Mei 31, 2012

Pasti Ramai Keyboard Warrior dan Pencacai Politik Mengeluh



Mungkin ramai yang tak tahu, esok, satu akta baru akan berkuatkuasa. (Link)  Mulai esok ; komen2 keyboard warrior dan pencacai yang menggunakan anon akan diblock.

Besar kemungkinan aku juga akan menyokong kerajaan kerana tak nampak benefitnya lawan kerajaan. HIDUP UMNO! SALAM 1MALAYSIA! 1ASSALAMUALAIKUM!

Mei 30, 2012

Jangan Beli Kerusi High Chair Warna Merah Dekat Carrefour


Aku perasan dekat Carrefour kat rumah aku dan Carrefour Alamanda ada jual satu high chair budak2 kaler merah berharga RM69 brand tah hapa2 buatan China. Dinasihatkan, jangan beli kerusi tu sebab kerusi sebenarnya adalah barangan ciplak daripada kerusi Antilop dekat Ikea ni. Lagipun,kalau kau compare, kualiti dia lain. Besi dia pakai lain...potongan plastik dia pun ada rough edges.


Yang paling memelikkan, kita beli barangan ciplak sebab selalunya barang ciplak ni lagi murah. Tapi dalam kes ni, kerusi ciplak tu lagi mahal. Kau beli kerusi saja harga dia RM69. Kalau kau pegi IKEA beli kerusi Antilop ni..harga dia memang RM69...tapi kau dapat tray makan untuk pasang kat situ sekali. Harga kerusi dia aje RM40 lebih tak silap aku.

Jangan support barang ciplak.

ps. Sebarang tips atau panduan yang anda rasa sesuai dishare,emailkan dekat pengguna.genius@gmail.com

Bapak Ah Kaya Datuk Bandar Kuala Lumpur!


Masyuk income jadi Datuk Bandar ni.

Mei 29, 2012

Aku, Syaitan dan Bapak Jin


Aku jenis berjaga malam. 

Selalunya aku tidur pukul 2,pukul 3, malam semalam pukul 4. Apa yang aku akan buat untuk mengisi kesunyian malam yang selalunya hening (sebab aku duduk kawasan kampung) adalah dengan memasang TV dan biarkan aje TV berjalan.

At least aku tak lonely.

Isteri aku dengan anak aku selalunya tidur awal. Lepas Maghrib selalunya berseorangan lah aku, melainkan isteri bangun nak makan nasik...selalunya dalam jam 11 camtu.

Bila berseorangan, aku suka dengar orang bercakap. Radio selalunya pasang lagu2 yang aku tak minat nak dengar jadi aku akan pasang TV local sebab banyak drama malam2. Entah kenapa,aku tak pasti.

Masalahnya...satu aje.
Aku lonely. Seorang2 dalam rumah.

Keluar iklan drama hantu. What the hell. Kau nak takutkan orang suruh masuk tidur ke?

Pelik, memang pelik. Malam aje, drama mesti cerita hantu. Amukan Pocong lah, Jembalang Langsuir, Jin Mata Toncet, Syaitan Dalam Gelas....

Kenapa kita tak menggunakan prime time yang ada untuk tayang drama yang lagi elok? Aku lepak kedai makan, budak kecik mencangkung depan TV sebab nak tengok cerita hantu. Sambil tu diorang komen, "Mak, mak, kenapa perempuan tu boleh terbang?" atau "Mak, mak...kenapa perempuan tu macam tu mak?"

Mak dia dengan muka fed up terpaksa la jawab, "sebab dia tu hantu.." berulang kali.

Banyak betul benda yang kita buat tak ikut ajaran agama. Walaupun kita bangga "Melayu itu Islam, Islam itu Melayu," tapi kalau ditengok betul2 sebenarnya...kita ni agama aje Islamnya...tapi percaya benda2 tahyul.

Sebab dari kecik kita dah diajar, takut dengan benda tahyul macam hantu dan pocong tetapi agama kita suruh takut dengan Yang Satu aje.

Mungkin sebab tu lah ramai yang jadi mat rempit, buat gaya pontianak atas motor.
Nak hilangkan ketakutan terhadap hantu, jadi macam hantu.

Aku rasa aku paham kenapa diorang siarkan iklan cerita hantu pagi buta. Subconsciously, diorang cuba suruh aku keluar merempit atau clubbing.

Gambar hiasan : Gambar hantu berlatar-belakangkan kain rentang bapak jin.

Mei 28, 2012

Himpunan Sejuta Belia Mencapai Matlamatnya











Dengar khabar, ceramah Ustaz Azhar Idrus di Putrajaya diarahkan untuk
bertukar ke lokasi ke Puchong atas sebab tidak mahu clashing dengan konsert
gergasi Himpunan Sejuta Belia yang disertai oleh artis KPop didatangkan
khas dari Korea,

Mungkin penganjur tak nak Ustaz Azhar malu sebab nanti tak ada orang
datang ceramah dia dan semua sibuk berkumpul tengok aksi
KPop anjuran Kementerian kita sendiri.

Kalau Ustaz Azhar buat ceramah tapi 2-3 orang aje datang..malu dia.

Tapi lagi cantik sebenarnya Himpunan Sejuta Belia...
Ustaz Azhar bagi ceramah. Tapi UMNO being UMNO...

UMNO,poco-poco, hiburan dan gadis seksi tak dapat dipisahkan.



Mei 25, 2012

Isteri Materialistik, Suami Realistik

Sebelum mengamuk, aku jelaskan... materialistik tak salah. Materialistik itu perlu sebab perasaan materialistik akan membuatkan anda tahu apa yang baik dan membantu membuat keputusan yang bijak.

Satu benda yang aku belajar lepas kahwin dan aku rasa para suami sedar adalah perbezaan pemikiran antara lelaki dan perempuan. Ambik contoh ; time beli baju anak.

Lelaki akan main beli aje mana satu yang dia rasa ok. "Cukup lah asal ada baju.." Ini mentaliti lelaki. Perempuan pula, diorang akan beli pelbagai jenis baju dan semua mesti ada kriteria yang ditetapkan sebelum dia beli. "Baju mesti kaler ni, ada pattern ni, ada gambar ni, material mesti yang macam ni, macam tu.."

Kalau kau flashback balik time baru nak kahwin ; perempuan akan ada bermacam permintaan dan bagi pihak lelaki pulak, selalunya...asal kahwin dan dapat romen halal lalu dapat bentuk keluarga jadilah.

Hahaha...

Mencari balance antara dua bentuk pemikiran berbeza lelaki dan perempuan itu agak payah sebenarnya. Bagaimanapun , asalkan kedua-duanya ingat, mereka mempunyai satu tujuan yang sama, mungkin dari situ datang kunci kebahagiaan.

Isteri tahu apa yang bagus untuk keluarga; Suami tahu apa yang perlu untuk family.

Best woo kahwin. Bergaduh pun berbaloi sebab kau tau dia family kau. Menjaga balance ni adalah satu cabaran yang sangat besar, kadang2 rasa nak mengamuk pun ada...tapi ada sebabnya kenapa agama suruh kau kahwin dan larang kau bercinta sebelum kahwin...tapi suruh kau berkahwin lalu bercinta-cintun.

Kepada yang skeptik mengenai perkahwinan tapi masih lagi gila nak bercouple, berubahlah.
Anda sedang buang masa anda.

Mei 24, 2012

Lawak Parlimen Hari Ini

Pada suatu hari di Parlimen...

Seorang ahli persidangan bangun berdiri untuk berucap nak cuba impress Perdana Menteri, Najib Razak yang ketika itu bersidang sama.

"Ada seorang ayah yang berpendapatan rendah yang memberikan kepada 3 orang anaknya seratus seorang. Kemudian ayah dia mereka mencabar 3 anaknya supaya memenuhkan bilik mereka dengan RM100 itu. Siapa yang berjaya, dia dapat warisi akan berikan dia motor cabuk ayah dia la....."

"Anak pertama pulang membawa beberapa belas guni kacang polystyrene sehingga habis duit Rm100 tapi dia gagal memenuhkan bilik itu. Anak kedua pulang dengan membawa beberapa puluh kotak kosong yang dibeli dengan RM100 tapi dia juga masih gagal memenuhkan bilik itu."

"Anak ketiga pula membeli sekotak lilin. Dia ambil sebiji pinggan dan kemudian diletakkan lilin itu di atas pinggan lalu dinyalakan lilin itu di tengah-tengah bilik itu. Terang benderang lah bilik itu disinari cahaya lilin itu. Akhirnya ayah dia puas hati, anak ketiga dapat mewarisi motorsikal ayahnya...."

Dengan wajah bangga, dia memandang Najib Razak yang sedang duduk di tempatnya. "PM kita,wakil Pekan...sifatnya sama seperti anak ketiga itu. Beliau pandai dan sangat geliga apabila melakukan sesuatu benda kerana apa saja yang dia buat walaupun susah, dia fikir jalan nak mudahkan. Dia nampak apa yang orang lain tak nampak. Dia buat apa yang orang lain tak terfikir nak buat...seolah2 macam cahaya lilin tadi yang menerangi hidup saya dan kita semua. Salam 1Malaysia."

Gamat dewan bersorak.

Kedengaran dari belah pembangkang suara menjerit, "lilin...seringgit sekotak....paling mahai pun..2 ringgit. Mana hilang 98 ringgit? "

(aku copy dari mana tah aku tak ingat)

Mei 23, 2012

Debat PTPTN Bukan Sekadar Debat Kosong

Siapa tengok debat Khairy - Rafizi semalam? Kalau ada sesiapa miss, boleh tengok dekat Youtube. Jangan tak tengok, rugi. Aku tak nak menulis panjang pasal ni sebab butir-butir mengenai apa benda yang diorang debatekan, baik kau tengok sendiri tapi aku lebih suka nak cerita pasal benda yang terjadi di belakang tabir debate tu.

Agak susah kau nak jumpa perdebatan dua orang ahli politik yang lain ideologi tapi dilakukan secara civil dengan hujah berlandaskan fakta. Agak bosan jugak kadang2 kalau aku pegi ceramah Pakatan, asyik2 pusing isu sama, asyik2 salahkan orang lain. Aku tak pernah pergi ceramah UMNO ni jadi aku tak tau apa diorang putar kat situ...lagipun....selalunya ceramah2 orang UMNO ni bangang topik dia...macam satu ceramah yang akan datang ni dekat rumah aku...Ezam Mohd Noor nak cerita pasal BONGKAR dan TIBAI.

