Julai 29, 2010

Keh Keh Keh...Jubormu Tetap Busuk Saiful...


Hehehe..tu la Saiful..lu meluru sangat.Suka sangat kata orang lain membuntuti kau..
Sekarang ni "peguam kecil-kecilan" pun lu tibai.Kalau takde angin masakan minah tu kena buang dari team peguam.Kalau ada angin,maknanya itu lu Saiful sudah kentut sebab dia adalah satu-satunya lelaki yang paling mudah kentut secara automatik kat Malaysia.Dengar khabar Anwar punya sebesar timun,wahahahaha...


Jadi..saudari Janna Syariza,bila kah saudari akan membalas surat cinta aku?
Aku percaya isteriku tentu memahami.Tapi sebagai isteri nombor 3..sebab Maya Karin baru cerai.

Julai 28, 2010

Empat Gadis Hot Dengan Muka Inzal Masing-Masing


Mungkin hanya aku seorang aje yang merasakan pinafore sekolah adalah satu pakaian yang sesuai untuk2 gadis-gadis nakal dan baju kurung putih dengan kain biru adalah satu set pakai yang sangat sensual dan lembut.


Aku tak kenal pun sapa dia tapi aku book yang pakai pinafore tu dengan Scha Al Yahya.2 orang lagi tu aku tak nak.

Julai 26, 2010

Satu Persoalan Yang Bagus Untuk Difikirkan


Hari ni tengah drive,ada dengar siren polis kat belakang.Ada "VIP" nak lalu sambil di-escort oleh gerombolan-gerombolan pengikut mereka.Polis trafik bawak motor kat depan sambil suruh semua "orang biasa" ke tepi kerana,ada "orang penting" nak lalu.

Persoalannya;
Kenapa golongan yang paling lambat sampai dekat function-function yang menjemput "orang penting@VIP" datang adalah mereka2 yang bergelar "orang penting@VIP" itu.Padahal,diorang tak kena jam.Kereta mesti lari minimum 110km/j.Driver pun driver terlatih dan hebat.

Tapi,diorang jugak yang paling lambat.Event janji pukul 8.30,orang semua dah tunggu...10:00 baru dia sampai.Kenapa?

Julai 23, 2010

Bahagian 2 : Kerja Untuk Survival

Satu masa dulu,waktu aku tak dapat gaji dekat 3 bulan,sampai satu tahap aku dah give up dan aku apply kerja kat Giant jadi Display Artist.Aku dapat kerja tu.Jadi aku borak la pasal gaji dan elaun.Kakak yang interview aku tu pun cerita panjang lebar pasal skim gaji kat situ.

"Sini ni dik,Display Artist ni dibayar lebih sket.Kalau jadi staff2 biasa macam cashier ke,jaga stock ke,kitorang bayar RM600 campur elaun RM100.Kalau adik ni,kita akan bayar RM700 campur elaun Rm100.Minggu depan mula kerja ya!" kata kakak tu gembira sebab dapat seorang mamat yang dah la talented,hensem pulak tu kerja situ. Aku perasan ada beberapa orang gadis melambai2 tangan ke arah aku dan ada jugak sorang dua pekerja lelaki Bangladesh mengenyit mata ke arah aku.

Jadi,bila balik,aku pun berfikir...gila.Sewa rumah aku aje dah RM275 sebulan (aku kongsi ngan member aku,RM275 tu bahagian aku).Motor aku 2 bulan kena servis.Terbang RM40.Minyak?Makan?Bil letrik?Bil air?Tak tolak lagi duit rolling government iaitu duit EPF.

Kerja dari 8:00 pagi sampai 7:00 malam.Itupun kalau takde display atau board kena buat.
Untuk RM800.

