Ogos 29, 2011

Selamat Hari Raya Semua


Apa kata Ramadhan ini, kita jadikan Syawal pertama,
di mana kita tak bersalam-salaman dengan sepupu kita yang tak sama jantina.
Apa yang tak boleh tetap tak boleh,
tak usah la nak pakai alasan "macam adik beradik' nak dibolehkaan.

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin,
Pastikan jangan lupa,
Toksah undi dacing.

Aku pohon maaf kepada sapa-sapa yang aku dah terkutuk
atau aku terpakai gambar tak senonoh dia dalam ni.

Sayonara selama beberapa hari.



Ogos 26, 2011

Cerpen Akhir : Catatan Ramadhan Seorang Lelaki


1 Ogos 2011


Aku sampai lambat ke pejabat pagi ini. First day puasa. Membuatkan biological clock aku agak lari. Lepas sahur aje, aku semayang dan kemudiannya aku tidur balik. Pesan dekat Azam, mintak tolong dia kejutkan aku sebab dia kata dia tak nak tidur, nak main game, aku bangun tengok dia sendiri tengah terbongkang depan TV sambil game tengok dia.

Highlight untuk hari ini? First day Ramadhan,itu satu...

Highlight kedua untuk hari ini? Masa aku nak lif sampai ofis tadi ada minah cun naik lif sekali dengan aku. Turun floor sama! Aku nampak dia pegang paperwork company sebelah ofis aku. Aku senyum kat dia. Dia senyum balik. Memang taste aku...pakai tudung dan pakai baju pejabat dengan skirt labuh panjang. Kalau mak tengok mesti berkenan.

2 Ogos 2011

Azam nak beli barang dapur bulan tu. Aku hulur RM150. Gi ofis hari ini...jenguk-jenguk ofis sebelah.Awek tu takde :(

4 Ogos 2011

SERIUS AKU LETIH GILA HARI NI! Bos suruh aku jumpa client kat Setapak. Minyak bukan boleh claim. Anak haram. Kerja dengan company Melayu ni kebanyakannya macam tu la. Kerja nak staff overtime aje..overtime taknak bayar...masuk kerja mesti on time.

Tapi rupanya ada hikmah di sebalik semua tu. Aku nak keluar aje ofis masa nak pegi Setapak, minah yang aku suka keluar ofis dia. Terserempak lagi. Mana dia selama ni? Adakah Tuhan mentakdirkan aku bertemu bakal isteri aku sewaktu bulan Ramadhan ni? Adakah ini dugaan yang kau sediakan untuk aku hadapi bulan Ramadhan ini?

Adakah ini tandanya jodoh aku dah sampai?Financially aku memang ready. Tapi sebab aku memilih sangat ke? We always want the best for ourselves, right?

5 Ogos 2011

On the way nak keluar solat Jumaat, selisih dengan dia dan kawan dia,seorang amoi. Kantoi pegang paperbag MacDonald....nampak sangat tak boleh puasa hari tu..hihihihi....

6 Ogos 2011

Lepak dengan geng-geng lama,buffet dekat Hilton. Kopak aku RM90...aku makan setakat sepinggan dua. Nasib baik aku tak bercouple dengan dia lagi, kalau tak kopak Rm180... amiiinn! Insya Allah.

9 Ogos 2011

Hari ini, setelah berapa hari menunggu, aku dapat pulak naik lif sekali dengan dia. Kali ni aku tak nak setakat senyum aje. Aku senyum dan tegur dia "selamat pagi" dia jawab balik ucapan sama dekat aku.

Sepanjang hari, aku angau. Aku ada 2 meeting hari ni...tapi apa benda yang jadi masa meeting? Aku tak sedar. ANGAU!

Hari ni, Azam ajak aku sembang jantan. Dia kata dia dengan awek dia nak putus sebab dah stagnant. Aku tak pernah tau macam mana rasa stagnant tu.


