April 30, 2011

April 28, 2011

Mana Anda Nak Menyorok Kalau Video Seks Anwar Ibrahim Itu Tulen?

Dalam 3 minggu ni,fikiran aku agak terganggu.Ada persoalan dan hujah yang aku fikir-fikir, mungkin menggoncang pemikiran aku. Jadi,aku nak share dengan korang beberapa persoalan;

1. Bagaimana kalau aku kata,pandangan aku, video lucah Anwar Ibrahim itu betul Anwar pelakunya?

2. Pasti kau akan kata,itu semua tipu,pelakon upahan UMNO dan sebagainya.Jika kau cuba jawab begitu,aku akan tanya balik,kau dah tengok full video tu?Kalau belum,aku suggest,tunggu dulu video penuh..sebelum take side pandangan masing2.

3. Adakah tidak logik dipandangan anda, Anwar seorang kaki wanita?Kaki pelacur?

4. Pasti kau dah ada rasa menyampah baca apa aku tulis ni.Penyokong BN pulak pasti tengah menari2 gembira....

5. Semua sebab dalam diri kau kau dah simpan dalam2,kuat2 pegang,yang Anwar memang tak salah,Anwar kena fitnah.Anwar kena itu kena ini, kan?

6. Tapi bagaimana kalau aku kata pandangan aku,"memang Anwar dalam video tu!" Takkan takde pernah terdetik langsung dalam kepala anda, mana lah tau,memang Anwar dalam video tu.

7. Mesti anda akan marah dengan aku,kalau aku cakap "ada possibilities Anwar itu gay dan Anwar itu kaki perempuan" dan semua apa yang ditonjolkan oleh Anwar selama ini hanyalah "satu imej,satu lakonan,untuk memancing undi memulakan revolusi."

8. Jika video seks Anwar Ibrahim itu betul; bagaimana dengan anda? Bagaimana dengan Malaysia? Jika video seks Anwar Ibrahim itu betul, adakah anda akan menyokong kerajaan Barisan Nasional? Pada aku,tak perlu.Kelibat Rosmah Mansor sudah cukup untuk membuat orang muak dengan Kerajaan sekarang ini.
A corrupt government is still a corrupt government.

9. Yang terakhir sekali, bagaimana kalau aku katakan,pandangan aku...kita selalu nampak Anwar adalah seorang tokoh yang gagah karismanya, yang hebat percakapannya,yang intelek pemikirannya. Hebat, gah, intelek,seorang mangsa kezaliman yang tidak takut untuk menjatuhkan rejim yang korup.Tapi dia tak cukup kuat untuk melawan nafsu yang buas. Bagaimana?

.................

Anda berperang dengan Barisan Nasional bertahun2 mempertahankan Anwar Ibrahim.Kemudiannya,pada satu hari yang tenang,anda bukak Malaysiakini yang anda tatap setiap hari, frontpagenya menyatakan "footage video seks penuh seorang lelaki yang iras ketua Pembangkang sudah keluar" dan anda lihat video itu. Anda amati jelas2. "Aiseh,itu memang Anwar....."

Puff.......Perjuangan anda selama ni hilang sekelip mata macam asap.....

Kenapa aku tulis benda ni?Aku tengah terganggu.Dan aku suka share perasaan terganggu aku.

Ini hanyalah satu bentuk peringatan untuk anda semua yang ada possibilities,video seks Anwar Ibrahim itu betul.Jika Anwar Ibrahim itu memang kaki liwat,kaki kongkek,bagaimana anda nak deal dengan situasi itu? Sangat2 menyedihkan bukan?

Anwar Ibrahim gay,kaki pelacur sekalipun...a corrupt government is still a corrupt government.

April 27, 2011

Trend Posing Baju Bareback Yang Tidak Erotik dan Sia-Sia



Apa yang aku perasan,artis kita memang kurang identiti sendiri.
Orang putih pakai bareback,dia nak pakai bareback.
Orang putih posing pusing badan sambil tayang belakang badan yang terdedah,dia nak buat sama.




Apa salahnya think original sikit?

Kalau orang putih trend diorang gemar tayang belakang badan dekat red carpet,
apa salahnya orang Melayu jadi pioneer trend baju2 "barefront"?
Asyik2 bareback,posing pun sama....

Ada la jugak benda nak ditengoknya kalau barefront ni.
BAREFRONT FTW!

April 26, 2011

Bab 4 - PMS Membuatkan Darah Lelaki Menyirap

Ada satu hari,waktu cuti penggal,aku datang KL,nak beli Playstation sebab mak aku nak bagi hadiah kat adik aku.Aku sebagai seorang abang yang penyayang datanglah ke KL seorang diri naik bas dari Kedah sebab Playstation kat Kedah harga beza ratus2 banding dengan beli kat KL jadi mak aku bagi duit,beli kat KL.

Aku plan gi lah Sungai Wang,tapi sampai pagi pukul 5 pagi camtu kat Puduraya,tunggu siang,tidur kat surau Puduraya sambil merenung Plaza Rakyat yang dari hari tu sampai lah sekarang ni,tak siap2 lagi. (waktu tu tahun 1997,diorang boleh pulak plan nak buat Menara Warisan 100 tingkat) Bila dah siang,lebih kurang pukul 8 camtu,aku pun berjalan gi ke area Bukit Bintang.Sempatlah singgah kedai mamak pekena roti canai dan teh ais sebagai brekfes.

Aku janji dengan member aku,AJ nak melepak hari tu sambil duduk sepanjang hari kat Sg Wang main game kat arked dia.Waktu tu takde langsung aku takut perasaan kena rush dengan DBKL ke sebab aku underaged lagi.Yang penting,aku isi masa lapang aku sebab plan aku nak beli Playstation tu lambat,at least senang lah aku jalan buang tak perlu bimbit sekotak besar kena angkut ke sana ke mari.

Main game punya pasal dan leka menengok buku kesihatan yang ada porno didalamnya kat MPH,waktu dah lewat jadi member aku balik.Aku pun gi kedai beli Playstation.Habis beli,aku terus jalan gi Puduraya dari Sg Wang lalu depan Tung Shin Hospital.Waktu tu,memang pelik kenapa aku berani camtu,tak berfikir sangat time tu.Aku sampai Puduraya,beli tiket,ada bas pukul 9 paling awal.Bolehlah...jadi aku terus mencari kat mana public phone yang terdekat.

Aku pun daillah nombor telefon rumah "sahabat pena perempuan aku yang aku syok kat dia tapi rasanya,dia tak syok kat aku" tu."Heloo..aa..saya ni..apa khabar..baik?Awak sihat?Dah makan?Adik macam mana..?" tanya aku.

Dia jawab semua soalan aku,kemudian dia tanya aku,"dekat Kedah ke?"

"Oh tak tak.Saya kat tepi Puduraya ni,nak balik Kedah," jawab aku."Saya datang ni pun nak beli barang untuk adik saya.." kata aku.

"Bila sampai KL?" tanya dia.

"Pagi tadi.."

"Tak bagitau saya pun.At least bagitau la saya awak datang sini.Mana tau boleh gi minum2 ke?"Err...aku memang takde niat langsung nak jumpa dia sebab aku dah janji dengan member aku nak lepak sama-sama.

Lepas tu dia pun lecture la aku,pasal kawan,pasal aku sombong,pasal aku sebenarnya main2 aje nak berkawan dengan dia dan macam-macam lagilah.Habislah dekat RM2 jugak la duit syiling aku buat telefon.

Rupa-rupanya dia memang merajuk betul2 dengan aku dan aku memang malas nak layan dia merajuk time tu.Aku pun dah tengah gelabah..ye lah..itu adalah kali pertama ada seorang pempuan lain marah aku sebab aku tak kontek dia bila aku gi KL,aku jadi hangin pulak...

"Oklah,bas saya lagi setengah jam nak sampai ni.Nak kena jalan gi Puduraya..." tipu aku padahal aku berdiri sebelah Puduraya.

