1. Kau mesti ada melalui situasi macam ni.
2. Kau pergi kedai, beli nasik lemak. Oleh kerana kau allergik telur, kau kata kau tak nak telur.
3. Ada beza tak harga nasik lemak kau? Tak ada. Harga maintain.
4. Sekarang ni, kalau kau beli nasik lemak dan kau nak telur rebus tu sebijik, ada beza tak harga nasik lemak kau?
5. Ada. Kau kena bayar harga telur tambah tu.
6. Dapat tangkap apa aku maksudkan?
7. Pernah tak kau tanya dengan yang menjual tu, "kenapa dia kira camtu?"
8. Ramai orang yang suci murni akan jawab "alah...telur aje, sedekah aje lah.."
9. Tapi kalau kau sebagai pengguna fikir macam tu, jadi maksudnya penjual pun kenalah sedekah jugak kan?
10. Kau beli something, kau disyaratkan bayar nilai-nilai sedemikian...tapi kalau kau tolak certain benda, harganya tak berubah.
11. Walau bagaimanapun, kalau kau beli something, kau tau kena bayar sekian-sekian, kau pulak tambah sekian-sekian.....harganya bertambah.
12. Kau boleh letak situasi yang sama dalam semua situasi diri kau sebagai seorang pelanggan.
13. Kau nak beli rumah tapi pakej yang dia tawarkan termasuk dekat kitchen cabinet maha buruk, kau tolak kitchen cabinet tu...ada berubah harga?
14. Sama kan?
15. Jika kau bangkitkan isu ni, apa jawapan yang kau akan dapat?
16. "Itu pilihan anda."
17. Pilihan. Kau yang pilih kau tak nak tapi mereka dah pilih kau kena bayar jugak.
18. Sebab tu lah aku serik pergi bazar Ramadhan.
19. Kau beli makanan yang tak sedap, kau bayar mahal, yang dah basi pun kadang-kadang ada.
20. Kau dah bayar? Dah. Kau dapat makan? Tak. Sedap ke tidak? Kau tak tau.
21. Kemudian bila kau kutuk peniaga Melayu yang meniaga macam gampang ni, apa yang kau dapat?
22. "Kau dengki Melayu dan kau hanya nak menjatuhkan bangsa sendiri."
23. Persoalannya mudah....jika orang Melayu meniaga, kenapa bila aku tak nak telur dalam nasik lemak ke kueytiaw goreng ke nasik goreng kampung ke.....harga dia sama?
24. Sedangkan aku dah bayar harga telur tu dan kau sepatutnya patut bagi aku sebijik telur belum masak untuk aku bawak balik......sebab aku dah bayar.
25. Yang lagi pelik....kau order nasik lemak, kalau kau kata nak telur goreng.....
26. Telur rebus dia tak letak dah. Dia letak telur goreng sahaja. Harga topup telur goreng....
27. Aku pasti itu bukan kerana peniaga Melayu itu risau pasal tahap kolestrol pelanggan mereka.
28. Apa status pendapatan orang yang buat macam ni tanpa kerelaan pelanggan?
29. Pelanggan tak berani bersuara pulak sebab takut nanti ada orang rekod, viralkan dekat internet, habis satu Malaysia kutuk dia berkira dengan peniaga nasik lemak.
30. Tapi tu hak pelanggan kau kan? Telur 50 sen sebijik sekarang bang. Dia dah bayar.
31. Kalau kau sengaja buat camtu sebab kau nak jimatkan kau punya kos, kau paham-pahamlah sendiri.
Jun 24, 2015
Jun 23, 2015
Daripada Kau Hantar Anak Kau Ke Kursus Biro Tatanegara, Baik Kau Hantar Dia Pergi Duduk Dengan Harimau
Minggu lepas, media sosial agak kecoh mengenai tersebarnya satu slaid dari terbitan Biro Tata Negara yang mengecam secara melulu pergerakan bebas karya sastera dan seni, yang banyak didokong oleh golongan muda Malaysia.
Jika kau belum baca slaid tersebut, kau harus tahu, di dalamnya penuh dengan "fakta-fakta" yang telah "dikaji" dan "disahkan" tepat dan tidak boleh disangkal lagi. Sama kuat macam buku teks Sejarah sekolah.
