Disember 31, 2013

Satu-Satunya Cara Untuk Kita Berubah Baik Adalah Membuang Sifat Takut Nak Berbuat Baik

Bayangkan;

Kau dan family kau, tengah drive kereta, meletup enjin berasap temperature naik. Asap penuh tapi nasib baik kau still bole navigate kereta ke tepi. Kau dengan pasangan kau pun turun kereta, dengan anak2 duk merengek. Kau cek air, tengok2 kering, rupanya ada leaking bawah kereta yang keluar menitik sikit2.

Anak2 kau nangis, tengah panas, tak tahan kena haba. Kereta laju lalu lalang tepi kau membuatkan kau rasa risau takut anak kau berlari ke tengah jalan. Bukak boot tengok tak ada air kosong sebotol, boleh buat isi sementara, mana tau boleh jalan. Botol pun tak ada. Ada la air untuk buat susu anak tapi itu pun sikit aje.

Kau pun cuba la tahan kereta. Tangan kau diangkat setinggi yang kau mampu mengharapkan agar ada orang berenti, boleh tolong pinjamkan air dekat kau asal kau boleh jalan carik bengkel. Sambil tu kau try call member, tapi tak ramai yang berada dekat lokasi kau. Kau on the way balik kampung.

Anak kau merengek panas. Kau letakkan dia dalam kereta dan turunkan tingkap tapi bahang matahari masih lagi menyucuk kulit. Kau sendiri rasa panas apatah lagi anak kau yang kulitnya tak cukup tebal lagi...

Tak ada pun orang berenti nak tolong kau.
Kau mula panik.

................

Aku tengah drive sorang diri sambil dengar lagu rock. Dengan kepala terhenjut2 aku headbanging sorang2 dalam kereta.

Aku nampak dari jauh ada kereta tersadai tepi jalan. Nampak kau mengangkat tangan mintak tolong aku berenti. Aku jugak nampak sisteri kau tengah gelabah menenangkan anak kau yang tengah menangis meraung. Dalam kepala aku, aku teringat benda2 yang aku baca dalam Facebook, family menyamar gunakan anak, mintak tolong orang berenti tepi jalan kemudian tipu dia, rompak dia. Pancing orang yang nak membantu gunakan budak kecik...sebab bila ada budak kecik, automatically kita assume orang tu orang baik.

Aku rasa serba salah. Nak tolong ke tidak? Mana tau kau memang sebenarnya dah pakat suruh geng kau nyorok dalam semak, aku berenti turun kereta kau ambush aku...

Akhirnya, aku pilih jalan selamat....buat2 tak nampak dan teruskan perjalanan aku.


.....................

Ramasamy dan Velu naik motor dua orang. Memang penat diorang sebab baru aje setel loading buah kelapa sawit dalam lori nak dihantar ke kilang. Lalu dekat satu jalan diorang nampak family kau tersadai tepi jalan. Velu suruh Ramasamy berenti tanyakan apa halnya kereta kau, mungkin kereta rosak ke atau ada masalah lain ke.

Ramasamy pun memberhentikan motorsikalnya. Nampak la engkau sedikit terkejut tengok ada orang India berhenti nak tolong.

...................

Kau pun kaku sekejap.  Nampak dalam bakul motorsikal ada parang. Perasaan mula cuak.  "India, bawak parang, habis la kena samun."

Kepala otak kau mula ligat pikir semua video rompakan yang kau tengok dalam Internet. Majoritinya dilakukan oleh orang India. Senyap2 kau bisik dekat isteri kau, masuk dalam kereta, bawah seat ada hammer.

................

Ramasamy pun berjalan ke arah kau. "Ni leaking ni bang!Berasap! Nasib baik saya tak minum habis air saya tadi...." kata dia sambil menghulurkan botol Coke berisi air kosong yang tiga suku penuh. Velu hanya tersengih melihat kawan dia yang dari dulu suka tolong orang tanpa banyak soal.

..................


Sempena kedatangan tahun baru ni ; apa kata kita cuba ubah sikap kita, jangan bersangka buruk dengan orang.

Bila kita dah mula simpan perasaan curiga dengan semua orang, benda tu takkan membantu langsung dalam pembangunan masyarakat kita. Kita akan hidup dengan perasaan curiga, takut dan was-was aje sepanjang masa.

Kalau kau Melayu dan kau Islam, kau kena ingat satu benda; asas manusia ni semuanya baik-baik belaka. Tapi oleh kerana kita selalu menumpukan kepada respon yang buruk sahaja, perasaan ingin saling bantu membantu kita dikikis oleh sifat tidak mempedulikan orang lain untuk lebih pentingkan keselamatan diri sendiri.

"Tidak mahu jadi busybody, kau buat hal kau, aku buat hal aku."

Dengan kedatangan tahun baru ni, kita boleh ubah pemikiran kita supaya betul2 ikut apa yang agama kita anjurkan, jangan racist, jangan bersangka buruk dan jangan takut nak membantu. Tu paling penting. Jangan takut nak membantu orang dalam kesusahan. Itulah peliknya orang Malaysia, kita pakat2 bantu mangsa banjir macam2 tapi keluarga stranded tengah jalan kita takut nak tolong....

Mungkin sebab nak tak nak, kita tak nak akui, Malaysia bukanlah sebuah negara yang selamat? Sebab itu kita takut nak turun bantu orang lain? Sepatutnya, kalau kau nampak orang dalam susah, at least cuba berenti tolong. (kalau kau lelaki lah, perempuan aku tak galakkan melainkan kau ramai)

Kalau kita takut nak tolong orang kerana kita bimbangkan keselamatan diri kita, once benda tu jadi dekat kau, kau akan wish orang akan berenti tolong kau.

Aku pernah tolak motor aku dari Putrajaya ke Dengkil dan halfway perjalanan (masa tu mana ada bengkel langsung kat Putrajaya ni, stesyen minyak pun takde), seorang lelaki India tumpangkan aku dan motor aku naik lori dia. Kalau dia risau aku rompak dia, mesti dia tak berenti. Kalau aku pulak takut dia rogol aku ke, mesti aku tak naik. Dah la motor aku berat nak tolak.....

Memang akan ada orang jahat tapi janganlah sehinggakan semua orang susah yang mintak tolong, kita tak tolong dia sebab kita takut dia orang jahat. Tak berbaloi kita korbankan sikap tolong menolong hanya sebab ketakutan macam tu. Kalau kita amalkan sikap camtu, kebaikan sendiri akan luntur dari jiwa kita sebenarnya. Jumpa orang dalam kesusahan, tolong! Jangan takut. Kalau kau takut nak tolong orang, kita akan jadi satu masyarakat yang takde culture, tak ada warmness dan tak ada relationship.

Kita akan hidup tanpa rasa harmoni sebab antara sesama kita, kita dah simpan rasa curiga dan wondering," dia ni jahat atau tidak, dia ni mungkin perogol, dia ni bla bla bla.."

Itu yang kita semua rasakan sekarang, kan? Rumah kena ada alarm. Kereta kena ada security measure. Hidup pun rasa tak tenteram. Ini semua perasaan yang timbul bila sesebuah masyarakat tu dah tak mementingkan berbuat baik tapi lebih mementingkan keselamatan dia aje.

Tengoklah sekeliling kita, kita sanggup biarkan jenayah berlaku hanya sebab kita risaukan keselamatan diri kita. Berapa orang yang berani kejar peragut secara sorang diri? Tak ramai. Tapi bila yang sorang tu dapat kejar dan dapat tangkap, berapa ramai yang masuk belasah peragut tu? Tak terkira. Mana kau? Kau bukan hero...kau hanyalah pembelasah. Tak ada apa yang noble pasal orang yang belasah peragut ramai2 sebab kau hanyalah pengecut yang hanya tau belasah, lepas kau yakin kau akan selamat.

Itu lah dia sifat yang Syaitan nak kita rasa, takut dan was2 sesama kita lalu menjadikan kita semua berprasangka antara satu sama lain. Kita takut nak buat baik, takut nak lawan benda salah tapi bila ada peluang lepas geram, kita tadah tangan. Tanpa kita sedari, sifat tersebut senyap2 memecah belahkan masyarakat kita. Tiap2 orang antara kita mesti ada rasa nak belasah seseorang yang buat jahat tapi tak ramai pun yang nak volunteer buat benda baik. Kelakar kan?

Benda ni bukan berlaku antara Melayu dan bangsa lain aje, Melayu dengan Melayu sendiri pun kita ada rasa camtu. Orang jahat memang akan ada tapi kalau orang baik tak berani buat baik, macam mana perkara baik nak terjadi, kan?

Lihatlah apa yang kita laporkan dalam suratkhabar, berita dan rancangan 999. Jenayah, bunuh, rompak, ragut, tikam, gosip, rogol, cerai, kahwin lari, pelacur, kongsi gelap, gangster. Semua benda2 buruk belaka. Kita sendiri membudayakan gangster, meraikan budaya samseng dalam filem. Gangsterism adalah cool. Ini, aku salahkan orang2 yang buat filem gangster....kau perlu tanggung beban ni sebab kau mempopularkan gangster. Kita orang Malaysia. Kita bukannya triad Hong Kong atau Ahli MP Taiwan. Gangster2 ni tak perlu pun dalam masyarakat kita.

Kita perlu berubah, perlu lebih berani tolong orang lain. Target kita, biarlah sampai jadi seperti negara Arab, berani tinggal kedai untuk pegi solat. Biarlah sampai macam negara Jepun, beratur elok naik LRT tak berebut langsung. Biarlah sama macam negara Norway, rakyat gembira bayar cukai sebab tau semua itu berbaloi untuk semua orang. Biarlah sama macam Finland, education bukannya pertandingan tetapi lebih kepada perkembangan minda budak2. Tapi masyarakat kita, semuanya adalah untuk diri sendiri semata2. Semua nak cepat. Semua nak dia dulu. Semua dia nak dapat lebih.

Itulah benchmark yang kita perlu capai.
Tapi kerajaan nampak hanya gemar statistik2 crap yang sebenarnya tak membawa langsung pembaikan.

Tanyalah diri sendiri, adakah kau takut duduk di kawasan perumahan kau? Kalau setiap masa kau perlu risau mengenai keselamatan diri sendiri, apa solusinya? Dah jelas undang2 sekarang tak membantu mencegah jenayah2 ni sebab makin lama, makin ramai pulak yang makin berani.

Tapi ini ajakan aku.
Kalau orang jahat jadi lagi berani, kita kena jadi lagi berani. Kalau orang kita suka share video2 yang menakutkan kita, kita jadi orang yang berani lawan benda2 yang terpapar dalam video tu. Sebab kalau kita sekadar share video, kita hanya sebarkan ketakutan, tapi kita tak buatkan orang nak bangun melawan.

Kita tengok video bukan untuk rasa takut, tapi tanam dalam diri, kalau nampak jenayah, jangan takut nak melawan. Kau tau apa rewardnya mati mempertahankan hak sendiri? Kau tau apa rewardnya mati mempertahankan hak orang dianiaya? Pencuri akan masih berani mencuri kalau dia tau orang tak berani lawan dia. Kalau kerajaan tak wujudkan sesuatu yang menakutkan orang nak buat salah, kitalah yang kena protect diri kita sendiri.

Selamat Datang 2014 dan bangunlah melawan.

Disember 27, 2013

Kerajaan Selangor Anjurkan Pesta Maksiat Sempena Malam Tahun Baru. Kondom Percuma Akan Diedarkan

Sekarang ni pegi mana2 pun orang akan borak pasal kenaikan yang bakal menimpa kita tahun depan dan kemuncaknya April 2015, GST akan dilaksanakan.  aku tengok perbahasan Parlimen tempohari, Ahli Parlimen kita kata "puak2 pembangkang ni memang jenis tak nak tengok TV1, TV2, RTM, sebab tu diorang tak paham apa itu GST dan faedahnya.." Kalau kau langgan Unifi dalam tu ada channel khas sidang parlimen setiap hari, layan gak.

Hari ni 27hb Disember 2013. Lagi 4 hari kita akan masuk tahun baru. Hari ni kalau ikut kalendar Hijrah berapa haribulan? "Ermmm....ermmmm...ermmm...jap kena cek kalendar Hijrah!" respon majoriti orang Melayu.

Kerajaan tiap2 hari kata "kita kena save duit, kita kena amalkan berjimat cermat, kita kena tanggung hutang, kita kena jimat kat situ, kat sini, jangan berbelanja berlebihan, rakyat tolong ubah cara hidup.."

Tapi Sambutan Tahun Baru masih lagi berlangsung secara mega. Bukan setakat ada sambutan dekat Dataran Merdeka, malahan akan ada jugak sambutan dekat Putrajaya. Siapa nak joget lambak ramai2 laki pempuan, gi Dataran. Siapa sekadar nak enjoy relaks2 layan konsert sikit2, gi Putrajaya. Siapa nak berhibur boleh try pegi dua2.

