November 30, 2011

Ada Apa Dengan Khairul Fahmi Che Mat?

Sekarang ni memang heboh betul pasal gosip Khairul Fahmi Che Mat, keeper Malaysia. Hero negara. Pahlawan Melayu. Pembaham Garuda. Mula-mula sekali gosip dia kalau ikut kronologi;

1. Dia putus tunang. Tunang heboh dekat blog. Lepas tu berebut pasal cincin. Tunang kata dia ada orang lain.

2. Kantoi KFCM jalan-jalan dengan awek sambil pegang tangan.Dia kata minah tu macam adik kandung.

3. Keluar gambar KFCM posing depan botol arak. Dia kata tu kebetulan.

4. Blog-blog gosip keluarkan gambar KFCM bergambar dengan seorang minah yang cleavagenya agak lazat tapi sayangnya....tak berapa hot.

5. Semalam, keluar statement kat radio Bernama, family dia mintak tolong hentikan fitnah ke atas KFCM. Mak dia kata "anak dia baik."

......................

Gila banyak masalah kau Khairul Fahmi Che Mat.
Kau nak tau kenapa semua masalah ni kena kat kau?

Sebab kau handsome.

Orang Melayu jarang nak bergosip pasal subjek yang tak hensem.Baguslah
kau dah cuba menghodohkan diri dengan fesyen rambut kau yang terbaru sekarang.Kalau tengok gambar lama kau kat atas ni, aku pun boleh jatuh cinta.

Dan bagitau dekat family,tak kiralah siapa..
Tulis masalah peribadi dalam internet khasnya dalam Facebook atau blog
adalah benda paling bangang yang seseorang boleh buat.

November 29, 2011

Kalau Kau Tanya UMNO, Mana Lebih Penting, Agama atau Bangsa...Mesti Ada Yang Confuse Menjawabnya


Kadang-kadang bila kau layan RTM, kau akan dapat hiburan yang agak kelakar. Contohnya hari tu, RTM buat lintas langsung dari PWTC pasal persidangan UMNO. Wartawan pun interview seorang Datuk ni, tak berapa famous, tak ada pangkat besar.

Datuk ni pun berusaha la mengingatkan kepada penonton, "Semua orang mesti sedar pembangunan di Malaysia ni adalah hasil usaha UMNO.."

Ayat tu ok lagi..bolehlah diterima akal. Kemudiannya..dia sambung..

"Segala nikmat yang UMNO telah berikan selama lebih 50 tahun di Malaysia janganlah dipersia-siakan.."

Kah kah kah kah.
Otak Tuhan bagi.
Jangan persia-siakan.

Kah kah kah kah.
Terhibur aku di kala stress.

November 28, 2011

Pemimpin Melayu dan Tengkorak Dalam Almari

Kita tau politik kat Malaysia ni memang apa-apa cara sekalipun, boleh. Buat lah tuduhan macam mana sekalipun, semuanya ok...atas dasar politik. Daripada semua tuduhan2 yang berlaku tu yang kita takkan tau pucuk pangkal dia sama ada benda tu benar atau tidak, orang tu jugak la yang akan diangkat jadi pemimpin.

Tak pernah ke anda terfikir; kalaulah SEMUA tuduhan politik yang kita boleh dengar hari2 sekarang ni itu..adalah benda betul. Benda yang benar-benar terjadi.

Najib dengan Rosmah memang pembunuh Altantuya. Anwar Ibrahim memang biseksual. Rais Yatim memang rogol orang Indonesia. Menteri Besar Terengganu memang kena tangkap khalwat. Wan Azizah tau Anwar gay tapi senyap sebab kepentingan politik. Nik Aziz sebenarnya berlakon alim sebab nak jawatan. PM kita pernah kena tangkap dengan artis dekat Port Dickson.

Bagaimana kalau semua benda tu betul?

Dan kita pulak akan take sides.. Hanya percayakan cerita mana yang kita sokong,yang kita suka. Kita ni, tak ubah seperti buah catur yang dikawal. Kerana tak ramai antara kita yang nak jadi pemimpin. Tak ramai yang berangan pun nak jadi PM. Mungkin masanya dah tiba untuk ajar anak2 kita jadi pemimpin. Bukan untuk jadi seorang politician yang berlakon hebat jadi seorang pemimpin.

Mungkin ada yang bertanyakan... "Habis tu, kalau macam tu nak sokong siapa?"

Sokonglah mereka yang takde skandal takde gosip liar.
Masalahnya,.....ada ke?

Kita terlalu ramai politician.. Tapi sangat kekurangan pemimpin. Apa yang kita mampu buat sekarang ni adalah pilihlah pemimpin yang paling kurang memburukkan orang lain. Kita takde choice lain. Itu cara kita sekarang.

Agama tak suka cara politik kita...
Tapi kita kena suka sebab itu cara Malaysia.

Berapa orang pemimpin kita...berpolitik ikut cara agama? Bilanglah dengan jari dan tangan anda. Insya Allah cukup jari anda. Sebab tu masyarakat kita suka tengok orang lain jatuh. Sedar tak sedar, pemimpin yang kita pilih adalah wajah kepada masyarakat yang mereka pimpin.


November 23, 2011

Sayang, Abang Sudah Jatuh Cinta Sama Zaskia Adya Mecca Dari Seberang


Kalau kau bukak TV ke Facebook ke apa-apa sekarang ni..tak habis lagi cerita pasal betapa bagusnya Malaysia berbanding dengan orang Indonesia. Indonesia tak hormat itulah..Indonesia cilaka lah...Indonesia tak bertamadun lah...Ramai pulak yang respon menaikkan semangat. Pergh!

