Ogos 29, 2011

Selamat Hari Raya Semua


Apa kata Ramadhan ini, kita jadikan Syawal pertama,
di mana kita tak bersalam-salaman dengan sepupu kita yang tak sama jantina.
Apa yang tak boleh tetap tak boleh,
tak usah la nak pakai alasan "macam adik beradik' nak dibolehkaan.

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin,
Pastikan jangan lupa,
Toksah undi dacing.

Aku pohon maaf kepada sapa-sapa yang aku dah terkutuk
atau aku terpakai gambar tak senonoh dia dalam ni.

Sayonara selama beberapa hari.



Ogos 26, 2011

Cerpen Akhir : Catatan Ramadhan Seorang Lelaki


1 Ogos 2011


Aku sampai lambat ke pejabat pagi ini. First day puasa. Membuatkan biological clock aku agak lari. Lepas sahur aje, aku semayang dan kemudiannya aku tidur balik. Pesan dekat Azam, mintak tolong dia kejutkan aku sebab dia kata dia tak nak tidur, nak main game, aku bangun tengok dia sendiri tengah terbongkang depan TV sambil game tengok dia.

Highlight untuk hari ini? First day Ramadhan,itu satu...

Highlight kedua untuk hari ini? Masa aku nak lif sampai ofis tadi ada minah cun naik lif sekali dengan aku. Turun floor sama! Aku nampak dia pegang paperwork company sebelah ofis aku. Aku senyum kat dia. Dia senyum balik. Memang taste aku...pakai tudung dan pakai baju pejabat dengan skirt labuh panjang. Kalau mak tengok mesti berkenan.

2 Ogos 2011

Azam nak beli barang dapur bulan tu. Aku hulur RM150. Gi ofis hari ini...jenguk-jenguk ofis sebelah.Awek tu takde :(

4 Ogos 2011

SERIUS AKU LETIH GILA HARI NI! Bos suruh aku jumpa client kat Setapak. Minyak bukan boleh claim. Anak haram. Kerja dengan company Melayu ni kebanyakannya macam tu la. Kerja nak staff overtime aje..overtime taknak bayar...masuk kerja mesti on time.

Tapi rupanya ada hikmah di sebalik semua tu. Aku nak keluar aje ofis masa nak pegi Setapak, minah yang aku suka keluar ofis dia. Terserempak lagi. Mana dia selama ni? Adakah Tuhan mentakdirkan aku bertemu bakal isteri aku sewaktu bulan Ramadhan ni? Adakah ini dugaan yang kau sediakan untuk aku hadapi bulan Ramadhan ini?

Adakah ini tandanya jodoh aku dah sampai?Financially aku memang ready. Tapi sebab aku memilih sangat ke? We always want the best for ourselves, right?

5 Ogos 2011

On the way nak keluar solat Jumaat, selisih dengan dia dan kawan dia,seorang amoi. Kantoi pegang paperbag MacDonald....nampak sangat tak boleh puasa hari tu..hihihihi....

6 Ogos 2011

Lepak dengan geng-geng lama,buffet dekat Hilton. Kopak aku RM90...aku makan setakat sepinggan dua. Nasib baik aku tak bercouple dengan dia lagi, kalau tak kopak Rm180... amiiinn! Insya Allah.

9 Ogos 2011

Hari ini, setelah berapa hari menunggu, aku dapat pulak naik lif sekali dengan dia. Kali ni aku tak nak setakat senyum aje. Aku senyum dan tegur dia "selamat pagi" dia jawab balik ucapan sama dekat aku.

Sepanjang hari, aku angau. Aku ada 2 meeting hari ni...tapi apa benda yang jadi masa meeting? Aku tak sedar. ANGAU!

Hari ni, Azam ajak aku sembang jantan. Dia kata dia dengan awek dia nak putus sebab dah stagnant. Aku tak pernah tau macam mana rasa stagnant tu.


12 Ogos 2011

Buku notaku, kau tau macam mana perasaan dia bila sesuatu benda yang kau tunggu punyala lama akhirnya sampai kat kau? Akhirnya hari ini, dia yang tegur aku dulu. Aku hanya mampu senyum aje sebab aku terkejut. Happy? Yes I am!

14 Ogos 2011

Traffic jam sesak benar kat highway hari ni. Tapi Alhamdulillah aku dapat jugak berbuka puasa dengan family aku semalam dengan hari ini. Kak Long Insya Allah dapat anak seorang lagi lepas raya. Abang Ngah pun hujung tahun ni. Sabrina pun dah ada anak seorang walhal dia dengan aku gap 5 tahun bezanya muda dia. Aku? 29 tahun...ada kerja..tak ada calon bini...

Eh..silap..silap...dah ada.

Ya Allah, pertemukanlah jodoh aku dengan dia...Berikanlah aku keberanian nak tegur dia dan ajak berkenalan.. Amin...

17 Ogos 2011

Azam balik dengan muka marah hari ni. Senyap aje dia terus masuk bilik. Aku tak berani tanya apa-apa. Tarawikh pun dia miss hari tu.

21 Ogos 2011

Aku duduk rumah aje weekend ni. Memang tak ada benda sangat nak buat jadi aku kemas-kemas rumah aje sebab dah bersepah sangat. Bila aku kemas bilik, terbukak balik semua memorabilia lama dengan Idayu. Pergh..luntur hati dan jiwa ni bila teringat balik yang aku dengan dia memang dah berjanji nak kahwin dulu. Tapi dah mak dia tak suka aku, nak buat macam mana?

Berapa lama dah aku single? 4 tahun lebih. Senang macam ni. Tapi kadang-kadang jiwa tu agak sakit jugak. Ada orang tanya "takkan kat pejabat takde yang berkenan?" Berkenan nak buat teman beronggeng boleh la. Takut aku dengan ofismate aku yang perempuan ni. Balik-balik cerita pasal clubbing,clubbing,clubbing...

Apa khabarlah Idayu sekarang ni? Aku dengar dia dah anak dua.

22 Ogos 2011

Aku berselisih dengan dia lagi hari ni. Aku suka tudung dia hari ni. Moden tapi still consider tudung labuh. Gay ke aku ni kalau aku tulis dalam diari pasal tudung perempuan? Agak gay...tukar topik cepat-cepat...

Berita terbaik untuk hari ini?Semua ofis yang jadi tenant dekat sini di invite untuk majlis buka puasa Rabu ni. Building management punya event.

Peluang? Yes. Aku rasa ini peluang breakthrough untuk aku.

23 Ogos 2011

Azam balik. Sengih besar. Aku malas nak tanya. Dia suruh aku tanya kenapa dia happy macam tu. Aku pun tanya la. Dia kata dia nak bertunang, lepas raya. Pelik aku, hari tu kata stagnant...cinta ni....memang tak boleh nak jangka.

24 Ogos 2011

Buffet management hari ini, aku tegur dia. Selebihnya? Tak sempat borak sangat sebab datang pulak ofismate aku duduk sekali situ. Member-member dia pun datang...MENYIBUK AJE ORANG NAK AYAT AWEK!

Ramai betul sebenarnya yang jadi tenant kat building ni. Tak sangka pulak kerja satu bangunan tapi ada aje muka yang aku sendiri tak pernah nampak sebelum ni.

Tapi sekurang-kurangnya,dia dah tau nama aku. Aku pun dah tau nama dia.Itu adalah progress untuk diri aku yang aku sangat appreciate.

26 Ogos 2011

Last day kerja hari ni sebelum cuti. Aku tak nak tulis apa-apa hari ini. Mood aku memang teruk...morale aku memang down.

27 Ogos 2011

Pernah tak dalam hidup kau, kau rasa seolah-olah kena campak dari atas langit dan dibiarkan aje jatuh ke bumi? Aku tak sangka semalam aku sendiri merasai benda tu.

Aku ingat luck memang dah menyebelahi aku...aku beranikan diri tegur dia lagi bila naik lif. Aku ingatkan memang Tuhan nak tolong aku sebab bagi aku kesempatan naik lif sekali dengan dia hari ni.

Soalan aku dekat dia mudah aje," tak balik kampung tahun ni?"

Jawapan dia?  "Balik...tapi balik kampung husband I....tahun lepas dah balik kampung I..."

HO SHIT...
HO SHIT...
HO SHIT...

Aku terus diam. Aku tak tau nak cakap apa lagi lepas tu. Rasa macam dinding lif himpit-himpit aku. Rasa macam lif tu jatuh freefall ke bawah.

28 Ogos 2011

Balik kampung.Jam teruk. Bukak aje puasa,mak tanya kat aku, aku ni gay ke sebab tak nak kawin-kawin lagi? Abah senyum...kalau aku ni gay...aku rasa dah lama dah aku kawin.

29 Ogos 2011

Esok raya? Lusa raya?

Azam sms aku. Dia betunang 17 September. Ajak aku ikut dia. Bila aku pulak nak ajak orang temankan aku bertunang?

Ogos 24, 2011

Cerpen 15 : Karier Dunia Atau Karier Akhirat?

"Mak,saya tak tau apa nak buat lagi mak..." kata Farhan.Farhan hanya mengangguk kepala mendengar.Beberapa minit kemudian,telefon bimbitnya ditekan menamatkan perbualan.Farhan tersandar di sofa di ruang tamu rumahnya.Dia melihat jam dinding,tepat pukul 10:00 malam.Anaknya terbaring di sebelahnya.

Kedengaran bunyi kereta sedang masuk di garaj rumahnya.Lampu dimatikan.Pintu dibuka. Zainab melangkah masuk.

"Zai, awak pegi mana ni? Malam baru balik. Saya dengan Emma makan nasik dengan telur goreng aje malam ni..." tanya Farhan.

Zainab renung wajah suaminya tanpa ada rasa bersalah."Awak tu,saya dah ajar awak masak sikit-sikit..bukannya nak buat.."

Farhan diam."Kenapa saya call awak tak dapat?"

"Ni haa..bateri saya habis!" kata Zainab sambil menunjukkan telefon bimbitnya."Dah la...saya dah balik dah ni..abang tak payah la bising-bising...saya penat. Takkan abang tak paham kerja saya macam mana?"

Farhan mendukung anaknya lalu meletakkan anaknya di atas katil bilik Emma.Farhan tersenyum melihat Emma.Kedengaran bunyi shower dibuka. Farhan mengeluh sambil duduk di sebelah Emma yang sedang tidur.

Beberapa minit kemudian Zainab keluar dari bilik air.Farhan melangkah masuk ke arah bilik tidur mereka lalu duduk di atas katil.

"Awak dah solat Isyak?" tanya Farhan.Zainab menggelengkan kepala."Nanti solat ye?" pujuk Farhan.

"Maghrib tadi solat kat mana?" tanya Farhan lagi.Zainab senyap saja tanpa apa jawapan sambil menyikat rambutnya.

"Zai...?" Farhan bertanya semula, lembut.

"Saya tak solat Maghrib....tadi meeting terlajak dari ke petang sampai 9 lebih.." jawab Zainab.

"Situ tak ada surau ke?Takkanlah tak boleh berenti sekejap semayang ni?" tanya Farhan kepada isterinya lagi.

"And ask my boss to hold the meeting just for me?" tanya Zainab semula.

Farhan terdiam. "Takkan la diorang semua tak solat?"

"Nope...none..." jawab Zainab.

"Kalau dah macam tu...kan lagi baik awak resign aje...tak elok kerja tempat-tempat macam tu.." tegur Farhan.

Zainab mendengus,"..here we go again with all the 'resigned' talk..Abang...it's not easy for us to live in KL with only one salary ok!" Zainab berang."I've told you about this a lot of time before!"

"Iye Zai..tapi kalau dah macam tu..terpaksa tinggal solat..terpaksa burn benda wajib...tak baik," Farhan mempertahankan dirinya.

"Look Farhan..." Zainab melenting. "If God betul nak bagi kita rezeki...kenapa dia suruh kita kerja? There are so many things in our religion that makes our life impractical! Have to cover these..have to do this..shouldn't do this and that.."

Sambung Zainab menghela nafas," kalau I tak join meeting tu...my promotion will be jeopardized. Kalau I pegi solat masa diorang tengah meeting, macam mana pulak kalau ada orang lain yang propose idea dia dulu dan cantas I punya chances?" Zainab betul-betul marah sambil matanya tepat terjegil ke arah Farhan.

" If I do what God intend me to do...macam mana kita nak tambah rezeki kita? Macam mana duit kita nak bertambah kalau I solat? You tell me? How?" tanya Zainab.

Farhan terdiam.Dia memang akui perlukan isterinya bekerja kerana beban kehidupan di kota agak sukar untuk dihadapi keseorangan.Sayangnya,dia tiada jawapan untuk soalan Zainab sebentar tadi.

"So..tell me? Macam mana Allah nak bagi u duit kalau setiap masa dia mintak u ingat dekat Dia? Macam mana u nak dapat gaji kalau time meeting jatuh masa solat maghrib? Tell me because I can't see how!" tanya Zainab separa menjerit.