Aku tak rasa aku sebahagian dari pengkarya indie ni sebab selama ni, aku tak pernah sertai mana-mana organisasi bebas yang ada ni. Cuma semenjak aku menulis Dubook Press ni, sedikit sebanyak aku ada lah terpalit juga dengan pergerakan kesusasteraan bebas Malaysia ni, sehinggakan ramai juga yang nasihat aku agar menjauhkan diri dari Faisal Tehrani.
Ada lah beberapa individu dalam pergerakan indie ni yang aku memang tak berapa gemar cara perjuangannya tapi itu kemudian hari punya cerita. Ya, memang betul ada individu yang pegangannya sedikit pelik, mengajak orang buat benda salah, ada juga manusia yang angkuh dan rasa diri dia rock star mengalahkan Kurt Cobain. Semua itu kau boleh jumpa jika kau sertai mereka ni tapi majoritinya hanyalah manusia-manusia kelompok tua dan muda yang hanya nak berkarya atau buat wang.
Agak mudah untuk diklasifikasikan mereka ini sebagai berhaluan kiri atau pihak pembangkang atau golongan macai Anwar Ibrahim tapi bukankah memang begitu budaya dunia dari dulu? Sang korporat memerintah manakala sang penyair, sang sasterawan membantah, bukan memang begitu ke?
Mari kita fokus pada BTN itu sendiri.
Aku benci pada BTN dan apa yang mereka anjurkan. Usaha mereka memang mahu cipta masyarakat yang bodoh. Jika kau tanya sama pihak BTN sastera dan seni macam mana "rakyat contoh" perlu suka, jawapan mereka mungkin ;
a. Rancangan realiti TV
b. Rancangan pertandingan lawak Melayu
c. Drama Cinta Islamik waktu Maghrib
d. Novel busuk fantasi cinta perempuan Melayu
Sebab itu orang yang BTN ni nakkan.
Aku cukup benci BTN. Kau nampak tak kebencian aku macam mana? Kau nak tau kenapa?
Aku budak sekolah elit. Sekolah aku sekolah premier (istilah zaman sekarang.) Aku budak pandai. Aku diberitahu aku orang pandai dan aku akan jadi orang besar dalam Malaysia. Aku diarahkan ke BTN waktu aku berumur 16 tahun. Cikgu aku kata aku ada potensi jadi problematic student dari segi disiplin.
Aku pergi ke BTN sebagai orang pandai dan aku balik dari BTN sebagai orang bodoh. Seperti yang aku pernah ceritakan dulu, kami ditipu masak-masak sampaikan dah tak mampu berfikir sendiri. Kami diberitahu yang Lebuhraya PLUS sebenarnya adalah markas tentera yang boleh dibuka laluannya untuk membolehkan askar mempertahankan negara jika negara diserang. Macam Autobot City dalam filem Transformers The Movie.
Aku ulang lagi sekali.....
Kami diberitahu bawah lebuhraya PLUS yang aku lalu kerap kali, ADA MARKAS TENTERA MALAYSIA YANG TERSEMBUNYI. JALAN TERSEBUT BOLEH DILIPAT ATAU DIBUKA JIKA MUSUH MENYERANG MALAYSIA.
Semua ini top secret Kerajaan.
Hanya mereka yang hadir BTN diberitahu rahsia sulit ini.
Berapa lama aku percaya benda tu? Lama jugak. Berapa kali aku bergaduh dengan mak aku dulu mempertahankan dasar kerajaan? Ratus kali. Berapa mulut dan minda yang kagum dengan ayat penceramah waktu tu? Beratus jugak la sebab aku dengar ramai yang respon dengan teruja.
Satu hari dulu aku macai.
Sebab BTN.
Aku, budak sekolah elit tak mampu nak paham betapa bullshitnya ayat penceramah BTN tersebut dan aku rasa majoriti kami dari 4 buah sekolah memang percaya betul benda tu. Jadi, jika diberi pilihan sama ada nak bersama BTN atau bersama pengkarya indie yang berhaluan kiri, kurang ajar, tak senonoh, cakap main lepas, mulut tak ada filter, kau nak bersama dengan siapa?
