April 30, 2010

Kisah Seorang Diktator Yang Kelakar

Saparmurat Niyazov adalah Presiden kepada negara pecahan Soviet Union iaitu Turkmenistan. Dia telah menjadi presiden kepada Turkmenistan dan mendakwa dirinya adalah "Presiden Popular Pilihan Rakyat" selepas kemenangannya di dalam pemilihan presiden negara itu pada 1992,yang hanya mempunyai satu calon bertanding,iaitu dirinya sahaja.Pada 1999,Parlimen Turkmenistan mengisytiharkan Saparmurat sebagai "Presiden Seumur Hidup" hasil daripada pemilihan ahli-ahli Parlimen yang telah dipilih oleh dirinya sendiri.

Terdapat pelbagai sumbangan dia kepada negara nya,antaranya:

1. Memperkenalkan cuti-cuti baru yang berkaitan dengan budaya negaranya.

2. Melaksanakan penukaran penggunaan huruf-huruf yang digunakan semasa zaman Soviet Union dan digantikan dengan huruf-huruf baru Turkmenistan.

3. Membangunkan ekonomi Turkmenistan dengan pelaksanaan ekonomi berasaskan minyak dan gas asli.

4. Melaksanakan model ekonomi yang memeberikan kemudahan air,elektrik,gas dan garam yang diproses secara percuma kepada semua rakyat.

5. Menamakan semula bulan dan hari di Turkmenistan mengikut nama-nama tokoh negara itu.Yang menyeronokkan,dia juga menggantikan nama dia dan keluarga dia untuk digunakan sebagai ganti nama hari dan bulan.

6. Memberikan keampunan kepada penjenayah yang ditangkap setiap kali tiba malam Lailatul Qadar (kerana penduduk di situ majoritinya Islam)

..........

Dengan pelbagai sumbangan itu,sudah pastilah dia disayangi dan dihormati.Sayangnya,dia juga :

1. Memasukkan elemen-elemen yang memuji dirinya ke dalam lagu kebangsaan negaranya.

2. Menarik balik atau mengurangkan wang pencen yang telah diberikan kepada persara.

3. Menutup SEMUA hospital kerajaan kecuali yang berada di ibu negara dengan alasan,jika rakyat sakit,mereka perlu datang ke Asgabat,ibu negara Turkmenistan.

4. Mengharamkan artis dan penyanyi daripada menggunakan kaedah lip-sync semasa persembahan,dengan alasan industri muzik tidak akan maju dengan kaedah lip-sync.

5. Meminta sebuah istana untuk dirinya dibina menggunakan AIS disebuah negara yang beriklim panas.Istana itu tidak dibina.

6. Mengharamkan rakyat merokok apabila dia ingin berhenti merokok selepas pembedahan jantungnya.

7. Melaksanakan akta yang mengharamkan lelaki berjanggut dan berambut panjang.

8. Mengharamkan pembaca berita di TV memakai alat solek kerana merasakan wanita Turkmenistan sudah cantik.

9. Mengharamkan pertunjukan circus,panggung wayang,opera dan ballet dancing.

10. Mendirikan patung dirinya yang perbuat daripada emas yang akan sentiasa berpusing mengikut kedudukan matahari.

Pada 2006,Saparmurat meninggal dunia akibat serangan jantung dan Presiden baru Turkmenistan telaah pun memansuhkan semua akta mengarut yang dikenakan kepada rakyatnya sebelum itu. Pada 23 April 2010,akhirnya pertunjukan circus pertama kali diadakan semula selepas sembilan tahun dilarang dan penduduk Turkmenistan pun bergembira.Amat menarik apa kuasa boleh lakukan kepada seseorang manusia yang berkuasa terlalu lama.Happy ending untuk semua.(Bacaan lanjut)


Trivia :  Turkmenistan juga adalah negara di mana terletaknya jurang besar yang dikenali sebagai "Hells Gate" atau "Pintu ke Neraka." (Gambar di sebelah)

April 29, 2010

Artis Wanita Yang Paling Cantik (Pada Pandangan Mata Aku) Dan Lain-Lain Hal Berkaitan

ARTIS WANITA YANG PALING JELITA
PADA MATA AKU


Mata dia besar dan bulat.Suara dia agak kelelakian dan sebenarnya tak berapa sesuai jadi penyanyi,tapi dengan wajah begitu,dia boleh saja mendendangkan apa saja dekat telinga aku.


Satu-satunya artis wanita yang aku rasa lepas dia pakai tudung dia tak cukur kening lagi dah.Bila teringat "Spanar Jaya" sama ada aku akan teringat Wardina yang masih ranggi atau Sharifah Sofea punya "dua spanar jaya."


Macam mana lelaki tidak akan jatuh cinta dengan wajah yang selembut itu?


Satu hari,sewaktu mak aku tengah browse2 drama dekat TV,aku tiba-tiba melompat daripada sofa."Mak,stop jap.Nak tengok Rita Rudaini!" Mak aku mengangguk tanda approved taste aku."Good boy," kata mak aku.

.............


ARTIS LELAKI YANG AKU AKAN OFF TV BILA DIA KELUAR TV


Dari dulu sampai sekarang dan sampai bila-bila pun,aku takkan suka dengan dia atau lagu dia.


Perlukah aku berikan komen lagi?Adakah anda perlu bertanya,kenapa ....dia?



Jika anda selalu ke sini,sudah pastilah anda tahu betapa tak gemarnya aku dengan dia.


Dengan mulut senyum tersenget nya.Dengan kebingungan dia yang tak tahu nak jadi "alim" atau nak jadi "artis." Atau dengan pengikut2 dia yang tah apa-apa.Atau riak wajahnya yang selalunya kononnya tenang.Atau dengan pengaruhnya yang terlalu besar sehingga membuatkan seorang member aku menjadi seperti "Mawi ke 2" siap try cuba ikut senyum senget dia tu.ARGHH!Fikir pasal dia ni membuatkan aku jadi tensen!ARGHH!

Esok,kembali semula kepada benda2 serius.
dan gambar bonus untuk gadis2 pembaca tegar majalah Mangga atau URTV


April 28, 2010

Let Us Push For Integrity and Transparencies For Any Law Officer and Civilian Cases

NEWARK,USA,18 April 2010 -- Police Director Garry McCarthy plans to start outfitting Newark’s patrol cars with onboard cameras, becoming the first of the state’s large cities to put a monitoring device on the road with officers.Newark will spend $400,000 to purchase and install onboard cameras in 50 of the department’s 400 cruisers, McCarthy said. The cameras could be installed as early as June or July.

McCarthy said the department has been researching the cameras for roughly two years but did not purchase them earlier because funds weren’t available.


"I want it for our own cops’ protection. We’ve always wanted them," McCarthy said.

The cameras will be installed within the dashboard, rather than the mounted style used by many law enforcement agencies. McCarthy said the mounted cameras pose an injury risk to officers in the event of a motor-vehicle accident.The decision was applauded by activists and politicians who say a string of high-profile misconduct complaints levied against the police department this year shows the need for an objective eye to be trained on the officers.

"We don’t all know the facts, but a camera helps to add those facts and clarify gray areas," said Councilman Ronald Rice Jr., referring to some of the recent incidents.

"We’re all on our best behavior when we are being watched."

In one incident, two Newark police offices are accused of exiting their patrol car and stopping Diana Taylor as she walked on a city street in 2009. They asked her for identification. When Taylor, a transgender woman, told them her birth name is Christopher Moore, the officer replied to another officer, "I owe you $10. It is a man," according to a lawsuit Taylor filed against the department for harassment.

Police are investigating the accusation and the president of the city’s police officers’ union has refuted Taylor’s claim, but without a recording of the incident it could boil down to a case of "he said/she said," officials said.

The cameras became a talking point among politicians and activists in January after McCarthy unveiled 40 new patrol cruisers outfitted with mobile computers but no cameras.
Deborah Jacobs, director of the state American Civil Liberties Union and frequent critic of the department, said at the time, "I am surprised by the omission of dashboard cameras in the purchase order for new cruisers. Accountability measures for (the department) are on the top of my mind, and I would expect them to be on the top of the director’s as well."

According to McCarthy, the department didn’t spend any money on the mobile computers. PSEG donated the laptops to the department in 2008. The only cost was installation into the car and hard drives for the devices.

Officials at three of the state’s largest police departments — Jersey City, Trenton and Camden — said financial restrictions have slowed the process of buying cameras.For many other departments, the cameras are a staple, according to Robert Coulton, president of the New Jersey police chief’s association.

"It’s rare for me to know a police department that doesn’t have some kind of recording system in their cars," said Coulton, who is also chief of the Ewing Police Department. "I would say the majority of police departments in the state have in-car video systems."

Councilman Rice acknowledged the Newark Police Department is facing tough economic times, but said he is still considering teaming up with Councilman Carlos Gonzalez to draft legislation that would mandate the department to outfit its cruisers with dashboard cameras.

"The director is putting real dollars in and that shows a commitment to me. I would like a timetable, but this a good beginning. I have to help him find the dollars to do this," said Rice, who serves on the council’s public safety committee. "By purchasing the cameras, I think the director sets a precedent to mandate it by law."