Aku sure benda dilema camni paling dirasai oleh mereka2 yang bergaji RM1000 dan ke bawah.Bekerja punyalah panjang masanya,dapat pun ciput aje,tolak2 hutang dan bil,lepas la beli maggi untuk buat bekal makanan (Cuba tengok berapa besar rak2 mee segera kat shopping kompleks menunjukkan betapa lakunya mee segera ni kat Malaysia.Penduduk Jepun juga menggunakan kaedah menijau harga mee segera untuk meramal keutuhan ekonomi rakyat Jepun yang dipanggil Ramen Index.Makin mahal mee segera,makin mahal kos makanan secara keseluruhannya)

Takpelah,daripada takde gaji langsung at least lepas la untuk survive.Aku nekad la nak ambik kerja tu tapi dengan tiba-tiba kompeni aku buat magik bayar gaji sebulan daripada 3 bulan yang dia hutang tu.Lepas la hidup untuk dua bulan sementara aku gi interview merata-rata lagi.

Cuba fikirkan,dalam ramai-ramai menteri,menteri mana yang ambik peduli pasal orang-orang yang kerja kat bawah-bawah ni?Kita boleh cerita pasal kadar ekonomi naik,pasal kadar KDNK yang pesat atau tahap pelaburan yang meningkat....but those thing do not matter at all to those who work for a pittance.Takkan ada orang2 politik yang peduli.But the biggest problem of all is that...kita semua pun tak peduli pasal diorang ni.

Mesti ada yang pernah maki cashier kat shopping kompleks kalau minah tu kira barang slow2 masa kau nak cepat.Mesti ada antara kita yang bengang dengan mamat tukang potong ayam kalau ada queue panjang masa kita nak timbang dan potong ayam.Mesti anda akan rasa annoyed kalau tengah2 shopping,isle barang tu diblok oleh seorang mamat yang tengah susun stok barang. Aku pernah nampak seorang cashier di maki "stupid idiot" sebab harga kat cashier dengan display lain dan bila cashier tu ditanya dia tak tau nak jawab apa.Diorang tu hanya dibayar RM700 untuk mengadap muka korang dan layan perangai korang yang kadang2 tak serupa manusia.

Gaji ribu-ribu tapi troli pun tak reti nak letak balik kat tempat kumpul troli!Apa kau ingat pekerja2 kat situ yang dibayar RM700 juga bertugas untuk mencarik troli kat merata-rata tempat yang kau sepahkan?Bila troli takde reti pulak mengamuk...

Apa point aku?

Ada ramai orang susah dalam Malaysia yang kerja dekat shopping kompleks.Hidup diorang dah memang susah,apa kata kita,jangan susahkan hidup diorang lagi.Tak kira lah situ ramai pekerja Bangladesh ke,local ke..Kalau orang senang tak mau tolong kita...kita orang yang susah mesti tolong orang susah.Mereka bekerja dengan gaji yang sangat minima. RM700 beb!

PS - Kalau ada sapa2 nak kata,"bersyukurlah dengan apa yang diorang ada" ataupun "mungkin gaji diorang tu cukup untuk diorang" aku akan tulis awal2 kat sini "Fuck off...jangan amal mentaliti Kerajaan Barisan Nasional"

Julai 22, 2010

Bahagian 1 : Cukai-Cukai Di Malaysia Yang Kita Separa Sedar Kewujudannya

Cukai jualan atau sales tax adalah satu bentuk cukai yang dikenakan hanya pada satu peringkat  kepada barangan import dan beberapa jenis produk tempatan apabila produk itu sudah diimport masuk,atau pada ketika barangan itu dijual.

Kadar bayaran :
a. 5% untuk buah-buahan import,bahan makanan dan bahan binaan
b. 10% untuk barangan harian
c. 20% untuk barangan alkohol
d. 25% untuk produk tembakau

Cukai servis atau service tax adalah cukai yang dikenakan kepada barangan-barangan dan servis2 apabila dijual atau disediakan dalam premis-premis tertentu seperti hotel dan sbg.Produk yang dikenakan cukai servis adalah produk tembakau,produk beralkohol dan minuman.(Sebab tu makan minum kat hotel mengarut2 harga dia)

Servis-servis yang disediakan yang dikenakan cukai servis pula adalah :

1. penyediaan bilik sebagai tempat penginapan
2. penyediaan premis untuk meetings, conventions dan persembahan fesyen dan budaya
3. health services
4. professional and consultancy services provided by legal
5. engineering
5. surveyor,
7. architectural
8. accounting
9. advertising
10. consultancy
11. provision of accommodation and food by private hospitals and credit cards companies.

dan BANYAK LAGI .....firms, insurance companies, motor vehicles service and repair centers, telecommunication services, security and guard services, recreational clubs, estate agents, parking space services, courier service firms, dentists, veterinary doctors

............

