Februari 27, 2013

Kenapa Kita Tiada Kuasa Pilih Perdana Menteri?

Mengikut tradisi, setakat ni, Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat akan melantik Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tradisinya begitulah, siapa Presiden UMNO, dialah Perdana Menteri. Aku rasa kita, kena ubah benda tu, sebab itu tradisi Barisan Nasional, bukan tradisi kita.

Kita, ada kuasa pilih kerajaan..tapi...kita tak ada kuasa pilih siapa Perdana Menteri kita.

Siapa bakal jadi Perdana Menteri? Selama ni, Perdana Menteri kita dipilih berdasarkan siapa yang sekumpulan manusia yang gemar berbaju merah, menghunus keris dan bersongkok tinggi pilih. Perdana Menteri kita dipilih oleh orang-orang itu, bukan kita. Kriteria pemilihan Perdana Menteri adalah dilakukan berdasarkan kebolehan pemimpin "geng baju merah" ni berpolitik.

Padahal, sepatutnya Perdana Menteri perlulah dipilih berdasarkan kebolehan dia memacu dan memimpin negara.

Kenapa politik dijadikan asas ukuran memilih Perdana Menteri? Kenapa bukan orang lain dalam UMNO yang jadi Perdana Menteri? Aku sure ramai lagi orang bijak pandai yang lebih layak jadi Perdana Menteri ada dalam UMNO....tapi pengaruh politik jugak la yang dijadikan pengukur.

Walaubagaimanapun, jika kita hendak diberikan suara untuk memilih Perdana Menteri, satu lagi pilihanraya perlu dilakukan selepas Pilihanraya Umum, hanya sekadar untuk memilih Perdana Menteri. Ini akan mewujudkan perselisihan dalam kabinet sendiri (sebab kita orang Malaysia, hasad dengki itu normal) dan ini juga akan memerlukan kos yang sangat besar.

Aku ingin menyeru kepada Suruhanjaya Pilihanraya.

Sehari selepas pembubaran Kabinet, wujudkan peraturan agar mana2 parti politik yang bertanding wajib menamakan calon siapa yang akan jadi Perdana Menteri dan siapa yang akan jadi Timbalan Perdana Menteri. Sekurang2 nya golongan pengundi sudah tahu awal-awal siapa bakal jadi pemimpin nombor satu dan dua negara. Ini bakal membantu pengundi membuat pemilihan parti mana yang mahu dipangkah.

Sistem demokrasi kita ni dah ok. Tapi suara rakyat tu sepatutnya pergi jauh lebih besar. Setakat ni, undi kita hanya mampu tetapkan parti mana bentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat.  Kita pilih pemimpin setempat dan pemimpin negeri. Daripada situ dijumlahkan semua,.undi kita dihitung dan parti yang dapat bentuk kerajaan dilantik Tapi....berapa percent yang setuju Najib naik jadi Perdana Menteri?

Aku tak suka Perdana Menteri aku dipilih berdasarkan pengaruh politik dalam parti semata-mata. Dia bukan setakat akan jadi Perdana Menteri kepada ahli2 parti yang menyokong dia, dia jugak akan jadi pemimpin kepada negara kita.

Wajibkan parti bertanding menamakan calon bayangan siapa jadi Perdana Menteri dan Timbalannya. Dari situ biar rakyat nilai, siapa yang lebih berkaliber. Baik kepala, baiklah pemerintahannya.

Tapi ni cadangan aku aje la. Kalau kau ada cadangan lain, sila bersuara.

Gambar hiasan : Wajah tukang pilih Perdana Menteri Malaysia

Februari 26, 2013

Jika Aku Seorang Pencacai Bab 01

Desas-desus yang mengatakan Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri,Menteri Kewangan dan Menteri Wanita berkuatkuasa semalam, yang tersebar di ruang maya dan blog-blog pembangkang telahpun disahkan tidak benar oleh tuan punya badan sendiri.

"Saya tidak meletak jawatan, saya hanya ambil cuti untuk dua hari, mendalami hati dan perasaan rakyat,"ujar beliau memulakan bicara.

"Saya lakukan ini kerana saya ingin membuktikan kepada seluruh rakyat, saya bukannya golongan cakap tidak serupa bikin," kata Datuk Seri Najib ketika ditemui di Restoran Hassan, Sri Petaling semalam.

Ketika ditemui wartawan semalam, Datuk Seri Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah didapati sedang bekerja sebagai pembancuh air dan pelayan dengan gaji RM30 sehari.

"Tempoh waktu kerja kami bermula daripada jam 7 pagi sehingga ke 7 malam. Insya Allah esok kami akan tukar syif bekerja waktu pukul 7 petang ke 7 pagi pula," kata Datin Seri Rosmah sambil menghidangkan 3 cawan teh tarik kepada kami.

"Saya buat begini kerana saya dah tak tahan masyarakat mengutuk mengeji saya bila saya kata, anda semua boleh hidup setahun dengan wang BR1M," keluh Datuk Seri Najib. "Apa lagi yang anda semua mahu kerajaan lakukan? Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak yang akan berkata pemimpin Barisan Nasional tidak faham rasa susah rakyat kerana saya lakukan ini untuk anda semua."

Dilaporkan Datuk Seri Najib juga berhasrat mengajak anak mereka,Ashman bekerja di situ sebagai pelayan tetapi Ashman dilaporkan tidak diambil bekerja kerana gagal dalam temuduga.

"Kenapa gagal? Saya tidak tahu, dia majikan saya, jadi saya hanya mengikut perintah," terang Datuk Seri Najib sambil menjeling kepada tuan punya restoran yang berasal dari India.

............

"Ini adalah satu perubahan yang sangat sukar pada saya," ulas Datin Seri Rosmah. "Selama ini, saya tidak mengerti bagaimana perasaannya hidup sebagai orang biasa."

"Saya terpaksa meninggalkan segala bentuk kesenangan saya. Lihat bagaimana saya simpan duit saya?" Datin Seri Rosmah lalu menunjukkan kepada wartawan kami satu uncang lusuh yang digunakan untuk mengikat beberapa keping duit syiling dan 3 helai not RM10.

"Ini adalah pengorbanan yang kami perlu lakukan sebagai pemimpin. Hari ini adalah hari yang sangat sukar kerana kebanyakan keluarga yang datang membawa anak kecil dan lantai perlu dibersihkan setiap kali mereka habis makan dan minum," Datuk Seri Najib memandang Datin Seri Rosmah.

"Kesian saya tengok awak mop lantai tadi, yang..." jelas beliau, sayu mengenangkan nasib isterinya.

"Jika hari ini sudah berat seperti ini, esok bagaimana pula? Bagaimana orang ramai mahu terus mampu hidup jika tiada bantaun BR1M? Harapnya, dengan munculnya Program Permata, kita harap ini dapat membantu keluarga miskin supaya dapat keluar daripada kepompong kemiskinan," jelas Datin Seri Rosmah.