While in favor of installing the cameras, McCarthy doesn’t favor creating a mandate."Why would they try to mandate something without asking us how we felt about it? We want the cameras. Somebody can run forward and say they are forcing the police to do something but guess what? We want to do it. (LINK ASAL)

Dan kerajaan kita membelanjakan RM77 juta untuk mendapatkan khidmat nasihat bagaimana nak mengekang pengaruh parti pembangkang. Masalah dalam negara tolak ke tepi dahulu,masalah politik mesti kasi setel dulu.

Kenapa Perlunya Kamera Video dan Kotak Hitam Di Dalam Kereta Penguatkuasa Undang-Undang?

Aku rasa sistem kamera video dan kotak hitam perlu dipasang ke dalam semua kereta penguatkuasa undang-undang,termasuklah motor polis trafik.Selain daripada menjadi bahan bukti pendakwaan,ini juga dapat dijadikan bahan pembelaan kepada pihak tertuduh jika perbicaraan di mahkamah dilakukan.

Selain daripada itu,ini juga dapat dijadikan satu bentuk kawalan ke atas polis-polis yang makan rasuah.

Apa faedahnya?

1. Bahan bukti dalam bentuk video adalah satu evidence yang sangat kukuh.Jika kita cuba merungkai sesuatu kes dengan menggunakan ayat lisan yang terkandung dalam report polis atau soal jawab di mahkamah,besar kemungkinan pandangan penulis atau saksi itu bias.

2. Pihak atasan Polis dapat memantau aktiviti tidak sihat yang dilakukan oleh pihak polis.

3. Video mampu menceritakan bermacam-macam dan kotak hitam mampu memberikan data mengenai analisa pergerakan kenderaan tersebut.

4. Kita dapat menerbitkan rancangan yang memaparkan kejadian-kejadian yang dilalui oleh pihak penguatkuasa undang-undang.

5. Pihak-pihak tertentu dapat menjadi pembekal peralatan kamera dan kotak hitam kepada pihak penguatkuasa undang-undang,dengan ini ekonomi Malaysia dapat dibangunkan.

6. Peluang kita untuk mendapatkan kisah sebenar mengenai apa yang berlaku lebih besar.

Kalau semua kereta polis memang dah ada kamera,apa kata kita rujuk video tu nanti?Kalau takde,bolehla bukak tender sebelum ada lagi budak kena tembak.


Pakcik dia kata "tembak-menembak." Aku pelik bila dengar tu.Maknanya,polis pun ditembak balik ke?

Apa Pengajaran Cerita Itu?


Aku ada baca satu surat dalam Harian Metro (ke Pancaindera,aku tak ingat) tah bila tah,tahun lepas rasanya dan surat tu lebih kurang macam ni.Aku ingat sebab aku bantai kutuk kaw-kaw surat tu.

Nama saya Haslinda.Saya baru saja berpisah dengan kekasih saya,seorang jurutera biologi yang telah saya kenali selama 2 bulan.Kami berpisah atas sebab-sebab perbezaan pendapat dan dia juga terlalu sibuk menumpukan perhatian kepada kerjanya,membuatkan kadang2 saya rasa diabaikan.Selain itu,dia juga "anak emak." Saya selalu rasa dia dikongkong oleh keluarganya.

Saya bercadang untuk menutup pintu hati saya kepada kaum Adam kerana sudah terlalu kecewa dengan mereka.Saya dapat merasakan kaum saya sendiri lebih memahami hati dan kehendak seorang insan bergelar wanita.Pada saya itu adalah jalan terbaik bagi saya.Apa pendapat anda?

Yang sedih dan remuk hati,
Haslinda


Ps- Menjawab persoalan dengan persoalan.Aku rasa sampai sini dah boleh teka dah.Apa pengajaran dia?Apa-apa saja pengajaran yang anda dapat daripada cerita tu adalah pengajaran dia sebab tiap-tiap orang mempunyai pandangan dan latar belakang yang berbeza.

April 27, 2010

Apa Akan Berlaku Bila "Harian Metro" Dimampatkan Menjadi Satu Cerita

LEBIH BAIK SAYA JADI LESBIAN!

"Saya tak pernah minta semua ini terjadi,"kata Syazana(bukan nama sebenar) memulakan cerita.

Syazana ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja selepas dibuang daripada pekerjaan kerana disabitkan kesalahan mencuri alat ganti,mengalami hari paling malang dalam hidupnya.Dalam perjalanan pulang dia menahan sebuah teksi yang mengambilnya di perhentian teksi berhampiran kilang tempat dia bekerja.Pemandu teksi itu digambarkan sebagai seorang lelaki berumur 50-an memperkenalkan diri sebagai Pak Ajis pada mulanya kelihatan sopan,kemudian setelah beberapa lama kemudian,tiba-tiba pemandu teksi itu memberhentikan teksinya di tepi semak kemudiannya telah bertindak merogol Syazana di dalam kawasan bersemak itu."Saya cukup takut pada ketika itu.Pak AJis mengugut saya dengan menggunakan pedang samurai,"jelas Syazana.

Lebih menyedihkan lagi,selepas ditinggalkan di tepi jalan pada waktu cuaca terik itu,datang sekumpulan lelaki yang menaiki motorsikal untuk memberikan pertolongan."Salah seorang daripada mereka mengajak saya ke balai polis terdekat dengan menaiki motorsikalnya." Setelah berjalan selama beberapa kilometer,tiba-tiba kumpulan pemuda itu berlumba haram di atas jalan raya.Cerita Syazana,"memang detik itu cukup menakutkan saya,saya masih ingat saya terpaksa berpeluk kuat kepada pemuda itu.Saya nampak kelajuan motorsikalnya hampir mencecah 200km/j." Syazana pada waktu itu turut menjadi mangsa wheelie dan wikang group mat rempit itu."Saya hampir terjatuh tapi nasib baik saya dapat berpaut pada ekzos motor itu.Tangan saya mengalami kesan kebakaran darjah kedua,"terang Syazana sambil menunjukkan kesan terbakar kepada wartawan Harian Metro. "Selesai saja perlumbaan haram itu,saya pun dibawa ke sebuah rumah sewa di kawasan berdekatan,malangnya,saya juga dijadikan habuan kepada pemenang perlumbaan tadi.Entah berapa kali saya dirogol,malah ada juga yang telah meliwat saya."

Selepas "dikerjakan" oleh golongan mat rempit itu,Syazana telah dihantar ke rumahnya."Saya telah diberi amaran,jika saya ceritakan apa yang terjadi,saya akan dipukul.Silap saya kerana saya meminta mereka menghantar saya pulang ke rumah,jadi sekarang mereka dah tahu di mana rumah saya."Apa yang mengejutkan adalah sampai saja di depan pintu rumah,Syazana telah disapa oleh lelaki Cina yang memperkenalkan dirinya sebagai Meng. "Meng memberitahu saya hari ini hari bertuah saya,dia minta saya gores sekeping kad dan secara kebetulan pula saya menang sebuah mesin basuh dan sebuah televisyen LCD.Dia minta saya turun ke bawah ikut dia.Saya pada mulanya menolak tapi kemudian Meng mengugut saya dengan mengatakan jika dah gores mesti ambil hadiah kerana peraturannya,saya sudah gores jadi saya kena ambil hadiah saya."

Syazana kemudiannya mengikut Meng turun ke tingkat bawah pangsapurinya dan kemudiannya diminta membayar RM600 sebagai bayaran "pelepasan" hadiahnya."Saya cukup takut waktu itu sebab saya dikelilingi oleh beberapa lelaki bukan warga tempatan yang memaksa saya membayar wang itu.Nasib baik saya sudahpun mendapat gaji saya selama setengah bulan sebelum diberhentikan tadi.Saya bayar dan kutip barangan saya.Saya lihat barangan itu LCD TV berjenama Sumsung dan mesin basuh basuh berjenama Pensonik,saya benar-benar kecewa kerana tertipu," jelas Syazana sambil mengalirkan air mata."Saya angkat mesin basuh itu dahulu berseorangan menaiki lif.Kemudiannya saya letakkan di depan pintu rumah dan terus ke bawah untuk mengambil LCD TV itu," sambung Syazana.

Syazana mendapati yang LCD TV nya telah dilarikan kerana tidak lagi berada di lokasi yang ditinggalkan.Hampa,penat dan kesakitan,Syazana menekan butang lif untuk kembali ke atas."Bila saya sedang menaiki lif itu,lampu lif terpadam tiba-tiba.Saya mendengar suara-suara halus yang saya tidak fahami.Meremang bulu roma saya waktu itu.Ada suara-suara lelaki yang seolah-olah berbisik kepada saya dalam bahasa yang sungguh aneh.Pada waktu itu saya hanya mampu bertawakkal kepada Allah dan minta saya dijauhkan daripada bala."Sampai saja ditingkat 16 pangsapurinya,Syazana mendapati suara-suara itu terus hilang sebaik sahaja pintu lif terbuka.

Mesin basuh yang baru saja "dimenanginya" tadi telah hilang daripada depan pintu rumahnya.Wartawan kami berpendapat mungkin mesin basuh itu telah dicuri oleh salah seorang jirannya."Waktu itu,saya tidak mahu lagi hendak menuduh sesiapa tetapi saya mempunyai suspek yang saya syaki kerana beliau juga gemar menyidai pakaian mereka di ruangan sidaian rumah saya.Malah,jiran saya selalu bertanya,apa rahsia baju saya kelihatan putih?Saya gunakan serbuk cuci Ekonomi Handalan.." sambung Syazana lemah.