Dah boleh agak apa dia nak cakap. Takde faedah sangat layan benda camtu. Bodoh.

Tapi semalam, debate politik yang disertai KJ dan Rafizi ni adalah sesuatu yang segar dalam dunia politik Malaysia. Tak banyak personal attack (kecuali bab RM237 juta yang Rafizi tanya mana pegi bila bapak mertua Khairy bawak keluar duit Petronas) tapi semua lebih kepada idea macam mana nak improve system higher education kita.

Kalau kau ikut politik, lama-kelamaan kau akan sedar...politician kita sebenarnya kurang idea. Selalunya tak ada langsung sebab tu politician kita hire consultant. Negara kita sangat2 kekurangan orang yang mampu mengeluarkan idea yang dapat improvekan some things.

KJ...satu masa dulu aku agak anti dia ni sebab cara dia yang agak brash tapi lama kelamaan dia dah jadi seorang politician yang matang. Ignorekan sebentar perhimpunan Patriot yang dipenuhi bangladeshi....Khairy Jamaluddin adalah satu-satunya politician dalam UMNO yang paling menonjol imejnya sebagai modern politician. Even 2 pencabar terdekat dia, Mukhriz dan Khir Toyo  lebih kepada old school politician yang lebih mementingkan hierarchy dan kasta.

Berbaliklah kita kepada idea Rafizi Ramli...apa yang dia sebutkan tu aku tak tau betul ke tidak. Satu, sebab kita tak tau betul2 apa operating cost untuk semua IPTA dan yang kedua, tak mudah seseorang individu yang mendapat keuntungan atas angin untuk let go apa benefit yang dia dapat, semata2 untuk menguntungkan masyarakat.  Apa saja idea yang Rafizi sebutkan semalam lebih kepada best case scenario, kontrak2 konsesi dapat di null dan voidkan, hanya akan dapat berjalan jika orang-orang tertentu lebih gemar memikirkan mengenai kepentingan masyarakat.

Tak semudah tu kan? Macam KJ ungkit pasal isu KUIS...orang ada perjanjian black and white 30 tahun ...macam mana nak batalkan?

Bagaimanapun, kalau kau tengok dengan hati yang terbuka semalam, KJ seolah-olah admit...semua perjanjian konsesi adalah unfair kepada rakyat, kan?

Kenapa nak pangkah BN lagi selepas debate semalam? Aku tak nampak reasonnya kenapa perlu pangkah BN. Even KJ takde point yang dia keluarkan untuk improve higher education. Dia cuma keluarkan fakta kenapa pendidikan percuma tak sesuai di jalankan dan PTPTN tak sesuai diabolish. Aku berharap KJ keluarkan fakta dari side dia pulak macam mana kalau dia nak implement free education....aku nak tengok idea dia, tapi tak ada.

Takde pulak organizer tetapkan Rafizi pihak pencadang dan KJ pihak pembangkang, ke aku terlepas pandang? Rasa aku open debate semalam. Nak agree satu sama lain pun takde masalah apa?

Jika aku seorang Melayu yang kurang berpendidikan...mana satu pilihan aku? Kerajaan yang kata takleh bagi free education atau alternatif yang kata it's possible untuk provide free education kat Malaysia? Kenapa aku perlu fikir pasal ekonomi negara dan pelbagai masalah lain kalau aku hanyalah seorang rakyat biasa yang wish aku dapat masuk universiti tapi aku tak mampu masuk sebab takde duit?

Apa-apa pun...it's good to see ada pihak cuba mewujudkan politik sihat di Malaysia. Kalau kau perasan dah banyak kali si Rafizi ajak KJ masuk Pakatan...aku tak berapa setuju dengan benda tu. KJ perlu stay dalam UMNO untuk jadi kontra kepada cabaran Pakatan Rakyat, sebab dia adalah satu2 nya orang dalam UMNO yang perjuangan politiknya lain dari pemimpin tertinggi UMNO yang lain.

Politik kita perlu check and balance. Selagi KJ dalam UMNO, sekurang-kurangnya there is still hope for UMNO to change. Aku dah mual dengan politik2 kotor ni jadi agak refreshing untuk tengok debate malam semalam jadi kalau KJ join Pakatan...gerakan menyihatkan politik negara kita ni akan slow sebab it will always be modern politician against old school politician.

Sama jugak macam kerajaan. Rakyat takkan untung kalau kerajaan yang ada terlalu kuat sehingga opposition tak mampu nak bersuara langsung. Kita akan lebih untung kalau wujud pro and contra, check and balance dalam sistem demokrasi kita.

Kalau kau dah start terbuka sket minda tu, bolehlah start2 dengar radio BFM (89.9) dan Bernama 24 (93.9). Tapi aku suggest dengar BFM sebab dia tak bias langsung mana2 side...Bernama still banyak propaganda dia tapi still tolerable.

Kalau kau rasa perdebatan semalam best dan sesuatu yang ganjil sebab takde unsur2 seks, sila layan BFM tiap2 hari sebab benda macam debate tu tiap2 hari terjadi dalam BFM ni. Kau nak dengar menteri cakap english berterabur? Berlambak2 dalam BFM ni.

ps - Najib vs Anwar? Kah kah kah. Jangan harap. Set la tarikh dan masa nak debate...zoooomm....Najib tiba-tiba setuju pegi Perancis sebab memenuhi permintaan mahkamah Perancis.

Mei 21, 2012

Balada Kakak Tembam


Satu masa di Damansara
Aku bergegas ke pejabat
Tingkat empat office berada,
Kelam kabut takut tak sempat

Lif berhenti di tingkat dua
Masuklah seorang berpangkat kakak,
Sebelum ni pernah bersua
Aku pun tegur,"Weekend pun kerja kak?"

Dia sengih pandang aku
Muka letih mata kuyu
"Biasalah, dah beranak satu,"
"Tidur malam tak bertutup lampu"

"Oh akak ada anak rupanya"
Jawab aku tumpang gembira
"Ni sekarang ni yang nombor dua,"
"Dah tau ke apa jantinanya?"

Dia pandang aku semacam
Terpaksa kontrol sebab geram
Beberapa detik dia diam
"Akak tak mengandunglah jahanam."

Oh shit sangatlah malu,
"Oh saya ingat akak...a...ii...uu"
Lidah keras terus jadi kelu
"Sori kak" Aku langkah laju-laju.

ps - response kakak tu aku exaggerate sikit. 
Ada sesiapa pernah terbuat benda yang sama macam aku buat?

Mei 18, 2012

Awkward Agama : Ustazah Yang Nakal

Ustazah Hamidah masuk ke dalam bilik kuliah. Semua pelajar sudahpun siap sedia di dalam menunggu beliau. Untuk 3 minggu akan datang, dia perlu menggantikan seorang pensyarah wanita lain yang sepatutnya mengajar kelas Pengajian Malaysia itu, akibat daripada kecereaan lutut yang dialami oleh pensyarah asal.

Mujurlah subjek Pengajian Malaysia, tak perlu dia menelaah banyak kerana kebanyakan nota masih lagi tersemat di minda beliau.

"Ustazah,Ustazah ganti Puan Zaleha ke?" tanya seorang pelajar wanita.

"Buat sementara. 3 minggu aje.." jawab Ustazah sambil tersenyum. "Assalamualaikum dan selamat sejahtera, I will be taking over the class for a while as your lecturer has been injured in a sports related accident."

"Err...jadi, we will see you 2 times la Ustazah?" tanya seorang pelajar lelaki.

"Yes. Twice. Hopefully you like it!" jawab Ustazah Hamidah.

Panas hari itu akibat daripada sinaran matahari yang agak terik. Bilik kuliah yang menghadap matahari sedikit mengurangkan kesejukan penghawa dingin membuatkan ada antara pelajar yang mengipas tubuh menggunakan buku.

"So, where do you stop last week?" tanya Ustazah sambil menyalakan projektor. Skrin menyala terang memaparkan nota kuliah dalam bentuk persembahan Power Point.

"We stopped at Chapter 4...but only halfway done, as the session ran out of time. We actually have a discussion session with Puan Zaleha about the importance of maintaining the current system of governing in Malaysia.." beritahu seorang pelajar lain.

"It got a bit overboard...biasalah, pembangkang nak membangkang!" gelak seorang pelajar lain.

Beberapa orang pelajar memalingkan kepala memandang siapa yang bercakap. Ada yang menggelengkan kepala. Ustazah Hamidah senyum, tidak mahu dicampuri perbincangan politik selagi waktu bekerja dia di IPTS itu berjalan. Politik, lain. Kerja, lain.

"Before we start...saya nak tunjukkan anda semua satu video dulu," kata Ustazah. Jarinya laju mencari folder di dalam komputernya.

"Video apa Ustazah? Jangan video lucah pembangkang dah la sebab kitorang semua dah tengok, anak buah saya pun dah tengok, baru darjah dua! Tanya saya pasal liwat-liwat ni," gurau seorang pelajar lelaki.

" Just watch the video first, then I want to hear your feedback.." jelas Ustazah. Dia kemudian menekan butang "play" membuatkan semua mata terpaku ke skrin layar projektor. "Ini adalah video mengenai kekejaman tentera US di Iraq."

Semua pelajar tekun menyaksikan video itu. Ada yang mengucap panjang, ada yang hanya ketawa, ada juga yang sedikit mendengus bila adegan-adegan yang memaparkan kejahatan tentera US dipaparkan. Selang beberapa minit, video itu tamat dan Ustazah berdiri di situ menunggu reaksi pelajar di depannya.

"Anybody?" tanya Ustazah.

" Kejamnya! Sedih saya tengok when they shoot the children and woman," beritahu seorang.

"Saya rasa Amerika memang takut dengan Saddam Hussein sebab tu diorang create bermacam-macam cara nak gulingkan dia," beritahu seorang lagi.

"Ada lagi?" Ustazah merenung pelajar-pelajar di depannya.

"I feel so mad when they harassed the woman, tarik-tarik tudung dia, raba dia, masya Allah!" beritahu seorang pelajar perempuan yang berdiri di hadapan sekali. Ustazah Hamidah senyum.

