Februari 29, 2012

Menjadi Bapa Cemerlang 09 : Abah Terpaksa Jadi Matured Bila Kau Keluar dan Tengok Dunia

Tiap2 hari bila aku hantar anak aku dekat pengasuh dia, aku akan ingat balik apa aku buat dengan dia semalam tu. Contohnya semalam...aku peluk anak aku sambil menari2. Bantai aje la lagu apa pun tak kisah sebenarnya. Yang penting ikut kajian, melodi memainkan peranan yang agak penting dalam pembesaran anak-anak.

Jadi aku pun menyanyi la sambil melangkah-langkah macam orang gila meroyan dalam rumah nak suruh dia tidur. Anak aku diam aje. Aku takde idea nak nyanyi lagu apa lagi waktu tu sebab baru aje balik kerja dan aku agak penat meredah traffic jam, aku nyanyikan aje la lagu Justin Bieber. Aku rasa aku mampu menghafal lagu Justin Bieber tu lepas tah berapa puluh kali dengar. Catchy memang catchy...sedap tu tak.

"Ba ba ba ba..." Anak aku ikut menyanyi. Aku jadi agak down. Selama ni bila aku nyanyi lagu-lagu yang aku dengar, tak pernah pun dia ikut sama. Jadi, pagi tadi, aku hantar anak aku dengan wife aku. Dalam kepala aku teringat la detik bila aku menyanyi lagu Justin Bieber tu dengan dia.

Jadual aku sekarang ni membuatkan aku bangun tidur,tengok anak aku sejam dua dan kemudian hantar dia gi pengasuh. Bila aku balik dah senja jadi anak aku dah mula nak tidur. Aku tak suka kehidupan camtu. Aku rasa ramai golongan bapak kat luar sana yang keluar kerja anak tidur,balik kerja anak tidur. Macam takde terlibat sangat dengan pembesaran anak.

Jadi tiap2 kali aku hantar dia kat pengasuh tu dan tengok muka dia senyap masa kitorang nak beredar, aku selalu fikir "apa sebenarnya yang anak aku fikir masa tu?"

Adakah dia fikir "nak ikut!nak ikut!" atau "Pengasuh ni garang abah!Tak nak duduk sini!" atau sekadar "hehehe..bebas..bebas.."

Tiap2 hari bila aku ada kat ofis, aku akan ingat anak aku,duduk kat rumah pengasuh sambil fikir, adakah dia tengah menunggu aku balik ambik dia? Balik dan main dengan dia?

Sebab benda yang aku paling tak suka adalah menunggu.

Dan aku percaya dalam badan anak aku ada banyak perangai aku yang aku tak berapa hope dia warisi.Makan kuat. Tidur buas. Badan bersemangat. Nak semua benda cepat. Suka kena manjakan. Suka menyanyi dengar lagu Justin Bieber tu mesti dia dapat dari mak dia. Aku rock.

Aku takkan tau apa yang anak aku fikirkan sekarang...tapi sekurang-kurangnya aku wish aku tak terlepas milestone-milestone penting dalam hidup dia. Sebab selama ni aku terhuyung-hayang, tapi bila aku pegang dia masa umur dia 5 minit, benda pertama yang aku fikir adalah "Oh shit....boleh ke aku jaga dia ni sampai besar?"

Kalau kelahiran anak aku adalah moment di mana aku terpaksa jadi "matang" sikit..aku benar2 harap aku tak terlepas detik anak aku membesar nak mencapai taraf matured tu.

Februari 28, 2012

Kemaluan Wanita Terdedah Yang Sering Dipandang Normal


Adakah lurah dada wanita bukan salah satu daripada
organ yang boleh dikategorikan sebagai kemaluan?

Februari 27, 2012

Mamu Penang Mengamuk Habis Semua Cina Lari dan Melayu Pun Terpelihara





Lepas puas mengamuk sakan ni, pastilah orang2 ni akan balik
dan berkaraoke kerana karaoke adalah budaya UMNO yang paling diorang minat.
Lagu yang wajib dinyanyikan ketika sesi karaoke UMNO adalah lagu "Combi Combi Abang Sayang" atau "Abang Mamu Gatai Nak Menikah Dua."


..........



Jangan simpan duit dekat BSN.

Februari 26, 2012

Berita Paling Menghiburkan Aku Semalam


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima anugerah Imam Khalifah Agong Gayong oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. Dalam majlis yang diadakan di Perhimpunan Raksasa Perpaduan Gayong PSSPGM di Kompleks Sukan Kriss Modenas di Gurun, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menerima anugerah utama pertubuhan itu yang membawa gelaran Sri Pelangi Srikandi Utama.

Februari 24, 2012

Februari 23, 2012

Lelaki Yang Syok Sendiri dan Dia Ajak Orang Lain Syok Sekali

Dalam hidup kita mesti akan ada satu moment kau akan terjumpa seseorang.Aku tak maksudkan mengenai cinta. Aku maksudkan...manusia yang kau rasa sangat2 ridiculous.

Setakat hidup aku sampai sekarang ni, hanya seorang aje lelaki yang aku tak percaya boleh wujud hidup sebumbung dengan aku. Aku panggil dia Rahim la. Pada mula member aku bawak dia masuk rumah nak menumpang sebentar sementara dia nak carik rumah lain..aku tak sangka aku akan jumpa orang macam Rahim.