Dah lah buat slaid pun buruk.
Mungkin sebab slaid tu dibuat menggunakan super computer yang disambungkan ke network 50GB superspeed broadband dan dianalisa menggunakan satelit. Semuanya dikawal oleh think tank negara yang kini bekerja bawah Lebuhraya PLUS?
Wallahuallam.
Dalam BTN, apa saja mungkin.
Gambar hiasan - lokasi di mana aku ditipu oleh pihak BTN

Jun 18, 2015
Melayu dan Budaya Menolak Kemudahan
1. Kau lihat gambar di atas.
2. Itu adalah gambar sebuah surau di satu kompleks beli belah di Bangi.
3. Apa yang kau nampak?
4. Orang Melayu amat sensitif jika dikatakan mereka mempunyai mentaliti sedikit......terkebelakang.
5. Apa yang aku maksudkan ni sebenarnya?
6. Kemudahan dah ada. Aku pasti rak tu cukup untuk simpan semua kasut dan selipar yang ada.
7. Tapi orang kita lagi prefer letak dilantai. Biar dipijak, ditolak, disepak, disepahkan oleh kaki-kaki lain secara tak sengaja.
8. Atau mungkinkah kerana selesa? Kita lebih selesa macam tu. Mudah. Senang. Biar kita senang asal orang lain susah. Orang nak berjalan pun kena hati-hati.
9. Nak beli barang....kita akan parking betul-betul depan pintu kedai walaupun situ tak boleh parking dan parking ada disediakan tapi oleh kerana jaraknya beberapa ratus meter dari PINTU MASUK KEDAI, kita ambil jalan mudah.
10. ITU MASYARAKAT KITA. Dalam gambar tu jelas, orang kita malas nak susun kasut dekat rak sebab kita nak dekat dengan pintu surau dan kita nak dekat dengan tempat wuduk. Kalau letak kat rak...kena berjalan "jauh."
11. Akhirnya, kerajaan jugak yang susah.
12. Ye lah....bantuan rumah kedai dah berlambak dibuat MARA. Kau pernah nampak orang Melayu yang betul-betul serius meniaga dekat kedai yang disediakan MARA?
13. Daripada 4, adalah satu. Dua lagi, tak berjalan. Satu yang masih berjalan, bukak ikut mood dia.
14. Mungkin itu sebenarnya masalah masyarakat kita?
15. Kita dah disediakan kemudahan, tapi kita tak pakai? Macam rak kasut kat dalam gambar tu?
16. Ada bunyi macam macai Kerajaan tak aku?
17. Kalaulah macai kerajaan pandai main isu yang betul, percayalah cakap aku, takkan ada orang Melayu yang nak pangkah pembangkang lagi.
18. Ada orang pangkah pembangkang bukan sebab dia anti kerajaan....tapi itu cara dia kritik kerajaan kita.
19. Harap organisasi macai UMNO dapat tackle orang-orang macam ni.
20. Nak letak kasut dekat rak pun malas......ada hati nak tukar kerajaan untuk baik pulih negara.
Jun 16, 2015
Kisah Akhir Zaman : Apa Yang Lebih Tebal Berbanding Malu Dalam Diri Perempuan Akhir Zaman? Make-Up.
Pak Atan memegang tangan cucunya Atina dengan erat walaupun tangannya hampir lencun meredah bahang panas dan berjalan sejauh hampir satu kilometer.
Punggungnya dilabuh atas kerusi plastik keras berwarna merah yang tidak banyak kosong. Lega rasanya dapat meneguk air sejuk membasahi tekaknya.
Orang ramai duduk memenuhi mini stadium tertutup kampung tersebut.
"Kau ada nampak mak kau mana?" tanya Pak Atan.
"Entahlah Atuk, orang ramai sangat la!" Atina, cucunya yang baru darjah dua petah menjawab. "Takpolah, biarkan lah, nanti jumpo lah kito eh.." Pak Atan mengomel.
Pembesar suara berbunyi, "Tuan-tuan dan puan-puan, kini tiba giliran peserta keempat kita. Dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tong Shin, Mei Mei Zhao!" Bunyi lagu klasik Cina dimainkan dan Mei Mei Zhao berlari ke luar sambil tangannya memegang riben panjang.