"Ye lah...assalamualaikum.." jawab dia.

"Waalaikumsalam.." aku jawab sambil kepala aku laju berfikir apa benda yang dia marah sangat masa tu.

Aku assume senang la dia tak tau,aku tak menyusahkan dia.Karang dia kena siap2,keluar,rumah,kena naik bas,kena jalan kaki...dia duduk rumah dan biarkan aje aku buat hal aku kan senang.Serius aku tak faham.Berminat sangat ke dia nak jumpa aku?Pada waktu tu,aku tak berapa berminat sangat nak jumpa dia jadi aku rasa dia pun berperasaan sedemikian.

"Mungkin dia PMS kot," bisik aku menggunakan alasan universal semua lelaki bila ada perempuan mengamuk tak tentu pasal untuk lepas tangan,ambik jalan mudah elak konflik.Gagang telefon aku letak dengan kasar.

April 25, 2011

Kenapa Blog Ni Kutuk Melayu? Bahagian 02




Ya Allah,Ya Tuhanku,
Jika ini adalah cara budak2 sekarang belajar Bahasa Inggeris,
lagi baik anak aku hidup sebagai seorang Melayu kampung
yang dengar lagu M.Nasir.Jauhkanlah anak lelaki aku daripada kemahuan nak menari.

Oh ya....
jauhkanlah anak perempuan aku daripada pakai t-shirt
dan nak ikat2 kat pingggang tayang perut.
Ramai paedophile di luar sana.



dan jauhkanlah aku daripada lawyer2 macam ni.
Buat malu Malaysia,buat Melayu jadi bahan ketawa ramai2.

Amin.

April 23, 2011

Berapa BMI Anda Jika Anda Terdedah Dengan Sisa Radioaktif dan Kerap Baca Email?

1. Lynas...Lynas.

Kata dah buat kajian menyeluruh sebelum bagi dulu..bila rakyat melawan keluar fakta mengenai projek tu,barulah kerajaan tergopoh2 nak kaji balik.Tah pernah ke tak buat kajian sebelum tu tak tau lah.Sapu duit dulu sebab nampak projek..bila syarikat Australia tu buat kerek nak proceed (sbb duit dah bagi kot) baru nak menggelabah.

Macam aku dah tulis...orang Australia tak bagi buang sampah kat tanah sendiri,orang Malaysia hulur tanah suruh buang kat situ....semua sebab duit.

2. Email 1Malaysia

Kelakar benar Najib punya statement,"ini semua inisiatif swasta..tak memerlukan duit cukai rakyat langsung." Sebagai sebuah syarikat swasta,satu2 nya benda yang akan difikirkan adalah mcm mana nak buat untung,jadi,kalau kerajaan takde salur langsung duit dekat dia,long termnya,mcm mana dia nak buat untung?Iklan?Najib hantar SMS kat semua orang hari tu pun kos dia ratus2 ribu.

Sekejap kata projek kerajaan,sekejap kata projek swasta.....

Tapi .....Jib,Jib,yang kau pegi kata Tricubes dapat projek tu melalui tender terbuka yang adil apasal?Sah sah projek tu projek kerajaan.Takyah lah menipu rakyat...pemimpin yang suka menipu ni tak ramai orang sayang.

3. The BMI Fiasco

BMI budak-budak akan direcord kan dalam report card sekolah?

Idola budak-budak zaman sekarang adalah pengasas program PERMATA,ye lah...dia adalah seorang yang penyayang,baik hati dan sangat menyayangi kanak-kanak,lelaki,perempuan,binatang,serangga dan Najib.Baru dapat PHD lagi hari tu.

Berapa BMI dia?Berapa BMI menteri yang cadang letak BMI ni?Berapa BMI Muhyiddin Yassin?Kenapa rancangan makanan tambahan kat sekolah telah dihentikan untuk budak2 miskin?

April 22, 2011

Rahsia Iphone : Jika Anwar Ibrahim Pakai Iphone,Sila Pinjam Iphone Dia Sekejap

Pegi mana-mana sekarang ni semua orang pegang iphone.

Yang paling aku tak tahan,kebanyakan yang aku nampak tak reti langsung nak letak iphone dalam poket,sepanjang masa nak pegang dekat tangan...tak tau lah...mungkin dia rasa lebih konfiden sebegitu.Kalau memegang handphone anda dekat public sebenarnya adalah satu percubaan untuk menunjukkan status anda kepada orang ramai,status anda sebenarnya adalah "seorang yang insecure."

Teknologi sangat hebat sekarang ni.GPS tracker dalam phone membolehkan anda report kat mana anda berada..lagilah pulak kepada mereka2 yang setiap masa report dekat FourSquare.Nak ada orang stalk anda?

Tapi,penemuan terbaru ini mungkin akan membuatkan semua boifren,gelfren,suami atau isteri yang curang menggeletar....hanya jika anda ada iphone.

Okeh,first,satu fakta....telco provider mampu pin point location anda jika anda setiap masa carry handphone anda.Data telco tu boleh dikeluarkan jika diminta polis atau pihak berkuasa untuk membantu siasatan.Tapi benda tu tak selalunya di disclosekan kecuali kes2 penting.

Kalau polis tanya telco,mana Anwar Ibrahim masa dia didakwa meromen pelacur...kes Anwar Ibrahim boleh selesai lama dah.Tapi sebab kes tu tak penting dan mungkin takut Anwar Ibrahim berubah tukar provider lain,satu2 nya cara untuk pin point location Anwar waktu tu adalah melalui mulut orang.

Orait...tapi...bagaimana pulak kalau Anwar Ibrahim pakai iphone?

Ini adalah rahsia mengenai iphone anda yang baru ditemui oleh dua orang sainstis.Mereka telah mendapati iphone anda setiap masa merekodkan latitud,longitud dan timestamp anda.Jadi,kalau secara bahasa layman nya...tanpa anda sedari,iphone anda merekodkan kedudukan anda dan di mana anda berada.

Data-data yang direkodkan boleh pula dimuat turun semasa anda sync kan iphone anda dengan Mac atau PC anda dalam bentuk data yang boleh ditranslatekan jadi map kat mana data iphone tu didetect.Dua orang saintis itu juga telahpun membuat tutorial bagaimana nak cek data yang telah terkumpul dan apa yang lebih memeranjatkan diorang adalah data2 yang terkumpul ada yang sudah mencecah usia setahun lebih.

Semua iphone dan ipad yang mempunyai rangkaian 3G affected dengan "anonymous data collection" ini.Kesimpulannya,iphone boleh dijadikan alat untuk detect di mana pasangan anda berada dan pukul berapa dia ada kat sana.Dan jika ada yang rapat dengan Anwar Ibrahim,usha-usha lah tengok dia pakai iphone ke tidak.

Mana lah tau anda bakal berjaya selesaikan kes yang bakal makan belas2 tahun lamanya trial kat mahkamah.

Suspect pasangan anda curang?Dia pakai iphone?Try la.Tengok map pasangan anda berlegar2 kat pusat spa aje....hehehe...

Aku tak tanggung kalau ada yang cerai berai sebab dia try benda ni.

Bacaan Lanjut
Guardian UK

April 21, 2011

Besar Faedahnya Akaun Email 1Malaysia Kepada Rakyat Malaysia,Kenapa Nak Lawan?


Akhirnya,setelah berapa lama aku menulis,akhirnya kerajaan telah berjaya memujuk aku supaya menyokong Kerajaan Barisan Nasional Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.Aku sungguh terharu bila dapat tau setiap seorang rakyat akan dapat akaun email sendiri.

Terus aku telefon nenek aku. Nenek aku pun gembira.
Dia kata dia nak username
"nenek_som1925@1Malaysia.com"

Aku pun terus bukak Gmail aku (Gmail...yuck!)Aku email "info@tricubes.com" nak hantar resume
mana tau diorang nak pakai "coffee boy." Aku yakin dengan kemampuan aku membuat kopi.