Tapi,sebab nak senang punya pasal,aku listkan lah macam ni aje cukai2 yang aku tau sebab benda2 ni yang aku rasa setiap masa.

1. Cukai kereta yang maha tinggi
2. Jika cukai kereta maha tinggi,cukai motorsikal super maha tinggi
3. 5% tiap-tiap kali makan Kentucky,McDonald dan lain-lain francais makanan
4. Duti hiburan 20% yang ada setiap kali anda tengok wayang
5. Cukai pendapatan kepada mereka2 yang bergaji lebih RM2500
6. Cukai pintu kepada pembeli rumah
7. Kredit kad servis tax RM50
8. Cukai kepada harga rokok
9. Cukai jalan dan insurans
10. Tol adalah satu bentuk cukai bila jalan percuma macam gampang.

Kalau ada sesiapa nak kata Pembangkang poyo sebab janji macam ni?Biarlah dia nak poyo sekalipun.At least diorang memikirkan sesuatu yang menguntungkan rakyat.Always pick the lesser evil.Point aku post benda ni senang aje;

"Mana-mana cukai sekalipun walaupun yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat itu sendiri,biasanya yang membayarnya adalah kita, pengguna."


Ada sesiapa nak tambah lagi cukai-cukai yang kita kena sehari-hari?


Julai 19, 2010

Menceriakan Petang Anda Dengan Meningkatkan Keinginan Anda Menjadi Ibu dan Bapa


Aku tensen pulak bila bukak blog sendiri dan terus nampak muka Rosmah jadi aku letak video ni.Tengok la.Cute gila.Budak ni pasti akan membesar dengan sihat dan takkan minat kat Justin Bieber.


Bukti Kukuh Pengurangan Subsidi Gula Mampu Mengurangkan Tahap Obesiti Rakyat Malaysia

Statement Kerajaan - "Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya,
adalah langkah yang tepat."


Nak namakan anak kucing,minta pendapat rakyat.Nak naikkan harga barangan harian,tak mintak pulak.Apa kejadah PM cam ni?

Julai 16, 2010

Terima Kasih 1Malaysia!


Negara mana lagi yang rakyatnya mampu berhutang beli kereta lebih 40 ribu dan kata kereta tu murah sebenarnya?Kat mana lagi campuran air panas,ais,sedikit susu dan teh recycle 10 kali beserta upah untuk mencampurkan semua tu diterima oleh masyarakat untuk dijual RM1.80?Pekerja KFC kerja pun RM3.50 sejam,baik ko jual air.Jual 3 gelas dah sama macam ko kerja sejam siap untung lagi.Kat mana lagi kerajaan buang subsisdi dengan alasan takut kerajaan rugi minyak kena seludup?Kalau takut minyak kena seludup dekat sempadan buat la pagar batu tinggi-tinggi tutup sungai kat Rantau Panjang tu.Bukan kurang subsidi...

SATU!
MALAYSIA!
SATU!
MALAYSIA!


Terima kasih!
Orang Kedah,sila pangkah BN semula!

Julai 15, 2010

Permintaan Seorang Suami Yang Dahaga

Waktu aku duduk Alor Setar dulu,aku ada sorang member.Nama dia Ijan.

Dia ni tak pernah join geng aku naik basikal merayau2 keliling taman.Aku tak tau kenapa?Dia lebih suka duduk rumah.Jarang benar dia lepak kat padang dan sebagainya.Satu hari lepas sekolah,dia ajak aku gi rumah dia.Segan aku nak gi rumah dia sebab pada aku,rumah dia rumah dua tingkat,rumah aku setingkat aje,jadi aku assume dia orang kaya..nak masuk pun takut-takut.Bagi la can,aku masa tu darjah satu jadi bila rumah tu lagi besar dari rumah aku,aku assume mcm tu la...

Masuk rumah dia,dia suruh aku dengan member aku sorang lagi ni tunggu kejap kat living room.Ada la bapak dia lalu sekali dua.Gerun aku tengok bapak dia.Tunggu la kami seminit dua kat situ tercongok jakun melihat hiasan dalaman rumah dia.