" Wasn't there suppose to be some kind of ethics in war...tak boleh sentuh perempuan, kanak-kanak dan orang tua. Kenapa US berani buat macam tu?" marah seorang pelajar lelaki lain.

" Ustazah..." Ustazah Hamidah berpaling ke arah suara itu. Seorang pelajar perempuan mengangkat tangannya. " Part askar US tu paksa sekumpulan perempuan tadi tu bukak tudung tu...takkan la takde apa-apa tindakan sebab itu dah seolah-olah sexual harrasment? Mana Muslim Leaders? Takkan diorang senyap aje? "

Ustazah Hamidah diam. Dia memandang skrin lalu kembali memandang pelajarnya. "Askar US berani buat begitu kerana mereka tahu mereka kuat. Mereka tahu takkan ada orang berani tentang mereka, sebab itu mereka berani bunuh kanak-kanak, berani arah wanita Islam bukak hijab, harass diorang.." Ustazah Hamidah berhenti sejenak, menghela nafas.

" Tapi kita ni hanya sekadar tahu marah...marah bila nampak penindasan berlaku. Tapi diri sendiri tak berani berbuat apa-apa," jelas Ustazah Hamidah.

"Takkanlah nak kitorang pegi berperang dengan US, Ustazah....." keluh seorang pelajar lelaki.

"Kau mesti kena harass la bro! Muka jambu sangat!" bergelak ketawa sekumpulan pelajar lelaki di bahagian belakang.

" Ustazah! Apa kaitannya video tadi dengan kelas Pengajian Malaysia?" tanya seorang pelajar perempuan. Ustazah Hamidah sengih. Dia mengeluarkan marker pen dari bekasnya.

" Bila saya ajar awak kelas Pengajian Islam...semua datang sopan. Yang tak bertudung pakai selendang, baju kurung......yang lelaki tak pakai seluar pendek tu...seluar "se-teng" awak panggil," jelas Ustazah Hamidah.

"Tapi bila kelas Pengajian Malaysia ni...lain pulak pemandangan saya daripada biasa. Kenapa ada perubahan?" Ramai yang tunduk tak berani memandang tepat Ustazah yang sedang menulis di papan putih.

" Ada askar US ke depan pintu kelas Pengajian Malaysia ni? " tenang saja Ustazah Hamidah bertanya sambil matanya terus menatap papan putih di depannya. Satu kelas senyap.

Ustazah Hamidah berpusing memandang mereka semua.
"Mari kita mula. Dah sedia nak sambung bab 4?" 

Mei 17, 2012

Cerita Bersih 3.0 Yang Tidak Mungkin Keluar RTM atau TV3 Tapi Orang Tulis Sendiri Part 2

Kisah 01
As many of you guys know, I attended Bersih rally two days ago. I did so for many reasons, they include: I still love my country and want to see the best from it, my cousins went last year and their stories were inspiring, and I was plain curious what tear gas felt like.

I was fully aware of what I was going to get myself into. Did as much prep work as I could before leaving for Malaysia. When some of my Singaporean friends heard I was going, they asked me to stay in Singapore and watch it on TV because it was dangerous. My response to them was 'if everyone thought that way, there'll be nothing to watch on TV'. I knew I could survive tear gas and water cannons, but I was worried about being arrested. So to minimize the possibility of being arrested, I went as a medic.

Yes, a medic. Almost everyone I told this to burst out laughing saying I don't have a medic face. I wasn't part of the medical team or anything, I just made a red crescent arm band out of elastic and red markers (thanks tien li for reminding me it's not a red cross in Malaysia), packed a couple of first aid kits and headed up north. I do have a valid standard first aid and CPR license and have treated enough of my rock climbing and outdoor injuries to know how to deal with most situations.

On the morning of 428, I headed to KL via LRT. I had planned to reach there about 11 because I thought they might shut down the LRT like they did last year, and I wanted to get into KL before the LRT got closed. On the way to KL, my friend messaged me that the Masjid Jamek station (which I was planning to alight at) had been closed, so I alighted at Plaza Rakyat together with a lot of other people clad in yellow. Walking over to Pasar Seni, there were already thousands in the street. I hung out near the LRT station till my friend arrived at 1.30. The atmosphere was jovial with people occasionally chanting 'bersih' and 'hidup rakyat' while playing with a huge yellow balloon that was being bounced around the crowd.

I met up with my friend, and marched with the crowd towards Masjid Jamek when everyone started moving at about 2.15. We made it as far as Masjid Jamek, but couldn't go any further because Jalan Tun Perak was chock full of people. We went back to the bridge at Jalan Raja where there was a police barricade where someone had pasted a sign 'Welcome to Tel Aviv' over the razor wire.

Razor wire is f***ing sharp. My friend got cut, so we went to the side of the road so I could patch him up. A woman saw me open my first aid kit and stood with her umbrella over my friend while I worked. A group of guys walked pass, and asked if my green packet labeled G stood for ganja. They promptly apologized when they realized my friend was hurt and G stood for gauze. I was highly amused. Another guy who got cut came over and I patched him up too. My friend and I then went to grab some cardboard to put over the razor wire to minimize accidents happening. We soon got bored and we started to head back to Pasar Seni LRT this is when we heard tear gas being fired, it was about 3.30 when it happened. My friend decided he had to leave, and I decided I'll stay around and offer any help I could.

The rakyat helped each other after being gassed, skin colour or religion no longer mattered. Those with salt were holding opened packets out to everyone that passed. Those with water first washed their own faces, then turned to help others do the same. I approached a group of men about 50 years of age and asked if everything is ok, one of them replied, 'we're all ok, just want to see who still needs help'. I headed back to Jalan Raja bridge to see what things were like, the roads were wet, a sign that water cannons were used.

I heard someone shout 'medical, medical' and ran over. An old man had collapsed, but a few other medics got there before me. I still set up shop next to them to deal with other cases that were coming in. Almost all cases were tear gas related, a few had serious exposure, some had been hit by the canisters and were bruised / cut by them, a few more had been burnt when they tried to pick up the canisters to throw back. Note: The canisters are HOT, DO NOT touch them unless you're wearing thick gloves. If you plan to handle canisters, you WILL be heavily exposed to the gas. It was the burn victims that worried me the most, their skin had turned white but hadn't start to blister.

I didn't have any ice with me, and they sighed with relief when I sprayed ethyl chloride on their hands. The nozzles of my cans also decided to malfunction right then, refusing to spray. I sent a few people to the nearby Burger King to get ice, but all the shops had locked their doors after the police opened fire and refused to give them ice. All I could do was to advice them to ice their burns as quickly as they could. The old man next to me looked in pretty bad shape, but the other medics were working on him, and was trying to figure out how to get an ambulance over through the crowd. There was nothing else I could do, so I moved on.

I managed to persuade macD along Jalan Tun Perak to unlock their door and give me a bag of ice by pointing to my armband, but true to murphy's law, I didn't need ice again till it was long melted.

It was an interesting experience being part of the rally as a medic. I was always moving in the opposite direction of the crowd. When the police advanced with tear gas and water cannons, and everyone starts running, I would hold my ground to make sure no one was hurt and left behind before running myself. When the police retreated, and the crowd pushed forward, I would move back, to look for people who were nursing wounds. There was one moment were I hung around for too long when the water cannon was advancing, and the cannon started to track me. As I braced myself for the worst, a malay guy grabbed me and pulled me behind a wall before I got hit.

The water from the cannon was laced with chemicals. I think it was some form of pepper spray, skin felt like it was burning upon contact, and the water vapours caused my eyes to tear badly.

After another round of tear gassing, I heard shouts for a Medic and ran in to the alley where it originated from. Two guys were sitting against a wall, and when I asked what happened, the victim pointed to his leg. He was wearing a pair of long pants, but his white sock was soaked with blood. His friend looked at me and said 'kena tembak, peluru besi' (got shot, steel bullet). I immediately thought 'Oh dear, please don't give me a bullet wound. I'm not confident of dealing with one'. After cleaning some of the blood away, I saw that the gash was not caused by a bullet, but because he had been hit by a tear gas canister. I sighed with relief, this one I'm able to treat. While applying pressure to stop the bleeding, I learnt something. When you're helping a victim, and the police decide to gas the area, you can't run, nether can your victim.

The home minister might praise the police for acting in a professional manner, but from my perspective, they were anything but professional. Firstly, they kept taunting the crowd. Sure the crowd was shouting insults and taunting the police too (my malay is so bad, I could not really make out most of what either side was yelling at each other), but the police kept signaling to the crowd with the unmistakable 'if you want us, come and get us' signals.

Secondly, a lot of the police actions made no tactical sense. It wasn't to hold a line, or secure a perimeter. They would push forward, chasing the crowd back, then retreat back to their original place, or even further back. When they retreated, the crowd would jeer them as they retreated, regroup, and push forward again. To me, it looked like the police were taunting the crowd, trying to get people to act in a rash manner, just to give an excuse for them to justify arrests. If arrests were what they wanted, they sure got it, because everytime the police retreated, the people felt like they had 'won' that round and got bold, increasing jeering and sometimes throwing stones and bottles after the police. At this, the police at times turn around chase and try to arrest people. However, each time someone threw something at the police, he would get reprimanded by another rakyat, telling him to chill or that throwing things at the police isn't helping the Bersih cause.

Third was police brutality, you might see videos of police beating people up, I saw this happen the whole afternoon. It wasn't violent protesters that were arrested, it was anybody the police could get their hands on. People sitting by the side of the road doing nothing were pounced on by the police. Police were chasing down two guys, both stumbled, the police pounced on one, kicked the other away from behind so he fell headfirst to the ground. Police arrested people, held them down while others rained blows on them before taking them away. I met another medic who told me he saw police beating a man, he ran forward to stop them and give aid to the man, but was chased away by the police with threats of arrest. At one point, a wave of police ran up to the group I was with and one tried to grab me in a headlock. I ducked under his arm, and when he turned back to come at me again, I pointed at my armband. He apologized to me, but other police behind him started yelling at me. I took the hint and quickly walked away. This happened around the Jalan Raja - Jalan Tun Perak intersection.

I made my way back to Masjid Jamek station, the police advanced to the station (for the umteenth time) soon after. After a couple of canisters of tear gas was released together with the water cannon, I decided it was time to head back and started walking back towards puduraya. After about 200m, I walked pass a mamak shop, next to the chef was one last packet of maggi mee. I hadn't had lunch, was hungry and I thought I would try and see if I can snag that last packet. I knew I was still pretty close to the front line, but I still was curious to how things were going to turn out, plus I felt the police won't pick on a medic.