Pintu bilik mereka terkuak perlahan.

"Mak..abah...Emma terjaga..." Emma melangkah masuk lalu terus memeluk ibunya.
Farhan tidak mampu berkata apa-apa.


Ogos 23, 2011

Cerpen 14 : Kasih Bapa

"ABAH JAHAT! TAK SUKA SAMA ABAH!"

Meor mula panik melihat anaknya, Shahrul Anwar atau nama manjanya Shai mengamuk-ngamuk. Isteri Meor,Anissa mula menjeling suaminya.

"Abang ni...apa la salahnya belikan aje barang permainan tu dekat dia...bukannya mahal sangat pun.." Anissa mengomel.Meor hanya mampu buat muka bersalah. "Gila ke apa permainan robot Transformers buruk macam tu pun RM70? Daripada saya spend RM70 baik saya bawak awak dengan Shai gi makan KFC. Dua tiga kali tau kita boleh makan.."

Anissa mencangkung lalu mengelap tangisan di mata anaknya."Dah..dah...tak mau nangis lagi...Shai kuat kan?Shai hensem kan?"

Shai mula senyum dipujuk ibunya lalu tangan dihulur untuk didukung ibunya. Meor pun pergi ke tepi Anissa lalu menghulurkan tangannya untuk mendukung Shai.

Bibir Shai mencebik.

"Tak adil la Shai buat abah camni.." pujuk Meor kepada anaknya. "Dah..dah..nanti mama belikan...takmau nangis lagi dah ye?Ramai orang ni..." Anissa senyum memandang anaknya. Meor hanya mampu sengih-sengih memandang isterinya.

Mereka sekeluarga keluar daripada kompleks beli belah itu lalu terus menuju ke bazar Ramadhan yang berdekatan. Shai mula girang apabila sedar mereka menuju ke sana.

"Shai sayang abah tak ni?Ni abah nak bawak Shai gi beli ayam percik yang Shai suka tu?" Meor memandang ke kerusi belakang,melihat imbasan anaknya di cermin pandang belakang kereta.Shai hanya diam,masih merajuk agaknya.Anissa sedar perkara itu lalu dia menoleh ke belakang,"Shai..Shai..nak abah belikan ayam percik untuk Shai tak?"

Bibir Shai terjuih."Tak nak..nak mama belikan!" Tegas nadanya.Meor hanya mampu tersengih lagi.Mereka pun turun dari kereta lalu mula meneroka bazar Ramadhan yang agak panjang keluasannya.Orang pada ketika itu sudah mulai bertambah ramai dan nasib mereka baik, cuaca pada hari itu cerah.

" Mak..nak bunga api,boleh?" tanya Shai apabila melihat ada orang menjual bunga api.Anissa menggelengkan kepala."Tak boleh sayang...bahaya main dengan api ni..terbakar rumah karang..."

"Tapi kawan-kawan Shai kat Tadika semua dah main bunga api..Shai sorang aje tak pernah main bunga api lagi..." Shai mula memujuk rayu. Anissa merenung anaknya,"Mama tak suka Shai main bunga api...nanti terbakar jari macam mana?Mama dengan abah tak nak tengok Shai terbakar nanti..."

Shai mencebik kembali selepas itu.

"Abang,saya gi beli kuih dekat sana kejap.Abang tengokkan Shai ye?" tanya Anissa.Meor angguk,"ye la..gi la tinggalkan kitorang kat sini.." gurau Meor.

"..tapi Shai nak ikut mama.." kata Shai sambil memegang tangan ibunya,pantas. Meor betul-betul buntu. Macam mana dia nak buat anak dia sukakan dia? Dia melangkah melintasi beberapa gerai dan kembali terpacak di depan penjual mercun dan bunga api tadi.

"Bang..bagi yang ni 2..bagi yang ni tiga..." Meor cepat-cepat membayar lalu disimpan plastik berisi bunga api ke dalam beg plastik lain lalu kembali semula ke tempat asal dia menunggu.Beberapa detik kemudian..Anissa dan Shai muncul sambil Shai sedang menghirup Air Batu Campur dari cawan plastik lutsinar.Meor teguk air liur apabila melihat betapa enaknya ABC anaknya.

"Apa la Shai ni..tak puasa.." tegur Meor.Shai tidak menghiraukan abahnya lalu terus memeluk kaki Anissa.

"Abang ni..toksah la sakat-sakat dia.." pinta Anissa.

....................

Malam itu,selepas berbuka puasa, Meor pun duduk mengadap TV untuk seketika.Berita dirasakan bosan kerana terlalu banyak propaganda untuk menaikkan imej sesetengah pemimpin.Dilihatnya Shai sedang duduk di meja makan sambil melukis-lukis sesuatu di atas kertas.

"Shai lukis apa tu?" tanyanya dengan suara buat-buat. Shai hanya diam dan terus melukis."Shai..Shai..." panggil Meor. Anaknya tidak menghiraukannya.

"Shai..Shai...abah ada beli bunga api untuk Shai.." bisik Meor. Shai memandang abahnya,"Ye ke abah..jom main..jom main!"

"Jom!" Meor pun menjawab.Lega hati Meor apabila anaknya mahu bercakap dengannya kembali.

"Ye ye!Ye ye!"Jerit Shai sambil memusingkan bunga api.Tiba-tiba muncul Anissa di pintu."Abang..ni bila masa abang beli ni?" tanya Anissa dengan nada geram."Tadi,masa tunggu awak tu.." jawab Meor.

"Bahaya tau bang!" Anissa melenting.

"Alah...bunga api dengan mercun roket aje..." jawab Meor.Anissa malas nak berperang mulut kembali menutup pintu. Meor sengih panjang."Kali ni abah menang pulak!Hihihi!"

"Abah..abah..ni apa ni?" tanya Shai sambil memegang sebatang mercun roket."Ni nama dia mercun roket!" kata Meor."Yang ni,biar abah buatkan.." Meor lalu mengambil sebiji botol lalu meletakkan mercun roket itu ke dalam botol.

Sumbu dinyalakan dan zuuuuussssss...mercun roket itu terbang pergi..

....ke arah rumah jirannya.
Tepat mengena ke ampaian baju yang penuh dengan pakaian disidai.

"BOOM!" Mercun itu meletup.

............................

Keesokannya...Meor terpaksa keluar duit lagi untuk menggantikan sehelai baju jirannya yang rosak terkena mercun roket. Kopak RM60. "Kalau aku tau...baik aku beli Transformers tu..." fikir Meor apabila pulang ke rumah selepas puas memohon maaf kepada jirannya. Sampai saja,Anissa sudah menunggu di muka pintu.

"Sori yang...." kata Meor sambil tersengih. Shai sedang duduk leka di depan TV dengan permainan Transformers yang baru dibeli mamanya hanya memandang abahnya dengan perasaan tidak berminat.

Ogos 22, 2011

Cerpen 13 : Rock dan Metal!

"Korang ni betul ke ke nak masuk pertandingan Battle of The Band kat Arked Mara tu minggu depan ni?" Jai bertanya kepada Halim,Mat dan Burn.

"Serius shit bro..aku yakin kita boleh menang..." Burn memandang ahli kumpulannya.

"Lagu apa kita nak bawak ni?" Mat bertanya kepada Halim,Halim memandang kepada Jai,Jai akhirnya memandang kepada Burn."Kau penyanyi Bakar,kau la kena pilih lagu apa yang kau konfiden nak bawak..."

Burn sengih. "Nak masuk battle kena bawak lagu mantap dan showmanship kena cantik..dalam kepala aku dah boleh bayangkan..lagu apa yang kita nak bawak.."

"Lagu apa?" tanya mereka bertiga serentak kepada Burn.Burn sengih lebar.

"Jom kita gi studio...prektis..."

.....................

" Peminat rock semua!Bagaimana dengan persembahan tadi? Sekarang ini, mempersembahkan lagu ciptaan sendiri yang diberi tajuk "In Darkness We Fall In Love And Die" terimalah sebuah band dari Kajang, The Goat Selector! "

Burn membetulkan michrophone.Jai menyarungkan gitar Fender miliknya.Halim membisikkan sesuatu kepada gitar bass miliknya dan Mat dengan gaya selamba duduk di atas stool dram.

"Hai semua,kami The Goat Selector.Influence kami Muse,Radiohead dan ada sket-sket M.Sharrif...ni lagu ciptaan saya,lirik pulak ditulis oleh gelfren saya..terimalah..In Darkness We Fall In Love and Die!"

"Ok geng.One two three four!" Mat mengetuk kedua-dua stiknya.Serentak muzik fusion metal dengan riff panjang dan lead section yang agak nyaring bermula.Persembahan mereka begitu bertenaga dengan alunan vokal Burn yang ada kalanya bunyi seperti sedang khusyuk bercinta dan ada juga ketikanya nada itu jadi satu jeritan yang nyaring tetapi sangat terkawal.

"In darkness!"
"We promises!"
"That we are gonna live together!"
"Till the end of time!"
"ARGHHHHH!"

Bunyi dram Mat menggunakan double bass pedal dan dilengkapkan dengan petikan bass Halim menjadikan muzik yang mereka alunkan mampu membuatkan penonton-penonton di situ mula menggoyangkan kepala,kemudian badan mula bergoyang dan akhirnya seluruh anggota mula bergerak.Burn hanya tersenyum melihat penonton-penonton.Dia sudah agak,lagu pilihannya tepat.

"Wait for me my dear sweet love!"
"One day will be reunited!"
"And again I can make you laugh!"
"As we are again united!"

Riff akhir bernota D berbunyi.Mat memainkan double pedal dengan kiraan 2/4 dan kemudian mengetuk simbal.Serentak Burn,Halim dan Jai melompat.Penonton mula bising! Riuh suasana ketika itu! Berpeluh dahi Burn, tapi dia puas.Semua orang mengangkat tangan memberikan tepukan gemuruh.

"Cayalah geng!" Jai memandang kawan2 nya lalu memainkan satu riff panjang.Penonton semua bersorak gembira. Mereka pun mengundurkan diri ke belakang pentas.Terus ditegur oleh seorang lelaki berumur.

"Yo,Goat Selector.Abang ni dari Fit Boy Records.Abang minat dengan show korang.Ada hati nak jadi proper artis?" tanya Brader itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Abang Man.

"Huh?" Burn terpinga-pinga.Jai dan Halim lagilah blur.Mat pulak masih lagi di atas pentas sedang bersedia nak crowd surfing.

"Abang pasti..dengan bimbingan record label...band korang ni mampu pegi lagi jauh.." Abang Man meyakinkan mereka."Ini kad abang,bila rasa-rasa macam nak setuju...kontek abang tak kira pukul berapa.."

Burn,Halim dan Jai tersengih lebar.Menang ke kalah dah tak payah kira.Yang penting habuan lain pulak datang menyapa.

...........................


Hari itu adalah hari showcase untuk pelancaran album terbaru sebuah band muda yang bakal menjadi salah satu nama besar dalam industri tanah air.Abang Man duduk di meja berhadapan dengan puluhan wartawan dari pelbagai media.

"Sebelum anda mengajukan soalan..pada pendapat saya,lebih baik kalau anda tonton dulu persembahan mereka," pinta Abang Man.

"Encik Azman,ada desas desus mengatakan yang kumpulan baru ini hanyalah sebuah kumpulan Korea celup atau Jepun celup yang terpengaruh dengan budaya rock Jepun atau Korea.." tanya seorang wartawan.

" Saya tak rasa mereka terpengaruh...muzik yang mereka bawakan adalah masih dalam bentuk rock.Saya dan band ni lebih gemar mengklasifikasikan muzik mereka sebagai M-Rock atau Malays Rock," jawab Abang Man.

Abang Man memandang ke arah Burn,"Kau dah ready?" Burn angguk. "Ok,tanpa melengahkan masa,saya persembahkan,band terbaru yang bakal menggegar industri muzik kita,King of Kajang atau nama singkatannya,KoK!"

Burn berdiri di depan sekali.Muzik menggunakan synthesizer mula berbunyi.

"Aku....aku.....tak mampu hidup tanpa mu..." nyanyi Burn. "Dia..dia...dia...tak bernafas tanpa diriku.." nyanyi Halim sambil meluncur masuk dengan gitarnya.

"Cinta dan air mata..mana dapat dipisahkan..." nyanyi mereka berdua.

"Tapi diriku,lelaki yang punya perasaan.." sahut Jai sambil tangannya mula memetik gitar.

Tiba-tiba sebiji telur busuk terbang melekat tepat ke arah muka Burn. Bouncer kelab cepat-cepat menangkap si pembaling. "Kepala jubor kau la King of Kajang!CSuking Cock! " jerit mamat itu.