"Saya betul..betul..terkilan la...selepas hampir setengah hari saya kerja di sini, saya betul-betul dapat memahami susah payah orang ramai..ini adalah sesuatu yang saya janji saya akan ubah jika Barisan Nasional kekal memerintah..." Datuk Seri Najib mengerutkan dahinya menandakan rasa gusar yang amat sangat.

"Sebab itu la kalau Barisan Nasional kekal memerintah, bantuan BR1M naik jadi satu ribu ringgit. Penderitaan rakyat, biarlah Barisan Nasional yang tanggung," Datin Seri Rosmah memberikan kata semangat.

............

Perbualan kami bersama mereka berdua terpaksa diberhentikan lebih awal kerana ketibaan pelanggan yang ramai secara berkumpulan. Sebelum meninggalkan mereka berdua, wartawan kami sempat menoleh ke belakang dan melihat ketekunan Datuk Seri Najib Tun Razak membancuh air tidak henti-henti dan Datin Seri Rosmah terus gigih mengambil dan menghantar pesanan.

Jika semua pemimpin di dunia berfikir seperti mereka, merendah diri dan tidak kisah mendekatkan diri bergelumang dengan masyarakat, sudah tentulah dunia ini akan jadi lebih baik.

Diharapkan agar suara-suara sumbang yang menghina tindakan Perdana Menteri mengambil cuti dua hari dan bekerja sebagai pelayan di Restoran Mamak ini hanya sekadar sebuah gimik pilihanraya, agar dapat menerima hakikat, pemimpin Barisan Nasional adalah pemimpin berjiwa rakyat, bukan seperti sesetengah pemimpin pembangkang yang hanya tahu mengkritik tapi tidak berusaha mendalami.

Februari 25, 2013

Orang Ramai Boleh Hantar Notis Resign Kerana BN Ada! Super BN!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.

"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.

Perdana menteri berkata sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.

...............

Untuk pengetahuan korang,walaupun aku sokong pertukaran kerajaan, kadang2 ada jugak wujud sangsi tu.

Selama ni, aku still sangsi, boleh ke kita,orang Islam yang bangsanya Melayu memilih pemimpin agama lain untuk diangkat naik emnjadi pemimpin kita. Apatah lagi bila kat negara kita, di mana ada orang Islam yang bangsanya Melayu duduk di kawasan yang majoritinya Cina dan wakil rakyatnya Buddha atau Kristian.

Bagaimana dengan orang2 macam tu? Berdosa ke diorang kalau diorang pilih pemimpin bukan Islam?

Jawapannya adalah boleh.

Tidak pernah wujud syarat pemimpin mesti Islam, asalkan dia bukan bahaya kepada Islam. Asal dia menegakkan nilai Islam walaupun dia bukan Islam sudah cukup untuk dia layak diangkat jadi pemimpin kita. Pemimpin bukan Islam yang jaga nilai Islam adalah lebih layak dipilih berbanding pemimpin Islam yang tolak nilai Islam.

Ingat benda ni masa mengundi. Kemudian, sesi ketawa untuk hari ini.

Perdana menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka. Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.

"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.

Sila ketawa dan lepas ni, sila berhenti kerja.
Selagi BN memerintah, kita tidak perlu bekerja kerana BN mampu menyara kita sekeluarga.


Februari 22, 2013

Awkward Agama : Corakkan Keluarga Ikut Ketua Keluarga

Hidup aku sekarang ni ada kelam kabut sikit sebab aku tengah restructuring balik apa yang perlu financially sebab memikirkan nanti2 beban financial akan bertambah (kitorang beli rumah) Susah gila nak dapat rumah yang affordable ni..padahal bukannya affordable tapi sebab rumah dah jadi mahal sangat harganya...300 ribu ke bawah dah jadi affordable.

Gila kan? 300 ribu ke bawah berapa bayar bulan? RM1200 ke atas!

Orang selalu kata, kenapa nak kena risau2 hidup ni, just enjoy dan jangan fikirkan masalah2 yang ada, bila bangun pagi a new day, kan senang camtu? Aku rasa siapa yang cakap camtu mungkin dia takde anak atau dia terlalu kaya sehingga duit dia mampu beranak pinak. Aku orang working class...majoriti orang kita working class.

Sebagai seorang lelaki yang aku rasa ok la hidup, tak susah dan takde la senang sangat, nak melupakan masalah atau cabaran adalah sesuatu kemewahan yang aku tak mampu nak buat. Sebab once kau dah jadi bapak, kau bangun aje tidur kau kena fikir susu anak kau ada tak, pampers anak kau cukup ke tak, makanan anak kau ada tak bahan2 dia, selesa ke tak family kau hidup.

Semua benda tu ada orang kata share la, kongsi dengan isteri, padahal, benda camtu takleh nak share. Beban tu, sebenarnya suami yang kena tanggung. Isteri tak sepatutnya susah hati pasal benda camtu. Isteri, macam2 benda nak kena fikir. Tuhan cipta isteri boleh mengandung supaya dia tak perlu fikir masalah pasal  welfare family dia. Provider bukan isteri.

Orang kita, bila dah kahwin automatically assume lepas kahwin, beban menanggung keluarga dapat dikongsi bersama. Suami bayar itu, isteri bayar ini. Salah bang benda tu. Sepatutnya suami yang bayar semua benda dan isteri sepatutnya tak tanggung beban2 macam tu. Tapi ada suami yang gunakan kesempatan isteri dia kerja dan assume isteri pun perlu tanggung some part of the financial responsibility. Benda tu dah jadi kebiasaan sebab ramai orang kata "zaman sekarang kena buat camtu, kalau tak macam mana nak survive?"

Kalau kita cek balik apa yang agama suruh kita buat, benda tu jadi tak selari. Isteri tak sepatutnya kerja untuk sapot keluarga. Isteri sepatutnya kerja supaya dia mampu beli apa-apa yang dia suka.

Walaupun begitu, dalam satu sudut lain, ada jugak isteri yang ambik kesempatan dalam benda ni, khasnya isteri yang jenisnya meminta-minta....walaupun dia tahu suaminya sebenarnya hanya mampu 5, tapi dia mintak 10. Tak ada balance dalam benda ni sehingga membuatkan suami perlu mintak isteri sapot sama-sama.

Sebab tu, kalau kita tengok balik, semua statistik pasal pendapatan isi rumah, gaji isteri akan dimasukkan sekali. Dah jadi norma. Padahal gaji isteri tu tak boleh lah dikira sebagai pendapatan keluarga...melainkan, dia bagi. Sebab tu bukan tanggungjawab dia.

Cara paling mudah adalah, tengok gaji laki atau suami, tengok macam mana boleh hidup dengan nilai tu. Kalau isteri nak sumbang, sumbang. Tapi base value dia, kena ambik berapa suami boleh provide. Kalau suami mampu bayar Rm1500 sebab dia kerja kilang, pakai motor dan makan pun Rm3 sehari...takkan la kau sebagai isteri nak hidup macam orang mewah semata-mata sebab gaji kau double dia punya gaji, kan?

Kerana apa?