Syazana memasukkan kunci dan membuka pintu rumahnya.Apa yang dilihatnya adalah suaminya,Osman (bukan nama sebenar) sedang berbogel di ruang tamu menonton video lucah yang amat mudah dibeli di pasar-pasar malam."Osman kelihatan terkejut apabila saya membuka pintu.Dia tanya saya,"Kenapa balik awal ni?" Saya jawab,"Saya kena buang kerja," Osman arahkan saya keluar rumah sebentar kerana dia kata dia perlu pakai baju takut nanti jiran-jiran nampak,"cerita Syazana membuatkan wartawan kami terpinga-pinga."Tiba-tiba saya dengar satu suara lelaki dari bilik tidur kami.Dia panggil "Abang Os,Abang Os punya dah naik ke belum ni?"

"Saya terus menerpa ke bilik tidur saya dan saya nampak seorang lelaki yang saya kenali,iaitu salah seorang jiran saya juga,sedang berbogel di atas katil kami.Pakai selimut saya lagi...Ya Allah.Tuhan saja yang tau perasaan saya waktu tu.Rasa seperti jantung saya kena tarik dengan kasar.." Syazana tidak mampu menahan titisan air matanya lagi."Dan itulah sebabnya saya di sini sekarang.Saya berharap agar cerita ini dapat dijadikan panduan kepada orang ramai," kata Syazana,menundukkan kepalanya.

Pada waktu ini,Syazana sedang menunggu keputusan perbicaraannya kerana didakwa membunuh suaminya dan juga kekasih suaminya,"Tak ramai wanita di sini,"kata Syazana."Saya berasa tenang.Di sini,saya selamat." Bila ditanya adakah dia menyesal kerana membunuh dua orang lelaki dan salah seorang lelaki itu adalah suaminya,Syazana menjawab,"Saya tak menyesal.Saya lebih rela jadi lesbian,saya kecewa dengan lelaki," mengakhiri temubual dengan wartawan kami.

Untuk menjadi penulis tabloid,anda memerlukan kreativiti dan imaginasi yang utuh

April 25, 2010

April 24, 2010

Dah Lah.Takyah La Fitnah Si Kamal Alan Nathan Tu Lagi

Ada orang kata dia bukan grad oversea.
Ada orang kata dia tipu.

Dah lah.Dia tak tipu.Dia memang grad sana.Sama ada dia belajar betul kat sana atau dia buat twinning program buat dekat Malaysia,takde beza.Nama sijil dia pun jadi isu,Malaysia Today lagi tu.Standard la dalam degree akan tulis secara general.Kalau course to nama dia Bachelor of Arts in Graphic Design (Majoring in Multimedia) dalam sijil tak semestinya tulis macam tu.Maybe dia akan tulis Bachelor of Arts in Graphic Design saja.

Logo tak sama pun jadi isu.Peredaran zaman.Logo akan evolve.Logo Proton pun berubah ikut zaman.Bayangkan kalau kita masih lagi pakai logo Proton yang "sangat" 80's tu sekarang?

Benda camni pun huru-hara penyokong Pakatan Rakyat bersorak?

Aku dah cek.Memang ada rekod membuktikan dia grad sana.
Nak compare sijil tahun 97 dgn sijil 2004,mmg la akan ada beza.Mana la tau diorang nak update design sijil tu bagi lagi moden.

Aku tak sokong dia,sebab aku tak sokong BN.Tapi muka dia bukan muka penipu.Muka dia muka orang baik,orang lurus.

Tapi bila benda2 bodoh macam ni keluar pun ramai jadi Pak Turut.Gelak ramai2 panggil dia keling,paria,penipu,ular...apa benda ni?Defend Nik Aziz gila2.Perangai Nik Aziz tak nak ikut.?Mudah sangat kena kelentong.Asal ada benefit,senang aje disuruh angguk.Kata pendokong keadilan,menulis untuk kebenaran.Mana prinsip perjuangan Islam tu?Hilang?Bila ada keluar benda camtu lupa Tuhan.

Nasib baik Anwar tak pakai point tu masa berkempen.Kalau tak nampak benar penyokong bodoh,Anwar pun bodoh.Malaysia Today pun sama.

Tapi,mcm mana pun,bila Kamal Alan Nathan suruh doakan dia dengan BN masa semayang tu mmg kelakar.

Fitnah orang India tak salah.
Fitnah "orang Islam" salah,dosa besar.Kena taubat.

Update - Aku still sangsi lagi kenapa dia kata dia duduk Rawang 43 tahun  tapi daftar pengundi dia dekat Sg.Siput,Perak. Tak tau la aku kalau dia mmg lahir kat Sg.Siput.

Cikgu Lelaki KPLI Itu Mengeluh Kepenatan Tetapi Tetap Metrosexual

Dah beberapa orang yang aku jumpa,bila aku tanya,"Kau buat apa sekarang?" dia akan jawab,"aku sekarang cikgu aje.." Banyak kali!Aku tak sure sama ada dia merendah diri atau pun malu sebab Cikgu adalah profesion terakhir yang mampu dia pilih.Sebab memang ramai Cikgu-Cikgu datang daripada mereka2 yang tak dapat kerja kemudian apply masuk maktab nak jadi Cikgu.

Adakah itu sesuatu yang memalukan?Tidak.
Tidak perlu malu langsung.

Tapi keadaan itu diburukkan lagi dengan sikap dan pandangan Cikgu-Cikgu Veteran dan anak-anak muda yang merasakan Cikgu-Cikgu Kursus Perguruan Lepasan Ijazah adalah manusia-manusia yang terpaksa jadi Cikgu. Bodoh punya orang Melayu mengutuk Cikgu-Cikgu KPLI sebagai Cikgu Wannabee.Dengki dengan kemasukan guru-guru KPLI ini,akan wujudlah klik-klik antara Guru-Guru "Tulen" dan Cikgu "Lepasan KPLI." Ini adalah satu masalah yang dihadapi oleh ramai guru-guru lepasan KPLI.

Apa sebabnya?
Dengki.Hasad dengki.Kerana merasakan inferiority menyerang apabila datang sekumpulan Cikgu berkelulusan Ijazah masuk ke dalam kumpulan yang lepasan Maktab.Apatah lagi bila masuk saja Cikgu-Cikgu KPLI ini terus saja gaji lebih tinggi dan elaun yang lebih besar diperolehi membuatkan sesetengah cikgu-cikgu lama tak mampu bekerjasama dengan mereka.

Kenapa mesti dimarahi lepasan KPLI.Adakah sebab cikgu-cikgu lama ni merasakan yang lulusan KPLI terpaksa memilih menjadi Guru?

Tetapi,jika kita lihat dari sudut guru-guru lama berkelulusan Maktab atau guru-guru yang memang berkelulusan "Sarjana Muda Pendidikan," memang akan wujud ketidak-adilan di situ.Ye lah,anda belajar 4 tahun untuk jadi Cikgu,membuatkan fundamental anda lebih kuat berbanding lulusan KPLI yang hanya 2 tahun belajar untuk menjadi Cikgu.

Wujud perbezaan di dalam sistem lantikan guru yang membuatkan wujud jurang antara guru-guru yang dilatih secara "tradisional" dan guru-guru yang dilatih dalam KPLI.Apatah lagi bila dilihat dari segi kewangan,sudah pastilah sikap dengki tu akan lebih menebal lagi.

Ada aku baca paper tahun lepas,ada satu artikel dihantar oleh seorang bakal guru yang agak sukar mendapat tempat di sekolah kerana dia lepasan Sarjana Muda Pendidikan.Dalam artikel tu dia marah Kementerian kerana berat sebelah ke arah guru-guru KPLI dan DPM yang lebih mudah untuk dapat posting di sekolah-sekolah."Saya belajar 4 tahun lepas SPM semata-mata impian saya menjadi Guru kemudian tiba-tiba saya pula tak dapat tempat sebab Kementerian Pendidikan lebih condong memastikan lulusan KPLI ditempatkan.Apa bezanya saya dengan mereka (lulusan KPLI)?Saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang lebih khusus dan lebih fokus berbanding mereka." Lebih kurang macam tu la ayat dia.

Ketidak adilan?Iya.
Selagi wujud jurang antara sistem guru-guru dilantik,selagi tu manusia bergelar guru akan terbahagi dua.Golongan KPLI dan golongan Pendidikan/Maktab.Dan aku merasakan,Cik Roslina marah benar dengan aku kerana sistem ini membuatkan ibu dia tertekan,kerana dia kata ibu dia lulusan Maktab.Jadi,perasaan marah itu akan timbul.

Pendidikan adalah asas kepada pembangunan sesebuah negara.Walaupun anda ada degree,walaupun anda ada gelaran "Doktor Falsafah," semuanya bermula dari bawah.Kita tak mungkin dapat Ijazah atau Diploma atau Sijil kalau kita tak reti membaca,mengira dan menulis.Kenapa perlu malu jika guru adalah "profesion terpaksa" anda?Kenapa perlu marah bila datang guru-guru baru yang datang untuk membantu beban anda?

Cuba kita tanya Arkitek dia kerja apa,"Aku arkitek!Aku buat bangunan." Mungkin ramai cikgu merasakan apa yang mereka buat tidak glemer atau hebat,tak segah seorang Sainstis atau Menteri Kabinet.Anda mengajar kanak-kanak itu ilmu yang akan diguna sampai dia meninggal.Anda mengajar remaja bagaimana untuk menjadi seorang yang berguna.Kenapa perlu malu? Tidak ada guru,tidak ada Ahli Sains.