Mesti ramai jugak yang lepas habis kutuk2 gila babi tu..bukak komputer nak update status Facebook nak maki Indonesia ni......sambil layan lagu Dewa 17 takpun Rossa. Aku pun baru layan drama Indonesia semalam. Awek dia hot-hot.

Kah kah kah kah.
Gelak kaum yahudi sebab tengok orang sama bangsa sama agama dok bertelagah.

ps - Mana-mana negara pun ada monyet. Bila ada monyet provoke anda dan anda respon provokasi itu...ia tak menjadikan anda hebat dan kuat. Tindakan itu menjadikan anda seorang monyet.

November 22, 2011

5 Perkara Yang Anda Boleh Belajar Mengenai Posting Aku Semalam

1. Kelulusan adalah amat penting. Kau takde kelulusan kau perlu bergaji lebih rendah berbanding mereka yang berkelulusan. Itu adalah peraturan sesetengah orang yang dah di set dalam kepala dia.

2. Seseorang itu akan kekal berpuas hati dengan apa yang dia ada selagi tidak ada orang lain cuba minta lebih daripada apa yang dia dapat.

3. Kerja sebagai jurutol? Kalau boleh jangan cuba minta gaji lebih tinggi kerana,come on la...anda jurutol aje. Fresh grad pun Rm1800 aje tau! Jadi jurutol kena mintak kurang dari tu.

4. Seseorang itu tidak akan bersuara selagi tidak ada orang lain yang berani bersuara.

5. Kerja jurutol? Jangan expect gaji yang reasonable sebab ramai jugak yang tak terlibat pun dengan pekerjaan tu tapi bermentaliti macam CEO syarikat tol.


.........

Artikel semalam rekaan aku.
Aku memang penipu.
Tapi kau tak boleh tipu respon kau.

Jika anda merasakan RM2200 untuk jurutol di Malaysia adalah sesuatu permintaan yang tidak munasabah...anda sebenarnya yang tidak munasabah.

 Terima kasih.
Aku tak expect dapat respon negatif sebanyak tu.
Sangat berjaya eksperimen aku. Yea!

November 21, 2011

Rintihan Jurutol Malaysia

Kuala Lumpur, 18 Nov 2011 - Kesempitan hidup yang semakin menekan memaksa beberapa orang pekerja syarikat konsesi lebuhraya yang bekerja sebagai Jurutol melakukan piket untuk meminta dinaikkan gaji mereka.

Kebanyakan pekerja yang menyertai piket secara aman itu sangat tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat konsesi lebuh raya yang masih lagi enggan menaikkan gaji pokok Jurutol di seluruh negara walaupun keuntungan yang dicapai oleh syarikat pengendali lebuhraya-lebuhraya di Malaysia mencapai bilion keuntungannya.

Salah seorang peserta yang namanya tidak ingin dikenali memberitahu, "kami kerja susah payah,siang malam,raya pun kami tak balik,kena bergilir-gilir tapi apa imbuhan kami dapat? Yang kaya pengurusan."

Pandangan sama turut dikongsi oleh Asnita, salah seorang Jurutol yang bertugas di kawasan Lembah Klang. "Saya berjaga pagi tapi siang saya kena jaga anak,masa saya untuk keluarga tak ada."

Hasil tinjauan rambang wartawan mendapati ramai antara mereka memperolehi pendapatan kasar RM850 ke RM950 sebulan, satu amaun yang boleh dikatakan agak rendah berbanding dengan profesion lain.

Jurucakap bagi kumpulan Jurutol ini yang hanya mahu dikenali sebagai Azman Jantan meminta pihak konsesi supaya mempertimbangkan kenaikan gaji kasar Jurutol di seluruh negara dinaikkan daripada RM850 kepada RM2200 tidak termasuk kerja lebih masa.

"Kerja kami sangat berisiko tinggi. Bila-bila masa saja nyawa kami boleh melayang walaupun pihak pengurusan sudah memasang alat-alat keselamatan tetapi mungkin ramai yang tidak sedar, kami menyabung nyawa setiap hari. Pada kami jumlah yang kami minta amat munasabah kerana keuntungan syarikat pengusaha lebuh raya kebanyakannya sudah pun mencapai kadar balik modal dan keuntungan yang diperolehi setiap tahun semakin meningkat kerana jumlah bilangan pengguna kenderaan semakin hari semakin bertambah."

Encik Azman menyimpulkan, "Pada kami amaun RM2200 adalah amaun yang berpatutan kerana ini selaras dengan usaha Perdana Menteri kita yang ingin menjadikan negara ke arah rakyat berpendapatan tinggi."

Pihak kami masih lagi menunggu maklum balas daripada pihak-pihak pengurusan lebuh raya.

November 18, 2011

Awkward Agama : Ada Apa Dengan Janda?

Aku selalu tulis pasal ni.

Tugas seorang isteri mengikut agama amat mudah...sebenarnya. Isteri kena pastikan suami mampu carik nafkah untuk keluarga dan isteri kena jaga dan didik anak-anak.

Tugas suami pulak?

Tugas suami adalah semua benda yang isteri tak kena buat termasuklah apa-apa saja benda yang masyarakat Melayu kata "isteri punya kerja" yakni basuh baju,lipat baju,kemas rumah,sapu sampah,buang sampah dan apa2 lagi kerja lain yang orang2 tua kita kata "anak dara kena tau."

Perlu diperjelaskan kat sini; Makan pakai suami...exclusively..isteri punya tanggungjawab. Sebab tu lah orang2 tua kita kata "anak dara kena tau." Tapi masyarakat kita dah skew benda tu sehinggakan semua hal rumah....jatuh dekat isteri.

Aku nak tanya..siapa orang paling kuat dalam dunia?