Rahim adalah seorang artis.

Wannabe artis yang halfway dah nak jadi artis betul. Tapi dia bukannya artis yang glemer tapi artis yang baru nak naik sebab tengah nak recording first album dengan group dia. Aku tak nak sebut apa nama grup dia sebab aku sure korang takkan tau pun.

Aku nampak dia normal aje pada mulanya tapi dia mula nampak belang dia yang menunjukkan dia sangat ridiculous adalah pada satu hari, bila aku tengah main game kat TV dia datang sebelah aku, pegang gitar dan menyanyi lagu group dia. Aku tak kisah sangat pasal benda tu....semua orang buat suka2. Tapi kemudiannya, dia tanya aku, "macam mana? Apa feedback kau pasal suara aku?"

Dalam hati gua..."Come on bro...sangat gay seorang lelaki bertanyakan feedback mengenai tahap vokal sendiri kepada seorang lelaki lain.." Aku ingat dia main2. Rupanya dia serius. Sebab muka dia ikhlas nak tau feedback pasal suara dia. Aku...terpaksa hipokrit dan berlakon kononnya aku pun minat bidang vokal ni.

"Boleh tahan jugak suara kau.." kata aku sambil senyum dalam otak. Rahim tanya lagi, "Kau rasa kalau aku nyanyi cam tadi ok ke macam ni ok?" Dia pun menyanyikan lagu tadi tapi dalam melodi yang berlainan. WTF....aku takleh nak buat2 tido time tu jadi aku terpaksa la layan dia nyanyi sambil sekali sekala menggabungkan suara aku dengan dia sebab dia kata suara aku sesuai buat harmoni. Layan jugak sebenarnya sebab dia jenis dapat dengar tone dan dapat tangkap key lagu, jadi lagu apa2 pun dia boleh main.

Semenjak dari hari tu,lepas si Rahim dapat rasa budak2 rumah dapat menerima lifestyle dia sebagai bakal artis...dia mula jadi lagi teruk. Kalau kau nak pergi makan ramai2 depan rumah dengan member tapi ada seorang dalam group kau bersiap pakai baju lawa dan boot siap pakai glove, ada baiknya berlapar daripada pergi makan. Itulah yang terjadi pada kitorang. Dia ikut kitorang makan tapi dia pegi macam artis pegi event red carpet....dan siap pakai glove. Nasib baik kedai makan tak ramai orang time tu.

Pada satu hari beberapa bulan kemudiannya...Rahim panggil aku. "Bro...kau boleh tolong bagi feedback untuk aku tak? Aku tak pandai sangat nak mengarang surat ni..." Jadi dia tunjuklah kat aku sepucuk surat yang dia karang dan printkan nak hantar dekat awek yang dia minat. Isi surat tu...amatlah memualkan. Contoh2 ayat yang aku ingat, "Hai,apa khabar di sana? Abang di sini senantiasa teringat akan Noor..cinta ini tak pernah lekang dan jiwa ini takkan tenteram selagi cinta abang ni tak berbalas.."

Aku pandang dia. Muka dia serius dan sangat ikhlas.Aku pandang sekeliling manalah tau aku sebenarnya sedang menjadi mangsa hidden camera. Takde kamera.

Aku sambung lagi baca surat tu. Dah siap bersign. Bawah sign tu..dia tak taruk nama dia. Dia taruk nama "Shah Rukh Khan Malaysia."Aku pandang sekeliling lagi sekali memastikan aku bukan bakal jadi mangsa hidden camera. Takde. Member aku semua duk main Diablo kat tingkat atas.

"Shah Rukh Khan Malaysia?" tanya aku. "Hehehehe..." Rahim gelak. "Kau rasa tak sesuai ke?" tanya dia sangat jujur."Ok...tapi kalau minah ni tak minat Hindustan camne?" tanya aku sangat hipokrit dengan wajah yang serius dan concern.

"Dia minat gila....aku kenal dia ni dari sekolah menengah. Dia minat betul Shah Rukh Khan.." jawab Rahim.

Aku biarkan aje la benda tu sebab aku tak tau nak cakap apa. Esoknya, dia memang betul2 post surat tu dekat minah tu.

Aku tak tau apa jadi antara diorang sebab aku tak nak tau. Rahim pun duduk la dengan kitorang dalam 6 bulan lebih dan kemudiannya kitorang terpaksa halau dia sebab dia duduk free dan dia selalu buat bising masa orang lain nak tidur.

Ada banyak lagi cerita pasal apa dia buat tapi biarlah aku dengan kawan2 aku aje simpan.

Dia adalah orang yang aku jumpa setakat ni yang aku takleh masuk langsung. Mungkin sebab dia artis tapi aku rasa Rahim ni ok lagi kot. Kalau Rahim sendiri yang baru nak jadi artis mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi macam tu...kau cuba bayangkan macam mana yakinnya jati diri artis2 wannabe yang masuk majalah Mangga?