Aku wish Kerajaan lepas ni wujudkan jugak replacement utk "Blogspot."
Terima kasih Kerajaan.

Anwar Al-juburi perlu bertaubat!
Takebeer!Takebeer!
Yang hak pasti berdiri!
Yang batil pasti jatuh!
Nicky Ajis Perlu Bertaubat!
Semua yang sokong pembangkang perlu bertaubat!

Sesiapa yang tak sokong kerajaan bukan Melayu!
Sesiapa yang sokong kerajaan takyah bertaubat!

TAKEBEER!ALLAHUAKBAR!TAKEBEER!

April 20, 2011

"Teacher,I Pee In My Seluar dan Syafik Has Shit On The Lantai"

Dulu,waktu aku sekolah menengah,tiap2 pagi akan ada perhimpunan sekolah.Selalunya perhimpunan adalah satu benda yang tak best tapi kadang-kadang adalah benda2 yang best kalau senior ke member ke kena panggil ke depan sebab kena kantoi keluar malam ke,pukul budak ke,ponteng perhimpunan ke,kes liwat ke...rasa malu tu takde la kuat sangat aku assume sebab kitorang semua budak lelaki dan kalau paling malu pun,malu dengan cikgu aje la kot.

Tiap2 hari Pengetua sekolah aku akan berucap,bagi amanah,ingatkan kitorang ni "bertuah," "anak emas Kerajaan" dan lain-lain lagi yang dia mampu fikirkan.Selalunya dia akan bercakap dengan agak selamba dan spontan dengan slang Kedahnya yang agak kuat.Bila ada aje slanga Kedah dia yang pekat itu terkeluar sewaktu ucapan dia,Insya Allah masuk aje kelas aku kena kutuk sebab aku orang Kedah...tak tau la...mungkin pada orang luar bahasa orang Kedah tu kelakar.

Aku ingat lagi satu hari,Pengetua aku warn budak2 yang keluar malam panjat pagar,"Hangpa ni semua pasaipa nak keluak malam?Makan semua tak cukup ka?Hangpa semua tak takut ka hangpa panjat pagag tu hangpa jatuh tergomoih habis luka-luka...sapa nak kena jumpak mak bapak hangpa?Saya la jugakl!" macam tu la peringatan dia.Satu hari member2 aku ajuk ayat "jatuh tergomoih" tu depan aku.Layan aje la.

Pengetua sekolah aku asal dia mampu aje hadiri perhimpunan,dia akan bercakap.Nampak dia gembira bercakap dan mengingatkan kitorang.Aku hargai benda tu.Tapi ada satu hari dalam seminggu tu yang dia takkan berucap...hari Rabu.....English Day.

English Day memerlukan apa2 saja ucapan ke,pengumuman ke dilakukan dalam English.Jadi selalunya hari Rabu adalah hari di mana perhimpunan agak cepat habis.Tak berapa ramai yang berani berucap kecuali cikgu2 Cina yang buat pengumuman mengenai Kelab Taekwondo.Student pun sebenarnya diwajibkan cakap English tapi sebab takde pemantauan,takde sapa pun nak buat.Aku rasa first week start English Day aje aku cuba cakap English,itupun 5 minit yang pertama.

Pengetua aku jugak macam tu.Tapi aku ingat lagi,first week ada English Day tu,tiap2 Rabu dia akan mengelak  bagi ucapan.Bila guru bertuga hari tu tanya dia nak berucap ke tidak,dia akan sengih dan geleng kepala.Mula-mula aku tak faham kenapa,sehinggalah satu hari bila dia memang kena bercakap sebab ada hal yang perlu dibagitau dekat semua.Pengetua aku pun berdiri la atas rostrum dan mula lah ucapan dia."Good morning everyone...apa nama dia ni....I would laik to remind you ...aaa.....apa dia ni..." dan berterusan ucapan dia dalam seminit dia diselangi dengan "apa nama dia ni.." sambil membaca kertas bertulis ucapan dia kot.Lepas tu dia give up.Dia tanya kitorang ramai2 dan cikgu2 lain,"Can I speak in BM please?" Cikgu2 lain angguk aje la sebab dia Boss.

Semenjak hari tu,aku mengerti kenapa Pengetua aku tak nak berucap setiap Rabu dan kenapa lepas2 tu dia tak langsung bercakap dalam English.

Beberapa tahun lepas aku keluar sekolah,kerajaan melaksanakan PPSMI.Macam aku selalu tulis dulu,aku suka diorang nak terapkan "English dalam bentuk pertuturan" dalam kelas,tapi aku percaya masyarakat kita belum ready untuk belajar Math dengan Science dalam English.Bila kita implement benda yang sangat drastik macam tu,kita sebenarnya sedang bereksperimen dengan beberapa generasi budak2.Jika anak anda adalah seorang pelajar yang baik tapi dia bukan seorang English speaker dan listener yang baik,itu sedikit sebanyak akan membuatkan anak anda jadi pelajar yang tidak baik.A good student can become a bad student just because of language barrier.

Dan baru2 ni aku dengar radio kata pembelajaran Math dan Sains dalam English dicadangkan untuk dijadikan optional,bergantung kepada pilihan pelajar dan ibu bapa.Sama ada nak dalam BM atau dalam BI selepas darjah 4.Tapi itu semua cadangan daripada sebuah badan gabungan ibu bapa yang bergelar Parents Action Group for Education atau PAGE bukan orang yang terlibat secara hands on,yakni guru-guru itu sendiri.Apa pandangan guru-guru pasal benda ni?Pada aku,satu benda yang gila untuk diimplementkan.

Adakah masyarakat kita ready?Kita takkan ready selagi kita tak start tapi kita tak boleh jugak start secara membabi buta melakukan perubahan drastik yang boleh membuatkan budak yang kurang pandai menjadi bertambah bodoh dan seterusnya menutup peluang dia untuk memajukan hidup dia.Kita boleh try dengan subjek Kemahiran Hidup atau Pendidikan Jasmani dulu.Jadikan English satu bentuk perbualan tidak formal untuk subjek2 itu sebab apa yang dipelajari dalam subjek itu adalah benda2 yang mudah dipelajari dan bahasa yang digunakan agak kurang formal.Latihan kepada guru-guru juga tidak memerlukan kos yang tinggi kerana satu sekolah tidaklah memerlukan ramai cikgu KH dan PJ ni.Yang paling penting,eksperimen yang dijalankan itu tidak akan mengganggu proses pembelajaran budak2 dalam subjek core.Bagi masa 5 ahun.Tengok keberkesanan dia.

Berapa orang bila nak sebut tukul dia sebut "hammer"?

Berbalik kepada cerita asal aku,pada mulanya aku menceritakan mengenai pengetua aku.Pengetua aku mengepalai sebuah sekolah yang boleh dikategorikan elite di Malaysia jadi aku boleh assume Pengetua aku adalah seorang yang punya kredibiliti yang agak baik dalam Kementerian Pendidikan.Tapi sayangnya tiap2 hari Rabu,dia akan mengelak dari berucap kerana Rabu adalah English Day,maybe dia sedar,English dia berterabur.

Adakah masyarakat kita ready?Mungkin orang yang educated yang duduk bandar,pinggir bandar kata masyarakat kita ready sebab dia akan judge benda ni ikut masyarakat sekeliling dia,tapi bagaimana pulak dengan budak2 yang perlu bantuan buat kerja sekolah kat rumah tapi mak bapaknya tak reti langsung berbahasa English?

Dan aku sure Pengetua aku menarik nafas lega sebab dia bersara sebelum PPSMI ni dilaksanakan dulu.

April 19, 2011

Our Low Purchasing Power

Malaysians who find themselves affording less than their contemporaries overseas have distorted and inefficient markets, lack of competition, low wages and a weak ringgit to thank for their poor purchasing power, which in the case of KL, is only 34 per cent that of New York.