Mesti kau akan jawab pemenang pertandingan World Strongest Man yang mampu tarik kapal terbang menggunakan tangan. Akan ada juga yang menjawab Bruce Lee adalah orang paling kuat dalam dunia sebab badan dia adalah badan paling sesuai untuk aktiviti fizikal.

Kalau bercerita pasal orang yang paling kuat dalam dunia; kita akan kaitkan dengan aktiviti fizikal. Seolah-olah kekuatan itu adalah milik satu jantina sahaja; lelaki.

Tetapi sebenarnya,
orang yang paling kuat dalam dunia adalah seorang perempuan yang mampu melakukan kedua-dua kerja suami dan isteri apabila dia kematian atau kehilangan suami dia kerana dia masih mempunyai anak-anak.

Sebab tu agama kita galakkan kalau nak berpoligami,kahwinilah janda atau balu. Sesiapa yang mengahwini janda atau balu yang mempunyai anak, mereka sebenarnya mengahwini orang yang paling kuat dalam dunia.

Tapi,kita,orang Melayu...mulut tak reti tutup. Bila dengar seseorang perempuan itu statusnya janda, akan ada la mulut yang kata "mesti dia gersang sebab dah tak dapat ehem-ehem....."

Tak percaya? Googlekan "main dengan janda."

Lihatlah hasilnya.Tambah sedikit variasi kalau nak search tu; "main dengan janda anak satu," "mencari janda gersang" atau simply cari "janda." Menarik bukan hasil carian anda? Sekarang...cuba kau carik "Sex with single mom." Comparekan dengan result search "Main dengan janda" tadi. Ada berbeza tak mentaliti orang agama lain dengan orang Melayu yang agamanya Islam?

Agama suruh bantu golongan ini sebab mereka tanggung beban dua orang atas bahu mereka sendirian tapi lebih ramai lelaki yang nak janda ni panjat duduk atas bahu mereka. Apa-apa saja yang janda buat...mesti jadi berita sensasi. Belum masuk lagi adegan stereotaip dalam drama kat TV kita.

1. Kat kampung, ada janda hot...mesti janda tu berniaga kedai makan.
2. Perniagaan dia tu mesti laku. Sebab dia janda hot.
3. Isteri-isteri mesti takut kalau suami selalu pegi makan situ.
4. Suami pulak mesti suka makan kat situ sebab boleh usha janda.
5. Ramai2 sanggup lepak kedai janda tu tak kira usia, tua muda semua gatal.

Tipikal gila. Drama kita adalah cermin masyarakat kita tetapi drama tidak pun menggunakan cermin itu untuk membentuk masyarakat.

Mungkin Datin-Datin yang memperjuangkan hak wanita di Malaysia boleh bantu golongan janda dan balu atau senangnya, ibu tunggal carik suami.  Suami anda pula sudah pastinya berkemampuan. Apa salahnya anda benarkan suami anda berkahwin dengan golongan wanita yang sepatutnya dibantu seperti yang dianjurkan oleh Islam?

Mungkin itu langkah permulaan untuk mengelakkan golongan janda, balu dan ibu tunggal ni dipandang serong masyarakat. Khasnya janda. Sebab kalau lelaki membaca Harian Metro setiap hari...ramai yang akan percaya...janda mesti gersang.

Harian Metro..
Sampah masyarakat.

November 17, 2011

Contest Untuk Blogger : "Kenapa Aku Rasa Blog CursingMalay Awesome Gila?"

Memandangkan blog ini dah makin popular dan makin dikenali sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa, yakni orang Malaysia yang duduk oversea, aku dengan ini ingin mewujudkan contest macam blogger-blogger lain yang tak sefamous aku selalu buat.

Contest ni mudah.
Apa yang diperlukan hanyalah sedikit aje masa anda.

Cara menyertai :

1. Buat satu entri dan tajuk entri tu adalah "Kenapa Aku Rasa Blog CursingMalay Awesome Gila?"

2. Entri tu mestilah memuji aku. Sebarang kritikan atau pandangan negatif aku disqualifykan.

3. Peserta contest ni mestilah meletakkan plug in lagu kegemaran aku sekarang ni di blog diorang iaitu lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif dan pastikan plug in tu autoplay bila orang bukak blog anda. Tujuannya untuk menghasilkan mood yang sesuai untuk pembacaan. Volume setkan tinggi2.

4. Dalam entry anda tu, anda mestilah meletakkan banner yang aku sediakan kat bawah ni. Takde banner dalam entry, disqualify. Pilih salah satu. Kalau nak letak semua lagi bagus tetapi chances untuk anda menang tidak berubah.





5. Kemudian lepas anda dah publish...anda ambik link post tadi dan pastekan link blog anda kat ruangan komen kat entry aku ni. Ni syarat tak compulsory. Lagi cantik kalau gambar avatar anda adalah gambar gadis cantik, kalau aku nampak gambar awek, selalunya aku akan bukak link anda tu. Sebarang proposal untuk menjadi gelfren atau perempuan simpanan akan diberikan penilaian yang lebih khusus.

..............

5 x Hadiah Utama :
Pemenang akan mendapat satu (1) visit daripada aku dan apa yang lebih membanggakan, aku akan komen dalam posting anda mengenai blog aku tu. Lumayan kan?

10 x Hadiah Saguhati :
Kemungkinan untuk orang bukak link blog anda yang anda pastekan dalam komen tu akan meningkat. Percentage anda bertukar-tukar link dengan blogger lain akan melonjak!

1 x Grand Prize Winner :
Aku declare awal-awal lah supaya takde orang sue aku..
Grand prize winner contest ni adalah aku.

.................

Terima kasih jika anda menyertai peraduan ni.
Mula lah mengarang entry anda sekarang. 
Tiada tarikh tutup untuk peraduan ini. 
Bila-bila anda nak masuk anda boleh masuk. 