12 Ogos 2011

Buku notaku, kau tau macam mana perasaan dia bila sesuatu benda yang kau tunggu punyala lama akhirnya sampai kat kau? Akhirnya hari ini, dia yang tegur aku dulu. Aku hanya mampu senyum aje sebab aku terkejut. Happy? Yes I am!

14 Ogos 2011

Traffic jam sesak benar kat highway hari ni. Tapi Alhamdulillah aku dapat jugak berbuka puasa dengan family aku semalam dengan hari ini. Kak Long Insya Allah dapat anak seorang lagi lepas raya. Abang Ngah pun hujung tahun ni. Sabrina pun dah ada anak seorang walhal dia dengan aku gap 5 tahun bezanya muda dia. Aku? 29 tahun...ada kerja..tak ada calon bini...

Eh..silap..silap...dah ada.

Ya Allah, pertemukanlah jodoh aku dengan dia...Berikanlah aku keberanian nak tegur dia dan ajak berkenalan.. Amin...

17 Ogos 2011

Azam balik dengan muka marah hari ni. Senyap aje dia terus masuk bilik. Aku tak berani tanya apa-apa. Tarawikh pun dia miss hari tu.

21 Ogos 2011

Aku duduk rumah aje weekend ni. Memang tak ada benda sangat nak buat jadi aku kemas-kemas rumah aje sebab dah bersepah sangat. Bila aku kemas bilik, terbukak balik semua memorabilia lama dengan Idayu. Pergh..luntur hati dan jiwa ni bila teringat balik yang aku dengan dia memang dah berjanji nak kahwin dulu. Tapi dah mak dia tak suka aku, nak buat macam mana?

Berapa lama dah aku single? 4 tahun lebih. Senang macam ni. Tapi kadang-kadang jiwa tu agak sakit jugak. Ada orang tanya "takkan kat pejabat takde yang berkenan?" Berkenan nak buat teman beronggeng boleh la. Takut aku dengan ofismate aku yang perempuan ni. Balik-balik cerita pasal clubbing,clubbing,clubbing...

Apa khabarlah Idayu sekarang ni? Aku dengar dia dah anak dua.

22 Ogos 2011

Aku berselisih dengan dia lagi hari ni. Aku suka tudung dia hari ni. Moden tapi still consider tudung labuh. Gay ke aku ni kalau aku tulis dalam diari pasal tudung perempuan? Agak gay...tukar topik cepat-cepat...

Berita terbaik untuk hari ini?Semua ofis yang jadi tenant dekat sini di invite untuk majlis buka puasa Rabu ni. Building management punya event.

Peluang? Yes. Aku rasa ini peluang breakthrough untuk aku.

23 Ogos 2011

Azam balik. Sengih besar. Aku malas nak tanya. Dia suruh aku tanya kenapa dia happy macam tu. Aku pun tanya la. Dia kata dia nak bertunang, lepas raya. Pelik aku, hari tu kata stagnant...cinta ni....memang tak boleh nak jangka.

24 Ogos 2011

Buffet management hari ini, aku tegur dia. Selebihnya? Tak sempat borak sangat sebab datang pulak ofismate aku duduk sekali situ. Member-member dia pun datang...MENYIBUK AJE ORANG NAK AYAT AWEK!

Ramai betul sebenarnya yang jadi tenant kat building ni. Tak sangka pulak kerja satu bangunan tapi ada aje muka yang aku sendiri tak pernah nampak sebelum ni.

Tapi sekurang-kurangnya,dia dah tau nama aku. Aku pun dah tau nama dia.Itu adalah progress untuk diri aku yang aku sangat appreciate.

26 Ogos 2011

Last day kerja hari ni sebelum cuti. Aku tak nak tulis apa-apa hari ini. Mood aku memang teruk...morale aku memang down.