Perlu ke perayaan macam ni kalau kita semua terpaksa menanggung pelbagai kenaikan yang bakal mencengkam? Adakah kerajaan ni mengamalkan sikap "enjoy-enjoy, sila enjoy dulu, lupakan sebentar duka nestapa dan enjoy lah tengok konsert sambil menari ramai2, lepas ni balik sila lalu tol ya!"

Macam perangai standard orang Melayu, kahwin nak grand sampai berhutang, buat loan, nak ada kereta kuda tapi lepas kahwin duduk bawah ketiak mak bapak sebab duit tak cukup nak sewa rumah sendiri. Kalau aku kutuk pengantin yang kahwin yang nak kena ada ukiran ais dan ada photographer pre wedding pegang tangan posing2 peluk2, mesti ada yang terasa dan kemudiannya kutuk aku balik kata aku jeles sebab aku tak mampu buat macam tu...betul?

Bayangkan kalau kerajaan jawab balik tuduhan kenapa kerajaan suka over spending buat bermacam benda yang tak berfeadah dan tak relevan serta tak selari dengan pendapatan kerajaan dengan ayat "hak eleh, kau jeles sebab kau tak mampu, kau hado?"

Siapa punya trademark ni "Kau hado?" Artis mana? Aku pernah dengar ada artis sebut tapi aku tak tau
siapa yang start. Apasal bunyi dia macam bunyi ayat pondan aa?

Kalau dah tak ada duit tak payah la sambut tahun baru. Yang peliknya ramai orang kata tak ada duit tapi dia sanggup keluar ,eredah traffic jam dan spend duit beli overprice crap yang dijual kat tempat tu. Dekat PICC Putrajaya siap ada bazaar tahun baru lagi. Jom spend spend and spend...

Bukannya membantu apa2 pun sebenarnya. Tak mati pun rakyat Malaysia tak sambut tahun baru. Tapi apa boleh buat, dasar kerajaan memang suka rakyat berhibur. Kepala kerajaan sendiri suka berhibur, dia pun nak la jugak rakyat dia turut sama jadi macam dia, betul?

ps - 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, ada Ustaz Azhar Idrus dan kempen anti zina sempena ambang tahun baru. Kerajaan Selangor ni memang cilaka sekt sebab anjurkan kempen anti zina yang tak selari dengan pandangan kerajaan Pusat! Dasar pembangkang!

Disember 24, 2013

Aku Cukup Bangga Dengan Kelayakan Aku Terima BR1M Setiap Tahun

1. Najib menjanjikan Negara Berpendapatan Tinggi boleh dicapai.

 2. Kata dia, dalam tahun 2019, purata gaji orang ramai boleh mencecah RM45 ribu setahun.

 3. Angka itu diperolehi melalui purata gaji SEMUA orang dan dibahagikan dengan jumlah penduduk. Realistiknya mustahil la dia nak kira gaji semua orang, jadi selalunya akan diambil golongan2 tertentu sebagai data.

4. Angka itu boleh dimanipulate dengan amat mudah.

 5. 9 orang gaji RM900, satu orang gaji RM20,000, berapa puratanya? RM2810. Satu angka yang agak ok kalau kau bujang.

 6. Purata takkan mencerminkan realiti sebab realitinya, orang yang gaji RM900 masih lagi tidak mendapat gaji purata, betul? RM45 ribu pada 2019.....hehehe. Lawak.

 7. Tapi, itu bukan isu aku cuba bangkitkan hari ini. Isunya adalah apa yang bakal terjadi kepada pekerja?

 8. Polisi negara berpendapatan tinggi sebenarnya agak kontra dengan dasar2 kerajaan yang telah diperkenalkan selama ini. Kita adalah sebuah negara perindustrian dan negara pengeluar produk.

 9. Kita mempunya pelbagai dasar yang diperkenalkan untuk menarik pelabu melabur di Malaysia. Antaranya, pengecualian cukai selama 10 tahun dan foreign ownership 100% yang telah diperkenalkan pada 2012. Even bukak pejabat dekat Cyberjaya dapat insentif pelepasan cukai masa nak bangunkan MSC dulu.

 10. Benefit utama menarik pelabur adalah tenaga kerja yang murah kosnya dan ini dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran berbanding berniaga di negara asal. Bayar USD3000 tak sama dengan bayar USD950 bang.

 11. Adakah kau nampak ada kontradiksi di situ? Jika kerajaan berhasrat ingin menjadikan negara ini berpendapatan tinggi, bagaimana kerajaan mahu mengekalkan insentif tenaga kerja mahir yang murah?

12. Apa yang telah dilakukan adalah mengimport masuk ramai pekerja luar untuk meminimakan kos. Selain itu, kerajaan juga nampaknya sedang cuba mewujudkan Skim Kemahiran Malaysia yang bakal melatih pekerja2 berkelulusan sijil yang mempunyai kelulusan tertentu dalam kemahiran speisifik mereka, contohnya buat wiring, buat rumah dan sebagainya.

 13. Tetapi, bila kerajaan bercerita mengenai Negara Berpendapatan Tinggi, kerajaan juga perlulah memperkenalkan tangga gaji tertentu untuk rakyat tau di peringkat mana mereka berada.

 14. Ambik contoh, seorang pembancuh simen. Berapa upah nak bayar sebulan? Tak ada orang tau sebab kita tak ada standard pay, jadi ramai peniaga yang akan ambik gaji minima RM900 sebagai benchmark sebab itu yang akan dilakukan oleh orang2 bisnes. Meminimakan kos dan memaksimakan profit adalah matlamat perniagaan.....kalau ikut Islam lainlah pulak ceritanya kan?

 15. Kita tidak ada standard tetap macam negara maju. Pengenalan gaji minima sahaja tidak cukup kerana baselinenya adalah RM900 tapi implementation hak pekerja masih lagi longgar dan ala kadar sahaja. Masih banyak syarikat tidak memathui undang2 pekerja tetapi laporan tidak dilakukan kerana pekerja takut hilang pekerjaan.

 16. Apa yang lebih baik adalah pengenalan gaji minima mengikut jam seperti di US, USD7 sejam. Di UK, GBP5 sejam. Ini dapat mengelakkan majikan mengambil peluang memerah pekerja habis-habisan sebab benda ni masih lagi berlaku di mana-mana.

 17. Banyak syarikat mengambil kesempatan memaksa pekerja bekerja lebih masa secara percuma dan ini adalah salah satu perkara yang aku risau berlaku sebab di negara maju, mereka agak strict dalam menjaga kebajikan hak pekerja tapi di Malaysia lain pula.

18. Akhirnya, back to square one, bisnes akan cut cost dan hire pekerja asing dan yang akan terus terpinggir ni adalah orang2 biasa, yakni rakyatlah. KFC pun ramai pekerja asing kerja sekarang.

19. Bagaimana nak jadi negara berpendapatan tinggi sedangkan ekonomi kita tak mampu nak sustain diri sendiri dan kita terpaksa bergantung dengan investment luar dan pekerja luar? Agak magic kalau Negara Berpendatan Tinggi ni berhasil sebab pada aku, realisitknya  mustahil benar2 terjadi kecuali lah dicapai secara syok sendiri dan angan2 macam Melaka Negeri Maju tempohari.

20. Kalau kau tengok, kerajaan sekarang ni tak tau nak jadi populist atau nak jadi corporate. Bila PM bercakap dengan orang ramai, dia cakap macam dia paham dia paham penderitaan orang miskin.

21. Bila Najib bercakap dengan golongan bisnes dan elit, dia jadi angkuh dan berlagak kononnya dia boleh buatkan orang2 kaya tu jadi lebih kaya kalau terus sokong dia.

22. Realitinya, dalam sistem kapitalis yang kita pakai, jika ada orang yang kaya, kena ada orang yang miskin. Ini fakta!

23. Bila bercakap mengenai Malaysia, sebuah negara yang bergantung dengan pelabur luar dan pelabur dalaman sebagai sumber ekonominya, tak ada  pelabur2 yang gemar nak menaikkan kos pengeluaran dengan kenaikan gaji pekerja secara sukarela.

24. Di sinilah rahsia yang aku rasa ramai orang tak nampak. Apa yang Najib sedang buat sebenarnya dasar kapitalis. Dia jujur bila dia cakap dia takkan laksana dasar populis sebab dia tak pernah rasa hidup susah. Pemimpin Berjiwa Rakyat is just a pipe dream.

25. Najib is running Malaysia macam seorang kapitalis run a country. Semua dasar dia menunjukkan dia lebih pentingkan badan korporat berbanding kebajikan orang ramai. Aku rasa orang UMNO sendiri dah mula sedar benda ni tapi nak buat camne kan?

26. Pemberian BR1M ni sebenarnya hanyalah bajet celah gigi aje pada kepimpinan dia ni. Tak luak pun duit dia sebab dia tau Malaysia banyak duit. Tapi....Najib ada satu masalah besar sekarang ni. Duit Malaysia banyak tapi Malaysia jugak banyak hutang.

27. Kalau kau perasan, Najib bersungguh2 nak jaga hati pelabur Cina tak kiralah Cina Malaysia atau Cina from China. Sebab itulah marah benar Najib lepas PRU hari tu. Dia dah bagi macam2 dekat bisnesman Cina tapi orang Cina sendiri tolak dia besar-besaran. Dia nak orang Cina melabur dalam negara. Dia nak orang2 Cina ni terus support ekonomi Malaysia.

28.  Kalau kau bukak mata kau betul2, kau akan nampak benda ni terang dan nyata....Najib sebenarnya lebih peduli pandangan orang Cina pelabur ekonomi berbanding orang Melayu yang miskin, sebab orang Melayu miskin takkan mampu sumbang apa2 dekat kerajaan dia. Siapa kau nak mintak2 dengan dia kalau kau tak mampu provide apa2 dekat dia pun?

29. Inilah benda yang Mahathir cukup marah dengan Najib sekarang ni. Najib ni nampaknya jenis yang sanggup jual negara asalkan dia untung.

30. Najib wujudkan sebuah badan korporat untuk jadi penasihat kepada development negara. Kita dah keluarkan peruntukan untuk run kementerian2 ni...tapi apa perlunya lagi PEMANDU ni? Itu baru satu contoh pembaziran Najib ni. Mungkin dia merasakan orang2 dalam kementerian tak layak dan tak pandai nak menasihati dia jadi dia perlu lantik "kontraktor oversea graduate"?

31. Aku tau ramai orang UMNO kat luar sana, tolonglah cuba clarify dengan Najib betul2. Dia nak lahirkan "Negara Berpendapatan Tinggi dengan Rakyat Berpendapatan Tinggi" atau dia sekadar nak lahirkan "Negara Berpendapatan Tinggi Dengan Rakyat Berpendapatan Rendah" ?
32. Hanya 1.7 juta rakyat membayar cukai pendapatan daripada 13 juta pekerja. Sebanyak 25% pekerja di Malaysia berpendapatan lebih RM3000 dan selebihnya bawah nilai tersebut mengikut statistik EPF. Dalam 4 tahun ni, keajaiaban apa Najib nak buat sebenarnya? Aku tak nampak mana rakyat boleh tiba2 jadi pendapatan tinggi ni...

33. Adakah apa yang disebutkan sebagai Negara Berpendapatan Tinggi tu sebenarnya adalah seruan sosialis kosong kosong dari seorang pemikir ala kapitalis supaya rakyat pilih dia? Ingat rules kapitalis ni, untuk jadi kaya seseorang perlu miskin. Untuk negara jadi kaya, siapa perlu miskin? Takkan pelabur? Mereka sangat penting pada mata pemerintah..... rakyat lah kena berkorban.

34. Sebab itu kita akan dikenakan GST, tol dah naik. tarik elektrik dah naik. Kebanyakan essential goods akan naik mengikut kenaikan harga2 yang dah dikenakan ni. Ini semua perlu sebab kita menuju ke arah negara "berpendapatan tinggi."

35. Malaysia akan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan rakyat yang mempunyai purchasing power yang rendah. Itu vision sebenarnya yang diorang takkan sebut. Mungkin income kita akan naik tapi kau cubalah hidup dengan RM900 gaji minimum sebulan....kau rasa patut ke? Dengan kadar sekarang, tak patut benar rasanya nilai minima tu...

36. Apa yang kerajaan sebenarnya lakukan sekarang adalah menjadikan pendapatan kerajaan naik tinggi. Ini untuk memastikan kerajaan dapat bayar balik hutang2 yang dah menimbun naiknya.

37. Mungkinlah kita akan dapat kenaikan pendapatan, tapi akan ditiadakan faedahnya oleh tindakan yang kerajaan perkenalkan supaya duit tu kembali kepada diorang, seperti apa yang telah berlaku sekarang melalui GST dan pelbagai pengurangan subsidi.

38. Ini perlu untuk mengekalkan insentif kepada pelabur supaya terus melabur di Malaysia, kerana jika rakyat dapat kenaikan pendapatan, kerajaan perlu carik jalan macam mana nak cover balik lost pelabur yang timbul bila rakyat dibayar gaji lebih ni.