Sebab pada mulanya, memang la suami akan rasa lega isteri nak membantu. Tapi lama kelamaan bila "ketakutan untuk jadi provider" tu hilang dalam diri suami sebab dia tau, isteri ada....yang tu lah boleh jadi bergaduh tu. Especially kalau kes suami bergaji lagi kecik daripada isteri. Isteri akan ada ego dia (takyah tipu) dan suami akan jadi lemau dan malas. Kalau dia jenis lain, dia jadi malu pulak.

Bila dia jadi malu dengan diri sendiri, dia akan lupa yang dia ketua keluarga dan isteri akan take over tanggungjawab tu sikit-sikit. Dari kecik2 hal macam tu, akan muncullah kes suami kena arah dengan isteri dan suami hanya mengangguk atau dalam sesetengah kejadian yang aku pernah saksikan..isteri berani marah suami depan orang ramai.

Kita hidup dalam sebuah masyarakat yang sangat valuekan berapa nilai pendapatan sehinggakan dalam bab siapa jadi ketua keluarga pun, ada yang gunakan berapa gaji yang dia dapat jadi berapa kuasa yang dia ada.

Point aku, isteri, boleh jadi kedekut dengan gaji dia.

Suami perlu paham benda tu. Suami kena pemurah dengan gaji dia sebab dia kerja untuk keluarga. Itu satu konsep yang agak susah nak dimplementkan dalam dunia sekarang ini yang benchmarknya adalah pendapatan isi rumah yang memerlukan ibu dan bapa kerja.

Aku baru potong Astro. Aku kira-kira...bayar RM90 sebulan. Bukak pun masa bola aje. Kalau takde live, aku carik stream kat internet. Kalau aku boleh tengok stream kat internet, kenapa aku perlu langgan Astro? Setahun berapa aku dah save tu? RM1080. Untuk sesetengah orang, itu gaji dia sebulan....aku buat bayar Astro semata-mata. Belum masuk caj terlambat bayar kena potong, ada reconnection fee.

Gila rasanya kalau difikirkan secara siuman.

Bagaimana kita boleh jadi masyarakat yang gemar berbelanja walhal sebenarnya kita tak mampu? Pelik kan? BR1M kita ambik sebab layak tapi pakej Mustika Astro ada dekat rumah...padahal kalau kau layak ambik BR1M, Astro adalah satu bentuk kemewahan yang expensive untuk kau.

Februari 21, 2013

Pelacur Kreativiti

Kadang-kadang bila aku betul2 sengkek dekat ofis, aku tak makan. Kalau dah lapar sangat dan terminal bas Cyberjaya dah nak tutup petang2, aku akan gi MMU dan makan kat situ. Seronok jugak bila jalan2 kat situ tengok tempat yang satu masa dulu aku kena saman sebab isap rokok, tempat aku dating, lampu yang aku sepak bila mengamuk dengan awek (skrg bini) dan bermacam-macam lagilah.

Tapi kadang2 bila berada di kalangan budak2 MMU ni, aku jadi paranoid. Bukan sebab benda yang buruk pun tapi sebab satu benda yang aku ambik sebagai memalukan diri sendiri.

Semua budak MMU, mana2 yang ambik Kreatif Multimedia, dalam tahun kedua diorang, kena produce satu video klip. Aku tak terlibat dengan pembikinan dia time tu tapi.....aku disuruh oleh member aku untuk jadi pelakon utama. Aku assume sebab aku hensem.

Jadi, bila aku tengok balik video klip tu lepas dah siap, mak aih,  malu bai. Kau pernah tengok satu drama Melayu yang produksi dia ala-ala tak cukup bajet dan lokasi shooting dia asal ok dan director dia buat asal boleh, asal siap, asal ada drama? Itulah dia rupa video klip yang aku lakonkan tu.

Sampai sekarang, kalau aku gi MMU, aku jadi takut kalau2 ada budak2 student situ yang pernah tertengok video klip tu dan dapat cam aku kalau2 lecturer diorang pakai video klip aku sebagai contoh video klip yang jangan dibuat sebab huduh..."Eh,itu brader yang berlakon sedih sebab wife dia mati dalam video klip tu kan?" Makan pun kadang2 rasa tak tenang, haha.

Tapi, sebenarnya, aku tak ada la menyesal pasal kena berlakon dalam video klip tu. Satu2 nya benda yang aku betul2 menyesal sampai sekarang dan sampai bila-bila pasal video klip tu...adalah sebab....aku kena pegang tangan pempuan dalam tu. Buat pertama kalinya, dalam sejarah hidup aku...time tu, atas dasar seni kreatif dan produksi punya etika....aku pegang tangan pempuan lain.

Siap mintak maaf dengan boifren dia, yakni, kawan aku sendiri.
Kawan baik.

Jadi, aku nak pesan satu benda dekat mana2 student yang belajar multimedia, yang kena buat video klip, short story dan sebagainya....kalau boleh, cuba elakkan masukkan scene yang suruh pelakon2 kau buat camtu. Zaman muda, memang kita tak fikir sangat, tapi kalau dah tua, kalau suami pempuan tu tengok nanti2, macam mana. Kalau anak aku tengok nanti macam mana. Nasib baik masa tu aku masih tak ada awek, kalau tak letih jugak nak menjawab...takkan nak menjawab "ini semua atas dasar seni lah!"

Cubalah belajar jauhkan diri daripada benda2 camni. Nak buat video klip, buatlah, tapi kalau nak kena berpegangan tangan, berpeluk-peluk dan sebagainya...takyah la buat. Baik kau tangkap gambar  lalat hurung sampah dari pelbagai perskpektif , letak mana2 lagu K-Pop dan hantar sebagai final project.

Kita belajar pelbagai benda masa sekolah. Kita belajar pasal hukum hakam tapi berdasarkan pandangan aku, kesedaran pasal boleh tak boleh, baik buruk dan dosa pahala ni selalunya sampai lambat sket.

Zaman aku study, aku dan orang keliling aku tak berapa ada kesedaran ni. Tapi itu cerita lain kali la. Cuma apa yang aku nak pesan dengan korang, rugi besar kalau kau sedar pasal dosa pahala ni lambat2. Lagi elok dan lagi baik sebenarnya kau tersedar awal, masa sekolah menengah.Tapi aku dengan kawan2 aku sedar agak lambat.

Sebab selagi kau lambat sedar atau ada yang tak sedar, selagi tu kau akan buat benda2 yang kau akan regret kemudian hari. Aku takde la malu sangat kalau ada budak datang kat aku "Eh, abang ni mamat yang berlakon video klip isteri dia mati sebab abang minum arak dan balik rumah lambat kan, yang menyesal tengah2 hutan tu kan? Apasal abang dah gemuk sekarang?"

Tapi...kalau ada anak2 aku ke,cucu cicit aku ke yang tengok video klip tu....macam mana nak explain kenapa aku melacurkan diri hanya semata2 kerana permintaan kreativiti?