Lelaki yang tidak normal aje yang berani join photoshoot Mangga dan posing untuk berenang untuk kesihatan.Ya Tuhanku....Jauhkanlah aku dan kawan2 aku daripada tawaran photoshoot berenang untuk kesihatan.

ps - Kau pernah jumpa orang yang lagi ridiculous dari Rahim?



Februari 22, 2012

Pemuda UMNO : Majalah Seks Untuk Rakyat Kini Di Pasaran


Pemuda Umno mahu Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula sebuah majalah tempatan yang didakwa mempunyai kandungan yang melampau dan berbentuk lucah.

"Kita sudah mempunyai garis panduan tertentu mengenai penerbitan majalah tempatan. Bagaimana majalah ini boleh melepasinya?" soal bertanya Ketua Biro Aduan Komuniti Pemuda, Muhd Khairun Aseh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas majalah yang bertajuk ‘Mangga’ atau 'Mango', yang boleh didapati di rangkaian kedai buku tempatan.Majalah yang ditunjukkan oleh Muhd Khairun kepada pemberita memaparkan gambar lelaki dan wanita yang tidak lengkap berpakaian dengan alat kelamin masing-masing. Ia juga menunjukkan aksi lelaki dan perempuan yang mendekati hubungan seks.

"Tetapi lebih daripada imej, kandungan majalah itu juga amat membimbangkan,apa yang menghairankan saya tajuknya Mangga tetapi kandungannya lebih kepada Betik atau Tembikai..ini seperti satu bentuk pembohongan kepada pembaca.." kata Muhd Khairun lagi.

Beliau kemudiannya membacakan beberapa petikan dari majalah itu yang menerangkan kurangnya rasa malu lelaki dan perempuan secara terperinci.Ini termasuk satu petikan yang dengan jelas menerangkan bagaimana ada seorang VIP mengajak seorang artis yang tidak boleh disebutkan bersetubuh dan bagaimana seorang artis mengatakan dirinya sudah insaf tapi masih lagi gemar menunjukkan kemaluan secara tertutup .

Menurut Muhd Khairun, majalah yang ditulis dalam bahasa yang amat mudah itu diletakkan di rak-rak buku-buku untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah di kedai-kedai buku.Katanya lagi, penjualan buku tersebut adalah melanggar Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan pengedaran atau penjualan bahan-bahan lucah.

Pemuda Umno, katanya, akan menghantar memo bantahan kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, esok bagi menggesa siasatan dijalankan dan menawarkan kerjasama sepenuhnya. (Link)

Februari 21, 2012

Orang Cina Maju Ke Depan Sambil Pemimpin Melayu Terus Menikus Kecuali Seorang

Perdebatan antara dua pemimpin parti MCA dan DAP yang berlaku Sabtu lepas aku harapkan dapat menjadi satu titik tolak politik Malaysia yang lebih open di mana pemimpin berani menyuarakan pandangan dan biarkan rakyat jadi judgenya.

Sayangnya pemimpin UMNO masih lagi menyorok belakang media dan takut nak bercakap secara direct depan rakyat. Nak kata takde medium, RTM dia punya, radio berlambak..jadi apa lagi alasannya? Dalam sebuah negara yang majoritinya Melayu, pemimpinnya Melayu dan PM nya Melayu..kaum minoriti jugaklah yang menunjukkan the way forward kepada kita.

Tak malu ke parti Melayu?Mungkinkah anda sebenarnya lebih takut malu dimalukan dalam debat? Ni zaman Malaysia nak maju. Propaganda menjual air liur semata-mata diiringi duit RM500 tak berkesan. Orang ramai sekarang tak ramai yang tanya "Kenapa kami perlu menyokong anda?"

Sekarang kita tanya "Beritahu kami kenapa anda nak pimpin kami?"

Ini adalah satu masalah besar kepada pimpinan BN kerana mereka tidak pernah mendapat tentangan selama ni jadi they are unprepared. Sebab tu kita boleh nampak benda2 sudden terjadi macam kempen Ah Jib Gor, kempen 1Malaysia melalui barangan subsidi, kedai rakyat 1Malaysia,duit Bantuan Rakyat 1Malaysia...

This is not good governing. Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang futureproof, yang penuh dengan idea baru yang mampu membawa Malaysia lebih baik. Bukannya bagi orang ramai RM500 dan kemudian claim "kita telah melahirkan ramai billionaire atas bantuan kerajaan." Instead of focusing on how many billionaire kita ada, kenapa tak kita kaji "kenapa ramai benar yang memerlukan bantuan rakyat 1Malaysia tu"

Kalau takut nak berhadapan dengan orang ramai kerana takut lidah kelu sebab tak ada teks ucapan...tak payah jadi menteri. Kalau diajak berdebat tapi alasan yang digunakan adalah "berdebat bukan budaya kita.." apa jenis menteri yang dilantik kerajaan sekarang ni? Berapa IQ mereka ni? Ada Master tapi bercakap macam budak habis UPSR. Kalau Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng berani memulakan satu trend politik yang lebih baik untuk Malaysia,diharapkan agar ramai menteri2 kita pun berani turut sama mengikut perubahan ini.