27 Ogos 2011

Pernah tak dalam hidup kau, kau rasa seolah-olah kena campak dari atas langit dan dibiarkan aje jatuh ke bumi? Aku tak sangka semalam aku sendiri merasai benda tu.

Aku ingat luck memang dah menyebelahi aku...aku beranikan diri tegur dia lagi bila naik lif. Aku ingatkan memang Tuhan nak tolong aku sebab bagi aku kesempatan naik lif sekali dengan dia hari ni.

Soalan aku dekat dia mudah aje," tak balik kampung tahun ni?"

Jawapan dia?  "Balik...tapi balik kampung husband I....tahun lepas dah balik kampung I..."

HO SHIT...
HO SHIT...
HO SHIT...

Aku terus diam. Aku tak tau nak cakap apa lagi lepas tu. Rasa macam dinding lif himpit-himpit aku. Rasa macam lif tu jatuh freefall ke bawah.

28 Ogos 2011

Balik kampung.Jam teruk. Bukak aje puasa,mak tanya kat aku, aku ni gay ke sebab tak nak kawin-kawin lagi? Abah senyum...kalau aku ni gay...aku rasa dah lama dah aku kawin.

29 Ogos 2011

Esok raya? Lusa raya?

Azam sms aku. Dia betunang 17 September. Ajak aku ikut dia. Bila aku pulak nak ajak orang temankan aku bertunang?

Ogos 24, 2011

Cerpen 15 : Karier Dunia Atau Karier Akhirat?

"Mak,saya tak tau apa nak buat lagi mak..." kata Farhan.Farhan hanya mengangguk kepala mendengar.Beberapa minit kemudian,telefon bimbitnya ditekan menamatkan perbualan.Farhan tersandar di sofa di ruang tamu rumahnya.Dia melihat jam dinding,tepat pukul 10:00 malam.Anaknya terbaring di sebelahnya.

Kedengaran bunyi kereta sedang masuk di garaj rumahnya.Lampu dimatikan.Pintu dibuka. Zainab melangkah masuk.

"Zai, awak pegi mana ni? Malam baru balik. Saya dengan Emma makan nasik dengan telur goreng aje malam ni..." tanya Farhan.

Zainab renung wajah suaminya tanpa ada rasa bersalah."Awak tu,saya dah ajar awak masak sikit-sikit..bukannya nak buat.."

Farhan diam."Kenapa saya call awak tak dapat?"

"Ni haa..bateri saya habis!" kata Zainab sambil menunjukkan telefon bimbitnya."Dah la...saya dah balik dah ni..abang tak payah la bising-bising...saya penat. Takkan abang tak paham kerja saya macam mana?"

Farhan mendukung anaknya lalu meletakkan anaknya di atas katil bilik Emma.Farhan tersenyum melihat Emma.Kedengaran bunyi shower dibuka. Farhan mengeluh sambil duduk di sebelah Emma yang sedang tidur.

Beberapa minit kemudian Zainab keluar dari bilik air.Farhan melangkah masuk ke arah bilik tidur mereka lalu duduk di atas katil.

"Awak dah solat Isyak?" tanya Farhan.Zainab menggelengkan kepala."Nanti solat ye?" pujuk Farhan.

"Maghrib tadi solat kat mana?" tanya Farhan lagi.Zainab senyap saja tanpa apa jawapan sambil menyikat rambutnya.

"Zai...?" Farhan bertanya semula, lembut.

"Saya tak solat Maghrib....tadi meeting terlajak dari ke petang sampai 9 lebih.." jawab Zainab.

"Situ tak ada surau ke?Takkanlah tak boleh berenti sekejap semayang ni?" tanya Farhan kepada isterinya lagi.

"And ask my boss to hold the meeting just for me?" tanya Zainab semula.

Farhan terdiam. "Takkan la diorang semua tak solat?"

"Nope...none..." jawab Zainab.

"Kalau dah macam tu...kan lagi baik awak resign aje...tak elok kerja tempat-tempat macam tu.." tegur Farhan.