"Jom main ni.Aku ada banyak,"kata dia sambil tangan dia angkut satu kotak.Dalam tu penuh dengan Transformers."Huyooo!Transformers!!"Aku jadi takjub gila tengok robot2 tu walaupun aku tak tau langsung apa kejadahnya benda tu."Haa,dia ni boleh tukar jadi kereta bomba!" sambil dia dok pulas-pulas robot tu."Wow,dia boleh jadi kereta bomba la!" Semenjak daripada hari tu,tiap2 kali aku pegi Hankyu Jaya Alor Setar aku akan lalu dan usha Transformers.

Mahal gila waktu tu pada aku.Aku memang aim aje Optimus Prime satu set sekali dengan kontena dia.Tapi waktu tu harga dia $80 lebih tak silap aku (tak pakai RM lagi waktu tu) jadi bila aku mintak kat mak aku Optimus Prime,mak aku takkan beli tapi dia belikan aku sebijik robot lain yang murah harga belas-belas ringgit atau mainan He-Man.

Sebab frust punya pasal aku tak dapat Optimus Prime,aku pun buat la Optimus Prime pakai kertas.Itulah first time aku buat papercraft seumur hidup aku dan aku cukup bangga dengan hasil dia sebab Optimus Prime aku boleh berdiri tapi sayangnya tak boleh transform.Optimus Prime tu lah yang aku buat gaduh2 dengan Voltron aku yang aku dapat masa main tikam-tikam kat kedai.Kemik-kemik badan dia sebab plastik keras terajang kertas,konfem plastik menang.

Dari hari Optimus Prime aku terkoyak sampailah sekarang,maksud aku,hari ini,dan esok-esok,aku akan terus menyimpan azam supaya satu hari nanti aku dapat beli Optimus Prime Generation 1,bukan Optimus Prime dalam movie yang sangat hodoh dan tungkik,tidak ada langsung ciri2 pemimpin.

Tujuan aku menulis ni sebenarnya hanyalah untuk memaklumkan kepada isteri aku,besday aku dah dekat dan apa salahnya jika impian aku dari kecil itu dipenuhi dan seterusnya,untuk memaklumkan kepada isteri aku yang aku dah terbeli sebijik lagi Transformers.Hari tu masa isteri aku datang melawat aku di rumah,dia tanya aku,"ni robot dinosaur ni nak buat apa?" Yang,dia ada nama yang,nama dia Grimlock!


 Aku harap agar selepas isteri aku membaca benda ni,dia paham lah kenapa aku beli robot-robot ni yang sepatutnya dimainkan oleh budak-budak 5 tahun dan ke atas.Ini semua impian dari zaman kecil.

Satu hari nanti,bila abang dah puas bermain2 dengan permainan ni, abang akan pass kan la dekat anak-anak kita. Yang!Optimus Prime satu!

 Ni la Optimus Prime yang aku aim dari kecik.

PS - Kalau ada sapa2 yang ternampak mainan Transformers Animated yang dijual RM30 kat mana-mana,sila bagitau aku.Kat Alamanda,stok dia dah nak habis.

Julai 14, 2010

Pengguna Genius : Tips Membeli dan Memilih Rumah


Tips membeli rumah:

1. Beli rumah yang 60% siap untuk mengelakkan kes pemaju lari
2. Nilai kawasan jangka panjang bukannya jangka pendek.
3. Nilai rumah mengikut kemampuan semasa bukan kerana nak berlagak atau nak selesa
4. Selalu tengok promosi di akhbar dan lihat perancangan masa depan kawasan yang berhampiran. Mungkin rumah di kawasan yang berhampiran lebih sesuai daripada projek yang dipromosikan.
5. Lihat dan baca mengenai developer rumah dan track record mereka
6. Tahu apa yang anda mahu.Belilah rumah yang sesuai dengan perkembangan saiz keluarga anda.
7. Carik salesman yang bukan kaki auta.
8. Walaupun atap simen dan rata membuatkan rumah anda kelihatan futuristik,atap itu agak kurang sesuai untuk keadaan dan cuaca di Malaysia.

