Februari 01, 2016

Surat Cinta Kepada Pembaca Ku Yang Macai Pakatan

Hari ini dah 1 Februari. Campur tolak dah dekat 5 bulan aku declare diri aku  #‎TeamNajib‬..padahal sebenarnya aku saja je. Aku dah jelik dengan Pakatan. Kalau kau tak faham apa itu jelik, jelik itu maksudnya sudah la, cukuplah, kecewa habis.

Anda sebagai penyokong diorang pun samalah. Benda pertama sekali ramai orang tuduh aku bila aku kata aku #TeamNajib adalah, "berapa kau dah kena bayar? Berapa harga maruah kau? Kau tak ada prinsip ke?"

Selama ni aku ingatkan bila berada dalam kem penyokong Pakatan, kita ni matang, mampu berfikir, tak melulu, bijak dalam merangka ke mana hala tuju...tapi rupa-rupanya sama aje. Macai aje kita semua sebenarnya selama ni. Kalau kau tak macai UMNO, kau macai Pakatan. Tapi still sama aje, MACAI.

Bertitik tolak dari situlah aku mengerti, yang menyokong Pakatan pun bukannya mahu sangat Malaysia lebih baik. Selalu kata BN kaki fitnah, korang pun sama lah, kaki fitnah. Asal ada aje orang Pakatan berpaling tadah, kau kata itu sebab duit, harta, pangkat dan kekayaan.

Apa kau ingat pemimpin2 kau yang kau puja tu buat sebab ikhlas? Mungkin 1 daripada 10 ikhlas la kot. Politik ni bang, semua orang kejar kedudukan, kuasa. Macam mana dia nak ada kuasa kalau dia tak ada duit, harta, pangkat dan kekayaan?

Selama 5 bulan, satu benda aku belajar adalah, selama ni penyokong Pakatan selalu kata diorang lagi cerdik dari penyokong UMNO. Sebab itu penyokong Pakatan duduk dekat bandar. Yang duduk dekat kampung aje sokong UMNO ni. Tapi korang tak sedar, korang diperbodohkan.

Contoh paling baru...pasal undian TPPA. Puak pemimpin Pakatan kata mereka dah cuba sedaya upaya tapi mereka tetap gagal mempertahankan hak rakyat kerana yang undi di pihak mereka tak cukup. Rakyat nampak benda ni mudah, especially penyokong Pakatan ni. Sebab tu diorang mudah kena main.

127 sokong TPPA dari BN = JAHAT TAHAP ANJING!

84 bantah TPPA dari Pakatan = Baik gila tahap anak kucing. Sayang rakyat. Nak yang terbaik tapi tak berdaya melawan.

Diorang nak kau nampak macam tu...tapi hakikatnya, kalau aku seorang politician belah Pakatan Harapan yang mempunyai kroni yang banyak buat bisnes besar dan aku juga tak suka hak bumiputera dipertahankan.....aku masih akan vote lawan TPPA......sebab aku tau pihak aku akan kalah.

Itu tak penting lagi dah sebab sebelum undian dilakukan pun aku dah tau aku akan kalah.

Tapi yang penting, rakyat nampak aku nak perjuangkan hak diorang dengan mengundi bantah TPPA. Sebab aku nak orang ramai ni sokong aku. Aku nak jatuhkan Najib. Aku nak BN tumbang. Aku tak suka hak bumiputera tu ada bagi protection dekat orang Melayu sahaja.

Jadi aku buat apa yang rakyat nak, padahal aku tau aku yang akan benefit besar bila TPPA berjalan nanti. Bye bye hak Bumiputera! Bye bye government protection! Bye bye kroni UMNO saja dapat projek!

....................

Aku seru, kepada penyokong Pakatan, kita buanglah pemikiran yang menggalakkan kita anggap Pakatan=Baik, BN=Jahat ni...sebab akhirnya yang rugi nanti kita.

Lagipun, aku tak nampak langsung sebenarnya dekat mana kekuatan Pakatan itu sendiri pada ketika ini selepas keluarnya PAS dari Pakatan. Dominasi tentu datang dari DAP. Amanah masih tahap anak kecil. PKR pula...entahlah apa nak jadi dengan diorang. Tolong lah decide kau nak kawan DAP atau PAS ni woi?

Kata mereka Pakatan kukuh sebulat suara.

Berfikirlah sendiri kawan-kawan. Kalau kau rasa sapa apa yang aku pernah rasa dulu, bila aku tak tau dah sebenarnya mana satu berita betul, mana yang palsu sehingga aku sendiri tak tau mana satu nak pangkah....kembalilah dekat Dia.

Buat apa yang Dia minta kau buat. Garapkan apa yang Rasulullah ajarkan. Berdiri di tepi. Hindari gosip. Kalau tak pasti jangan tuduh. Kalau tak tau, buat macam tak tau.

Mungkin kau rasa terhina bila kau buat tak tau, orang kata kau ignorant....tapi pada zaman sekarang ni bila mana kita sendiri takleh nak bezakan fitnah dengan fakta, mungkin jalan terbaik adalah acting ignorant while listening. Ambik tahu tapi buat-buat macam tak tahu.

Kepada penyokong Pakatan yang kecewa dengan aku, aku mintak maaf. Hentikanlah tuduhan dan fitnah kata aku kena suap. Aku teramat kecewa dengan hipokrasi Pakatan dalam Langkah Kajang tempohari dan aku akan judge semua benda yang Pakatan buat lepas ni based on moral diorang masa nak proceed Langkah Kajang. Hina bang diorang buat MB Selangor waktu tu...geng satu parti. Siap keluar senarai tuduhan berjela-jela hanya sebab ada orang nak naik jadi MB.

Tak dapat, letak isteri dia jadi MB. Tak dapat jugak, letak Azmin jadi MB. Pada aku, itu bukan politik mengutamakan rakyat lagi dah. Itu politik nak letak keluarga dia ada kuasa. Kemudian suruh rakyat terima macam bodoh aje alasan dia..katanya, nak bersedia ke Putrajay. WTF?

Hentikanlah budaya fitnah-memfitnah ni dalam kalangan penyokong Pakatan. Jika kau mula menyokong Pakatan kerana rasa Anwar mangsa fitnah, kenapa pulak pada masakini, fitnah tu dah jadi normal pada korang? "Asal sokong UMNO aje, dah korup. Gila duit. Dapat tender."

Laju aje fitnah keluar tanpa korang sedar.

Bila orang UMNO masuk Pakatan...hoih...macam wira kau sanjung. Itu, adalah penipuan paling besar yang berlaku dalam kalangan penyokong Pakatan ni. Kau tak sedar kot atau kau in denial pasal isu-isu ni sebab dalam diri kau, benci benar dengan BN.

Mungkin kau tak sedar yang kau sedang makan daging saudara kau sendiri? Jadi aku sedarkanlah ni, sebab aku dulu pun camtu.

Biarlah orang lain nak fitnah, asalkan bukan diri sendiri jadi tukang menyebar fitnah. Kalau tak pasti, diam. Itu lebih baik dari percaya tuduhan-tuduhan yang kita sendiri tak tau apa punca nya.

Yang benar,
Mantot