Burn kenal siapa dia.Bekas drummer mereka yang tak menerima hakikat untuk maju di dalam industri seni di Malaysia...jiwa metal perlu dikorbankan.Kini mereka bukan lagi mat metal..mereka adalah sebuah band tempatan yang dipengaruhi oleh genre Rock dari Jepun dan budaya Pop dari Korea.

"Kami,King of Kajang...dan ini adalah single pertama kami Cinta Pusing-Pusing dari album pertama kami,Melangkah Dengan Cinta..dapatkan yang original!" kata Burn sambil melompat-lompat.

Gadis-gadis yang dari tadi duduk mula berdiri."Burn!Burn!Burn!"

Burn mula tersengih melihat penonton-penonton."Cun siot awek tu.." fikir Burn dalam hati lalu terus menyanyikan single pertama mereka secara miming.

Ogos 19, 2011

Cerpen 12 : Di Dalam Video Mu Ada Jiwaku

Zahir senyum lebar tatkala menunggu di luar rumah.Telinganya dapat menangkap serba-sedikit perbualan yang berlaku di dalam rumah.Pihak keluarganya ramai ikut turut serta dalam majlis pertunangan Zahir dengan gadis pilihannya, Zawiyah.

Zahir ingat lagi wajah ibunya bila dia kata "Emak..Zahir nak bertunang..." Ibunya agak terkejut dengan permintaan itu sebab tak pernah pulak Zahir ceritakan dia sedang bercinta. Apatah lagi bila Zahir bukanlah seorang yang agak gemar membesarkan budaya-budaya berpasang-pasangan ini. "Dengan siapa Zahir?" tanya ibunya.

"Nama dia Zawiyah mak..orang Terengganu..belah-belah Marang...." jawab Zahir,lembut. Ibunya hanya senyum memandang Zahir dengan rasa kasih. "Nanti mak beritahu Pak Long kau..dia pandai benda-benda camni.." Zahir angguk,setuju.

Memori itu jelas terlekat dalam kepala Zahir.Hari ini,dia,ibunya,adik perempuannya Zarina dan keluarga Pak Long dan Mak Ngah nya sudah pun selamat berkumpul di rumah Zawiyah yang di daerah Marang,Terengganu. Zahir nampak ada linangan air mata di sisi mata ibu Zawiyah apabila menyambut rombongan keluarganya ketika tiba di situ daripada Perlis.Keluarga belah Zawiyah juga agak ramai sedang menunggu di dalam.

Tapi Zahir sudah dipesan Pak Longnya,"tunggu di luar nanti.Tak elok anak teruna masuk masa berbincang.." Jadi di temani ayam-ayam yang sedang mematuk tanah dan beberapa ekor kucing yang mengiau di kaki, Zahir hanya mampu menunggu. Dia harap segalanya dipermudahkan.Selang beberapa ketika, muncul sepupu sebayanya, Amirul. Amirul angkat jari menunjukkan tanda bagus.

Zahir hanya mampu senyum sambil mulutnya menuturkan Alhamdulillah senyap-senyap.

.............................

Zahir duduk di depan komputer selepas pulang. Di pasang laptopnya lalu dibuka perisian webcam dan laju ditekan butang "record."

Zahir mula bercakap kepada laptopnya.

"Hari ini..aku dah jadi tunangan orang..hahaha..aku tak tau macam mana nak gambarkan macam mana aku punya perasaan sekarang ni.Tunang aku seorang gadis dari Terengganu. Insya Allah, kalau semua ok, aku akan dapat makan kuih sedap tiap-tiap hari sebab bakal mak mertua aku seorang penjual kuih di kampungnya. Bertambah gemuk la aku nanti! Hahaha! Itu aje la untuk log aku hari ni. Keep in touch! " Zahir menekan butang stop dan video yang baru direkodkan, terus diupload ke portal video kegemarannya. Jarinya mula menaip "www.seminute.com" dan video terus diupload.

"Mudah..senang..made in Malaysia! Terima kasihlah seminute.com!" fikir Zahir dalam hati.

Zahir tidur senyum lena malam itu walaupun badannya letih berjalan jauh dari Terengganu ke Perlis. Jarinya mula menghitung hari."Insya Allah aku kawin 2bulan lepas raya..bukan lama lagi dah ni..9 bulan aje. Kena buat persiapan cepat ni.." Dengan ingatan itu, Zahir terus terlelap sambil dibuai mimpi menjadi seorang suami.

............................

Zawiyah hanya tersenyum sendirian. Dia tidak pernah menyangka Zahir benar-benar serius mahu jadikan dirinya isteri. Dia bukan orang berada. Dirinya seorang cikgu sekolah rendah berkelulusan maktab. Dia tak punya adik beradik lain. Satu-satunya ahli keluarganya yang tinggal hanyalah ibunya yang sangat disayangi.Ayahnya entah ke mana menghilang.

"Apa la Zahir cakap hari ni?" fikir Zawiyah sambil jarinya menekan link di skrin laptopnya. Matanya pantas mencari link untuk video log Zahir. Tak pernah dia sangka hanya kerana dia memberi respon kepada salah satu video log Zahir di seminute.com membawa dirinya jadi tunangan Zahir. Isu pada waktu itu agak hangat, Zahir dan Zawiyah berbalas-balas komen sehinggalah sampai satu ketika mereka jadi marah kepada satu sama lain.Daripada berkenalan di seminute.com, mereka mula berbalas-balas email dan kemudiannya selepas hampir 2 tahun lebih,akhirnya barulah Zawiyah berani memberikan gambar. Dia tak ada Facebook.

Selang dua minggu selepas detik itu, Zahir ajak bertunang. Alasan Zahir mudah, Zawiyah pakai tudung labuh dan Zahir suka bergaduh dengan Zawiyah. Paling dia suka,Zahir kata dia comel. Tak sangka dia, seorang lelaki yang pada mulanya dilabelkan poyo kerana buat video log yang dipaparkan di www.seminute.com akhirnya bakal jadi suaminya.

"Insya Allah..." doa Zawiyah.Skrin memaparkan video log Zahir yang baru dimuat naik.Tajuknya sudah boleh diagak Zawiyah. "AKU SUDAH BERTUNANG!YAHOO!" Zawiyah tertawa kecil apabila mula menonton video tersebut. "Poyo dia memang tak akan hilang ni.." fikir Zawiyah, redha kerana dapat tunang yang tak berapa tau erti malu.

Sekurang-kurangnya,dengan video-video yang terpapar di seminute.com itu,dapatlah Zawiyah menghilangkan kerinduannya untuk menatap wajah Zahir yang duduk berjauhan di Perlis.

......................................


Dua minggu lagi hari Raya.

Zahir berjalan-jalan di Pekan Rabu,Alor Setar mencari songkok dan baju Melayu untuk dirinya beserta baju hari Raya untuk Zawiyah dan ibunya. Pelan asalnya, dia nak buat kejutan untuk Zawiyah. Dia akan poskan baju itu guna pos laju tanpa pengetahuan Zawiyah. Bakal diselitkan sekali baju kurung Kedah untuk ibu Zawiyah.

Selesai membeli belah, dia pulang ke rumah dengan beg yang digalasnya penuh dengan pakaian.Motornya dipacu pantas kembali ke Perlis. Dia malas nak memandu kereta hari itu kerana dia hendak merasakan angin memukul tubuhnya. Rasa bebas. Rasa seperti tidak ada apa-apa kerunsingan.

Sampai di rumah, ibunya dan adiknya jadi pelik kenapa Zahir tersenyum lebar."Kau beli apa tu Zahir?" tanya ibunya.

"Takde baju untuk Ina ke?" tanya adiknya,Zarina.

"Ada..ada..." Zahir membuka beg lalu mengeluarkan beberapa bungkusan plastik.

"Humang aiii..macam mana kau masukkan barang banyak macam ni dalam beg kau tu Zahir?" tanya ibunya takjub.

"Magic mak! Magic!" sahut Zahir sambil sengih. Ibunya dibelikan dua helai baju kurung dan untuk adiknya dibelikan dua pasang baju kurung moden berwarna terang."Ni sapa punya ni Zahir? Mak punya jugak ke?" tanya ibunya mengangkat plastik berisi pakaian untuk Zawiyah dan ibunya.

"Eh mak..tu untuk orang Terengganu.Mak ni.." kata Zahir sambil sengih-sengih malu."Amboi!" Zarina hanya gelak melihat telatah abangnya. Zahir melangkah masuk ke bilik. Plastik bungkusan hadiah diambilnya dari laci. Kotak sudah disediakan di atas tilam.Dengan cermat dia menyusun kesemua pakaian yang ingin dihadiahkan untuk Zawiyah dan ibunya.Selesai membungkus, laptopnya terus dipasang.

"Hai...penonton dan peminat Seminute.com! Ni saya lagi,Zahir, video log kali ini saya tujukan kepada seseorang yang sangat special, iaitu tunang saya...." Zahir dengan tenang merakam video itu lalu seperti biasa akan diuploadkan di seminute.com.

Keesokannya...Zahir bangun awal-awal pagi ke pejabat Pos dengan bungkusan berisi pakaian untuk Zawiyah dan ibunya.Kotak diletak di atas bakul dan dikepitnya dengan kaki. Pejabat pos tidak jauh dari rumahnya lagipun dia tahu lebih baik bungkusan itu dihantar awal kerana tidak mahu terlepas penghantaran untuk hari itu.Selesai segala urusan di pejabat pos dan bungkusan sudah selamat di sampaikan,Zahir pun berjalan ke arah motornya.Motornya dihidupkan dan dia memacu pulang ke rumah yang tidak jauh.

Sayangnya, Zahir tidak sempat sampai ke rumah.


..........................


Zawiyah duduk di mejanya.Walaupun sudah hampir 2 minggu Hari Raya berlangsung, Zawiyah tidak mampu untuk keluar dari biliknya.Kematian Zahir amat berat untuk diterima.Sudah hampir sebulan dia berkurung di dalam rumah.Sudah hampir sebulan jugak lah dia tidur sambil tangannya memeluk erat kotak hadiah yang diposkan Zahir.Entah apa isinya, Zawiyah sendiri tidak tahu tetapi dia hanya merasakan tenang apabila kotak itu ada dekat dengan dirinya.

Tubuhnya agak menurun, tidurnya pun selalu terganggu.Laptopnya juga sudah berapa lama tidak diusik.Zawiyah amat takut dia akan terlihat wajah Zahir bercakap dengannya.Dia amat risau jika laptopnya dibuka dia akan menelaah kembali video-video lama Zahir yang senantiasa membuatkan dia ceria.

"Ring..ring.." Telefon berbunyi. Nada itu terhenti apabila ibunya mengangkat telefon.Beberapa detik kemudian, pintu bilik Zawiyah diketuk."Yaya,Yaya...ni mak Zahir nak cakap dengan Yaya.." pesan ibunya.

Zawiyah bangun longlai.Kali terakhir dia berbicara dengan ibu Zahir adalah pada hari pengembumian Zahir. Dia dan ibunya sempat menyaksikan jenazah Zahir dikebumikan akibat kecederaan teruk berlanggar dengan kereta. Kata-kata terakhir ibu Zahir kepada Zawiyah sambil matanya tidak-habis menangis,"sabar Zawiyah...ada sebabnya kenapa Allah panggil dia balik.."

Zawiyah mendekatkan gagang telefon ke telinga. Suaranya lemah,

"Hello Makcik.."

Zawiyah hanya mendengar apa yang dikatakan ibu Zahir sambil sekali-sekala mengangguk. Gagang telefon diletakkan dengan cermat. Zawiyah memandang ibunya. Ibunya hanya mampu tersenyum melihat Zawiyah. Zawiyah kembali melangkah ke bilik.

Kata-kata ibu Zahir tadi masih bermain di telinganya. Zawiyah terus duduk di depan laptopnya.Dinyalakan laptopnya lalu dibuka browser internet.Jarinya terus memicit link seminute.com. Dia mencari akaun Zahir. Terpaparlah thumbnail wajah Zahir. Mengalir air mata Zawiyah ketika itu laju. Teringat semula segala perbualan dia dengan Zahir dan bagaimana mereka berkenalan.Teringat pula dia hari paling bahagia dalam dirinya apabila rombongan keluarga Zahir tiba di hadapan rumah dia. Dia mengangkat wajah dan menatap gambar mereka berdua selepas selesai majlis pertunangan mereka. Zahir datang dengan memakai kemeja warna biru dan Zawiyah mengenakan baju kurung biru muda dan tudung putih.

Itulah detik paling bahagia untuk Zawiyah.

Ada satu video log Zahir yang belum ditontonnya kerana tidak sempat menontonnya. Tarikh video itu diupload adalah pada malam kejadian tragedi yang menimpa Zahir berlaku. Zawiyah teragak-agak...tetapi akhirnya memberanikan diri.

Zawiyah menekan butang "Play." Kelihatan Zahir sedang membetulkan kedudukan laptopnya supaya wajahnya masuk ke dalam fokus kamera. Air mata Zawiyah kembali laju tatkala menatap wajah Zahir.