Pemenang hadiah utama akan dipilih bila-bila masa aku berkelapangan.

November 16, 2011

Sitcom Review : How I Met Your Mother 710 "Tick...Tick...Tick..."

Bagaimana hendak melukakan hati seseorang,
yang kau tau masa depan dia dengan kau kelam,gelap?

Adakah anda akan terus bersama dengan dia, walaupun diri kau tahu hati kau ada di tempat lain?Jauh dari hati dia tapi melekat di hati seorang lain. Tapi dia yang ada di depan kau itu ikhlas,benar-benar sayangkan kau. Kau rasa dia ikhlas. Kau tahu dia ikhlas. Dan kau tau dia lah yang terbaik.

Berdiri di satu sudut lain..seseorang yang kau kenal,yang kau tau, yang kau dah biasa. Dia bukan yang terbaik. Dia juga bukanlah calon pilihan yang sesuai. Masalahnya, dia buat kau gembira. Setiap masa kau dengan dia, kau ada rasa getar dalam jiwa.

Tapi...kau sedar dia bukan yang terbaik untuk diri kau.
Dia tak punya masa depan terjamin. Dia punya keinginan untuk pasang lain.Dia juga suka main-main.

Siapa yang akan kau kejar? Adakah kau akan kejar stabiliti? Atau kau kejar fantasi?

Dia yang selamat.
Atau dia yang menggoncang jiwa kau.
Mana satu pilihan anda?
Anda mahu kejujuran atau anda mahu romantik?

Sebuah dilema yang tiap2 hari kita tempuhi.

Rating 
9/10

ps - Satu masa dulu aku hampir give up dengan cerita ni bila dia jadi cerita kartun.






November 15, 2011

Ada Sesiapa Dah Beli Barang Kedai 1Malaysia?

Kat rumah aku ada Mydin.

Aku selalu jugak la pegi Mydin beli barang kat situ. Aku perasan kat Mydin mesti ada produk nama "MyRasa." MyRasa ni aku rasa produk house brand Mydin. Jadi aku beli la..sebab mmg agak murah. Ada la beberapa benda aku beli.

Salah satu benda yang aku beli adalah susu pekat dalam tin.

Rasa susu tu macam mana? Macam minum susu berperisa besi. Macam mana nak describe rasa tu? Beli susu tin kat Mydin brand MyRasa lepas tu rasa sendiri.

Rasa dia memang pelik. Nasib baik aku beli satu tin aje.

Aku mengerti lah apsal barang MyRasa tu murah. Memang murah...satu tin murah 70 sen,80 sen banding dengan brand jenama lain TAPI 10 sen lagi mahal dari brand in-house sebuah pasaraya Perancis yang rasanya jauh lagi reasonable berbanding "susu berperasa besi" tu.

Jadi, satu soalan;
Kalaulah anda ada beli susu tin kat kedai 1Malaysia, adakah susu tu sama macam susu MyRasa dekat Mydin tu?

Perlu diingatkan, aku bercerita pasal susu tin sahaja. Benda lain macam kuih raya dia aku rasa ok aje..walaupun boleh rasa la itu semua machine based punya produk. Aku senantiasa mencari alternatif lain untuk susu pekat dalam tin sebab aku rasa harga susu tin sekarang agak tak munasabah dan aku banyak minum susu.

November 14, 2011

Muhyiddin Yassin Adalah Menteri Pelajaran Paling Tip Top Dekat Planet Bumi Ni


Tak habis lagi dengan krisis PPSMI, kerajaan lagi sekali cuba mencipta satu lagi cadangan yang bakal jadi krisis berpanjangan untuk orang ramai. Maybe kerajaan Malaysia sekarang memang suka bergelumang dengan krisis yang diorang reka sendiri.

Guru-guru dicadangkan bekerja dari 7:30 pagi hingga 4:30 ptg untuk sesi pagi dan 9:30 pagi ke 6:30 petang untuk guru sesi petang. Baguslah. Aku rasa ramai cikgu yang gembira dengar berita ni...kan?

Itu belum masuk lagi polemik dan krisi yang akan berlaku nanti..bila ada sekolah diberikan opsyen BI nanti. GILA PUNYA KERJA.

Kenaikan gaji will always come with some side effects,kan? Itu baru bab guru..belum masuk sektor awam lain. Nantikan aje la...mana lah tau lepas 1 Januari nanti....ada surprise2 lain. Sebab apa? Sebab mana ada negara gila yang ekonominya defisit tapi sanggup bagi duit cash one shot dekat orang ramai. Itu adalah bentuk management gila. Idea gila.

Unless...ada cara lain untuk recover balik duit yang dah dikeluarkan tu.
Banyak cara dia. Selalu yang jadi mangsa..orang biasa lah.

Horey kerajaan Barisan Nasional!

Mahathir punya tahi belum habis dicuci..
Muhyiddin tambah pulak lagi tahi sendiri.

ps - Ada sesiapa tengok Buletin Utama hari Sabtu? Ada tengok footage Hajjah Rosmah pakai seluar ketat kaler kuning jalan2 hulur bantuan? Ada yang muntah tak?

November 12, 2011

Keramat 11 November 2011!

KUALA LUMPUR: “Saya memang menunggu tarikh 11 November 2011 (11.11.11) untuk melahirkan bayi kerana nombor ini cantik dan unik, malah lebih baik sekiranya bayi dilahirkan di Terengganu kerana akan menggunakan kod 11 di dalam MyKad,” kata Suriati Katrina, 36.

Katanya, pemilihan tarikh itu untuk bersalin hanya sekadar berseronok dan tidak membawa maksud tertentu.