Februari 20, 2013

Kau Perlu Sayangi Aku Balik Kerana Dah Terlalu Lama Aku Menyayangi Mu

MELAKA 8 Okt 2012

Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang terhadap sikap segelintir generasi muda Melayu yang semakin tidak menghargai jasa kerajaan dalam memberi nikmat serta keselesaan kepada mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, hal tersebut dibuktikan apabila ramai di antara golongan berkenaan tidak bersyukur dengan apa yang mereka peroleh, sebaliknya menuduh kerajaan sebagai penindas.

"Contohnya pelajar yang dihantar belajar ke luar negara, bila pulang ke tanah air menolak orang yang memberi nikmat kepada mereka iaitu kerajaan yang dikatakan tidak adil, tidak liberal serta menindas orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato pada majlis sarapan bersama Alumni Sekolah Menengah Sains (SMS) Muzaffar Syah dari 1982 hingga 1986, di Hotel Equatorial, Banda Hilir hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, hal demikian wujud disebabkan sikap sesetengah ibu bapa yang gagal mendidik anak mereka dengan nilai-nilai sebelum menghantar mereka ke luar negara.

"Pelajar-pelajar Melayu yang dihantar ke luar negara sepatutnya disemai dengan nilai positif selain mempelajari sejarah agar dapat mempertahankan diri daripada pengaruh negatif. Dengan mendalami sejarah umpamanya dapat membantu kita supaya tidak lupa kepada asal usul.

"Jika kita bersyukur, maka kita akan mendapat lebih banyak nikmat. Atas sebab itu kita perlu selalu bersyukur sekali gus dapat membentuk masyarakat yang baik dan mampu berjaya," katanya.

Jelas beliau lagi, ramai generasi muda masa kini sangat mudah terpengaruh dengan anasir negatif sehingga ada yang gagal menggunakan pengetahuan mereka dengan bijaksana.


...............

Kuala Lumpur, 18 Februari 2013

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati peneroka Felda agar mengingati jasa kerajaan menganjurkan skim tanah rancangan terbesar dunia itu dan "tidak menggigit tangan yang membantu mereka".

Beliau menggesa peneroka agar meneladani peneroka terawal Felda yang terdiri daripada pemimpin Umno setempat yang setia kepada "orang yang memberi nikmat kepada mereka".

"Nikmat itu bukan sahaja dapat tambah pendapatan secara berterusan tetapi juga dapat klinik untuk perubatan dan anak-anak mereka dapat bersekolah," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut menempelak golongan yang menurutnya tiada jasa kepada peneroka tetapi menghasut mereka untuk menerima bantuan kerajaan tanpa berterima kasih kepada kerajaan."Mereka tiada bukti kejayaan tetapi mereka menyeru kita jangan berterima kasih, (pesan) ambil RM500 dan gigit tangan dia.

"Kalau kita bagi kehidupan yg baik kepada anak kita, tiba-tiba depa (mereka) tumbuk muka kita, baikkah macam itu?

"Kita manusia tak buat macam itu, haiwan lainlah," katanya lagi yang turut menyeru warga Felda agar membalas budi pihak yang memberi nikmat kepada mereka dengan mengundi kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Mahathir berkata golongan peneroka perlu berterima kasih dan membalas budi kerajaan yang menurutnya berjaya mengangkat martabat peneroka – malah sehingga membolehkan golongan berkenaan mengupah pekerja untuk mengusahakan ladang masing-masing.

"Ini yang harus kita lakukan apabila kita tahu bersyukur dan tahu berterima kasih. Kalau dia bertanding (pilihan raya umum), kita bagi undi. Kenapa kita nak tolong dia, sebab dia tolong kitalah. Kalau dia tak tolong kita, kita jadi penganggurlah dulu," katanya lagi dalam majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra itu.

Dalam ucapannya kepada lebih kurang 3,000 orang warga peneroka itu, beliau mengingatkan hadirin bahawa skim Felda adalah satu bentuk pertolongan dari satu umat Islam kepada umat Islam yang lain. "Sebab itu apabila kita buat skim Felda ini, ia adalah satu bentuk tolong menolong di antara satu umat Islam dengan umat Islam yang lain," katanya.

Turut hadir dalam majlis pagi tadi adalah timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dan pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

..............

Baru gua tau....selama ni apa yang gua belajar salah.

1. Nikmat, adalah kurniaan UMNO.

2. Jika kita buat sesuatu, tidak perlu ikhlas.

3. Tangan yang sudah memberi, boleh meminta-minta.

4. Jika UMNO tidak berkuasa, kita akan jadi ke belakang.

5. Kepada mana2 masjid dan pengemis yang pernah aku sedekah duit, tolong like blog ni dan promote.

6. Main point dua artikel itu...."nikmat", "syukur" dan "menghargai," kan? Cuba carik ada tak perkataan Tuhan atau Allah atau God atau Dia dalam artikel tersebut.

7. Gambar itu....agak creepy.


Februari 19, 2013

Golongan Melayu Suka Sudu Terbang dan Parang Terbang

Satu hari bila kau free, cuba jalan-jalan dekat shopping kompleks, kemudian kau tengok kalau ada iklan terpapar kat depan kedai. Bukak Jobstreet, tengok iklan kerja, ada beribu dalam tu. Apa persamaan antara majoriti kebanyakan iklan kerja kosong yang kita boleh nampak?

Requirement : Chinese....kalau nak lembut sikit....Mandarin/Kantonis speaking only.

Kuang hajar betul orang Cina! Itulah respon2 tipikal yang akan selalu kedengaran. Pundek punya Cina, dasar kaum pendatang masuk Tanah Melayu kerjanya hanya nak mengayakan bangsa sendiri.

First sekali, kenapa perlu marah, bang/kak?

Itu company dia, itu hak dia, nak menggaji siapa yang dia nak. Mana ada tertulis dalam Quran pun sebab kau Melayu, kau kena ada keistimewaan perlu diberikan kebenaran untuk diinterview. Company dia, suka hati dia. Tapi apa yang memelikkan aku mengenai fenomena ini (fenomena,ceh!) adalah .....kenapa orang Melayu marah kalau company Cina nak ambik orang dia kerja sama dia. Point aku...marah. Kenapa marah?

Logically, kau Melayu, kau pun senang nak kerja dengan orang Melayu, kan? Nak bercakap pun senang. Tapi kenapa bila orang Cina buat, orang Melayu marah?

Aku cuba digest benda ni dan aku rasa perasaan marah tu datangnya sebab dalam diri tiap2 orang Melayu...dah tertanam, ini Tanah Melayu, orang Cina pendatang. Betul kan? Takyah tipu. Dalam diri aku pun ada rasa macam tu sikit-sikit, rasa tak puas hati.

Adakah tiap2 orang Melayu mempunyai perasaan inferiority complex dengan orang Cina? Yang paling memelikkan mengenai benda yang aku akan tuliskan ini...Kenapa...kenapa.....tidak ada yang marah, kalau English adalah requirement yang diperlukan?

Kenapa? Cuba jawab.

