April 30, 2012

Kisah Sebenar Di Sebalik Perhimpunan Bersih 3.0


Hari Sabtu hari tu, aku keluar rumah pukul 10 dengan hasrat nak menyertai perhimpunan Bersih yang diharapkan dapat berlangsung di Dataran Merdeka. Dengan membawa bekal sebotol air dan member aku bawak sepeket garam, kitorang pun memulakan perjalanan dengan menaiki LRT untuk menyertai Bersih kali ni. Kitorang berhenti di stesyen LRT Pudu dan turunlah kitorang di situ, dikelilingi lautan manusia yang berkumpul beramai-ramai memakai baju kuning dan hijau. Terasa seperti seolah-olah berada di Stadium Darulaman kerana dipenuhi warna hijau dan kuning.

Dalam jam 1:00 camtu, aku tengok di atas pentas depan Central Market sudah ramai orang yang berkumpul. Antara mereka Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak dan jeng jeng jeng Ambiga sendiri ada di situ. Crowd di situ dijadualkan untuk mula berjalan dalam 1:30 petang dan bergilir-gilirlah diorang ni bagi ucapan. Berapi-api ucapan yang diberikan. Aku pegi dengan harapan pihak Bersih akan menggunakan platform itu untuk memohon penambah baikan sistem pilihanraya, itu aje sebab aku join lepas aku baca pengerusi SPR tu orang UMNO dan dia kata dia terlupa dia ahli UMNO.

Kalau pengerusi SPR sendiri boleh terlupa dia ahli UMNO, mesti banyak lagi benda lain yang dia terlupa, antaranya mungkin dia terlupa yang SPR tak boleh berat sebelah atau SPR perlu cuba mewujudkan sistem yang paling terbaik dari segi etika untuk menjamin setiap undi rakyat ada makna.

Ambiga sendiri memberikan ucapan sebelum bertolak dan dari detik itulah, sesuatu yang aku tidak sangka akan terjadi....terjadi. Ambiga ajak orang ramai sokong LGBT.

"Kita semua mahu pilihanraya yang Bersih tapi kita lebih mahukan seks bebas!" jerit Ambiga sambil disambut dengan laungan "Allahhuakbar!" oleh unit Amal PAS dan juga majoriti orang Cina yang ada di situ. "Jadi saya harap anda semua jangan memandang rendah kepada golongan yang suka sesama jenis kerana mereka juga manusia, mereka juga ada human rights." Lepas tu dia membebel panjang dalam bahasa Tamil tapi ada beberapa perkataan yang aku faham macam sex, anal dan bend over.

Apa yang paling mengejutkan aku, dihujung ucapan dia, dia menerangkan yang tujuan Bersih ni bukanlah untuk bersihkan pilihanraya tetapi sebenarnya untuk menunjukkan sex is pure. Seks itu bersih lagi menyucikan. "Ya Allah...benda apa yang aku sokong selama ni?" fikir aku.

Keliling aku penuh dengan orang ramai dan bila aku tengok balik dan amati betul-betul, barulah aku nampak keliling aku penuh dengan lelaki yang pakai hot pants, gadis-gadis pengkid dan golongan transgender yang tidak segan silu menjerit dengan suara jantan tetapi fizikalnya wanita cantik. Ambiga masih lagi berdiri di depan dan dengan muka merah padam kerana terlalu taksub, dia jerit "kita mesti berarak sekarang dan sampai di Dataran nanti...the grand event will be happening. Kita cipta sejarah baru di situ!"

Serentak dengan tu beberapa orang petugas mula mengedarkan button badge yang bertulis "I Was There During the Biggest Sex Orgy in the World."

Aku dengan member aku cuba lari tapi kitorang terperangkap kat situ. "Bro, gila benda ni. Aku ingat selama ni Utusan yang menipu..rupa2 nya memang betul," kata aku kat dia. "Tot, aku takut Tot..." kata member aku sambil menggeletar.

Tolak punya tolak kitorang still stuck kat tengah-tengah crowd yang mula berjalan ke arah Dataran. "CILAKA! JANGAN RABA AKU!" jerit member aku tiba-tiba. Aku toleh belakang tengok member aku gelabah sambil belakang dia seorang lelaki berbaju ala-ala The Village People sedang tersengih-sengih.

Sambil diorang berarak ramai-ramai, ada orang yang berdiri dekat tepi jalan dan campak bungkusan kondom ke arah peserta. Kondom brand murah yang senang koyak diorang bagi. Nampak benar ni sebenarnya untuk menyebarkan AIDS dan STD. Ada seorang amoi yang dah tak tahan sangat terus berarak sambil topless sambil berjalan sebelah aku. Sayangnya...amoi itu tidak cun dan tidak kurus.

Kitorang yang stuck tengah crowd terus berjalan ke depan Bangkok Bank. Dengarlah arahan daripada depan, "Bang Cock!Bang Cock! Bang Cock!" Orang keliling aku yang mana lelaki mulalah bang cock diorang ramai2. Aku terpaksa ikut buat sebab bila diorang nampak aku tak nak buat, diorang pandang semacam jadi aku pun bang-kan la cock aku dengan seorang mamat depan aku sekali dua. "WE ARE CREATING HISTORY HERE!" jerit diorang ramai-ramai.

Tiba-tiba semua orang stop berjalan. Dengar announcement dari jauh sana suruh semua orang duduk. Time tu dah dalam pukul 2:35. Helikopter masih lagi berlegar atas udara. Tiap2 kali helikopter lalu mesti ramai antara diorang yang buat aksi tak senonoh macam tunjuk buah dada atau tayangkan kemaluan dekat helikopter. Aku time tu dah penuh dengan rasa menyesal sebab tak dengar arahan kerajaan. "Ya Allah Ya Tuhanku....aku mohon padamu perlindungan dan Kau panjangkanlah usia pemerintahan Barisan Nasional." Itu aje la permintaan aku masa tu.

Kedengaran bunyi haler dan satu suara kedengaran. "KIta tak dapat ke Dataran Merdeka jadi cukuplah kita sampai di sini sahaja. Sini pun sesuai untuk menunjukkan protes kita. Dengan ini saya memohon semua peserta perhimpunan...you know what you have to do."



Ramai-ramai pakat bukak baju dan seluar. Berbogel ramai2 dan diorang pun mulalah tibai antara satu sama lain. Yang tua yang muda yang bertudung labuh yang amoi yang huduh, semua seolah-olah tak hiraukan rasa malu dan terus bend over. Ada seorang makcik depan aku, umur dah 60 something, merayu-rayu dengan orang ramai sebab dia nak rasa macam mana lelaki Cina. "Haram jadah punya Bersih!" bisik member aku. Dua orang lelaki Cina bangun dan penuhkan permintaan makcik tu.

Bila benda2 yang kau tak sangka jadi depan mata dan kau lihat sendiri barulah terbukak mata dan sedar, Barisan Nasional is always right. Waktu tu aku dah agak helpless, keliling aku semua dah mula beraksi..aku dengan member aku dan seorang dua yang agaknya senasib dengan kitorang aje tak berbuat apa-apa.

"MINTAK TOLONG BERSURAI SEMUA!MINTAK TOLONG JANGAN ADAKAN PARTI SEKS BEBAS DI SINI! INI MALAYSIA NEGARA ISLAM!"

Savior aku dah sampai. Trak FRU tiba dengan membawa berpuluh-puluh orang anggota mula mengambil posisi masing-masing. "Minta kerjasama..kami tak mahu gunakan kekerasan...kepada yang Islam tu, mintak tolong ingat Tuhan,"  rayu pegawai FRU tu. "Bro...nasib baik," bagitau member aku.

"Kami beri masa kepada anda seminit untuk hentikan apa yang anda sedang lakukan dan mintak tolong kerjasama, berpakaian semula dan hentikan perbuatan terkutuk ni." Serentak dengan tu, FRU pun melaungkan "TAKBIR! ALLAHUAKBAR!"

Pegawai FRU tu pun melakukan countdown sambil merenung jam dia. "Mintak maaf semua. Saya terpaksa menggunakan kekerasan kerana perbuatan seperti apa yang anda lakukan ini tidak boleh diterima di negara kita. Sila migrate jika anda nak berseks bebas di jalanan. Mintak maaf ya?" rayu pegawai tu lagi.

Bom pemedih mata pertama di tembak dengan laungan Allahuakbar. Berasak-asak peserta lari mengosongkan jalan. Barulah nampak jalanraya penuh dengan kondom dan sisa-sisa hasil seks bebas sebentar tadi tapi lepas dah lari, diorang berkumpul balik dan cabar pasukan FRU tu. Ada jugak seorang dua yang kencing depan FRU tapi FRU buat selamba. Inilah pejuang Islam yang sejati.

Memandangkan ramai yang tak nak beredar jugak, tembakan kedua, ketiga dan keempat dilepaskan. "ORGASM! ORGASM! ORGASM!"  jerit peserta sambil melarikan diri.

"Maafkan kami. Ini bumi Allah. Bukan tempat untuk parti begini. Dengan lafaz bismillahhirahmanirrahim....serbu!" umum pegawai FRU. Kelam kabut peserta lari sehingga sekejap aje kosong jalan tu. Aku nampak ada seorang pegawai FRU siap sempat bukak henfon dan tunjuk video Ustaz Azhar Idrus dekat sepasang couple lesbian Melayu. "Alhamdulillah.." fikir aku.  "Ni barulah betul. Penguatkuasaan sambil memperkukuhkan keimanan."

Clear aje jalan tu, FRU pun berkumpul balik sambil bertakbir dan berselawat. Masya Allah, perasaan bangga aku pada waktu tu tak boleh nak diterangkan macam mana.

Jam 4:15 petang. Jalan semua dah clear dan majoriti peserta Bersih yang terdiri dari orang Cina dah beredar lari. Tinggallah sekumpulan lelaki Melayu kat situ yang aku rasa tak puas hati sebab tak dapat nak ber-orgy di Dataran. Apa jadi dengan diorang? Aku tak tau. Aku takde situ time tu sebab aku dah balik.

Bila aku balik dan bukak TV3 barulah aku nampak apa yang diorang buat.
Mengamuk sakan.

Apa yang bagusnya mengenai laporan Bersih dekat TV3 ni adalah diorang still cuba jaga maruah peserta dan tidak langsung menyatakan perkara sebenar yang terjadi untuk tidak mahu memalukan peserta. Sebab itulah di stesyen tv tempatan..tidak banyak yang cuba menceritakan kisah sebenar mengenai perkara yang berlaku di Bersih.

Semenjak hari Sabtu hari tu, aku mempunyai new found respect kepada media tempatan kerana sedaya upaya cuba cover up pesta seks yang dianjurkan Bersih dan mereka berjaya dengan jayanya. Apa yang aku dah lihat sendiri bagaimana buruknya perangai peserta yang "mahukan bersih" tapi sebenarnya hanya berpandukan nafsu tanpa berfikir panjang.

Kalau kau tanya orang2 yang sokong Bersih, pasti diorang akan kata TV tak lapor benda betul. Laporan berat sebelah dan sebagainya. Aku setuju dengan tindakan stesyen tv tempatan untuk tidak melaporkan benda yang benar2 terjadi kerana jika satu dunia tahu Malaysia is a heaven for sex lover, kita akan jadi macam Thailand. Itu yang organizer Bersih mahukan..exposure....expose yang golongan LGBT dan penggiat seks bebas ni ditekan di Malaysia.