Aku tak suka Chua Soi Lek. Tapi kalau negara kita kena mengharapkan orang macam dia untuk mewujudkan budaya yang lebih baik di sebuah negara yang majoritinya Melayu...mana nak letak muka pemimpin Melayu? Chua Soi Lek adalah seorang yang anti Islam. Kat mana stand Barisan Nasional dalam bab tu dan apa yang dimusuhi sangat orang DAP tu? Sebab dia cuba tolong gadis Melayu satu masa dulu?

Aku harap Lim Guan Eng sahut cabaran Ibrahim Ali berdebat dalam BI. Mesti kelakar...mesti banyak TALK SHIT TALK SHIT. Ibrahim Ali ni berani memang berani..tapi sampah sangat ke level pemimpin Melayu sampai terpaksa bergantung dengan pemimpin sebegitu rupa sebagai lidah rasmi mereka?

ps - Hadi Awang pun dah cabar Najib berdebat....

Februari 20, 2012

Najib Razak Minta Semua Orang Menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional



"Datuk Seri Najib Tun Razak meminta umat Islam memilih kerajaan yang mampu menjamin, memelihara serta memartabatkan kesucian agama Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang."

Berdasarkan statement Najib di atas, mesej Najib Razak adalah sangat jelas...

"Sila pangkah PAS"


Februari 18, 2012

"Mah,Abang Janji Abang Akan Cuba Ubah Hidup Kita.."


Benda baik akan berlaku kepada mereka yang berusaha..
Benda amazing akan berlaku kepada mereka yang tidak kenal erti penat lelah.

Februari 17, 2012

Awkward Agama : Orang Cina Lagi Islam Daripada Orang Melayu Dalam Bab Etika

Semua orang yang dah kerja mesti mengalami banyak dilema dan masalah. Tapi kerja kat Malaysia ni lain sket. Kita punya work ethic agak berlainan berbanding dengan negara lain yang jauh lagi maju dari kita. Kes pandang slack dekat mereka yang rajin dengan alasan "dia nak bodek bos dan cepat nak naik pangkat" tu selalu kedengaran tapi sedar tak sedar sebenarnya the good guy dalam bab tu adalah mamat atau minah yang rajin tu. Aku tak kisah sangat dengan orang yang suka bodek bos.

Aku cuma tak suka dengan orang yang gila kuasa. Takde kuasa pun tapi sebab dia ngam dengan bos, dia rasa dia power.Orang2 macam ni memang agak menjengkelkan aku.

Tapi benda yang paling membimbangkan aku bila aku borak2 dengan member aku yang menjadi penjawat awam adalah budaya kerja diorang yang agak ....ridiculous. Bukan sebab kes staff gomen suka curik tulang....pasal ni aku tak nak tulis banyak. Cukup lah aku tulis ada satu masa, Jabatan kat Putrajaya terpaksa hantar pegawai round satu Alamanda untuk cari staff2 yang mengular time kerja dan siap sediakan bas untuk bawak balik diorang ke ofis masing-masing.Mana2 yang rajin..takyah la terasa. Mana2 yang mengular...silalah terasa.

Tapi itu bukan point aku hari ni. Point aku hari ni....Kau tak boleh lawan bos walaupun kau tau benda yang bos kau buat tu salah.

Itulah sebenarnya yang terjadi dalam mana2 sistem organisasi negara kita. Orang yang jaga integriti,jaga value kerja dia akan dipandang slack oleh sesetengah golongan yang dapat benefit daripada salah laku tu. Bukankah sepatutnya kita lebih menghargai orang yang menjaga akhlak diorang semasa kerja? Ya...tapi work ethic kat Malaysia ni...you can't play by the book. You can't play nice. You shouldn't be correcting the wrong.

Tak semua tempat kerja macam tu tapi once kau dah dapat bos yang corrupt, kau akan terpaksa jadi corrupt sama. Betul tak? Mungkin kau tak jadi corrupt atas sebab wang ringgit tapi kau attitude wise, kau still corrupt. Sebab kau tau benda tak betul jadi depan kau dan kau tak nak lawan sebab kau nak jaga perikuk nasik kau sendiri.

Work ethic negara kita sangat menghargai yes man.

Tapi bukan sekadar yes man sahaja...tapi kita orang Melayu sangat menghargai yes man yang angguk kepada semua benda tak kiralah betul atau salah.Nak tengok betapa huduhnya masyarakat kita?Cuba jadi straight man dalam organisasi kau Cuba tegah, cuba report, cuba lawan. Kau lah yang akan dipandang slack nanti sebab kau lurus sangat atau dalam bahasa budak sekolah "mat skema."

Kenapa? Entahlah.

Aku tau setiap staff gomen ada sign surat Aku Janji dan dekat sticker kereta staff gomen Putrajaya ada tertampal "Lindungi Rahsia Negara." Tapi bagaimana pulak kalau rahsia yang anda simpan itu sebenarnya rahsia penyelewengan menteri? Rahsia yang jaga agama sebenarnya tak beragama pun? Anda masih perlu lindungi itu semua? Macam mana tanggungjawab anda dengan agama?

Dari zaman aku sekolah lagi kita dah diajar distorted ethics ni. Masa sekolah dulu siapa suka budak yang report benda jahat dekat cikgu? Siapa suka pengawas sekolah? Pengawas sekolah aku yang disukai hanyalah pengawas yang bila dia nampak benda salah jadi,dia join sekali.