"Hai...penonton dan peminat Seminute.com! Ni saya lagi,Zahir, video log kali ini saya tujukan kepada seseorang yang sangat special,iaitu tunang saya...kepada yang tak tahan dengan adegan romantik dalam filem..boleh tak anda tekan butang close kat browser anda? Sebab saya pasti..ini adalah video log paling jiwang yang akan saya buat sepanjang 3 tahun saya buat benda ni..."

Zawiyah tertawa kecil.

" Zawiyah...nampak apa benda yang saya pegang ni?" kata Zahir sambil mengangkat kotak tersebut lalu menghalakannya kepada kamera. Zawiyah memandang kotak itu yang kini sudah berada di atas katilnya.

"Ini adalah hadiah untuk awak dengan mak awak.Saya tak mampu nak beli banyak...sebab saya terpaksa simpan duit sebab kita nak kahwin dah lagi dua bulan lebih...jadi saya harap apa yang saya hadiahkan ni cukup untuk awak.."

Zawiyah tersenyum...

" Saya tau selama ni awak kata saya lelaki poyo sebab awak kata saya lelaki yang suka cam whoring dalam bentuk video! hahaha..takpe..takpe..itu semua tak penting...yang penting,awak tak boleh nak lari mana lagi walaupun awak tak suka...." Zawiyah ingat lagi betapa marahnya Zahir apabila digelar pelacur video,membuatkan Zawiyah ketawa lagi.

Zahir senyap tiba-tiba..."....sebab kita dah bertunang." Kaku Zawiyah bila mendengar ayat itu.

"Lagipun saya akan pastikan awak admit yang awak tu peminat saya lepas kita kawin nanti!" Zahir bergurau.Zawiyah tunduk memandang lantai...mahu tersenyum ada,mahu menangis ada.

"Zawiyah....kalau semua ok, Insya Allah ni lah last raya kita beraya sebagai seorang yang single.Jadi,saya nak awak pastikan diri awak beraya betul-betul tahun ni. Tahun depan,awak kena beraya kat Perlis dulu! Hahaha!Saya dah chop dulu awal-awal. Video ni la sebagai bukti dia.." Zahir tergelak besar.Zawiyah pun turut sama tertawa.

" Insya Allah Yaya...saya akan jaga awak dengan mak awak baik-baik. Kalau mak awak nak beraya kat Perlis pun boleh...kita beraya ramai-ramai satu family." Zahir mula sayu.

Zawiyah tekun merenung laptopnya."Jadi selamat hari raya...pastikan ini raya yang paling meriah untuk mak awak. Sebab lepas ni kalau saya ada sana,saya tak nak keluar rumah..saya nak duduk rumah makan kuih raya yang mak awak buat sepanjang bulan Syawal."

"Oh,lastly..ini last chance untuk awak main mercun ke,bunga api ke...sebab kalau dah kawin,saya nak awak join team meriam buluh kampung saya.Apa kelas main bunga api?Perempuan buleh la main bunga api!" kata Zahir bergurau lagi.

"Zawiyah...kirim salam dekat mak awak.Walaupun masih awal lagi, saya takut saya tak sempat nak wish lagi dekat seminute.com ni..saya wish dulu,selamat hari raya maaf zahir batin wahai Nur Zawiyah binti Mohammad Ramli..." kata Zahir. Video itu pun tamat.

"Selamat hari raya Muhammad Zahirruddin bin Ahmad..." bisik Zawiyah,sayu.

Zawiyah bangun mencapai kotak pemberian Zahir.Dibukanya berhati-hati. Dalamnya ada dua bungkusan. Satu bertanda "untuk ibu",satu lagi "untuk Yaya." Zawiyah senyum dalam tangisan.Dengan perlahan dia bangun menuju ke bilik air.Pakaian itu dimasukkan ke dalam mesin basuh.

........................

Keesokannya, ibu Zawiyah bangun menunaikan solat subuh selepas sahur untuk berpuasa sunat. Selesai subuh dia bangun ke dapur. Dilihatnya Zawiyah sedang duduk di meja makan sambil memasukkan kuih ke dalam balang. "Dah subuh Yaya?" tanya ibunya.

"Dah mak.." jawab Zawiyah. "Mak..kita gi rumah adik beradik Mak hari ini?"

Ibunya senyum mengangguk.

"......Zahir ada bagi baju dekat mak..dua helai...Yaya dah basuh semalam.Tengah jemur.." beritahu Zawiyah.

"Mak..." kata Zawiyah. "Selamat hari raya mak..maafkan Yaya zahir dan batin.." katanya menghulurkan salam lalu mencium tangan ibunya."Mak pun sama Yaya...sabar nak...semua benda jadi mesti ada sebabnya..." jawab ibunya sambil air mata jatuh berlinangan.

"Mak, nak tengok baju kurung Zahir belikan untuk Yaya?" kata Yaya sambil tersenyum.


Link untuk video di Seminute.com

Ogos 18, 2011

Cerpen 11 : Semua Orang Boleh Jadi Perdana Menteri

Cikgu Azman melangkah masuk ke dalam makmal komputernya.Dia menekan suis projektor untuk dinyalakan.Selesai,jarinya pantas menyelongkar beg galasnya mencari thumbdrive 8GB nya.Dia mencucuk thumbdrivenya ke port USB.Folder "Gambar Pemimpin" yang ada di dalam,disalin ke atas Desktop komputer.

Murid-muridnya berpusu-pusu masuk ke makmal.Cikgu Azman terus menukar raut wajahnya.Pada dia,bila berhadapan dengan murid,dia perlu kelihatan garang.Baru murid hormatkan dia.Teta[i apa yang bagusnya,dengan keluarga sendiri,Cikgu Azman tidak pernah mahu tunjuk garang.Muka garang in khas untuk sekolah,fikir dia.Cikgu yang paling adalah aktor yang paling sempurna.Itu pegangan dia.Psikologi seseorang cikgu perlu senantiasa lurus.Walaupun ada masalah di rumah, di kelas cikgu perlu berlakon segalanya baik-baik sahaja.

"Selamat pagi semua!Saya dah janji dengan awak semua,hari ni kita akan berkenalan dengan pemimpin-pemimpin negara kita sekarang! Jadi sebelum saya mulakan, boleh saya tanya, siapa Perdana Menteri negara kita?" tanya Azman kepada muridnya.

"Datuk Seri Najib,Cikgu!" kata sekumpulan murid.

"Hoi! Bukanla! Bapak aku kata Rosmah Mansor Perdana Menteri kita!" kata seorang budak lain.

"Bapak kau bodo!Bapak kau bodo!" pekik sekumpulan pelajar.

Cikgu Azman hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Dia sudahpun menjangkakan perkara sebegini akan berlaku."Murid-murid,Perdana Menteri kita ialah Datuk Seri Najib bin Tun Razak. Isteri beliau,Datin Seri Paduka Rosmah Mansor.Jelas kan?"

"Cikgu,cikgu,kenapa Datin Rosmah pulak yang selalu keluar TV?" tanya seorang murid perempuan,Cikgu Azman sudah juga menjangkakan soalan itu sudah keluar. "Dia selalu keluar TV sebab Datin Seri Rosmah adalah salah seorang daripada penggerak utama pembangunan wanita dan kanak-kanak di negara kita ni.."

"Cikgu,boleh tak saya jadi perdana menteri bila saya besar nanti?" tanya murid paling nakal dalam kelasnya.

"Kenapa pulak tak boleh?Boleh aje.Siapa-siapa pun boleh jadi Perdana Menteri.." Azman menjawab,tenang.

"Oho!" sahut satu kelas itu.

"Cikgu, kalau betul camtu,kenapa Perdana Menteri kita ni semua sedara mara diorang aje?" Cikgu Azman terdiam.Otaknya buntu,macam mana dia nak jawab soalan pedas itu.

"Kenapa awak cakap macam tu?" tanya balik Azman nak melengahkan masa.

"Ye la..bapak saya kata kita orang biasa mana ada peluang nak jadi Perdana Menteri..." jawab seorang murid lain.

"CIkgu,cikgu,bapak saya kata..dulu Perdana Menteri kita...Tun Hussein Onn,pakcik Perdana Menteri kita.Lepas tu Tun Razak,bapak Perdana Menteri kita. Sekarang ni Datuk Seri Najib,anak Tun Razak.Orang kuat dia,Hishamuddin Tun Hussein..sepupu Perdana Menteri...lepas ni anak Perdana Menteri pulak naik ganti abah dia.." jawab seorang murid lain memberikan bukti.

"......Err....mana ada. Siapa-siapa pun boleh jadi Perdana Menteri.Tak semestinya Perdana Menteri mesti datang daripada keluarga diorang saja.." jelas CIkgu Azman.

"Aku nak jadi Perdana Menteri bila besar!" seorang murid melompat dari kerusinya."Aku pun nak jadi Perdana Menteri bila aku dah besar! Boleh jadi kaya! " jerit seorang murid lain.

"Aku pun!" sahut yang lain.

"Aku nak jugak!" jerit seorang murid perempuan.

"Kau tak boleh! Kau boleh jadi isteri Perdana Menteri aje," marah seorang budak lelaki lain.

"Dah,dah,duduk semua.Bagus la awak semua ada cita-cita besar.." beritahu Cikgu Azman kepada kelasnya."Sekarang..ini gambar siapa?" tanya Cikgu Azman sambil menekan mouse.Gambar Datuk Seri Najib dipaparkan.

"Ini gambar Datuk Seri Najib 1Malaysia!" jawab satu kelas serentak.

"Ini pulak siapa?" tanya Cikgu Azman,lalu menayangkan gambar Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim,Menteri Besar negeri tempat dia mengajar.Satu kelas senyap tanpa sebarang jawapan.

"Tak tau cikgu.." jawab seorang murid memecahkan kesunyian.

Ogos 17, 2011

Intermission Antologi : K-Pop Lemau,Gadis Meronta-Ronta dan Soal Jawab Agama

Seronok jugak sebenarnya menulis cerpen ni!

First sekali, sebenarnya..kalau kau suruh aku sambungkan cerpen2 tu,jadikan novel ke...aku mintak maaf.Semua cerpen tu aku tulis on the spot.Takde plan2.Dari dulu aku nak buat benda camni.Tapi selalunya mesti ada aje isu lain yang masuk,jadi aku decide sebelum bulan puasa hari tu..kurangkan kutuk orang Melayu UMNO dan tulis aje apa-apa cerita yang aku nak tulis.

Aku terfikir satu topik,aku tulis.Macam cerita hantu tu..sebenarnya pendek aje cerita dia,aku tak plan pun nak sambung.Tah macam mana boleh masuk ada anak beranak misteri tu aku sendiri tak sure...jadi kalau kau suruh aku sambungkan,aku takut nanti makin lama makin merepek.Aku rasa kalau aku teruskan,mesti cerita hantu akan jadi cerita cinta Munirah dan Joe..lama2 lepas tu akan bertukar jadi cerita porn.Kalau ikut satu draf awal yang aku dah tulis,memang ada scene2 asmara Joe dengan Munirah sebelum ending dia...

Standard la.Aku lelaki.Isteri aku tengah pantang.Imaginasi memang agak liar.
Orang dah kawin dan dah ada anak paham la apa aku tulis ni.

Jadi,just nak inform,kalau aku ada idea nak sambung,aku sambung...mcm cerita Razali dan anaknya tu aku dah boleh nampak sipi2 bayangan sambungan dia.Tapi cerita hantu tu habis camtu aje la...mula2 memang aku nak buat ending dia lagi panjang,tapi mana misterinya kat situ,kan?Cerita kisah cinta empat segi Diana,Daniel,Rizal dan tah apa nama karakter lagi sorang...tu aku rasa stop kat situ aje la.

Oh,dah tengok video klip terbaru kumpulan K-Pop kegemaran aku,MAX 247?
Layan la.Best.Sangat best!Best sangat!


Kau pernah dengar kumpulan K-Pop Korea nama Girls Generation?Ada orang panggil SNSD.Aku suka tengok video klip dia sahaja (come on..aku bukan gay) sebab ada sesuatu yang hipnotik mengenai sekumpulan anak gadis comel-comel menari beramai-ramai serentak.Kita boleh nampak la hasil latihan diorang walaupun vokal bila live selalu out sket.Menari memang synchro kaw-kaw.Sekarang imej diorang aku tak suka sangat sebab lebih kepada maneater punya imej.Aku suka perempuan imej cute dan bubbly,yang paling penting...tak nampak macam slut.

Pernah baca sejarah Girls Generation ni? Punyala lama diorang kena audition dan training untuk form group diorang yang makin lama makin luas pengaruh dia.Training memang teruk sehinggakan ada ahli seorang dua yang dah tarik diri sebab tak tahan.Tapi hasil dia berbaloi la kalau kita tengok.