Zainab mendengus,"..here we go again with all the 'resigned' talk..Abang...it's not easy for us to live in KL with only one salary ok!" Zainab berang."I've told you about this a lot of time before!"

"Iye Zai..tapi kalau dah macam tu..terpaksa tinggal solat..terpaksa burn benda wajib...tak baik," Farhan mempertahankan dirinya.

"Look Farhan..." Zainab melenting. "If God betul nak bagi kita rezeki...kenapa dia suruh kita kerja? There are so many things in our religion that makes our life impractical! Have to cover these..have to do this..shouldn't do this and that.."

Sambung Zainab menghela nafas," kalau I tak join meeting tu...my promotion will be jeopardized. Kalau I pegi solat masa diorang tengah meeting, macam mana pulak kalau ada orang lain yang propose idea dia dulu dan cantas I punya chances?" Zainab betul-betul marah sambil matanya tepat terjegil ke arah Farhan.

" If I do what God intend me to do...macam mana kita nak tambah rezeki kita? Macam mana duit kita nak bertambah kalau I solat? You tell me? How?" tanya Zainab.

Farhan terdiam.Dia memang akui perlukan isterinya bekerja kerana beban kehidupan di kota agak sukar untuk dihadapi keseorangan.Sayangnya,dia tiada jawapan untuk soalan Zainab sebentar tadi.

"So..tell me? Macam mana Allah nak bagi u duit kalau setiap masa dia mintak u ingat dekat Dia? Macam mana u nak dapat gaji kalau time meeting jatuh masa solat maghrib? Tell me because I can't see how!" tanya Zainab separa menjerit.

Pintu bilik mereka terkuak perlahan.

"Mak..abah...Emma terjaga..." Emma melangkah masuk lalu terus memeluk ibunya.
Farhan tidak mampu berkata apa-apa.


Ogos 23, 2011

Cerpen 14 : Kasih Bapa

"ABAH JAHAT! TAK SUKA SAMA ABAH!"

Meor mula panik melihat anaknya, Shahrul Anwar atau nama manjanya Shai mengamuk-ngamuk. Isteri Meor,Anissa mula menjeling suaminya.

"Abang ni...apa la salahnya belikan aje barang permainan tu dekat dia...bukannya mahal sangat pun.." Anissa mengomel.Meor hanya mampu buat muka bersalah. "Gila ke apa permainan robot Transformers buruk macam tu pun RM70? Daripada saya spend RM70 baik saya bawak awak dengan Shai gi makan KFC. Dua tiga kali tau kita boleh makan.."

Anissa mencangkung lalu mengelap tangisan di mata anaknya."Dah..dah...tak mau nangis lagi...Shai kuat kan?Shai hensem kan?"

Shai mula senyum dipujuk ibunya lalu tangan dihulur untuk didukung ibunya. Meor pun pergi ke tepi Anissa lalu menghulurkan tangannya untuk mendukung Shai.

Bibir Shai mencebik.

"Tak adil la Shai buat abah camni.." pujuk Meor kepada anaknya. "Dah..dah..nanti mama belikan...takmau nangis lagi dah ye?Ramai orang ni..." Anissa senyum memandang anaknya. Meor hanya mampu sengih-sengih memandang isterinya.

Mereka sekeluarga keluar daripada kompleks beli belah itu lalu terus menuju ke bazar Ramadhan yang berdekatan. Shai mula girang apabila sedar mereka menuju ke sana.

"Shai sayang abah tak ni?Ni abah nak bawak Shai gi beli ayam percik yang Shai suka tu?" Meor memandang ke kerusi belakang,melihat imbasan anaknya di cermin pandang belakang kereta.Shai hanya diam,masih merajuk agaknya.Anissa sedar perkara itu lalu dia menoleh ke belakang,"Shai..Shai..nak abah belikan ayam percik untuk Shai tak?"