Sehari ni pasti penyokong Bersih akan edar senarai wartawan yang dibelasah polis. Kita kena faham...tujuan wartawan adalah untuk mendapatkan berita betul. Kalau hakikat sebenar apa yang terjadi ni ditulis wartawan..habis rosak imej Malaysia jadi it's fair la polis belasah wartawan dan pecahkan kamera dan equipment diorang. Kita tak boleh ambik risk sebab kalau seorng tertulis benda betul...habis. Jadi aku salute tindakan polis belasah mana2 wartawan yang diorang nampak sebab there shouldn't be any stone left unturned.

Tapi sekurang-kurangnya korang yang baca ni dah tau, kenapa tv perlu tipu laporan mereka. Inilah kisah sebenar apa yang terjadi masa Bersih 3.0. Mintak tolong sebarkan sebab tv kita tak sampai hati nak bagitau orang ramai, apa sebenarnya yang terjadi.

..........

Aku harap apa aku tulis hari ni akan menunjukkan betapa lemahnya sistem pendidikan kat Malaysia dan betapa semputnya daya imaginasi orang ramai sebab sistem kita mengajar orang berfikir dengan spoon feeding dan bukan dengan menggunakan kreativiti.



April 27, 2012

Sejarah : Kesan Negatif Perhimpunan Bersih 3.0 Kepada Masyarakat

Putrajaya, 13 Mei 2053 - Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat di negara lain. Malaysia amat terkenal dengan rakyat berbilang bangsa dan agama yang saling bekerjasama antara satu sama lain dalam suasana yang harmoni dan ini semua terjadi adalah berkat daripada keutuhan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri ke 9 mereka iaitu Datuk Seri Ashman bin Najib, anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke enam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak sudah hampir dua penggal memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO berjaya memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju yang amat terkenal dengan bangunan tertinggi di dunia iaitu Menara Rosmah Mansor, bangunan setinggi 2 kilometer yang terletak di Putrajaya, ibu negara Malaysia.

Jika dikaji sejarah Malaysia bermula daripada tahun 2000, tempoh bermulanya abad baru itu adalah tempoh yang paling getir dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Dengan pengunduran Tun Mahathir dan kelemahan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, pentadbiran Barisan Nasional kelihatan sedikit goyah apabila muncul gerakan reformasi yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim , bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang bertukar menjadi pengkhianat Melayu dan agama. Anwar Ibrahim yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri telah berpaling tadah dan bekerjasama dengan parti Democratic Action Party atau DAP, sebuah parti pecahan Peoples Action Party dari Singapura yang mempunyai satu tujuan asas, menjadikan Malaysia sama seperti Singapura dari segi pentadbirannya.

Selain itu dengan wujudnya anasir-anasir jahat yang menggunakan retorik perjuangan Islam sebagai slogan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Hadi Awang juga menjadi ancaman besar kepada pemerintahan Barisan Nasional pada ketika itu. Berjuang dengan mengetuai Parti Islam SeMalaysia atau PAS, perjuangan PAS lebih dilihat sebagai satu bentuk perjuangan tidak bermaruah kerana memperjudikan nasib bangsa semata-mata kerana mahu menjatuhkan pentadbiran Barisan Nasional.

Ancaman-ancaman lain pula datang daripada Parti Keadilan Nasional yang diketuai Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Parti ini seolah-olah tidak ada hala tuju kerana masalah dalaman yang terlalu besar selain daripada masalah keruntuhan moral pemimpin mereka seperti kes skandal Azmin Ali dan isterinya serta kes skandal penasihat mereka iaitu Anwar Ibrahim. BIla diperkatakan mengenai Anwar Ibrahim terlalu banyak yang boleh diceritakan dan tidak ada siapa lagi yang kenal Anwar Ibrahim luar dan dalam selain daripada Menteri Dalam Negeri Malaysia iaitu Datuk Seri Saiful Bukhari bin Azlan yang satu ketika dulu pernah menjadi mangsa kepada kerakusan nafsu syahwat Anwar Ibrahim.

Walaupun penuh dengan isu moral pemimpin, pengaruh-pengaruh jahat yang individu ini cuba bawa telah berjaya merasuk sebilangan rakyat yang terlalu mudah percaya kepada janji-janji manis mereka seperti pendidikan percuma atau penurunan harga minyak yang tidak realistik sehingga mengakibatkan kejatuhan Barisan Nasional dibeberapa negeri seperti Selangor, Kedah ,Perak dan Pulau Pinang pada pilihanraya umum 2008. Walau bagaimanapun berkat doa, usaha dan sokongan rakyat, negeri Perak berjaya dikembalikan kepada Barisan Nasional setelah berlaku beberapa krisis yang tidak sepatutnya ditimbulkan oleh pihak pembangkang sehingga mengakibatkan terjadi pergeaduhan dan kacau bilau di Perak.

Tidak cukup dengan gerakan jahat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dari Putrajaya, wujud pula gerakan Bersih yang diketuai oleh peguam yang menyokong penuh kebenaran orang Islam untuk murtad dalam kes Lina Joy dan juga penyokong tegar gerakan menghalalkan Lesbian Gay Biseksual dan Transgender iaitu Ambiga Sreenevasan. Rakyat semua pada waktu itu syukurlah sudah celik mata dan dapat melihat sendiri siapa mereka di belakang Bersih dan niat asal mereka. Pelbagai arahan telah dikeluarkan supaya mereka membatalkan perhimpunan mereka yang kononnya ingin mem"bersihkan" proses pilihanraya tetapi segala arahan kerajaan tidak dihiraukan. Sekumpulan pihak seramai 200 orang telah berkumpul di perhimpunan Bersih 1 pada 2007 dan pada perhimpunan Bersih 2.0 pada 2011, hanya seramai 52 orang yang menyertai perhimpunan yang disifatkan sebagai perhimpunan raksasa itu. Perhimpunan itu bertukar menjadi rusuhan apabila kumpulan 52 orang mula melemparkan objek tajam seperti pisau dan kaca yang dipecahkan dari tingkap kedai kepada pegawai FRU yang bertugas mengakibatkan pegawai FRU terpaksa menggunakan taktik penahanan peserta secara berhemah dan adil.

Bersih 3.0 pula sekali lagi terpaksa dianjurkan dan pada waktu itu mungkin kerana merasakan sokongan rakyat semakin beralih kepada kerajaan Barisan Nasional, penganjur terpaksa membayar A.Samad Said sebagai jurucakap Bersih. Dilaporkan A.Samad Said dibayar sebanyak Rm1.4 juta untuk menjadi "wajah" kepada Bersih 3.0. Begitupun, akibat daripada pengaruh yang semakin merudum dan kewujudan skandal seks antara Anwar Ibrahim dan isteri kepada Timbalan Presiden Keadilan iaitu Shamsidar Tahari, hanya seramai 17 orang menyertai perhimpunan ini.

Kumpulan pemberontak itu yang diketuai oleh Ambiga sendiri cuba mempengaruhi mahasiswa yang sedang berkhemah sempena Hari Perkhemahan Sedunia di Dataran Merdeka untuk meramaikan lagi peserta tetapi langkah jahat mereka berjaya dipatahkan oleh pegawai-pegawai DBKL yang bertugas menjaga kebajikan peserta perkhemahan. Akibat daripada tindakan penganjur Bersih itu, majoriti rakyat Malaysia mula merasakan yang perjuangan mereka itu hanya sekadar cuba menimbulkan huru-hara dan kekacauan.

Apabila mereka dikutuk dan dihalau oleh peserta perkhemahan yang rata-ratanya matang dan rasional, kumpulan 17 orang itu mula membuat kacau dan ada antara mereka yang cuba menggergaji tiang bendera tertinggi di Dataran Merdeka. Pihak FRU terpaksa membiarkan tindakan mereka itu kerana dihalang oleh A.Samad Said dan pihak FRU tidak sampai hati menggunakan kekerasan terhadap warga emas. Gugur satu lambang negara diranapkan oleh pengacau dan pemberontak.

Itu adalah detik-detik paling getir di dalam pentadbiran Barisan Nasional sepanjang hampir seratus tahun mereka memerintah tetapi akibat daripada kemenangan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya umum 2012 yang mengembalikan kesemua negeri semula kepada Barisan Nasional termasuklah kubu kuat PAS iaitu Kelantan, Barisan Nasional kembali utuh dan mendapat semula keyakinan. Selepas detik itu lenyaplah sebarang gerakan yang ingin menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Malaysia terus berkembang pesat menjadi sebuah negara membangun yang mencapai taraf negara maju pada tahun 2032 ketika era pemerintahan Perdana Menteri ke tujuh iaitu Tun Noh bin Omar. Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya mewujudkan keseimbangan ekonomi antara semua bangsa majoriti mereka iaitu Melayu,Cina,,Bangladeshi dan juga Myanmar disamping mengkatkan taraf hidup orang India dan Kadazan serta menjadikan Malaysia satu-satunya negara di dunia mempunyai komposisi kaum yang begitu berbilang bangsa tetapi berjaya mengekalkan keamanan yang mustahil dicapai di negara lain.

Datuk Seri Ashman menggelarkan tempoh 2004 hingga 2013 adalah tempoh paling sukar dalam pemerintahan bapanya. "Ayah saya setiap hari balik dan hatinya cukup pilu memikirkan apa lagi yang perlu dia lakukan untuk memuaskan hati semua pihak. Dia tidak pernah berhenti berfikir bagaimana dapat dia membuat semua orang puas hati dan sukakan pentadbiran dia. Walaupun seorang yang marah dengan dia, dia akan jadi runsing sehingga mengakibatkan ibu saya (Tun Rosmah Mansor) terlalu risaukan kesihatan dirinya." Sambung beliau lagi, "saya banyak belajar dari ayah saya dan modelkan perntadbiran saya menggunakan ayah saya sebagai asas," terang Datuk Seri Ashman dalam satu temubual bersama Utusan Malaysia.

" Saya harap semua rakyat Malaysia dapat terus menyokong saya dan terus menyokong Barisan Nasional kerana kita tidak mahu merosakkan dan menjahanamkan apa yang telah kita capai."

Kita semua tidak boleh meramal masa depan tetapi kita semua mempunyai sejarah yang boleh dijadikan rujukan kepada kita dalam membentuk generasi Malaysia yang kompetetif,dinamik dan berinovatif. Keutuhan sistem ini perlu dipelihara untuk menjamin kestabilan Malaysia supaya Malaysia dapat terus menjadi negara yang lebih baik. Bak kata Datuk Seri Ashman pada Perhimpunan UMNO tempoh hari, "Tidak kiralah anda Melayu,Cina atau Myanmar, kita semua rakyat Malaysia.Tanah ini perlu kita pertahankan. Institusi di-Raja perlu kita pertahankan. Demokrasi perlu kita pertahankan. Selepas ini mungkin akan muncul seorang lagi Anwar Ibrahim, tapi kita sudah bersedia kerana kita tahu Tuhan akan bersama kita. Tuhan akan bersama dengan kita bila kita mahu dekat Tuhan. Jadi selagi rakyat bersama kami, percayalah...rakyat juga bersama dengan Tuhan."

Sejarah adalah panduan kita. Belajarlah dari sejarah dan jangan kerana emosi, apa yang telah dibina sekian lama kita buang begitu saja. Seperti kata pepatah Melayu Moden, hanya kerana masalah power window, semua orang tak nak beli kereta Proton. Belajarlah daripada pepatah itu.

