kali kau beli rokok, apa makna perjuangan kau sebenarnya?