Bibir Shai terjuih."Tak nak..nak mama belikan!" Tegas nadanya.Meor hanya mampu tersengih lagi.Mereka pun turun dari kereta lalu mula meneroka bazar Ramadhan yang agak panjang keluasannya.Orang pada ketika itu sudah mulai bertambah ramai dan nasib mereka baik, cuaca pada hari itu cerah.

" Mak..nak bunga api,boleh?" tanya Shai apabila melihat ada orang menjual bunga api.Anissa menggelengkan kepala."Tak boleh sayang...bahaya main dengan api ni..terbakar rumah karang..."

"Tapi kawan-kawan Shai kat Tadika semua dah main bunga api..Shai sorang aje tak pernah main bunga api lagi..." Shai mula memujuk rayu. Anissa merenung anaknya,"Mama tak suka Shai main bunga api...nanti terbakar jari macam mana?Mama dengan abah tak nak tengok Shai terbakar nanti..."

Shai mencebik kembali selepas itu.

"Abang,saya gi beli kuih dekat sana kejap.Abang tengokkan Shai ye?" tanya Anissa.Meor angguk,"ye la..gi la tinggalkan kitorang kat sini.." gurau Meor.

"..tapi Shai nak ikut mama.." kata Shai sambil memegang tangan ibunya,pantas. Meor betul-betul buntu. Macam mana dia nak buat anak dia sukakan dia? Dia melangkah melintasi beberapa gerai dan kembali terpacak di depan penjual mercun dan bunga api tadi.

"Bang..bagi yang ni 2..bagi yang ni tiga..." Meor cepat-cepat membayar lalu disimpan plastik berisi bunga api ke dalam beg plastik lain lalu kembali semula ke tempat asal dia menunggu.Beberapa detik kemudian..Anissa dan Shai muncul sambil Shai sedang menghirup Air Batu Campur dari cawan plastik lutsinar.Meor teguk air liur apabila melihat betapa enaknya ABC anaknya.

"Apa la Shai ni..tak puasa.." tegur Meor.Shai tidak menghiraukan abahnya lalu terus memeluk kaki Anissa.

"Abang ni..toksah la sakat-sakat dia.." pinta Anissa.

....................

Malam itu,selepas berbuka puasa, Meor pun duduk mengadap TV untuk seketika.Berita dirasakan bosan kerana terlalu banyak propaganda untuk menaikkan imej sesetengah pemimpin.Dilihatnya Shai sedang duduk di meja makan sambil melukis-lukis sesuatu di atas kertas.

"Shai lukis apa tu?" tanyanya dengan suara buat-buat. Shai hanya diam dan terus melukis."Shai..Shai..." panggil Meor. Anaknya tidak menghiraukannya.

"Shai..Shai...abah ada beli bunga api untuk Shai.." bisik Meor. Shai memandang abahnya,"Ye ke abah..jom main..jom main!"

"Jom!" Meor pun menjawab.Lega hati Meor apabila anaknya mahu bercakap dengannya kembali.

"Ye ye!Ye ye!"Jerit Shai sambil memusingkan bunga api.Tiba-tiba muncul Anissa di pintu."Abang..ni bila masa abang beli ni?" tanya Anissa dengan nada geram."Tadi,masa tunggu awak tu.." jawab Meor.

"Bahaya tau bang!" Anissa melenting.

"Alah...bunga api dengan mercun roket aje..." jawab Meor.Anissa malas nak berperang mulut kembali menutup pintu. Meor sengih panjang."Kali ni abah menang pulak!Hihihi!"

"Abah..abah..ni apa ni?" tanya Shai sambil memegang sebatang mercun roket."Ni nama dia mercun roket!" kata Meor."Yang ni,biar abah buatkan.." Meor lalu mengambil sebiji botol lalu meletakkan mercun roket itu ke dalam botol.