“Keempat-empat anak dilahirkan mengikut tarikh dipilih sendiri, memandangkan mereka semua dilahirkan secara pembedahan. Tarikh yang dipilih untuk kesemua anak sekadar suka-suka, sama dengan tarikh lahir saya, suami dan ibu. Manakala, anak keempat ini melakar sejarahnya tersendiri kerana lahir pada tarikh cantik.

“Waktu matang bayi ini pada 7 November lalu, tetapi saya minta ditunda kepada 11 November dan doktor membenarkannya kerana ia tidak terlalu lewat. “Sebelum membuat keputusan, saya membuat pemeriksaan dan merujuk kepada doktor terlebih dulu kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko,” kata ibu kepada bayi lelaki Mohamad Ryley Huesen Zamanhuri yang dilahirkan pada jam 10.01 pagi.

Pengurus acara dan pameran, Liew Mun Yee, 38, pula berkata dia sudah merancang untuk melahirkan anak pada 11 November kerana mengikut kepercayaan masyarakat Cina, nombor satu membawa kepada kebahagiaan dan melambangkan pemimpin.

Katanya, dia yang sepatutnya melahirkan bayi pada 22 November berbincang dengan suami serta doktor untuk mempercepatkan tarikh kelahiran semata-mata untuk dapatkan tarikh istimewa itu.

“Saya berharap bayi lelaki ini akan membesar dengan sihat, membawa tuah kepada keluarga serta sentiasa menjadi nombor satu seperti tarikh kelahirannya,” katanya.

Bagi Reenajit Kaur, 33, tarikh 11 November tidak membawa sebarang maksud dan menganggapnya kebetulan.

“Saya tidak memilih tarikh untuk melahirkan bayi kerana apa yang penting kesihatan bayi lelaki yang dilahirkan. Lahir pada tarikh istimewa hanya satu bonus kepada kami kerana dapat nombor yang cantik,” katanya ketika ditemui di Hospital Pantai Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Pengurus Kanan Perkhidmatan Pelanggan, Pesakit dan Perhubungan Awam Hospital Pantai Kuala Lumpur, Carol Pelly, berkata hospital mencatatkan sejarahtersendiri apabila 11 bayi (sembilan lelaki dan dua perempuan) dilahirkan pada 11 November.

Sementara itu, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setakat jam 12 tengah hari, 16 bayi dilahirkan (10 perempuan, enam lelaki), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) 12 bayi (tujuh perempuan, lima lelaki), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) 11 bayi (enam perempuan, lima lelaki) dan Pusat Perubatan Prince Court (11 bayi)

............

Semua orang bercerita pasal nombor...
tapi tak ramai yang bercerita pasal semalam tu hari Jumaat.

November 11, 2011

Awkward Agama : Melacurkan Islam Adalah Pekerjaan Yang Halal dan Sah di Malaysia

Kalau kau bukak paper, khasnya paper yang orang Melayu suka baca, ada banyak iklan mengenai produk-produk kesihatan.Jadi hari tu bila aku baca pasal satu produk yang menulis; "Bila anda dirawat oleh mesin terapi kami selama satu jam sama seperti anda bersenam selama 3 jam.."

Aku tergelak bila baca statement tu. Kelakar. Sangat kelakar.

Tapi apa yang sangat obvious mengenai produk berunsurkan "miracle medicine" ni adalah mesti iklan dia akan tepek muka mamat Melayu pengasas perubatan tu dan selalunya produk2 tu akan dinamakan dengan nama-nama yang berbunyi Islamik, sebab kita tau...kalau orang Melayu nampak produk Islamik...orang Melayu akan berdondon pergi beli...henfon Islamik,mesin terapi Islamik,water filter Islamik, seluar dalam Islamik...semua benda Islamik. Tak kiralah berapa ribu harga dia sekalipun.

Kepada yang beli produk camtu, kau tak fikir logik ke? Macam mana sebuah mesin yang nampak macam sangat cap ayam kualitinya..mampu gantikan hospital yang ada doktor dan beratus nurse?

Bukak la kepala kau...

Siapa yang buat mesin tu?
Siapa yang cipta mesin tu?
Dari mana mesin tu datang?

Konfem research untuk buat mesin tu bukannya dilakukan oleh "Doktor Melayu" kita yang tepek muka dia dalam iklan tu. Dia takde terlibat langsung dalam penciptaan mesin tu....

Apa yang dia buat hanyalah bawak masuk mesin tu dari China..copkan nama Islamik dekat produk dari China dan kemudian claim tu produk dia.

Wajah2 "Doktor yang maha hebat" yang kau nampak dalam iklan tu sebenarnya hanyalah middleman..atau dalam erti kata lain...salesman yang poyo dan exaggerate produk orang lain dan claim itu produk dia. Tapi macam biasa...orang Melayu, bila nampak produk bernama Islamik...dia akan support. Semua atas nama Islam. Taruk aje nama company ala Islamik..produk ala Muslimin sket...setel.

Aku pun ingat nak meniaga..."Pelacur Islamik."
Mesti ramai yang nak langgan.

November 10, 2011

Orang Melayu dan Tuah Nombor

Mesti kau selalu nampak kereta yang ber-plate nombor "8888" ke "888" ke "88" ataupun lebih hebat lagi,satu angka 8 aje..Kalau orang Cina yang drive kereta tu, oklah..reasonable. Memang diorang percaya benda2 camtu sebab orang Cina mempercayai angka 8 membawa "ong" dalam kehidupan. Tapi bagaimana pulak kalau pemiliknya orang Melayu...sanggup berbelanja ribu-ribu semata-mata nak dapat plate nombor 8...sebab dia pun percaya angka 8 bawak "ong."