Dan kita akan kembali semula merenung kepada sistem pengambilan guru yang dibentuk oleh Kementerian.Sistem KPLI diwujudkan untuk menampung kekurangan guru.Pedulikan mengenai perihal "mereka yang KPLI mahu jadi guru kerana tak dapat kerja" kerana benda itu tak relevan.Kenapa?Sebab sistem itu sedang membantu mencukupkan bilangan guru dan aku percaya,walaupun mula-mula mereka rasa terpaksa jadi guru,ada peluang mereka akan sayang dengan apa yang mereka "terpaksa" lakukan itu. Tetapi selagi wujud perbezaan antara Guru KPLI dan guru Sarjana Muda Pendidikan,masalah itu akan terus kekal sebegitu saja. (Bersambung)

Kamal Alan Nathan : Kenang Aku Dalam Doamu


Aku malas nak komen apa-apa. Tapi tadi lepas semayang,aku berdoa jugak la agar kelas public speaking diadakan untuk calon-calon pilihanraya.

April 23, 2010

Surat Cinta Kepada CIk Roslina,Pembaca Cantik dan Seksi

Roslina menulis:

Poyo la ko mantot.... mak aku cikgu veteran..memang tak reti sgt gadget2 ni..dah g seminar/class pun mcm tu gak.. yang dia tau.. taip soalan. n print... ko jgn byk ckp la... as d new batch of teachers ganti diorg.. sume pun pandai la IT... ko tawu nak mengata saja. Ilmu sekolah ko sape yg bagi.. cikgu2 tu jugak.. sikit2 salah kerajaan... sumer pun salah kerajaan... ko g idup kat tempat lain la... anda ialah sampah masyarakat.

satu hal lagi... ckp kat bini ko.. kalo keje tawu nak complain jer.. duk umah.. mane ader keje senang... kalo tak nak buat keje remeh temeh tu.. ko suh bini ko tu keje kat private college..

takde ruginya membantu... bini ko gak dpt pengalamn dari yang senior.. bukan sume bleh di belajar dari maktab tu...

lasty.. ko memang sampah masyarakat. Kalau ibu kau baca ape yang ko tulis selama ni.. tentu dia menyesal lahirkan ko.

.........
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

Ke hadapan Cik Roslina,
Wanita unggul nombor 2 selepas Rosmah,

Assalamualaikum,
Pertama sekali,jangan kutuk ibu sendiri.Anda seolah-olah mengatakan ibu anda "sembab" atau "otak tepu" kerana anda tulis "dia tau taip dan print soalan,pergi kursus pun macam tu jugak."

Cik Roslina,anda tidak baca kah point aku yang sebenarnya?Adakah anda ingat aku post tu semata2 nak mengutuk cikgu veteran?Cik Roslina sayang,kalau aku kutuk Cikgu veteran,maknanya aku kutuk mak aku sekali.Cik,lain kali baca betul2.Aku kutuk sistem Kerajaan.Dan aku kutuk mereka2 yang suka ambik kesempatan.Kalau ibu Cik tidak suka mengambil kesempatan,baguslah. Apa tugas guru?Untuk mengajar.Cuba tanya mak Cik Roslina,suka ke dia buat kerja lain yang tak melibatkan education?

Apa tugas Guru Data?Jaga database dan juga mengajar.Perlu diingatkan di setiap sekolah kebanyakannya hanya ada seorang berjawatan Guru Data.Adakah Cik Roslina tahu berapa banyak database yang perlu dijaga?Berlambak-lambak.Adakah kerajaan sedar masalah guru yang terlalu multi tasking?Sedar.Tapi apa diorang buat?Memperjuangkan agenda 1Malaysia atau memalukan Milo dan KFC.Kebetulan pula Milo dan KFC adalah makanan kegemaran saya.Cik Roslina suka KFC?Nanti kita pergi makan sama-sama ya.Saya suka Dinner plate,dua ayam original satu ayam spicy.

Cik Roslina,
Anda adalah seorang penyokong kerajaan tipikal yang tak berapa reti membaca.Aku sedar dah banyak kali anda post komen kat sini.Kenapa marah sangat?Adakah Barisan Nasional memberikan anda gaji?Jika ya,kenapa anda kena bersyukur dengan kerajaan Barisan Nasional pulak?Anda bekerja bukan.Jadi,anda dapat faedah,Kerajaan Barisan Nasional pun dapat faedah.Fair.Dalam pekerjaan jangan lah bersyukur dengan majikan.Dua-dua dapat faedah.

Jadi,kenapa sokong benar Kerajaan Barisan Nasional?Dia dah memang berkuasa jadi kenapa perlu penyokong taksub macam anda lagi?Sokong macam mana pun,takde apa-apa Cik Roslina.Memang diorang dah menang kan?Apa yang seronoknya menyokong kerajaan?Menyokong orang yang kuat tak ada thrillnya Cik Roslina.Samalah seperti bersorak menyokong seorang pelakon porno lelaki sedang bekerja,supaya dia lebih gigih mendayung.Kita sudah tahu endingnya,dia akan orgasm di dada perempuan itu.Takde faedahnya.

Saya berharap agar Cik Roslina dapat mengubah sikap Cik Roslina yang agak kasar kerana jika Cik Roslina masih kekal mempunyai lidah seperti itu,sudah pastilah Cik Roslina tidak akan dapat bersuami.Saya amat berharap agar Cik Roslina dapat mencari seorang lelaki yang penyabar dan sedikit pekak telinganya,kerana sudah pastilah dengan tulisan sebegitu rupa,mulut Cik Roslina pasti lebih pedas lagi. Adakah sudah berboifren? Jika belum,saya mengerti kenapa.

Jika Cik Roslina masih single,saya ada beberapa orang kawan lelaki yang sedang mencari.Hubungi saya di ultramantot@yahoo.com.my

Harap maaflah jika itu bukan Cik Roslina.Saya bukak Google saya taip Roslina,itu yang saya dapat. Jika itu bukan gambar anda,anggaplah gambar itu sebagai hiasan.Jika itu gambar anda,bila kita boleh dating?Jadi,Cik Roslina,bayangkan jika kita berkahwin nanti...dalam kepala saya telah muncul pelbagai "arahan-arahan seksi","lokasi-lokasi eksotik" dan "posisi-posisi elastik" yang saya rasa Cik Roslina akan patuhi tanpa membantah langsung. Penuhilah permintaan saya ini...please....

Ikhlas,
Mantot
Sampah masyarakat yang ibunya menyesal melahirkan dia

April 22, 2010

Cursing Soup For The Soul : A City Dwellers in A Small Town of Kuala Pilah

One morning,about 3 month ago,I was just finishing my task at the Religious Office in Kuala Pilah.As I have already taken a half day leave that day and not planning on rushing back to Cyberjaya,I sat down at a food court in front of the Government Complex.Just to remind you,this is not a modern and contemporary food court that can be found in Alamanda or Mid Valley,this is just a row of small Malay food stalls that sells a variety of breakfast that is hardly found nowadays in big cities.

It was not too crowded but most of the table are full.There were a group of policemen who was staring at me,maybe I look like an outsider to them and there are some other groups of families sitting having their breakfast.I pick a spot and quickly a smiling Malay uncle shouting (in a nice way),asking me what do I need for a drink."Teh tarik satu pakcik!Roti kosong satu!" I shouted a bit as there is a gap between us.

As I was singing in my head waiting for my teh tarik to arrive,one of the stall owner's there was sitting and chatting with her husband.Can't really hear what they are saying. There's nothing else to do,so I sat there and observe peoples.Out of nowhere there was one Nyonya who comes to the food court and takes some nasi lemak.Then she took a spoon and just sat there,eating her nasi lemak."Abang,minum biasa!",she said to the stall owner.

"Haa...nasib kau baik hari ni,kalau lambat sikit habis nasik lemak ni.."said the lady.The nyonya sat there giggling loudly.

"Hoi,semalam kau tengok ke Juara Lagu?" asked the nyonya,making me startled."Aku tak suka langsung lagu-lagu yang menang.Tak sedap la!" Maybe she didnt like the song as the generational gap between her's and the winner from the Juara Lagu is absolutely huge.

"Boleh la,aku pun tak berapa gemar lagu-lagu yang masuk.Ramai budak-budak muda," the stall lady response.

And they go on and on chatting about Juara Lagu.

What is fascinating about the story here (for me at least) is that it is pretty uncommon for us to see those kind of situation in Kuala Lumpur or any big cities.When we have lunch,we make it quick as we are chasing time.We eat only where our race permits us.It is quite uncommon for me to see Chinese having their breakfast at a Malay owned food stalls.Not extinct,just uncommon.

But in a small town where everyone rely on somebody else and knows each other names,our race barrier is still thin.When me and my wife went to the fish market,we always bought our fish from an Indian lady who is quite friendly as she know my wife and mother in law quite well.She ask a lot of things about our families,how is my mother in law doing?Is she still ok? Is she well?How close are the bond of people living in a small town?My wife knows that in Kuala Pilah there are 3 "mentally challenged" person moving around the town.She know them by name,their home and she know the exact location of where they are loitering around. It's that close

Those kind of interaction are lost when we go living in a big city where everybody is just minding their own stuff. We live in a less human interaction environment where everything is automated.We will never know and care about who pack our fish in the market because we have been visiting hypermarket for quite some time.I am sure that talking about Juara Lagu with a Chinese colleague in the office will be the weirdest conversation ever for me,unless he or she is really into Mawi or someone else.