Rakyat Malaysia, bersyukurlah dan teruskan memilih Barisan Nasional untuk masa depan yang terjamin.

..............

Ada sejarah official. Ada sejarah un-official.

Yang penting, kau kena bangun carik kebenaran sebab benda yang kau lalui adalah sejarah official untuk diri kau.

April 26, 2012

Jika Anak Anda Mati Di Bom, Bersyukurlah!


Aku mengesyorkan kepada organizer Bersih Sabtu ni supaya meletakkan tabung-tabung kutipan derma di sekeliling Dataran Merdeka supaya dapat kita mengumpul dana menghantar Menteri Pertahanan kita dan bekas Menteri Pertahanan kita ke Perancis untuk perbicaraan mahkamah. Pelik pulak sebab buat pertama kalinya aku dengar menteri kata "saya tak mahu bazirkan wang negara atau wang sendiri untuk ke sana." (Link)

Mungkin kita juga boleh hulur lebih sikit supaya dapat delegasi terbabit pergi bersiar-siar sambil ditemuramah mahkamah Perancis. Seorang hulur RM5 pun dah cukup untuk kita tahu...apa sebenarnya yang jadi dekat Altant...oopps....kapal selam Scorpene dan benarkah berlaku pengeboman...ops lagi sekali....salah guna kuasa di situ.

Benda baik maa.

 Kalau ke sana dan berjaya yakinkan tidak berlaku salah guna kuasa..orang makin sayang BN maa. Lagipun kalau kerajaan dapat buktikan Setev Sharibuu itu seorang psycho, suka berhalusinasi dan sebenarnya pelakon yang diupah Anwar Ibrahim, makin bertambahlah kepercayaan orang ramai dengan kepimpinan negara dan sudah pastilah Gerakan Transformasi Kerajaan akan menjadi lebih mantap kerana mendapat sokongan penuh rakyat. Wahai rakyat Malaysia bersyukurlah dan pilih Barisan Nasional.

(Gambar hiasan menunjukkan imej perosak negara)

Nik Aziz Tunjuk Isyarat 1Malaysia Pakai Ibu Jari


Kelantan rakyatnya tak dapat bekalan air bersih. Kedah pulak kerajaannya kelam kabut. Selangor penuh dengan sampah sebab negeri tak diurus. Pulau Pinang semua Melayu tertindas dan habis dihalau orang Cina.

"I told you so!" kata orang UMNO."Pangkah lagi pembangkang!"

Orang Melayu mesti bangun mempertahankan Malaysia. Melayu mesti pangkah Barisan Nasional sebab dalam Pakatan, DAP memperkudakan PAS. Tapi dalam BN, UMNO yang memperkudakan MCA dan MIC. Terbaik! Itu yang kita mahukan. Melayu akan jadi lebih kuat bila mereka berjaya memperkudakan bangsa lain.


April 25, 2012

Pemberitahuan : Rancangan Melodi Akan Mula Ke Udara Setiap Malam Jam 8:30 di TV3


Dah lebih kurang macam Melodi pun ada Buletin Utama sekarang ni. Borak pasal gosip dan bukak cerita perbincangan siapa romen siapa.

Wahai rakyat Malaysia, bersyukurlah dan pangkah Barisan Nasional.Biarkanlah orang-orang gila yang tak suka dengan berita-berita macam ni keluar dekat TV pergi berhimpun kat Dataran Merdeka Sabtu ni. Mereka semua bukan tau apa itu semangat Melayu. Video di atas tu? Pejuang Melayu Tulen. Kalau BN jatuh, berita-berita macam ni tentu takkan ada lagi. Sayang!

Kita mesti mempertahankan kerajaan yang membekalkan berita macam ni; kerana pembangunan minda masyarakat adalah berasaskan gosip-gosip dan tuduhan pemimpin pembangkang mana yang gemar berzina.

April 24, 2012

Nota Cinta Agung Buat Dalili Daripada Dua Gadis Sekelasmu



Masa aku darjah 6, aku jatuh cinta dengan seorang classmate aku. Nama dia Siti Nurhazrina. Tapi aku tak mampu la nak meluahkan perasaan aku dekat dia. Aku suka dia sebab muka dia macam Fauziah Latif. Aku ingat lagi ada satu hari aku tak peduli langsung apa cikgu aku ajar sebab dia tak datang sekolah. Sayangnya..suka aku tu bertepuk sebelah tangan.

Benda yang paling meningkatkan keyakinan diri adalah bila tau ada perempuan suka kat kau walaupun kau tak suka kat dia. Bertuahlah kau Dalili.

p.s : surat ini dirampas oleh kawan isteri aku. Time class..budak pempuan dua orang ni duk pass2 nota bincang hal cinta. 

April 23, 2012

Kitab Bapa Cheapskate : Bab 05 - Kau Nak Salahkan Kerajaan Kalau Anak Kau Jadi Mat Rempit?

Cuba tengok orang sekeliling kau yang ada baby. Macam mana bapak dia jaga anak dia? Mesti cara dia lebih kurang macam ni ;

Kalau anak tu baru nak bercakap..mesti bapak dia encourage suruh bercakap.

Kalau anak tu baru nak merangkak...mesti bapak dia suruh dia merangkak laju-laju.

Kalau anak dia baru bangun nak jalan-jalan..mesti bapak dia suruh anak dia bangun dan jalan.

Kan? Kemudian kau carik pulak mak bapak yang ada anak dah 4 tahun 5 tahun camtu... kau tengok pulak macam mana cara diorang jaga anak.

"Ali! Bapak nak tengok TV ni. Jangan la jerit!"
"Ali! Duduk diam-diam boleh tak?"
"Ali ! Duduk sini..tak mau pegi mana-mana!"

Kau pegi aje makan malam mana2 kat kedai. Kemudian tengok satu family yang ada anak 2-3 orang. Situasi tu mesti kau jumpa.

Makin besar anak kau makin kurang encouragement yang kau akan bagi. Sejak bila benda tu stop? Tah lah. Susah nak pinpoint sejak bila benda tu stop tapi yang paling obvious adalah encouragement untuk anak tu akan stop bila mak bapak ada anak lagi seorang, mengakibatkan mak bapak terpaksa divert attention dekat adik dia.

Aku bukan pakar pun tapi itu teori aku.

Aku ada baca pasal satu eksperimen dekat sekolah rendah di mana ada 2 orang cikgu diberikan dua buah kelas untuk diajar. Seorang cikgu diberitahu dapat kelas pandai dan seorang lagi dapat kelas tak berapa pandai. Tapi...cikgu2 tu tak diberitahu benda sebenarnya. CIkgu A yang dapat kelas pandai, sebenarnya diberikan kelas tak berapa pandai. Situasi yang berlawanan dicipta..cikgu B ldapat kelas tak berapa pandai..tapi sebenarnya kelas tu kelas pandai.

Hasilnya? Budak2 tak berapa pandai makin pandai. Budak2 pandai jadi tak berapa pandai. Kenapa jadi macam tu? Hasil eksperimen kat sekolah tu membuktikan satu benda...budak2 yang diajar dengan method yang membuatkan diorang rasa diorang pandai akan jadi lagi pandai. Cikgu A  tu assume kelas tu pandai jadi dia ajar dengan cara mengajar budak pandai. Cara bercakap lain..cara tunjuk kat dalam kelas lain.

Tapi bila cikgu B yang dapat kelas pandai tapi dia ingat kelas tak berapa pandai, dia dah setkan dalam kepala dia...."aku buat apa pun tak guna jugak sebab diorang ni memang dah lembap." Jadi method yang cikgu ni gunakan juga adalah method yang diapply untuk budak2 lemah membuatkan budak2 dalam kelas tu rasa diri diorang tak pandai, jatuh result periksa kelas pandai tu.

Encouragement sangat penting....Bila CIkgu B dah tertanam dalam kepala dia, kelas tu tak pandai, encouragement pun kurang diberikan kepada budak2 tu.

Orang Melayu kurang encourage anak. Sebab tu kita ramai mat rempit. Sebab tu kita ada Rempit United. Kita ada bohsia. Orang Melayu jugak lah yang paling ramai hisap dadah. Ramai orang Melayu selalu buat anak dia rasa useless.

Dari kecik lagi kita dah di discourage untuk explore, discourage untuk belajar sendiri. Berapa orang yang ajar anak dia..masuk kereta pakai tali pinggang? Tah la, ada la kot. Tapi berapa ramai yang terangkan dekat anak dia kenapa kena pakai tali pinggang tu kalau anak bertanya? Tak ramai.

Kalau ada pun selalunya jawapan dia mesti "sebab kat depan tu ada polis trafik. Cepat cepat!"

Mungkin ada yang jawab sebab kerajaan buat undang-undang kena pakai. Adakah itu jawapan yang betul? Tak. Jawapan yang betul adalah "Sebab abah dengan mak nak adik selamat dan tidak tercampak keluar kalau terjadi sesuatu yang buruk."

Kalau anda merasakan jawapan tu terlalu extreme untuk anak kau..cuba baca balik cerita cikgu A dengan cikgu B tadi.

Kesimpulannya ; kalau kau treat anak2 kau macam orang beradab, macam orang pandai...pandai lah dia nanti. Memang benda tu susah nak buat dan memerlukan komitment mak bapak. Slow2 la kita orang Melayu berubah.

p.s - Untuk jawapan kepada soalan di dalam title posting hari ini...sekarang ni selepas kerajaan sendiri mengiktiraf golongan rempit, ya...kita boleh salahkan kerajaan kalau anak kau jadi rempit. Sebab jadi rempit dah dapat benefit.

April 21, 2012

Skim MLM Terbaru - Skim Tukar Alamat IC Al-Maghfufah Ba'ie Mazmumah


Macam biasa. Taktik sama.

Tapi memandangkan ramai jugak yang beli gelang AC Mizal sebab ramai Melayu yang bangang begitulah juga taktik ni akan berjaya...sebab ada jugak Melayu yang bangang sanggup jadi tool, jadi alat untuk menipu.

Ada dua cara benda ni berjalan ; sama ada diorang offer orang local tukar alamat IC ke negeri2 tertentu ataupun offer warga asing kerakyatan bersyarat. Biasa diorang bagi Rm500 dan offer transport dan penginapan untuk peserta yang berkelayakan. Warga asing...aku tak tau apa benefit diorang bagi.

Tapi kali ni duit diorang tak cukup nak cover semua negeri yang berisiko tinggi dan negeri2 yang taiko besar BN nak rampas balik.

Lepas pilihanraya nanti..kalau BN naik jugak..besar jumlah hutang Malaysia ni. Banyak kementerian bukan ada duit pun untuk belanja dan development. Jadi gerakan meminjam duit daripada tauke2 besar sedang berjalan sekarang untuk cover cost duit guna-guna ambik hati rakyat dan juga jentera pilihanraya.

Siapa yang bayar lepas pilihanraya? Anda semua. Kau ingat kontrak buat highway tu memang dengan niat ikhlas kerajaan nak buat highway ke? Sebab tu kita dengar perjanjian dipanjangkan atau kerajaan terpaksa bayar pampasan. Semua perjanjian yang terjadi adalah sebab "somebody owe somebody something."

Berapa lama lagi anda nak sponsor kempen pilihanraya BN ni? Berapa lama lagi anda nak sponsor pembinaan istana macam Seri Perdana tu kalau ada lagi orang kita yang bekalan air bersih baru nak dapat? Itupun sebab pilihanraya nak dekat.