39. Apa yang akan berlaku adalah satu cycle macam ni ; pelabur naikan gaji pekerja > pekerja akan bayar tol dan GST > duit dapat balik kepada kerajaan > kerajaan akan compensate balik dengan pemotongan cukai, pengurangan duti secara direct dan pelbagai insentif kepada pelabur > pelabur akan terus menggaji pekerja macam biasa...cycle ni akan berpusing balik macam tu jugak. Taraf hidup takkan berubah..kecuali lah kita menang loteri dan invest duit loteri tu...

40. Mana sumber duit nak bayar hutang kerajaan tu? Ahah! Inilah magicnya. Apa yang kerajaan buat adalah diorang akan potong subsidi slow2 dan akan kenakan GST kepada kita. Dari situlah duit tu akan datang. Kita semua akan mula bayar tanggung dan tolong bayar hutang negara ramai2. Macam ada menteri kata,"the honeymoon is over.."

41. Terimalah hakikatnya, semenjak Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian, ekonomi kita akan lumpuh kalau sektor perindustrian ni terganggu. Sektor perindustrian ni pulak sangatlah memerlukan pekerja yang mahir dengan kos yang rendah. Itu cantiknya Malaysia pada pelabur ni. Kita ni macam China versi Asia Tenggara. Cheap labour cost adalah benefit melabur di Malaysia.

42. Dah berapa puluh tahun majoriti prosessor komputer dibuat di Malaysia. Berapa lama lagi kita nak bertahan sekadar cukup jadi pembuat cip komputer sedangkan kita sepatutnya bercita2 buat prosessor kita sendiri? Berapa lama lagi kita nak kekal dilabelkan pekerja semata-mata? Orang luar nak beli prossessor murah...kalau pasang kat US harga jadi mahal. Kalau kita naikkan gaji pekerja kilang kita, AMD dengan Intel boleh pindah kilang ke Bangladesh ke, India ke, Myanmar ke...kita pulak rugi kat situ kan? Inilah dia jerat dilema kapitalis yang cukup hebat membelit semua negara membangun.

43. Pada aku, visi kerajaan sekarang ni memang lebih menguntungkan golongan korporat dan pelabur sementara golongan pekerja akan terus diperah sehabis mungkin. Mungkin kita akan disejukkan dengan pemberian BR1M dan janji2 manis lain tapi itu visi kerajaan sekarang yang agak menakutkan aku. Kita di-engineered untuk kekal sedemikian rupa kerana ekonomi negara kita perlukan pekerja murah dan mahir.

44. Apa yang akan dibuat oleh kerajaan tidak akan mengubah apa-apa pada level rakyat kerana walaupun income kau mungkin naik, purchasing power kau akan kekal atau makin berkurangan.

45. Akhirnya, apa yang kau boleh buat adalah kau boleh ubah cara hidup belajar berjimat, bawak basikal atau apa sajalah cadangan yang macai selalu suggest.

46. Jika kau masih muda, masih kuat, sudah bekerja, layak menerima BR1M tiap2 tahun dan masih memangkah Barisan Nasional , tolonglah sedar satu benda, kau deserve better dari apa yang kau dah dapat. Kau deserve better dari apa yang Barisan Nasional boleh provide dekat kau.

47. Wahai orang muda, jika kau layak dapat BR1M tiap2 tahun dan bangga berkempen untuk kemenangan BN, kau sepatutnya sedar....ada sesuatu yang tak betul mengenai kau.

48. Untuk menyedarkan kau, cuba kau tunjukkan aku gambar pemuda dan pemudi Cina yang tersengih depan kamera suka dapat BR1M.

49. Sekarang cuba kau tunjukkan gambar pemuda dan pemudi Melayu gembira dapat BR1M.

50. Apa lagi Melayu mahu?

Disember 23, 2013

Adakah Kau Akan Sertai Acara Joget Lambak di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014 Nanti?

Kuala Lumpur, 23 Disember - Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM hari ini berjaya membanteras satu sindiket ajaran sesat yang didapati bergiat cergas di sekitar Mont Kiara dan Damansara.Sindiket itu yang digelarkan sebagai Kerajaan Islam Liberal Langit atau KILL aktif bergerak bermula semenjak Januari dan dilaporkan, bilangan ahli mereka kini mencecah hampir 30 orang.

"Apa yang dikhuatiri oleh pihak JAKIM adalah sindiket ajaran sesat ini menggunakan kaedah perbandingan agama dan ilmu Tarekat yang telah pun diseleweng agar nampak yang pengahayatan Islam yang telah sekian lama bertapak di Malaysia sebenarnya tersasar jauh," ujar Pengarah Bahagian Risikan dan Peperangan Islam JAKIM, Datuk Seri Paduka Tuan Haji Burhanuddin Yusoh Al-Jalaludin. "Mereka cukup meyakinkan."

Tambah beliau lagi, "mereka cukup licik memperdayakan golongan Melayu dengan menjanjikan syurga di dunia yang dilaporkan sedang dibina disebuah perkampungan di Selatan Thailand. Malah, ada golongan wanita berusia yang telah pun menyerahkan diri mereka untuk menjadi bidadari di syurga tersebut."

Ketua kepada kumpulan tersebut, Syed Azhar ibni Syed Azharuddin menganggap penangkapan mereka tidak adil kerana JAKIM sendiri hanya membiarkan masyarakat Melayu di Malaysia terus dialpakan oleh pihak kerajaan tanpa berani menangkap pihak kerajaan sendiri.

"Apa bezanya saya dan kumpulan saya dengan apa yang kerajaan akan anjurkan pada tahun baru ini (31 Disember 2013). Kerajaan akan menganjurkan tarian joget lambak yang bakal disertai oleh ribuan manusia yang bakal bercampur gaul lelaki perempuan di sebuah tempat terbuka tanpa perasaan malu. Mana keadilan pada kami?" hujah beliau.

"Kumpulan kami telah mencipta satu perkampungan yang kami namakan Kampung Syurga Musafir di selatan Thailand supaya kami dapat bersama di dalam kawasan kami yang tertutup tapi kenapa JAKIM tidak mengambil tindakan terhadap kerajaan yang terang-terang menganjurkan maksiat? Mana dia Ulama' UMNO dan Ahli Agama UMNO? Kenapa mereka hanya mampu menasihati kerajaan dalam bab politik dan ajaran sesat sedangkan kerajaan sendiri menggalakkan maksiat berleluasa di tempat terbuka?" sambung beliau.

Wartawan kami membuat sedikit siasatan dan mendapati memang pihak Kerajaan menerusi Kementerian tertentu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bakal mengadakan sambutan tahun baru 2014 di Dataran Merdeka dan acara yang paling menarik perhatian ramai adalah upacara "joget lambak" besar-besaran yang akan dianjurkan pada hari tersebut. Orang ramai bakal diberikan peluang untuk berdansa beramai-ramai mengikuti penari-penari khas yang dibawa khas dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sempena kenaikan cukai yang telah dikenakan ke atas pemilik kediaman dan premis. Wakil DBKL tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut.

Selepas siasatan dilakukan, pihak JAKIM telah dicuba hubungi kembali tetapi kami diberitahu, pihak tersebut sedang sibuk mencegah penyebaran agama lain yang dilaporkan menggunakan khidmat sms pula. Kami masih lagi menunggu maklum balas dari pihak JAKIM.

Sementara itu, ada beberapa pandangan yang dilontarkan oleh ahli agama berhaluan pembangkang."Apa kata, ketika joget lambak tersebut berlangsung, kita pasangkan azan, manalah tau tergerak hati mereka berhenti berjoget dan terus memulakan majlis berzanji?" ujar beliau yang tidak mahu dikenali ramai, erana takut dirinya dikecam kerana sudah tentu ramai rakyat Malaysia yang ternanti-nanti untuk menyambut tahun baru dan berjoget lambak beramai-ramai.


Aku cukup tak paham apa yang UMNO suka sangat menari dan menyanyi ni?

Disember 20, 2013

16 Contoh Kezaliman Kerajaan Barisan Nasional Kepada Malaysia

1. Majalah Mangga, UTRV dan sisipan Pancaindera masih lagi diterbitkan. Suratkhabar, majalah dan buku yang mempunyai pandangan politik berbeza sekejap sahaja diharamkan.

Zalim kepada ; golongan wanita yang jadi bahan tatapan lelaki satu Malaysia. Merendahkan martabat wanita dan agama dan rakyat yang cuba mendapatkan kedua2 pihak punya pandangan. Orang Melayu gemar berposing depan kamera untuk melariskan suratkhabar yang penuh dengan artikel karut belaka.

2. Menghalang perbincangan politik di masjid.

Zalim kepada ; Ahli agama yang nak memperbetulkan negara.

Kenapa perkara ini dilarang? Sebab kerajaan tahu, jika dibandingkan dengan apa yang agama anjurkan, kerajaan sudah jauh menyimpang. Lagipun, kau fikirlah, cuba kau berbincang pasal politik negara dalam rumah Allah ni...kau tak rasa ke ada perasaan perlu menjaga lidah dan hati semasa perbincangan? Kalaulah BN dan Pakatan boleh duduk dalam masjid dan berbincang....kan ke lagi dipercayai? Setakat ni masjid hanya diguna oleh kerajaan untuk sumpah liwat sahaja atau bagi peluang wakil rakyat berucap pagi Raya....selain daripada tu? Takkan itu aje fungsi masjid pada BN ni?

3. Melarang pelajar IPT melibatkan diri dengan parti politik atau menyatakan sokongan kepada pembangkang tetapi jika pro Barisan Nasional, boleh pula.

Zalim kepada ; pelajar yang punya pandangan berbeza.

Bagaimana pula seseorang yang sudah boleh diberi kelayakan mengundi tidak dapat menyatakan pendapat politik secara terbuka? Asalkan belajar tak terganggu, apa salahnya? Yang pelik, kalau kempen UMNO, tidak pula dikenakan tindakan disiplin malah diberikan bantuan kewangan.

4. Menggunakan kuasa untuk menghalang kebebasan suara dalam parti.

Zalim kepada ; orang penyokong UMNO dan ahli UMNO yang cuba untuk menyuarakan pandangan yang dirasakan lebih baik dan selalunya berakhir dengan keluar parti, tindakan disiplin atau digelar sebagai "pengkhianat Melayu."

5. Melagakan dan menggunakan isu perkauman setiap kali berlakunya ketidakstabilan kuasa pada Kerajaan.

Zalim kepada ; seluruh Malaysia. Kita seolah2 dilatih untuk mempunyai sikap prejudi dan skeptik terhadap bangsa lain.

6. Tidak melaksanakan apa yang disebut di dalam manifesto tetapi melaksanakan apa yang berlawanan dengan manifesto dan menggunakan alasan "semua ini lebih baik untuk rakyat Malaysia" padahal, sebelum PRU, bunyinya berlawanan pula.

Zalim kepada; seluruh rakyat Malaysia yang bukan kroni.

7. Mengutuk pembangkang dengan mengatakan "pembangkang takkan mampu memenuhi manifesto PRU13 yang dijanjikan sebab tidak realistik dan tidak berpegang kepada realiti, sebab itu rakyat kena pilih Barisan Nasional!"

Zalim kepada ; pembuat manifesto Pakatan, seluruh rakyat dan diri sendiri kerana telah meungkiri janji yang tidak ditunaikan.

8. Mencipta satu propaganda yang cuba menutup kemunculan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 5.

Zalim kepada ; Pakcik Abdullah Badawi.

Kau tak perasan benda ni? Benda ni memang berlaku. Diorang tak nak kita ingat legasi Pak Lah sebab pada UMNO, Pak Lah adalah titik hitam sejarah UMNO dan UMNO cuba menutup sejarah ni. Mungkin pada waktu tu, aku masih lagi mentah jadi aku tak dapat berfikir dengan betul, tapi betul ke Pak Lah bodoh dan tak buat kerja seperti yang digambarkan? Atau sebenarnya, apa yang Pak Lah buat tak selari dengan cara UMNO bekerja dan orang2 dalam UMNO tak suka benda tu berlaku? Wallahuallam...banyak cerita yang aku dengar menunjukkan Pak Lah sebenarnya adalah mangsa keadaan dan kini, propaganda dah berjaya membuatkan ramai orang anggap, dia lemah dan kuat tidur.

9. Melantik ahli-ahli agama yang menggunakan agama yang sudah diputar belitkan untuk memenangkan kerajaan dalam isu2 agama.

Zalim kepada ; Ahli Agama yang diconvert jadi macai, rakyat jelata dan agama sendiri.

Ahli agama UMNO ni punyalah bising pasal pelbagai benda yang berkaitan dasar kerajaan tapi masalahnya, kadang2 small issues macam point nombor 1 aku tak ada pulak dia nak tegur. Mungkin dia rasa benda tu small matter tapi untuk aku, benda tu lah sebenarnya perosak masyarakat ni.

10. Memutarbelitkan isu hudud.

Zalim kepada ; orang ramai yang semakin risau kadar jenayah yang teruk dan  orang bukan Islam kerana ditipu dan mereka jadi takut dengan hudud.