Tidak ada pulak semangat perkauman yang wujud kalau English dijadikan requirement bila orang Melayu nak pohon kerja. Kerana apa? Agaknya...pada fikiran orang Melayu, orang putih, bahasa mereka, cara hidup mereka, adalah superior berbanding orang Melayu. Jadi, kita akur, kita patuh. Tapi orang Cina, mereka pendatang. Di Malaysia, orang Cina adalah second class citizen (sesuatu yang majoriti orang Cina rasakan),  jadi, sepatutnya, requirement sebegitu tak boleh diwujudkan.

Betul kan apa aku tulis ni? Kenapa mentaliti kita begitu? Sebab kesan pemerintahan masih ada dan nak tak nak, kita terpaksa mengaku yang sistem yang kita pakai sekarang adalah sistem yang British create untuk kita. Sebab itu kita salute orang putih tapi kita racist dengan orang Cina. Kita rasa kita better.

Bukak mata luas-luas.

Jika selepas ni kau nampak ada iklan kerja kosong yang memaparkan "Mandarin/Kantonis speaking" as a requirement, jangan marah. Jangan jadi tipikal Melayu. Kalau ada requirement sebegitu , gi belajar bahasa tu. Belajar Mandarin, belajar Kantonis. Senang. Kau nak buat bisnes nanti2 ada gunanya.

Sebab apa? Sebab orang Melayu selama ni memang rugi. Gi workshop, orang Cina boleh bincang berapa nak ketuk harga depan kau bulat2 tanpa kau sepatah pun apa yang diorang cakap.

Mungkin kita boleh ambik Bahasa Arab sebagai bahasa kedua kita. Tapi tengoklah macam mana implementation-nya di level sekolah menengah. Sekolah aku...sekolah terbaik..sekolah elit...sekolah yang melahirkan bakal pemimpin orang Melayu yang berkaliber pun pelajaran bahasa Arabnya dipandang sebelah mata masa aku belajar dulu.

Aku tak ambik Arab...tapi kat sekolah aku Bahasa Arab adalah satu2 nya subjek elektif yang masuk dalam PMR. Effortnya...mak aih....main-main. Kalay aku comparekan Cikgu Bahasa Arab sekolah aku dengan Cikgu Bahasa Jepun yang ajar aku. Sorang Melayu..sorang lagi datang dari Jepun.

Teka la mana yang malas nak masuk kelas dan mana satu yang punctual dan mintak maaf banyak kali kalau dia terlambat seminit dua.

Inilah legasi Barisan Nasional sekarang. Melayu spoonfeed yang akan marah kalau tak ada sudu terbang suap dia, tapi dia berapi kalau ada orang pertikai pasal parang terbang 13 Mei.

Februari 18, 2013

Cerpen Politik : Satu Hari Nanti Di Parlimen Malaysia Harapnya

Satu hari di persidangan Parlimen Malaysia....

"This is one of the most advance traffic offender catcher in the world and I am sure the government of Malaysia will find the system is really efficient on cutting down the numbers of accident," kata George Richards, pegawai kepada Zoloco System, sebuah syarikat teknologi dari Amerika.

"I would like you to brief us how much cost it will affect us?" tanya Anwar Ibrahim dengan slang Penangnya. Nik Aziz yang berada tidak jauh darinya mengangguk.

"Dia buat lagi...ni mesti nak komplen kos tinggi, jangan membazir.." Najib Razak berbisik dalam hati.

"We have been given the estimates of what your country requirement,the total shouldn't exceed somewhere in the range of RM350 million or 110 USD," jawab George.

"Puiiihh mahalnya!" Sergah Senator Zulkifli Nordin. "Tapi berbaloi!"

Penterjemah menterjemahkan ayat yang disebut Zulkifli Nordin itu kepada George. George tersenyum. "I can guarantee you that this is the most state of the art system and if the Malaysian government agreed on using our technology here, your country will be the third country using it."

"Huiyoo..terbaiklah!" jerit seseorang.

"Country which first use it?" tanya Hishamuddin Hussein dengan English berterabur.

"Us,meaning USA and France," jawab George.

"Let me give you some statistics on how well it works on our major cities. Accidents number fall down 67%, death numbers drops to an amazing 76%. The statistics also pointed out that because of the implementation of our G-Driver system, the road user are more incline to follow the traffic regulations better, the numbers of driver who break the speed limit drop to an astonishing 85% last year."

"Hu...terbaik...." Bergegar MP-MP Barisan Nasional menepuk meja menyokong kerana mahu menjadi negara ketiga dunia menggunakan sistem tersebut.

"I am sure that the people in your country have brought up an issue with the system," Anwar Ibrahim bangun dari kerusinya. "I refer to an article in the New York Times on how the way the system is concealed and how it cause an uproar among the citizens," tanya Anwar Ibrahim. "What is the solution that Zoloco have applied to solve the issue?"

George Richards mengangguk tanda setuju. " Let me explain first to all who don't really know the issue well. Because of the miniature and compact size of the camera tracking system installed, most driver are not given any kind of early warning as to where the system is installed. This has been a very big issue for us to solve, but luckily we did," jawab George.

"What is the step taken?" tanya Najib Razak tapi dalam hatinya hanya memikirkan mengenai isteri tercinta.

" We implement a warning sign and a warning light around half a mile before the camera location to warn the drivers about the measured area. Statistically, on the half mile before the control area is reach, 54% of the driver is already starting to slow their car down," jawab George.

"Kalau macam tu, macam mana nak saman nanti?" Satu Parlimen bergegar dengan ketawa daripada lawak yang tidak tahu dari mana datangnya. Najib menyandarkan badannya ke kerusi empuk. Dia menghelakan nafas.

"It is a good system there, I felt we should implement it here, especially in Permatang Pauh where the death numbers are incredibly high!" jerit Ibrahim Ali. Anwar Ibrahim hanya senyum mendengarnya. Meja diketuk beramai2 menggesa Anwar Ibrahim memberikan respon.

Najib Razak pun bangun, "Mr.George, I would like to say thank you for the presentation. I, wholeheatedly agree that the G-Driver system is a vast improvement over our current AES system and it is cheaper to maintain in the long run. This will be a very good co-operation between Zoloco and the Malaysian government to protect the lives of our nations people.My biggest concern is how long we need from start to finish?"

George sengih besar kerana jerat dah mengena."After the MOU between us is agreed upon, I predict the installation on your whole country should take around an estimates of 6 month to a whole year."

"SATU! MALAYSIA! SATUUUUU! MALAYSIA!" Jerit Ahli-Ahli Parlimen dibahagian Barisan Nasional. Najib sengih sambil mengangkat jari menunjukkan simbol satu.

" Sorry Mr.George, but I will address the Parliament in Malay for a while.." kata Anwar Ibrahim sambil bangun melihat sekeliling. Senyap jadinya dewan Parlimen.

"Ni yang hangpa sibuk2 ni pasaipa? Hangpa tu pembangkang! Tapi sebab pembangkang suka saya pun suka la.... " Anwar Ibrahim sengih memanjang. "Tapi..." Anwar Ibrahim merenung sekeliling memikirkan sesuatu.

"Mr.George..." panggil Anwar. George memandang sambil jarinya menggenggam laser pointer.