Despite government assurances stating that inflation is under control, Malaysians are becoming increasingly restive over the cost of goods in relation to wages, especially those who are able to compare the corresponding price-to-wage ratios in developed economies.

Malaysians who have experienced working and living abroad often experience sticker shock when they come back and see prices in KL.

“Oh my God, a Tiramisu is RM15!” said Calvin Lee, a Malaysian who has lived in Sydney, Singapore and now London, referring to what cafes in KL are charging for a slice of cake as compared to about GBP5 (RM25) in London.

Aidi Zalman, a consultant who studied in the UK, told The Malaysian Insider that salaries in London could go much further than KL.He had worked part-time as a waiter in London and noted that a single day’s wages of about GBP50-60 was already enough for him to buy a pair of branded shoes and even a low-end iPod, a concept unthinkable for local waiters.

“GBP100 can feed two apartments of students for a week,” he said. “Here you can spend RM100 and get hardly anything.”

“I hate it when politicians make stupid statements like Malaysia is cheap,” said Edward Seah, an engineer who has previously worked in Singapore and the US. “Prices might seem cheap when you convert it to US dollars yes, but then we should also convert our salaries to US dollars.”

Victor Wong, a Malaysian expat in Sydney, said that Australians get more mileage out of their money.A report by Swiss bank UBS AG shows KL residents have to work 22 minutes to afford a loaf of bread as compared with 18 minutes in Los Angeles. He gave the example of clothes where he said he can get a good quality shirt for about AUD100 but would need to spend about RM200 to get similar quality in KL.

Wong pointed out that even Asian food could be more affordable for those living in Sydney than KL.“You pay RM15 for a bowl of soup noodles in KL shopping centres but only AUD10 in Sydney shopping centres,” he said.

April 18, 2011

Artis Perempuan Itu Cerita Dia Diajak Tidur Bersama Lelaki Lain Lalu Masyarakat Kita Kata Dia Bagus dan Ada Maruah

Aku ingat lagi satu masa dulu waktu tu aku kecik lagi,kumpulan Search waktu tu kena gam dengan RTM sebab kerajaan telah melaksanakan akta kumpulan rock lelaki mesti berambut tak melepasi bahu.

Waktu tu adalah zaman kemuncak kumpulan Search dan kebanyakan kumpulan rock Melayu yang lain sebelum bermulanya zaman muram rock Malaysia apabila berjuta-juta kumpulan "ballad rock" Melayu muncul dengan lagu mendayu2 dan sudah semestinya nama group mesti bermula dengan huruf S.

Bila diingatkan balik waktu tu,aku punyalah marah dengan kerajaan....ye lah..alasan diorang,tak memberikan contoh yang baik kepada generasi muda,sesuatu yang aku tak berapa dapat terima.Ok la,Search pun pada waktu tu sangat2 berpengaruh dan memang memberikan impak kepada budak2 muda masa tu jadi mungkin ada baiknya niat kerajaan mengetatkan syarat penampilan artis...ikut hukum agama pun memang tak boleh berambut panjang jadi lagi banyak baik daripada buruknya tapi nampak sangat peraturan dan undang2 tu semua keluar bermusim...

Tak tahan aku tengok Menteri Penerangan sendiri tolong potongkan rambut Amy Serach.Kau boleh nampak tak betapa besarnya pengaruh Search masa tu?Menteri Penerangan waktu tu,Arwah Muhammad Rahmat (tak silap aku) yang potongkan rambut.Habis aje upacara tu,terus pasang lagu Search yang tah berapa lama dah kena banned.Oh,dan upacara tu ditunjukkan secara live kat RTM.

Kemudiannya,baru-baru ni,Faizal Tahir pulak secara agak tak berapa senonoh,membuka baju dia masa tengah buat performance.terus kena banned dan kena denda.Macam biasa,apa-apa aje benda yang kontroversi akan disensasikan sebaik mungkin dan banyaklah pihak yang mengutuk keras tindakan dia yang bukak baju atas pentas menampakkan dada yang tak berapa bidang.Dia pulak didenda melakukan kerja-kerja amal selama 3 bulan dan digam 3 bulan dari televisyen.

Persoalannya;
Adakah masyarakat kita dah anggap perempuan tayang badan dan satu norma..lelaki bukak baju satu benda ganjil dan pelik?

ps- Semalam ada interview Lisa Surihani akan berlakon dalam filem yang ada adegan ranjang....dia kata tengok dulu scene ranjang tu sebelum mengata dia.Aku tak nak mengata dia cuma aku nak tau bila filem tu nak keluar?Aku nak tengok...

April 15, 2011

Bab 3 - Perempuan Itu Semuanya Menyusahkan


Aku pun tak tau mana datang keberanian aku nak menulis surat kepada seorang perempuan yang aku kenal2 mcm tu aje.Bukan senang aku nak buat benda camtu.

Dekat sekolah aku,aku tak tau kenapa wujud trend nak belajar-belajar cinta monyet dengan budak sekolah asrama lain.Mungkin pada kitorang yang terkurung dalam hostel tu,budak SBP lain adalah lebih accessible berbanding budak-budak lain dan kebanyakannya hanyalah berhubung melalui surat.

Yang mana aktif,diorang boleh bergaul dengan budak2 sekolah lain bila ada event,tapi untuk yang kurang aktif,mana-mana yang try2 nak tekel tu,dia akan bukak buku Sekolah yang lain (Yearbook sekolah yang setiap tahun keluar) dan usha awek mana yang lawa.Jadi choice yang ada hanyalah bergantung kepada sekolah mana yang ada yearbook dia dalam perpustakaan sekolah aku.Aku ingat lagi ada satu ketika member aku bukak banyak yearbook,carik mana yang lawa dan hantar surat tiap2 sorang,gamble aje mana ada respon ke tidak.Malu tolak tepi.

Tapi aku bernasib baik sebab aku tak sampai ke tahap tu.

Waktu aku form 4,aku telah ditakdirkan untuk menghadiri kursus BTN sebab aku ada masalah disiplin kot.Entahlah,nampak semua yang kena hantar tu semua yang tak terlibat dengan mana-mana aktiviti sekolah sangat atau tak berapa penting kepada sekolah dan mungkin...mungkin...cikgu2 aku kesian dengan kitorang yang kera sumbang jadi diorang bagi kitorang tengok dunia luar mcm mana.

Aku berat nak pegi.Ye la...aku bukan athletic.Aku tak suka masuk hutan.Aku tak suka tempat gelap.Aku suka duduk dalam kelas dan melukis komik aku yang tah berapa jilid aku lukis dulu,tapi sayang aku tak simpan,tapi kalau simpan pun aku kena sorok sebab komik aku mesti ada scene romen-romen.Awek mesti baju koyak rabak lepas kena belasah dengan orang jahat.

Aku memang berat hati nak pegi tapi lepas kena sound dengan Ustaz aku yang mempunyai kekuatan penampar yang mampu membuatkan aku nampak planet2 lepas kena tampar,aku pegi la jugak.Kena pegi sebab terpaksa. Nasib baik aku kena paksa pegi.Kalau tak aku takkan ada peluang belajar macam mana nak pikat orang perempuan dan kisah lama ni takkan mampu aku tulis.Tapi aku tak nak tulis balik pasal kisah tu. Baca sendiri.

Terima kasih Ustaz sebab paksa aku pegi.Terima kasih juga kepada kerajaan sebab buat kursus BTN,walaupun mengarut (ada lapangan terbang bawah highway PLUS kata penceramah BTN?KAH KAH KAH)  tapi seronok rasanya bergaul dengan orang pempuan ni.

Satu perasaan yang sangat lain.Dalam bas masa nak balik dari BTN,aku nekad nak tulis surat kat awek tu.
Pergh.Aku tak pernah mimpi nak buat benda segila tu.Pada aku tulis surat dekat seorang awek yang aku kenal beberapa hari aje adalah satu benda yang gila...mcm aku dan geng2 aku selalu sebut masa sekolah dulu,girl suck!Dan akibat daripada timbul rasa keberanian aku nak tulis surat tu,telah jelas sekali dan menunjukkan aku memang betul,girl suck!