Macam mana kita nak jadi negara yang beretika kalau dari kecik lagi kita dah diajar...whistleblower adalah golongan yang tidak cool? Kenapa mereka yang trying to do the right things pula yang dipanggil pengkhianat?

Februari 16, 2012

Tutorial Photoshop : Dari Ordinary Kepada Seorang Cougar


Aku cukup marah bila Malaysiakini letak gambar Rosmah dalam keadaan asal camni. Diorang sengaja ke letak gambar dia yang ni? Jadi, aku gunakan subjek ni sebagai tutorial Photoshop hari ni. Anda juga boleh mencuba kalau mau. Kita hanya gunakan 3 tools sahaja, Liquify tool,dodge tool dan blur tool, lain2 tool yang kau boleh cuba sendiri .Ini adalah gambar asal,tujuan kita mudah..kita nak buat Rosmah nampak irrersistable.




Mula-mula gunakan blur tool dan ratakan kulit muka yang tidak rata.



Kemudian aku gunakan dodge tool untuk naikkan tone warna muka supaya nampat shining dan flat.


Liquify tool digunakan untuk proses re-shape muka. Kat sini aku referencekan wajah Mona Lisa,lukisan Leonardo Da Vinci.


Still dengan liquify tool,aku drag sikit mata dia dan bentukkan balik hidung dia.. Bibir dia aku tak kacau
sebab pada aku bibir dia dah cukup seksi untuk buat aku cair.


Ini adalah sambungan proses di atas.


Vibe yang aku cuba dapatkan daripada proses re-shaping tu adalah "seseorang yang accessible tetapi masih lagi irrersistable." Aku rasa aku dapat tangkap vibe yang aku harapkan tu kat atas ni.


Bila kita bercerita pasal imej, seorang fotografer yang hebat pasti akan create satu fokus point pada wajah seseorang..tapi kalau kau refer balik gambar original, takde fokus point untuk attract mata kau. Terlalu banyak highlight spot dan uneven lighting kat situ seolah-olah Malaysiakini memang sengaja nak menampakkan Rosmah tak cun. Aku kena createkan highlight untuk gambar ni tapi aku undecided sama ada nak jadikan hidung atau mata dia. Last-last aku pilih mata sebab aku selama ni terbayang macam mana FLOM kita pakai contact lens. Hari ni aku dapat jawapannya.


Lastly sebagai finishing touch...aku menggunakan teknik paling cap ayam untuk budak2 yang baru belajar Photoshop iaitu menghasilkan bloom pada sekeliling gambar. Pernah tengok gambar yang macam ada kabus-kabus? Senang aje nak buat. Duplicatekan gambar tu dan yang copy dia, kau blurkan pakai gaussian blur. Banyak mana terpulang kepada berapa strong target kau untuk bloom. Lepas tu tukar layer style dia jadi overlay atau screen atau soft light.


Ni lepas aku adjust sket2 bloom dekat gambar tu.

...........


Dan ini adalah hasil dia dalam bentuk final lepas aku adjust colour dengan saturation sket.

Aku harap Malaysiakini lepas ni dapat berlaku adil dan tidak lagi memaparkan imej Rosmah Mansor,First Lady of Malaysia dalam keadaan tidak terurus.

Ni kalau kat Hollywood ni, orang dah panggil Cougar.

Rarrr!


Februari 15, 2012

Nik Aziz Suka Tidur Atas Riba



Macam mana kita boleh melahirkan masyarakat yang malu
nak cerita pasal kasih sayang suami isteri masing2 tapi
lebih gemar bercerita pasal krisis rumah tangga orang lain?

Februari 14, 2012

Kisah 14 Februari : "Jangan Jadi Macam Reza"

Reza memeluk isterinya erat-erat. Milah menolak tangan Reza. Milah penat,satu hari dari pagi ke petang menguruskan perihal ketua jabatannya yang mengada-ngada. Dia penat melayan kerenah 3 anaknya yang membuatkan suasana rumah jadi hingar bingar.

Reza tidak mahu mengalah lagi. Tangannya di usap ke bahu Milah. Milah mendengus sedikit.

"Hari ni kan valentine? Takkan la abang takleh nak manja-manja dengan awak?" tanya Reza dengan nada suara yang mampu membuatkan sesiapa saja geli geleman.

"Saya penat la bang..." jawab Milah.Reza mula rasa bosan lalu ditarik tangannya kemudian baring rata di atas katil melihat kipas angin.Fikirannya mula merewang rata teringat kembali valentine-valentine dia sebelum ini.

Reza masih ingat jelas lagi dalam kepala dia pada 14 Februari 2001, bila dia keluar dengan temannya ketika itu yang bernama Rosnah. Lama juga dia keluar dengan Rosnah selama hampir 6 bulan sebelum malam 14 Februari itu. Waktu itu mereka masih mentah. Tidak punya banyak pegangan.Tidak banyak halangan. Walaupun dah bermacam-macam benda yang mereka berdua lakukan, ada satu saja benda yang belum dilakukan.

Seks.