Tips memilih rumah:

1. Pilih rumah yang mengadap matahari terbit supaya cahayanya masuk membawa keberkatan sebelah pagi di pintu hadapan.
2. Kalau rumah tengah (teres) cari yang paling hampir dgn corner lot supaya senang bila kenduri kendara.
3. Kalau rumah teres, cari yang tidak berhadap-hadap. Senang parking kereta seberang jalan. Kalau jenis berhadap-hadap, ramai yang meneropong tingkap bilik yang terbuka.
4. Ada 3 jenis rumah secara general;corner,end dan intermediate lot.Mana satu terbaik?Terpulang kepada anda dan poket anda.Mungkin jika anda suka bercucuk tanam,corner lot lebih sesuai.
5. Untuk mereka yang sensitif mengenai anjing,sila cuba usaha dapatkan lot yang sesuai.

Terima kasih kepada saudara Bingai@Bangang.

Julai 13, 2010

Pengguna Genius : Membeli Rumah Adalah Satu Bentuk Perjudian Hidup Yang Tak Patut

Dalam seminggu dua ni,aku dengan isteri aku berjalan-jalan mencari location rumah yang mampu dibeli.Agak payah untuk membuat keputusan sebab bila beli dan berhutang lebih 20-30 tahun,benda camni memerlukan satu komitmen yang agak panjang.

Aku agak kecewa dengan sistem pembelian rumah di Malaysia yang tidak menetapkan developer wajib menyiapkan rumah sebelum dibeli,ini kerana risiko pembelian rumah tidak jatuh kepada developer.Risiko kerugian ketika pembelian rumah agak berat kepada pembeli,yakni,rakyat Malaysia.

Apa yang aku paham setakat ni,daripada yang aku belajar dan tanya-tanya,sesebuah projek perumahan baru akan dikeluarkan pelannya sebelum dirasmikan pelancarannya.Rumah tersebut sudah mampu ditempah oleh pembeli.Untungnya di sini adalah pembeli akan dapat membeli rumah dengan harga yang lebih murah kerana jika sudah pun dilancarkan atau memasuki fasa kedua (dan seterusnya) harga rumah akan melambung naik.

Apa yang terjadi pada aku dengan isteri aku adalah apabila timbulnya pressure daripada salesman developer yang mengharapkan agar aku dan isteri booking cepat-cepat rumah.Alasannya,"Nanti sudah launch naik harga maa!"

Jadi,apa risikonya kepada kami berdua nanti?

1. Bila dah letak booking dan loan dah approved,interest loan bank akan mula-mula sekali perlu dibayar walaupun rumah belum disiapkan atau siap untuk diduduki.Pernah tengok berita orang beli rumah tapi tak dapat nak duduk rumah sendiri tapi loan dah perlu dibayar?Itu adalah sebab developer lari tapi bank dah start mintak bayar installment.

2. Kalau-kalau aku dah letak booking RM500,katakanlah loan bank tak lepas,duit booking tu akan dipegang oleh developer WALAUPUN diorang tau loan bank kitorang tak lepas.

3. Sebab rumah yang ingin dibooking tu belum pun naik showhouse-nya,jadi gambaran mengenai rupa bentuk dan rekaan rumah tu hanyalah kelihatan dalam bentuk lukisan dan imej 3D.Kualiti dan hasil finishing nya tak nampak depan mata,semua bergantung kepada skrip2 dan air liur salesman tu.

4. Membeli secara buat tuli? Beli baju pun kita boleh masuk changing room dan try baju tu dulu.

Aku cukup marah bila undang-undang Malaysia ni tak berapa protect pengguna,dalam bab pembelian rumah satu-satunya benefit yang pengguna akan dapat adalah harga yang lebih murah jika berani beli awal dan gamble.Tak patut.Pembelian rumah adalah satu bentuk investment jangka panjang dan sepatutnya pelanggan dijaga haknya dalam urusan jual beli.Jika developer bankrap atau gulung tikar,tidak ada pun undang-undang yang menjaga kepentingan pengguna.