Adakah ini perubahan major?Major kot sebab benda ni masih lagi affecting aku punya life.Semua bermula sebab sehelai surat yang aku karang dengan ayat2 yang begitu sopan berniat ikhlas untuk berkenalan. Tapi...selepas beberapa lama dah kenal baik,first  time aku bergaduh dengan dia adalah satu moment paling cilaka aku rasa dalam hidup aku....tapi...mungkin semua tu sebab salah aku.

Girl suck!Kata aku sambil menghempaskan gagang telefon public tepi Puduraya.
(macam biasa..bersambung)

ps - jangan marah aku.Ini zaman masa aku tak matured.Sekarang ni,aku tak rasa macam tu dah.Adalah sekali-sekala rasa camtu,hehehe.

April 14, 2011

Jualan Tudung Murah-Murah Dan Berbau Masam!



Aku paham kenapa diorang mencuri.

Diorang takde duit tapi diorang nak tutup aurat.
Nak beli tudung takde duit,tapi takut berdosa dedah rambut.
Jadi diorang mencuri tudung.

Alhamdulillah,diorang ada rasa nak berubah ke arah kebaikan.

April 13, 2011

Bab 2 : Perubahan Hidup Aku

Dalam hidup seorang lelaki biasa macam aku,akan ada beberapa level yang perlu dilalui.Perubahan-perubahan ni berlaku mungkin kerana mengevolusi hidup atau sekadar perubahan minima macam berpindah rumah atau sebagainya yang tak berapa memberi kesan mendalam dalam hidup ni.

First sekali aku rasa hidup aku berubah adalah bila aku kena masuk sekolah asrama.

Untuk 6 bulan pertama tu aku memang agak susah nak accept kena duduk dekat hostel dan bukan dekat rumah.Makan makanan yang langsung tak sedap dan buat semua benda menggunakan kudrat sendiri.Aku memang struggle waktu tu dan dalam hati aku,aku punyalah menyesal belajar rajin2 dan berjaya masuk sekolah asrama.Serius...

Tapi lama kelamaan aku adapt dan adapt sehinggalah sampai satu tahap bila aku rasa seronok dan aku dah jadi sayang dekat rumah kedua aku,iaitu sekolah aku.Kecuali beberapa ketika kena belasah atau kena buli (standard la) atau kena tangkap dengan warden sebab hisap rokok dan keluar sekolah curi2.Benda lain semua orait aje pada aku.

Adakah masuk ke sekolah berasrama ni satu perubahan yang aku nak?Entahlah.Aku tak rasa aku nak masuk asrama,aku cuma nak UPSR aku semua A.Masuk sekolah asrama adalah satu perubahan yang aku terpaksa lakukan sebab aku nampak arwah bapak aku punyalah gembira aku masuk situ.Jadi,bila-bila aku homesick sehinggalah aku form five sekalipun,aku akan ingat benda tu dan memori aku tu la yang push aku stay kat sekolah bila keadaan jadi huru-hara,cthnya perasaan sakit hati sebab baru lepas kena terajang atau penampar dengan senior takpun warden.

Bila dah umur 16 tahun,buat pertama kalinya dalam hidup aku,aku melakukan perubahan yang agak drastik dalam hidup aku.Perubahan kali ni tidaklah melibatkan perubahan hidup yang drastik,cuma memerlukan aku kumpul keberanian yang melampau untuk buat satu benda yang aku tak pernah terfikir aku berani buat.

Buat pengetahuan korang,aku sekolah lelaki semua,jadi,interaksi antara aku dengan kaum hawa yang bukan mahramnya hanyalah interaksi antara seorang student dengan cikgunya.Itu aje.Aku tak pernah pun bercakap secara face to face dengan seorang perempuan sebaya aku....berkawan pun takde.Member aku semua ada telur.

Sehinggalah aku melakukan perubahan yang aku sendiri tak percaya aku mampu buat.Tulis surat secara membabi buta kepada seorang gadis yang aku minat dengan niat yang ikhlas (kira ikhlaslah nak berkawan..mula2)....

Perubahan besar?Tak besar sangat pada aku,tapi cukup besar untuk bagi kesan kepada aku lepas2 tu.Mungkin mental aku mula berani nak berubah.Perubahan mentaliti yang akan shape mind aku mengenai kaum hawa.

Tapi itu cerita esok.... (Bersambung)

April 12, 2011

Bab 1 : Perubahan Hidup

Aku cukup tak suka perubahan,sebab bila perubahan major berlaku dalam hidup aku,perubahan tu akan buat aku hilang rentak,mencarik-carik balik rutin aku.Tapi dalam hidup,mesti akan kena melalui perubahan,nak tak nak akan sampai masa yang memerlukan seorang lelaki macam aku untuk berubah.Sebelum berlakunya perubahan tu memanglah susah sikit nak terima,tapi lama kelamaan bila diri dapat adapt,barulah tersedar sebenarnya selama ni cara yang aku lalui bertahun2 tak membawa aku ke mana-mana.

Pernah jumpa orang lelaki yang mempersoalkan "buat apa aku nak kahwin?" Mesti ada.Orang-orang macam tu sebenarnya hanya menutup ego sendiri kononnya macho tapi dalam hati mereka sebenarnya tak nak admit,diri sendiri tak terurus.

Satu masa dulu aku macam tu.Buat apa kahwin?Aku ada kawan-kawan.Boleh hapa hidup dengan member sampai umur 35.Ok aje.Makan cukup,baju berbasuh,ada tempat tidur.Dah selesa.Senang dan familiar.Tapi bila sorang-sorang kahwin dan membina hidup sendiri dengan isteri masing-masing (dan ada jugak yang dah cerai berai) aku jadi menggelabah.

Waktu aku paling menggelabah adalah bila pegi kenduri kahwin member2 seorang diri.Aku tak rasa malu yang macam-mana sesetengah perempuan rasa tapi akan wujud rasa "ketinggalan" bila tengok member baik kau datang kenduri berdua dan kalau yang rezeki awal tu,datang bertiga atau berempat.Aku?Sorang-sorang.Boleh makan banyak mana aku suka,lepas makan boleh lepak tepi khemah dan hisap rokok selama mana yang aku nak.

Semua tu aku boleh buat sebab takde orang yang rely dan tunggu aku.Rasa bebas.
Tapi bila balik mesti aku terfikir,bebas ke hidup macam tu?

Dalam kehidupan seorang lelaki yang lepas umur 20 an,mesti ada member kau yang pancing kau "enjoy dulu," buat la apa yang kau nak sebelum kau kahwin.Lepas kahwin nanti kau dah tak ada peluang nak buat tu semua.Bila ada orang cakap camtu kat aku,aku tak tau apa yang dia maksudkan.Aku bukan kaki clubbing.Aku bukan nak minum arak.Aku bukan berminat nak meniduri ramai wanita (ehem2..aku minat tapi untuk apa?Kalau aku tak minat,gay gila aku)...aku tak berminat pun nak enjoy sebelum kahwin.

Tapi aku suka hidup aku.Aku boleh tidur bila-bila aku suka.Boleh buat apa aku suka.Boleh gi shopping ikut cara aku.Dulu aku selalu tanya diri sendiri,"buat apa aku kahwin?"

Gelfren dah menunggu punya la lama.7 tahun,ke 8 tahun aku tak sure.Malas aku mengira.Aku rasa aku kahwin lambat pun sebab kerja aku yang tak menentu.Sekejap dapat gaji,sekejap tak dapat gaji.Kerja pun tak menentu masa selalu sampai ke pagi.Macam mana nak kahwin macam tu?Ramai member aku yang sama ofis mengadu isteri kat rumah mengadu suami tak balik rumah.Anak-anak dah terlupa macam mana rupa bapak diorang.Satu masa dulu aku bekerja dalam satu industri yang memastikan pekerjaan dictate hidup kau.