Kita amal demokrasi berparlimen.

Takde apa yang karut atau salah kalau ada rakyat yang berniat nak tukar kerajaan. Tidak ada parti yang berhak memerintah Malaysia.

April 20, 2012

Awkward Agama : Kitab Bapa Cheapskate Bab 04 - Bapa Yang Memenuhi Tuntutan-Nya

Kita orang Melayu banyak benar melakukan benda yang tak perlu. Kalau kau ikut cara kelahiran bayi ikut cara orang Melayu..memang banyak akan melibatkan kos yang tak sepatutnya. Ikut adat resam Melayu ; nak sambut anak kita disyorkan buat :

1. Majlis cukur jambul
2. Majlis naik buai atau ber-endoi
3. Majlis berzanji

Selalunya orang Melayu kita buat ketiga-tiga acara ni sekali dengan majlis akikah. Tapi dengan perkembangan zaman moden yang menggalakkan majlis diadakan secara berlebih-lebihan kita boleh nampak kewujudan bisnes menyewa buaian untuk majlis naik buai yang tumbuh bagai cendawan. Majlis naik buai dan bercukur ni diadakan dengan begitu grand sekali sehinggalah ada mak bapak yang menyewa buaian cantik dan siap beropol-ropol untuk anak naik dengan sewa mencecah ratusan ringgit....

Dan mungkin ramai yang tak tau, cukur jambul sebenarnya makruh ikut hukum.

Kalau anak tak nak naik buaian yang disewa tu macam mana? Dan kenapa kita perlu adakan majlis bercukur jambul? Dan pasal berzanji tu...aku tak sure boleh ke tidak. Ada orang kata salah sebab kita dah angkat Rasulullah setaraf dengan Tuhan.

Perkara menyambut anak ni sebenarnya lebih mudah kalau kita ikut permintaan Dia. Kos paling besar pun masa akikah.

1. Azan

Azan pada telinga kanan anak dan iqamat pada telinga kiri. Aku fail gila time ni sebab aku gelabah. First time seumur hidup aku pegang manusia bernama anak aku yang tulang dia tak form betul lagi membuatkan aku betul2 gelabah takut aku terpegang kuat2 sebab baby yang berusia beberapa minit sangat sangat sangat sangat lembut badan dia. Kos - sedikit masa dan suara

2. Tahnik

Pegi jumpa orang yang alim kemudian ambil sedikit kurma yang dikunyah oleh orang alim itu dan sapu pada mulut dan lidah anak anda. Kos kepada anda - minyak kereta dan sedikit sedekah kepada orang alim tu

3. Menamakan anak

Pilihlah nama yang baik. Kalau anak kau dinamakan Princess Consuela Banana Hammock bila besar nanti dia akan jadilah nama yang kau bagi kat dia. Perlu diingatkan...ini tanggungjawab bapak. Kos - Idea yang bernas dan minyak petrol untuk ke Jabatan Pendaftaran sebagai melengkapkan pendataran nama.

4. Mencukur rambut sampai licin

Anak aku masuk ICU lepas 2 hari bersalin sebab demam (automatically kalau baby bawah sebulan lahir akan masuk ICU) jadi aku tak dapat nak ikut 7 hari lepas bersalin cukur rambut dan keluar2 aje dari perut rambut anak aku dah panjang. Macam rock star pun ada gak aku tengok. Tak payah buat majlis atau apa-apa yang grand. Sekalikan dengan kenduri aqiqah lebih baik....tapi kalau tak mampu, tak apa. Kemudian minumla teh tarik cicah biskut bila dah selesai cukur. Kemudian timbang lah rambut tu....gantikan berat dia tu dengan berat emas. Gi sedekah kat masjid atau anak yatim. Aku cukur sendiri. Menggigil tangan nak cukur. Kos - Pisau cukur,teh tarik dan biskut. Sedekah.

5. Aqiqah

Anak lelaki dua kambing. Anak perempuan seekor kambing. Kambing curi tak boleh. Seekor kambing kampung dalam RM500 ke Rm800. Seekor kambing boer boleh cecah Rm1000 sebab saiz dia besar. Buat kenduri sekadar termampu.

Kalau kau tak mampu nak buat kambing, usha2 dekat area kau kalau ada orang nak buat akikah. Boleh ajak dia sekali dan sembelihla seekor lembu. Pakai lembu kau dapat 7 bahagian, share tujuh orang. Seekor lembu dalam RM1500 ke Rm2000. Jadi part seorang adalah lebih kurang Rm300 ke Rm500. Kos dia lebih rendah untuk individu asalkan kau dapat share dengan beberapa orang bapak lain.

Kos - Bajetkan Rm2000 untuk kambing dan keluarkan bajet kenduri yang kau rasa tak membebankan. Untuk lembu Rm300 ke Rm500.

.....................

Masalah paling besar bila kita nak jalankan majlis menyambut bayi ni adalah bila ada benda tak wajib dan tak patut buat dijadikan wajib dan kena buat...kalau tak ada orang merajuk. Kat sini, sebagai bapa kau kena jadi firm tapi kau juga kena bertolak ansur. Tapi kalau tiba-tiba ada pihak bagi cadangan suruh anak dibaptiste kan ala-ala Kristian ke atau celup dalam tepung sebab nak kulit putih gebu..yang tu takyah la ikut. Benda2 yang dilistkan di atas hukum dia adalah sunat. Kalau tak mampu buat takpe. Secara zahirnya...benda tu tak susah tapi akan ada complications bila ada banyak permintaan yang pelik2. Budaya kita....banyak benda tak perlu jadi mesti. Apa-apa hal pun jangan lupa...kau bapak dia.

Padahal sebenarnya benda ni sangat nak menyenangkan mak bapak..tapi sebab kita Melayu, dah jadi complicated. Sama la macam kahwin.

April 19, 2012

Kitab Bapa Cheapskate : Bab 03 - Tahi Terpercik Ke Badan Adalah Perkara Biasa

Sebelum anak aku lahir aku ada survey gak lampin yang reusable yang banyak dijual kat kedai2 maternity dan baby ni. Tapi still macam mana pun hebatnya lining diapers yang kau bubuh dalam tu, kau akan still kena basuh jugak lampin tu sebab tahi pasti akan kena. Anak kau baru-baru aje lahir, tahi dia mesti kaler hijau dan agak menakutkan. Tapi lama kelamaan dia akan menjadi warna kekuning-kekuningan.

Aku plan nak save duit sebab aku dah survey lampin dan aku kira pergh...sebulan ada la pakai ratus2 dekat Rm200 gak untuk lampin sahaja. Kononnya..beli lampin pakai buang ni mula2 aje dan kemudian tukar ke lampin yang reusable tu tapi memandangkan aku malas nak basuh, aku teruskan beli lampin pakai buang.

Nasihat aku, kalau anak kau lahir...beli lampin Drypers bersaiz NewBorn sebab lampin Drypers ni adalah lampin New Born yang ada ruang sikit untuk tali pusat anak kau. Lampin2 lain akan touch tali pusat anak kau yang still attach kat pusat dia tapi Drypers ada gap sket la. Tapi jangan beli banyak2 dulu lampin saiz NewBorn ni sebab tak lama rasanya baby akan pakai saiz ni, sekejap aje dah besar. Beli ikut keperluan. Bila dah habis top up, jangan overstocked kan. Kalau anak kau dah naik satu saiz dan kena pakai S, pun amalkan benda yang sama. Beli ikut keperluan jangan beli banyak2.

Reason dia...baby akan cepat out grown saiz lampin dan lampin disposable saiz New Born dengan Small adalah yang paling mahal antara semua saiz. Kalau dah tak muat rugi.

Bila anak kau dah mencapai saiz M, masa ni dah sepatutnya ok untuk kau stockkan banyak2 sebab anak kau akan pakai saiz ni agak lama. Cuma anak aku aje la lain sikit...dia lompat ke saiz Large dalam masa yang agak singkat sebab faktor genetik dia yang mempunyai bapak yang agak tidak normal saiz dia berbanding orang Melayu lain.Anak aku start pakai saiz M aku terpaksa bertukar ke brand PetPet sebab naik rashes dekat dia punya bird-bird. Ni satu benda yang kau kena usha gak.

Pengalaman aku, anak aku hanya pernah pakai 2 aje jenis lampin ni. Drypers dan Pet Pet. Isteri aku kata Drypers keras sikit material dia dan Pet Pet lagi selesa. Tapi Drypers selalunya ada bagi free gift macam2 kalau kau beli...t-shirt la..tuala berprintkan gambar family kau la...Pet Pet kurang sikit dari segi tu...tapi masalah paling besar sebenarnya adalah kadang2 ada masanya..lampin yang kau nak carik tu takde. Aku tak tau kenapa tapi ada satu masa semua kedai sekeliling aku out of stock lampin Pet Pet saiz M. Seeloknya beli dua beg yang bersaiz besar tu satu sebagai backup. Kau jugak boleh beli yang saiz kecik untuk senang kau nak bawak ke mana-mana masa travelling.

Dan benda yang paling penting....kat mana lampin paling murah untuk kau beli.

Aku tak tau kenapa dari anak aku lahir sehinggalah sekarang, harga lampin yang aku beli dah naik mencanak. Aku beli dulu Pet Pet saiz M80 (ke 72) keping harga RM28 something...sekarang banyak kedai dah jual RM42. Dalam masa 10 bulan! Tapi kadang2 ada jugak tempat yang jual below recommended price. Kau nak murah beli lampin, hypermarket paling murah jual lampin berdasarkan pengalaman aku adalah Econsave. Tempat lain jual Rm42...dia jual RM32. Beza Rm10. Aku masuk Carrefour dan aku tengok Carrefour tengah buat "sale" Pet Pet RM34 ...aku gelak aje la. Tapi sekarang ni Econsave pun dah jual ikut harga market. Aku masih mencari alternatif lain dan aku dah perasan satu benda.

Tempat paling murah jual lampin adalah kedai2 yang jual barangan baby. Aku tak tau kenapa pada apa yang aku survey, memang macam tu. Last sekali aku beli lampin anak aku 2 beg...tempat lain jual Rm42...tempat ni jual Rm36. Ni adalah dekat ground floor Kompleks PKNS Bangi. Pegi lah jalan sana sekali sekala. Rasa macam dekat Kelantan. Kalau hypermarket..memang Econsave paling murah...Carrefour ikut time...Jusco memang untuk orang banyak duit...Tesco aku tak pernah beli situ lagi.

Mydin kat rumah aku dulu ada jual dan harga dia sebenarnya paling murah antara semua tapi sekarang ni aku tengok, re-stocked barang pun jarang2. Lagipun Mydin tengah push nak cuba jual satu brand lampin ni. Tah apa nama dia aku tak ingat. Aku tak berani nak beli sebab aku takut nanti kena ruam balik anak aku.

Aku ada terasa nak beli lampin lain yang harga lagi murah macam brand in-house Tesco atau Carrefour takpun brand2 obscure macam Baby LIke dan sebagainya. Korang ada pengalaman pasal lampin brand2 macam ni? Mintak tolong sharekan sebab kalau aku nak buat eksperimen sendiri agak mahal kos dia.

Macam biasa..kalau ada yang nak kongsi tips dan maklumat..sila berikan komen. Bukan senang sebenarnya nak tulis benda-benda yang selalunya hanya kaum2 ibu yang biasa bincang dan borak2..kadang2 aku blur jugak. Tapi kutuk kerajaan punya bab yang tu aku tak pernah kering idea sebab kerajaan kita kelakar.