Reza mahu. Jantan berdarh panas mana yang tidak mahu? Rosnah pula? Pelbagai alasan akan digunakan untuk Rosnah menolaknya.Tapi pada tanggal 14 Februari 2001 selepas selesai kuliah mereka pada hari itu Rosnah minta berjumpa.

"Za...awak tau...Sudin dengan Ayu dah...errmm" kata Rosnah. "Dah apa?" tanya Reza. "Dah ehem ehem..." jawab Rosnah malu-malu. "Apa kaitan dengan kita?" tanya Reza. "You are a very special person to me.." jawab Rosnah.

"I want to make us eternal.." Rosnah diam lalu dipegang jari Reza.Jari Reza di usap-usap. Menggelegak darah Reza.

Malam 14 Februari 2001, teruna Reza hilang di sebuah bilik hotel murah di Puchong.
Rosnah menangis panjang selepas hilang gelora nafsu. Benda dah terjadi tak boleh di putar balik.

...........

"I want to make us eternal.."

Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga Reza setiap kali,setiap hari. Bila dia dan isterinya setuju nak menimang anak, ayat itu juga lah yang kedengaran bila dia bersama Milah. Setiap kali bersama Milah, ayat Rosnah itu akan terus menghantui Reza. Tiap kali Milah memegang tangan Reza, igauan ayat Rosnah itu takkan hilang.

Memang benar kata Rosnah, mereka akan terus kekal sehingga azali walaupun sudah tidak bertegur sapa. Macam orang kata; dia yang pertama itulah yang kita akan ingat sampai bila-bila dan akan terkenang sampai kita mati.

Kan?

Februari 13, 2012

Carik Gaduh : Obama vs Najib, USA vs Malaysia


Tah betul atau tidak fakta dalam gambar ni..
Tapi kalau korang ada masa terluang, aku nak bertanya.
Orang selalu bagi respon mcm ni kalau aku kutuk Proton ,

"bagi la can kat Proton, kau tengok la kereta Korea dulu mcm mana...Proton ni boleh dikira muda lagi dalam industri automotif...baru berapa tahun Proton wujud..." bla bla bla...

Berdasarkan ayat di atas ;

Pada pandangan anda,
Kenapa Singapura lagi maju dari negara kita?


Februari 10, 2012

Awkward Agama : Tugas Kita Bukanlah Untuk Mempertahankan Benda Yang Tidak Betul


Pada suatu hari, Allah SWT memanggil Malaikat Jibrail dan memerintahkan Jibrail
 memusnahkan sebuah kampung kerana
majoriti penduduk di kampung tersebut tidak patuh kepada-Nya.

Jibrail lalu bertanya kepada Allah SWT;

"Ya Allah Ya Tuhanku, di kampung tersebut terdapat seorang lelaki yang sangat alim, patuh dan mengikut segala perintah-Mu..adakah dia juga perlu aku musnahkan?"

Lalu Allah SWT menjawab;
"Musnahkan dia terlebih dahulu."

"Kerana dia tidak pernah marah kepada jiran-jirannya
atas nama diri-Ku.."

..........

Bagaimana anda meng-interpretasi cerita ini?

Februari 09, 2012

Mahathir,Proton dan Kereta Nasional Murah

Aku tengah tunggu kereta Proton baru bulan 3 ni. Semenjak aku tgk Persona member aku dengan adik ipar aku, aku punya pandangan ada sket lain dengan Proton lepas zaman gelap Proton tatkala Gen2 keluar dulu. Gen2 mmg banyak problem. Masa aku nak beli kereta,aku nak beli Saga BLM, member aku yang pakai Saga BLM pun kata jangan beli.Banyak defect,kata dia.

Tapi bila keluar Exora,keluar Persona...tanya sapa2 yang pakai, semua takde kata "biasalah Proton,mesti ada problem." Semua agak gembira. Cuma komen diorang..minyak makan kuat. Aku rasa Proton makin lama makin improve.

Proton mmg makin improve.Tapi Pakcik Mahathir makin deteriorate.Aku paham Proton idea dia...tapi..dah tiba masanya dia duduk rumah dan jaga cucu dan sound sket anak dia yang invest dalam benda haram.

Dipetik dari tulisan Pakcik Mahathir sendiri ;

" 1. I stopped using Proton cars after I stepped down. I wanted to enjoy the superior quality of the high-end European and Japanese cars."

Ye Tun. Kitorang pun nak sebab kitorang tau without the protection on the national car,semua orang boleh enjoy the superior quality of high end European and Japanese car. Buat loan 9 tahun untuk beli Honda City atau Perodua Myvi, mana satu yang jahanam dulu keretanya? Padahal...City dengan Myvi bukannya jauh harga asal dia....

"2. Proton was known for its cheap cars. The assumption is that it can never produce cars of quality as represented by European, Japanese and even Korean cars."

Proton diketahui murah di Malaysia kerana cukai.Jualan di oversea menjadi bukti kereta lain yang Tun katakan superior quality adalah sama harganya dengan kereta Proton.

"12. Naturally the price would be higher though probable cheaper than imports with similar features and quality."

Keh keh keh.Fabricated market price.
Anything can be made to look cheap if you dont have a true competitor.