Fikir la sendiri...orang Melayu, takutkan bukan Islam, supaya takut dengan hudud, sebuah undang2 Islam, padahal, dia sendiri Islam...tak kelakar ke?

11. Memaksa orang miskin merayu dan penggunaan wang zakat sebagai pusingan perniagaan.

Zalim kepada ; orang susah.Orang yang berhak terhadap wang zakat.

Lihat sendiri prosedur macam mana nak dapat duit zakat. Susah. Memang susah. Tah-tah kos nak uruskan benda2 tu (transport, kos makan bila keluar rumah) dah sama macam bantuan zakat bulanan.

Dan kau tau tak sebenarnya, wang zakat ni takleh digunakan sebagai modal rolling untuk apa2 benda sekalipun? Sebab orang yang hak untuk dapat wang zakat dah dinyatakan mengikut ayat "Sesungguhnya sedeqah-sedeqah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, orang-orang miskin, ‘amil yang mengurusnya, orang muallaf yang dijinakkan hatinya, hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang terputus) dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang difardhukan oleh Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah: 60).

Jadi, apa rasionalnya wang zakat digunakan sebagai modal perniagaan kalau wang zakat boleh digunakan untuk menghapuskan pelbagai lagi masalah lain? Apa perlunya bangunan tinggi untuk pejabat zakat kalau masih lagi ada orang miskin kat Malaysia?

Kalau dah tak ada orang miskin, nak bina bangunan elok sikit, binalah. Tapi bantuan zakat perlulah diberi kepada mereka yang paling berhak, iaitu orang susah sebelum wujud sebarang perancangan nak bina apa2 untuk Lembaga Zakat ni.

Kau percayalah, kalau zakat digunakan dengan betul, tak ramai orang Islam ni susah, tak ramai orang Islam ni berhutang. Tapi sistem kita sayang riba...nak buat camna?

12. Undang-undang dibahagikan kepada dua ; undang2 untuk orang ramai dan undang2 untuk kroni.

Zalim kepada; semua orang.

Proses keadilan tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana campur tangan politik. Pihak Menteri dapat menggunakan pengaruh untuk menyelamatkan diri jika mereka didakwa atas kesalahan rasuah atau pecah amanah manakala rakyat yang curi sikit2 dihukum sekelip mata.

13. Menganggap majoriti rakyat Malaysia bodoh dan hanya geng2 diorang dan anak2 diorang pandai.

Zalim kepada ; semua orang Malaysia dan Universiti yang memberikan kelulusan kepada Menteri2 ni.

Kau tengok sendirilah macam mana menteri2 ni respon bila ada isu...nampak benar diorang ingat kita ni " manusia tahap ayam yang suka baca URTV dan Harian Metro hari2, otak penuh dengan drama cinta dan filem seram, suka bergosip pasal minah yang dapat gambar konek pelakon lelaki dan gembira benar dapat BR1M sebab kerajaan adalah savior umat Melayu."

Bila kita dah tengok Menteri punya statement bangang, kita akan tengok pulak, dia ni belajar mana dulu. "Ohhh...ada PHD dari Universiti ni...memang takde kualiti punya PHD dia ni..." Habis jatuh reputasi. Sapa sini masih lagi memandang slack Oxford masa KJ buat perangai bangang dia satu masa dulu? Panggil orang ramai beruk? Seorang graduan Oxford panggil orang ramai beruk? Apa standard dia ni?

Tapi tu kisah lama la. KJ pun nampak improve sikit skrg tapi masalahnya, bila dia improve di mata rakyat, di mata ahli UMNO dia ni pengkhianat. Adakah lagi beberapa tahun KJ akan dianggap bodoh, nyanyuk dan suka tidur macam Pak Mentua dia? Kita tunggu dan lihatlah.

14. Siapa orang Kerajaan yang lawan Kerajaan, dia akan dijatuhkan.

Zalim kepada ; kerajaan sendiri.

Jika ini adalah mentaliti yang dipegang, Kerajaan Barisan Nasional akan jatuh secara semula jadi. Tak sempat PRU14 pun boleh jatuh. Pada waktu tu, percayalah, jika Najib kata 1+1=11 semua orang UMNO akan terpaksa kata benda tu betul. Sebab dalam sistem kerajaan sekarang, berfikir di luar kotak tidak dibenarkan. Dari atas ke bawah, semua orang mesti mempunyai pemikiran yang sama. Bodoh atas, bodohlah bawahnya. Najib nak semua jadi macai, macai lah dia. Sebab itu, barang naik, minyak naik, tol naik, letrik naik...orang2 ni masih lagi cuba justify yang semua itu baik untuk diri sendiri padahal, poket makin lama makin ringan dan hidup perlu diubah turun. Ada kepimpinan UMNO buat camtu?

15. Oleh kerana protokol, Islam ditolak ke tepi.

Zalim kepada ; Islam, Mak Ayah, orang UMNO dan orang biasa.

Kenapa ramai benar orang UMNO yang lelaki jumpa Rosmah cium tangan dia? Kau pernah terfikir tak kenapa benda tu kerap berlaku? Aku tak pasti sama ada ini adalah arahan pegawai protokol, arahan tidak rasmi Rosmah atau diorang sendiri assume kena cium tangan Rosmah kalau tak dianggap tidak hormat.

Come on bro. Jangan zalim dengan diri sendiri. Kau lelaki. Kau ada telur. Kalau kepimpinan parti dan kerajaan pandang slack dengan kau hanya sebab kau tak cium tangan pemimpin pujaan kau, tak kiralah lelaki ke pempuan ke, kau perlu keluar daripada organisasi tu secepat mungkin. Kalau kau masih lagi duk cium tangan pemimpin2 kau macam dia mak ayah kau, kau zalim dengan diri sendiri, kau zalim dengan mak ayah kau dan kau zalim dengan Tuhan bang.

Yang penting, kau kena ingat, bukan Rosmah Mansor yang beranakkan kau.

Tunduk hormat sudah la dan biarkan situasi tu jadi awkward macam mana pun. Biarlah Rosmah Mansor tarik muka masam dengan kau. Kenapa nak perlu rasa takut? Kau tak ada buat salah pun. Kau menghormati aurat dan batas dia sebenarnya. Mana tau, lama2 dia berubah berenti salam dengan lelaki lain dan berenti peluk Lee Chong Wei? Mana tau kalau ada orang berani lawan dia, dia berubah?

16. Membelakangi Mufti

Zalim kepada ; Mufti yang bersidang, semua rakyat Malaysia, semua yang penghisap rokok, semua terlibat dengan majalah Mangga, URTV dan apa saja majalah/penerbitan/karya/hiburan yang memaparkan maksiat dan manusia yang tak menutup aurat yang tanpa disedari menggalakkan maksiat.

Kau nampak ada banyak rokok yang dijual dekat kedai? Semua tu dah sah-sah difatwakan haram. Kau bukak TV kau tengok drama Melayu kita. Aku berani kata 90% drama Melayu yang ada, haram belaka. Bukan sekadar drama, apa2 rancangan hiburan Melayu lah. Kau boleh baca guideline dia kat sini dan sini.

Apa kerajaan buat untuk sokong apa2 kata mufti ni? Jemput KPOP masuk menari untuk belia. Kerajaan untung Rm140 juta.Woo hoo!

Ada banyak lagi...kau nak tambah, tambahlah.

...........

Jadi, bila kau dah baca dua link JAKIM yang aku bagi tu, pandai2 la fikir sendiri. Kalau kerja kau adalah grafik designer kepada majalah Mangga, kau paham2 la kau sebenarnya elok berenti kerja dan carik kerja lain. Tak percaya cakap aku? Tanya Fathul Bari.

Disember 19, 2013

Perdana Menteri Umum Barisan Kabinet Akan Mula Menggunakan Duit Sendiri Untuk Belanja Sara Hidup

Putrajaya, 19 Disember - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sistem baru di mana mana-mana Menteri Kabinet dan Senator perlulah menggunakan wang sendiri untuk menjalankan tugas.

"Mulai Isnin minggu depan, semua tuntutan yang melibatkan Kabinet akan dibekukan sehingga kita mencapai status negara berpendapatan tinggi. Ini bermaksud Kabinet tidak lagi dibenarkan untuk menuntut elaun perjalanan, elaun petrol, elaun tenaga dan apa saja elaun yang diberikan semasa menjalankan tugas," ujar Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib menjelaskan sudah tiba masanya barisan Kabinet menggunakan duit gaji dan elaun mereka yang telah diberikan untuk dijadikan perbelanjaan mereka bekerja. Kemudahan yang diberikan kepada Kabinet seperti pemandu khas dan tukang kebun khas juga akan ditarik balik. Faedah mendapat bantuan konvoi untuk urusan kerja juga akan disekat.

"Saya berharap, jika Menteri belajar sendiri memandu ke kementerian mereka hari-hari, kembali mengisi minyak di stesyen petrol seperti orang ramai dan menempuh jalan sesak sama seperti kebanyakan rakyat, mereka akan lebih memahami masalah seharian rakyat, lagipun, banyak belanja minyak dapat dikurangkan oleh kerajaan kerana perbelanjaan petrol datang dari poket menteri sendiri" sambung beliau.

"Mereka masih boleh minta konvoi tapi perlu menggunakan wang mereka sendiri untuk perbelanjaan minyak," kata beliau.

Meunurut perkiraan awal, jika pihak Kabinet menggunakan wang mereka sendiri termasuk elaun untuk menampung kos bekerja dan sara hidup, kerajaan bakal menjimatkan hampir RM5 bilion setahun. Ini sudah pasti dapat digunakan untuk menampung kos pembangunan negara yang bakal memberi faedah kepada ramai pihak.

Datuk Seri Najib juga memberitahu ada antara kalangan Menteri yang langsung tidak pandai menggunakan pam minyak kerana tidak pernah mengisi minyak kereta sendiri. Salah seorang tetamu sambil tersenyum mencadangkan agar dilakukan kursus kepada para Menteri bagaimana hendak mengisi minyak di pam petrol dan kursus tersebut bolehlah diadakan di London sebagai satu lawatan kerja selama satu minggu.

"Selain itu saya juga mengambil keputusan untuk mensyaratkan pihak Kabinet untuk menggunakan pengangkutan awam setiap hari ke tempat kerja masing-masing tapi proses ini masih lagi mendapat bantahan, kerana ramai menteri merasakan menaiki pengangkutan awam membuatkan mereka rasa seperti pendatang asing di Malaysia. Ini kita cuba kaji dululah," kata beliau sambil tersenyum.

Datuk Seri Najib berkata langkah itu dilihat sebagai satu langkah yang amat positif dan pasti mendapat reaksi gembira daripada rakyat. Nur Adila Razak dari Keluang, Johor berpendapat langkah ini penting kerana akan mendekatkan menteri dengan rakyat.

Musa Rahman, seorang jurutera dari Sepang pula merasakan pembekuan sahaja tidak cukup. "Saya belajar di United Kingdom dan saya mampu berdiri di hadapan "Number 10" (kediaman rasmi Perdana Menteri Britain) dan saya boleh nampak pintu masuknya. Malahan jika saya mahu, saya boleh ketuk pintu tersebut kerana ia betul di tepi jalan, tanpa ada kompaun dan jalan masuk yang panjang jaraknya."

Ujar beliau lagi, " jika kita adalah negara membangun, kenapa perbelanjaan mengurus kerajaan kadang-kadang kelihatan lebih mewah berbanding negara maju itu sendiri? Lihat pejabat Perdana Menteri kita dan lihat pejabat mereka sudahlah. Adakah mampu kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib mengubah mentaliti menang sorak, kampung tergadai ni?"

"Bagaimana penjajah boleh mengamalkan kesederhanaan berbanding kita, yang pernah dijajah mereka?" ujar beliau mengakhiri bicara.


Disember 18, 2013

Adakah Ada Anak Menteri Dikecualikan Dari PLKN? Jika Ada, Kerajaan Ini Perlu Ditukar

"Rakyat perlu ikut kursus PLKN kalau tak, boleh dipenjarakan!"

"Rakyat bolehlah guna jalan raya biasa kalau tak nak bayar tol."

"Rakyat perlu bayar cukai dan declare dengan LHDN kalau tak anda boleh disaman dan dipenjarakan."


Peraturan.......

Peraturan dicipta untuk create dan pantau sistem. Aku setuju ada peraturan walaupun M.Nasir kata "peraturan cipta kekalutan.."Aku cukup setuju ada kerajaan dan pelaksana undang2 tapi benda aku paling tak suka pasal peraturan ni adalah bila golongan penggubal undang2 sendiri cuba elak diri mereka dari terkawal dengan undang-undang yang diorang war-warkan bagus.