My maggi goreng was served and I heard a commotion outside the shop which could only mean the police were charging forward. A group of policemen burst into the shop and arrested everyone in yellow, some came up to me and I calmly pointed at my armband and continued to quietly eat my maggi. They hustled everyone in yellow away and a few of them were picking on this guy in a grey shirt, slapping him around. Suddenly one of the police pointed at me and started shouting some stuff at me (I really need to brush up my malay), but I think he was saying something along the lines of 'What are you still doing around, I told you to get lost' so I guess it's the same group of police that tried to get me in a headlock. I got dragged out of the shop and the police started raining punches onto me before one of them grabbed my arm and started to march me back to the police stronghold at dataran merdeka.

Walking towards dataran was like running a gauntlet. Police from all sides were jeering and insulting us as we walked past, those close enough would take free hits at us. After a few blows to the head which left me dizzy, I kept my hands up to protect my head and took the blows to my body. Some of these blows winded me, and one hit me behind my knee with his baton, leaving my leg numb knee down. The policeman holding onto me kept whispering to me not to fight back, and that as long as he was holding on to me, I won't get it too bad. While I am thankful that I had him to protect me, the fact that he did nothing to stop, and that police were so open about their abuse, seems to suggest that abuse was in their culture. None of the police had their name tags or numbers on their uniform, making identification of a particular police difficult. Halfway to dataran merdeka, one of the policemen pointed at my armband, shouted to the others that an armband could be bought. Another police ripped it off my arm, threw it along the road, before letting me continue the gauntlet run.

The beatings I got were mild compared to many others I witnessed. One man behind me collapsed after a blow, he was quickly surrounded and kicked by others.

I was put into the same police vehicle as Wong Chin Huat. This was when my work started, I had more first aid work to do in the bus than I had the whole day. I treated about 10 people with cuts on their head that could only be the result of beatings, skin around the eye split, foreheads beaten, and some with cuts on their scalp. All of these wounds were superficial but had profuse bleedings typical of scalp and face injuries. One guy had a broken ankle which I splinted with a roll of newspaper. I managed to stop most of the bleeding of the people who were in my bus by the time we arrived at the police station, but what ice I had had long melted, so there was little I could do for the many people whose heads had swellings from beatings, some had lumps the size of golf balls, and the guy in grey shirt who was in the same mamak shop as me, his left cheek was twice the size of his right.

At the police station, things were rather eventful. They offered medical treatment for all those who were hurt, they searched my bag and confiscated my swiss army knives. Made us sit around for hours. I continued to help tend to some of the people who refused medical help from the police, one had a gash behind his ear, another, i'm pretty sure had a cracked rib. But after taking our statement and photograph, we were released about 8 hours later (thanks Ben for waiting and picking me up).

I went back to Masjid Jamek the next day on my way to pudu. I was wondering if I could find my armband because I promised one of my friends I'll give it to her, but the area had been swept and the armband along with the other trash. I stopped by the mamak stall to pay for my maggi goreng which I was interrupted from, the shop keeper recognized me and gave me a hug after I paid him. Another one of the guys at the shop offered me a cigarette which I could not refuse without hurting his feelings. After lighting up and promising to eat at the stall in the future, I continued to pudu and made my way to Ipoh.

ps. I was not in the any of the areas where the controversies happened, so I cannot comment on who's to blame. All I can vouch for is that it did turn from a carnival to a riot, and it wasn't a pretty sight.

.......................


Kisah 02 

Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba – tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali. Saya turut dipukul dengan objek tumpul. Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki. Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman.

Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya. Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit “Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !”

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya. Rayuan saya sia - sia kerana saya hanya merayu kepada manusia yang hatinya telah bertukar menjadi binatang. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia.

Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah hilang. Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling). Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah. Ada juga anggota polis yang sebut “kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau”

 Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi (Pulapol). Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan.

Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman – teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM. Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan ?

 Saya tegaskan walaupun dipukul dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali bayangkan jika Dataran Merdeka dibuka, semua akan berlansung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib yang penuh ketakutan dengan bayang – bayang sendiri kerana pilihanraya terlalu hampir tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan. Keduanya kalau ada pun kesalahan, ada beberapa peserta demonstrasi tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.

Saya melihat sendiri kejadian sekumpulan anggota polis sekitar sejam setengah sebelum saya ditahan saya berada di hadapan Hotel Quality Jalan Raja Laut, bagaimana sekumpulan anggota polis bermotorsikal dan berkereta (termasuk MPV) memandu laju cuba melanggar demonstran dan berhenti serentak mengejar demonstran lalu menarik beberapa yang berjaya ditangkap untuk dibelasah di tengah - tengah kumpulan mereka. Saya yang kebetulan ada di situ bersama beberapa anak muda menegur seorang anggota polis yang menarik tudung seorang wanita tua.

Malangnya saya dihalakan pistol dan dijerkah untuk diam. Kononya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen Bn sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan ‘brainwash’ polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan.

Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.

 Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn. Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan laghi. Namun itu bukan tujuannya.

Jangan lari fokus mengenai sapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalanya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan. Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik ? Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan tentu kecoh stadium.

Sekian
che’GuBard / Badrul Hisham Shaharin
Parti Keadilan Nasional
Solidariti Anak Muda Malaysia

.................

Mungkin ada yang tak baca lagi cerita2 mangsa yang kena sama macam Ustaz Burhan semalam.

Mei 16, 2012

Cerita Bersih 3.0 Yang Tidak Mungkin Keluar RTM atau TV3

Aku terdengar ada seorang Ustaz muda kena belasah masa perhimpunan Bersih hari tu. Mula-mula aku rasa normal aje la cerita2 dia yang aku dengar, standard la polis belasah sebab polis yang nak pegi situ memang kaki belasah orang. Tapi ada satu point kisah dia yang aku tak pernah dengar lagi membuatkan aku tertarik dan simpan niat nak tanya dia sendiri.

Jadi selepas beberapa kali tertangguh sebab ada komitmen, akhirnya hari Isnin lepas aku dapat la berjumpa dengan Ustaz ni di satu lokasi yang langsung tidak rahsia. Aku nak tau sendiri betul atau tidak apa yang aku dengar ni, jadi ini lah kisah dia. Bila berjumpa aku bajet Ustaz ni jenis muka garang dan badan besar...rupa-rupanya kecik aje orangnya.

Kisah ni kau takkan jumpa dalam TV atau dalam paper Utusan. Oleh kerana masih ramai yang mengambil berat tahap kejujuran seseorang dan lebih percaya kalau seseorang itu bersumpah....

Dengan nama Allah SWT ...apa yang aku tulis kat bawah ni bukan rekaan. Kalau dia tipu aku, aku tipu korang. Tapi lebam kat mata dengan lekuk kat hidung dia dah cukup nak bagitau aku...dia tak tipu. Aku ingat kalau dapat ambik gambar lebam kat badan dia lagi cantik tapi sebab ada orang lain, tak senonoh pulak rasanya kalau seorang Ustaz tiba-tiba bukak baju tapi masih lagi memakai songkok. Apa yang dia cerita kat aku, aku olahkan balik jadi satu cerita supaya lebih senang struktur dia. Benda yang aku akan tambah hanyalah ayat2 supaya sedap dibaca.

Kenapa aku berminat nak jumpa dan interview dia sendiri? Baca lah.

....................

Nama saya Ustaz Burhan (bukan nama sebenar).

Saya bukanlah penyokong Bersih. Saya hanya berniat nak temankan sepupu saya sebab dia berminat nak tau "apa jadi masa Bersih." Dah alang-alang, boleh juga saya tengok dengan mata saya sendiri, apa yang terjadi sebenarnya.

Killing two birds with one stone bak kata orang putih.

Saya dan sepupu saya menaiki motorsikal ke sekitar Masjid Jamek. Kami terpaksa parking jauh sikit dari Masjid Jamek berdekatan kawasan simpang empat di depan LRT Masjid Jamek lalu berjalan ke Masjid Jamek kerana penuh lautan manusia di situ. Tiba di sana pada jam 3 petang. Suasana pada waktu itu terkawal dan tidak ada langsung rusuhan berlaku.

Di tempat kami duduk, kadangkala akan lalu kereta polis Proton Waja berpusing-pusing untuk memantau. Bila dah kerap sangat dilakukan, akan ada la sekelompok dua manusia yang sengaja membaling botol air ke kereta tersebut. Apa yang memelikkan pada saya, mereka dah baling, mereka ajak kami semua baling sekali. Di sebelah saya, ada seorang lelaki berbadan besar dengan baju hitam dah bersedia dengan batu besar di tangan.

Ada seorang petugas Unit Amal menasihatkan lelaki itu supaya tidak membaling batu tersebut ke arah kereta peronda itu tetapi nasihat dia tak diendahkan. Saya hanya tersenyum melihat lelaki itu buat tak peduli saja apa yang dikatakan petugas Unit Amal tersebut. Petugas itu kemudian give up dan sambil dia melangkah di depan saya, dia bisikkan, "itu SB (Special Branch)...jangan ikut dia." Saya pun pergi lah duduk di satu tempat lain kerana saya takut ditangkap kerana saya betul2 bersebelahan dia.

Memang tak lama kemudian, bunyi kaca pecah. Kereta Proton Waja tadi tingkapnya retak. Apa yang pelik...peronda itu tidak berhenti. Dia teruskan rondaan dan kemudian pusing lagi seolah-olah macam tidak apa2 yang terjadi. Mahu cetuskan provokasi dan mahu fabricatekan kes barangkali?

Saya pun terus duduklah di situ bersama sepupu saya sehingga jam 5:30 begitu. Tidak ada apa2 yang berlaku di kawasan Masjid melainkan beberapa orang yang masuk mencari perlindungan akibat gas pemedih mata. Saya tengok dari jauh sajalah apa yang terjadi, bagaimana FRU dan polis "bertempur" dengan peserta.  Ada juga polis yang menangkap peserta perhimpunan yang berkumpul di luar masjid tapi syukur mereka tak berani masuk ke dalam masjid.