"Apo dia nak buek tu Na?" tanya Pak Atan.
"Menari Tuk!" jawab cucunya.
Peserta berbangsa Cina itu pun memulakan gerakannya lalu melompat-lompatlah dia. Terbuka luas mata Pak Atan apabila melihat gadis berumur 13 tahun itu terkangkang sambil melayangkan badannya mengikut irama, sambila tangannya kemas memutarkan riben ditangan. "Sukan apo jenis ni Na?" tanya Pak Atan.
Suaranya tenggelam dalam bingit lagu yang semakin rancak.
"Astaghfirullahhalazim...astaghfirullahhalazim....Ya Allah Ya Allah Ya Allahh....." kata Pak Atan sambil matanya tekap memandang lantai. "Astaghfirullah...ya Tuhan.."
DUM! Persembahan bertenaga peserta Mei Mei Zhao itu berakhir. Dia tersenyum lalu melambaikan tangan dan lantas berlari memeluk jurulatihnya. Pengadil mengangkat papan markah dan markah yang terpapar boleh dikatakan mampu membuatkan beliau mendapat pingat.
"Dari Sekolah Menengah Jalan Bukit, terimalah adik Nur Amalina Rosli. Adik Amalina juga adalah juara bertahan acara ini tahun lepas." Adik Amalina Rosli pun melangkah keluar dengan pakaian seragam berwarna merah terang.
"Ya Allah! Astaghfirullahhalazim!"Pak Atan menepuk dahi. "Masya Allah...."
Orang ramai mula memandang Pak Atan. Amalina pun sama. Dia memandang Pak Atan yang kebingungan. Seorang penonton menepuk bahu Pak Atan," pakcik, minta maaf pakcik. Peserta tu tak boleh fokus kalau pakcik terjerit-jerit ni pakcik."
Pak Atan memohon maaf. Matanya terpaku pada lantai sambil tangannya mengeluarkan tasbih yang tersimpan di kocek. "Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..." katanya berulang kali.
Amalina berdiri tegak. Lagunya mula muncul perlahan-lahan. Tapi diselang-selikan dengan suara Pak Atan yang jelas kedengaran. "Astaghfirullah...Astaghfirullah..." Lagu Amalina mula rancak. Amalina mula meloncat mengikut alunan lagu. Pak Atan pun sama nada suaranya naik turun melihat aksi Amalina itu.
Terganggun Amalina. Rutinnya berubah tempo. Nampak gerakannya mula tidak kemas. Belum habis lagu, dia berhenti. Lalu dia berlari memeluk seorang perempuan yang mungkin ibunya sambil menangis. Seorang pegawai pengelola berlari ke arah Amalina. Amalina menangis sambil menjelaskan sesuatu. Matanya menunjuk-nunjuk ke arah Pak Atan.
Pegawai tersebut lalu berjalan ke arah Pak Atan. "Pakcik, saya minta maaf pakcik, tapi saya perlu minta pakcik hentikan apa yang pakcik buat tu, peserta kita terganggu," bisik beliau lembut.
"Terganggu?" tanya Pak Atan balik ikhlas.
"Ya pakcik, mereka rasa insecure sebab duk dengar ada orang berzikir masa mempersembahkan rutin. Tak boleh fokus," terang beliau.
"Saya datang ni nak tengok cucu saya aje, minta maaflah. Saya pergi duduk dekat luar dululah sementara nak tunggu giliran dia," Pak Atan mula bangun. "Atina nak ikut atuk atau nak duduk sini?" Atina memberi isyarat beliau mahu duduk di situ. Pak Atan berjalan keluar sambil Amalina kembali mengambil posisi mula beliau.
Muzik tersebut dimulakan kembali.
Pak Atan termenung duduk keseorangan. Niatnya mahu menghisap rokok daun terbantut melihat papan tanda larangan merokok. Selang 10 minit, muncul pengumuman kuat di pembesar suara. "Peserta ke tujuh kita hari ini, Alina Hashima binti Mohd Zuki dari Sekolah Menengah Jalan Kebun."