Even Malaysian football team have become a race oriented team,in these case,Malay.Remember about Lim Teong Kim?The only Malaysian player that have played in German Top Division League?Or the late R.Arumugam,the legendary Selangor goalkeeper.Where are the non-Malay player in the national team?

Is it because of racial tension or is it because of racial tension created by politician?As we grow more modern and more complex,we,Malaysian are forgetting,that we, are Malaysian.The government can come out with all the concepts and slogans that they want to,but they will fail.Why? Because they are racist bastard.Doing something they don't really believes is a sign of weak government prolonging their control of the throne.

I sat there with a lot of things coming into my mind.How is Malaysia before 1980? Is the environment of small town is a true reflection that people and race based politician in Malaysia once know how to co-exist? Why did the Malay in small rural town can live and co-operate with the Chinese and the Indians but when we migrate to the city we forget that we are a multi cultural based nation?As our mind and country become more develop,why is the barrier between races become thicker?

I finished my nasi lemak and my second teh tarik.Looked at my watch and it shows 10:30."Pakcik,kira berapa," I asked the stall owner.Politely he smiled and count with his imagination,"nasi lemak 70 sen,teh tarik dua,seringgit enam puluh sen.Semua sekali RM2.30"

I hate living in the city.
Expensive breakfast!

Bukti Terang-Terangan Zaid Ibrahim Ada Bar Di Rumah dan Kenapa Najib Tak Suka Dia


Kenapa ada Milo dengan KFC kat situ?Kenapa Najib tak suka pembangkang?
Sila baca artikel ini. Aku selalu nampak Unit Amal PAS habis aje bertugas terus carik KFC pekena Milo sekali,ramai2.

Ingat,itu PERDANA MENTERI anda.

Komik Hari Ini Untuk Mengembalikan Semangat Dalam Hidup Aku

April 21, 2010

Tiada Tajuk Yang Sesuai


Ya Allah Ya Tuhanku,kembalikanlah aku ke jalan yang benar,yakni jalan yang mempunyai pandangan yang sama dan sesuai dengan kehendak mereka di group "Kami Benci Saiful Bukhari" di Facebook.Amin.

PS - Gambar ni tipu.Rosmah tak kurus camtu.

Jadi,Lepas Ni Jangan Lah Percaya Dengan Imej Statik.Mintalah Bukti Dalam Bentuk Video HD

WTF.Gila babi gua kena kutuk dalam Facebook dalam group "Kami Benci Saiful Bukhari."Tapi bila dulu diorang postkan surat cinta aku kepada Janna Syariza,bersorak-sorak kegembiraan diorang.Hari ni,siap labelkan aku "pencacai UMNO."

Come on la.Satu point orang UMNO dalam pilihanraya Hulu Selangor nak bantai  KERAJAAN NEGERI SELANGOR adalah kerjasama orang PAS yakni Nik Aziz dengan "peminum arak" iaitu Zaid Ibrahim.Sekali-sekala bacala jugak blog-blog diorang tu walaupun selalunya takde isi,tapi baca aje la nak kenal hati budi diorang macam mana.

Jadi,eksperimen aku berhasil.Apa result aku hari ni?

1. Pejuang Melayu Islam di Malaysia hanya memperjuangkan sesuatu bila kena batang hidung sendiri.Bila majalah kartun Zunar yang memaparkan Najib dalam keadaan yang kelakar atau Ibrahim Ali dalam bentuk katak,mereka sokong dan mereka marah bila pengedarannya disekat.Buat lawak pasal orang yang mereka tidak sokong,tidak mengapa.........Hipokrit agama.(Diingatkan,aku tak suka dua orang tu)

2. Masyarakat kita masih mudah ditipu.Jika seseorang ingin mengubah sesuatu gambar,Insya Allah akan adalah makhluk Allah yang mempercayainya.Apatah lagi bila gambar tu berkaitan dengan Islam (cthnya mcm gambar Lego yang aku letak dulu) Berapa ramai yang nak boikot Lego dengan Denmark masa tu?

3. Kita tak pernah kaji dan teliti dalam menilai sesuatu.Sangat mudah untuk memprovoke orang Melayu sebab orang Melayu sangat sensitif mengenai hal-hal yang berkaitan dengan mereka.Sebab itu UMNO masih lagi mampu menguasai orang Melayu.

4. Orang Islam meletakkan pemimpin2 yang bercirikan ke-Islaman di satu tahap yang sangat tinggi.Nak kata sampai level taksub pun boleh jadi.Tapi TOLONG jangan samakan Nik Aziz dengan Nabi.Dia mempunyai beberapa skandal yang masih belum terjawab tapi majoriti kita tak percaya kerana kita sudah sedia maklum Nik Aziz itu Ulama'.Tapi,silalah ke blog bekas Setiausaha Nik Aziz.Sekurang-kurangnya baca lah sepintas lalu.Aku tak suruh korang percaya tapi,baca aje lah untuk mendapatkan perspektif lain mengenai Nik Aziz.

5. Yang suruh aku mintak maaf tu apasal?Aku nak tengok aje kalau2 ada blog-blog BN yang ambik gambar tu jadi "bahan bukti" atau "maklumat rahsia" diorang.Spoil betol la.Aku nak masuk front page Utusan Malaysia.Mana tau ada rezeki,majalah Mangga panggil aku pose tepi kolam renang.

6. Adakah tidak ada lagi komedi dalam politik?Anwar dengan Najib rilek aje minum sebelah2 dekat Parlimen.Mungkin masing2 dok kata mengata mengenai taktik politik yang makin lama,makin kotor."Apa ni Jib,dah2 la liwat tu." "Lek la Nuar,aku dah pilih mamat jambu dah tu."

7. Kita kena sedar,in politics,everything,even dirty things are tolerable in their rise to power.

8. Kalau korang tak reti nak menilai mana satu gambar yang betul atau mana satu gambar yang palsu,TAKYAH SOKONG MANA-MANA.

9. Pemimpin UMNO sangat desperate mencari isu hingga gambar2 yang mampu dibuat tak sampai 5 minit camni pun dapat dijadikan bukti kempen pilihanraya.

10. Mesti ada penyokong Pakatan yang tiba-tiba berubah pandangan bila gambar Zaid Ibrahim yang tengah pegang botol arak tu tersebar."TAK NAK AA AKU SOKONG PKR LAGI!KAKI TOGAK!"

11. Ramai budak2 dalam Facebook.

.........

Macam mana nak menilai gambar tu betul ke tak?Tulen atau palsu?

BUKAK GAMBAR TU!ZOOM IN DEKAT-DEKAT SAMPAI NAMPAK PIXEL DIA SEBIJIK-SEBIJIK.
TENGOK DENSITY PIXEL TU SAMA KE TAK!KALAU ADA KEGANJILAN,GAMBAR TU DAH DIPHOTOSHOPKAN.KALAU TAKDE,MAMAT YANG BUAT TU MEMANG TERE.

MACAM MAMAT YANG "SUPERIMPOSE" GAMBAR LINDA RAFAR.
GAMBAR TU PALSU KAN? :D

SATU SOALAN TERAKHIR
Jika BARISAN NASIONAL dapat menang kerusi Hulu Selangor dengan undian daripada golongan2 yang percaya dengan gambar Zaid Ibrahim tu,adakah anda merasa sangat terhina sekali?

April 20, 2010

Bukti Kukuh Zaid Ibrahim Bukan Setakat Minum Arak,Kaki Perempuan Lagi!


Hah.Nik Aziz siap letak dalam poket botol arak.Zaid Ibrahim pulak bukan setakat sebarangan perempuan,Beyonce pulak tu.Memang buruk benar kelakuan Pakatan Rakyat ni.Takde apa yang eloknya.Dah la minum arak,ajak orang lain minum arak sekali.

Pemimpin-pemimpin UMNO diharap agar dapat terus bangun memperjuangkan dan memperkembangkan syiar Islam di bumi Malaysia ni.Diharap juga agar Datin Rosmah Mansor dapat menasihatkan sikit kelakuan pemimpin-pemimpin pembangkang yang semakin liar. Anda wanita pertama negara.Gunakan kuasa anda!



Come on la gambar camni pun menteri2 bole percaya?Siap dapat liputan Utusan lagi front page.Aku buat lagi real la,siap bole nampak botol dalam poket.Kenapa aku tak diberi publisiti camni oleh menteri?AKU NAK POPULAR.AKU NAK JADI JUTAWAN!AKU NAK PROJEK!

Najib,ambik la aku kerja Kerajaan.Aku boleh buat gambar2 macam ni beratus-ratus keping lagi.Kau nak gambar apa?Anwar tengah sodom Saiful?Anwar tengah memasukkan timun ke dalam lubang dubur Saiful?Hadi Awang tengah curahkan arak macam pemenang F1?Semua tu aku bole buat.

Mesti RAMAI PERCAYA PUNYA!
HAHAHA.