Sekarang, cuba tengok video klip kumpulan MAX 247 kat atas tu balik. Kalau Girls Generation training bertahun-tahun baru dapat jadi macam sekarang kau cuba bayangkan...mamat2 MAX 247 ni training nanti macam mana? Nampak potential diorang nak jadi setaraf artis K-Pop international yang lain? Tak nampak? Gila besar potensi diorang ni!Dengan training main2 diorang dah hebat macam tu...BAYANGKAN POTENSI DIORANG!

Setakat Girls Generation?Wondergirls?Lee Hyori?Park Joo Bong? Celah gigi la.Orang Malaysia ni bagus,kita cepat nampak potential.Walaupun diorang artis yang training tak berapa serius pun,diorang mampu ada video klip sendiri...sebab orang kita memandang jauh ke masa depan.Potential kena rebut dan start gilap dari awal. Negara kita ada potential untuk melahirkan lebih ramai artis-artis K-Pop ni.

Orang kita senang nak appreciate talent seni yang ada..rebutlah peluang yang ada sebab aku pasti kalau kau ajak aje member kau 3-4 orang tubuh satu boyband,menari aje sket2 dan pakai costume..Insya Allah..akan ada record label ambik kau.Yang penting,bila ada band baru,industri seni makin meriah.Vokal semua tolak tepi.Kita boleh apply Autotune.

Yang penting,meriah. Kerajaan takkan ambik orang biasa yang kerja doktor,engineer atau cikgu jadi idola...diorang akan ambik artis. Jadi,salah satu langkah untuk memperbanyakkan idola adalah dengan memperbanyakkan bilangan artis. Budak-budak pandang tinggi Shahir AF tu sebab dia idola...apa perlunya lagi hormat cikgu kat sekolah,kan? Cikgu sekolah bukan Shahir! Aku suka langkah kerajaan memperluaskan industri hiburan kita.Kau cuba tengok sendiri..berapa ramai artis yang ada bisnes sendiri dan berapa ramai orang biasa yang mampu bukak bisnes?

Tak ramai...tapi ramai artis yang jadi usahawan.Siti Nurhaliza ada makeup..Zed Zaidi ada Papparich...kumpulan 4U2C dulu ada air tin brand diorang sendiri.That's the trend! Untuk jadi seseorang yang berjaya di Malaysia...become an artist or celebrity! Peluang untuk orang Melayu jadi bisnesman lebih cerah jika dia seorang artis! Nak lagi cerah? Jadi artis...masuk Pemuda UMNO....cuba tengok balik AC Mizal tahun 90 an dulu dengan AC Mizal sekarang dan compare....

Yang terakhir; isu bacaan al-Quran dekat pembesar suara.
Aku harap video ni memperjelaskan segala persoalan.


Setakat ni dah 10 cerpen. Lepas ni..ada cerita fantasi..cerita berbentuk keagamaan yang serius , selit cerita gay seround dua dan mungkin untuk last part aku nak tulis sebuah kisah cinta yang sangat epik.Sama ada aku dapat capai tahap epik yang aku nak tu....aku tak tau. Sebabnya,seperti aku tulis kat mula-mula tadi..aku akan tulis cerpen2 tu on the spot ikut suka.Takde planning,takde peraturan.

Jadi,sempena Nuzul Quran hari ini,marilah kita beramai-ramai,tanya diri sendiri...kenapa perempuan2 di awalan video klip MAX247 tu,sanggup buat macam tu (walaupun berlakon)?

Adakah sebab :

a. Mamat2 tu terlampau hensem?
b. Perempuan2 tu desperate?
c. Diorang kena paksa berlakon?
d. Benchmark untuk lelaki idaman wanita Melayu adalah lelaki seperti itu?
e. Bayaran yang diorang dapat mampu cover gaji setahun?
f. Diorang memang sincerely betul2 minat dekat MAX247?

Aku akhiri intermission ni dengan pose maut tangkap leleh kumpulan MAX247.


Nice!

Kau pernah tak rasa ada sesetengah orang tu,
kalau kau tengok muka diorang,kau rasa nak cium-cium?

Ogos 16, 2011

Cerpen 10 : Rumah di Atas Bukit Bahagian Akhir

"Mak,ada lelaki datang.." kata Munirah sambil memandang ke bawah tangga."Dah boleh turun ke?"

"Sekejap.." sahut seseorang.Joe hanya berdiri memandang sekeliling sambil tangannya terus memegang erat tangan Munirah.Munirah senyum memandang Johan yang berkelakuan seperti orang dungu.

"Turunlah anakku.." sahut suara wanita itu selepas beberapa ketika.Joe dan Munirah melangkah ke bawah berpimpin tangan seolah-olah pasangan kekasih.

"Mak,saya suka dia ni,nama dia Johan..." kata Munirah sambil tersenyum manja menjeling Joe.Joe seolah-olah terpukau hanya mampu tersengih dan mengangguk. Mak kepada Munirah itu melangkah ke depan. Cahaya lampu yang kuning itu membuatkan suasana jadi sedikit kelam.Joe melihat mak kepada Munirah itu agak kecil orangnya.Makcik itu menghampiri Joe,lalu memandangnya ke atas dan ke bawah.

"Kau kenapa nak?Kenapa kau nak jaga Munirah?" tanya makcik itu.Munirah menggenggam erat tangan Joe.Sejuk rasa tangan Joe apabila dia dipegang begitu.Dengan tidak disedari terpacul keluar jawapan dari mulut Joe,"Ya makcik..saya sanggup jaga Munirah sehingga ke hujung nyawa saya.."

Makcik itu tersenyum lebar."Hahahaha..pandai kau Munirah.Pandai!Mari,kita duduk makan dulu..." Makcik itu mengajak Joe naik ke atas semula ke ruang tamu.

"Kau duduk di situ..." kata makcik itu mengarahkan Joe supaya duduk di meja makan. Pinggan,garfu dan sudu sudah tersedia diletakkan kemas dan cantik.Tapi cuma untuk Joe."Makcik dah makan...Munirah pun dah makan.." jawab Makcik itu apabila melihat Joe kehairanan.

Munirah mencedok nasi lalu diletakkan ke dalam pinggan Joe lalu disendukkan dua ketul ayam kari."Makan bang.." Joe terus menyuapkan nasi berlauk ayam kari itu ke dalam mulut.

...............

Rahman memandang dari luar.Dia nampak Joe sedang duduk di meja berhabuk itu sambil memegang sudu dan garfu yang sudah berkarat itu.Dia nampak Joe memasukkan sudu itu ke dalam mulutnya lalu dikunyah-kunyah karat dan debu yang sudah bertapuk entah berapa lama.

Dia juga nampak perempuan tua tadi yang menghalaunya keluar, duduk di depan Joe.

"Joe!Joe!Kau buat apa tu!" tingkap itu diketuk perlahan-lahan untuk membangunkan Joe dari lamunan.Perempuan tua itu memandang ke tingkap. Rahman pantas tunduk untuk mengelakkan diri dilihat. Rahman menjeling semula.Joe terus diam..sekali sekala dia tersenyum dan mengangguk. Ada juga beberapa ketika Joe bercakap sendirian.

"Gila hapa Joe ni..." kata Rahman,lalu dia melangkah meninggalkan rumah itu menuju ke motorsikalnya yang diletakkan di kaki bukit tersebut.

...........

Makcik dan Munirah memandang tepat ke arah Joe.Munirah tidak habis-habis memandang tepat ke arah mata Joe.Joe hanya mampu tersenyum.Tak pernah lagi seumur hidupnya ada gadis secantik ini duduk sebegini rapat dengannya.Dapat dirasa bau harum tubuh Munirah menerawang di udara.

"Kau betul Munirah?Betul kau pilih dia?" tanya Makcik.Munirah mula berang."Aku dah kata,aku suka dia!AKU SUKA DIA!KENAPA KAU NAK TANYA BANYAK KALI LAGI?"

Makcik itu tunduk."Munirah...kau anak aku.Memang salah aku buat kau jadi macam ni..kau tak payah la seksa lelaki ni nak..biarlah mak aje yang jaga kau..."

"KAU TU BETINA SIAL!SIAL!KAU LAHIRKAN AKU!KAU BUANG AKU!KAU BIAR AKU MATI!SEKARANG KAU NAK JAGA AKU!BERAMBUS KAU!AKU NAK DIA!AKU SUKA DIA!" pekik Munirah.

Makcik itu tunduk memandang lantai.Dia mencabut sebentuk cincin dari jarinya lalu diletakkan di atas meja.

"Johan..pakaila cincin tu.Itu hadiah Munirah untuk Johan.." Munirah yang baru sebentar tadi terpekik-pekik tiba-tiba bertukar lembut.Johan memandang cincin itu lalu tangannya mencapai cincin terus diletakkan dijari.

"Kau setuju jaga Munirah?" tanya makcik itu kepada Johan."...err....errr..." Johan sedikit gagap apabila ditanyakan soalan itu.Munirah menggenggam tangan Johan dengan kuat dan Johan dengan wajah tiada perasaan menjawab.."Ya,saya setuju.."

"Minta maaf dik..makcik dah sorok diri makcik dan semangat Munirah ni 43 tahun..kau la orang pertama yang ketuk rumah buruk makcik ni dan kena tegur dengan Munirah,maafkan makcik," kata makcik itu.

"BERAMBUS PEREMPUAN TUA!BERAMBUS!" Jerit Munirah.Makcik itu dengan perlahan bangun dan membawa dirinya keluar.Munirah tersenyum riang.

"Johan....jom kita main batu seremban..." pinta Munirah keanak-anakan.

..........

Rahman terjaga dari tidurnya.Dia dengar bunyi ramai orang kampung sedang bising.Dikuakkan tingap terbuka dan matanya terbeliak besar apabila melihat rumah di atas bukit itu sedang marak dijilat api. Dia menjeling jam di dinding. Tepat jam 4:35 pagi.

"Ya Allah!Joe!" Rahman berlari keluar rumah."Cepat Man..rumah tu terbakar!Orang kampung semua tengah tolong!" jerit salah seorang penduduk kampung. Dia bingkas bangun mencapai kunci motor lalu dihidupkan motor terus dipacu ke arah rumah di atas bukit.Sampai saja di sana dilihat orang ramai sudah mula berkumpul dan cuba memadamkan api.Dia nampak Makcik Rosnah,ibu Joe.

"Makcik..makcik..Johan ada balik rumah semalam?" tanya Rahman.Makcik Rosnah memandang Rahman kehairanan."Bukan dia tidur rumah kau ke Man?Dia mana balik semalam." beritahu Makcik Rosnah,mula risau.

Rahman diam. Dia hilang punca. Mana pergi kawannya,Johan?


Ogos 15, 2011

Cerpen 09 : Rumah di Atas Bukit Bhgn 03

Tangga itu berbunyi sedikit apabila Rahman memijaknya.Mungkin kayu yang digunakan sudah semakin reput,fikir Rahman.Agak jauh juga jarak tangga itu kerana Rahman boleh merasakan sedikit kepenatan menuruni tangga tersebut.

Perlahan-lahan Rahman mula mendekati penghujung tangga itu.Ada cahaya suram di hujungnya.Kedengaran bunyi orang sedang bekerja seolah-olah bunyi di dapur.Kling klang kling klang,bunyi besi bertemu dengan besi. Rahman dengan berhati-hati menyelinap ke tepi dinding lalu menghulurkan kepalanya untuk melihat ke arah mana bunyi itu datang.

Dilihatnya ada seorang perempuan sedang memotong sesuatu menggunakan pisau.Dalam cahaya yang samar-samar itu, Rahman dapat melihat wanita berambut panjang itu memakai baju blouse berwarna biru muda yang agak lusuh dan kotor warnanya.Wanita itu tekun memotong sesuatu di tepi sinki. Rambutnya kemas disanggulkan di belakang.

Rahman jadi fobia.Tak ingin lagi hatinya meneruskan penyiasatan itu kerana dah terbukti ada orang yang duduk di rumah itu.Tidak ada lagi misteri.Dia hanya mahu pulang. Senyap-senyap dia kembali memanjat tangga yang baru saja dituruninya sebentar tadi.

Ekkkk.....

Salah satu tangga itu berbunyi kuat apabila dipijak Rahman. Serentak dengan itu, bunyi perempuan itu bekerja terhenti.Rahman panik.

Pantas Rahman memanjat tangga itu selaju mungkin.Rahman menoleh ke belakang. Dia nampak wanita itu sedang berdiri di hujung tangga tersebut memandang tepat ke arahnya.

"Kau mahu apa lagi? Kau mahu apa lagi?" bisik wanita itu perlahan tapi jelas didengari Rahman.Serentak dengan itu Rahman tidak lagi menoleh ke belakang.Kakinya laju digerakkan.Dia hanya mahu cabut dari situ.

"Kau mahu apa?" tanya wanita itu sambil kakinya melangkah setapak memanjat anak tangga.