".........If the warning sign and the warning light is pretty effective on it's own, we will take the lights and sign first, so we can implement it fast and efficiently without waiting a whole year for it...how much for the budget?" Semua ahli Parlimen gamat menepuk meja.

"Later, we will reassess the requirement whether the warning sign and lights are enough or we really need to install your G-Driver system.Ok ka PM? Setuju?" tanya Anwar pada Perdana Menteri.

Datuk Seri Hadi Awang mengangkat jari menunjukkan isyarat bagus.

"Fuckin third world country!" bisik George dalam hati.

Februari 15, 2013

Tiga Berita Penting dan Satu Gambar Pejuang Islam Untuk Semua Orang

Kadar Insurans Kenderaan Naik....Lagi.

Kadar premiun insuran kenderaan bagi semua jenis kenderaan akan dinaikkan mulai esok, Jumaat 15 Februari.Maklumat tersebut diperolehi melalui surat edaran yang dihantar kepada pengendali dan agen-agen insuran bertarikh 7 Februari lalu.

Bagi pemilik kenderaan, mereka akan mulai membayar dengan tarif harga yang baru mulai esok apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.

Bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.

Surat pekeliling itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu telah diluluskan oleh Bank Negara sebelum ini. Bank Negara pada 26 Februari 2010 telah mengumumkan kenaikan premium insuran secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun 2011.

...................

Mahathir dan Proton

Mengakui bahawa kualiti yang lebih baik disertai dengan harga yang lebih tinggi, Dr Mahathir berkata Proton berada pada peringkat yang penting kerana ia perlu menghasilkan kereta yang berdaya saing di peringkat global untuk bersaing dengan syarikat-syarikat kereta asing yang membentuk sebahagian besar daripada jumlah keluaran industri automotif Malaysia.

"Kita tidak boleh sentiasa mengeluarkan kereta murah. Jika itu berlaku, kita akan kehilangan keyakinan rakyat Malaysia kerana adalah menjadi pandangan umum bahawa kereta murah tidak datang dengan kualiti," kata beliau.

Nota Kaki : WTF murah!
..................

Undi PAS Haram....Majlis Fatwa, Apa Cerita?

TUMPAT 12 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.


.............


Pilihanraya dah dekat. Semua orang sedang bersiap sedia.
Seperti individu di atas.

Dia adalah Pejuang Bangsa dan Agama yang kepenatan
selepas seharian pertahan Islam dari serangan DAP.

Kuku pecah kena sabit dengan orang Kafir DAP.
F*CK DAP SEBAB MAINKAN ISLAM!

Februari 14, 2013

Orang Bisu Pun Ada Nafsu Nak Berkhalwat Bro!




...................

Rumusan yang aku dapat daripada 4 kes di atas ;

Jangan pilih Kerajaan yang bawak masuk PSY.
Pilihlah mereka2 yang tidak kenal PSY.

Februari 13, 2013

Surat Terbuka Kepada Cik Shila Amzah

Ke hadapan Shila Amzah,

Assalamualaikum,

Pertama sekali maafkanlah saya jika saya membahasakan diri saya dan anda "aku kau" dan bukan seperti majoriti artis yang menggelarkan diri mereka dengan nama sendiri setiap kali mereka bercakap. Itu adalah antara benda paling tak senonoh yang saya selalu nampak dalam TV. Lagilah menggelikan bila tengok artis lelaki buat macam tu.

Contohnya ; "Ahmad rasa tidak ada apa salahnya berpegangan dan berpelukan dengan wanita kerana Ahmad memang nak mengahwini teman wanita Ahmad," kata Ahmad".

GELI BAI!

Saya bukanlah peminat anda dan saya tak tau pun satu lagu anda. Last sekali lagu Melayu yang saya betul2 minat adalah lagu Aizat yang bertajuk "Sungai Lui." Tapi bagaimanapun semenjak beberapa minggu ni sebab bila saya ke mana2, bukak TV, bukak paper, bukak blog gosip murahan, balik-balik muka Cik Shila, saya rasa saya patut menulis surat ini.

Saya tak tau kenapa pertelingkahan keluarga perlu diperbesarkan sampai macam gitu sekali.

Apa-apa hal sekalipun, apa yang Cik Shila perlu lakukan bukanlah dengan memberikan peluru kepada media-media murahan yang dahagakan gosip2 bodoh dan sekadar nak create publisiti. Ini bukan hal main-main, ini hal antara seorang bapak dengan anak perempuan. Bukan anak lelaki, anak perempuan. Selagi seorang anak perempuan belum bersuami, selagi itu bapak dia adalah segala-galanya untuk dia.

So mintak tolong, jangan lah disumbatkan cerita2 kepada media2 yang saban hari kerja diorang jaja hal dalam kain orang lain. Stop the bullshit dan jangan malukan lagi bapak anda sendiri.

Tak kiralah anda tergila-gilakan sangat lelaki tu yang saya akui kacak dan jauh lebih kurus berbanding saya, tapi jika masyarakat tahu yang anda sedang bergaduh dengan bapak sebab seorang lelaki...malu bai. Memalukan family dan memalukan diri sendiri. Apa kejadahnya letak video menyanyi sambil menangis-nangis? Nak pohon keampunan bapak? Atau sekadar nak melepaskan perasaan?

Kan kita boleh uploadkan dan jadikan dia private? Kemudian bagi la link dekat bapak.

Kalau sedih sekalipun, tak perlu tunjuk pada masyarakat anda sedih. Kenapa perlu hebahkan pada semua orang anda sedang memohon keampunan dengan bapak? Gi jumpa dia cakap elok-elok, salam cium tangan. Tak perlu panggil wartawan tak perlu panggil blogger blog gosip murahan. Tak perlu nak dihebahkan satu dunia yang anda kecik hati dengan orang itu, orang ini. Khasnya dalam Youtube. WTF?


Itu hanya membuatkan artis ni jadi cheap dan saban hari, aku akan makin muntah dengan industri hiburan Malaysia ni...dah la filem balik2 dah berapa tahun filem sama aje. Gangster, Hantu, Gangster, Hantu. Lagu pun mesti nak ada rap selang seli dengan chorus yang biasa2.

Rindu mak bapak, kenapa menyorok? Balik la. Selagi Cik Shila belum kahwin, selagi tu tempat Cik Shila adalah dengan diorang. Balik mintak maaf dengan mak bapak dan stop semua publisiti karut yang menjahamkan masyarakat kita ni. Orang bangsa lain tengok "orang Melayu...hak eleh...bapak apa ni, cipta lagu puji PM hebat tapi anak sendiri pun tak mampu nak jaga?"

Pasti akan ada orang yang berfikir sedemikian sebab makin lama benda ni berlarutan akan makin banyaklah kemaluan yang akan terpalit pada mak bapak Cik Shila. Aku layan lagu ND Lala masa kecik jadi aku kesian jugak la tengok dia kena camni.

The first step for recovery adalah balik dan mintak maaf dengan bapak. Sebab dia ada suara untuk pantau hidup anak perempuan dia. Langkah kedua adalah dengan berhenti panggil boifren dengan panggilan "Abang," sebab seorang boifren tak layak nak dipanggil macam tu.