April 19, 2010

Membesar Sebagai Johan Dengan Lagu Kurt Cobain

Bila dengar radio yang pasang lagu lama-lama barulah mengimbau kembali memori dulu-dulu.Kadang-kadang dengar balik lagu lama-lama ni tak sangka yang satu masa dulu muzik yang kita dengar tu agak hampas.Aku mula dengar muzik daripada radio.Aku rasa orang yang memperkenalkan aku kepada muzik adalah kakak aku.Tapi waktu tu apa-apa jenis muzik yang popular waktu tu adalah muzik yang sedap pada aku.Jadi,muzik yang aku dengar masa aku kecik sangat-sangat memalukan diri sendiri.

Aku mula dengar muzik daripada kaset New Kids on The Block.Iye,sebuah boyband klasik yang legend.Masa tu semua orang dengar dan siap ada kartun kat TV lagi jadi aku pun terikut sama.Huiyoo cutenya Jordan Knight kata kakak aku.

Kemudian Malaysia dihantui dengan demam muzik rap.Kakak aku siap tampal poster AC Mizal dalam bilik siap ada conteng "AC = ABANG CUN." Alhamdulillah sekarang ni kakak aku dah kembali ke pangkal jalan memandangkan AC sudah semakin huduh gara-gara rambut rebondingnya.Waktu tu 4U2C memang hangat betul,semua orang pakai CD jalan-jalan.Lagi hardcore,pakai piring hitam.Seluar kotak-kotak dengan jam "Boy London" menjadi kegilaan waktu tu.Aku tak pernah pakai CD tapi aku ada seluar kotak-kotak dan jam Boy London.Demam "Fiona" melanda satu Malaysia.


Kemudian tengah hangat 4U2C ni,kakak aku kata ada band baru nama CREW.Sapa CREW ni?Jadi aku dengan selamba beli ambil CREW - Canggih.Rupanya nama diorang KRU.Aduh.Lagu-lagu dia jauh lagi matured la berbanding 4U2C.Tengok gaya pemakaian dia pun ok la,takde la gantung CD.Cuma diorang ni suka betul berpakaian sukan lengkap menunjukkan gaya hidup yang aktif.Ada gak la satu lagu yang TV selalu main,lagu pasal Wawasan 2020.

Masa zaman ni adala wujud boyband lain yang cuba bawak irama sama.Aku cukup tak suka dengan satu band nama Nico.Entah lah.Aku rasa lagu dia terlalu hardcore untuk aku.Lebih ke arah gangster rap.

Tapi,bila muncul Feminin satu Malaysia kembali demam.Aku waktu tu darjah 6 jadi setaip hari ada aje la budak perempuan yang nyanyi lagu tu.Ok jugak lagu Feminin ni.Ada la satu kenangan aku takleh lupa bila ada seorang minah yang aku suka menyanyi lagu tu kat atas pentas masa buat show,sambil pakai windbreaker (baju sukan ada hood).

Waktu aku mula jadi peminat setia New Kids on The Block.Gile ah.Sedap beb.Aku ada kaset Step by Step dan setiap minggu aku akan tunggu keluar kartun dia yang tah hape-hape.Waktu tu aku cukup konfius memikirkan kenapa NKOTB ada seorang lelaki yang menyanyikan suara pempuan.

Lepas tu muzik aku makin merebak.Aku mula dengar Vanilla Ice dan Snow.WTF....memikirkan diri aku satu masa dulu.Ada satu kaset kakak aku Vanilla Ice-Live,sedap gila album tu.Macam Snow tu,aku dengar satu lagu je.Tapi waktu tu aku rasa semua orang dah dengar phrase ni:

LICKY BOOM BOOM DOWN!

Aku rasa masa aku sekolah form one ke form two,tengah aku lepak kat bilik aku,ada member aku datang kat aku nak jual kaset."Ko nak beli kaset ni?Aku takde duit.Jual kat kau 10 ringgit." Kat tangan dia,dia pegang kaset Nirvana : Unplugged in New York.Aku ambik,aku dengar dan sampai sekarang aku dengar.Terima kasih Kurt Cobain kerana membesarkan aku dengan muzik kau,membuatkan aku belajar main gitar dan memperkenalkan aku kepada bermain dram.

Jika dikenang-kenang balik,taste muzik aku satu masa dulu sangatlah teruk.Jika aku tak kenal Nirvana,mungkin sekarang ni aku masih lagi mendengar lagu-lagu rap yang tah hape-hape.Mungkin sekarang ni,aku akan meminati Lady Gaga atau Black Eyed Peas atau apa-apa lagu techno yang takde melodi dan takde point.F*** Lady Gaga.Aku cukup menyampah dia.

Jadi,artis atau band manakah yang memberi impak kepada hidup anda?

April 16, 2010

Cikgu Cantik Itu Mengeluh Kepenatan Tetapi Masih Seksi


Isteri aku seorang guru,yang struggle.

Ada sebelum ni kecoh pasal tugas guru yang makin banyak dan jauh menyimpang daripada tujuan asal diorang yang dilatih untuk mengajar.Isteri aku adalah seorang guru data.

Sebab tu dia struggle.

Dia struggle bila terlalu banyak benda yang MENGARUT perlu dia uruskan.Contohnya bila dia kena pergi kursus untuk belajar macam mana nak manage CMS (Content Management System).Kelas kena ditinggalkan dan budak-budak tak dapat belajar.

Dia AKAN SANGAT struggle bila RAMAI guru-guru lain yang veteran MALAS nak belajar macam mana nak key in markah budak dalam sistem online tu.Jadi,ramai guru-guru lain akan guna alasan SENIORITY,bagi dia markah budak-budak tu dan suruh dia key in kan dengan ayat manis,"Mintak maaf lah Nur,akak tak reti la nak buat benda ni.Tolong eh?Tuhan aje yang reti balas budi baik Nur ni." Dalam erti kata lain,isteri aku ibarat data entry clerk.

Dia juga akan struggle bila dia jugak yang terpaksa handle NETWORK SEKOLAH.Dia yang kena manage makmal,dia yang kena handle maintenance network.Dia akan sangat struggle bila ramai cikgu yang datang kat dia dan komplen kenapa internet slow.Secara tak langsung,isteri aku sudah menjadi spokesperson Internet Service Provider Sekolah Malaysia.

Dia akan struggle teruk bila semua rekod database sekolah dan guru dia yang kena update dan key in kan. Selalunya guru-guru lain akan kata diorang tak tau (KERANA MEREKA MEMANG TAK TAHU) dan buat-buat lepas tangan.

Isteri aku juga adalah gadis penjaga printer sekolah.Bila-bila saja guru-guru lain ingin mencetak dokumen diorang,mereka akan carik dia dan mintak sambungkan printer ke komputer,kemudian mintak tolong printkan sekali.Aku bagi cadangan supaya isteri aku bukak cyber cafe,dia takut nanti dia tak cukup tangan.

Kenapa dia struggle?
Sebab dia reti pakai komputer.At least tau Microsoft Office dah dikira specialist IT di sekolah.Jadi,sebab dia reti komputer,dia dilantik jadi Guru Data.Mudah dan senang.

Macam mana dia nak mengajar kalau macam tu? Dalam bab ni,aku percaya sistem tu sebenarnya yang rosak.Jika nak buat Guru Data di sekolah,boleh tak TRAIN GURU DATA BETUL-BETUL untuk jadi GURU DATA?Kenapa seorang guru pendidikan seni tiba-tiba kena jadi Guru Data?Sudah-sudah la nak bagi hadiah hari guru untuk cikgu atau kenaikan gaji ke bonus ke.Najib,betulkan sistem lantikan guru dulu.Kalau tak sampai bila tak berubah sistem pendidikan kita.Jika nak ada guru data,train dan lantik guru data.Ramai cikgu yang nak mengajar tak dapat nak mengajar sebab ada tanggungjawab lain.

Yang cikgu-cikgu veteran tu,belajar la sket2 macam mana nak bukak browser dan key in data.Facebook reti pulak.

April 12, 2010

Borak-Borak Perlawanan Akhir Piala FA Sambil Menguap


Sambil lepak2 dengan family isteri aku Sabtu malam tengok bola Piala FA,perasaan aku berbelah bahagi.Surat beranak aku tulis Kedah tapi separuh diri aku adalah orang Rembau dan isteri aku orang Negeri Sembilan. Bila tunjuk aje VIP yang datang malam tu dan ada muka Adun Rembau, terus aku nekad ambik keputusan,aku nak sokong Kedah.

Sambil tengok-tengok bola tu,bapak mertua aku pun bantai la kutuk disusuli dengan aku yang sekali-sekala menyampuk.

"Apo bondo dimain eh,nak totido raso eh!" kata bapak mertua aku.

"Ni apo punyo formation ni,tak nampak langsung taktik dio main," kata aku dengan ala-ala slang Negeri Sembilan Utara.

"Ni la masalah dio bilo politik pun nak campur dengan management bola.." kata bapak mertua aku sambil kecewa melihat Kedah menjaringkan gol yang sangat cantik dan aku rasa Lionel Messi tengok pun jeles dengan one touch football Kedah.

Sambung bapa mertua aku sambil menumbuk dinding,"dah elok-elok ado pomain import,kito tuka pulak rules dio.Kato nak majukan player local.Tapi standard dio makin teruk ado!Sekejap buleh,sekajap banned...takdo konsistensi langsung."

"Seronok dulu tengok zaman Santokh Singh,zaman Mokhtar Dahari,Korea Jepun ni pasukan prektis jo..Thailand lagi la,tak takut langsung lawan eh.." kata dia lagi.