"3. The people at Proton are unhappy over this reputation. They feel it is wrong to think that they cannot produce high end cars. It is just that the company policy was to produce run-of-the-mill cars. The Malaysian public expect Malaysian cars to be cheap. Cheap cars just cannot have the quality and the features of the more costly imports."

Lagi sekali...Cuba cek berapa harga kereta import kat Langkawi untuk tau harga sebenar dia kepada yang masih belum tahu.Kemudian comparekan dengan apa yang anda dapat kalau anda beli kereta "Nasional."

...............

Membangunkan negara dengan menyusahkan rakyat bukanlah satu bentuk kerajaan yang baik Tun.
Dan aku bukan orang yang gila, gembira bayar cukai lebih untuk kereta dia 
macam sesetengah orang UMNO yang aku kenal.

Februari 08, 2012

Menjadi Bapa Cemerlang Bab 07 : Access Porno 24 Jam Untuk Minor dan Kanak-Kanak Belum Baligh

Kalau ditanyakan kepada seorang budak sekolah rendah;


1. Siapa yang ajar awak semayang?
2. Siapa yang ajar awak ingat doa makan?
3. Siapa yang ajar awak Jawi?
4. Siapa yang ajar awak rukun Iman dan Islam?
5. Siapa suruh awak bagi salam tiap2 kali jumpa orang tua?
6. Siapa ajar awak mengaji?

Jawapan diorang adalah Cikgu atau Ustaz/Ustazah.Nak lagi sedap jawapan dia?

Salah UMNO.
Salah kerajaan.
Salah Anwar Ibrahim.
Salah media massa.
Salah Hasan Ali.

Bukan mak bapak.

Habis tu,mak bapak ajar apa?

Mak bapak bagi Blackberry untuk belajar, siapkan line internet dekat anak. Anak pulak borak2 dengan member sambil tunjuk gambar dia tangkap dengan awek yang dah diupload dekat Facebook...masa khutbah Jumaat. Kena sound dengan sorang pakcik...dia sound balik pakcik tu....bila part tu hari tu..aku malas nak campur. Kalau ikut hati aku, aku gi tukar Blackberry dia dengan henfon aku. Baru dia tau macam mana rasanya ada henfon yang datang dari tahun 2005.

Bila anak jadi huru-hara...salah siapa? Salah cikgu. Salah Ustaz. Salah Ustazah.Tak pernah salah daddy,papa,abah,father,brother,big bro,hommies...Salah cikgu sebab cikgu sekarang ramai pemalas dan sebenarnya tak berminat nak jadi nak cikgu,tapi terpaksa jadi cikgu.

Jangan bagi anak anda access ke internet 24 jam sehinggalah dia habis SPM.Sebab zaman sebelum tu adalah zaman di mana apa-apa saja benda berkaitan dengan seks...akan buat dia terangsang.

Kalau anak anda kepenatan setiap hari...ada sebabnya. Cuba buat surprise dan bukak pintu bilik dia sekali-sekala.

Gila bagi budak sekolah rendah Blackberry...siap ada internet. Porno 24 jam accessible! Waktu dari darjah 5 ke tingkatan 5 la budak2 lelaki akan carik porno habis-habisan.Bagi dia access...baligh awal dan baligh terpaksa la dia.

Untuk budak2 yang belum baligh dan tak matang ni...
Bagi fon yang bole msg dan bole call dah la. Kamera pun tak perlu.

Februari 06, 2012

Keberanian Untuk Tangkap Gambar Yang Mempunyai Gayness Vibe




Tak ramai yang mempunyai keberanian bergambar sebegitu.
Hanya lelaki yang betul2 yakin dengan kelelakian dia
mampu berposing macam tu.

Sekarang ni aku sedang berusaha mengurangkan keinginan untuk letak
gambar perempuan seksi dalam ni.

Aku akan terus mencuba. Doakan aku berjaya.

Selamat menyambut Maulidur Rasul!




Februari 05, 2012

Salam 1Indonesia


Ada 3 possibilities;

1. Pemerintah Yogyakarta is inspired by idea original Najib Razak
2. Pemerintah Yogyakarta tiru idea original Najib Razak
3. Najib Razak beli idea orang lain..orang lain tu pun jual idea yang sama dekat pemerintah Yogyakarta.

Februari 04, 2012

Februari 03, 2012

Ahmad Maslan dan Tahap Akademik Pemimpin UMNO



Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan kata,
"Debat bukan budaya kita.."

Aku percaya, maksud sebenar dia adalah,
"Debat bukan budaya kita kerana pada saya tak ramai antara kami yang berani nak biar orang awam menghakimi pandangan kami secara terbuka dan kami tak dapat nak bercakap tanpa ada teks atau ucapan yang telah disediakan terlebih dahulu. Kami dalam UMNO hanya berani kalau berucap antara sesama ahli UMNO atau ketika ditemuramah wartawan RTM dan TV3 sahaja."

Tapi bila kau baca balik,maksud tersirat Ahmad Maslan adalah;
"Saya terpaksa cakap debat bukan budaya kita sebab PM kita tak nak berdebat jadi saya terpaksalah meletakkan diri saya sebagai perisai untuk melindungi bos saya."

