Mac 31, 2010

Temuramah Yang Tidak Mungkin Keluar di RTM atau Utusan Meloya Bersama Ibrahim Ali the Shit Talker


"You see...dont talk shit....you see...dont talk shit...i i i i i i i i i i i i repeat..dont talk shit"

Ini pemimpin Melayu?Ini presiden Perkasa?
Kenapa ada jugak Melayu yang nak dia jadi pemimpin?Takde calon lain ke yang lebih senonoh?

My Girl,My Girl,Tell Me Where Did You Sleep Last Night?


Cerita ini adalah berdasarkan kisah pengalaman member aku yang menjadi sukarelawan mengagihkan makanan kepada golongan homeless di Pudu baru-baru ni,mungkin telah diubah suai untuk menjadikan cerita lebih enak.Apa-apa saja yang berkaitan mengenai Pemuda UMNO dan Polis adalah benar kecuali part borak pasal kertas kerja tu.Saja je.Geng-Geng politician kan suka buat kertas kerja tah hapa2....Milah,aku pinjam gambar kau.


Milah adalah seorang gadis biasa.Dia tidak berlagak dan dia juga tidak pernah mahu menyakiti hati sesiapa.Bila ada kelapangan,Milah akan cuba untuk meluangkan masa lapangnya dengan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keuntungan.Tetapi bukan keuntungan kepada dirinya,tetapi keuntungan kepada mereka yang tidak bernasib baik.Mungkin kerana berminat ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai realiti sebenar masyarakat,Milah telah menyertai satu program membantu mereka yang tiada tempat tinggal di sekitar ibu kota.Berkumpullah dia bersama satu kumpulan yang dipanggil ReachOrg untuk membantu mengedarkan makanan kepada manusia-manusia yang tidak mampu merasai nikmat beratapkan bumbung sesebuah rumah.

Pada suatu malam,Milah dan kumpulan ReachOrg mendapat panggilan telefon daripada satu kumpulan yang dipanggil Pemuda UMNO.Pemuda UMNO berminat untuk mengetahui realiti sebenar masyarakat jadi mereka berharap agar ReachOrg dan Pemuda UMNO dapat bersama-sama bergabung dalam satu program khidmat masyarakat malam itu.Ini adalah kali pertama Pemuda UMNO tiba-tiba berminat dengan aktiviti seperti ini.

Sebelum ini tidak pernah pun Pemuda UMNO ingin terlibat sama.

Sampailah mereka semua ke kawasan di sekitar Hentian Puduraya.Berpusing-pusinglah mereka semua mencari golongan yang digelar "tidak berumah" ini atau dalam perkataan yang lebih popular,"homeless." Sibuklah kumpulan ReachOrg ini mengedarkan bungkusan makanan kepada pengemis,mat dadah,aci,nyonya,pakcik,makcik yang sedang terbaring di tepi jalan,melelapkan mata menghilangkan lelah penat.Tetapi kumpulan Pemuda UMNO tadi lain pula ceritanya.Mereka mula berkumpul untuk memerah keringat memikirkan "Apa tindakan yang perlu di ambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memastikan golongan homeless itu keluar daripada kawasan Pudu itu."

"Apa kata kita tutup saja bawah jambatan itu?Biar diorang tak boleh masuk lagi..." cadang seorang Pemuda UMNO yang genius. 

"Benar juga cadangan kau itu.Catatkan.Kita akan bentangkan kertas kerja kita "Bagaimana Untuk Menjadikan KL Homeless Sifar Pada 2011." Itu tajuk kertas kerja kita nanti.Sah-sah aku dapat title Datuk kot nanti,"balas Pemuda UMNO itu yang kelihatan lebih berpengaruh berbanding Pemuda UMNO yang lain kerana skill bergebangnya yang jauh lebih handal.

Milah menggelengkan kepala.Dia memang mempunyai persepsi yang buruk terhadap mereka yang bergelar Pemuda UMNO tetapi persepsi dia pada malam itu sudah jatuh lebih buruk."Itu ke pemikiran pelapis pemimpin UMNO?"


Milah lalu menghulurkan sebungkus nasi kepada seorang pakcik tua yang kelihatan sedang menggaru tangannya,mungkin kerana gigitan nyamuk."Pakcik,nah nasik.Makan lah.." kata Milah dengan gaya manja."Terima kasih dik,Pakcik manyak susah hati woo ini hari..." kata Pakcik itu sambil lahap mengunyah nasik goreng.


"Apa pasal pakcik?" tanya Milah sambil memusingkan badannya menghadap kumpulan Pemuda UMNO tadi,manalah tahu banyak mata merayap memerhatikan susuk tubuh dirinya yang segar bugar.Walaupun begitu Milah masih mampu merasa sedikit bangga kerana dia mendapat bukti kukuh,daya penarik dirinya masih utuh.