Buat apa nak kahwin?Aku pun seronok gak masa tu.Makan aje,meja sebelah ada artis.Aku dah nampak panties Fasha Sandha secara live(uwekk)  dan aku dah tengok depan mata betapa lawanya Fazura.Buat apa aku nak kahwin?Ini life yang aku suka!(cuma aku tak suka overtime tak berbayar la)

Perubahan.
Setiap perubahan membawa ke satu benda yang lain.
Berkemungkinan besar ke arah yang lebih baik. (Bersambung)

April 11, 2011

Trend Blogger Baru Yang Annoying dan Beberapa Persoalan Lain...

1. Aku nampak ada satu penulis selalu letak 4-5 link dia dalam masa serentak sebab nak promote blog gosip dia tanpa ada apa2 point pun komen dia.Come on..mintak tolong stopkan.Aku sayang nak buang Chat Box tu tapi kalau benda tu still berlaku,aku akan buang.

2. Kepada penulis baru (aku tak suka term "blogger") adakah anda menulis di internet sebab nak orang follow kau supaya follower kau ramai atau nak popular atau nak orang baca penulisan kau?

3. Benda yang aku paling menyampah..."Hai,saya dah klik Nuffnang awak,klik Nuffnang saya balik ye?"Nak klik ke tidak iklan tu,biarlah pembaca yang tentukan.Tak payah lah nak persuade orang suruh klik.Ni aku gelarkan golongan bloggerm "tak tau malu." Iklan TV kita dah terpaksa tengok takkan la iklan dalam blog kita paksa pembaca tengok kot?Kalau pembaca tertarik dgn iklan tu,ada la rezeki kau nanti..

4. Adakah lebih ramai penulis blog sekarang yang tak menulis pun tapi sekadar blogwalking untuk mempopularkan blog dia yang kosong,takde isi?

5. Aku mintak maaf kalau ada yang nak exchange link tapi aku tak respon.Aku tak suka list dia jadi  panjang2,kalau nak promote link anda,post la dekat chat box tu tapi letak sekali cukup la utk sehari.Esok dtg balik letak la lagi kalau rasa berkesan.

6. Kenapa lagi ramai perempuan baca apa yang aku tulis?Adakah penulisan aku tidak cukup masculine untuk lelaki?

7. Blog gosip artis makin banyak kan?

8. Sarawak berubah aje,Insya Allah Malaysia pun berubah sekali.

April 08, 2011

Awkward Agama - Kenapa Bisnes Perlu Kelentong?

Kalau kau ada kawan-kawan yang buat bisnes sendiri dan income dia selalunya datang daripada tender kerajaan,besar kemungkinan perangai dia ada "pelik sikit."

Aku tak sure apa sebab tapi pada diorang,apa saja benda yang dilakukan dalam bisnes,untuk dapat untung besar,halal atau haram mesti tolak ke tepi.Main jahat,putar sikit,tipu sana,tipu sini dan selalunya...bisnesman ni langsung takde perasaan bersalah.Seolah-olah dia takde rasa malu bekal PC dekat Jabatan Kerajaan charge sampai RM7 ribu sebijik PC padahal harga PC tu RM1600.

Apa yang lebih memelikkan aku adalah golongan-golongan Melayu yang berbisnes dengan tender kerajaan dan menghalalkan apa saja cara yang diorang pakai nak cekau duit kerajaan dan bila ditanya kenapa dia buat macam tu,dia akan jawab...

"Ini duit kerajaan.Daripada bagi kat orang Cina dan orang Cina dapat tender,baik bagi orang Melayu,biarlah orang Melayu yang kaya."Kalau tanya lagi, jawapan dia mudah....."ini semua bisnes.." Bisnes apa macam tu?Itu bukan bisnes..tender kerajaan adalah satu amanah sebab kerajaan akan keluarkan duit cukai untuk bagi tender tu.

Duit yang kau sapu,duit yang kau overcharged kerajaan tu,itu semua duit orang ramai. Bisnes kepala jubor bapak kau.Aku pun nak "bisnes" macam tu.

Semua orang Melayu nak untung cepat dan besar.Bersih atau tidak tolak ke tepi.Habis,apa kerajaan nak buat?Kalau kompeni Cina boleh supply barang RM2000 sebijik dan kompeni Melayu supply barang RM6000 sebijik,last2 tender dapat kat kompeni Melayu jugak la.Apsal?Macam mana duit kerajaan nak cukup kalau orang Melayu sendiri yang duk merompak kutipan cukai kerajaan setiap tahun?Kerajaan takut hilang sokongan sebab kebanyakan supporter kerajaan adalah orang2 yang dapat benefit daripada tender ni.Balancing act yang sangat delicate diperlukan di situ,sebab tu lah tender2 tu masih lagi diberikan dekat kompeni2 overcharge ni.

Jadi,berbalik kepada persoalan asal tadi,kenapa orang Melayu makin korup?

Seorang pakcik berkopiah datang pejabat JKR hulur RM15 ribu nak pastikan tender projek dapat kat dia. Seorang bapa datang ke Pejabat Daerah mintak surat sokongan anak nak masuk sekolah asrama penuh,tangan ada RM1000 untuk dihulur.Jadi Imam Masjid pun boleh bergaduh sebab jadi Imam ada elaun sekarang ni.Dulu masa takde elaun,takde sapa2 nak jadi Imam kat Masjid.

Siapa tak nak duit instant tanpa perlu buat apa-apa kan?Bila ada permintaan,akan ada pembekal.Bila ada tangan yang hulur,pasti akan ada hati yang terbukak menerima.Asal untung,asal kaya,asal duit masuk,beres.Nak lagi cantik,balik rumah,semayang.Doa mintak ampun mintak maaf sebab makan rasuah. Solat tak pernah miss.Tapi korup jugak!Esok sapu lagi sepuluh ribu.

Mungkin dalam bisnes tidak ada langsung definisi "agama" itu.
Semua itu bisnes.

April 07, 2011

Aku Sangat Busy...


Khabar-khabar angin mengatakan 3 tempat paling merbahaya di Malaysia adalah

1. Jalan raya
2. Lorong belakang kedai
3. Pejabat SPRM

Berhati-hati apabila melalui tempat tersebut.Macam biasa,gambar hiasan untuk tatapan golongan perempuan sempena sambutan penghalalan penyebaran video lucah.Muka mamat tu macam Anwar Ibrahim kan?Sebijik!Nak yang version uncensored?Email aku untuk mintak gambar atau email la jugak kalau sekadar nak meluahkan perasaan anda.Nanti aku post kat sini surat anda.Bz sket skrg.

April 06, 2011

Aku Mahu Taib Mahmud Jadi PM Semata-Mata Kerana Aku Mahu First Lady Malaysia Yang Hot

Beberapa minggu ni aku rajin tengok berita RTM.Banyak benda kelakar dalam tu sekarang,semua benda pasal Sarawak.Untung orang Sarawak.Rasanya kalau mintak biasiswa belajar oversea pun boleh dapat sekarang ni.Apa yang kelakarnya adalah mengenai berita mengenai satu kampung ni yang akhirnya selepas beberapa tahun telah duduk di atas tanah adat mereka,telah diberitakan berjaya mendapat geran hak milik yang telah sekian lama tertangguh akibat daripada proses birokrasi yang macam haram.

Adalah interview beberapa orang penduduk kampung yang mengucapkan "terima kasih lah kepadak kerajaan dan Perdana Menterik keranak telah menyelesaikan masalah2 yang telah kami hadapi selamak inik!1Malaysiak!"

Adakah pakcik tu tak terfikir yang masalah tu timbul daripada kelemahan pentadbiran kerajaan yang telah sekian lama memerintah Sarawak?Kenapa perlu dia berterima kasih kepada kerajaan yang tak buat kerja dia bertahun-tahun dan kemudiannya bila datang pilihanraya baru muncul nak menyelesaikan masalah rakyat?Nampak sangat benda tu mampu disetelkan kalau betul2 ikhlas nak setelkan.