Aku pernah cerita satu masa dulu, aku meeting dengan orang2 PLKN sebab adalah beberapa perkara yang aku terlibat dengan diorang. Habis meeting borak2 dengan diorang ni (tak termasuk KP dan Setiausaha dialah, yang bos2 besar ni dah ciow) apa diorang borak kan? Diorang borak macam mana leganya anak diorang tak kena pegi PLKN tahun tu. Kau bayangkan aku duduk situ, baru jadi seorang bapak nak rasa macam mana? Kalau pengendali2 PLKN sendiri bersyukur anak dia tak kena pegi PLKN, kita orang biasa ni memang dalam bahaya la kan?

Ada kau jumpa anak menteri masa PLKN? Tolong bgtau aku. Aku tak tau. Aku dah tua.

Menteri boleh bergebang pasal sistem pendidikan negara yang dikatakan hebat, dinamik dan memang kalau ikut ayat diorang, terbaiklah dalam dunia, tapi berapa kerat menteri2 dan orang VIP ni yang hantar anak diorang masuk sekolah kebangsaan ni?

Isu pendidikan ni aku bangkitkan bukan sebab dia mampulah, dia berhak lah hantar international school...tapi apa yang persoalkan adalah, kalau menteri2 sendiri tak percaya dan tak berani nak hantar anak diorang sekolah biasa, apa contoh pemimpin yang cuba ditonjolkan kepada rakyat ni? Kau try jual sesuatu yang kau sendiri takut nak pakai...

Aku orang biasa. Kau pemimpin yang dah dilantik oleh 47% orang Malaysia untuk memimpin jadi aku terpaksa except kau jadi pemimpin aku. Tapi kalau kau sendiri tak mampu nak hantar anak kau belajar macam orang lain, apa mesejnya ni? Kalau kau boleh tangkap pelajar2 lepasan SPM yang cuba lari dari PLKN, tunjukkan kepada aku bukti yang semua anak menteri hadir kursus PLKN dan tidak ada pengecualian diberikan. Aku tau cabutan nama PLKN ni random pakai komputer tapi orang2 Jabatan Latihan Khidmat Negara, boleh tak tolong jawab....ada atau tidak tekanan menteri supaya anak2 dan sedara mara diorang tak kena?

Jika ada seorang dapat pengecualian sekalipun.....tolong, bubarkan PLKN sebab benda ni tak berfaedah dan tak fair. Nak create akta, pastikan sama rata.Undang2 dan peraturan takkan berfungsi dengan baik kalau ada golongan yang dikecualikan daripada mematuhinya.

Masalahnya, budaya UMNO ni memang suka benar menggalakkan orang ramai menggunakan kabel atau saluran jilat jubor VIP, jadi ramai Melayu yang berlumba-lumba nak jadi Pemimpin. Yang teruknya diorang jadi Pemimpin bukan sebab nak memimpin. Berebut nak dapat kesitimewaan. Nak dapat payung. Nak rasa special. Nak dapat pelepasan daripada undang2.

Kau mahu undi aku Najib? Kau mahu kekalkan Barisan Nasional sebagai kerajaan? Samakan taraf penegasan undang2 antara rakyat, menteri dan wakil rakyat serta semua orang. Tidak ada keistimewaan diberikan kepada anak dan saudara mara menteri. Tidak ada lagi jalan belakang anak VIP boleh masuk sekolah asrama penuh padahal dia sebenarnya tak layak. Aku dengar cerita, ada lah seorang VIP alumni Kolej Tunku Kursiah dah booking beberapa tempat untuk sedara mara dia. Anak Menteri kena pegi PLKN? Biar dia pegi. Jangan protect dia, jangan berikan dia layanan special siap ada bodyguard. Wajibkan semua Menteri2 kau, hantar anak ke sekolah kerajaan. No international school, no oversea school.

Itu lah dia cara nak yakinkan rakyat yang kau kerajaan yang betul2 bijak..buat dasar pendidikan tapi anak sendiri hantar luar negara belajar macam mana la nak paham berkesan atau tidak benda yang dia sendiri run tu? Biar diorang tau dari mulut anak diorang sendiri isu dan masalah sekolah2 kat Malaysia...Tengok lah sendiri..makin banyak yang dapat A sekarang ni...tapi, sad to say, berkualiti ke A dia tu? Yang genius, hantar luar negara, jadi pelacur...apa pasal aa? Fundamental tak kukuh ke?

Menteri pulak....kau kenalah walk the talk. Kau menggunakan title kau sebagai pemimpin tapi sebenarnya kau hanyalah seorang "pengarah." Arah rakyat buat itu. Buat ini. Ikut jalan ni kalau tak suka tol. Jangan makan ayam kalau ayam mahal. Jangan tukar kerajaan kalau tak suka kerajaan. Jangan pilih Pembangkang sebab harga barang naik semua dakyah pembangkang. Apa yang cuba ditunjukkan ni sebenarnya? Kalau benar harga barang naik itu semua omongan pembangkang....kenapa harga barang betul2 naik ni?

Pemimpin adalah orang yang inspire. Contoh. Idola. Template. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang biarkan diri dia susah dahulu dan pastikan orang bawahan dia senang sebelum dia. Ini betul. Kau baca balik sejarah Islam, semua mengamalkan cara yang sama. Tapi zaman berubah dan zaman sekarang ni, pemimpin perlu kaya raya sebab kalau dia tak kaya raya dia takleh memimpin....kalau pemimpin Melayu Islam tak kaya, nanti habis ekonomi Malaysia dibolot oleh orang Cina DAP....

Habis rosak bangsa Melayu dari atas ke bawah. Melayu ramai berebut nak jadi somebody yang penting sehinggakan ramai antara kita, akhlak tolak tepi. Tikam belakang dalam politik ni seolah2 dah jadi keperluan. Politik, biasalah. Perlu cantas sorang dua untuk naik ke atas, halal  asalkan dapat memenuhi impian memegang jawatan, dari sekecil AJK atau sebesar Menteri. Tikam belakang ni satu cerita tapi bila dah tutup mulut salah laku kawan2 hanya sebab dia bagi benefit dekat kita, itu pun budaya Melayu yang aku sure akan jadi penyebab runtuhnya bangsa Melayu ni.

Yang buat tu semua tu orang Islam.
Malu bai.

.....................

Siapa Menteri yang inspire? Siapa menteri yang kau boleh aku kategorikan sebagai pemimpin dalam barisan kabinet? Sad to say, aku jawab tak ada....tapi ni pada aku la. Mungkin kau lain...

Menteri2 tu tidak dapat lari daripada pengaruh parti ketika membuat dasar. Kita tengok Menteri, kita nampak dia Menteri UMNO, Menteri MIC atau Menteri dari Borneo bawah BN (MCA tak ada). Aku tak nampak Menteri yang mewakili rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Tak ada! Even KJ walaupun dia try hard nak jadi "suara rakyat" tapi maaflah KJ, kau still tak dapat lari dari bayangan kau adalah Ketua Pemuda UMNO yang dapat jadi Menteri.

Tapi at least kau try la....cuma, fucked up kan sistem politik kita ni kan? Kau takleh bantah langsung keputusan pucuk pimpinan tertinggi walaupun keputusan yang diorang buat salah atau kurang sesuai dan kau boleh dikenakan tindakan disiplin ikut perlembagaan parti. Bangang gila sistem ni sehingga membuatkan Menteri2 sendiri jadi Macai 24-7 dan tak dapat nak perjuangkan hak orang ramai (kalau dia nak.)

Dan inilah sebabnya kenapa kurangnya rasa hormat aku pada kerajaan dari awal millenium hinggalah sekarang. Kerajaan seolah-olah masih tidak boleh membezakan kepentingan parti dan kepentingan negara. Dah berapa tahun ni woi? Grow up la. "Pemimpin" masih lagi kebanyakannya adalah ahli politik yang cuba try2 memimpin. Karisma nya tak ada. Hujah nya bukan memberi inspirasi tapi menjatuhkan semangat orang ramai. Hujah seorang bisnesman yang nak jaga kepentingan korporat dan nak jaga kepentingan sesetengah golongan.

Bagaimana dengan sifat pemimpin sebenar?

Aku pun tak tau macam mana sifat pemimpin ni sebab selama aku hidup, aku tak pernah lagi jumpa pemimpin rakyat yang betul2 ikhlas nak memimpin tanpa ada agenda tersembunyi. Kalau ada pun, tak pernah lagi aku nampak dalam kerajaan pemerintah sepanjang aku hidup. Dulu aku ingatkan ada, tapi rupanya bila kaji2 dialah bapak buaya.

Macam mana rasanya "dipimpin"? Seronok ke?
Pada aku mungkin lagi seronok berbanding "diperintah."

Disember 17, 2013

Apa Akan Jadi Kalau Kita Semua Bayar Tol Guna Wang RM100?

Untuk orang2 macam aku, yang pegi perhimpunan Bersih dan kena kejar dengan polis, kena tembak dengan tear gas, sebelum kitorang berhimpun, aku rasa semua yang kat situ tau benda tu illegal. Aku tau perhimpunan Bersih tu salah, tapi aku kena join. Sebab seronok sebenarnya berhimpun ramai2 ni. Kalau kau tak pernah pegi, kau kena try. Kalau kau nak rasa Malaysia yang sebenarnya macam mana punya harmoni, kau kena join perhimpunan2 macam ni. Benda paling seronok sekali...the feelings of solidarity. Tiap2 orang kat situ kau tau, dia tak suka Barisan Nasional dan ada la sekerat dua macai berlagak spy.

Walau bagaimanapun, aku paham ramai orang yang takut nak pegi Perhimpunan macam ni sebab dalam undang2 dah diwartakan, benda tu lawan undang2 (yang diragui kesalahan dia sebenarnya) dan ramai jugak yang takut kena tindakan disiplin yang macam2 boleh dikenakan.

Tapi dengar sini, pemimpin zaman sekarang ni, kau kena paham mentaliti diorang. Selagi diorang boleh perah, diorang akan perah...selagi boleh tekan, diorang akan tekan. Islam ni agama aje, cara kerja ikut British. Sebab itu hari2 kita boleh dengar statement bodoh yang dikeluarkan oleh so called pemimpin yang membuatkan diorang rasa kita ni IQ level chimpanzee aje rasanya..Semalam, sorang keluar statement, tak suka bayar tol.....guna jalan lain. Kebetulan pulak apa aku tulis semalam ada kaitan dengan benda tu.

Kau nak ikut jalan lain?

Persoalan aku kepada kerajaan, kenapa jalan lain yang disediakan oleh kerajaan seolah2 direka hanya untuk orang give up dan lalu aje tol? Jalan lain tu macam marketing kepada lebuhraya. Lubang merata. Dah la kena lalu taman perumahan. Bersimpang siur. Pusing situ, pusing sini.....dulu, ada lebuhraya dari KL melalui Cheras, lalu Kajang, masuk Bangi dan kau boleh sampai Seremban dari situ. Semua tu free dan jalan dia walaupun tak mewah tapi cukup dan jalan dia lurus aje.

Sekarang ni, berapa tol perlu lalu? Dulu 3. Sekarang ni 2 lepas Najib bagi hadiah "pemansuhan tol." Diorang tengah dalam perancangan kemungkinan nak tambah lagi satu highway baru dan last sekali aku cek, penduduk kat situ tengah membantah habis2 an projek tu. Diorang nanti takleh lari mana sebab jalan tu direka supaya jalan bertol adalah satu2 nya exit yang convenient untuk diorang...padahal selama ni, ok aje diorang lalu hari2 secara percuma.

Itu adalah sebab kenapa orang macam aku marah benar dengan Kerajaan...

Macam ni lah, aku tau kau marah dengan benda2 camni. Marah dengan treatment bodoh kerajaan ke atas kita. Perjanjian lebuhraaya adalah bukti kegagalan kerajaan kita ni. Orang Cheras sendiri pun tau macam mana strugglenya penduduk situ lawan tol. Daripada kes penduduk ramai2 pegi pecahkan tol yang dibina dalam tahun 90an sehingga kes penduduk Mahkota Cheras kena belasah samseng sebab syarikat lebuhraya nak paksa orang bayar tol dengan tutup jalan2 yang sedia ada.

Mana2 kau boleh nampak kisah sama ; Jalan tu dah wujud selama ni, jalan elok tapi mungkin sesak sikit. Kemudian kononnya nak meleraikan trafik, kerajaan benarkan pembinaan highway dan kutipan tol. Akibat daripada pembinaan highway ni, jalan tu pun diubah alirannya supaya jalan lama ni dah jadi susah nak lalu dan jalan bertol ni adalah yang paling convenient. Nak cepat nak mudah, guna tol. Jalan yang lama ni pun ditutup beberapa simpangnya dan membuatkan jalan alternatif ni jadi satu perjalanan yang memakan masa lebih lama....pusing sini pusing situ masuk sini masuk situ lalu rumah orang lalu taman.

Kemudian announce perjanjian kutipan tol akan diteruskan sehingga berpuluh2 tahun. Come on la.
Ini ke kerajaan yang bagus yang mesra rakyat?

....................