Dalam jam 6:30 petang, saya dan sepupu saya mengambil keputusan untuk pulang. Majoriti sudah pun pulang dan yang tinggal hanyalah beberapa kumpulan kecil. Polis dan FRU masih lagi ramai disekeliling. Saya dan sepupu bangun lalu berjalan ke arah motorsikal kami.

Pada ketika itu, saya berselisih dengan seorang lelaki berbaju putih. Dia tanya kami nak ke mana, kami kata nak ambik motorsikal. Lalu dia suruh beredar. Kami sampai di motorsikal kami lalu terdengar perempuan menjerit. Mata terus mencari dan kami nampak seorang perempuan sedang duduk dipegang oleh seorang polis wanita. Dia dikelilingi beberapa orang polis lelaki.

"Bangun! Aku kata bangun!" polis wanita itu mengarahkan wanita itu. Dia masih lagi duduk. Mungkin kerana sudah hilang sabar atau naik minyak, ada antara polis lelaki itu menyepak wanita tersebut.

"Ya Allah!" fikir saya. Cepat2 saya keluarkan handphone dan tangkap gambar mereka dari jauh. Sedar tak sedar kepala saya dipaut seseorang. Lelaki berbaju putih tadi. "Kau ambik gambar aku ? Kau ambik gambar aku?" tanya dia.

Saya ditarik ke arah sekumpulan polis dan dicampak ke atas jalan raya. Bermulalah pesta mereka membelasah saya.Saya disepak di muka,di dada, di lengan dan ada yang memijak kepala saya. Sambil dibelasah ada yang marah dengan saya sebab dia kata saya dah bunuh seorang kawan polis dia. Waktu tu cuma Tuhan saja yang tau macam mana rasanya boot-boot polis hinggap di muka. Saya nampak sepupu saya dari jauh tak berani buat apa-apa.

Datang seorang lelaki berbaju putih berpangkat pakcik peluk saya selepas lunyai saya dibelasah. Lunyai! Hidung berdarah. Telinga terkoyak. Mata...tertutup sebelah. Dia heret saya berjalan. Nak berjalan pun tak mampu waktu tu. Entah berapa das dada disepak sambil terbaring membuatkan dada sesak.

Saya ingat dia penyelamat. Berpangkat pakcik, mesti hatinya lebih mulia. Salah saya. Dialah syaitan, syaitan berpakaian biasa. Saya diheret ke arah Dataran Merdeka oleh polis itu.

Sambil ditarik ke Dataran saya "di-offer" kepada mana2 anggota polis yang berselisih dengan saya. Offer apa? Offer jadi lauk. Jadi sepanjang saya ditarik ke Dataran tiap2 kali ada anggota polis lain , saya jadi bahan makanan mereka. Ada yang menyiku muka. Ada yang tumbuk perut. Ada yang tampar saya. Yang tak boleh lupa, seorang polis melayangkan tendangan yang cukup padu pada dada saya. "Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.." sebut saya berulang kali.

"Baru sekarang kau nak ingat Allah?" herdik pakcik tu.

Tercampak saya tapi ditarik bangun oleh pakcik itu. Bajunya kotor kena darah dari hidung saya...dia suruh saya cuci sambil maki-maki.

Datang seorang anggota FRU depan saya. Hentak saya pakai cota. Berlari dari jauh datang seorang peguam. "Hey! You tak boleh pakai weapon!" Dia buat tak peduli.

Saya terus ditarik menghampiri Dataran Merdeka sambil adalah sekali dua lagi saya dihentak dan ditumbuk oleh anggota polis. Sampai di sana saya dimasukkan ke dalam bas. Duduk di dalam bas, barulah perasan, dompet saya hilang, cermin mata hilang, handphone saya memang dari awal lagi dah tercampak ke mana-mana.

Saya dibawa ke Pusat Latihan Polis dan di sana mujurlah ada bantuan perubatan diberikan.

Selepas dua minggu, sehingga kini saya masih kehilangan kad pengenalan, saya punya kad ATM tidak ada dan saya tidak ada dokumen peribadi. Kepala saya masih lagi sakit akibat daripada hentakan terus ke kepala, sedikit daging telinga saya masih lagi ada di atas jalan raya dan kadangkala dada masih sesak nafas.

Adakah saya akan masih lagi menyertai perhimpunan?

Ya. Jika ada Bersih 4.0 saya masih lagi akan sertainya bukan setakat sebagai orang yang nak pegi tengok tapi sebagai seorang peserta. Bukan kerana saya penyokong Ambiga tapi kerana selepas apa yang terjadi pada saya, saya berubah. Saya sudah mula tidak mempercayai media kerajaan kerana jelas, mereka berbohong. Apa yang saya lalui langsung tidak sama dengan apa yang dilaporkan. Saya sudah tidak mempercayai kerajaan sekarang kerana membenarkan tindakan sebegitu rupa dikenakan kepada saya.

Saya sudah tidak mempercayai polis. Semua polis saya pandang negatif dan percayalah, saya tidak akan lupa wajah pakcik itu.

Kenapa saya dibelasah teruk separuh mati? Itu semua berlaku kerana secara kebetulan, saya nampak seorang perempuan disepak beramai-ramai oleh anggota polis dan saya cuba dapatkan buktinya.

..............

Ustaz Burhan, selamat hari guru.

Ustaz Burhan adalah seorang Ustaz mengajar JQAF di Negeri Sembilan, berumur 28 tahun. Pernah mengajar di sekolah-sekolah pondok selepas menamatkan pengajian Ijazah sebelum menjadi Ustaz di sekolah sepenuh masa. Ustaz Burhan kini seorang penyokong agenda Bersih dan tidak lagi menonton RTM atau TV3 kerana merasa diperbodohkan. 

Mei 15, 2012

Prolog : 120 Peserta Perhimpunan Bersih Dikehendaki Melapor Diri Di Balai Untuk Ke Kursus BTN



Ada polis jahat, ada polis baik. Ada polis mintak rasuah, ada polis tak mintak rasuah.
Ada polis menyesal sebab jadi polis sebab banyak kena buat dosa,
Ada jugak polis yang suka kuasa yang dia ada dan tak peduli dosa pahala.

Tak ramai polis yang jahat,
Tapi polis yang jahat ni la yang dibagi kuasa.

Kalau ada seorang polis cuba jadi hero,
Buat benda betul dan cuba betulkan apa yang salah,
Dia kena transfer ke tempat lain.

Tengok betul-betul gambar di atas,
Esok...aku ceritakan kenapa.

Mei 14, 2012

Super Pervert : Suami Anda Suka Menonton Rancangan Masakan di Astro?

Aku tak sure ramai ke tak lelaki kat luar sana yang suka memasak. Mungkin ada la kot yang suka tengok rancangan masakan dekat channel Astro 703 atau 707. Kalau takde benda nak tengok selalunya aku biarkan aje la channel tu terpasang untuk menghilangkan kesunyian sambil buat2 kerja.

Kaum isteri mesti suka kalau tengok suami layan rancangan masakan kan? Dalam kepala dah terfikir, "seronoknya aku kalau suami try masak macam Jamie Oliver masak." Semua orang tertipu. Kaum lelaki suka tengok rancangan masakan orang putih sebab rancangan itu sebenarnya bukan setakat rancangan masakan...tetapi subliminally juga adalah sebuah rancangan soft porn.

Itu bukan rancangan memasak. Itu porno menyamar sebagai rancangan masakan. Tiap2 kali host/chef dia buat apa-apa..mesti kamera akan fokus dekat cleavage, macam shot di bawah.


Apa pasal kena pegang lemon?
Kenapa kena pegang ingredient macam tu?
Kenapa ada botol enter frame bila ada cleavage shot?

ARGHHH!

Macam mana nak salin resipi kalau tangan nak pegang pen pun tak boleh?  Ini baru satu contoh. Ada lagi yang lain...

Sebagai seorang lelaki, suami dan bapa yang berdarah panas, niat suci aku untuk belajar mengenai masakan selalunya bertukar menyimpang ke arah lain. Itu belum cerita lagi pasal Nigella Lawson atau rancangan porno paling obvious, Bridget Sexiest Beach yang pengacaranya adalah seorang Playmate Playboy. What the hell..rancangan macam tu mana sesuai tayang tengahari Astro! Tayang la malam2. Bila aku sorang aje depan TV.....


Nigella Lawson's English muffin....ermmm. 
Tapi dia dah berisi sekarang. 


Sekarang ni aku nampak anak aku ada tendency nak kontrol remote TV (sesuatu yang aku akan elakkan dengan menggunakan kuasa veto bapak).Keluar aje rancangan masakan yang seksi-seksi ni, kalau anak aku ada, aku tukar channel lain. Masalahnya, aku aku dah pandai mintak remote dan dia nak conquer remote sorang2.

Takpelah...bagi ajelah.

Lega jugak la aku bila dia takde la bukak channel masakan ni. Dia bukak channel Arab, nombor 111 sebab jari dia akan automatik tekan nombor tu.

"Syukurlah, boleh Ali belajar berbahasa Arab! Yeah!" fikir aku ketika tu. Tang tang tang! Terus keluar selambak bontot awek arab tengah belly dancing diiringi irama padang pasir.

Aku pun tukar balik rancangan masakan cepat2.


WHOA!

Mei 11, 2012

Awkward Agama : Mintak Tolong Tangkap Mereka Yang Pakai Seluar Jeans di Sekolah dan Maktab

Buat pertama kalinya dalam seumur hidup aku, minggu lepas aku beli seluar jeans brand Levi's dengan harapan betul2 tahan macam digembar-gemburkan sebab jeans aku 2 helai koyak dalam minggu yang sama. Takde la mahal sebenarnya Levi's ni kalau kau tau mana nak beli. Factory outlet dia ada banyak.

Beza dengan brand jeans "murahan" lain macam Mustang atau GA Blue pun ada la dalam Rm30 ke Rm40. Kalau pegi beli kat butik dia memang la mahal...sehelai 2 ratus lebih.

Bila pakai jeans ni, tiap2 kali aku sarungkan seluar jeans ni membuatkan aku terkenang balik memori lama aku dulu2 masa zaman sekolah.

Aku sekolah asrama. Dalam sekolah asrama ada satu peraturan ketat, student tak dibenarkan pakai jeans. Tak kiralah jeans kau tu jeans kaler hijau seluar sekolah atau kain jeans tapi cutting seluar slack. Kau buat cutting jeans tapi pakai kain seluar slack pun tak boleh.