"Saya ini hali wa dapat la luit 20 linggit.." jawab pakcik itu. "Aaaa..pastu?" tanya Milah.


"Tadi,ada polis datang tegur saya.Dia tanya sama saya,lu mau tido sini kaa?Saya jawab ya la.Saya mana ada lumah punya olang..." jawab Pakcik itu. "Lepas tu dia tanya sama saya..gua boleh angkat lu masuk lokap sebab lu mana boleh tido sini.."

Sambung pakcik tu,"saya tanya sama dia,apasai mau bawak saya gi lokap sana pulak?Saya bukan jahat punya olang..saya tadak buat salah punya maa..." Milah terus tekun mendengar."Lepas tu dia kata kalau lu tak mau tido lokap,lu musti bayar la...mana boleh tidor tepi jalan free..."


"Waa bagi la dia wa punya duit donation hali ni..20 linggit.Sikalang wa sudah tada duit.Nasib baik lu latang ini malam bagi wa makan nasik.." Pakcik itu menghirup sedikit air mineral dalam botol.


"Itu orang ramai-ramai itu apa pasai dia latang?Itu bukan kelajaan punya olang ka?Apa pasai dia malam-malam pun mau bising-bising kempen?" kata Pakcik itu mengakhiri perbualan dengan Milah.

Fakta

1. Jika kita takut dengan mereka-mereka yang tidur tepi jalan,mereka sebenarnya lebih takut dengan kita.

2. Setiap malam,hampir 2000 orang tidur di kaki lima jalan di sekitar ibu kota.

3. Kebanyakan mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal adalah mereka yang hilang keupayaan diri untuk bekerja atau hilang tempat penggantungan hidup.

4. "Lebih baik hidup di kaki lima jalan berbanding duduk di Jabatan Kebajikan Masyarakat," kata salah seorang pakcik homeless."Lebih selamat," katanya.

5. Sistem kebajikan masyarakat kita untuk membantu golongan tidak bernasib baik tidak akan berfungsi selagi golongan-golongan itu tidak keluar TV atau menjadi mangsa pembunuhan kejam.

6. Jika anda berminat untuk mengkaji mengenai dunia golongan homeless,anda boleh menonton filem "The Saint of Fort Washington" lakonan Matt Dillon dan Danny Glover.Sedih cerita ni.

7. Semua gambar di atas adalah gambar mereka yang tidak bernasib baik.

8. Kapitalisme suck.Kita kutuk kapitalisme tapi negara kita masih mengamalkan hardcore kapitalisme.

Link
Berita Syok Sendiri Selepas Sekali Melakukan Charity
Berita Deluded
Sedikit Informasi Mengenai Reach Org

Mac 29, 2010

Peluang Orang Melayu Kumpul Duit Hantaran Kahwin Serta Jadi Jutawan Semakin Cerah

KUALA LUMPUR (AFP) – Malaysia plans to review proposals to legalise sports betting ahead of the World Cup finals  in South Africa, a report said Wednesday.

"There are proposals, but we will see first," Prime Minister Najib Razak was quoted as saying by the New Straits Times.The newspaper said sports betting may legalised in time for the World Cup which is played from June 11 to July 11.It said the Berjaya Group, a major Malaysian conglomerate with holdings ranging from lottery to casino operations, was seeking approval from the government to operate sports betting activities in the country.

Illegal betting on football is rife in Malaysia and the World Cup is expected to see a surge with millions of dollars changing hands.The Berjaya Group made a similar proposal a few years ago, but then prime minister Abdullah Ahmad Badawi shot down the request. Gambling is forbidden in Islam and Malaysia has a large Muslim population.

A senior Malaysian sports official, on condition of anonymity, told AFP that the government could channel the revenue generated from legalising betting to promote sports.The official, however, cautioned that it would not eradicate match-fixing.

"The fight against match-fixing is never ending. By legalising betting, it will not totally eradicate match-fixing. What we need to do is to remain vigilant," he said.

Corruption has long blighted football in Asia, particularly in Malaysia, Vietnam and China.Asian Football Confederation chief Mohamed bin Hammam has previously described match-fixing as a "cancer" that is destroying the game in Asia.

Brunai langsung haramkan judi....Kita...Mungkin inilah sebab nya Pak Lah kurang sokongan dulu dan ingin sangat dijatuhkan.Rupanya Pak Lah ni degil dan ada integriti.Lagi baik ambik duit sponsor DUNHILL macam dulu-dulu guna untuk pembangunan sukan..

Mac 26, 2010

(Bahagian 01) Kita Dibelenggu Oleh Adat dan Budaya Sehingga Kita Lupa,Kadang-Kadang Kita Bangang

Aku rasa aku pernah cerita benda ni satu masa dulu tahun lepas. Tapi waktu tu tujuan dia lain.