Sumbu dinyalakan dan zuuuuussssss...mercun roket itu terbang pergi..

....ke arah rumah jirannya.
Tepat mengena ke ampaian baju yang penuh dengan pakaian disidai.

"BOOM!" Mercun itu meletup.

............................

Keesokannya...Meor terpaksa keluar duit lagi untuk menggantikan sehelai baju jirannya yang rosak terkena mercun roket. Kopak RM60. "Kalau aku tau...baik aku beli Transformers tu..." fikir Meor apabila pulang ke rumah selepas puas memohon maaf kepada jirannya. Sampai saja,Anissa sudah menunggu di muka pintu.

"Sori yang...." kata Meor sambil tersengih. Shai sedang duduk leka di depan TV dengan permainan Transformers yang baru dibeli mamanya hanya memandang abahnya dengan perasaan tidak berminat.

Ogos 22, 2011

Cerpen 13 : Rock dan Metal!

"Korang ni betul ke ke nak masuk pertandingan Battle of The Band kat Arked Mara tu minggu depan ni?" Jai bertanya kepada Halim,Mat dan Burn.

"Serius shit bro..aku yakin kita boleh menang..." Burn memandang ahli kumpulannya.

"Lagu apa kita nak bawak ni?" Mat bertanya kepada Halim,Halim memandang kepada Jai,Jai akhirnya memandang kepada Burn."Kau penyanyi Bakar,kau la kena pilih lagu apa yang kau konfiden nak bawak..."

Burn sengih. "Nak masuk battle kena bawak lagu mantap dan showmanship kena cantik..dalam kepala aku dah boleh bayangkan..lagu apa yang kita nak bawak.."

"Lagu apa?" tanya mereka bertiga serentak kepada Burn.Burn sengih lebar.

"Jom kita gi studio...prektis..."

.....................

" Peminat rock semua!Bagaimana dengan persembahan tadi? Sekarang ini, mempersembahkan lagu ciptaan sendiri yang diberi tajuk "In Darkness We Fall In Love And Die" terimalah sebuah band dari Kajang, The Goat Selector! "

Burn membetulkan michrophone.Jai menyarungkan gitar Fender miliknya.Halim membisikkan sesuatu kepada gitar bass miliknya dan Mat dengan gaya selamba duduk di atas stool dram.

"Hai semua,kami The Goat Selector.Influence kami Muse,Radiohead dan ada sket-sket M.Sharrif...ni lagu ciptaan saya,lirik pulak ditulis oleh gelfren saya..terimalah..In Darkness We Fall In Love and Die!"

"Ok geng.One two three four!" Mat mengetuk kedua-dua stiknya.Serentak muzik fusion metal dengan riff panjang dan lead section yang agak nyaring bermula.Persembahan mereka begitu bertenaga dengan alunan vokal Burn yang ada kalanya bunyi seperti sedang khusyuk bercinta dan ada juga ketikanya nada itu jadi satu jeritan yang nyaring tetapi sangat terkawal.

"In darkness!"
"We promises!"
"That we are gonna live together!"
"Till the end of time!"
"ARGHHHHH!"

Bunyi dram Mat menggunakan double bass pedal dan dilengkapkan dengan petikan bass Halim menjadikan muzik yang mereka alunkan mampu membuatkan penonton-penonton di situ mula menggoyangkan kepala,kemudian badan mula bergoyang dan akhirnya seluruh anggota mula bergerak.Burn hanya tersenyum melihat penonton-penonton.Dia sudah agak,lagu pilihannya tepat.

"Wait for me my dear sweet love!"
"One day will be reunited!"
"And again I can make you laugh!"
"As we are again united!"

Riff akhir bernota D berbunyi.Mat memainkan double pedal dengan kiraan 2/4 dan kemudian mengetuk simbal.Serentak Burn,Halim dan Jai melompat.Penonton mula bising! Riuh suasana ketika itu! Berpeluh dahi Burn, tapi dia puas.Semua orang mengangkat tangan memberikan tepukan gemuruh.