Menggelabah Rahman melangkah pantas dan apabila sampai ke ruang tamu itu matanya ligat mencari tingkap yang digunakan untuk masuk pada awal tadi.Rahman sudah tidak peduli sakit atau cedera,dia terus menerbangkan badannya ke luar.

.............................


Joe rasa bersalah kerana membiarkan kawannya berseorangan.

Dia melangkah kembali ke depan pintu rumah itu."Try aje lah ketuk,mana tau memang ada orang duduk.." fikir Joe.Pintu depan itu diketuk.Cahaya suram daripada mentol itu berbuai-buai apabila mentol ditiup angin. Joe menunggu seketika mana tau Rahman yang akan membukanya.Tombol pintu dipusing dari dalam. Seorang wanita muda membuka pintu. Joe jadi terpesona."Mak aih,cantiknya...," dalam hati Joe berfikir.

"Cik...cik...ada tak orang datang sini tadi? Dia kawan saya...tapi saya tak tau pulak dia kat mana.Kunci motor ada kat dia...saya nak balik pun tak boleh ni.." tanya Joe, benar-benar jujur,entah kenapa.Terpersona betul Joe.

"Oho..abang tu kawan Cik abang?Dia ada ni kat dalam..." kata gadis itu."Masuklah..."

Joe melangkah ke dalam.Pintu ditutup dengan perlahan."Sekejap ya,saya nak bukak lampu, karang terlanggar perhiasan-perhiasan ni..mak saya suka kumpul perhiasan antik.." sambung gadis itu.

"Oh ya..saya Munirah.." gadis itu memperkenalkan dirinya.

"Saya Johan.." Joe segan-segan.

Munirah memandang tepat ke arah mata Joe. Munirah kemudian melangkah mencari suis lampu.Apabila dipetiknya suis lampu dan cahaya menerangi ruang tamu itu,Joe memandang sekeliling."Eh,tadi masa aku masuk mana ada perhiasan-perhiasan mewah ni...bukan macam dah lama kena tinggal ke rumah ni tadi?" fikir Joe mula bergoncang hatinya.Hendak ditanya takut pula sebab tuan rumah ada di depan mata.

Munirah memandang ke belakang."Kenapa Johan?Lapar ya?Jom kita pegi makan malam dulu...."Munirah menghulurkan tangannya ingin memimpin Joe.

Joe menghulurkan tangannya,seolah-olah kanak-kanak kecil dipanggil ibunya. "Mari kita makan dulu ya?Kejap lagi kawan awak akan makan sekali dengan kita.." pujuk Munirah,manja.

Joe melangkah perlahan menuruni tangga.

Ogos 12, 2011

Cerpen 08 : Rumah Di Atas Bukit Bhgn 2

Joe dan Rahman berpusing di keliling rumah itu mencari jalan masuk. Rumah setingkat itu benar-benar memberikan perasaan yang sunyi dan sedikit menyeramkan kepada mereka berdua.

"Susah sangat kita ketuk aje la!" bisik Rahman. Joe memandang rakannya dengan muka pelik,"kalau ikut aku,jom kita balik aje la!"

"Ni ada tingkap terbukak...jom," Rahman berdiri di depan sebuah tingkap yang sedikit terbuka.Tangan dihulur untuk cuba di tarik tingkap itu.Tingkap itu terbuka dengan agak mudah lalu Rahman memanjat masuk ke dalam rumah itu.

"Come on bro..." Rahman menghulurkan tangan ingin membantu Joe masuk bersama.Joe memandang ke kiri dan ke kanan,memeriksa sama ada orang lain akan sedar kehadiran mereka di situ mencerobohi rumah tersebut.Bila sudah di rasakannya selamat,dia pantas memanjat tingkap tersebut.

Rumah itu kosong sebahagiannya.Apa yang ada hanyalah beberapa almari lama yang sudah berusia tanpa ada apa isi pun di dalamnya.Perabotnya hanyalah sebuah meja makan yang agak besar saiznya yang boleh memuatkan 6 orang. Di atas meja itu tersusun cantik pinggan makan,sudu dan garfu di salah satu tempat di meja makan itu.

"Pinggan ni macam tiap-tiap hari di pakai aje?Bersih lagi ni...tak berhabuk langsung,Pelik..." Rahman memulakan pemerhatiannya.

"Tapi tempat lain semua berhabuk tebal...ada orang makan kat sini hari-hari...dah la..jom,kita dah tau ada orang tinggal sini.Puas hati?Jom balik," Joe menuju ke pintu depan untuk keluar.Barulah dia perasan,pintu depan rumah itu sudah dipaku dengan kayu dari belah dalam,masuk tidak boleh,keluar pun tidak boleh. Di sebelah kanan pintu itu ada suis lampu lama warna hitam. Rahman melihat suis itu dengan teliti,bila diamatinya suis itu juga masih bersih dan tidak diselaputi habuk.

"Memang ada orang on kan suis ni setiap hari.." Rahman memaklumkan perkara itu pada Joe."Dah cukup?Jom balik..." bisik Joe.

"Ok...jom..." Mereka pun kembali kepada tingkap yang digunakan apabila mereka masuk tadi. Rahman memandang keluar memeriksa,"orait...line clear..." Joe pantas menghulurkan kakinya lalu dia meloloskan dirinya ke atas tanah.Lapang rasa dirinya. "Man..jom..cepat.."

Rahman baru saja hendak melangkah keluar apabila dia terdengar bunyi pintu terbuka perlahan. Cepat-cepat dia menyorok di balik salah satu almari yang ada di situ.

Joe kebingungan,"Man,kau pergi mana tu?" Beberapa minit Joe berdiri di luar tingkap itu, dia memutuskan untuk menjenguk ke dalam rumah itu. Dia tidak nampak apa-apa sangat kerana suasana nya yang agak gelap."Rahman..aku tunggu kau dekat tempat kita lepak tadi..aku tak nak masuk lagi.Kau nak panggil aku pengecut..kau panggil la. Aku tak nak kena tangkap polis..." bisik Joe perlahan lalu melangkahkan kakinya meninggalkan perkarangan rumah itu.

..........................

"Cilakak kau Joe.Kau tinggalkan aku seorang kat sini terperangkap..." fikir Rahman apabila dia mendengar pesanan Joe tadi tatkala sedang menyorok di tepi almari. Dia tidak berani keluar lagi kerana takut tuan rumahnya tadi masih lagi ada di situ.Selepas dia mendengar pintu dibuka tadi,dia hanya mendengar ada seseorang melangkah dengan perlahan menuju ke bahagian dapur di belakang rumah itu dan kemudiannya kembali semula ke depan dan menghilangkan diri entah ke mana.

Rahman menjenguk.Suasan sudah sunyi semula.Tiada siapa lagi di sana dan tiada lagi bunyi manusia melangkah.Senyap-senyap dia melangkah ke tingkap.

Dia memandang ke arah dapur rumah tersebut.Barulah dia perasan ada satu tangga lain yang sedikit tersorok yang menghala ke bawah tanah rumah itu.Dia memberanikan diri melangkah menghampiri tangga tersebut.Pintunya sedikit terbuka dan ada sinaran lampu yang agak malap menyala dari situ.

Entah kenapa,Rahman dengan senyap melangkah menuruni tangga tersebut.


Ogos 11, 2011

Cerpen 07 : Rumah Di Atas Bukit Bhgn 1

Joe memandang rumah di atas bukit itu."Kau rasa ada ke orang tinggal dalam rumah tu?" Rahman melihat ke jam tangan yang dipakainya.

"Ada..kau tunggu kejap lagi.Sekarang dah 7:25,tepat jam 7:30 nanti,lampu depan tu mesti terbukak.." jawab Rahman mengharapkan kawannya bersabar.Mereka menunggu seketika.Hari makin gelap membuatkan suasana pada senja itu semakin sunyi.

"Aku rasa tak sedap hati..." tegur Joe. "Come on Joe,kau kata kau nak cuba-cuba jadi penyiasat misteri..." tawa Rahman.Joe hanya mampu tersengih.Menyesal rasanya bila dia cakap besar yang dia tak takut dengan benda-benda misteri.

"Kau tunggu kejap lagi...nanti tepat 7:30 kau tengok aa,lampu depan tu akan menyala dan dia akan terus berkelip-kelip sampai la tepat pukul 12 malam...aku perasan benda ni dari dulu lagi..." Rahman memulakan bicara.

"Kau dah usha lama ke rumah ni?" Joe menyoal.

Rahman menoleh kepada Joe,"dah lama..aku perasan dah 3 tahun..senang aku nak tengok.Rumah ni memang nampak dari tingkap bilik aku..apa yang aku perasan...tiap-tiap...."

Penerangan Rahman dipintas.Joe buntang mata melihat mentol depan rumah itu yang berwarna kuning sudah menyala."Tepat 7:30 sharp!" Rahman menjeling jam tangannya dan kemudian terus merenung rumah itu.

"Kita dah duduk sini dari pukul 4:30 petang.Kau sendiri nampak langsir tak pernah terbukak..takde orang keluar...dari tadi kita tunggu takde langsung apa-apa jadi.Tapi kau tengok..lampu menyala.Tiap-tiap hari macam ni.." bisik Rahman.

"Man..gua nak balik.Aku tak nak kena tuduh ceroboh rumah orang.." Joe mula gelabah."Yo,yo,yo!Apa cerita ni bang...teman la aku,aku dah kaji rumah ni lama..jom la selesaikan misteri rumah tu" pujuk Rahman.

"Kau tak payah risau...takde orang..." Rahman pandang Joe untuk meyakinkan kawannya."Habis,siapa yang on kan lampu tu?" tanya Joe.

"Itu la misteri yang kita kena siasat ni!Kata Rahman.

Mereka melangkah kaki memanjat jalan bertanah yang menuju mke rumah itu.Suasana tiba-tiba jadi sangat sunyi.Lampu kuning itu terus menyala seolah-olah memanggil mereka berdua.Kaki mereka mula melangkah.

Ogos 10, 2011

Cerpen 06 : Antara Handsome dan Cantik

Ina membelek-belek wajahnya di depan cermin.

"Aduh...blackhead lagi.Baru aje aku gi treatment minggu lepas...sekejap aje dah naik blackhead balik.." Ina fikir dalam hati.Dia pun melangkah ke belakang sikit lalu memerhatikan badannya di cermin. Ina adalah seorang yang sangat risau mengenai penampilan dirinya, bukan sekadar dari segi kebersihan tetapi juga dari segi bentuk badan.

Keyakinannya pada diri Ina hanya akan datang apabila dia rasa dirinya menawan.

"Kenapa lah Tuhan tak jadikan manusia ni perfect figure aje setiap masa?" Ina memusingkan badannya di cermin."Aku kena pegi gym setiap minggu semata-mata nak maintain badan aku..."

Dia memalingkan badannya ke sisi."Aduuh....macam mana pulak perut aku boleh terbesar sikit ni? Isk..." Pantas Ina baring lalu melakukan seat up sebanyak 20 kali.

"Huff..huff...hufff.....19....huff....20......" Ina lalu duduk sambil melunjurkan kakinya ke depan.Barulah dia perasan, kulit kakinya kering. "Adus...." Pantas Ina bangun menyambar losyen pelembap kulit dan dilumurkan rata-rata ke tapak kaki nya.

Ina tidak tentu hala.

Hari itu dia ada date dengan Daniel, jejaka hangat gilaan ramai siswi dan sesetengah siswa universiti.Bukan senang nak ada peluang sebegini datang jatuh ke riba. Dia mengambil telefon lalu menyemak semula mesej dalam telefonnya.

"Meet me at the Uni food court @ 8pm this Saturday :P "

Wajah smiley pada akhir ayat itu setiap kali dibaca mampu membuatkan Ina tersengih sendirian.Mujurlah roommatenya pulang bercuti pada hujung minggu itu,kalau tak, mesti dialah mangsa sengihan Ina yang tak henti-henti tersenyum. Mesej diterima hari Khamis...maknanya sudah hampir 2 hari Ina tersengih sendirian.

Pintu bilik Ina diketuk.Ina bangun membuka pintu. "Ina...kau ada seterika tak? Aku punya iron tah kenapa tak menyala..." Diana tercegat di depan pintu biliknya. "Eh...kau ni apasal tersengih sorang-sorang ni?" Diana tersedar Ina tersengih lebar.

Ina pantas menukar raut wajahnya menjadi selamba."Hehehe...aku ada date kejap lagi..." Bagaimanapun, Ina kembali sengih bila mengingatkan smiley dalam mesej itu.

"Dengan sapa?Mamat yang kau minat dari dulu tu ke?" tanya Diana kembali.

"Sapa? Zack? Mamat poyo nama Zakaria mengaku nama Zack tu? Tak kuasa aku nak layan mamat tu.." Ina bangun mencapai seterikanya lalu dihulurkan pada Diana. "Ada la...aku rasa tak elok la kalau aku bagitau sekarang...tapi nanti bila dah serius...aku bagitau kau, Ana. Doakan aku tau...."