Kat sekolah aku ni, ada sorang aje warden yang cukup anti seluar jeans ni jadi dia akan cuba tangkap sapa pakai seluar tu. Budak2 pulak...benda2 yang dilarang ni lah yang dia nak buat.Peraturan kata takleh pakai seluar jeans, lagi la aku teringin nak pakai. Adalah dalam beberapa kali seluar jeans aku kena rampas dengan warden masa inspection locker atau terkantoi time tengah pakai lalu disuruh tanggalkan on the spot kat situ jugak.

Lepas seluar aku kena rampas, selalunya apa yang aku dan beberapa orang kawan aku akan buat adalah pecah masuk bilik warden dan ambik balik barang kitorang. Time tu, thrill nak memecah masuk membuatkan jantung agak laju tapi dengan bacaan Bismillahhirrahmanirrahim...aku tak pernah kena tangkap.

Time tu nak beli jeans sehelai pun punyalah seksa...jadi sebab dah terdengar banyak kali barang rampasan yang konon2 nya akan dipulangkan bila cuti selalu hilang sebab senior kebas, aku dengan kawan2 aku nekad pecah masuk jugak. Siap tolong member2 lain yang mana jeans dia kena rampas atau ada jugak la sekotak dua rokok yang berjaya diseludup keluar sebagai hasil rampasan.

Jeans ni masa zaman aku sekolah menengah...macam dadah..macam rokok. Sejenis contraband yang sangat dilarang dan "maut" akibatnya kalau ditangkap memiliki jeans. Nak bawak masuk dalam beg dari kampung pun kena senyap-senyap. Bila cuti penggal...dapat pakai jeans...perghhh...nikmatnya. Rasa tak skema seolah-olah seorang outlaw yang bakal buat jahat.

Seolah-olah siapa berani langgar larangan ni, dia memang carik nahas. Itu memang law sekolah aku yang agak ketat...entah kenapa aku tak taulah, apa yang buruk sangat pakai seluar jeans ni tak pernah pulak diterangkan kat kitorang. Aku rasa law tu bukan setakat sekolah aku aje...kat semua sekolah asrama pun ada rasanya...even kat maktab perguruan pun sama.

Semalam adik ipar aku datang rumah. Dia pun cerita la pasal seorang lecturer maktab dia yang concern sangat pasal seluar jeans ni sampai dia keluarkan statement "kenapa bakal cikgu pakai jeans? Ini bukan imej cikgu!" dekat adik ipar aku. Takleh aku bayangkan...budak2 lepas SPM still kena ikut law ni...aku dah cukup la 5 tahun hidup tanpa seluar jeans. Lagipun aku start pakai seluar jeans lepas mak aku dah give up nak beli seluar untuk aku sebab lutut selalu koyak dulu..jadi mak aku belikan aku seluar jeans.

Sekarang ni aku tertanya-tanya...kenapa sekolah aku mengambil berat sangat pasal seluar jeans. Bukan sekolah aku aje kot...Kementerian Pelajaran pun sama jugak. Seluar jeans ni berdosa ke siapa yang pakai? Dulu mungkin sebab aku rasa nanti ada yang pakai jeans koyak lah...jeans lusuh lah...budak sekolah asrama imej kena jaga,bang. Kitorang harapan negara...hahahaha....harapan BN sebenarnya.

Aku hidup dalam environment yang buat seluar jeans tu satu benda buruk. Warden aku pun bertungkus-lumus berusaha sepenuh keringat cuba tangkap sapa yang pakai seluar jeans. Bermacam-macam inspection dibuat untuk tangkap sapa ada seluar jeans. Kena paksa dengan warden untuk bukak locker pun aku pernah kena sebab dia suspect aku simpan seluar jeans....nasib baik aku tak kena tangkap sebab bukan setakat seluar jeans..rokok pun ada sekotak dalam locker.

Tapi tak ada seorang pun warden sekolah aku yang tangkap sapa-sapa yang pakai short dan kenakan tindakan disiplin kat diorang , sebab tak ada law yang melarang kitorang pakai short dekat sekolah.

Short, boleh. Jeans, haram.
Pelik, tapi benar.

Mei 10, 2012

Novel Percuma : Muhammad dan Khadijah Bahagian 01

Muhammad melepaskan nafas lega. Jari-jemarinya sudah penat berbicara dengan skrin besar 27 inci di depannya. 

"Kau pun faham macam mana bekerja dengan organisasi kerajaan ni Mad, permintaan dia orang pelik-pelik." Terngiang-ngiang ayat pengarah seni syarikatnya sebentar tadi.
"Memang pelik," fikir Muhammad. Sekejap mahu itu, datang orang lain, dimintanya benda lain. Seolah-olah tidak ada langsung komunikasi antara mereka. Kerja yang sepatutnya siap dalam dua minggu, berpanjangan sampai dua bulan.

"Sekejap mahu latar belakang warna hijau...kemudian dikatanya seolah-olah parti politik. Tak mahu orang teringat parti itu..merepek benar alasan dia orang ni," mengeluh Muhammad berseorangan.

Muhammad bangun melangkah. Sekelilingnya kawan-kawannya ada yang masih bertungkus-lumus melakukan penambah baikan seperti yang diminta oleh "pakar multimedia" organisasi kerajaan itu.

"Mad, kau dah siap ke apa yang dia suruh tukar tu?" tanya rakannya, Razak atau lebih terkenal dengan panggilan Balung. Entah kenapa tidak pula ditanyakan Muhammad.

"Belum. Banyak yang dia minta. Agak merepek jugak permintaan dia. Esok deadline, memang kita kena bermalam lagilah jawabnya di ofis," Muhammad menjawab lalu melangkah sambil terus memerhatikan sekeliling. Semua rakan sepejabatnya terpaku mata memandang monitor menyiapkan laman web sebuah Jabatan Kerajaan yang mahu dilancarkan esok. Muhammad hanya senyum apabila ada yang memandangnya sambil menggelengkan kepala tanda protes.

"Bos, aku keluar sekejap dalam 2-3 jam. Tak boleh teruskan, aku nak rehat, dari 2 pagi sampai sekarang, non stop. Lagipun bahagian aku kena tunggu department lain siapkan dulu.." beritahu Muhammad kepada pengarah seninya, Hafizul. Hafizul sedang leka memerhatikan beberapa helai kertas yang tidak diketahui apa isinya.

"Orait bro. No problem," jawab Hafizul. "Just make sure kau datang balik, hahaha."

"Hahaha, don't worry!" Muhammad sengih panjang. Diikutkan hatinya mahu saja dia start kereta dan lari balik. Dah 3 hari bermalam di pejabat membuatkan niatnya untuk bermain Diablo 3 secara multiplayer beramai-ramai di rumah terbantut.

Kakinya laju melangkah ke arah lif. Tangannya pantas menekan butang turun. Dia mahu tengok langit. Dia mahu tengok orang ramai. Dia mahu keluar tengok dunia luar. Dia mahu minum kopi hazelnut sambil tengok televisyen.

Melangkah laju Muhammad ke kopitiam terkenal yang berdekatan dengan pejabatnya. Waktu itu orang sudah mula berkurangan kerana waktu rehat sudah tamat. Dia pula tidak terikat dengan waktu sebegitu kerana tugasnya tidak tentu waktu tapi sekurang-kurangnya dia dapat juga claim kalau terlalu banyak waktu diperlukan berada di pejabat.

"Apa nak makan?" Muhammad berdiri memandang menu yang terpapar megah di dinding kedai. "Tu nampak sedap, ni nampak sedap, semua benda nampak sedap," ngomel Muhammad keseorangan.

"Yes, may I take your order Sir?" tanya gadis yang menjaga kaunter. "Pergh..speaking gua cakap lu! Bagi aku ni,ni dan ni," kata Muhammad sambil jarinya menunjuk-nunjuk di menu atas kaunter.

"That's all Sir?" tanya balik gadis itu. "Yes maam!" jawab Muhammad sambil senyum menggatal. Tangannya mengetuk-ngetuk kaunter mengikut rentak irama "Cinta Muka Buku" yang berkumandang di pembesar suara.

"Bodoh punya lagu...." bisik Muhammad yang pernah menjadi mangsa blind date melalui Facebook sebanyak dua kali.

Muhammad leka memerhatikan gadis itu ke hulu ke hilir sambil tangannya cekap membancuh kopi yang dipesannya. "Ni kalau jadi isteri aku, tiap-tiap hari aku boleh minum kopi. Terbaik!" fikir Muhammad sambil senyum-senyum suka sendiri.

"Assalamualaikum saudara..."

Muhammad terdengar suara menegurnya tapi dia buat tak endah. Sekali lagi suara itu kedengaran, "Assalamualaikum saudara.." Muhammad menoleh ke belakang. Berdiri di belakangnya seorang wanita yang dia kenali.

"Khadijah..." Muhammad terdiam. Khadijah senyum memandang Muhammad.

Siti Khadijah binti Abdul Aziz.
Wanita ini sangat istimewa pada diri Muhammad.

Tapi sayangnya, itu semua satu masa dulu.

(bersambung setiap Khamis atau bila-bila aku rajin)

Mei 09, 2012

Panduan Mencari Calon Suami Bagi Wanita Bertudung Labuh

Ada sesiapa tengok berita semalam? Mengikut kajian Kementerian, 40% wanita tidak berkahwin kerana tidak menjumpai calon yang sesuai. Ramai tu. Aku tak berapa pasti berapa lingkungan umur survey dia tu. Bila difikirkan balik, tidak ada calon yang sesuai...apa kriteria yang sesuai? Ada perempuan nak lelaki kaya, handsome dan baik. Gila perfect lelaki idaman semua wanita. Maybe the expectation sesetengah wanita terlalu tinggi diletakkan untuk jadi calon suami.

Ada juga yang terpengaruh dengan drama dan filem, percaya dengan imej lelaki yang cuba ditonjolkan dalam drama atau filem yang bersifat gatal dan pervert sehinggalah membuatkan perempuan takut nak pilih calon suami. Kat Malaysia aje kot kau boleh jumpa orang pegi marah dan herdik pelakon sebab pelakon tu terkenal dengan lakonan jahat dia (seperti yang diceritakan oleh beberapa orang artis yang nak membuktikan lakonan dia betul2 mantap sehingga penonton tak dapat membezakan dunia nyata dan dunia fantasi).