Dari dulu lagi aku hanya nampak satu jalan macam mana kita nak lawan tol2 yang makin lama makin laju dan banyak tumbuh dekat Malaysia berbanding perumahan murah untuk orang ramai. Tapi, cara yang aku cadangkan, memerlukan pengorbanan sikit daripada pihak kau semua. Bagaimanapun, kalau kita semua buat benda ni serentak....benda ni pasti akan tutup semua benda yang kau mungkin terpaksa jawab kemudian hari.

Kita pilih beberapa hari, takyah berterusan pun tak apa dalam sebulan. Kita jadikan hari tu hari bayar tol guna duit paling besar kau ada. Organizer tolong pastikan benda ni random dan surprise. Kau ada RM100? Bayar tol RM1 pakai RM100. Kau ada duit RM50? Bayar tol 90 sen pakai RM50.

Jadi, di sinilah pentingnya kerjasama kita semua. Penjaga tol perlu sedar, kami bukannya nak menyusahkan kerja tuan2 dan puan2 sekalian. Kami just nak tengok, apa jadi kalau plaza tol dah tak ada lagi duit tukar nak pulangkan wang baki dekat pemandu.

Apa akan jadi?

Kau pernah fikir tak apa jadi? Apa jadi kalau plaza tol kehabisan duit tukar nak dibagi dekat pemandu?Kau takkan boleh disuruh patah balik bro....

....................

Beberapa masalah mungkin timbul contohnya, kau akan terlambat sampai ke kerja tapi, kalau kita semua buat benda ni serentak, management office akan terpaksa terima hakikat yang traffic sangat slow sebab plaza tol nak kena carik duit nak pulangkan baki wang, sebab diorang pun akan sangkut sekali kecuali dia datang ofis naik helikopter. Kalau semua dalam ofis guna alasan yang sama sampai lambat, apa lagi management kau nak buat? Even kalau kau upper management pun aku harap kau join sekali.  Yang penting, pekerja plaza tol jangan emo dan kita semua pemandu pun jangan emo dengan diorang.

Apa yang seronoknya di sini  adalah, kalau kita semua dah tetapkan date dan time kita nak buat benda ni, tengah beratur panjang2 ramai2 ni, sementara syarikat tol menggelabah cari duit baki, kita turun kereta, buat pesta makan2. Hahaha.

Kau cuba bayangkan, berapa ringgit diorang kena prepare kalau tiap2 orang bayar pakai duit RM50 minima? Kita sangat ramai bang. Yang terbaik sebenarnya, syarikat tol tak boleh nak salahkan kita apa2 sebab kita masih lagi membayar tol dan tidak ada apa2 undang2 yang dilanggar, malahan, kalau diorang tak return balik duit kita, diorang yang langgar undang2. Apa yang kita buat adalah legal dan dia tak boleh tolak duit yang kita bagi tak kiralah berapa besar pun.

Adakah kita akan menyusahkan gadis penjaga tol? Bukan tanggungjawab dia sediakan duit tukar dekat pemandu, dia tukang kira dan beri aje....lama sangat tunggu, ajak ajelah dia borak2 dengan kita. Kalau kau selalu lalu LEKAS, kat situ ramai gadis hot kerja plaza tol.

Cuma, risiko dia kat sini adalah kalau benda ni berterusan, apa yang syarikat2 lebuhraya dan kerajaan boleh buat adalah diorang tutup semua lorong tol tunai dan gantikan dengan Smart Tag dan Touch n Go sahaja. Jika terjadi sedemikian rupa, pada waktu itu, kalau kau belum sedar, itu adalah tanda paling jelas kenapa kerajaan perlu ditukar dan Barisan Nasional perlu dijatuhkan. Kalau diorang punya deluded tahap maksima, aku rasa undang2 menghalang rakyat biasa guna lebuhraya pun boleh diperkenalkan...ini Malaysia, the land of endless possibilities.

Kalau kau takut nak join Bersih tapi dalam hati kau ada rasa nak menunjukkan perasaan tak puas hati kau kepada kerajaan secara terbuka dan kau benci tol, ini adalah cara yang paling sesuai. Kita namakan Festival ini "Hari Malaysia Membantah Tol ."Siapa nak jadi organizer? Slogan yang kita akan pakai? Nanti2 ada la tu.

........................

Aku tak tau cara lain macam mana nak bantah tol secara aman. Kita boleh buat piket tapi benda tu takkan beri kesan besar kat diorang ni. Itu aje la cara yang dari dulu aku nampak dan punyalah lama aku nak tulis, tapi sebab semalam lepas ada suggestion macai suruh "kalau tak nak bayar tol, guna jalan biasa.." aku fikir dah tiba masanya kita kena carik jalan lain. Dia suruh kita guna jalan alternatif, dah sampai masanya kita ganti diorang dengan kerajaan alternatif.

Semua benda yang memerlukan perubahan, rakyat yang kena ubah. Ada menteri buat pengurangan elaun? Gaji? Imbuhan? Faedah? Balik2 yang kena ubah cara hidup, rakyat....dah la. Aku nak ubah kerajaan. Aku tak nak lagi dengar kerajaan suruh aku ubah apa2.

ps - ada juga ura-ura motorsikal pun nak dikenakan tol. Menarik tu potensi lepak2 tepi jalan ramai2 hisap rokok sambil tunggu duit baki tol.

Disember 16, 2013

Macai UMNO Memang Banyak Cadangan Tapi Satu Aje Yang Jangan Dipersoalkan

A : Aku cukup gelisah lah dengan kos sara hidup yang makin menjerat ni.

B : Apa yang kau perlu lakukan adalah cuba cari sumber pendapatan lain.

A : Maksud kau, macam mana?

B : Kau boleh try masuk MLM ke, jual Skor A ke, jual gelang magnetik Dato' AC Mizal ke..banyak possibilities. Kan PM dah kata, kita negara yang mempunyai kemungkinan infiniti.

A : Aku tak minat la masuk MLM-MLM ni. Aku cuma nak cari macam mana nak tampung kos kenaikan harga minyak ni aje.

B : Mungkin kau boleh start rancang perjalanan. Berkongsi kereta ke? Takpun pastikan kau drive dengan kelajuan yang tidak laju. Kan ini akan menjimatkan petrol?

A : Aku dah cuba dah, tapi kau pun tau aku memandu sebuah kereta yang kuat minyaknya.

B : Apa kata kau cuba tukar kereta lain pula. Mungkin kau patut beli kereta nasional.

A : Kereta yang aku pakai adalah kereta nasional. Ni tol pun nak naik dah ni. Berapa percent kenaikan?

B : 30% maksimum. Tapi ini perlu kerana kos penyelenggaraan lebuhraya semakin hari semakin meningkat. Aku yakin kenaikan ni takkan membebankan kerana ia akan melatih kita menjadi pemandu yang bijak.

A : Bagaimana pula?

B : Bila kadar tol dinaikkan, sudah pasti kita akan merancang terlebih dahulu jalan mana yang akan kita lalui. Lagipun, kan masih banyak jalan alternatif yang ada?

A : Tapi selalunya jalan2 alternatif yang ada kualitinya tidak elok. Lubang merata2 dan jalan pun tidak rata.

B : Sebab itulah perlunya kita membayar tol. Dengan membayar tol, kos  penyelenggaraan jalan yang lebih baik dapat dinikmati bersama. Kan lebih baik melalui lebuhraya? Jalan berkualiti dan tidak berlaku kerosakan kereta. Kos membaiki dapat diminimakan.

A : Kau tau kan pasal kenaikan tarif elektrik? Nasib baik rumah aku tak pakai air cond.

B : Tau. Tapi itu pun bagus untuk rakyat sebab lepas ni kita pastinya akan memantau penggunaan elektrik kita dengan lebih lagi. Lagipun, bukan semua yang terlibat merasai kenaikan. Hanya orang2 yang mampu sahaja merasai kenaikan ini.

A : Apa maksud kau?

B : Kan kerajaan dah terangkan dah, jika rumah tersebut hanya mempunyai satu televisyen yang dipasang sejam sehari, dua lampu kalimantang yang dipakai selama 3 jam sehari dan keluarga yang membeli bahan mentah setiap hari tanpa memerlukan penyimpanan dalam peti sejuk, mereka tidak akan terasa kenaikan ini kerana hanya golongan yang menggunakan RM20 elektrik ke atas sahaja yang dikenakan tarif baru ini.

A : Jadi, pada kau, rakyat Malaysia perlu menjual peti sejuk mereka jika mahu elektrik murah?

B : Ya. Mungkin apa yang orang ramai boleh buat, on the top of my head now ; kita beli bahan mentah hari-hari, segar dan baru. Kita simpan bahan mentah dalam kotak polisterin. Selain itu, jika kita tidak ada peti ais, kita tidak akan minum ais.\

A : Kenapa dengan ais?

B : Ais ni, kau pun tau...melemahkan tenaga batin. Kau pun tau...kau kan suka minum ais?

A : Ehem....aku anak tiga, kau? .......Memang banyak betul cadangan yang kau keluarkan. Camni, aku sebenarnya dah betul2 susah hati. Kos membesarkan anak pun seorang dah beratus sebulan. Anak aku tiga orang pulak tu. Dah habis dah ikhtiar aku ni...

B : Bila kita dah habis ikhtiar ni, kita kena la bersabar. Semua ni ketentuan Tuhan. Kita ambik apa Nabi pesan, bila kita dah cuba semua cara dan kita masih lagi bertemu jalan buntu, sabar, bertenang dan ingat itu semua dugaan Tuhan.

A : Masalahnya, ada lagi satu jalan lain...

B : Kau kata dah habis ikhtiar tadi?

A : Ada.....aku rasa kita kena tukar kerajaan.

B : Pasal tu, aku tak berapa setuju la. Lagipun, aku rasa kalau si penjubor tu jadi PM, habis dia LGBT kan kita semua ni. Kau nak jadi Kristian? Kau nak Malaysia jadi negara Kristian? Kau takkan tak tau Kristian main kotor edar Bible berkuasa solar nak jadikan Melayu murtad. Dah la syiah makin merebak!

A : Mungkin kerajaan perlu tukar kepalanya?

B : Kau buang Najib siapa lagi ada? Mana ada lagi dah. Muhyiddin? Huh! Mukhriz? Orang UMNO tak nak dia. Khairy? Muntah aku tengok bapuk gay tu. Yang paling layak memerintah Malaysia lepas Najib...bini Najib. Rosmah. Bila Rosmah naik jadi PM, kalau jadi apa2 kau mesti wish Najib jadi PM balik.

A : Jadi, pada kau, lagi elok aku dan kau ubah gaya hidup, kurangkan penggunaan elektrik, bawak kereta ikut jalan takde tol, terus membayar harga kereta yang mahal dan try sertai MLM sebelum aku cuba ubah kerajaan?

B : Ya. Betul. Jangan perjudikan nasib Melayu.

A : Aku juga perlu bersabar dapat seorang PM yang tah hapa2 sebab dalam UMNO sendiri tak ada pemimpin lain yang boleh ganti dia?

B : Betul. Kau takkan nak si peliwat tu naik jadi PM bro!Kau tengok lah, sampai sekarang tak berani dia sumpah yang dia tak liwat pun...

A : Jadi, pada kau, kalau si Anwar ni sumpah dia tak liwat, kau ok la kalau jadi PM?

B : Bukan boleh percaya pun dia tu lidah bercabang. Even kalau dia bersumpah pun, bukannya boleh pakai orang camtu bro. Dia tu chameleon....sanggup buat apa saja untuk kepentingan diri. Jual agama pun dia sanggup.

A: Habis tu apasal kau nak suruh dia sumpah?

B : Sebab Saiful Bukhari dah sumpah! Kau ni bangang aa!

A : Kalau dua2 dah sumpah kau nak percaya mana?

B: Saiful la bodoh. Anwar tu penipu!

A : Kau dapat BR1M?

B : Dapat. Satu family aku dapat BR1M bai! Kau tengokla, kerajaan mana lagi yang bagi duit cash direct dekat rakyat macam BN ni?

A : Jap..jap...meh aku recap balik....kau cadangkan aku ubah gaya hidup aku, jangan lalu tol, jangan pakai elektrik banyak, drive slow-slow, belajar berjimat cermat gila-gila, sabar dengan ketentuan Allah, sabar dengan PM yang lemah sebab tak ada orang lain boleh ganti dia, paksa Anwar Ibrahim bersumpah tapi tak percaya pun sumpah dia sejak awal-awal lagi, pastikan Melayu kekal walaupun betapa tingginya hutang negara naik, bayar aje harga kereta mahal, kurangkan perbelanjaan rumah dan cuba buat MLM malam2 atau buat dua kerja sehari.......aku perlu sabar dan buat semua ni tapi aku tak boleh tukar kerajaan?

B : Ya.

A : Kau boleh usaha mati2 an tukar hidup kau tapi kau takleh nak cuba tukar kerajaan kau?

B : Ye la, apa la bebal benar kau ni bro? Biar hidup susah asal jangan Melayu musnah! Lagipun, Kristian bai! Kristian! Kalau Pakatan naik habis kita semua jadi Kristian!

....................

Makan laksa di Teluk Kechai,
Cubalah borak dengan macai.