Tak ke bangang orang Melayu yang agamanya Islam tu?

Kita orang Melayu..beragama Islam..tapi kita percaya satu nombor ciptaan manusia boleh berikan nasib yang lagi baik..dekat kehidupan kita? Syirik ke tu? Bergantung nasib dengan benda lain dan mempercayai yang hidup dia dikawal satu benda lain selain dari Allah Yang Maha Esa..syirik la kan?

Belum masuk lagi kes JPJ bukak bidding untuk nombor "ong" tu. Pada pandangan kau...apa status pendapatan JPJ lelong hasil dari jualan nombor tu dari sisi agama? Nombor tu sepatutnya tak dijual, kan?

Tapi benda berkaitan nombor ni bukan setakat stop macam tu aje. Dah lama dah benda ni menular ke nombor henfon. Pegi kedai jual henfon kau akan nampak ada list "VIP Number." Nombor yang mahal sket dari nombor yang lain. Jadi ramai la yang berebut nak beli VIP number..

Sebab dia hanya akan rasa macam VIP kalau dia tuan punya nombor tu.
Kah kah kah kah. Bengong!

Orang Melayu..

Berenti lah percaya dekat tuah nombor. Kita orang Melayu. Nombor berapa pun kita beli..berapa ribu pun kita bayar..kalau Yang Satu kat atas tu tak selalu kau "call"...hidup tak ke mana walaupun kau berkereta nombor platenya "8888" dan kau pemilik nombor VIP dekat henfon kau.

Lagipun..satu-satunya masa orang lain tau nombor kau adalah bila kau bagitau nombor kau dekat orang tu. Lepas dia dah save nombor tu dekat henfon dia....haram langsung dia takkan tengok atau ingat nombor kau.

November 09, 2011

Najib, Rosmah, Ibadah Haji dan Hasad Dengki Orang Melayu

Ada pihak yang cuba memperlekehkan isu Najib dan Rosmah pegi haji.
Kata diorang, itu semua mainan politik.

Nak pancing undi orang Melayu. Keh keh keh. Apa bodoh punya pandangan. Bodoh benar ke orang Melayu ni? Dengki dan busuk hati sampai macam tu sekali orang Melayu rupanya.

Jadi, bila geng UMNO tanya, Anwar Ibrahim dah pegi Haji ke? Geng pembangkang cepat2 carik posting Anwar tunjuk jadikan bukti. Geng UMNO gelak2. Geng pembangkang sambung gelak-gelak pasal jambul Rosmah terkeluar masa nak pegi haji.

Apa punya bodoh politik.

Bila Najib dan Rosmah nak pegi haji hari tu, aku dok berharap supaya bila diorang balik, Rosmah start pakai tudung. Tutup jambul dia. Aku juga berharap Najib lepas ni terbukak pintu hati dia dan sedar...dia tak sepatutnya meletakkan diri dia sebagai seorang aristokrat lagi.

Itu doa aku la pada diorang.
Aku wish diorang berubah. Sebab apa?

Sebab kalau Najib dan Rosmah berubah jadi lagi baik, faedah dia takkan dapat kepada orang lain, dapat dekat kita jugak. Mungkin cara lain untuk betulkan apa yang salah dekat Malaysia ni selain daripada tukar kerajaan itu sendiri adalah mintak tolong Tuhan tukar perangai pemimpin tertinggi Malaysia.

Jujurnya, aku cukup tak suka cara Najib. Dia suka memancing orang2 muda dengan hiburan. Aku cukup menyampah bila tengok dia sokong konsert Suara Kami hari tu. Terlalu banyak event yang Najib "support" yang mengajak orang2 muda terkinja-kinja macam beruk dapat bunga.

Tak mengejutkan kalau event2 haram tu disokong oleh pihak2 yang ada keuntungan monetary hasil daripada event tu tapi bila PM sendiri turun memberikan apporval untuk budak2 muda lupa Tuhan,lupa batas agama...aku jadi blur. Seolah-olah Najib suka generasi muda Malaysia khasnya orang Melayu berhibur dan berseronok.

Bila sesebuah negara dapat pemimpin yang suka beribadah, benda tu juga akan reflect kepada program2 yang dianjurkan. Tapi banyak program yang dianjurkan kerajaan sekarang ni lebih menjurus kepada berhibur sambil memancing undi. Itu belum masuk lagi upacara berdiri ramai2 sambil mengangkat jari menunjukkan simbol "1Malaysia" yang aku rasakan salah satu gesture paling bodoh yang pernah aku saksikan.

Jadi, kalau ikut belah pembangkang, Najib dan Rosmah pegi haji sebab nak pancing undi orang Melayu. Takpelah. Tuhan bekerja dalam cara dia sendiri.Macam mak aku kata...bila kau kat Mekah, kau akan fikir betul2 pasal diri kau sendiri. Doakanlah Najib dan Rosmah balik jadi dua orang individu yang lebih baik bila Kaabah dah depan mata diorang. Busuk hati kau selama ni..on the spot kau dapat balasan kat situ.

Doakanlah Najib berani nak ubah Malaysia lebih ke arah yang lebih baik, lebih adil, berciri keagamaan dan kurang berunsur hiburan bodoh.

Bukankah itu yang kita mahukan?
PAS pun nak gaduh apa lagi kalau Najib berubah jadi macam tu,kan?

Kita tengok la nanti. Kalau Najib still duk support konsert bangang dan Rosmah masih lagi "macam tu,"....tukar kerajaan. Tuhan takkan tolong kan kalau kita tak berani nak take action dan berubah kan?

November 08, 2011

Dari Facebook Hari Ini


Walaupun banyak keburukan Facebook,
tapi benda yang paling best mengenai social media site
adalah betapa banyaknya benda menarik yang aku boleh baca tiap2 hari.