Ada orang yang mampu memperjudikan nasib beli rumah yang hanya ada dalam angan-angan diorang,terpaksa yakin dengan janji-janji kosong developer tapi tak semua orang mampu camtu,kan? Pengguna dan pembeli sudahpun memperjudikan nasib mereka apabila mereka menggamble-kan wang ringgit mereka apabila "melabur" ke dalam satu kawasan atau daerah yang kita sendiri tidak pasti akan "menjadi" atau tidak.Tak sepatutnya pembeli rumah terpaksa juga memperjudikan nasib mereka sama ada rumah yang mereka beli akan wujud atau tidak,puas hati atau tidak.

Tapi melihatkan kepada Perdana Menteri kita yang suka benar hal-hal berkaitan judi,mungkin nasib pembeli dan rakyat juga apa salahnya jika diperjudikan.Jika anda ingin membeli rumah,pilihlah developer yang mempunyai track record yang ok dan bertawakallah.Undang-undang tidak akan menyebelahi anda.Jangan biarkan salesman developer menakut-nakutkan anda.

Julai 09, 2010

Posting Separa Gay : Vampire Suck



Edward atau Jacob?
Aku tak suka lelaki yang tak suka berbaju.Perkataan "Lelaki" dan "Seksi" tidak patut langsung digunakan sekali dalam satu ayat..

Julai 08, 2010

Film Review : Toy Story 3

"Tot,ending dia,sedih beb!"

"Ko mesti nangis tengok ending dia.."

"Sebak aku dalam wayang,nasib baik gelap.."

Macam tu la komen-komen yang aku dapat daripada member aku bila aku tanya pasal Toy Story 3.Sebagai seorang lelaki yang agak mudah tersentuh hati dia,aku pun berazam nak tengok filem ni waktu dah tak ramai tengok dan time office hour.Kebetulan pulak ofis aku ada event apa benda tah minggu lepas jadi itu adalah peluang terbaik aku menyelinap keluar.Aku beli tiket dan combo meal pop corn large dengan air large dua disertakan sekali bekas air bergambar Buzz Lightyear,weehheeeee!

Aku masuk dan duduk dalam wayang.Tak ramai orang,nasib baik.Aku ambik seat tepi sekali sebab kaki aku tak lepas dan senang nak lari ke bilik air kalau2 air mata aku tak berenti2.

Layan punya layan punya layan,bila dah masuk klimaks cerita tiba-tiba hati aku sayu.Cilaka.Ada air mata bergenang kat mata aku.Aku peluk beg aku rapat2.Mangkuk ayun yang belakang aku duk sepak kerusi pun aku tak berani nak sound sebab aku takut dia nampak mata aku berkaca-kaca.Bila dah masuk epilog cerita,makin lama makin sedih dan sayu sebab ending dia mempunyai maksud yang mendalam...membuatkan aku terkenang balik mainan Panthro Thundercats aku yang dah hilang tah ke mana atau apa la nasib bekas air aku yang aku terlepas jatuh atas jalan dari bas sekolah masa aku darjah satu.

Tidak!Aku tidak boleh menangis.Aku tidak boleh menitiskan air mata dalam panggung wayang.Habis aje kredit filem,aku laju2 bangun dan terus berjalan pantas ke bilik air sambil mataku fokus ke arah lantai kerana aku tau,mata aku merah.Masuk bilik air cuci muka terus aku ke ofis.


Balik rumah aku terus duduk kat meja dan renung Rex atas meja aku."Rex,kalau kau mampu berkata-kata,berbicaralah dengan aku sekarang..aku janji aku takkan lupakan kau.."

Tidak mudah untuk kita melupakan zaman kanak-kanak kita bukan?

Rating : 10/10

Julai 05, 2010

World Cup Special : Christiano Ronaldo Sudah Menjadi Bapa


Mamat tak berapa hensem ni sudah pun selamat menjadi bapa tapi identiti ibunya terpaksa dirahsiakan.Diberitakan calon-calon ibu dia ni terlalu ramai sehingga susah benar nak dijangka.Apa yang menggelikan ketiak dan kaki aku adalah apabila The Sun UK cuba meneka siapa gadis yang telah dibuntingkan oleh Christiano Ronaldo tu sambil bertanyakan "bagaimana perasaan ditiduri oleh Christiano Ronaldo..?"