April 18, 2012

Kitab Bapa Cheapskate : Bab 02 - Mempersiapkan Rumah Untuk Menyambut Baby

Bila kau nak sambut anak ni, ada beberapa perkara yang kau perlu ubah untuk rumah kau.


1. Rak khas baby

Aku dengan isteri gi Ikea, belikan satu rak buku semata-mata untuk barang anak aku daripada segala jenis bedak hinggalah semua permainan dia aku susun kat situ. Kadang2 tengok macam tadika pun ada rumah aku, dua kali tengok macam perangkap seorang pedophile untuk budak kecik. Letakkan semua benda macam bedak,ubat,minyak telon,minyak yu lee, gripe water kat situ untuk easy accesibility.

2. Rak baju/ Bakul Baju Anak

Berdasarkan pengalaman aku, lagi senang kau beli bakul. Bukan bakul basuh baju tapi container yang ada bertutup boleh lock dan berbentuk segi empat tu sebab aku rasa satu container baju yang mobile senang diusung ke mana-mana bergantung kepada dekat mana anak kau akan bersalin pakaian. Kalau kau letak kat rak baju2 anak kau, akan mengakibatkan kena ke sana ke mari ambik baju. Bukan isteri kau yang akan ke sana ke mari buat 2-3 bulan pertama tu. Kau,suami yang akan mundar mandir pilih baju dan selalunya, baju yang kau rasakan ok akan di disapprove oleh isteri kau menyebabkan kau kena pegi ambik balik lagi sekali. Lagipun..kalau balik kampung, senang. Kau angkat aje container tu masuk kereta.

3. Bakul Baju Busuk Anak

Ni sangat penting sebab kalau boleh jangan mixed up kan baju anak dengan baju mak abah..especially abah. Bapak busuk...baby wangi. Lagipun....akan ada masa di mana anak kau berak sampai terkeluar diapers walaupun secanggih mana la claim kehebatan teknologi diapers tu. Asingkan. Ini akan banyak membantu.

4. Baby cot?

Yang ni optional. Tapi satu aje aku nak ingatkan. Kalau kau pegi kedai perabut Cina dan kau beli baby cot kat situ...dia mesti jual kat kau satu jenis cot yang side pintu dia boleh adjustable. Jangan beli yang ni sebab cot jenis ni sebenarnya dah pun dibanned di negara-negara maju seperti US dan sebagainya, cuma kat negara kita aku tak sure sama ada Kementerian Kesihatan ada keluarkan larangan ni atau tak. Still dijual secara terbuka jadi aku rasa kita still tak implement ban tu...kerana mampu menyebabkan anak kau tersepit dekat adjustable door dia tu. Kalau tangan..kaki..takpe lagi. Tapi banyak kes yang kena, leher...ramai jugak la baby yang dah jadi mangsa. (Link) Pasal cot...ini ikut kau lah. Decide la dengan wife kau dan discuss. Tapi culture kita tak mengamalkan sangat ajar anak pakai cot ni dan selalunya anak akan tidur dengan mak.. Kalau rasa tak perlu takyah beli sebab benda ni adalah pemakan space paling besar antara semua barang baby ni.

5. Beli cerek elektrik bukan water heater

Ada perbezaan antara kau guna cerek elektrik dengan water heater ni. Water heater ni dia tak mampu nak tahan haba lama sangat jadi air cepat sejuk berbanding cerek elektrik. Cuma disadvantage dia masak air agak lambat...tapi pada aku la...better beli satu cerek elektrik besar dalam 3-4 liter. Air panas sangat kritikal. Untuk mandi..untuk buat susu...untuk sterilized botol (kalau bottle feeding lah)

6. Beli toto/comforter yang kualiti

Kalau kau pegi kedai baby, kau akan nampak diorang jual tilam spring khas untuk baby atau tilam nipis untuk baby. Jangan buang duit beli semua tu sebab dalam 6-9 bulan...benda tu akan jadi tak relevan untuk anak kau yang masa tu dah tidur merata-rata. Beli aje toto atau comforter yang elok saiz queen dan Insya Allah benda tu akan jadi lebih berguna untuk family kau in long term.

7. Breast Pump

Kalau wife kau kerja dan memang nak breastfeed, belikan dia breast pump. Ada bermacam brand dan bermacam jenis. Yang ni aku rasa baik kau suruh wife kau sendiri try dulu pinjam kawan2 dia punya sebelum beli (kalau kawan dia cool la) sebab tak semua breast sama. Ada perempuan yang sesuai dengan pump jenis manual...ada perempuan sesuai guna pump elektrik....ada perempuan sesuai express susu fully manual yakni perah sendiri. Satu aje peringatan untuk suami...tangan anda dan mulut anda tidak boleh digunakan sebagai breast pump.

8. Peti sejuk

Peti sejuk agak penting dan saiz freezer yang luas juga akan membantu apatah lagi kalau isteri kau jenis pump susu boleh dapat liter-liter. Peti sejuk single door cukup la kot tapi akan menyebabkan kau terpaksa mixed up barangan mentah dengan susu ibu. Lagipun harga peti sejuk sekarang ni agak murah. Bajet dalam RM800 lebih ke Rm1000 cukup untuk dapat peti sejuk yang convenient untuk family anda. Lagipun...peti sejuk bukannya kita pakai setahun dua. Kalau kau plan nak save duit dan beli peti sejuk kecik...recommendation aku, beli yang besar dan dua pintu as a minimum.

9. Beli termometer

Benda ni SANGAT SANGAT SANGAT essential. Tak kiralah apa jenis termometer kau beli..pastikan kau ada satu dalam rumah kau.

10. Beli minyak perut baby

Ada yang brand minyak telon...ada dipanggil minyak Bebiku...ada yang panggil minyak cap yu lee. SANGAT SANGAT SANGAT essential.

11. Beli 10 helai napkin

Aku tau majoriti orang sekarang pakai diapers pakai buang. Tapi beli aje napkin dalam 10 helai. Ini untuk lapik anak kau masa tidur..lapik anak kau masa dia tukar diapers. Lap mulut dia. Lap badan dia.

12. Beli/ Upgrade washing machine

Kita takkan sempat basuh pakai tangan kalau kau bekerja. Kalau aku dulu, aku beli washing machine semi auto masa aku belum kahwin sebab hantar dobi sekali basuk dah dekat Rm20. Washing machine semi auto bukannya mahal mana..RM300 lebih. Tapi washing machine semi auto ni agak kasar untuk baju anak. Baju lelaki ok la kot. Lagipun nanti life kau akan jadi sedikit kelam kabut kalau kau kena jaga washing machine nak pastikan dia running sambil memenuhi keperluan isteri dan anak kau. Beli washing machine full auto. Kalau nak lagi cantik, beli front loading washing machine sebab dia lagi gentle dekat baju anak.

13. Buaian

Orang Kedah panggil benda ni "endoi." Sebelum kau beli buaian, lagi baik kau biarkan dulu anak kau sebulan atau dua bulan dan tengok jadual tidur dia macam mana. Ada orang kata tak elok untuk baby..ada orang kata baik untuk baby. Pada aku, anak aku tidur lagi tenang dalam buaian. Kalau rumah kampung dulu2 senang..ada cangkuk atas siling pasang spring dah siap. Pasal yang ni, refer lah dekat mak abah kau.

14. Ubah mentaliti

Aku jenis tak suka tengok barang merata-rata tempat dan tak tersusun. Kalau tin susu tak susun elok2 pun aku jadi stress dan aku cukup tak suka barang2 kecik2 ada keliling rumah. Tapi lama kelamaan aku kena accept yang bila ada baby, rumah akan bersepah sedikit dan jadi sedikit tak teratur.  Untuk seorang control freak macam aku ; iya..kadang2 aku jadi stress bila tengok ada bedak tepi sebelah TV. Ada baby wipe dekat atas speaker. Tapi time ni, kena tolerate dan let go benda2 kecik camtu. Benda yang paling penting adalah mewujudkan accesibility dalam rumah. Lagi senang barang tu nak diambik..lagi ringan beban isteri kau.

15. Jangan hisap rokok dalam rumah

Benda douchebag seorang lelaki boleh buat adalah hisap rokok kat kedai makan walaupun sebelah meja dia ada baby. Tapi lelaki paling douchebag dalam dunia adalah lelaki yang boleh hisap rokok depan anak dia dan buat2 muka selamba.

...................

Macam biasa, kalau ada sesiapa nak tambah, boleh letak kat komen.

April 17, 2012

Kitab Bapa Cheapskate : Bab 01 - Persediaan Suami Untuk Bakal Ibu

Perempuan mengandung adalah perempuan yang pelik. Jika sebelum ni wanita yang kau kenal adalah wanita yang kontrol makan, jangan terkejut kalau tiba-tiba wanita itu jadi pelahap seperti singa. Itu baru dari segi permakanan. Belum masuk dari segi emosi yang bertukar-tukar seperti air pasang dan surut. Ada masa isteri akan jadi tersangat manja, ada masa isteri jadi tersangat pelik perangainya.

Isteri aku sendiri waktu mengandung dia suka makan ayam dan fast food. Boleh kata seminggu tu ada la dua tiga kali aku pegi beli KFC untuk dia melantak. Aku tulis melantak di situ sebab sebelum2 tu, makan nasik pun sejemput dua, ayam pun ambik secubit. Isteri yang mengandung adalah wanita yang sangat tak konsisten.

Jadi sebagai suami yang prihatin dan kedekut, ada beberapa benda yang perlu kau sediakan untuk memastikan isteri kau selesa, sebab dia mengandung anak kau tu. Takkan la kau nak mengharapkan mak abah dia pulak sediakan apa-apa untuk dia.

Benda pertama sekali yang kau kena beli adalah susu ibu mengandung. Kalau time aku hari tu aku beli susu Anmum. Mungkin sebab aku terpengaruh dengan senyuman manis Wardina dalam iklan. Tapi tolong jangan tersalah beli pulak. Kalau brand Anmum ada dua jenis,satu tulis satu Materna dan lagi satu tulis Lacta. Materna tu untuk perempuan mengandung dan Lacta adalah untuk perempuan yang menyusukan anak. Aku nampak jugak ada brand lain macam Mamil dan sebagainya. Harga susu ni selalunya dalam RM30-Rm40 sekotak. Pastikan isteri anda minum susu ni setiap hari sebab bila diorang mengandung, ada jenis2 wanita yang tak lalu nak makan jadi at least dia dan kandungan dapat khasiat dari susu.

Benda kedua yang kau kena sediakan adalah pil Obimin dan pil iron. Pil Obimin ni ada dua jenis. Kalau kau nak murah, beli Obimin kaler pink. Sebotol RM15 paling murah aku pernah beli dekat satu farmasi depan Masjid kat Bangi. Ada Obimin Plus,mahal sket. Dalam RM40 lebih sekotak dan tahan la dalam 2 minggu. Aku tak rasa ada beza sangat benda tu jadi kalau kau tanya aku, beli Obimin murah aje dah cukup. Pil ni sebenarnya takdelah spesifik untuk wanita mengandung tapi zat dia dalam tu lebih sket dari multivitamin biasa, jadi takde risiko kalau suami makan tiba-tiba naik buah dada dan sebagainya. Kalau2 kau nak try la. Calcium tablet tu penting untuk tulang sebab nak cover balik calcium intake isteri yang dah diabsorb oleh baby. Kekurangan calcium ni mungkin akan menyebabkan isteri kau sakit kaki,sakit tulang belakang atau apa2 saja la yang berkaitan dengan tulang sebab dia dah bawak beban lebih daripada yang dah biasa badan dia tampung. Dan aku tak sure kenapa kena makan iron tablet...tapi aku tau isteri makan benda tu tiap2 hari dulu.