Bunyi penonton bertepuk tangan menggegar mini stadium itu. Pak Atan tersenyum mendengar nama cucunya disebut. Dia lalu melangkah kembali masuk ke dalam.
Matanya terbuntang luas melihat cucunya separa bogel berdiri dihadapan ratusan manusia. "Ya Allah Alina!" Pak Atan berlari sambil membuka baju kemeja lengan pendeknya lalu dia masuk ke dalam gelanggang. Bajunya dibalut menutup badan Alina.
"ATUK!!! JANGAN ATUKK!! MALU SAYA!" Alina menjerit malu.
"Ya Allah, Astaghfirullah Alina...sukan apo ekau masuk ni. Masya Allah!" jerkah Atuknya.
Pegawai pengelola berlari menangkap Pak Atan. Pak Atan meronta-ronta. "Ayah! Ayah! Ayah buat apa ni?" Zainab berlari mendapatkan ayahnya yang dipegang erat dua orang lelaki.
"Maaf Puan, kami terpaksa bawa ayah puan ke luar, zikir yang dia bacakan tu membuatkan peserta Melayu tak dapat fokus," kata penganjur. Zainab berlari mendapatkan anaknya yang kini sudah menyorokkan diri.
"Alina, are you okay?" tanya Zainab.
"Atuk ni......habis rosak mood nak perform. Malulah dapat atuk camni," kata Alina sambil membetulkan sedikit seluar dalamnya yang terselit, membuatkan dia rasa tidak selesa.
"Still want to perform?" tanya ibunya.
Alina mengangguk.

Jun 04, 2015
Awkward Agama : Nikah, Wuduk dan Adat Melayu
"Aku terima nikahnya Nur Syarifah Syahora Ahmad Khairul Hafeez dengan mas kahwin RM350 tunai.."
"Sah!" Ke empat-empat saksi bersuara. Tersenyum gembira Halim. Perasaannya kembali tenang. Selepas selesai melafazkan taklik di hadapan wanita yang kini sah isterinya, Halim menunggu apa pula acara selepas itu.
"Lim, sini Lim, kita buat acara batalkan air semayang pula..." panggil wanita yang kini bergelar ibunya, Mak Semah.
Halim menggeletar tiba-tiba.
Dia lalu melutut di hadapan isterinya. Kawan baiknya datang menghulurkan cincin. Halim membuka kotak cincin tersebut lalu dia pun mengeluarkan sebiji cincin yang cukup besar permatanya dan habis sebulan gaji Halim untuk memperolehinya.
Halim diam. Kepalanya berfikir macam-macam.
"Orang kata ni acara membatalkan air semayang, tapi kenapa orang tak panggil ni acara membatalkan wuduk?" fikir Halim mula berfikir benda lain.
"Diorang ni tak tau ke, aku tak ikut mazhab Shafie?" fikir Halim lagi.
"Ah, buat sajalah..." gesa hati Halim.
Halim pun memegang tangan isterinya lalu menyarungkan cincin ke jari Ifah. Mengalir air mata Ifah pada ketika itu kerana betapa simboliknya majlis tersebut pada dia. Akhirnya lelaki yang dicintainya itu halal untuk memegangnya, halal juga untuk dipegangnya.
Tapi apa yang Halim fikirkan pada ketika itu?
Macam mana nak menerangkan kepada isterinya, dia percaya jika suami isteri bersentuhan dalam wuduk tanpa ada rasa nafsu, mereka tidak perlu mengambil wuduk semula.
Selesai majlis, selepas semua tetamu berangkat, Halim dan ayah mertua barunya bersalam-salaman dengan Imam. "Ayah, saya nak solat sunat syukur sebentar," kata Halim.
"Orait," kata Ayahnya. Halim menuju ke penjuru ruang solat dan berdiri mahu mula solat.
"Lim....wuduk kau kan dah batal tadi," tegur ayahnya.
"Ak aah la ayah..." kata Halim pura-pura lalu melangkah ke luar.
nota kaki : Bila aku cari gambar sarung cincin, aku jumpa banyak gambar tangan wanita berinai. Pengaruh Hindu masih lagi menebal dalam orang Melayu? Mungkinlah.