Busuk bai anak gadis panggil boifren macam tu. Mana2 awek yang aku kenal panggil boifren dia "hubby" atau "abang",automatically aku copkan dia "gedik tak kena tempat." Sebab apa? Sebab dia hanyalah sekadar boifren dan dalam agama, tidak wujud istilah boifren atau gelfren ni.

Cik Shila, boifren tidak layak dan tidak ada suara dalam menentukan hidup seseorang perempuan.

Kepada gadis di luar sana, jangan jadikan boifren sebagai fokus hala tuju hidup anda. TAK BERBALOI. Selagi dia bukan tunang, bukan suami, jangan jadikan boifren sebagai satu faktor yang bakal menentukan masa depan anda.

Apatah lagi sampai bertelagah dengan bapak semata-mata sebab seorang lelaki.

Nak tau lelaki itu serius atau tidak....sebelum buat apa2 decision yang bakal mencorakkan hidup anda, jangan kira boifren as a factor selagi dia tak masuk meminang dan jadikan anda tunangan dia. Itu sepatutnya kelayakan minimum sebelum anda take serius kehadiran seorang lelaki dalam hidup anda. Selain daripada itu....just take it like dia hanyalah seorang member.

Ada berjuta-juta orang yang layak jadi boifren Cik Shila termasuklah saya (masih lagi mencari lagi 3 orang), tapi ada sorang aje ND Lala dalam dunia ni.

Yang benar,

Mantot
Anti NIP



Februari 07, 2013

Makhluk Yang Paling Comel Dalam Dunia Nombor Satu

Tiap-tiap pagi sebulan dua ni adalah cabaran besar pada aku.

Sebab wife aku tukar sekolah petang jadi jadual mengahantar anak aku ke rumah pengasuh dia dah lain. Nak tinggal lama-lama nanti ada la terlajak sampai lepas Maghrib baru ambik, jadi hantar la anak aku lambat sikit.

Takde la rasa sedih sangat dia harapnya duduk dengan pengasuh dia terlalu lama tapi aku terganggu sikit jadual harian aku....

Aku selalu berada dalam dilema sebab aku tak suka apa yang seorang lelaki kena buat. Aku tak suka pegi kerja...walaupun aku suka apa yang aku buat. Aku rasa terkongkong.

Dalam hidup kita, ada 24 jam. 1/3 daripada sehari kau hanya untuk kerja dan itu tak termasuk lagi time nak travel ke tempat kerja. Aku cukup tak suka benda tu. Mungkin kau tak macam aku tapi aku peduli apa...itu life kau. Kalau kau puas hati spend masa lebih untuk kerja dan less untuk family..terpulangla. Hidup kau.

Kalau ada orang tanya aku, mana lagi penting, kerja atau keluarga..aku jawab keluarga. Kita ada satu aje family (yang boleh diexpand jadi 4..hehe) tapi kerja ada banyak. Tapi mental kita dah dipengaruhi dengan frasa "kau ingat senang ke nak cari kerja?" jadi aku rasa ramai antara kita yang slogging through work...for the sake of money dan bukan for the sake of enjoying your work.

Lama-lama kepala boleh short circuit bai kalau kau terus macam tu. Kalau kau kerja hanya semata-mata untuk duit...kau sedang melakukan kesilapan yang sangat besar. Kalau kau terus jugak kerja hanya semata-mata sebab kau takut tempat lain tak dapat bayar kau sama macam ofis kau yang kau tak suka, kau jugak silap.

Benda yang paling penting sekali adalah taraf mental kau. Kalau kau duit banyak pun tapi otak kau setiap masa dok fikir pasal benda2 yang stresskan kau...apa pointnya kau dapat provide kemewahan dekat family kau, tapi kau tak dapat nak enjoy benda tu.

Jujurnya...aku suka kerja senang. Aku akan carik paling senang dan paling cepat supaya aku dapat setelkan kerja aku. Objektif aku...supaya dalam sehari...masa aku lebih banyak guna untuk keluarga aku berbanding ofis aku. Orang yang kutuk sapa2 yang suka kerja senang...tu penipu besar tu. Cuba tunjuk kat aku siapa prefer kerja susah?

Cuma kena tau beza dia antara suka buat kerja tanpa banyak effort atau straight forward pemalas. Mana satu kau? Haha.

Tapi untuk buat dua2 benda ni; cover family dan cover kerja, sebenarnya agak memeritkan fizikal dan minda. Nak tak nak, salah satu kena korbankan. Aku tak tau kenapa, mungkin sebab kita third world country jadi budaya kita camtu. Orang2 yang aku kenal mana yang pernah kerja oversea semuanya sumpah seranah bila balik Malaysia. Budaya kerja kita ni terlalu menekan dan terlalu overwhelming. Aku pernah ditanya nak ke gi oversea...tapi aku tak sanggup nak tinggal isteri aku. Family...mesti nombor satu..karier nombor dua.

Bagaimanapun, aku sekarang ni berada di satu crossroad yang dah lama aku try elak. Crossroad yang paksa aku pilih sama ada dapat main dengan anak aku setiap hari atau tiap2 hari balik tengok anak dah tidur dan hanya dapat main dengan anak aku time weekend.

Aku cukup takut nak decide sebab aku tak nak hilang dua-dua. Tapi aku tau mana yang aku prefer...cuma nampaknya jalan hidup aku memerlukan aku berkorban sikit dan let go certain thing yang aku tak nak let go.

Seorang anak akan ubah mengenai kau.

Dan benda yang paling susah untuk seorang bapak macam aku nak buat, adalah tinggalkan rumah sebab nak pegi kerja. Lagilah pulak, time kau nak pegi kerja tu la time dia nak manja2 dengan kau. Setiap hari dalam hidup seorang bapak, pilihan perlu dibuat. Family? Kerja?

Sebab tu agaknya....selalunya suami mati dulu.Dan ini juga salah satu sebab kenapa aku sokong pertukaran kerajaan. "Apa kaitannya?" tanya kau.

Pandai2 la fikir sendiri.


Februari 06, 2013

Food Review : KFC Golden Wrap Chicken


Minggu lepas aku try benda ni sebab aku suka makan ayam.

Kesimpulannya?

1. tak berbaloi.
2. indah khabar dari rupa
3. ayam kecik
4. mushroom tak cukup
5. jagung hambar
6. serviceable la..takde la tak sedap.
7. bahagian drumstick dan thigh sahaja ada

Benda paling bangang sekali aku rasa yang membuktikan kadang2 aku terasa bangang jugak; aku ingatkan ayam tu kena balut dengan roti..rupa-rupanya balut dengan kertas minyak.Kau tengok gambar tu..nampak mcm roti kan? Mati2 aku ingat roti.

RM11.80 dapat ayam suku dan roti atau nasik. APA KEJADAHNYA MALAYSIA NI? Ingat semua orang anak lord ke?