November 05, 2011

Kenapa Aku Perlu Sokong Seksualiti Merdeka?


Tuhan jadikan manusia tu perfect...
Sempurna...

Secara semulajadi nya..manusia dilahirkan fitrahnya ;

1. Baik..bukan setakat baik..suci.
2. Lelaki suka pempuan
3. Pempuan suka lelaki
4. Takkan suka benda jahat

Itu Tuhan punya kerja.Melainkan special kes macam orang khunsa,tapi orang khunsa pun tau sama ada dia tu lelaki ke pempuan. Jadi..Buat apa kau nak sokong..orang Melayu yang cuba lawan fitrah dia? Orang agama lain? Biarlah..aku bukan tau apa pegangan diorang. Tapi pegangan agama Melayu yang Lesbian,Gay dan Transgender sama aje macam apa aku percaya.

Berhentilah salahkan Tuhan.
Anda songsang bukan sebab Tuhan buat anda macam tu..
Tapi sebab anda nak jadi macam tu.

ps - Ambiga..Ambiga..kau ingat lepas Bersih hari tu, kau boleh buat apa saja ke?


November 04, 2011

Awkward Agama : Apa Warna Pakaian Dalam Anda Hari Ini?


Benda yang paling memalukan bagi seorang lelaki adalah lepas masuk tandas,
dia terlupa nak tarik zip seluar dia, lalu berjalan merata-rata.

November 03, 2011

Guru-Guru Yang Mengamalkan Ketuanan Melayu di Sekolah

Guru adalah satu bentuk pekerjaan yang sangat mulia.Guru bukanlah sekadar seseorang yang mengajar di sekolah tetapi guru juga adalah mereka yang akan membentuk masyarakat kerana kita semua, punyai ilmu.Tetapi apa yang membimbangkan pada ketika ini adalah wujudnya pandangan sinis kepada guru-guru kerana;

a. Guru akan naik gaji
b. Guru kerja half day

Rezeki masing-masing la.Tidak perlu di iri hatikan. Walaubagaimanapun,ada segelintir golongan guru yang aku harap, dia tak dapat imbuhan yang bakal diberikan awal tahun depan.

Guru-guru yang "racist fuck."

Semua orang racist.Aku racist.Kau racist. Penipu besar la kalau kau kata kau tak racist. Semua orang rasa selesa bersama dengan orang yang sebangsa dengan dia. Semua orang nak tengok anak bangsa dia berjaya. Tapi,bila bangsa dah diletakkan atas agama, pekerjaan guru akan jadi satu profesion yang akan dipandang keji,hanya kerana wujudnya segelintir golongan guru yang aku gelarkan "guru racist fuck."

Cubalah tanya-tanya kalau ada dikalangan rakan ke,anda sendiri ke...ada tak cikgu yang main pilih kasih ikut bangsa?

Ada. Mesti ada seorang dua kat setiap sekolah.

Cikgu jenis ni hanya mengajar betul2 ikut bangsa. Bangsa cikgu tu Melayu? Budak Cina budak India dia tak berapa hirau sangat. Apatah lagi budak anak pendatang asing yang mak bapaknya orang Indonesia. Buat tak tau pun ada.

Alasan dia mudah..
Buat apa nak tolong bangsa lain?Lebih baik tumpukan perhatian majukan bangsa sendiri. Diorang pandai ke bodoh bukannya ada kesan dekat dia.

Dilemma paling besar orang Melayu adalah orang melayu selalu merasakan orang bangsa lain menindas mereka. Orang bangsa lain mahu potong mereka. Tetapi orang Melayu tak berani nak admit..mereka juga gemar menindas bangsa lain. "Orang cina kontrol ekonomi..jadi apa salahnya orang melayu tekan diorang sket..." bunyi-bunyi tu akan selalu kedengaran.

Jadi, oleh kerana wujudnya perasaan seperti itu berlakulah kes-kes di mana fokus guru lebih kepada murid sebangsa dia. Macam selalu kedengaran mentaliti orang Melayu, "Ak eleh...budak Melayu kalau pegi sekolah Cina mesti dia kena camtu jugak dengan cikgu Cina dia!"

Biarlah..kalau dia nak buat mcm tu biarlah.Kau sebagai cikgu..kau ada agama Islam. Islam tak bagi kau buat macam tu. Kenapa kau lagi pentingkan bangsa kau berbanding permintaan agama kau sendiri?Agama dah kata,treat semua orang sama tak kira bangsa tak kira agama. Kalau kau sebagai pemerintah bilik darjah kau,kau mesti adil dengan semua pelajar kau. Kita mesti berlaku baik dengan semua orang malah kita mestilah berlaku adil dengan mereka yang terlibat dalam pekerjaan kita.

Macam mana masalah nak selesai kalau dia berunding pakai parang,kau bawak keluar pedang..dia bawak keluar pistol,kau bawak keluar bazooka.

Tak kiralah dia bangsa apa sekalipun,anak siapa sekalipun..anak orang pendatang haram ke..yang paling penting adalah dia tu anak murid kau.Dia tanggungjawab kau. Jadi laksanakan tanggungjawab kau.Dia murid kau..itu amanah Tuhan pada kau.

November 02, 2011

Upcara Karpet Merah ke Neraka

Wartawan berkerumun di depan dewan,berbaris panjang menunggu ketibaan artis dan selebriti.Ada sekelompok peminat-peminat fanatik juga sedang riuh menunggu bermulanya upcara karpet merah sebagai pembuka tirai acara malam itu.