Ada perempuan,iaitu seorang model yang agak hot menjawab,"Jika anda ditiduri oleh lelaki paling kacak didunia dengan badan yang sungguh indah untuk dipeluk,mana-mana perempuan akan merasa bangga kerana dapat tidur dengan dia.." (Link The Sun UK - Peringatan,link ini mengandungi gambar perempuan tidak berbaju)

Persoalan untuk hari ini :

 1. Hensem sangat ke dia ni?

2. Jika anda ditawarkan untuk ditiduri oleh mana2 lelaki pilihan anda dan lelaki itu sudi,sanggupkah anda menerima tawaran itu?Cthnya;Robert Pattinson nak,anda pulak? (Malas aku tanya pasal lelaki sebab lelaki akan sentiasa nak..)

3. Adakah kaum perempuan merasakan degupan jantung bertambah kencang ketika menonton gambar ini?



4. Adakah ada di antara yang berani mengaku anda tengok bola semata-mata nak tengok lelaki bukak baju atau "bulging-bulging" di seluar pendek pemain?

Portugal suck.England suck.

Julai 02, 2010

Aku,Senior,Junior,Warden dan Hostel

Membaca mengenai budak yang meninggal kena ragging tu mengingatkan aku kepada benda-benda yang aku dengan member-member aku pernah kena dulu.Waktu aku sekolah menengah,masa aku form one,aku telah kena benda-benda camni :

1. Cuba berdiri kemudian angkatkan tangan anda menghala ke depan.Bengkokkan lutut anda sehingga lutut dan punggung sama level.Tahan macam tu 3 jam dengan tangan anda yang diluruskan tadi menampung dua biji bantal.Bantal jatuh atau ada percubaan berdiri,akan disepak dari belakang.Ini dipanggil "Enjut-steng."

2. Merangkak bawah katil dengan baju sekolah putih ramai-ramai kerana bilik tak bersih sekeliling bilik.Ini adalah hukuman "komando."

3. Buat kurang ajar dengan senior?Senior akan meletakkan tapak tangan mereka ke muka dan kemudian akan menarik jari hantu mereka laju-laju dan lepaskan.Ini digelar "starlight."

Waktu form 2 aku takde benda kena sangat sebab senior aku best kecuali ada sekali aku bergaduh dengan member aku dalam bilik dan senior aku denda kitorang cium pipi masing-masing.Hahahahaha.Waktu form 3,aku telah dibelasah oleh 5 orang senior aku sebab aku keluar malam tak mintak lesen diorang (nak buat jahat,cthnya isap rokok atau keluar malam kena mintak izin dulu).Kemudiannya aku jugak pernah lah dibelasah sebab aku terbakarkan seluar senior.Aku pekena dia balik kemudian2 dengan meludah dua tiga kali ke dalam air yang dia suruh aku ambik dari water cooler.Peluang beb nak balas dendam.Sedap aje dia minum. (Nasihat aku,jangan sekali-sekali suruh junior anda ambik air untuk anda.Aku tak pernah sekalipun suruh)

Bila naik form four,nak buat jahat pun pandai-pandai sendirila.Tapi bila bergaduh,bergaduh ramai-ramai dan takde dah main denda-denda ni.Bertumbuk dan sparring.Masa ni aku dah tak terlibat dah,aku lagi suka lepak dengan member aku dan isap rokok kongsi-kongsi atau keluar malam selalu.

Adalah beberapa kejadian lagi bila kena tampar dengan warden sebab ponteng prep class atau kena tampar masa tengah tidur sebab tak bangun subuh atau kena tampar 7 kali berturut-turut sebab kena tangkap keluar malam.Bayangkan..kau tengah tidur sedap-sedap ada orang tampar kau!Warden pulak tu!Ada keluar paper cerita tu?

Bila kenang-kenang balik,sebenarnya budaya senior membuli junior ni,pada aku,satu benda yang memorable bila benda tu tak serius sangat.Maksudnya,niat dia sekadar nak mendidik bukan nak membelasah. Dari situ aku belajar respek orang tua (senior) dan belajar macam mana nak survive sendiri.Sapa lagi nak tolong kalau bukan orang2 yang ada dalam hostel kan?