"Insya Allah. Thanks pasal seterika ni..nanti aku bagi balik," Diana pun pulang ke biliknya.

Ina pun bingkas bersedia untuk mandi lalu ke bilik mandi yang dikongsi bersama penghuni hostel yang lain.Habis satu badan disabunnya dengan sabun mandian. Giginya digosok sebersih-bersihnya.Dia mahu pastikan dirinya menarik hari itu.Selesai mandi,dia pulang ke bilik.Satu almari dipunggahnya.Semua baju yang dirasakannya cantik digayakan di depan cermin.Akhirnya Ina memilih untuk memakai baju blouse bunga merah dengan tudung ungu dan seluar jeans Ladylike warna hitam.

Make up?Gincu dikenakan.Eye shadow pun sudah disapu pada mata.Ina pun mengambil botol perfume CK hadiah pemberian bekas teman lelakinya lalu disembur pada tubuh.

Bila selesai bersiap,dia kembali memandang cermin memeriksa tubuhnya, mencari cacat cela pada dirinya.

..................

Daniel terjaga dari tidurnya."Oh shit...pukul berapa dah ni bro?" tanya Daniel pada Fariz. "7:35 dah ni...apsal bang?" Fariz menduga Daniel.

"Aku ada date dengan minah yang sama kelas dengan kita tu..." jawab Daniel.

"Minah mana ni?" Fariz tertanya-tanya.

"Alaa...minah yang kau kata jalan terkepit-kepit control ayu tu.Yang kau kata hot tapi perfume sembur tak hingat punya banyak tu!" Daniel sedaya-upaya menerangkan.

Fariz bertanya,"Salina?"

"Ye la tu kot...aku panggil dia Ina aje..." Daniel menjawab.

"Gi lah mandi! Karang lambat," tempik Fariz. Daniel pun bangun mengambil berus gigi.Dia pantas melangkah ke bilik air.Sekelip  mata tiba-tiba sahaja dia dah berada kembali ke dalam bilik.

"Cepatnya lu mandi bro?" tegur Fariz. "Takyah la mandi..gosok gigi,sembur sket2 dah la.." Daniel membuka almari baju lalu menyembur pewangi badan dan menyarungkan sehelai t-shirt.

"Wish me luck bro!" pinta Daniel pada Fariz, sambil mengenyitkan mata lalu menutup pintu biliknya.Fariz hanya tersenyum memandang Daniel lalu sambung membaca di internet.

Ogos 09, 2011

Cerpen 05 : Putih,Hitam dan Kelabu

"Kau cuba tengok akak ni....dulu masa muda dulu berebut-rebut orang nak kat akak.Bekas suami akak tu,melutut dekat akak suruh aku kawin dengan dia!" Miza mula bercerita mengenai kisah silamnya.

"Akak ni dulu,kau paham la..biasala kita pempuan.Jalan aje mana2 fewitt sana fewitt sini.Lama jugak la akak duk keliru...mana satu la yang patut aku pilih..semua bagus2."

Razali hanya tersengih.Perempuan...semua perempuan rasa dia betul.Yang baik,yang buruk,semua rasa dialah perempuan paling baik dalam dunia.Lelaki?Dah boleh tau pengakhiran cerita Kak Miza ni,lelaki la yang jahat.

"Last2 kawin la jugak akak dengan bekas suami akak tu.Nama dia Maarof.Masa bercinta punyala sayang...aku berjalan ni sepanjang masa tangan tak pernah lepas."

Razali senyum kambing,"Sayang betul dia.." Kak Miza memandang Razali..mungkin ingin mengecam sama ada Razali ikhlas ataupun tidak."Kau ni macam malas nak dengar aku bercerita aje..sapa nama kau tadi?" tegur Kak Miza.

Razali pun menjawab,"Razali...tapi orang panggil Jali."

"Jali,sori la kalau aku cakap benda ni tapi akak ni memang betul2 meluat dengan lelaki.Ni semua sebab abang Maarof kau la...aku tengah pantang,boleh dia pegi bertenggek dengan pempuan jalang mana tah...aku dah la masa tu sakit.Seksa tau Jali mengandung ni...tapi bagus la jugak aku ramai anak...nanti bila diorang besar dapat la diorang jaga aku," Miza meminta simpati.

Razali hanya mampu merenung kosong berfikir mengenai keluarganya.Isterinya juga baru saja melahirkan anak pertama mereka...seorang anak lelaki.Rasa Razali,agak susah untuk dia membiasakan dirinya menjadi seorang bapa.Dah berapa puluh tahun membujang tiba2 perlu dikorbankan seluruh masa untuk menjaga seorang bayi kecil.

Isterinya,Kamelia adalah seorang yang sempurna pada dirinya sehinggakan kadang2 Razali sendiri merasa simpati melihat nasib Kamelia yang perlu melayan nafsunya yang membara.Dah ada anak ni...tak tau la bagaimana masa Kamelia akan dibahagikan.

"Kau dah kawin ke Jali?" tanya Kak Miza menghentikan lamunan Razali.

"Dah..baru lepas bersalin.Tengah pantang..anak lelaki.Comel!" ujar Razali senyum lebar.

"Bagus-bagus..kau jaga la anak bini kau elok-elok.Jangan jadi macam suami akak tu.Lelaki tak guna.Satu sen pun tak boleh pakai!" Kak Miza nampak berapi-api.

Razali mula bosan dengan telatah Miza yang emosional.Dia melihat jam di tangan."Ok lah kak.Saya balik dulu..ni pun dah petang dah ni.Saya dah janji dengan member saya,diorang nak datang rumah nak tengok baby.Mesti dapat hadiah ni."

Razali mengeluarkan walletnya."Slow bisnes hari ni kak?" Miza memandang Razali."Biasalah Jali...petang.Kang malam ni ramai la yang datang.Aku pulak yang penat melayannya..."

"Berapa kak?" tanya Razali lalu bangun dari katil. "RM30 sahaja bos!Kalau ada tips bagus jugak,boleh tolong anak2 akak.." Kak Miza sengih sambil membetulkan tualanya. "Nah saya bagi lebih sket...akak keep the change." Razali menghulurkan RM40 kepada Kak Miza.

Razali memakai kembali pakaiannya.Dia pun keluar dari flat yang didiami Kak Miza."Datang lagi tau..dengan kau aku bagi diskaun..." bisik Miza sebelum Razali berlalu pergi.

Ogos 06, 2011

Once A FLOM Always A FLOM

KUALA LUMPUR, Aug 5 (Bernama) -- Road fatalities also contribute to an increase in the number of orphans in the country said the Prime Minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor.She said a study by the Malaysian Orphans Welfare Organisation showed an increase in the number of orphans whenever parents are reported dead in road accidents, and statistics showed that there are more than 300,000 orphans in the country.

Rosmah's speech was delivered by the Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers (Bakti) welfare chief Toh Puan Dr Aishah Ong, during a breaking of fast with the Federal Territory Islamic Orphans Welfare Association (Perkayatim) at the Tabung Haji building here.

Dr Aishah received RM200,000 including RM30,000 from Bakti, Pilgrims Fund Board, Bank Islam Malaysia Berhad and several individuals on behalf of Rosmah as the patron of Perkayatim.

Ogos 05, 2011

Cerpen 04 : Iman Bapa Tidak Diwarisi

Zali memandu kereta pantas.Isterinya Habibah duduk di sebelahnya dengan muka risau.

"Abang,slow la sikit.Laju sangat dah ni.Risau saya," pinta Habibah.

"Alah awak ni,takpe,takyah risau...saya kan pemandu yang hebat.Kan Rahim?" gurau Zali sambil memandang anaknya,Rahim yang sedang duduk di tempat duduk belakang.

"Ha..abah kan hebat bawak kereta!" jerit Rahim girang.

Kereta terus dipandu laju sambil Zali mencilok-cilok beberapa biji kereta lain yang menggunakan lane tengah tapi memandu dengan kelajuan 40km/j."Bodoh la diorang ni!Bawak slow duduk la lane tepi!"marah Zali. Habibah renung muka Zali,"abang!Mulut tu..."

"Hehe!" Zali hanya gelak kecil.

Sebuah kereta entah dari mana tiba-tiba masuk ke lorong yang sedang dipandu Zali. Zali dengan pantas menekan brek kerana jarak yang terlalu dekat. Lewat sedikit,pasti bertemu.Hon ditekan kuat.

"BODOH!" jerit Zali,hangin.

Zali pantas masuk ke lorong tengah dan memecut keretanya.Sampai saja dia ke tepi kereta yang kurang ajar tadi,diturunkan tingkapnya lalu jari hantu ditunjukkan.

"Hoi bodoh!Kau ni ada lesen ke takde lesen? Beli lesen terbang?Bodoh,mangkuk!Anak haram punya Cina!" jerit Zali.Pasangan Cina tadi dengan muka bersalah mengangkat tangan memohon maaf.

"Pundek aa lu!Makan babi!" jerit Zali.Selepas puas,Zali pun kembali menaikkan cerminnya."Cilaka...nasib baik tak berlanggar.Bawak kereta pakai lutut kot anak haram tu?" marah Zali belum reda.

Habibah hanya mampu diam.Dia sudah lali dengan situasi itu. Mahu dimarah,dia tak mahu diherdik kembali.Mahu disokong?Haha.

Tiba-tiba tingkap belakang dibuka.

Rahim menghulurkan kepala ke luar sambil jari hantu dinaikkan kepada kereta entah siapa yang kebetulan berada di sebelah mereka."Cina makan babi!" sambil jari hantu digoyangkan kepada pemandu India di sebelah mereka.

Lelaki India itu jadi bingung sambil memandang Rahim yang cuba buat muka garang.

Ogos 04, 2011

Cerpen 03 : Gadis Desperado

"Kau dah bagitau kat siapa lagi pasal benda ni?" tanya Yati. "Pasal ni? Gila kau nak aku bagitau orang lain..kau la orang first yang aku bagitau!" kata Diana.

"Hihihi...seronok jugak rasanya.." sengih panjang Yati."Apa pasal kau happy pulak?" soal Diana.

"Sebab aku aje tau pasal benda ni.." terang Yati."Kau buat aku rasa best!" Diana senyum aje.Lapang rasa dadanya. Sekurang-kurangnya ada jugak kawan yang dapat dia luahkan perasaan dia yang selama ini tersimpan.

"Hati aku jadi tak betul la bila dia ada..." bisik Diana."Rasa serba salah..fikiran tak fokus...time kelas tah ke mana otak aku sampai aku pun tak pasti.."

"Kau ni..jatuh cinta pun kena la kawal sket kau punya feeling tu..nanti nampak sangat hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong..." Yati cuba menasihatkan Diana yang agak gila bayang.

"Nampak sangat ke?Obvious sangat eh yang aku dah jatuh cinta?" tanya Diana,seolah-olah bertanya kepada diri sendiri."Hahaha..kau ni...cuba kau tengok cermin...sengih sampai ke telinga,kang ada orang cop kau betina gatal,camne?"Yati cuba berdiskusi serius.

Diana pandang wajah Yati,"aku admit...aku dah suka dengan dia...tapi kalau kau jadi aku,macam mana kau nak approach dia?Segan la.Aku memang tak pandai benda-benda cinta-cinta ni."

Yati termenung sejenak.Otaknya ligat berfikir."Kalau aku jadi Diana..apa yang aku akan buat nak try tackle dia?" Puas kepala otaknya meningat kembali semua taktik-taktik yang selalu ditonjolkan dalam filem-filem Amerika,tapi tak ada satu pun yang dirasakannya sesuai.Diana melakar2 kosong di atas kertas di depannya.Tapi satu idea pun tak mampu diolah sempurna.

"Dia kan anak orang kaya...jadi kau kena la ubah sket penampilan kau...barula sepadan dengan dia...kau kena buat makeover imej kau.." kata Yati."Makeover macam mana?"tanya Diana.

"Tu haa..tudung...kolot la orang pakai tudung labuh.Kekampungan!"ketawa Yati."Apasal kau cakap macam tu pulak?"Diana sedikit jengkel."Kan dia player ragbi Universiti!Kau takkan tak tau diorang punya taste macam mana?Takde lah dia nak tengok awek2 macam kita ni,yang bertudung..lagilah macam kau,yang bertudung tapi nampak macam awek kampung baru masuk bandar.." terang Yati...pedih hati Diana mendengarnya.

Diana bangun menuju ke almari bajunya.Di buka pintu almari dan tangannya membelek pakaiannya.Semuanya pudar warnanya.Biru cair,cokelat cair,hijau cair...tak ada satupun pakaiannya yang mampu menarik mata jejaka.Seluar?Sehelai pun tak ada.Penuh dengan baju kurung.Hanya ada dua seluar di dalam almarinya...seluar trackbottom yang kerap dipakainya ketika aktiviti ko-korikulum.Seluar baju tidur bergambar kucing?Nak mati kena gelak kalau ke kelas memakai seluar sebegitu? Diana mula sedar..dia memang gadis kampung yang tak vogue. Agak susah jika dia nak meletakkan dirinya dalam golongan gadis yang mungkin mampu menarik perhatian jejaka yang diminatinya,pemain ragbi Universiti yang boleh dikatakan star player...kacak,tegap dan nampak berduit.