Benda2 lain yang kau nak bagi kat isteri kau bagi lah. Cuma ada beberapa benda yang kau sebagai suami kena jaga jangan bagi isteri kau makan. Nombor satu, air gas macam Coke,Pepsi dan sebagainya. Nombor dua, nenas. Ni aku tak sure sama ada mitos atau fakta tapi aku rasa ada benarnya sebab aku sendiri lepas makan nenas mesti sakit perut.

Dari segi pemakaian pulak suami juga perlulah menyediakan pakaian yang sesuai untuk isteri. Tapi kalau ikut pengalaman aku,kau boleh hold off dulu beli baju maternity ni sehinggalah baby kau dalam 6 bulan ke 7 bulan sebab selalunya, baju2 normal isteri kau masih boleh dipakai sehingga ke tempoh tersebut (melainkan isteri kau suka pakai mini skirt dan baju yang ketat2)

Time mengandung ni suhu badan isteri kau akan naik turun. Ada masa dia akan rasa sangat sejuk dan ada masa dia akan rasa sangat sejuk. Time isteri kau panas, pasang la kipas kuat sikit. Kalau rumah kau ada air cond, utilize kan. Kalau isteri kau sejuk, itu adalah masanya untuk kau menghadiahkan "pelukan manja abang" untuk menghangatkan badan isteri.

Selalunya pemakaian isteri time mengandung ni carikkan la baju yang loose fitting dan agak ringan fabrik dia.

Aku dah pegi dekat kedai2 maternity macam Modernmum. Aku tak berapa nak suggest kau beli baju maternity dekat Modernmum ni sebab bapak mahal harga dia. Gila kau seluar maternity harga RM180 satu. Tempat yang paling senang kau nak beli pakaian maternity ni adalah dekat Jusco (atau nama sekarang pasaraya Aeon) Kat sini harga dia agak berpatutan walaupun choice tak berapa banyak sangat. Pegi dekat bahagian wanita dan carik satu brand nama dia Scarlet. Belikanla isteri anda seluar panjang kain cotton sebab seluar tu akan banyak membantu isteri anda. Seluar tu nampak macam seluar biasa tapi depan dia getah yang stretchable ikut saiz perut dan kat dalam dia ada getah untuk jerut seluar ikut saiz pinggang isteri.Harga dia, bolehla RM50 sehelai.

Okeh, topik sensitif sket. Makin lama isteri kau mengandung, breast dia akan jadi makin besar dan selalunya saiz akan naik satu cup. Kalau A jadi B, kalau B jadi C dan seterusnya. Kalau kau tanya aku pasal benda ni, ni lah satu2 nya masa di mana kau tak payah kira kualiti, kau belikan aje bra yang biasa2 aje macam yang dekat Carrefour atau Giant. Sebab kalau kau beli yang mahal2 pun manalah tahu kau punya isteri naik dua cup ke (kalau kau tak paham apa aku tulis ni tolong refer yang tahu, aku bukan menulis pasal cawan) jadi pembaziran akan terjadi. Ni lah masanya kau dan isteri kau kena eksperimen sket sebab kadang2 ada sesetengah perempuan, time macam ni dia lagi sesuai pakai yang murah2. Aku tak reti elaborate panjang benda ni sebab aku tak nak berbunyi macam seorang pakar buah dada....

Lastly..kasut. Belikan dia kasut yang bertapak rata. Yang paling penting, belikan dia selipar untuk pakai dalam rumah dan beli beberapa helai stoking tebal untuk dipakai bila2 dia nak. Ni antara benda yang paling penting kena jaga sebab kaki adalah antara elemen paling sensitif bila perempuan mengandung. Kalau kaki selalu bersentuh dengan simen/tile...dia akan mudah jadi lenguh dan rasa kebas-kebas.

Satu aje benda yang perlu anda sebagai suami ingat dalam bab2 maternity dan baby ni. SEMUA BENDA OVERPRICE GILA! Jadi kalau kau ada jalan yang dapat menjimatkan wang ringgit kau, sila aplikasikan sebab ini akan membantu.

Start daripada moment isteri anda mengandung, anda sebagai suami perlu ubah satu benda dalam kepala anda. Duit anda bukan untuk perbelanjaan anda lagi. Tapi percayalah aku, walaupun kau takkan dapat lagi beli apa2 barang yang kau nak sesuka hati kau lepas ni, investment yang laburkan ini adalah sangat2 berbaloi. Spend aje..tak payah berkira dengan isteri tapi pastikan jangan membazir. Time mengandung ni memang akan mudah terjadi permbaziran.

Esok kita sambung bab 2.
Kalau ada sesiapa nak tambah boleh letak kat komen.

ps : dah lama aku nak menulis benda ni tapi baru minggu ni berkesempatan sebab aku sangat banyak free time.

April 13, 2012

Kami Tidak Suka Pendidikan Percuma

Sekumpulan penyokong tegar Barisan Nasional hari ini seramai 23 orang berarak ke Putrajaya dengan hasrat ingin memberikan surat sokongan untuk tidak mahu diberikan pendidikan secara percuma.

Menurut jurucakap kumpulan itu Ahmad Jauhari bin Naina Badhu yang berasal dari Pulau Pinang kumpulan ini ingin mendesak kerajaan supaya tidak membincangkan langsung mengenai sebarang kemungkinan pendidikan percuma hingga ke tahap tertiari diberikan kepada rakyat. "Jika pendidikan secara percuma diberikan kepada rakyat seperti yang digembar-gemburkan oleh pembangkang, bagaimana pula dengan nasib kolej dan universiti swasta yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara? Bagaimana masa depan mereka yang banyak membantu memajukan taraf hidup orang ramai?"

Kumpulan itu yang berarak dengan membawa sepanduk seperti "Kami Tidak Suka Pendidikan Percuma" dan "Kalau Dah Miskin Tak Payah Belajar" diberitakan gagal bertemu dengan Perdana Menteri kerana Perdana Menteri diberitakan sedang berada di Ipoh,Perak.

"Ini semua adalah satu salah faham antara pihak penganjur perarakan kerana kami terlupa untuk menyemak jadual Perdana Menteri kita yang sangat gigih bekerja mengakibatkan kami tidak dapat bertemu Datuk Seri Najib hari ini (semalam), " kata salah seorang peserta demo.

"Tapi apa yang kami lakukan hari ini adalah tidak sia-sia. Kami percaya masa depan Malaysia adalah lebih terjamin dari segi ekonomi jika semua rakyat membayar sendiri yuran pengajian mereka tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Pendidikan percuma adalah tidak logik diamalkan di negara kita kerana wang tersebut lebih baik disalurkan untuk membina lebih banyak kawasan komersial yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi," kata salah seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Rahman.

"Jika pendidikan percuma dilaksanakan dan sistem meritokrasi dilaksanakan, sudah pastilah akan berkurangan pelajar Melayu di IPT tempatan kerana tempat mereka diambil oleh pelajar berbangsa Cina."

Ulasan berlainan pula dikeluarkan oleh salah seorang peserta demo."Saya cukup tak setuju pembangkang ingin memberikan pendidikan percuma kepada rakyat kalau mereka memerintah. Saya belajar dulu saya bayar sendiri, saya buat pinjaman, ini semua tidak adil. Bagaimana pula dengan nasib kami generasi yang terpaksa membayar sendiri pelajaran kami?"

Apabila wartawan bertanyakan adakah perarakan mereka pada hari itu ada kaitan dengan cadangan pembangkang yang ingin menghapuskan PTPTN, jurucakap menegaskan "tidak ada langsung kaitan antara perarakan kami ini dengan PTPTN. Tapi kalau ditanya juga pandangan kami, kami juga amat tidak bersetuju PTPTN dihapuskan. Ini akan membuatkan ramai pelajar jadi manja dan naik lemak."

Kesimpulan yang wartawan kami dapat daripada perarakan besar-besaran tersebut adalah kumpulan ini tidak mahu pendidikan percuma dan juga tidak mahu sistem PTPTN dihapuskan. Mereka sudah selesa dengan sistem yang sedia ada.

"Tidak ada benda percuma lagi dalam dunia. Masuk tandas pun kena bayar, kerajaan sekarang ini dah terbeban dengan terlalu banyak tanggungan dan hutang," kata Ahmad Jauhari sambil diikuti dengan jeritan 1Malaysia dan Asal Bukan Anwar Ibrahim. (Iniberitapalsu)

....................

Ada 3 benda yang sepatutnya dalam 50 tahun memerintah ni yang sepatutnya dah perfect dan tak payah nak kacau-kacau lagi. Perubatan, pendidikan dan pengangkutan awam. Dah sempurna 3 asas tu kalau nak bina bangunan paling tinggi dalam dunia...binalah. Sayangnya, yang bukan keperluan tu jadi keutamaan.

Selagi Hospital Putrajaya suruh perempuan yang sakit nak beranak balik rumah dulu sebab katil tak cukup, tak payah nak claim kerajaan sekarang cukup bagus dan perlu dipilih untuk kesenangan rakyat.

April 12, 2012

Trend Budak Remaja Sekarang Pakai Rantai




Golongan suami dinasihatkan agar
tidak cuba2 belajar memakai perhiasan isteri ;
golongan isteri jugak tidak dibenarkan
memasang rantai kepada leher suaminya.

Rahsia Mencari Rezeki Yang Lebih Bagi Wanita


Mahukah anda lakukan kerja yang dilakukan gadis di atas? Tahukah anda bayaran gadis2 ni dalam sehari puratanya RM150 ke RM300 untuk mempromosikan produk. Buat apa kerja kilang dan susah payah kalau anda mempunyai bentuk badan dan wajah cantik?

Jual wajah dan jual rupa dan Insya Allah dengan izin Tuhan rezeki anda makin murah. Berdoalah. Tubuh Tuhan bagi gunakan lah sepenuhnya. Kenapa nak tutup dengan uniform kilang? Sayang! Rezeki lebih murah bila anda lebih murah. Cubalah. Dah akhir zaman ni memang macam tu. Rebut peluang ini untuk hidup senang.

April 11, 2012

Pertabalan The King of Iron Fist Tournament


Aku tak berapa setuju dengan penggunaan frasa "sembah" dan "ampun"
bila kita menceritakan penghormatan kepada seseorang manusia,
apatah lagi kalau manusia tu bukan nya mak atau abah kau.

April 10, 2012

Kita Dilahirkan Untuk Bekerja dan Mengabaikan Keluarga


"Mak saya keje kat TEXAS INSTRUMENT di ulu kelang. Sejak managment tukar dan dipegang oleh bangsa lain (dulu mat salleh) keadaan makin teruk. Staff dipaksa kerja 12 jam...byangkan mak saya yang umur 50 tahun dah keje situ hampir 15 tahun takat gaji masih RM 1000.00...dah lah penat giler bile dpt gaji ciput jew...nak mengadu nanti kena buang....so mereka mmg teraniaya...sejak PM kat nak naik tangga gaji pihak TEXAS pandai 2 buat undang 2 sendiri. Mak saya kata semua OT dikira sekali ngan gaji...erm bodoh punye kerajaan...benda camni pun tutup mata...nampak sangat tak buat keje..."