Tapi sayangnya lepas kitorang masuk form 3,sekolah asing-asingkan bilik ikut tingkatan.Positifnya di sini adalah kitorang jadi lagi rapat dengan member dan takde lagi dah kes ragging kecil-kecilan tapi negatfinya sebenarnya terlalu besar;

a. Junior tak kenal senior dan sebaliknya
b. Semangat abang adik takde
c. Bila ada hal nak setel,kau kena pegi bilik senior,lagi gerun.
d. Bergaduh antara form.

Jika kau tanya aku,kenapa budak-budak sekarang ramai macam cilaka; aku akan jawab sebab diorang tak independent.Silap sikit,mak bapak turun.Silap sikit,wartawan turun.Sampai budak tu sendiri jadi terlalu berani buat apa yang diorang suka.Manja.Baju terpakai pun tiap2 weekend hantar balik rumah suruh mak basuhkan.Kaki buli memang akan ada.Itu normal bila kita bercakap mengenai sekolah asrama tapi bila terlalu banyak langkah-langkah yang diambil untuk mengawal kehidupan pelajar sekolah asrama,diorang akan jadi terkongkong.Jadi seorang yang tidak normal.

Aku rasa sekolah sepatutnya terus mengamalkan hidup campur-campur antara senior dan junior kerana ini akan memberikan tanggungjawab kepada senior yang ada supaya protect junior2 sebilik mereka dan junior pulak akan bergantung harap kepada senior-senior.Biarkanla budak-budak tu membesar secara normal.Kitorang dah la terkongkong daripada dunia luar,terkawal daripada apa yang jadi kat luar sana dan yang paling tak best,kitorang LANGSUNG tak bergaul dengan perempuan.

Tapi bila wujud kes buli sampai mati...buang dia sekolah dan masukkan dia ke sekolah pemulihan.Tak kiralah dia siapa,walaupun bapak dia pengerusi PIBG sekalipun.Sebab mana-mana budak yang buat salah memang wajib kena hukum.Tapi kat sekolah aku,aku kena gantung dua minggu sebab hisap rokok.Anak pengerusi PIBG belasah budak?

Tak kena apa-apa.Jangan pilih kasih dalam menghukum yang salah dan biarkan budak-budak tu membesar normal.

PS - Gambar sekadar hiasan.

Julai 01, 2010

Selepas 6 Bulan Berkahwin...

Aku dah kawin 6 bulan lebih.Sekejap gila masa.Sedar-sedar haritu wife aku bagitau aku,"18 hb Jun,dah 6 bulan kita kawin.Tak nak gi mana-mana ke?"Aku sebagai seoang suami yang pemalas dan lebih gemar duduk kat rumah,berkata malas la,nanti dulu.Lagipun aku busy.Busy GILA BABI waktu tu sampai la ke hujung bulan Jun.Nasib baik wife aku datang sini weekend hari tu sebab dah 2 minggu aku tak jumpa dia.

Adakah ada apa-apa perubahan pada diri aku lepas berkahwin?

Kalau aku cuba menilai diri aku sendiri,daripada segi "ke-pervetan" aku,aku tak rasa ada perubahan.Aku masih lagi gemar melihat punggung-punggung gadis atau mana-mana cleavage yang terpampang.Aku masih lagi mengagumi mana-mana awek yang lawa dengan berkata dalam hati "Ya Allah lawanya amoi itu!" dalam hati kemudian mata terus turun ke bawah leher dari muka dia.

Lihat pula dari financially,aku ada sedikit struggle sebab sebelum ni weekend aku jarang keluar tapi sekarang weekend aje aku akan keluar.Wife punya pasal TAKDE HAL beb!Dari segi pengurusan hidup pulak,sebab aku tinggal berjauhan,jadi banyak urusan-urusan makan minum dan tempat tinggal masih lagi aku setelkan sendiri.Ni semua Kerajaan punya pasal,mintak transfer takkan dapat punya tak pakai kabel2 ni.

Tapi aku sedar ada perubahan drastik dalam hidup aku.Aku tak suka tidur berseorangan.Kadang-kadang aku cuba peluk diri sendiri tapi tangan aku tak mempunyai sentuhan lembut yang aku dahagakan.

Kahwin la.Best gila.

PS - Tu bukan gambar aku.