Bila tengok RTM membuatkan aku terfikir,adakah Malaysia ni lembap dan lemah sistem pentadbirannya kerana disengajakan.Maksud aku,banyak masalah sengaja diholdkan dulu solutionnya khasnya di kawasan-kawasan kritikal untuk dijadikan "hadiah" kepada rakyat supaya sedar "Kerajaan mampu solve problem mereka" bila time pilihanraya?

Aku selalu kata kerajaan BN hanya nak bekerja bila ada kepentingan.Aku tak pernah sangsi dengan kenyataan aku tu.Bila masalah geran tanah penduduk kampung hanya mampu disetelkan bila datang pilihanraya....aku pelik,apa sebenarnya yang diorang buat selama ni?Main golf?Buat video porno?

Tapi yang lagi memelikkan,orang-orang yang dah berapa lama menghadapi masalah geran tanah yang tak dapat2 tu akan terus pangkah wakil yang sama sebab pada diorang,savior dah sampai.Masalah dah setel.Buat apa nak cuba try pangkah orang lain?


Kalau time pilihanraya,cuba jangan pandang projek-projek jambatan instant,projek tar jalan atau bantuan sekolah yang tiba-tiba datang mencurah-curah dan anda akan nampak sebenarnya,kita mundur bukan sebab kita tak mampu,kita mundur sebab kita bodoh pangkah dacing.Sampai bila kita nak pangkah kerajaan yang kita kena tunggu pilihanraya baru dia nak laksanakan tanggungjawab dia?Negara maju hapa kalau menteri nak Rolls Royce gi mana-mana dan budak2 kena naik bot pegi sekolah?

Sedih aku tengok pakcik makcik tu yang gembira baru dapat geran tanah diorang sehari dua tapi terpaksa tunggu punyalah lama nak selesai masalah tu.Umur pun dah makin lanjut.Lepas pilihanraya nanti,hantarlah permohonan nak namakan waris tanah tu dekat anak beranak,ya?Isi borang,pastikan semua dokumen cukup,hantar la kat agensi yang berkenaan.Kemudian..tunggu...dan tunggu...dan tunggu lagi.

Tunggu la pilihanraya akan datang kalau nak setelkan.

Itupun kalau umur masih ada dan sempat nak proses semua2 tu.Kemudian pangkahlah,pangkahlah kerajaan yang sangat cekap berkhidmat itu lagi sekali dan ulangi proses yang sama dalam memastikan anak cucu anda juga mengalami masalah yang sama.

....................

ps - Dah baca pasal Noh Omar kata usahawan pertanian Sarawak pendapatan dia RM100 ribu setahun?Aku quote dari Bernama ni,"Noh berkata dengan bantuan itu, usahawan kecil yang dulunya berpendapatan bawah RM100,000 setahun diharap dapat meningkatkan pendapatan kepada RM1 juta setahun."

Rupa-rupanya kita memang dah berpendapatan tinggi....

April 05, 2011

Dah Tengok Porno "Anwar"?


Apa pandangan anda?
Berapa saiz pinggang Anwar sebab bila aku tengok video tu,
lebih kurang macam pinggang aku saiz dia.

Kakak Wan Azizah,sila konfemkan.

Awek Thai memang hot.

April 04, 2011

Surat Dari Pembaca : Housemate Dari Neraka

Salam Mantot..

First of all thanks sebab sudi luangkan masa baca email ni.. saya ialah salah seorang silent reader blog awak yang setiap hari akan tgk dan baca post2 terbaru. jgn risau.. email ni bukan nak complain apa2 cuma dah nama blog pun'cursingmalay' so saya pun nak cerita perihal orang melayu..

bulan januari kawan saya masuk ke rumah sewa yang baru. masa datang dia tgk girl yang duduk kat rumah tu pun ok. muka nampak innocent je. jln dengan cakap pun kepit je.. hari pertama dia dtg nak pindah barang.. dia agak terkejut tengok ada pakaian lelaki dengan seluar dalam bersidai dlm rumah. kasut lelaki pun ada.. mungkin girl tu tahu apa yang kawan saya fikirkan, dia pun ckp yang semalam tunang dia tidur sini. temankan dia sebab dia tinggal seorang. nanti adik dia akan duduk dengan dia. kawan saya pun cakap oklah. cuba untuk berfikir baik.. mungkin girl tu memang takut duduk sorang2..

esoknya kawan saya dtg lagi nak pindah barang dan kemas bilik. dia tengok seluruh family girl tu ada kat rumah tu. mak dia abang dia kakak dia abang ipar kakak ipar anak sedara dari yang besar sampailah yang kecil. kawan saya pun fikir takpela kut sekejap aje.. kawan saya pindah barang dengan tunang dia..
minta tunang dia tolong angkat barang2 yang berat..


3 hari selepas tu baru kawan saya pindah betul dan kunci bilik hanya diberikan selepas kawan saya masuk.. maknanya sebelum ni walaupun kawan saya dah pindah barang dan bayar deposit kunci still diorang pegang. masa kawan saya masuk semuanya ok dia pun baik.."kalau nak makan apa-apa.. ambil je.. kita kongsi-kongsi" kawan saya pun senyum
ajelah.

kawan saya ni bukan jenis yang memasak. tengah hari makan kat opis.. lepas keje pergi makan dulu baru balik kadang-kadang dia bungkus makanan. mungkin ada dlm 2 ke 3 kali je dia makan kat rumah tu sementara tunggu gaji masuk.

seminggu lepas kawan saya duduk, adik girl tu pula masuk. lepas tu dia tgk toileteries dia belum sebulan dah habis.. dia pakai krim mandi 1 liter takkanla 2 minggu dah habis.. ubat gigi pun sama.. memang tempat dia letak barang2 tu berubah-ubah. dia pun fikirla mungkin dia terpicit banyak.. esoknya dia tgk ubat gigi ada menitik merata-rata dlm bilik air.. dia tak nak tuduh sesiapa tapi saya tahu kawan saya ni memang jenis tahu mcm mana dia letak barang.. dia memang sgt2 particular so lepas semua tu habis.. dia beli baru n letak dlm bilik bila nak mandi baru bawa pergi bilik air.

kemudian, make up dia pula hilang.. dia pun pelik.. mcm mana make up yg ada kat dlm bilik boleh hilang.. oh mungkin dia tersalah letak.. jenuhla dia spot check bilik, korek sana-sini kut2 tersalah letak.. cari dlm kereta dan rumah family tunangnya juga sebab dia selalu ke rumah. tapi hampa takde.. so dia fikir mungkin dia terbuang.. dia diam je.. buat mcm biasa pergi keje balik keje makan dulu pastu baru balik rumah.

dia pun awal2 dah pesan dengan diorg yang dia ni malam-malam pun buat keje. so kalau dia memerap dlm bilik tu maknanya dia buat keje. bukan saja2 tak nak bersembang dengan diorang n tgk tv. dia pun bukan jenis yang suka tgk tv sgt. dia tgk cerita gemilang je kat tv3.. itupun 3 episod yg pertama dia tumpang tgk tv diorang.. yg lain semua dia tgk kat tonton. so dia igtkan semuanya dah ok..

last week dia balik rumah parent dia.. bila balik rumah sewa dia tgk tgk lagi sekali make up dia hilang.. barang2 dia ada yang berubah tempat.. lagilah pelik.. takkanla ada hantu suka curi2 make up orang kut.. dia diam lagi.. bila perkara mcm ni dah jadi.. mulalah dia suspek seseorang.. selalunya adik dia akan duduk di rumah bila semua org dah pergi keje.. untuk menghilangkan persoalan di hati.. dia pun masuk bilik diorang dan dia jumpa barang make up dia dlm bilik diorang! patutlah krim mandia dia walaupun dah letak dlm bilik tapi still cepat habis!