Pengaruh media memainkan peranan sehingga tak ada calon yang sesuai untuk dijadikan suami. Selalunya...lelakilah yang disalahkan. "Lelaki semua sama aje! Lelaki semua lidah bercabang! Lelaki semua perangai buaya! Baik aku jadi lesbian! "

Takkan la tak ada langsung calon suami yang baik keliling kau?

Ada beberapa benda yang akan membantutkan niat seseorang lelaki untuk berkahwin dengan kau, antaranya ;

1. Perangai kau memang buruk. Kau kaki clubbing, kau kaki minum. (Ya,pada aku kaki clubbing perangai buruk tak kiralah lelaki ke pempuan)

2. Kau demanding sangat. Kau wish kau jadi princess yang ada istana masa wedding padahal bakal suami kau hanyalah sekadar bergaji tukang sapu bulu kuda dekat istana.

3. Permintaan kau tidak realistik. Kau seksi...tapi kau nak Ustaz Don Daniyal.

4. Kau dah bagi boifren kau test drive kau. Buat apa kahwin kalau dah boleh memandu tanpa lesen? Vroom vroom vroom!

5. Kau carik calon suami menggunakan lagu "Cinta Muka Buku" sebagai panduan.

................


Ada juga sesetengah kes di mana perempuan itu jaga aurat dan akhlaknya tapi dia susah nak dapat calon suami....ini kerana kau pakai tudung labuh dan lelaki takut nak approach kau, atau kau nampak terlalu alim sehinggakan lelaki jadi segan dengan kau. Ye lah...siapa berani ajak minah tudung labuh keluar dating? Aku pun segan sebab aku lelaki normal yang ada rasa pervert sket2.

Kalau terjadinya kes camni, ada beberapa saranan yang aku boleh berikan.
  1. Kalau ada lelaki ajak kau keluar....bagi dia chance. Jangan terus ceramah dia berdosanya dating ni. Dating boleh apa...tapi gi makan dah la. Ajak la adik kau pegi. Kau nak tau dia ikhlas atau sekadar tengah berusaha nak tau apa ada bawah tudung labuh, tiap2 kali dia ajak dating, bawak adik kau. Orang ikhlas ni lama2 kau boleh kenal..selalunya, orang yang first time kenal dengan kau tapi dia terus declare diri dia ikhlas..tu buaya darat.


  2. Kalau takde lelaki ajak kau keluar, benda2 yang kau perlu improvekan adalah memberanikan diri berkenalan dengan lelaki. Pada aku la orang perempuan, kau tak perlu rasa malu nak approach lelaki. Ada pepatah Melayu kata perigi cari timba la,apa la..pedulikkan. Kau takkan boleh jadi isteri selagi kau tak ada suami. Tak salah maa!


  3. Memang mudah untuk assume officemate kau yang single tu poyo dan berlagak dan apa2 lagi yang buruk2 ni....tapi bila kau dah simpan dalam diri kau assumption macam tu, kau akan limit diri kau daripada opportunities yang mungkin ada. Lelaki ni perangai dia lain sebenarnya bila dia dekat orang ramai dan bila dia berdepan dengan kau..jadi jangan stereotaipkan lelaki yang ada sekeliling kau.


  4. Kalau kau ada boifren yang kau rasa tak sebaik kau sebab expectation kau adalah dia adalah bakal Imam Masjid Kampung, hentikanlah semua tu. Lelaki boleh berubah....sebab asalnya semua manusia ni baik kejadian dia. Basically, semua orang baik. Jangan takut nak pilih dia sebagai calon walaupun dia ada flaw yang kau tak suka melainkan flaw dia tu sangatlah besar macam suka tayang zakar dekat ofis. Jika niat kau baik dan cara kau betul....akan ada pertolongan datang dan ubah diri dia.


  5. Hentikan assume cinta itu macam matematik dan ada formula dia yang tetap.
    "Jika Bakal Suami = (Hensem+Baik) - Duit < Bakal suami = Duit+Hensem+Baik."

    Bukak mata luas-luas...kau takkan dapat semua yang kau nak. Selagi kriteria yang kau nak tu macam tu, rumusan dia adalah ; "(Kau - Calon Suami) x 0% = Tak Kahwin"

    Be more fleksibel...yang penting carik orang yang baik. Sebab bila kau carik orang yang baik (walaupun ada mereng sket2) ...dia akan ada kesedaran sendiri.


  6. Jangan merasa rendah diri kalau kau pakai tudung labuh. Benda ni aku rasa banyak terjadi dekat orang yang jaga pakaian dia. Lagilah pulak bila kau compare diri kau dengan minah sebelah meja kau yang setiap masa berpakaian vogue dan seksi dengan make-up setengah inci dan bontot tonggek yang mampu membuatkan jantan cair tengok. Tak perlu rasa rendah diri walaupun kau tak berpakaian seanggun orang lain. Bila kau rasa rendah diri kau dah letak dalam diri kau yang semua lelaki mesti pandang orang yang hot dan orang macam kau tak desirable. Barang free...sapa tak nak tengok kak? Barang yang hidden ni la sebenarnya yang terbaik..betul? :)

  7. Tak perlu risau pandangan masyarakat kalau kau mempunyai calon suami yang lebih muda dari kau. Ada hukum kata perempuan mesti kahwin lelaki lebih tua? Tak ada. Siti Khadijah malu kahwin dengan junior dia yang jauh lagi muda dari dia? Kau cuba semak balik, siapa yang tackle siapa masa Nabi Muhammad nak kahwin first time dulu.
......................

Bagaimanapun, satu kesalahan general yang selalu dilakukan para wanita dan gadis adalah mengharapkan boifren atau pihak lelaki support dia masa sesi berkenalan. Keluar makan...wish lelaki bayar. Keluar dating...lelaki bayar semua.Malam2 nak bergayut...nak lelaki telefon. Memang ada perempuan yang menilai tahap keseriusan seseorang lelaki dengan menggunakan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan ketika ber-gelfren boifren, kan?

Daripada kau mengharapkan pihak lelaki menunjukkan betapa seriusnya dia untuk bercinta dengan kau dengan cara menaburkan duit ketika berkenalan, lagi baik masing-masing bayar sendiri makan dan minum dan sekali sekala aje telefon...duit tu simpan untuk kahwin.


Ada orang kata...semua tu investment...kepala hotak ko investment.

Investment sebenar dalam bercinta hanya akan bermula bila kau duduk serumah dengan suami, kau beli barang kongsi dengan suami, kau ada anak hasil pernikahan kau...tu investment.

Mungkin 40% wanita yang belum berkahwin sebab tak jumpa calon ni masalahnya bukanlah dia tak jumpa calon yang sesuai....tetapi sebenarnya, wanita tu sendiri bukanlah calon yang sesuai? Hahahaha.

Kalau ada yang tak kahwin lagi dan sedang risau,.....di luar sana ada juga lelaki yang sama nasib macam kau.

Mungkin nasib kau tak bertemu dengan dia lagi sebab kau takut nak open yourself kepada dunia lain selain dunia kau ....kerana lelaki2 di sekeliling kau semuanya douchebag . Membuatkan kau assume semua lelaki douchebag. Pecahkan kepompong douchebag itu dan percayalah ada ramai lelaki kat luar circle kau yang sesuai dijadikan calon suami.

p.s. - Perlu diingatkan....seorang lelaki boleh mengahwini 4 orang wanita. Ya, suami orang sepatutnya adalah option anda juga. Tapi pastikan boundaries anda dijaga. Jangan pikat terus laki orang kalau dah tersuka. Pikat lah isteri dia dulu. Barulah tak kena baling dengan pinggan dan digelar betina gatal atau betina sundal.




Mei 08, 2012

Aku, Lamborghini Gallardo dan Najib Razak

Aku plan nak angkat Lamborghini Gallardo sebijik sebab dengar ada special edition akan masuk Malaysia 20 bijik. Harga pun agak affordable, RM868 ribu aje. Pegi ke showroom sambil pakai kot sebab nak nampak korporat. Masuk aje usha2 sambil try bukak pintu tutup pintu, salesman dia datang.

"Saya ingat nak beli la Lamborghini Gallardo special Malaysia Edition ni. Harga pun ok, Rm868 ribu aje," tanya aku kepada salesman showroom Lamborghini.

"Sorry sir, the price is not the on the road price. Including the insurance, road tax and the import duty, the total price of the ownership of this Lamborghini Gallardo is around RM1.68 million," terang dia.

"BAPAK AAH! OOPS! MY FATHER! So expensive!" jawab aku.

"Lambo maa.." jawab dia sambil sengih terus keluar slang Cina dia. Terus aku kansel! Tak jadi beli. Tak nak aku bayar tax mahal2 semata-mata sebab nak beli Lamborghini.

Najib tak semena-mena muncul tepi aku, "saya tengah kaji nak turunkan duti import untuk kereta dan motorsikal."

"Betul ke ni Datuk Seri?" tanya aku. "Betul Tot!" jawab dia ikhlas.

"Jadi saya tak perlu lagi bayar duti import pelbagai dan kerajaan tak perlu lagi protect Proton sebab Proton dah dibeli DRB Hicom?" tanya aku.

"Ya Tot. Saya dah plan benda ni tapi saya tak announce kan aje. Malas saya nak diskas dengan Parlimen. Ini adalah inisiatif personal saya," jawab dia lagi.

"Terima kasih Datuk! Terima kasih Datuk!" jawab aku sambil menggenggam erat tangan Najib.

"This is for you sebab saya tahu u memang tak puas hati betul dengan sistem duti import kenderaan kita. I tahu memang membebankan rakyat macam you yang sepatutnya can afford better cars," terang dia.

"You tahu, I am making a lot of enemies by declaring these...." kata Najib sambil raut wajahnya kelihatan risau. Najib senyum dekat aku, aku senyum dekat dia balik.

Tiba-tiba muncul peguam SUARAM ,Cynthia Gabriel. "We have to take him to France now for the Scorpene case," kata Cynthia Gabriel.

"Tapi...tapi...saya nak beli Lamborghini murah ni Cik Cynthia! Bagi la dia announce dulu inisiatif dia nak turunkan duti import untuk kenderaan dan motorsikal, please..." rayu aku.

"No. We need him there," kata Cynthia Gabriel sambil taser Najib sampai pengsan."Sori Tot...sori.." kata Najib Razak sambil menggelupur.