Cedok laksa dengan sudu,
Dasar macai memang begitu.

Ubah hidup serta bersabar
Bawak basikal jual motokar

Kuah laksa habis dihirup
Rakyat la kena ubah gaya hidup

Jangan diubah kerajaan yang ada
Ikatlah perut, lapangkan dada.

Biarlah macai tak cukup makan
Asalkan Kerajaan berbelanja sakan

Ubah hidup sampai pengsan
Ingat itu ketentuan Tuhan.

Dekat PRU BR1M ditabur
Terus jinak macam tekukur

Cium tangan bila bersalam
Tangan Rosmah tu kan haram?

Baik kau pegang kulit babi
Tak percaya gi tanya Fathul Bari

Kalau salam Rosmah jadi peraturan
Itu tandanya kena tukar kerajaan

Tak cium Rosmah tanda tak hormat
Itulah dia tanda kiamat.

Lai lai lai lai lai lai lai
Cai cai cai la cai cai cai



Disember 13, 2013

Awkward Agama : Kau Takkan Tau Kalau Gambar Kau Jadi Bahan Modal Pemuas Nafsu Lelaki Sis!

Syurga.

Bila sebut pasal syurga, apa yang kau terbayang? Untuk orang lelaki aku tau satu benda aje terus ada dalam kepala otak dia...

Bidadari. Bidadari syurga yang sentiasa dara. Yang seksi. Yang hot. Emma Maembong + Izzara Aisyah + Fazura + Scarlett Johansson pun tak lawa camtu. Dah la lawa, 24 jam horny. 24 jam (aku tak tau syurga ada unit waktu atau tidak) merayu merintih manja. Dah la dia akan layan lelaki seperti raja, kita pulak boleh berjimak bila2 masa kita nak dan bidadari ni takkan menolak. Dikhabarkan pulak inzal di syurga ni jauh lebih dahsyat berbanding inzal di dunia yang aku jelaskan kepada kau, adalah satu perasaan yang TERBAIK yang kau boleh rasa...

Sebab jelas dan terang, inzal dengan isteri adalah nikmat paling hebat dalam dunia. Inzal dengan awek kau still ada rasa bersalah lepas tu, betul kan? Hahaha.

Kita akan dilayan macam raja, akan disuap dengan buah2 yang nikmat, diberikan makanan dan minuman yang sebegitu lazat dan paling penting, semua lelaki syurga diberikan kekuatan 100 orang lelaki untuk makan, minum dan yang paling best, berjimak. Kalau di dunia kau hanya mampu kekal gagah 2 minit, kat syurga, kau boleh berjimak punyalah lama. Dan kemudiannya kau dianugerahkan pulak dengan multiple orgasm yang hanya perempuan nikmati kat dunia.

Kemudian adalah beberapa benefit lain macam kau boleh jumpa Rasulullah, kau boleh jumpa Allah, kau boleh jumpa Nabi dan Rasul. Tapi benda first sekali kalau siapa2 nak ceritakan pasal nikmat syurga, benda first sekali yang dia akan sebut adalah "Bidadari" dan "Orgy All The Time."

Kau tak rasa pelik ke dengan benda tu? Selama ni dari aku pandai berfikir sehinggalah sekarang, aku pelik kenapa bila orang Melayu yang Islam sebut kenapa perlu buat perkara wajib dan kejar Syurga, semua benefitnya adalah benefit seks, seks dan seks.

A Male Oriented benefit. Cuba kau bagitau aku apa benefitnya perempuan bersungguh2 nak ke syurga? Tolong jangan sebut nanti dia boleh dijimak oleh suami syurga dia berkali2 tanpa mengandung dan dia sentiasa ada dara!

Kau tak pelik pasal benda tu?

Mungkin ada satu masa dulu, umat Islam ni dah teruk sangat dan terlalu gilakan seks sehinggakan ada tokoh agama yang terpaksa gunakan seks sebagai fokus utama kenapa kita perlu kejar syurga. Aku tak tau, aku kata mungkin.....Pada aku jika seks adalah jawapan pertama yang akan kita jawab kalau budak2 tanya "Abah2, kenapa Amin perlu solat?" tak ke agak malu perangai kita sebagai orang Islam?

Nampak benar umat Islam ni pervertnya.

Ada something wrong mengenai cara orang Islam ajak umat Islam patuh Allah sebab kita mendahulukan benda2 yang berorientasikan seks sehingga kita membelakangkan benefit paling penting sekali....bertemu Allah dan Muhammad. Aku tak terkejut lah kalau ada alim ulamak kita ni yang hari2 solat dan beribadat hanya sebab nak beromen di syurga. Kita boleh tengok lah refleksi benda tu dekat masyarakat Islam sendiri macam mana kita treat perempuan...

Kat India perempuan ni adalah komoditi. Kat Bangladesh, perempuan ni pelacur tepi jalan. Kat Kazakhstan (ke Krygystan aku tak sure), perempuan Islam dibenarkan diculik oleh siapa2 yang suka untuk dijadikan isteri tanpa kerelaan dia. (kau boleh Google pasal benda ni, benda ni dah jadi custom diorang) dan di Malaysia pulak, gadis2 bertudung dah jadi bahan lancapan ramai anak muda sehinggakan anak gadis sendiri merasakan menjadi object of lust lelaki adalah satu perbuatan mulia dan up to date....sebab tu gadis Melayu masih lagi letak gambar seksi kat Facebook.

Adakah semua ni berpunca sebab dalam Islam kita diajar, kita perlu taat dengan Allah, buat benda baik, jangan buat jahat, penuhi rukun Iman dan Islam sebab nanti di alam sana, kita akan dapat bidadari dan bidadari ni akan penuhi segala kemahuan nafsu serakah kita? Romen dulu baru lah jumpa Rasulullah, melawat Allah....

Aku cukup pelik. Memang ada ayat Quran menerangkan pasal benda2 seks ni TAPI kenapa bila kita belajar dan bila kita berfikir pasal syurga, benda first sekali yang kita fikir adalah berjimak dengan bidadari? Pada aku benda tu tak betul lah....aku pelik. Umat Islam cukup malu nak cerita pasal hal bilik tidur, hal penis, hal vagina dan hal posisi apa kau buat anak tapi bila cerita pasal apa reward ibadah....terus tanpa segan silu kita kata "sebab aku nak tibai bidadari syurga."

Lagipun, kalau budak kecik tanya, kenapa perlu kita usaha ke syurga, bukan ke lebih senang kalau kita cakap "nanti boleh kita jumpa Allah dan Rasulullah serta tengok siapa sebenarnya Nabi Isa ni" berbanding "nanti Amin boleh ada bidadari dan bidadari ni akan penuhi apa saja yang Amin mau, cuma sekarang ni Amin tak paham lagi lah apa yang Amin mahu.."

Kalau kau lelaki, tanya diri kau sendiri. Kenapa kau nak masuk syurga? Jawab dengan ikhlas. Kalau kau perempuan, tanya soalan yang sama. Jawab dengan ikhlas.

Fikirkan, kenapa jawapan lelaki dan perempuan sangat jauh berbeza, sedangkan kita ni, satu agama, satu Tuhan, satu Rasul Penghulu Umat Akhir Zaman?

Disember 12, 2013

The Solemnization of My Ass

Minggu lepas aku berborak dengan seorang member aku kat ofis. Saja aje la borak2 sebab lama jugak aku tak nampak dia. Dia menghadapi satu masalah yang aku rasa ramai hadapi lepas kahwin. Isteri dia gaji lagi besar berbanding dia. Membuatkan dia rasa malu, rendah diri dengan mertua dan dia try nak tukar kerja tempat lain sebab anak pertama nak muncul di dunia.

Aku rasa semua lelaki mengalami masalah ni. Rasa rendah diri bila isteri kita jauh lebih berpangkat dan bergaji lebih besar dari kita. Kes macam ni akan jadi lebih teruk kalau si suami mula rasa yang sebab isterinya punya amaun lebih besar, dia patut biar isteri dia decide.

Ada jugak yang kes akhir zaman bila isteri yang kerja, suami duduk rumah tunggu isteri bagi duit, tapi itu kes lain la. Ini kes orang kebanyakan kita, yang suami kerja kerani, isteri kerja manager dan lain2 lah. Ini kes suami yang ada kesedaran tapi terasa rendah diri sebab isteri dia punya wang lebih banyak. Suami rasa dia tak mampu provide sama macam isteri dia boleh provide.

Untuk merungkai persoalan ini ; aku tanya lah, kenapa perlunya rasa rendah diri?

Aku rasa lah, rasa rendah diri tu muncul sebab dalam masyarakat zaman sekarang ni, kita dah ambik nilai duit dan nilai kekayaan sebagai value of somebody. Banyak duit, orang itu lebih bernilai. Jadi kaum lelaki ni mempunyai rasa malu sebab pada kamilah, bila kau kaum hawa punya gaji lebih besar, itu seolah-olah merendahkan nilai ketua keluarga. Ketua keluarga sepatutnya orang yang paling hebat, paling bagus dan paling pandai. Macam kita nilai kerajaan lah, kan?

Tapi bagaimana pula kalau aku katakan perasaan rendah diri tu salah sebenarnya, sebab kalau kau rasa rendah diri gaji kau lagi kecik berbanding isteri, kau salah!

Sebab dalam sesebuah keluarga, tugas membentuk keluarga itu jatuh ke atas tangan suami. Bukan atas tangan dan kuasa isteri. Jadi, kalaulah kau seorang buruh kasar dengan gaji RM1300 tapi isteri kau gajinya RM5678.00 lepas tolak EPF....janganlah kau bentukkan keluarga kau ikut apa yang isteri kau boleh provide, tapi ikutlah apa yang kau boleh provide.

Masalah zaman sekarang ni, suami kerja kerani, isteri nak pakai kereta Toyota Vios. Suami kerja tukang kebun, isteri nak hidup macam Rosmah Mansor. Ada kes camtu? Ada. Aku tak kata semua aa. Di sinilah pentingnya peranan isteri agar memahami satu benda....lelaki paling susah hati kalau ego dia rendah. Kalau gaji kau besar berbanding suami kau, kau perlu paham satu benda yang sangat penting......

....Kau kena adjust hidup kau supaya sesuai dengan apa yang suami kau boleh provide. Tak kiralah gaji kau 5 kali ganda gaji suami kau pun. Kadang2 permintaan perempuan ni tak realistik, kan? Kau ingat kenapa Najib susah payah kerja keras sebagai PM? Nak majukan Malaysia? Kah kah kah.

Kalaulah kau belum berkahwin, meh sini aku bagitau kau satu benda. Kalau gelfren kau sekarang ni punya impian yang tak munasabah pasal hari perkahwinan sehingga kau terpaksa buat loan bank untuk penuhi impian wedding day dia, dia takkan stop mintak benda2 camtu lepas kau kahwin.

Waktu tu, lepas kau dah buat, kau dah tengok semua benda, apa lagi inisiatif kau nak guna cuba penuhi impian isteri kau kalau hantaran perkahwinan dia kau dah bagi beg tangan bertatah permata? Paling penting, kau kena ingat, kalau dari awal perkahwinan lagi kau dah bagi dia bulan dan bintang, isteri kau takkan cukup dengan bulan bintang lagi lepas tu...dia nak planet, dia nak matahari.

....Lepas kahwin kau masih lagi tanggung hutang kahwin, macam mana kau nak build up daripada apa yang kau dah provide untuk dia dari awal?

Meh sini aku jelaskan dengan kau secara terang dan jelas; Perempuan yang meminta2 sesuatu di luar kemampuan kau sebelum bergelar isteri, dia tak layak kahwini kau. Ditch her fast man. Nanti2, apa yang dia akan buat adalah membuatkan kau rasa kau tak layak untuk dia.

Aku tak tau kenapa orang Melayu terpengaruh sangat dengan budaya orang putih yang mendewakan sangat wedding day. Sedangkan wedding day dalam Islam ni sangatlah mudah sebab apa yang perlu kita usaha bersungguh2 adalah hari2 selepas wedding tu. Kadang2 aku tengok wedding orang Melayu ni dah jauh lebih mewah berbanding orang putih sendiri dengan gaun putih ala English, reception, solemnization, what the fuck....kau takleh ke panggil benda tu akad nikah ijab kabul majlis kenduri? Solemnization my ass. Kau melayu!

Kembali kepada persoalan asal, perlukah lelaki rasa rendah diri jika isteri kau gaji lebih besar berbanding kau?

Satu masa dulu, ada seorang pemuda. Pemuda itu digajikan untuk meniaga di negeri mereka oleh seorang janda yang sangat hartawan. Janda itu pula sebenarnya telah lama jatuh hati dengan pemuda itu lalu dia pun cuba merisik2 untuk berkahwin dengan pemuda itu lalu mereka pun berkahwin dan mempunyai ramai anak.

Siapa janda itu? Siapa pemuda miskin itu? Aku bukan bercerita mengenai Rozita Che Wan aaa!