....................

Ada orang komen ni semalam dekat entry aku yang aku postkan Januari 2011 dulu. Betul atau tidak wallahuallam sebab aku bukan kerja sana pun, tapi situasi yang sama jadi dari zaman aku mula kerja sampai sekarang. Tak ada apa-apa perubahan. PM dah tukar 3 kali tapi still the same bullshit masih lagi berlaku.

Bila dah jadi macam tu, ada beberapa benda yang walaupun law dah cover, tapi kerajaan akan pandang sebelah mata aje. Contohnya macam hak pekerja. Walaupun undang2 dah protect pekerja tapi the abuse of the system masih berlaku sebab majikan tak takut dengan undang-undang. Undang-undang tak boleh sentuh diorang. Kalau satu kesatuan kerja mogok pasal overtime dan shift yang macam gampang selalunya benda tu akan ditolak ke tepi atau dibiarkan sahaja hingga senyap sebab kerajaan takut nak take action pasal benda tu.

Telur diorang dah kena pegang dan selalunya mangsa adalah orang ramai, macam mak kau. Sebab tu banyak benar penangguhan pasal gaji minima sebab kerajaan terpaksa tengok apa respon tauke2 besar.

Cuba tanya diri sendiri ; kalau kau ada rasa disalahgunakan di tempat kerja, kau ada kena buat kerja yang kau tak sepatutnya buat, kau kena kerja lebih masa tanpa ada apa-apa imbuhan masa kau tu....adakah kau ada rasa takut untuk bersuara atau complain dekat pejabat buruh?

Mesti ada! Sebab kau takut hilang kerja.  Tu satu benda yang dah sangat rotten dalam negara kita. Pekerja tak ada hak nak bersuara sebab takut tak dapat kerja lain, apatah lagi macam situasi mak kau yang umur 50 tahun, umur2 macam ni cukup takut hilang kerja sebab chances nak dapat kerja lain agak slim.

Kita sebagai rakyat mesti berani lawan benda ni sebab selagi kita takut nak bangun lawan, sampai bila2 kita akan jadi macam ni. Anak cucu kita pun akan jadi macam ni dan ada kemungkinan akan lebih teruk lagi.

Kerajaan dalam hal macam ni sepatutnya kena tolong golongan yang lebih bawah terlebih dahulu tapi aku tak nampak benda ni akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan sekarang sebab sistem yang kita guna pakai sekarang ni sangat2 membuat kerajaan selesa. Punyalah banyak berdolak dalih dalam isu gaji minima ni sedangkan slogan yang digembar-gemburkan adalah "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

Simpan dalam kepala anda benda ni;
Office hour anda sepatutnya ikut apa yang ada dalam perjanjian kontrak anda. Kalau dia tulis situ 9 pagi hingga 6 petang..6 petang sharp BALIK RUMAH! Kalau majikan suruh stayback sebab tiba-tiba ada kerja extra, MINTAK OVERTIME! JANGAN KERJA FREE!

Pastikan anda berani suarakan hak anda.

Aku mintak tolong kerajaan supaya tolong gubal semula akta pekerja ni sebab banyak sangat exploit dia untuk take advantage hak pekerja. Kau cuba bukak kontrak employment kau lepas tu kau tengok ; ada tak dalam tu tertulis "The company have the right to require the employee to work after the office hour without any additional payment on top of the total salary?" atau sesuatu yang berbunyi macam tu.

Mesti ada. Mintak tolong jasa baik kerajaan sekarang...tolong jangan bagi kelonggaran kepada company untuk letak benda tu dalam kontrak majikan dengan pekerja tak kiralah dia executive ke pekerja sokongan ke.

Kalau kau rasa apa yang aku tulis ni berguna tolong sebarkan. Ini adalah salah satu benda yang membuatkan aku rasa walaupun kerajaan sekarang nak mendahulukan rakyat..tapi semua tu hanya angin-angin kosong dan kenapa perlunya perubahan kerajaan pada pilihanraya umum nanti.

Asyik2 company aje untung besar takkan la orang ramai takleh nak dapat income lebih sikit?

Bacaan lanjut
Hak-Hak Pekerja Yang Anda Perlu Tahu


April 09, 2012

Najib, PTPTN dan Norway

Tergelak aku bila membaca kenyataan PM kita yang dalam dunia ni, hanya 3 negara aje yang support education rakyat dia sampai tertiary level. Keh keh keh, kelako. Dah la dibaginya contoh NORWAY!

Takde negara lebih buruk ke dia boleh ambik nak dijadikan perbandingan dengan Malaysia...sebab kalau nak dibandingkan dengan Norway ni..Malaysia tak jauh ke belakang sebenarnya. Norway nombor satu dalam kadar cukai kenderaan paling tinggi dalam dunia. Nombor satu paling tinggi dalam dunia memastikan rakyat dia membayar cukai semata2 untuk membeli kenderaan.

KIta? Nombor dua! Dalam banyak2 negara, negara kita adalah negara nombor dua cukai kenderaan paling tinggi dalam dunia, selepas Norway.

Ada nampak hasil dia? Hasil dia kepada negara..kita ada Proton, kita ada Perodua. Hasil dia kepada rakyat...ramai antara kita bawak Perodua Viva, kereta canggih, terbaik, terhebat, cukup selesa dan mampu milik.

Fikir sejenak ; makin lama budak makin ramai yang dapat berbelas A dalam SPM. (apa magik diorang buat aku tak nak sentuh hari ni) dan tempat ke IPTA makin lama akan makin berkurangan. Jadi pasti ramai yang terpaksa carik jalan ke IPTS untuk sambung pelajaran. Average kursus IPTS diploma di Malaysia lebih kurang Rm21 ribu dan average course degree adalah RM48 ribu plus...

Persoalan aku adalah ; kenapa kerajaan membenarkan benda ni terjadi? Seolah-olah tertiary education adalah sesuatu yang golongan mampu sahaja akan dapat. Bagaimana pulak dengan golongan kurang mampu? Golongan yang tidak punya wang ringgit akan jadi terpinggir dan dari situlah akan berlaku keciciran.

Dari situ PTPTN datang. Jeng jeng jeng!
Cantik sungguh model bisnes ini. Tak mampu, kita berhutang. Tolong rakyat.

Kalau benarlah PM kita ikhlas nak membantu rakyat , tolong, tolong..break these chain of business. Rakyat tidak sepatutnya jadi pelanggan dan rakyat tidak sepatutnya diajar untuk berhutang. PM kata "cukai kena tinggi kalau nak abolish PTPTN." Masalahnya cukai kita memang dah tinggi. Mungkin kita tak sedar dan kita hanya sedar pasal cukai pendapatan tapi terlalu banyak sebenarnya cukai yang berlegar2 dalam hidup semua rakyat Malaysia.

1. Kau nak jaga warranty kereta kau, kau kena servis dekat authorized service centre...ada 6% cukai.
2. Anak kau nak makan KFC takpun Pizza Hut...6% lagi kau kena.
3. Kau bayar kereta tiap2 bulan..ada jugak cukai bergantung kepada jenis kereta apa kau beli.
4. Beli rumah...ada cukai ikut jenis2 dia.

dan bermacam2 lagilah indirect taxes yang kita main bayar tapi kita tak pernah totalkan berapa sebenarnya yang kita bayar sebab mentaliti kita automatik akan rasa berat bila kena bayar cukai selambak...macam cukai pendapatan..tapi cubalah kira dan totalkan berapa sebenarnya kau bayar dekat kerajaan dalam sebulan.

Itu aku tak masuk lagi tol...toll is a form of taxes.

Nak laksanakan GST, laksanakan lah tapi be fair. Ada sesetengah cukai yang kerajaan dah implement yang diorang kena let go. Benda macam rokok,arak dan kasino nak cukai sampai mampus pengguna dia..cukaikan lah.

Berkaitan dengan PTPTN atau nama glemer dia PTPTipu, hutang is still hutang. Aku tak mintak benda tu nak abolish. Kalau dapat, bagus jugak kalau tak dapat pun aku takde nak pegi riot.

Tapi pernah tak PM kita ni tanya kenapa kalau budak IPTS pinjam RM65 ribu dia kena bayar balik in total dekat RM80 ribu lebih? PTPTN ni ikhlas nak membantu orang yang tak dapat masuk IPTA atau sebenarnya sebuah badan bisnes serupa along nak cekik darah fresh grad? Itu tak termasuk lagi bayaran servis perkhidmatan PTPTN yang agak besar jugak jumlahnya.

Kenapa nak berbisnes dengan rakyat?

Tak salah nak tax tinggi tapi masalahnya di Malaysia ni tak nampak hasilnya. Tak payahlah nak compare dengan Norway. Rakyat Norway dicukaikan 36% daripada income diorang tapi 10% daripada tu akan dikembalikan untuk rakyat pergi bercuti. Hari Ahad kedai semua tutup sebab kerajaan dia nak galakkan rakyat spend masa dengan family.

Persoalannya, kalau cukai kita dinaikkan pun, mampu ke kerajaan kita push untuk tingkatkan kualiti hidup kita? Sebab selama ni apa yang aku nampak, kerajaan selalu assume...gaji naik, kualiti hidup naik. Sebab tu diorang push nak dapatkan "gaji negara maju" menjelang 2020.

Gaji besar pun tapi masa untuk spend dengan family tak ada, buat apa? Mana kualitinya? Macam mana nak melahirkan rakyat yang berkualiti?

Aku pastekan sket beberapa kisah mengenai Norway sebab Najib dah buat perbandingan...

Norway has for decades been built up as an open, transparent, informal society with strong egalitarian principles and a regulated social welfare system based on what the Norwegians love to call fellesskap (fellowship). This is a country where the prime minister bicycles to work, where approachable politicians walk freely around town and where the chief executive of the country’s biggest bank can be spotted doing his family’s grocery shopping, all alone, in short-sleeves.

This is a country where it’s not at all unusual to hear its citizens say that they “pay their taxes with joy,” because they’re keen to spread the wealth and know that they can get a lot back in return, from free university tuition to total coverage of all hospitalization costs.


Kalau kerajaan tak ada vision nak achieve sesuatu yang macam ni...sila step down. Bagi peluang kepada orang lain memimpin Malaysia dan nak try sesuatu yang lebih baik. Bad leaders lead to bad things.

Bacaan Lanjut
Norway
Statistik Negara
Kisah menarik mengenai Norway dan kenapa sangat ridiculous statement Najib


April 08, 2012

Sebuah Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional

Kepada semua pendatang asing yang inginkan kewarganegaraan Malaysia, sekarang adalah waktu yang sangat sesuai untuk anda memohon taraf warganegara daripada Kerajaan Malaysia.

Tetapi harus diingatkan, warga asing yang ingin menjadi warganegara Malaysia mestilah bersetuju dengan beberapa perkara yang melibatkan hak kewarganegaraan Malaysia. Anda masih akan diberikan hak untuk mengundi memilih kerajaan tetapi anda mestilah bersetuju untuk memilih kerajaan Barisan Nasional sahaja. Ini akan dijadikan satu syarat penting sebelum anda diberikan hak kewarganegaraan Malaysia.

Peluang ini dibuka kepada semua warga asing yang mahu jadi rakyat Malaysia. Siapa cepat dia dapat. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit seperti sesetengah warganegara Malaysia yang menyokong pembangkang, mereka ni golongan yang mudah lupa asal-usul. Kita semua sudah sedia maklum, Malaysia ini Barisan Nasional yang punya, Abah orang  BN yang punya dan anak cucu cicit orang BN yang punya.