"Ubah aku Yati...aku tak suka orang pandang aku macam awek kolot..." kata Diana. Yati senyum."Kita ada kelas lagi sejam...dia kan register sekali kelas tu...jom ikut aku ke bilik, aku bagi kau pinjam baju aku..." ajak Yati.

"Jom..." Mereka berdua bingkas bangun.

.................

Pintu dewan kuliah terbuka.Dewan kuliah yang dipenuhi seramai lebih 100 orang pelajar itu jadi senyap.Diana melangkah masuk.Rambutnya ikal beralun apabila Diana berjalan.Bajunya yang selama ini jenis baju kurung tiba-tiba bertukar jadi t-shirt.Seluar jeans Levis kepunyaan Yati dipakai...membuatkan dia rasa kurang selesa kerana sudah terlalu lama dia tak mengenakan seluar jeans.

Banyak mata tertumpu.Lelaki,perempuan semuanya fokus kepada Diana.Tapi Diana tak hirau semua pandangan mereka.Matanya pantas mencari di mana Daniel duduk.Syed Daniel Syed Hussein.Jejaka idaman Diana.Jejaka idaman ramai gadis kampus.

Yati berjalan mengekori rapat Diana."Na,Na..dia ada kat atas sana tu.." bisik Yati."Aku tau,aku nampak...dia duduk dengan member2 dia.." jawab Diana perlahan.

Diana pantas memanjat tangga lalu memilih untuk duduk di bahagian tengah barisan.Pensyarah masuk memberikan kuliah tapi dalam 3 jam kuliah berjalan,Diana tak senang duduk.Matanya asyik mencuri2 pandang Daniel."Oi oi..obvious sangat tu Na!Rilek!Jangan nampak desperate sangat!" bisik Yati.

Diana cepat2 menumpukan perhatian pada pensyarahnya.3 jam itu dirasakan sangat lama.

Diana tersengguk menahan ngantuk.Subjek hari itu amat membosankan.Tamat 3 jam,kelas bersurai.Diana dan Yati bangun ingin menuju ke food court.Sampai saja mereka di sana,Daniel dan kawannya sudah pun beratur membeli makanan.Yati sengih melihat telatah Diana yang tidak keruan."Jom balikla..aku segan la..lagipun aku tak selesa la tak pakai tudung ni.."

"Rilek,rilek...beratur aje....buat selamba,macam takde apa-apa.." pesan Yati.

...................

Di satu sudut yang agak jauh dari tempat Diana beratur,Rizal mengeluh panjang.Puas hatinya cuba menyembunyikan rasa kecewa dalam dirinya daripada kawan-kawannya yang sedang duduk semeja dengannya.

Bagaimana gadis yang sangat disukainya itu jadi begitu?Bagaimana mudahnya aurat itu ditayangkan?Semalam Diana masih lagi ke kelas dengan baju kurung hijau muda dan tudung warna cream..sehari sebelum itu,Diana pakai baju kurung cokelat dengan tudung warna hitam.Hari ni tiba-tiba jadi gadis urban yang tidak segan menonjolkan mahkotanya.

"Apa yang terjadi ni?" fikir Rizal benar-benar kecewa,tapi dia masih lagi cuba buat2 selamba.Hatinya berkecamuk.

"Semua dah ada ni.Baca doa Zal..hari ni turn kau," pinta Hafiz. Rizal pun menadah tangan sambil diikuti rakan-rakannya yang lain.

"Allahumma baariklana fimarozakhtana wakhinna azabannar..." baca Rizal."Amiinnn!" sahut rakan-rakannya lalu mula menyuap makan tengahari.

Ogos 03, 2011

Cerpen 02 - Ayam Percik dan Sirap Bandung Special

Malek merenung jam di tangannya."Dah pukul 4 lebih ni?Mana dia tak balik-balik lagi?" fikirnya.
Perut dah berbunyi.Takkan nak tibai air kosong aje.

Di dalam kepala dia masih lagi terbayang keenakan ayam percik yang selalu dijual setiap kali Ramadhan datang.Dengan kuahnya yang manis dan ayamnya yang lembut,Malek selalu tertanya-tanya ke mana ayam percik itu menghilang setiap kali Ramadhan tamat.

Apa yang paling digemarinya setiap kali pasar Ramadhan di rumahnya mula beroperasi adalah minuman bandung yang saling tak tumpah macam air batu campur. Tapi seperti biasa,mana hilangnya penjual-penjual makanan dan minuman kegemarannya itu setiap kali bukan bulan puasa...entahlah,dia sendiri tak tahu ke mana hala tuju mereka.

Pintu rumah diketuk.Malek senyum. Rahman dah pulang membawa juadahnya.Malek bingkas bangun membuka pintu."Macam mana Man?Ada tak gua punya ayam percik?" sapa Malek."Jangan la risau...ada ni.." jawab Rahman.

"Terbaik!" Malek pantas menyambar plastik di tangan Rahman lalu terus duduk di meja makan.

"Aku pelik la dengan kau Lek,kau bukannya makan minum apa pun dari pagi tadi,hisap rokok pun tak...baik kau puasa aje,lagipun sekarang dah 4 lebih dah ni..3 jam aje lagi.Alang-alang baik kau puasa.." tegur Rahman.

"Ek eleh...kau puasa?Sejak bila pulak kau pandai bersyarah bagi nasihat agama ni?" tanya Malek sambil menghirup bandung merah pekat yang sejuk dan segar.

"Rugi la...aku memang dah set dari pagi tadi tak puasa.Kau pulak sanggup tunggu aku balik dari pasar..tak makan apa-apa tak minum apa-apa...tah la Lek..pelik la kau ni.." jawab Rahman.

"Puasa ke tidak itu antara aku dengan Tuhan.." jelas Malek sambil mata memandang ke atas.

"Tapi kau dah libatkan aku...aku dah le tak puasa..kau pulak camni.." sambung Rahman.

"Camni camne?Cuba kau jelaskan sket.." Malek agak berang nadanya.Tangannya masih lagi bergerak mencubit daging ayam yang lembut sambil pantas disuapkan ke mulut.

Rahman pandang muka Malek tajam."Aku dah banyak dosa,tapi kau dah tambah dosa aku ni...walaupun aku tak buat apa yang Tuhan suruh aku buat...tapi aku tak nak la jugak dosa orang lain kena kat aku sekali.."

"Apa benda kau merepek ni bro?" tanya Malek,makin jelik.

"Aku memang tak puasa.Aku gi pasar ramadhan beli makanan untuk aku,kau nak pesan.Aku balik,kau terus batalkan kau punya puasa semata-mata sebab aku dah balik bawak makanan untuk kau.." jelas Rahman.

Sambung Rahman,"Kau macam mencabar Tuhan pulak.Sepanjang hari kau puasa..tiap2 kali lepas balik pasar Ramadhan kau batalkan puasa kau...dengan makanan yang dijual untuk bukak puasa..." Malek diam merenung ayam perciknya yang tinggal tulang."Aku bukan sengaja Man...ni dah macam tabiat aku...dah berapa lama aku camni...20 tahun lebih rasanya.."

"Apa yang berat sangat dekat kau nak tahan 3 jam lagi?"tanya Rahman."Apa pasal kau pulak nak menasihatkan aku padahal kau dari subuh langsung tak puasa?" herdik Malek.Rahman diam.

"Bro,lu ada lagi rokok?" tanya Malek pada Rahman."Nah.." kata Rahman mengeluarkan sepaket rokok dari poketnya.

"Cantik..." kata Malek sambil tangan mencapai lighter.Rokok diletak dibibir.Pemetik api dipetik.Zaaasss!Api panjang menyala."CILAKA!TERBAKAR BIBIR AKU!ARGHH!PEDIH SIOT!ARGH!PEDIH!PEDIH!"

Malek minum segelas air kosong untuk membasahkan bibirnya.."Kau ke ubah setting api ni jadi paling kuat?" tanya Malek sambil menepuk2 bibirnya."Tah..Tuhan ubah kot.." kata Rahman berlalu pergi masuk ke dalam biliknya.

"Pedih siot!Tak sedap la hisap rokok camni!" jerit Malek.


Ogos 02, 2011

Cerpen 01 : Baby Lelaki Razali

Status di Facebook Razali bertulis "Just got my first child...my son...3.15kg..baby and wife selamat!syukur!"

Ahmad duduk di depan ipadnya sambil tersenyum riang membaca status kawan baiknya itu."Yo,my fren,congrats 4 being a father!" balas Ahmad di status Razali.

Ahmad duduk sebentar merenung skrin. Tangannya mencapai iphone di depannya.Jarinya pantas menaip sms ringkas kepada seorang lagi rakan baiknya, Abu."Yo bro...teman aq g beli hadiah untuk anak Razali,plis?Aq tak pandai nak beli brg baby.." begitulah mesejnya.

Ahmad termenung kembali menunggu balasan.Selalunya Abu tak pernah biar smsnya tidak berjawab."Ding dong!" Iphone Ahmad berbunyi.Ada sms masuk.

"Kau ingat aq reti?Tibai aje.2:30,sharp,Mid Valley.Aku naik LRT..kau hantar aku balik."

Ahmad sengih.
Nasib baik Abu nak tolong.

...............

Salesgirl itu mungkin pelik melihat 2 orang lelaki masuk ke dalam kedai yang dijaganya."Ya,Encik boleh saya tolong?" tanya salesgirl itu.

Abu sengih pandang Razali."Kami sebenarnya nak carik baju untuk anak kami!" Abu sedaya upaya tahan ketawa bila meluahkan ayat tu.Salesgirl itu buntang matanya sebentar,memandang Abu dan Ahmad yang berdiri.Mungkin kerana sengaja nak bergurau dengan lebih ekstrim, tangan Abu dipegang Ahmad.

"Oh..oh oh....I see...I see.." merah padam muka gadis itu.Pantas dia melangkah ke bahagian baju bayi."Lelaki ke perempuan?" tanya dia tak berani memandang wajah mereka berdua.

"Boy!" kata mereka serentak."Aaa..semua kat sini.." gadis itu pantas menunjukkan barisan baju bayi yang dipamerkan dan cepat2 dia melangkah pergi.

"Hahaha...tiap2 kali kita berlakon jadi pasangan gay...mesti respon diorang sama aje..hihihihi.." bisik Abu kepada Ahmad.Mereka pun membelek-belek beberapa helai.Sedar-sedar gadis tadi ada di belakang mereka.Cepat2 Abu menukar nada suaranya jadi lemah gemalai."Yaaanngg..I suka la yang ni..cuuuttteee sangat!" kata dia...

Ahmad ketawa berdekah-dekah dalam hati. Memang dia cukup tak suka shopping sambil diawasi salesgirl.Rasa tak bebas.Selalunya,lakonan mereka memang berkesan nak pastikan takde salesgirl berani datang dekat.

..................

"Banyaknya kau beli hadiah untuk anak Razali?Banyak betul duit kau?Aku tengok tadi total dekat 4 ratus lebih!" tanya Abu kepada Ahmad.

"Sekali-sekala Bu...anak member,apa salahnya?" jawab Ahmad ringkas."Ye la..tapi kau spend banyak2 pun bukannya anak kau pun..." soal Abu.

Ahmad masuk ke kereta selepas selesai memasukkan barang ke bonet."Sekali ni aje..lepas ni kalau dia dapat anak lagi..tak dapat la aku bagi banyak camni.." jelas Ahmad. Abu pantas masuk ke kerusi depan dan kereta pun meluncur laju membelah jalanraya.Kiri kanan jalan penuh dengan bangunan tinggi yang kelihatan seolah mencecah langit.

"Kau nak tau kenapa aku sanggup spend banyak2 ni?" tanya Ahmad,memecahkan suasana sunyi sambil kereta terus meluncur.

"Sebab kau dapat bonus?Sebab kau sudah stop layan clubbing?Sebab kau sudah tidak minum membuatkan kau banyak saving?" teka Abu. "Keh keh keh.." gelak Ahmad. "Ada ke camtu cara pemikiran kau?"

Pelik Abu..."Habis tu sebab apa?"Ahmad meneguk air liur."Kau member baik aku jadi aku bagitau kau...kau sorang aje ni. I trust you,man!"

"Ok..ok..ok!Macam biasa...biar pecah di perut,jangan pecah dekat mulut!" kata Abu makin teruja.

"......baby tu...anak aku..." kata Ahmad, perlahan.

Sepanjang perjalanan pulang selepas itu...
Abu yang gila-gila dan riang ria,langsung tak bersuara.