Kenapa perempuan sekarang lebih memilih bakal suami yang kaya sedangkan dirinya sendiri tak punya apa2? Kenapa lelaki sekarang perlu ego yang cukup, duit lebih banyak untuk menjadi ketua keluarga? Semua tu duit punya cerita. Kalau betul cinta, miskin papa kedana pun harunglah sama2.

Ekonomi sekarang pun makin teruk kan? Dah la kos membesarkan anak mahal nak mampus. Kita pakat2 la kurang meminta2 bersama-sama. Kalau tak perlu berjalan, takyah la pegi berjalan. Dah la sekarang ni kau berjalan mana2 ada timer......timer parking.

Lagi sekali...sapa panggil kenduri dan akad nikah ni "solemnization" adalah seorang douchebag. Douchebag!

ps - Baju kahwin kain net yang jarang2 ni patut diharamkan lah oleh JAKIM.


Disember 11, 2013

Mana Akhlak Kau Kerajaan Malaysia?

Bila kita bukak suratkhabar, semua berita tu ada yang kita baca ada pro dan kontra dia. Khasnya berita politik ni. Kau baca Utusan, kau akan nampak pelbagai berita yang mengagungkan UMNO dan sumbangannya kepada negara. Aku rajin baca The Star jadi nampak lah betapa giatnya orang2 MCA ni nak jadikan Malaysia sebuah negara liberal. Aku jugak rajin baca Harakah bila aku balik kampung jadi dalam Harakah, semua yang buruk adalah Barisan Nasional dan semua yang elok adalah pemimpin PAS.

Dalam hidup kita sendiri, kita selalu ada dua pihak yang pakar agama tapi hujahnya dan faktanya lain. Ada orang kata ASB haram tapi mufti kata ASB harus. Azhar Idrus kata kita wajib lawan kerajaan Barisan Nasional tapi Fathul Bari kata kita kena akur dengan kerajaan dan sabar jangan melawan.

Akhirnya, semua keputusan kita terpaksa decide sendiri. Bab agama sendiri pun kadang2 kita tak sure nak pakai yang mana satu. Kesannya dah boleh nampak jelas ramai yang fed up dengan pertelingkahan pendapat antara ahli agama, ramai jugak yang let go aje agama. Tak tau mana satu nak ikut. Nak buat keputusan pun takut-takut mana tau tersilap langkah.

Kalau lawan kerajaan sekarang, nanti ada pakar agama kata "selagi kerajaan ni tak buat benda yang zalim macam suruh kau jangan solat atau minum arak, kau wajib patuh dia" lalu dibacakan hadis dan hujah yang menyokong pendirian diorang. Tapi satu side lain kata "pemerintah sekarang ni zalim kerana tindakan mereka banyak menekan rakyat dan menyusahkan rakyat" kemudian keluarlah ayat2 yang menerangkan perlunya menentang kerajaan Barisan Nasional.

Hidup pun jadi takut-takut. Takut salah langkah. Takut terlawan apa yang agama tuntut tapi diri sendiri tak tahu mana satu yang agama tuntut sebab ramai pihak keluarkan pendapat ikut pendirian masing-masing.

Susah hati kan hidup camtu? Ramai yang susah hati buat tak peduli pasal agama dan fuck it, lets enjoy the life. Slogan diorang ni "kenapa perlu susahkan hati kita dengan masalah2 camtu sedangkan peluang kita hidup ni hanya sekali.."

Aku tak tau sama ada aku sorang aje ke benda ni berlebih2 sikit tapi pada aku, tak salah sebenarnya kita susah hati tu. Macam kau pegi makan. Mungkin untuk orang bukan Islam atau Islam Pada Nama Shj. diorang akan bedal aje apa yang dihidangkan kat diorang tak kira sumber dan tempat. Tapi sebab kita Melayu Islam, kita nak makan kena ada was-was ni. Kita takleh nak makan aje apa benda yang kita dapat. Even duit sendiri kita kena pastikan mana sumber dia dan dari mana datangnya sebelum kita gunakan.

Ada pelbagai pemahaman yang sekarang ini amat gemar mengajak manusia hidup tanpa rasa risau dan ambil kisah tak ambil peduli. Carefree attitude. Sebab orang yang carefree attitude ni tak peduli dan tak ambil berat jadi mereka adalah target market yang sangat efektif untuk diterokai potensinya. Mungkin sebab itu kot pemikir2 berfahaman carefree ini mahu lebih ramai orang carefree di dunia supaya makin mudah mereka kawal dunia.

Buat benda2 penting jadi nonsense supaya mereka boleh jadi benda2 penting itu. Macam gosip hiburan. Cuba tanya budak Melayu pasal politik, dia mungkin akan jawab tak minat dan tak kisah. Cuba tanya siapa menang AF haritu.....dia akan bagitau dari awal sampai latest. Masyarakat yang bodoh camni akan tak peduli pasal benda lain dah...especially agama.

Bila kita dah tak peduli agama, kita dah tak peduli halal haram. Bila kita dah tak peduli halal haram, kita akan sapu aje apa yang diorang provide untuk kita. Kini orang Melayu sendiri seolah-olah diperbodohkan supaya kita rasa fed up dengan agama, buat tak kisah, pedulikan semua benda bullshit berlaku dan enjoy the life. Hantar anak masuk pertandingan menari dalam TV dengan harapan dia dapat popular dan anda dapat bangga ada anak yang talented.

Enjoy the life dengan cara barat. Seks, perempuan, arak, wain, huha-huha. Sehinggakan perempuan sendiri tak sedar mereka tak lebih sekadar object of lust tapi disogokkan dengan slogan girl power. Makin kecik baju, makin tinggi semangat girl power. Bullshit gila semua tu. Modesty is the best form of girl power. Tapi pemahaman mereka mengatakan jika perempuan dipaksa, diwajibkan untuk berpakaian labuh, itu adalah satu form penyeksaan, penindasan.

Mangsanya, adalah ajaran Islam. Islam kuno. Islam out dated. Islam menghalang wanita bersuara. Kalau kau perasan, target diorang wanita dan mereka mahu wanita rosak dulu. Sebab untuk kawal lelaki2 ni, mereka perlukan wanita. Sex sells. Lelaki takkan nak berhibur kalau tak ada wanita yang sudi jadi bahan tatapan.

Dengar sini, mereka tidak akan stop selagi semua gadis Islam tak pakai bikini dan embrace culture mereka. Mereka tak akan stop selagi lelaki Islam tak rasa bangga dapat tidur dengan ramai wanita. Mereka tak akan stop selagi kita, orang Melayu percaya yang was-was, berhati-hati dan berjaga2 dalam hidup ni perlu untuk menjaga maruah kita. Mereka nak kita hidup tanpa syarat.

Mereka mahu kita hidup tanpa halal haram ni.

Walau bagaimanapun, masalahnya berbalik semula kepada orang Islam itu sendiri. Kadang2, hanya sebab perbuatan tokoh2 Islam sendiri yang meruntuhkan Islam, tak perlu pun campur tangan anasir dakyah hidup carefree ni. Balik semula kita kepada persoalan asal ; ASB Harus atau Haram? Azhar Idrus atau Fathul Bari? UMNO atau PAS? Hudud atau Undang2 Sekarang? Syiah, Wahhabi atau Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Pokok pangkalnya, semua itu personal choice. Tapi kita masih lagi perlukan ilmu untuk jawab semua benda tu bila kita confuse. Kau bukak Quran kau cuba carik jawapan tapi kau masih lagi perlukan ilmu yang cukup dalam untuk paham Quran. Kau cuba carik jawapan untuk betulkan persoalan kau tapi kau sedar, ilmu kau ni hanyalah level cap ayam aje. Sebab itu lah majoriti kita rely dengan Ustaz2 ni..even UMNO sendiri rely dengan Jamil Khir, Fathul Bari, Zulkifli Nordin dan Kazim Elias...jadi takyahlah malu.

Hujah yang kau akan dapat adalah berdasarkan pendirian tukang cakap tu dan akhirnya, nak tak nak, kau sendiri kena decide. Selama ni aku cuba carik jawapan pasal benda ni. Aku cukup takut salah buat pilihan. Mana tau Fathul Bari betul? Memang wajib kita sokong BN atas kenaikan harga elektrik? Mana tau memang wajib kita sabar dengan kenaikan harga barang yang menggila dan duduk diam2 tanpa melawan.

Aku takleh bagi jawapan tepat apa yang kau perlu buat, tapi kita ada satu contoh manusia yang sempurna. Sebelum kau buat sesuatu, tanyalah diri kau, "adakah Rasulullah akan buat benda ni?"

Kau akan jumpa jawapan dia.

Sebelum kau angkat tangan beramai2 laki perempuan dekat Perhimpunan Agung UMNO, tanya diri sendiri,"Adakah Rasulullah akan pegang tangan lalu diangkat tangan pemimpin wanita UMNO bukan mahram dia untuk meraikan Islam?"

Adakah Rasulullah akan membenarkan isteri dia bersentuh-sentuhan dengan lelaki lain untuk meraikan kebangkitan Islam?

.................


Kepada Ulama' pendokong pahaman UMNO, ingin aku bertanya;

Jika seorang cikgu sekolah tidak mahu memberikan kerjasama pada hari sukan sekolah kerana t-shirt yang dibekalkan oleh pihak sekolah tidak menutup punggung, berlengan pendek dan menampakkan bentuk tubuh sedangkan dia seorang yang berpakaian jubah dan tudung labuh, perlukah dia ;

a. Membantah keputusan sekolah tersebut dan datang dengan jubah dan tudung labuh?
b. Akur dan pakai sahaja t-shirt tersebut?

Mungkin respon kau adalah pihak sekolah kenalah pastikan t-shirt tu ada pilihan, tshirt style muslimah pun perlu disediakan. Persoalannya, jika pengurusan sekolah sendiri tidak peka mengenai benda tu, perlu atau tidak mereka ini ditegur atau guru ini hanya perlu bersabar dan menurut sahaja perintah sekolah.

Isu itu pun berbalik kepada pihak sekolah bukan? Sekolah perlu menyediakan yang terbaik yang meliputi semua aspek dan tidak ada pihak yang dianaktirikan. Betul? Tak ke sama dengan situasi kerajaan sekarang...kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang terbaik yang meliputi semua aspek dan tidak ada pihak yang dianak tirikan.

Tapi lihatlah kaedah yang digunapakai kerajaan sekarang. Adakah ada pihak yang dianak tirikan? Ada. Selalunya Cina. India. Orang Asal. Melayu penyokong Pakatan. Seluruh Sarawak. Kelantan. Dalam isu kenaikan itu ini, kenapa perlu rakyat dibebankan? Dalam isu Proton dan industri automotif negara, kenapa perlu rakyat disusahkan?

Adakah Rasulullah akan berbuat sedemikian? Tak! As long as kerajaan cuba bertindak adil, takkan ada orang persoalkan kerajaan, masalahnya, kerajaan sekarang ni nampak benar tak nak berlaku adil. Adakah susah nak berlaku adil? Memang la susah. Hidup cara Islam ni susah sebab kita ada guideline yang kena ikut. Kena adil, kena bersih, kena betul.

Itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan bukan? Untuk sebuah negara yang majoritinya Muslim dan baju muslimah adalah sesuatu yang rare, ganjil dan bukan pakaian semua Muslimah sehingga perlu dilabelkan "baju Muslimah."

Jika sebuah negara perlu dibangunkan dengan menekan serta menyusahkan rakyat dia dan kemudian ditutupi dengan pelbagai alasan bisnes dan ekonomii, konon2 nya rakyat takkan paham, Islam kah negara itu? Apa yang rakyat paham adalah hidup mereka susah kerana pengenalan dasar kerajaan. Itu aje. Keluarlah teori macam mana pun pasal ekonomi tapi kalau orang ramai rasa susah sebab tindakan kerajaan, tak ke itu menunjukkan pakar ekonomi hanya tau bergebang pasal ekonomi tapi the economy itself is out of their hands?

KIta terlalu gemar ambik benda moden, cara updated zaman sekarang sebagai benda betul tapi persoalannya, kenapa kita makin lama makin hebat teknologinya, kita makin hilang akhlaknya?

Bantuan banjir pun dah jadi program raih undi.
Apa nak jadi dengan orang kita ni?

Kau rasa, kalau kita amalkan sistem politik 100% Islam, menteri2 sekarang ni nak ke jadi pemimpin kau? Itulah persoalan yang kau perlu fikirkan. Pemimpin ni, kalau dia tak ikhlas, janganlah kau ambik dia jadi pemimpin kau.

Disember 10, 2013

Punggung Wanita Halal Dicubit Bila-Bila Masa


Adakah selama ini aku yang silap?

Adakah selama ini Islam membenarkan aku berpegangan tangan
dengan wanita bukan mahram ni?

MENYESAL AKU TAK SALAM DENGAN FAZURA MASA JUMPA DIA DULU!

Mulai esok, mana2 perempuan yang jalan depan aku, akan ku tepuk punggungnya.
Khasnya Puteri UMNO.