"Jangan buat PM aku camtu!Jangan buat PM aku camtu!" jerit aku sambil seorang lelaki dari mana datangnya tumbuk aku membuatkan aku terjaga dari lenaku.

Mei 07, 2012

Hukum Menyamar Sebagai Peserta Bersih Juga Haram Wahai Majlis Fatwa

Dengan menjadi officialnya HARAM untuk berhimpun untuk menggulingkan kerajaan, diminta fatwa yang sama tertakluk juga kepada pihak Barisan Nasional khasnya UMNO.

Mintak tolong orang2 yang tidak suka kerajaan Pakatan di Pulau Pinang jangan berhimpun lagi sebab Kerajaan Pulau Pinang dipilih melalui proses undang-undang yang sah dan undi bukan setakat datang daripada orang Cina, tetapi kerajaan Pakatan itu dipilih orang Melayu Islam sendiri. Kalau melawan, ingat hukumnya..haram. Mintak tolong pasukan FRU dan polis pun ingat benda ni dan jangan provoke peserta melalui kaedah "penyusupan masuk" dan "menyamar jadi peserta."

Mungkin Majlis Fatwa boleh juga keluarkan besar-besar yang hukum seseorang MENYAMAR atau JADI UNDERCOVER atau MENGINTIP DENGAN NIAT TERNTENTU adalah HARAM jika kaedah tu digunakan kepada umat Islam yang lain.

Rezeki yang diperolehi oleh seorang polis yang menyamar atau mengintip atau jadi undercover adalah haram. Tak percaya? Tanya Majlis Fatwa sendiri.

Setiap kali perhimpunan Bersih, akan ada seorang yang boleh dipercayai dari mana2 Jabatan Kerajaan yang ditugaskan untuk join Bersih dan tengok mana2 staff government yang pegi ke situ dan tugasnya adalah mereport balik ke Ketua dia. Apa yang dia buat tu...haram (kalau dia Islam lah).

Ada beberapa lagi benda yang aku harap cepat Majlis Fatwa dapat isytiharkan haram, sebab nampak dengan tiba-tiba efisien benar Majlis Fatwa kita bersidang jadi tak salah kalau Majlis Fatwa membincangkan perkara-perkara di bawah dan dideclarekan haram ;

  1. Majalah Mangga, sisipan Pancaindera
  2. Pelakon berlakon filem bersentuh-sentuhan tapi di "halalkan" oleh industri filem
  3. Rancangan realiti TV yang membolehkan peserta Melayu duduk serumah
  4. Meletakkan gambar tidak senonoh di depan akhbar perdana
  5. Menjadikan anggota keselamatan kambing hitam untuk kepentingan pihak tertentu
  6. Konsert-konsert mega yang membazir dan melalaikan
  7. Budaya orang-orang Melayu (UMNO) yang "terlalu hormat" orang lain seperti gambar di bawah

Diharapkan keputusan Majlis Fatwa ni juga merangkumi orang2 yang ingin menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dan perlu dihormati semua pihak. Samseng Jalan Kebun mesti kecewa kerana tiba-tiba perjuangan suci dia selama ni tiba-tiba di isytiharkan haram oleh Majlis Fatwa.

Tak kenal siapa samseng Jalan Kebun? Famous woo dia ni. Carik sendiri.

Mungkin ada pihak yang terlupa jadi tak salah rasanya Majlis Fatwa peringatkan lagi sekali melalui frontpage Utusan Malaysia sebab selalunya frontpage Utusan ni...tak ada benda berfaedah nak dibaca dan begitulah juga 4 page berikutnya.

......................

Kepada yang mungkin ada terbaca Berita Harian pada 27 Jun 2010 dan baca pasal benda ni, aku dapat dari Facebook member aku ;


Aku ingin jelaskan di sini, kalau kau ada tengok video Ustaz Azhar Idrus dah terang dia kata kau naikkan sanggul kau ke atas tu salah. Kalau kau tengok TV Al-Hijrah pun dalam segmen Fattabiouni dia kata salah. Sebab kau menyerupai unta.

Jadi tak payah buat. Ramai orang buat tak menjadikan benda tu betul.
Itu hanya menunjukkan ramai orang kita suka ikut trend. 

Mei 04, 2012

Macam Mana Nak Cover Malu Kita Sebagai Rakyat Bila Baca Pasal Kes Ni?

SUARAM PRESS RELEASE
SCORPENE SUBMARINE SCANDAL 


THE GREAT MALAYSIAN ROBBERY

In the continuing saga of the Ops Scorpene campaign, SUARAM is here today to reveal to you further findings of the ongoing investigations of the French inquiry.

As was reported, the SUARAM delegation comprising Kua Kia Soong, Cynthia Gabriel and Fadiah Nadwa, returned after a successful trip to Paris, and a hearing before judge Roger Le Loire, one of the two Instruction Judges assigned to oversee the French inquiry into the controversial purchase of the 2 submarines by the Malaysian government in 2002.

The judge had principally accepted a list of seven proposed witnesses including current Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi, former Defence Minister and current Prime Minister Najib Razak, and a central figure in the procurement process, Abdul Razak Baginda as key witnesses that can further assist in the inquiry before the Tribunal de Grande Instance.

Access to the Investigation Papers

SUARAM has gained full access to investigation papers from the Public Prosecutor’s office. This is a huge step forward, as many of the details kept confidential are now made accessible to SUARAM as the Plaintiff in the civil case against the DCNS.

French law provides several constraints on the area of access. While we are not able to obtain a hard copy and distribute copies around, we are however entitled to full view of the documents and are able to quote them to the media and to the public.

It is also to be noted that the complaint lodged by SUARAM has led to the evolution of a criminal investigation which has just commenced which will result in the criminal prosecution of those involved in this corruption scandal. The French, Malaysian officials and the companies involved in the corruption scandal may be put on the suspect list as the criminal case proceeds in the French Court.

Legal Jurisdiction

Judge Le Loire after hearing an elaborate testimony from SUARAM, accepted our statement, and promised to proceed with the inquiry with no stone unturned. On the acceptance of the 7 witnesses proposed by SUARAM, the French judge had asked for the full details of the persons involved, in order to begin issuing subpoenas as he saw fit.

SUARAM lawyer Joseph Breham has further explained that the French courts is able to take on several courses of action, in compelling the Malaysian witnesses to assist in the inquiry and the ongoing investigations.

  1. The judge will issue a subpoena in writing on a witness.
  2. Once a subpoena is issued, the witness is obliged to appear before the courts and to assist the courts in its works.
  3. If the witness refuses to abide by the subpoena, the court can issue a notice “mandate d ‘amener”, compelling the witness to appear before it.
  4. If the witness fails to oblige, a warrant of arrest may be issued. The warrant of arrest is applicable within the boundaries of the French territory, and may be internationalized, if the judge deems necessary.
  5. A red alert can be sent to INTERPOL, if the situation warrants based on the discretionary powers of the judge.

New Expose and Findings

In today’s media conference we shall focus the expose to two key documents.

  1. Document 87
  2. Document 144

Document 87

The documents seized by the French police from the office of Mr. Henri GIDE (THALES) on 28 May 2010 which includes a fax written in English and sent by F. DUPONT dated 1 June 2001 addressed to D. ARNAUD, CCed to BAIOCCO and SAUVAGEOT with “MALAYSIA/SUBMARINE PROJECT” as the subject. Mr. DUPONT detailed out the chronology of visits and future actions during the journey in Malaysia of which there were various planned undertakings in particular negotiation meetings with the Ministry of Defense and the management members of PERIMEKAR during which two (2) contract proposals would be mentioned (from DCNI to PERIMEKAR as well as between PERIMEKAR and the Malaysian Government).

He finally indicated a meeting with DATO’ SRI NAJIB in France on 14 July 2001 with the condition that DCNI offers a maximum sum of USD 1 billion for PERIMEKAR’s stay (in France).

Document 144

The prosecutor’s office upon instructions had received from THALES International Asia, an envelope on 22 August 2011. The envelope contained:

  1. A sub folder entitled “C4”

  2. A sub folder entitled “invoices”

  3. PDF files

  4. A USB thumb drive

Among the crucial documents was the existence of an invoice faxed by TERASASI Sdn Bhd (Company No.524814-P) on 19 September 2004 to Bernard BAIOCCO the then CEO of THALES International Asia. The invoice stated an amount of Euro 359, 450.00 for the purpose of success fees to be paid to Alliance Bank Malaysia Berhad, Branch CP Tower, Seksyen 16, Petaling Jaya, Account No:12109-0-01-3000450-8 and contains a handwritten note in French as follows:

“Razak demande si ce SF peut etre pris en compte assez vite. 
Le Support Fee suit avec un rapport”.


Translation
Razak requests if that SF can be taken into account quite urgently. 
The support fee follows with a report.

It therefore appears that Thales International Asia could not ignore that the sum paid to TERASASI Sdn Bhd ultimately benefitted Mr Najib Razak the Minister of Defence and/or his consultant Abdul Razak Baginda.


The Great Malaysian Robbery

It has become apparent that this constitutes one of the Malaysian government’s greatest robberies over its people! It is no longer just the Euro 114.9 million commissions to Perimekar that formed the basis of the complaint to the French Courts that is in question.

It has magnified into a web of lies involving a slew of companies formed to complicate the concealment of the blatant robbery of Malaysian and French tax-payers’ money. More retro-commissions have surfaced allowing the misuse of such bodies as the pilgrimage funds (Lembaga Tabung Haji) and the military pension funds (Lembaga Tabung Angkatan Tentera).

The Malaysian and French peoples have been clearly misled, cheated and robbed of their monies through blatant corruption and mismanagement of funds in the name of national secret and security.

SUARAM demands:

  1. The MACC to immediately open an investigation in the light of these new revelations by the French Public Prosecutors.

  2. The full cooperation of the Malaysian government, both moral and legal, into the ongoing inquiry in France.

  3. The Defence Ministry to come clean, and list out to Parliament what other companies were involved in the procurement process and who were the beneficiaries of the kickbacks and commissions.


...............


Kalau kau pegi tengok kedai buku dan kau beli buku pasal dasar kerajaan,
banyak ditulis oleh Abdul Razak Baginda. Agak ironik.

Kelakar pada aku bila dalam banyak2 dokumen dan paperwork yang dirampas,
ada dokumen yang bernama C4.