"Diumumkan ketibaan tetamu kita yang paling istimewa,Datin Seri Rosmah Mansor bersama anak-anak kesayangan!" Juruacara memulakan majlis. Rosmah Mansor pun berjalan sambil tangannya diangkat menonjolkan simbol "satu" mewakili "1Malaysia" atau sekadar ingin memberitahu orang ramai..dia first lady.

Wartawan kembali berbaris di luar selepas Rosmah Mansor selesai masuk ke dalam. "Itu dia artis pertama kita yang datang...Pasha Santa!" Pasha Santa pun turun dari kereta dengan gaya anggun. "Cik Pasha,Cik Pasha..siapa yang Cik pakai malam ni?" tanya seorang wartawan yang nampak seperti tidak habis PMR.Pasha Santa pun memusingkan badannnya,menayangkan bentuk badannya yang sendat dan menawan lalu menggayakan pakaian designer terkenal itu."Malam ni saya memakai Kadir Selamat.."

Pasha berlalu pergi sambil gambarnya terus di ambil wartawan. Berhenti pula sebiji Ferrari di depan lalu turunlah Llama Jasmon."Cik Llama...gaun rekaan siapa tu?" tanya seorang lagi wartawan hiburan."Kali ni Llama hadir dengan gaun rekaan Peter Chan,pereka dari Hong Kong.." jawab Cik Llama yang gemar membahasakan dirinya menggunakan nama sendiri. Dia pun berpusing lalu menayangkan bahagian belakang badannya yang terdedah. "Wow..seksi,seksi.." fikir beberapa orang wartawan lelaki.

Berenti lah sebuah kereta Perodua Myvi.Turunlah Ustaz Tariq al-Malek,seorang Ustaz yang selalu muncul di kaca TV.Suasana yang sebentar tadi riuh bertukar senyap.Ustaz Tariq hanya datang dengan memakai sehelai t-shirt pagoda dan kain pelikat yang dilipatnya menjadi samping dan capal murah.

Ustaz Tariq diam merenung mereka yang beratur lalu berjalan masuk.Beberapa kali lampu denyar kamera menyala membuatkan mata Ustaz Tariq sedikit silau. Dia melangkah masuk sambil mulutnya terus tersenyum.

Tak lama kemudian datanglah selebriti yang terkenal dengan jolokan artis seksi Malaysia iaitu Fatimah Rozario. Baru saja kakinya hendak berpijak di tanah kamera tidak henti-henti mengambil gambarnya. Fatimah Rozario malam itu mengenakan gaun berwarna merah yang menonjolkan bahagian sisi payu daranya.

"Dia tak pakai bra ke?"fikir wartawan di situ sambil tangan terus laju menukar kadar kepanjangan lensa tepat ke dada Fatimah. "Cik Fatimah,Cik Fatimah!" Seorang wartawan terpekik memanggil. "Give me some good pose please!"

Fatimah pun tidak mahu menghampakan wartawan itu. Dia pun berdiri mencekak pinggang lalu tubuhnya dipusing-pusingkan mempamerkan bentuk tubuh badan yang hanya boleh diperolehi oleh usaha keras di gimnasium dan diet yang berkesan. Payu daranya terbuai-buai setiap kali dia berpusing dan punggungnya yang pejal membuatkan air liur sesetengah peminat di situ meleleh.

"Ok ya..I nak masuk dalam!" kata Fatimah sambil melambaikan tangannya.

Malam itu majlis berjalan lancar. Ramai artis datang dengan pakaian yang direka khas oleh designer tempatan. Rosmah Mansor juga kelihatan sangat gembira apabila diajak berduet bersama Sharifah Aini di atas pentas. Sesi latihan karaoke beliau tidak sia-sia.

Anugerah malam itu disampaikan dan pemenang-pemenang pun pulang dengan senyuman lebar.

..............

Keesokan harinya, semua akhbar tabloid menampilkan kontroversi hangat yang terjadi pada malam anugerah tersebut.Kebanyakan akhbar tabloid, berita utamanya berbunyi "Ustaz Tariq Datang Majlis Berpakaian Tidak Sopan."Ada juga yang meminta Ustaz Tariq memohon maaf kepada penganjur kerana tidak menghormati majlis.Ada juga wartawan yang menyiarkan keluhan peminat yang mahukan Ustaz Tariq digam daripada muncul di televisyen kerana berpakaian tidak senonoh. Malah, laman blog gosip artis Melayu,ramai yang mencemuh Ustaz Tariq kerana tidak menjaga adab majlis.

November 01, 2011

Solusi Tuhan Untuk Mereka Yang Ingin Bercinta


Kepada semua pencari jodoh;
Jodoh tidak akan datang pada kamu,
Tatkala kamu menyendiri sendiri,
Bagaimana hati dapat dikongsi?

Kepada pencari jodoh,
Jodoh dicari dengan panduan,
Kenapa tak guna rujukan Tuhan?
Selamat nanti tak sakit badan..

Kepada pencari jodoh,
Ingatlah,jangan gelojoh,
Berpasang-pasangan itu bukan jalan,
Banyak benar pengaruh syaitan.

Kenapa ikut cara manusia?
Bercinta sehingga berhabis nyawa,
Kenapa tak guna solusi Tuhan?
Bercintalah lepas satu pernikahan.


Berkenal-kenallah,
Tapi pastikan ada arah,
Kalau dara dah terserah?
Menangislah sampai berdarah,
Nilai badan tu jagalah,
Ramai lelaki turut nafsu serakah


Yang mencari jodoh,
Jangan jadi bodoh,
Lepas kahwin baru kata "aduh"
Nak lari mana walaupun jatuh?

Gunakan solusi Tuhan,
Bila diberi pilihan,
Muka kacak menawan,
Tapi hati ala setan,
Buat apa kan?

"Bakal suami"

Baru bakal
Guna akal.