bila adik girl tu balik.. dia tanya pasal barang tu.. terus adik girl tu maki kawan saya.. ckp kawan saya sial.. sundal.. suka buat maksiat.. bawak balik jantan.. menumpang rumah orang.. menghabiskan api air.. curi makanan diorang.. mcm2 lagi. siap tunjuk fuck dan ludah2.. pastu adik girl tu call kakak dia.. kawan saya pun agak geram.. dan of course marah. kawansaya pun ckpla.. kenapa kurang ajar? fitnah dia bukan2.. suara dia pun mula meninggi. adik dia terus keluar rumah tunggu kakak n tunang kakak dia balik..

kakak dia pun balik rumah dgn tunangnya.. tunang dia pulak masuk rumah terus sepak kasut.. bayangkanlah kawan saya seorang nak menadah telinga untuk cacian yang keluar daripada 3 mulut manusia.. diorg tanya kenapa.. kawan saya ckpla pasal barang dia hilang.. kalau betul ambil mengaku.. kalau tak sudahla.. dia
pun sebelum ni memang pernah ckp kat saya yang dia ada terfikir nak pindah sebab diorang suka buat bising.. lepas tu bawak masuk penyewa lain tanpa beritahu kawan saya ni.. kawan saya bukan menumpang dia bayar sewa.. jadi kalau ada orang baru nak masuk.. sekurang2nya beritahulah dia dulu.. dia pun ada hak untuk tahu

lepas tu terus kawan saya ni dihujani dengan macam jenis perkataan yg menyakitkan hati.. tunang girl tu pun boleh tahan.. sebab kawan saya perempuan dia berani buat mcm tu.. dayus la kut.. bukan dia yg duduk dlm rumah tu tapi sebab sayang punya pasal.. dia pun backing la si kakak dengan si adik ni.. pastu tuduh kawan saya tampar adik dia.. pergh bila masa?


lepas tu diorang macam lari nak jawab soalan pasal make up tu.. point kawan saya malam tu pasal make up je. lepas tu terus diorang tuduh kawan saya curi beras dengan sabun basuh baju.. WTF dapat duit ke curi benda2 mcm tu.. kalau kawan saya makan pun sebelum ni girl tu kan pernah ckp dengan baik dan lembutnya suruh makan sama2.. lepas tu, kawan saya mandi pun boleh jadi isu.. dia mandi average memang 10 minit. pompuan kan.. lepas tu ckp pasal kawan saya mandi dgn basuh baju kat rumah tu duit air melambung2.. tak masuk akal.. masa dia sewa kat rumah lama takde masalah pun.. siap pakai washing machine. kat sini basuh tgn je.. pasal tutup pintu pun jadi isu.. pintu depan rumah tu memang agak rosak sikit.. kalau nak tarik kena kuat sikit.. itupun diorg ckp dia suka hempas2 pintu segala.. tuhan ajelah yg tahu betapa sakitnya hati dia malam tu..

lagi best diorang suruh dia keluar rumah tu malam tu jugak.. eh dia dah bayar sewa takkan nak keluar mcm tu je.. infact kawan saya bayar lebih dari diorang berdua.. diorang bayar sikit duduk bilik besar kawan saya bayar banyak duduk bilik kecil.. tunang girl tu pulak keluar ayat best "mulut ko tu jaga sket. aku bagi peluang untuk ko duduk di sini lagi.. tapi aku tak nak dengar ko buat diorang ni mcm ni" mcm kawan saya ni menumpang kat rumah orang..

semalam saya ikut kawan saya pergi cari bilik sewa baru.. alhamdulillah Allah tolong dia.. dia dpt rumah baru.. dia igt nak pindah esok.. tapi tiba2 pagi tadi mak diorang pulak telefon.. suruh dia berambus ckp bukan2.. fitnah dia bawak laki tido kat rumah.. padahal girl tu yang suka bawak laki masuk rumah. mestilah mak girl tu percaya anak dio sebab anak dia balik kampung pakai tudung.. duduk kl tudung terbang...

ada lagi ke orang mcm ni.. tak cukup diorang tiga orang.. mak dia pulak serang kawan saya.. siap ckp nak report polis tuduh kawan saya mencuri barang2 anak dia.. mak dia pun cakap kawan saya tu babi.. satu family dia memang mcm ni ke? FYI kakak dia pernah keje GRO..

dan mungkin Allah nak tunjuk.. semalam masa kawan saya nak keluar pergi keje.. kawan saya nampak penyewa baru tu tidur kat ruang tamu dengan kawan dia kut.. dua2 girls tido atas tilam yang sama.. peluk bukan main erat.. mulut bertemu mulut.. astagfirullah.. saya rasa bagus kawan saya pindah dari rumah tu.. satu family syco.. tak sangka zaman sekarang ni ada lagi orang mcm ni.. suka fitnah orang..

kepada yang nak cari bilik sewa tu.. saya nak pesan jgnlah terpedaya dengan orang yang nampak innocent ni.. sebelum pindah tu cari rumah yang elok.. kalau ada rasa tak best je.. pindah terus.. jgn tunggu nanti jadi mcm kawan saya ni.. baru 3 bulan nak kena pindah lagi.. tak sangka duduk dgn orang gila..

thanks sebab sudi baca email yang panjang berjela ni.. just nak cerita pasal orang melayu yang duduk kampung datang kl pastu rasa diri dah kl habis.. rasa diri dah besar habis sampai boleh caci maki orang.. dan fitnah2 orang.. sory kalau ada yang terasa tapi inilah realiti orang melayu.. suka jaga tepi kain orang.. suka fitnah2 orang tapi diri sendiri tak nampak kesalahan. mungkin kawan saya pun ada khilafnya.. tapi takdela sampai nak memperdajal orang mcm mana yang diorang buat kat kawan saya ni.. harap diorang akan terkena buku dengan ruas nanti..

Yang benar,
Izan

...................

Komen :
Aku kesal dengan penulis surat ni.Dia dah nampak adegan lesbian depan mata dan dia tak ambik video!Kalau ada video,dia boleh pegi jumpa "orang kuat UMNO" claim itu video Nurul Izzah dengan wanita mana-mana sedang berlesbian-lesbianan.Mana tau boleh dapat title Datin dan jadi ikon orang Melayu!

Hehe.Tapi secara seriusnya,nasihat aku,kalau nak duduk rumah sewa,duduklah dengan orang yang kau kenal.Member aku duduk dengan seorang mamat playboy di kondominium lima bilik dan tiap2 minggu mamat tu bertukar pasangan.Apa yang member aku mampu buat hanyalah mendengar esakan dan gelak2 manja minah2 Melayu gersang setiap kali proses zina berlaku.

Satu tips nak carik bilik sewa,tanya dulu yang dah menyewa situ,"Kalau saya bawak masuk boifren /gelfren saya boleh tak?" hanya sekadar untuk menduga bakal housemate anda.Jika dia kata "Silakan!I pun! macam tu.Sini jiran semua sporting!" jauh2kan diri anda dari rumah tu.

April 01, 2011

Awkward Agama - Kenapa Artis Yang Ada Facebook Suka Share Gambar Dia?


Serius,aku tak faham.
Adakah diorang memang suka orang tengok dia dan meng-idolakan wajah diorang agar peminat sentiasa teringat dan memuja diorang?

Apa hukum share gambar kau yang tak tutup aurat dan kemudian kau sebarkan supaya peminat kau yang perempuan berharap ada wajah secantik kau dan yang lelaki pulak timbul keinginan nak peluk cium kau?(Come on la,lelaki tengok gambar perempuan lawa takde terfikir benda lain lah)

Kau share gambar bercuti ke,gi jalan2 ke,aku boleh faham.
Tapi,bila kau share satu set gambar photoshoot kau untuk tatapan ramai,
aku tak nampak sebab untuk kau berbuat demikian.

Dan itu tak masuk lagi bab poster2 atau billboard politik
yang kalau geng 1Malaysia ke geng serban ke,perangai dia sama aje.

(Gambar di atas for the ladies.Enjoy!)