"Kito tengok kat Asia ni dah la..sekarang team yang bole celen team Eropah ni somuo team sano,Asia Timur.Jopun (Jepun) ,Korea..Liga kito start lagi awal.Diorang punyo J-League tu baru tahun 94 start tapi kito makin menurun,diorang yang naik.."

"Ni lah masalah bilo bola pun nak dipolitikkan...Kito equipment dah cukup baik,padang banyak,development dah ado..tapi bilo sampai aje level atas sekali,kacau..."

"ARGHH!Hang pasaipa sepak lembik sangat ni.." fikir aku sambil menumbuk kereta Proton Persona baru adik ipar aku,tatkala sepakan penalti terakhir Sabre Abu diselamatkan oleh goalkeeper Negeri Sembilan yang kelihatan ketakutan melihat saiz tiang gol yang lebih besar darinya.

Liga Jepun muda berbanding kita tapi lihatlah di mana mereka?

Usia bukan penghalang.Hendak buat betul-betul boleh aje.Cuma bila ada campur tangan politik,segala-galanya jadi huru hara. Kita tak cukup pengalaman?Jepun pun datang Malaysia dulu belajar macam mana nak buat liga professional tapi sekarang ni apa jadi? Berapa lama lagi aku nak kena tengok satu family naik EX5 ni oi? Risau aku tengok.Belajar dah habis khatam dah tapi masih lagi jugak kat takuk tu jugak.

Apa-apa hal pun Man U jugak THE BEST....
.....sebab drop point semalam.

April 09, 2010

Bagaimana Facebook Mampu Menjahanamkan Hidup Anda?

Facebook adalah satu tool yang sangat berguna.Amat mudah untuk anda menghubungi kawan-kawan,saudara mara atau ahli-ahli politik (yang diragui reti atau tidak ber-facebook).

Facebook juga dapat dijadikan satu medium untuk anda mempamerkan kemahiran anda.Aku tengok ramai yang letak gambar-gambar cantik yang anda tangkap,lukisan atau hasil2 artwork dan juga bakat nyanyian anda dalam video-video yang dipamerkan.

Apakah kelebihan Faceook?

Facebook mampu menghubungkan ramai orang dengan anda asalkan mereka tahu apa nama anda.Tetapi,akibat daripada kepopularan Facebook ni,ada juga pihak lain yang menggunakan Facebook sebagai satu medium menilai diri anda,dalam bentuk lebih jelas lagi,bakal majikan anda.

Katakanlah,anda menghadiri satu interview di sebuah syarikat,anda menghantar sebuah resume yang hebat,anda juga mempunyai pengalaman kerja yang mencukupi dan anda juga mempunyai set of skills yang jauh melampaui kehendak asas syarikat itu. Kemudian interviewer anda pun membuka Facebook dan menaip nama anda,"Polan bin Polin"...keluarlah habis segala status update anda yang diupdate setiap jam

10: 20 - Aku tengah makan nasik
10: 28 - Aku tengah berfikir
11: 12 - Jalan teruk sesak.Im on the way nak gi lunch
12: 30 - Woohoo!Lunch!Hari ni aku tak produktif langsung

dan keluar pulak ladang Farmville anda yang maha besar dan penuh dengan hiasan-hiasan cantik dan binatang yang sihat-sihat. Apa reaksi bakal majikan anda?Mahukah dia mengambil seorang pekerja yang setiap jam mengupdatekan status Facebook nya dan sangat addict kepada Farmville."Huh,mamat ni mesti tak sempat kejar deadline...sebab dia ada deadline untuk harvest tanaman ladang dia.." fikir bakal majikan anda sambil mengoyakkan resume anda.

Jangan lah update status anda setiap masa.Annoying beb.Ada siapa2 nak tambah lagi keburukan Facebook ni? (LINK)

April 08, 2010

Pengguna Genius : Syarikat Kereta Sewa Larikan Duit Aku,Bank Pulak Dah Tarik Kereta Aku

Cerita ini dikirimkan kepada aku.Aduan di bawah tidak ditapis dan diambil seperti tulisan asal pengirim email.Aku tidak bertanggung jawab jika maruah anda tercalar atau bisnes anda terganggu jika cerita ini tidak benar.Jika benar anda terbabit,sila jangan lari dan bayar balik duit yang anda hutang.Aku tidak bertanggungjawab terhadap dengan kesahihan cerita ini.Bang,kalau ada salinan report polis tu lagi cantik.Baru bukti kukuh.

Jika anda mempunyai sebarang aduan kepenggunaan,sila emailkan ke pengguna.genius@gmail.com 

.............

Pada awal tahun 2008 aku diperkenalkan oleh rakan aku untuk melabor dalam syarikat ini. Dia telah melabor dalam awal tahun, selepas beberapa bulan aku pun terbabit sama..pelaboran nya adalah seperti berikut:

Membuat pinjaman bank untuk mengeluarkan kereta untuk dibagi sewa dan dikendalikan oleh syarikat ini.. Syarikat ini membuat kenyataan bahawa pelabor tidak perlu risau untuk mengeluarkan kenderaan, mereka akan bayar downpayment 10% kepada bank untuk mengeluarkan kenderaan.

Dia punya staf (Zaki) adalah agen kereta dari Raza Motor Gombak boleh mengeluarkan sekurang2nya 5 biji keatas untuk setiap org..So aku berilah slip gaji utk syarikat ini tengok.. dia kata boleh keluar naza ria ni...So profit bulanan aku akan dapat RM 400 sebuah selama 5 tahun. Dia pon uruskan dengan bank sebanyak 4 buah naza ria untuk aku dengan pinjaman bank 100 ribu lebih dengan bank berlainan.. aku pon setuju sebab naza full spec ...tak tengok pon kereta sebab percaya dekat boss dia si Areff (owner syarikat Cantuman Corporation) ni. Perjanjian nya dia akan bayar bulanan loan ke bank. beri profit kepada pelabor setiap bulan. saman kereta kalau ada beri kepada mereka, mereka akan bayar. roadtax dan insurans mereka bayar dan cukup 5 tahun kereta akan dijual dan ditukar nama kat bank.

Selepas genap setahun, profit aku dikurangkan menjadi RM 350..Aku sabar lagi. selepas 1 tahun 6 bulan(2009).. sampai surat bank kereta tak berbayar sebulan..aku tanya si areff ni dia kata ada masalah komputer so payment lewat sikit. Pastu bulan kebulan semua kereta aku ada sangkut kat bank 3-4 bulan..Semua pelabor aku tanya kereta mereka pon macam tu juga..kebanyakan kereta naza .. ada juga myvi.. bulan 12 (2009) kereta aku bank dah tarik..so aku tanya lagi bila nak buat keluar dia kata sabar akan dikeluarkan. Bulan Feb ada bank mengeluarkan surat saman ke mahkamah untuk aku kerana tak bayar loan kereta kat bank. pada bulan mac aku semak kat bank kereta aku yang ditarik oleh salah satu bank, itu dah pon dilelong. aku pon fed up.. ambik semua kereta bagi sebanyak 3 buah ni.tapi kat bank ada 5 bulan tak bayar tak pe le aku kata.kereta tu kena tarik kat tangan aku puas hati.

Si Areff ni dengan bangga nya kata jangan dengar cerita orang, dia janji akan bayar, rupa2nya kekawan aku pon kereta mereka ada dah kena lelong. sehingga hari ini ada lebih kurang 40 buah kereta dari pelabor lain termasuk aku dah kena lelong. Harga kena bayar kat bank linkungan 50 ribu lagi..

Kalau tak percaya tanya bahagian (Hire Purchase) Maybank Ampang, RHB islamic jalan Ipoh, Ambankbank Yap Kwan Seng, pihak bank pun ada berjumpa sendiri dengan Areff (Cantuman Corporation) ni. Si Areff ni bongkak kata dia akan bayar semua kereta pelabor tu..Yang kesian kawan aku , hari ahad kereta nak kena lelong, jadi aku terbaca surat khabar pada hari Rabu sebelumnya. dan aku bagi tau dia. Dia pun telefon si Areff jahanam ni, dengan gigi lembut si Areff ni kata tak pe le syarikat akan bayar pada hari khamis jgn bimbang. Last2 hari Ahad tergadai jugak..

Aku semak dgn RAZA MOTOR gombak, mereka kata syarikat ini ambik kereta tak bayar pon 10%. Banyak nya mereka untung dalam 10 ke 20 ribu sebuah kereta patutlah boleh bayar profit dan loan bank untuk setahun sahaja.. Harga kereta aku lebih kurang dalam 70 ribu lebih shj bukan full spec. Aku pon check Syarikat ni ( tak de pon nama si Areff ni).. Aku cakap kat member aku kena tipu kita ni Aku ada le tanya staff mereka nama nya Che Wan dan Zaidi (org yang mengeluarkan kereta kalau ada penyewa), mereka kata tiap2 hari bawa balik duit sewa. Kalau Naza Ria boleh bagi sewa dalam RM 2500 sebulan. Aku pon hairan kenapa Si Areff ni buat naya kepada aku dan kekawan..Kekawan aku ada buat report polis...pada bulan feb dan ada buat repot polis pada mac.. sebab kawan aku cakap polis cakap polis akan siasat sehingga hari ini. namun tiada apa yang polis buat kot. Kebal mereka ini kot.