Ini adalah sebuah lagi projek kerajaan Barisan Nasional untuk membantu rakyat Malaysia khasnya orang Melayu.

April 07, 2012

Kanak-Kanak Adalah Ibarat Kain Putih




Kalau dari kecik diajar oleh mak bapak yang tak cukup akhlak,
bukan salah orang lain anak besar muka selalu orang nak penyepak..

April 06, 2012

Kenapa Gelfren Budak Pengkid Lawa-Lawa?

Semua orang tau kita makin menuju akhir zaman. Semua orang juga tahu ratio bilangan lelaki dan wanita makin lama makin besar. Sekarang dah 1 lelaki 5 wanita. Dekat nak kiamat ada yang kata 1 lelaki 50 wanita.

Dekat IPTA kita dah boleh nampak benda camtu. Satu kelas penuh budak perempuan dan lelakinya hanyalah beberapa orang. Itupun kalau semuanya lelaki lah. Kat sekolah pun kau boleh nampak camtu, budak perempuan adalah jauh lebih ramai daripada budak lelaki.

Apa yang aku tak puas hati dengan benda ni adalah, kita tahu makin lama ratio ni akan makin bertambah...Tapi kenapa golongan pengkid yang "lesbian" dapat tekel awek yang hot gila?

Kau pernah nampak couple lesbian pasangan dia (atau dalam kes ni, gelfren dia) tak hot? Apa rahsia diorang? Adakah makin dekat nak kiamat makin ramai perempuan yang mahukan scissoring action daripada seorang perempuan yang ingin jadi lelaki?

Apa rahsia pengkid dapat gelfren hot?


April 05, 2012

Film Review : Twilight Saga - Breaking Dawn Part 1

Mungkin ulasan ini agak terlambat dan tidak ada point lagi tapi ketahuilah, filem ini adalah filem paling dungu dan lembap dan kosong berbanding semua filem Twilight yang sudah dikeluarkan. Apa tujuan filem ini sebenarnya? Sebagai filem perkahwinan? Aku boleh tonton My Best Friends Wedding untuk itu. Sebagai filem aksi? Mana ada aksi. Sebagai filem seram? Tak ada apa2 yang seram mengenai sekumpulan vampire yang sparkling apabila terkena matahari.

Selalunya filem Twilight ni aku tolerate tengok memandangkan man-crush aku kepada Robert Pattinson membolehkan aku tahan layan filem2 sebelum ni dari awal hingga habis tapi sayangnya, Robert Pattinson hanyalah sekadar mat tempel aje dalam filem ni.

Dia seolah-olah seorang loser yang sanggup berkongsi isteri dengan orang lain. Loser maksimum.

Kristen Stewart masih lagi Bella yang menggeletar 24 jam. Aku still tak nampak apa yang Edward Cullen nampak cantik sangat pada Bella sampai tergila-gila macam tu sekali.

Dan tah sapa nama pelakon yang memegang watak Jacob tu..animasi dia sebagai serigala 3D jauh lagi best dan ber-emosi berbanding lakonan dia sebagai manusia.

Bila kita menonton filem vampire, dalam minda kita pasti sudah tersimpan yang visualnya pasti dipenuhi dengan imej-imej vampire huduh dan buruk dan satu-satunya kejayaan filem ini berbanding filem2 lain sebelum ini adalah, buat pertama kalinya aku merasakan lakonan Kristen Stewart dalam filem ini menjadi kerana sepanjang majoriti filem ini dia berlakon sebagai orang yang sakit tenat dan lebih menyerupai vampire yang kita selalu tengok dalam filem lain, membuatkan wajah menggeletar dan blur Kristen Stewart amat berkesan membuai emosi penonton.

Makin lama anda layan saga Twilight ini akan makin terserlahlah sebenarnya siri buku ini hanyalah satu fantasi penulisnya yang horny dan dahagakan kasih sayang. Ini amat jelas direfleksikan dalam karakter Bella yang seolah-olah tidak keruan hidup tanpa lelaki dan bagaimana perlunya dia memiliki kasih sayang daripada 2 orang lelaki secara serentak walaupun sudah berkahwin. Gadis2 yang berfantasi seperti ini akibat daripada pengaruh Twilight menunjukkan peminat die hard siri Twilight sedikit terganggu mental mereka.

Filem ini adalah filem paling lemah antara semua filem Twilight yang sudah dikeluarkan. Seolah-olah bajet tak cukup diberikan untuk pengambaran kerana terlalu banyak waktu durasinya dihabiskan untuk 2 benda sahaja ;

1. Adegan kahwin Bella dan Edward
2. Adegan romen Bella dan Edward

Filem ni mempunya durasi 1 jam 50 minit dan 40 minit pertama dalam filem hanyalah untuk kedua-dua babak di atas. Kemudian dipenuhi dengan shot-shot muka Bella yang sakit kerana mengandungkan anak hybrid manusia dan vampire. Sesuatu yang menakutkan; dan aku tak bermaksud anak hybrid manusia vampire itu menakutkan kerana dalam filem, semua orang, SEMUA ORANG seolah-olah takut benar dengan bayi dalam kandungan perut Bella termasuklah Robert Pattinson sendiri.

Tetapi apa yang lebih menakutkan adalah filem ini seolah-olah dipadding ceritanya dengan mengggunakan shot-shot muka Bella sedang mengerang kesakitan atau menahan sakit kerana nak bagi tambah durasi cerita menjadikan filem ini lebih panjang (kerana buku karya asalnya hanyalah satu buku tetapi filem displitkan jadi dua bahagian) .

Aku sepatutnya dah dapat tangkap dari first filem lagi yang siri Twilight ni adalah satu series filem yang bakal fail bila Edward bukak baju dan tunjuk badan sparkling dia. Sebuah filem yang sangat mengecewakan dan hanya sesuai untuk peminat hard core Twilight.

Rating:
2/10

April 04, 2012

Debat Bukan Budaya Kita


Debat bukan budaya kita.
Carik gaduh dengan orang Kristian adalah budaya kita.

April 03, 2012

Fakta Menarik Hari Ini 02

Isteri mempunyai hak untuk perabis harta suami; asalkan tak berlaku pembaziran dan memang memenuhi keperluan.

Sebenarnya, gaji suami tu sangat cantiklah di-spend untuk keluarga...mungkin tak ramai yang sedar ; kita semua sibuk berkempen pakat nak bersedekah dan menyumbang kepada masjid, tapi nilai yang dibelanjakan oleh suami kepada keluarga adalah jauh lebih besar nilai kebaikannya berbanding menyumbang ke masjid di sisi Dia di atas sana.

Masyarakat kita jadikan Aaron Aziz sebagai idola...kagum tengok gambar family bahagia Aaron Aziz. Kaum2 isteri pulak ada yang kagum dengan isteri Aaron Aziz sebab memahami karier suami.

Silap tu. Salih Yaakob adalah sepatutnya idola sebenar semua lelaki di Malaysia. Tapi sebab dia kahwin 4 tak ramai la kot yang nak letak dia sebagai idola, ye lah, pembaca media hiburan kita dipenuhi oleh kaum ibu dan isteri yang sentiasa hangat dan sakit hati dengan suami 24 jam.

Apa yang dia dah buat adalah benda yang paling digalakkan dari segi kekeluargaan dan dari segi materialnya.

Ataupun mungkin kerana Salih Yaakob pernah menyanyikan lagu ini atau lagu ini.

April 02, 2012

Testing-Testing ; Ke Mana Mereka Hari Ini?

Pencacai ni ada beberapa aje kerja tertentu. Tapi selalunya their world revolve around Anwar. Seolah-olah hidup pencacai ni adalah untuk membuktikan kepada dunia yang Anwar Ibrahim adalah

1. jelmaan syaitan
2. dajal
3. hantu yang merasuk kanak2 perempuan dalam filem Exorcist
4. bukan setakat biseksual..tapi juga layan beastiality
5. agen Amerika

Begitu jugalah kadang2 sesetengah orang lain jadi sasaran mereka ; antaranya Nik Aziz ;

1. konon alim
2. konon Ulama
3. berdoa sampai menangis?poser!
4. luar berserban tapi dalam hati penuh hasad dengki

Lim Guan Eng

1. Like father like son
2. Cina keparat
3. Bakal mencetuskan 13 Mei kali kedua

Ada jugak pencacai yang dah desperate sangat (atau Tuan dia hari tu suruh tulis) bantai Ustaz Azhar Idrus lepas tengok sambutan orang ramai dekat ceramah Ustaz Azhar yang membuatkan majlis gilang gemilang Tuan dia nampak sayu dan tak happening.

1. kena kantoi khalwat pukul 3 pagi beromen dengan budak pempuan kat Masjid
2. main gitar ?kata alim!
3. dulu kaki skodeng,rempit dan punk

...............

Begitulah hidup seorang pencacai...
Bila dah habis menulis, dia merayau sekeliling dunia cyber dan jalankan objektif utama dia iaitu MENCACAI.

Mencacai adalah aktiviti meninggalkan komen di portal berita,Facebook atau blog yang tak setuju dengan idea pencacai. Selalunya nickname yang digunakan adalah bersifat palsu dan tujuan akaun itu diwujudkan hanya satu...

Untuk mencacai.

Salam 1Malaysia kepada pencacai yang sedang mencacai. Petang ni bila dah habis waktu kerja. Jangan lupa off PC anda. Kurangkan penggunaan tenaga. Sayangi alam sekitar. Jangan bergaduh atau memekak kalau tiba-tiba peruntukan tidak disalurkan lagi.

Teka-Teki "2 Pencuri dan Morality Anda" dan Makcik Tak Nak Jawatan Bodo

Katakanlah...

Kau membuat rondaan rukun tetangga di kawasan kampung, bersama seorang penyokong kerajaan yang tegar. Sambil meronda dia pun berborak pasal benefit sokong kerajaan.

Nun di kejauhan sana, kau nampak 2 orang pencuri sedang cuba menyelinap masuk ke rumah orang kaya kampung!

Senapang patah kau hanya dibekalkan satu bijik peluru (maklumlah,bajet ciput)

Siapa yang kau tembak dahulu?

Perompak A yang sedang cuba mematahkan mangga besi menggunakan pemotong dawai dan hampir berjaya atau Perompak B yang sedang di atas atap sedang mencari port mana dia boleh turun dari atas?


Perompak A atau Perompak B?





Kalau aku.....

Aku akan tembak penyokong kerajaan tegar dahulu. Tiap2 hari bukak TV bukak radio dengar propaganda pun bosan jugak. Radio dengan TV kau buleh off tapi kau takkan berjaya suruh penyokong tegar ni tutup mulut diorang.

Lagipun curi kat rumah orang kaya, nama pun kaya.
Hilang RM500 dia keluarkan 500 juta.

...............




"Kami tak nak jawatan bodo tapi kami nak nama kami ada dalam borang.
Kami nak ada peluang."

Kalau orang tu tak nak jawatan, dia pegi meeting semata2 untuk makan karipap
dan duduk diam kat belakang sambil gelak2, makcik.

ASALKAN BUKAN UMNO!
ASALKAN BUKAN BARISAN NASIONAL!

April 01, 2012

Fakta Menarik Hari Ini


Isteri perlu taat pada suami,
Suami tidak perlu taat pada isteri.
Dalam Islam laa..
Dalam agama lain, lain la.