"Cayalah geng!" Jai memandang kawan2 nya lalu memainkan satu riff panjang.Penonton semua bersorak gembira. Mereka pun mengundurkan diri ke belakang pentas.Terus ditegur oleh seorang lelaki berumur.

"Yo,Goat Selector.Abang ni dari Fit Boy Records.Abang minat dengan show korang.Ada hati nak jadi proper artis?" tanya Brader itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Abang Man.

"Huh?" Burn terpinga-pinga.Jai dan Halim lagilah blur.Mat pulak masih lagi di atas pentas sedang bersedia nak crowd surfing.

"Abang pasti..dengan bimbingan record label...band korang ni mampu pegi lagi jauh.." Abang Man meyakinkan mereka."Ini kad abang,bila rasa-rasa macam nak setuju...kontek abang tak kira pukul berapa.."

Burn,Halim dan Jai tersengih lebar.Menang ke kalah dah tak payah kira.Yang penting habuan lain pulak datang menyapa.

...........................


Hari itu adalah hari showcase untuk pelancaran album terbaru sebuah band muda yang bakal menjadi salah satu nama besar dalam industri tanah air.Abang Man duduk di meja berhadapan dengan puluhan wartawan dari pelbagai media.

"Sebelum anda mengajukan soalan..pada pendapat saya,lebih baik kalau anda tonton dulu persembahan mereka," pinta Abang Man.

"Encik Azman,ada desas desus mengatakan yang kumpulan baru ini hanyalah sebuah kumpulan Korea celup atau Jepun celup yang terpengaruh dengan budaya rock Jepun atau Korea.." tanya seorang wartawan.

" Saya tak rasa mereka terpengaruh...muzik yang mereka bawakan adalah masih dalam bentuk rock.Saya dan band ni lebih gemar mengklasifikasikan muzik mereka sebagai M-Rock atau Malays Rock," jawab Abang Man.

Abang Man memandang ke arah Burn,"Kau dah ready?" Burn angguk. "Ok,tanpa melengahkan masa,saya persembahkan,band terbaru yang bakal menggegar industri muzik kita,King of Kajang atau nama singkatannya,KoK!"

Burn berdiri di depan sekali.Muzik menggunakan synthesizer mula berbunyi.

"Aku....aku.....tak mampu hidup tanpa mu..." nyanyi Burn. "Dia..dia...dia...tak bernafas tanpa diriku.." nyanyi Halim sambil meluncur masuk dengan gitarnya.

"Cinta dan air mata..mana dapat dipisahkan..." nyanyi mereka berdua.

"Tapi diriku,lelaki yang punya perasaan.." sahut Jai sambil tangannya mula memetik gitar.

Tiba-tiba sebiji telur busuk terbang melekat tepat ke arah muka Burn. Bouncer kelab cepat-cepat menangkap si pembaling. "Kepala jubor kau la King of Kajang!CSuking Cock! " jerit mamat itu.

Burn kenal siapa dia.Bekas drummer mereka yang tak menerima hakikat untuk maju di dalam industri seni di Malaysia...jiwa metal perlu dikorbankan.Kini mereka bukan lagi mat metal..mereka adalah sebuah band tempatan yang dipengaruhi oleh genre Rock dari Jepun dan budaya Pop dari Korea.

"Kami,King of Kajang...dan ini adalah single pertama kami Cinta Pusing-Pusing dari album pertama kami,Melangkah Dengan Cinta..dapatkan yang original!" kata Burn sambil melompat-lompat.

Gadis-gadis yang dari tadi duduk mula berdiri."Burn!Burn!Burn!"

Burn mula tersengih melihat penonton-penonton."Cun siot awek tu.." fikir Burn dalam hati lalu terus menyanyikan single pertama mereka secara miming.