Aku dengar berita, ada pelabor lagi akan masuk untuk melabor..Tu aku tulis benda ni supaya orang lain tidak terpedaya..Sebab polis pon tak ambik tindakan..(nak cerita ada lagi panjang)

Ni nama syarikat yang menipu tu (duit mark up kereta dalam 10-20 ribu) patut la boleh beli rumah bertingkat2.

Cantuman Corporation
Suite 1029-B, Fasa 2B-2, Jalan Samudra Utama,
Taman Samudra, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan
dia laki bini

Nama pembelit : Areff b Ariffin (owner)
Bini dia : Mas Ayu bt Abdullah (executive account)
Staff : Zaki b Mohamad(operation manager)

from,
Anuar
Kuala Lumpur

April 07, 2010

Idea Boyband Paling Original Yang Sepatutnya Di Tiru Oleh Kumpulan 4U2C


Lagu ni mampu membuatkan sesiapa saja tidak senang duduk.
Didedikasikan khas kepada kaum hawa dengan ucapan "Selamat malam."

Pengguna Genius : Tips Menajamkan Pisau Cukur Daripada Seorang Pakcik Tidak Berbaju


Aku tau pakcik itu nampak seperti seorang pedophile kerana dia tak berbaju,tetapi lihatlah video tu.Pakcik tu akan memberikan anda,kaum lelaki satu tips yang sangat berguna dalam menjimatkan duit.

Aku dah try tadi dan memang berkesan tips yang dia bagi.Pastikan anda ikut arah yang betul,jika tidak,anda mungkin akan kehilangan bulu roma anda.Harga pisau cukur sangat mahal sekarang.Aku beli 4 blade kena Rm25.Harga yang agak ridiculous.Dengan tips ni,diharapkan agar anda dapat buat sedikit saving sebelum menukar mata pisau cukur anda.

Pengguna Genius : Manual Pasang Antenna Rumah Yang Terlalu Serius


Jangan makan antenna.
Jangan baling antenna anda kepada pasangan anda.

Nasihat yang sangat berguna!

April 06, 2010

Diari Kehidupan : Mencari Wallet Yang Sempurna

Harini aku agak lapang jadi harini aku menghabiskan masa aku berjalan-jalan dekat Alamanda cari wallet.Punyalah payah nak carik wallet yang aku nak.Wallet yang aku carik senang aje syaratnya,mesti ada compartment nak letak duit syiling.Tapi pegilah usha mana-mana brand wallet yang sesuai untuk orang-orang berumur,kebanyakannya takde langsung tempat letak syiling.Yang ada zip tempat letak syiling masa aku usha tadi,hanya ada satu brand, QUIKSILVER.

Aku merasakan diri aku sudah tidak lagi sesuai untuk memakai brand-brand macam tu.Aku dah melepasi zaman di mana aku perlu rasa HIP dan HAPPENING.Bila aku tengah usha wallet Quiksilver tu,adalah 2 remaja lalu tepi tu dan komen dia,"Huih,lawa gak wallet2 Quiksilver ni.." Pada aku,tak lawa langsung,satu pun tak lawa langsung.Dalam hati aku,aku sedar dan mungkin dah dapat menerima,aku dah tua.Kepada mereka-mereka yang sudah pun berumur 28 tahun ke atas,sudah-sudahlah berkunjung ke kedai Quiksilver atau Billabong atau Ocean Pacific.Semua tu dah tak sesuai dengan usia kita.Kita sudah tua jadi marilah kita berkunjung ke butik Arnold Palmer mencari Polo Shirt yang sesuai dengan kita.

Nampak benar,accessories untuk seorang lelaki juga didevelop mengikut peringkat umur.Bila kita muda,wallet mesti ada compartment syiling sebab itu aje duit yang kita ada.Bila kita dah kerja,wallet kita hanya akan dipenuhi dengan wang kertas.Wallet kita juga akan penuh dengan compartment2 untuk meletakkan KAD.CREDIT CARD actually.Makin tua kita,kita makin less reliant kepada duit cash dan lebih gemar spending menggunakan kad dan trend itu kelihatan jelas pada design wallet.

Jadi,satu soalan..aku masuk House of Leather.Tengok ada wallet brand Kaufmann yang aku berkenan,made in Germany kulit lembu.Apasal bila aku Google "Kaufmann" ni takde result langsung keluar kecuali benda2 dari Malaysia?Sahih ke Made in Germany?

Kemudian aku gi kedai buku nak beli Slam Dunk.Nampaklah ada 3 orang pelajar sekolah asrama penuh yang bersebalahan Alamanda tengah belek-belek majalah fesyen wanita macam Cosmopolitan beramai-ramai,membuatkan aku teringat balik zaman aku dulu melakukan benda yang sama semata-mata untuk menatap tubuh wanita di majalah.

Aiseh,dengan adanya internet sekarang ni korang still lagi HAPPY GILA dapat baca Cosmopolitan?
Aku ingat zaman aku aje baca Cosmopolitan ni dapat memberikan kegembiraan kepada kaum lelaki.

Ps.- Aku rasa masih ramai yang konfius bagaimana nak mengeja "Diari" dalam Bahasa Malaysia.Ada yang tulis " D A I R I." Aku pun terkonfius jugak tadi.

April 05, 2010

Kami Yang Berkhidmat Selepas ADUN Jadi Arwah

Semalam Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Hari ini pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun.

Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.(LINK)

...........

Politiking era 60an...
Menteri-menteri kita ni masih lagi ingat orang ramai mempunyai pemikiran ala kadar macam diorang...Sudah-sudahlah "membeli" hati orang ramai.

Kau tu PERDANA MENTERI MALAYSIA,TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA...Boleh tak sekali sekala kau lupakan pasal parti politik dan berkhidmat jalankan tanggungjawab kau.Bila ada yang jadi arwah,jadi mendiang barulah terhegeh-hegeh nak berkhidmat tabur janji.


Jadi PM,TPM tapi hati tak ikhlas buat apa?
Islam apa benda camtu?Mana pegi prinsip keadilan?


Agama aje Islam tapi hati parti pegang...
Susah benar nak jumpa orang yang ada kuasa tapi hati dia ikhlas tak terpengaruh dengan agenda politik...

April 02, 2010

Al-Fatihah Untuk Din Beramboi

Masa mula-mula arwah keluar dulu,aku tak rasa dia lawak.Tapi lepas aku duk tengok Raja Lawak kebelakangan ni,dia seolah-olah dah berjaya ubah style lawak dia menjadi lebih best.Antara semua judge Raja Lawak,dialah yang paling lawak.Terima kasih kerana menyerikan hidup aku sehari dalam seminggu.

Al-Fatihah untuk dia.(Link)

Rambut Itu Mahkota Wanita

Lepas berkahwin ni,aku terpaksa simpan satu impian aku dari dulu.Aku nak simpan rambut panjang macam Ramli Sarip.

Aku rasa ramai mak mertua dan pak mertua takkan suka kalau menantu diorang berambut panjang.Mak aku pulak komen dia mudah aje masa aku berambut panjang dulu,"Hang tak rasa panaih ka?Mak tengok rupa hang dah macam singa lion king pun ada jugak.."

Satu masa dulu rambut aku ada la mencecah bahu.Sebenarnya lebih lagi tapi sebab rambut aku jenis rambut-rambut ikal mayang ni,jadi rambut tu nampak pendek daripada asalnya.Payah betol nak jaga rambut panjang ni.Adalah beberapa masalah yang selalu jadi kat aku :

1. Dulu aku bawak motor,jadi bila pakai helmet,angin memang tak masuk langsung,panas.

2. Susah nak pakai helmet

3. Rambut banyak gugur

4. Selalu kena syampu

5. Ditakuti masyarakat

6. Risiko diganggu lelaki lain apabila berjalan

Aku pulak jenis malas nak spend duit untuk kekemasan diri jadi takdelah aku pegi saloon ke nak cuci rambut ke jadi rambut aku agak kasar dan tak terurus.Yang peliknya,waktu tu takde pulak masalah uban dan kelemumur.

Mungkin kerana mak aku dah tak sanggup nak tengok aku macam tu,satu hari mak aku mengeluarkan satu suggestion paling mengarut kat aku.."Pasaipa hang tak pi buat rebonding?" Aku pun mengeluarkan hujah-hujah bernas yang mengatakan lelaki berambut panjang yang pegi rebonding adalah "lelaki tidak normal." 

Mak aku pun bersetuju dengan pandangan aku.

Entah kenapa dalam diri aku masih ada lagi impian nak sekali aje rambut ala-ala Ramli Sarip.Putih,beruban dan panjang.Tapi akan ada banyak masalah lain yang timbul bila berambut panjang ni.Masa dan ketekunan diperlukan untuk menjaga dan merapikan rambut.Rambut perlu disikat dengan sempurna untuk memastikan rambut tak menggerbang merata-rata.

Jadi,kepada golongan suami atau boifren yang marah-marah bila isteri atau gelfren anda lambat siap apabila ingin keluar dating,simpan rambut panjang.Baru anda paham kenapa diorang lambat.

April 01, 2010

Apa Akan Berlaku di Internet Jika Anak Anda Mempunyai Sifat Ingin Tahu Mengenai Hubungan Kekeluargaan ?









dan apa pula akan berlaku bila anak-anak anda berminat untuk membaca lebih lanjut tentang buah-buahan tempatan?



Suka benar kita dengan seks kan? Siapa tanak tengok buah dada Rozita Che Wan?Aku pun nak.