Benda yang lebih rasional untuk dibuat adalah;

Beli ayam seekor. Baru RM10 lebih ikut saiz. Beli garam. Kalau kau ada luck, dapat yang RM6 ke bawah sekilo..tapi selalunya ayam dia besar-besar jadi sama aje la harga dia, lagipun ayam besar, dia liat sikit. Beli kunyit. Beli roti prata brand "Kawan." (TERBAIK!) Goreng ayam. Goreng roti prata. Balut ayam goreng dengan roti prata. Tak cukup dengan tu kau beli cendawan butang dalam tin dan jagung rebus tepi jalan. Makan beramai2. Cukup untuk 4 orang.

Dengan bajet yang lebih rendah jika kau beli untuk 2 orang makan kat KFC..


Februari 05, 2013

Kamera Beli Mahal, Lens Beli Banyak Tapi Pakai Software Pirated

"JAHANAM!"

Amir diam terkujat rakannya tiba-tiba mengamuk. Mata Hairul masih lekat di skrin telefon pintarnya.

"Apasal Rul? Kau ni...kita kan dekat kedai makan ni. Main game pun man-man dah la. Kau tak sedar ke orang ada keliling kita yang kau nak mengamuk-ngamuk ni," bisik Amir. Satu-satunya  masa Amir perasan Hairul akan mengamuk adalah bila dia ditembak mati semasa bermain Playstation.

"Kepala bana punya blogger ni. Sapa mangkuk ayun blogger ni? Kau pernah baca blog sampah ni?" tanya Hairul sambil menunjukkan skrin telefon pintarnya pada Amir.

"Blog ni...bodoh la blog ni. Isi takde point, asyik2 kutuk Melayu, bajet dia European kot? Kau marah sangat apasal?" komen Amir.

"Ni haa....dia pakai gambar photoshoot aku hari tu, yang aku shoot wedding dekat Kinrara hari tu, nak buat hiasan posting bangang ni," cemuh Hairul.

"Boleh tahan gak gambar ni..cantik gak, tak sangka kau berbakat. Aku ingat kau sekadar wannabe DSLR owner," selamba Amir mengutuk kawannya.

"Boleh la, aku belajar sikit-sikit teknik editing pakai Photoshop ni, gua letak kat forum mintak respon, orang kata cantik," terang Hairul. "Gua marah betul la blogger-blogger bangang ni sedap-sedap pakai gambar orang lain letak buat posting dia. Kan gua dah letak watermark dekat gambar gua? Yang dia berani nak pakai jugak tu apahal? KIMAK!"

"Kau letak watermark pakai apa?" tanya Amir.

"Photoshop la...kan aku dah cakap tadi..." jawab Hairul bengang.

"Kaya kau, mampu beli Photoshop. Berapa kau beli Photoshop kau?" tanya Amir.

"Gua beli pirated aje...mana ada duit nak beli ori ni..." jawab Hairul.

"Mungkin blogger bangang tu tak ada duit nak beli kamera jadi dia pakai gambar kau?" jelas Amir.

"Dah la bangang, miskin, mencurik pulak tu. ANAK HARAM!" herdik Hairul sambil menghirup teh tarik.

...............

Kepada sesiapa yang tak tau...

Adobe telah pun memberikan Adobe Creative Suite CS2 secara percuma. Tapi CS2 la, tahun 2005. Dapat Photoshop free pun jadi la, bukannya berbeza sangat pun. Mungkin kita boleh jadikan budaya carik makan dengan software halal kat Malaysia ni makin kuat.

Link untuk download.

Kalau tak nak pakai software lama, boleh pakai GIMP.

Februari 04, 2013

Februari 01, 2013

Fakta Sahih Jom Tolak Pakatan


Bagaimana agaknya "perdebatan" ini berlangsung?


................................



Moderator : Di minta kedua-dua panel mengemukakan hujah masing-masing.

Noh Omar : Assalamualaikum. Jom Tolak Pakatan sebab Anwar Ibrahim agen Yahudi!

Hasan Ali : Waalaikumsalam. Jom Tolak Pakatan! Perosak akidah umat Islam! Minta penjelasan daripada pihak Datuk Noh agar menjelaskan kepada semua kenapa pihak Datuk yakin Anwar agen Yahudi.

Noh Omar : Saya akan jelaskan selepas pihak Datuk Hasan menerangkan bagaimana pihak pakatan merosakkan akidah umat Islam.

Hasan Ali : Saya dah nilai akidah semua orang dan maaflah, umat Islam, kesimpulannya memang sangat lemah. Masyarakat kita akan murtad dan masuk Kristian kerana tersebarnya Bible berkuasa solar di Malaysia.Kalau Azhar Idrus baca bible kuasa solar pun dia boleh runtuh akidah dia. Fathul Bari aje kebal. Saya kenal dia.

Noh Omar : Terima kasih kerana membalas hujah saya dengan fakta yang kukuh. Saya diberitahu oleh beberapa pihak mengenai keterlibatan Anwar Ibrahim dengan beberapa individu yang tidak boleh saya sebutkan di sini yang terlibat dengan gerakan Zionis...saya juga ada diberitakan, Anwar Ibrahim juga terlibat dengan memulakan pemberontakan negara2 Arab tahun lepas.

Hasan Ali : Apa yang diucap oleh Datuk Noh itu bukan sekadar satu fakta...Hujah Datuk Noh dah masuk kategori fakta sahih. Fakta yang paling kukuh antara semua jenis fakta. Saya menyerah kalah.

Noh Omar : Jangan merendah diri Datuk Hasan. Saya juga mengaku kalah kerana saya bersetuju Pakatan adalah perosak akidah masyarakat Islam Malaysia. Saya juga diberitakan ada gerakan dalam sesetengah pihak dalam Pakatan sendiri yang menyebarkan bible berkuasa solar di ceramah-ceramah pakatan. Bukankah itu juga satu bentuk fakta sahih?

Hasan Ali : Alhamdulillah.............Kalau dua-dua dah mengaku kalah ni macam mana tuan moderator?

Moderator : Dalam perdebatan, kalau dua-dua pihak mengaku kalah, ini bermakna masyarakat sebenarnya bersetuju dengan tajuk perdebatan itu.

Noh Omar : Kalau begitu, saya rasa, saya dan Datuk Hasan bersetuju benar lah jika itu tindakan susulannya. Masyarakat kita, saya yakin...akan menolak pakatan.

Hasan Ali : Ya. Kita berada di pihak yang benar. Allah bersama-sama kita.

Noh Omar : Saya harap..orang ramai dapat menilai sendiri betapa akrabnya perhubungan kami dalam UMNO. Walaupun disuruh berdebat, tetapi akhirnya kami terpaksa bersetuju antara satu sama lain. Bukankah itu yang dinamakan kerjasama hakiki?

Hasan Ali : Noh, hebat sungguh Datuk malam ni. Keluar lagi satu fakta sahih. You are on fire!

Noh Omar : Listen listen listen! San, nak ajak kau debate pasal ni pulak boleh?




Hasan Ali : Eh, itu barang lama, jangan dikenang. Lagipun sekarang kau memang alim, ikhlas dan tawaduk.

Noh Omar : Fakta sahih!