Kalau tengok lebih dalam lagi..sebenarnya Ahmad Maslan sedang berkata
"Debat bukan budaya kita kerana PM takut kalah berdebat"

..............

Debat bukan budaya kita? Apa sebenarnya yang diorang buat kat Parlimen hari-hari? Tekel Nurul Izzah?Hanya di Malaysia jawapan sebegini diterima dan dianggap cukup bagus dan sangat intellectual untuk level seorang politician.

................

LABIS 26 Jan. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini menolak pelawaan Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman untuk berdebat mengenai masalah Felda.

Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh Presiden Anak itu.

"Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah menengah lagi." (Link)
.............

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!
CABAR DIALOG SECARA TERTUTUP?
DEBAT SEMENJAK SEKOLAH MENENGAH?
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!
UMNO MEMANG MAKIN KELAKAR!
KENA HANTAR WAKIL MASUK RAJA LAWAK!

MESTI MENANG!
BOLEH BELI BAJU UNTUK ROSMAH!
SEBAB ROSMAH CUTTING BODY DIA 38-24-26.

X2.

RUPANYA DARI DULU SAMPAI SEKARANG
AHMAD MASLAN NI PANDAI BERKOMEDI.





Februari 02, 2012

Kisah Penyelamat Melayu


Dengan sekelip mata,
Lelaki itu diangkat jadi penyelamat Melayu.

Penyelamat Melayu yang ada satu power sahaja.
Power menyalahkan agama lain.
Lalu superhero Melayu inipun bangun.
Menyuarakan mengenai ciptaan jahat antagonist Kristian.
Injil Berkuasa Solar!

JENG JENG JENG!

Kata superhero kita,
"Injil itu mampu membuat Melayu murtad.."

Orang Melayu pun bangun ber-HIMPUN.
Bangun menentang antagonist Kristian dengan ber-HIMPUN.
Ditinggalkan anak isteri di rumah untuk ber-HIMPUN.
Tapi terlupa kunci pintu rumah kerana nak cepat ber-HIMPUN.

Tatkala pejuang Melayu sibuk ber-HIMPUN
Datang konco antagonist Kristian ke rumah mereka.
"Oh ini pintu rumah tak berkunci pun!"
Riang hati antagonist Kristian sebab lelaki Melayu gemar ber-HIMPUN.

Balik rumah selepas ber-HIMPUN,
Mengamuk para superhero kita.
Anak bini kata nak murtad
Superhero bengang tak ingat
"ARGHH! Kristian cilaka keparat!"

Tapi tak nak pulak dia kata
"Aku yang lupa kunci rumah la..."

Penyelamat Melayu sebenar takkan cerita pasal
"Melayu murtad kerana Injil berkuasa solar."

Penyelamat Melayu tulen akan tanya kenapa hanya
segelintir Melayu pergi dengar ceramah dia
dan kemudian carik jalan meramaikannya.

Dan kemudian fikirkan...

Kenapa dalam sebuah negara yang azan kedengaran merata tempat...
Mengapa Melayu jugak yang gemar murtad?

Tak berkesan ke azan tu dekat orang bukan Islam?
Kat orang Islam?

...........

Kalau hari ni Nik Aziz kata dia setuju join UMNO
Esok pastilah frontpage Utusan dan semua blog UMNO akan kata
"Nik Aziz penyelamat Melayu dan Islam.."

Bacaan lanjut
Kenapa gerakan Kristianisasi sangat berkesan?
Mana hilang penyelamat Melayu ketika ini?
Ke mana penyelamat Melayu dalam UMNO?
Kebenaran

Kenapa takde lagi penyelamat Melayu yang ada pangkat dan kuasa
mintak haramkan majalah Mangga ni?

Februari 01, 2012

Cinta Muka Buku Adalah Lagu Yang Sangat Annoying

Cinta Muka Buku adalah lagu yang sangat annoying.

Apa yang membuatkan lagu tu lebih annoying adalah apabila anda menggunakan lagu tu sebagai ringtone anda dan setiap kali berbunyi henfon, anda akan humming lagu tu. Tapi bagaimanapun lagu itu tidak cukup annoying kepada aku untuk menggantikan raja lagu paling annoying aku.

Video klip dia..Masya Allah.Sapa punya idea animate note lagu tu?

Carta lagu paling annoying aku;

1. Lonely - Akon
2. Mana-mana lagu Black Eyed Peas
3. Mana-mana lagu Justin Bieber
4. Mana-mana lagu Ke$ha (WTF eja nama dengan simbol duit?)
5. Selena Gomez - Love You Like A Love Song
5. Crazy Frog,Limp Bizkit,Creed
6. Aqua- Barbie Girl
7. Najwa Latif - Cinta Muka Buku
8. Mana-mana lagu gangster rap
9. Mana-mana lagu Maroon 5 selain album first
10. X-Factor - Sehangat Api


Ada satu hari,lagu ni lekat dalam kepada sepanjang waktu kerja sampai la aku tidur.Ada orang pasang dekat ofis. Sampai sekarang aku tak tegur dia.

ps - tidak ada Rebecca Black di situ. Aku tak tau apasal hati aku ada soft spot dengan Rebecca Black dan lagu dia walaupun tak sedap,tak berapa meng-annoyingkan aku.