Satu masa dulu,aku tengah beratur kat Tesco Mergong,Kedah nak timbang buah.Ramai la beratur belakang aku.Depan aku ada sorang pempuan.Tiba-tiba ada makcik ni datang dan terus cilok depan aku. "Kurang ajar punya makcik!Jahanam!Dahla aku beratur lama dah ni...." Aku terus melupakan yang aku seorang Melayu yang sepatutnya hormat dengan orang-orang tua dan aku dengan tak peduli pandangan masyarakat terus sound makcik tu...

"Makcik.Jangan potong line Cik.Ramai orang beratur belakang tu." Makcik tu buat selamba je macam tak dengar."Ini sudah lebih.."Aku ulang lagi sekali dengan agak kuat.."Makcik!Tak baik potong line...orang lain ramai lagi boleh beratur belakang saya!Apasal makcik tak boleh beratur?"

Makcik tu statik kejap.Kemudian dia letak barang yang dia nak timbang tadi kemudian dia blah,tak jadi beli,sambil kutuk2 aku dengan anak pempuan dia sebab anak dia dok jeling2 aku."APA KAU INGAT AKU NAK RASA BERSALAH KE SOUND MAK KAU?" fikir aku,hampir2 nak jerit macam tu kat dia.Adik-adik aku ada dekat aku tepi tu.Lepas tu diorang cerita kat mak aku.Mak aku sound aku,"Apasal la tak bagi aje dia potong?"

"Tah la mak,orang tak reti bahasa macam tu kalau takde orang sound dia buat aje la lagi sampai bila-bila.." Mak aku diam aje dan malas nak cakap apa lagi.

Adat dan budaya mengajar aku supaya hormat orang tua tapi bagaimana pula dengan orang tua yang tak reti hormatkan budaya,tatasusila?Patutke aku yang rasa bersalah bila seorang makcik potong queue kalau ada ramai lagi makcik2 tua lain yang boleh aje beratur belakang aku?Adakah aku perlu hormat orang tua sampai begitu sekali kalau orang tua tu tak mampu nak at least mintak izin dulu ke?

Adakah sebab aku separa-muda makcik tu fikir aku perlu beri jalan kepada dia begitu saja?

Sebab selepas kejadian tu aku ada rasa bersalah sebab memikirkan dia dah tua.Aku sure ramai orang2 berumur akan fikir "Apa salahnya bagi makcik tu potong?" ataupun "Tak payah la sound dia,bagi aje la dia lalu.." tapi...

Jika aku bagi dia potong,kat belakang aku ada ramai lagi makcik dan pakcik yang berumur,yang mampu beratur tunggu turn.Kenapa aku pulak yang perlu rasa bersalah dan kenapa aku pulak yang dijeling tajam anak makcik tu?Mungkin sebab wajah aku yang bergaya dan ranggi tapi aku sure dia marah sebab aku sound mak dia. Orang Melayu selalu mudah rasa bersalah lalu membiarkan orang lain mengambil kesempatan.Adat dan tata tertib mengajar kita hormat orang lain tapi ada masanya,kita perlu bangun dan ambil hak kita.Hormat memang hormat tapi bila orang lain tak hormat sopan santun,kenapa kita nak hormat dia pulak kan?

Aku sure ramai pernah mengalami masalah macam ni.Mengalami dilema "nak tegur atau tidak" walaupun masa tu anda tau anda di pihak yang benar.

Mac 25, 2010

Aku Hilang Hormat Kepada Zulkifli Noordin

Seorang hardline Islamic.
Seorang anak jati Kedah.
Seorang mat motor.

Itu semua membuatkan aku tertarik nak baca apa pandangan dia sebelum ni.Apatah lagi bila kes-kes yang melibatkan Islam,dialah yang paling lantang bersuara.Pejuang Islam sejati,hardcore! Tapi,muncul pulak isu-isu yang timbul kebelakangan ni..sehinggalah isu disiplin dan akhirnya dia di tendang keluar oleh PKR.

Aku tak kisah dia tak suka di hakimi oleh bangsa lain ke,dia nak lawan mamat tu,nak lawan gerakan ni ke,nak pertahan apa ke benda yang dia rasa betul...itu pandangan dia...tapi..

"Abang Zul,kenapa anda meletakkan politik jauh lebih penting daripada keadilan?"

Maksud aku,jika sebelum ini anda sudah ada bukti mengenai ada wujud gerakan untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan pembunuhan Altantuya,kenapa baru sekarang nak umum?Kenapa baru sekarang nak mintak maaf dengan PM kerana tidak memberitahu PM mengenai hal ini?

Kenapa tak umumkan sewaktu anda dalam PKR dulu jika anda pejuang Islam?Walaupun anda dalam PKR,dia still Perdana Menteri Malaysia bukan?Pejuang Islam sepatutnya mendahulukan keadilan sebelum falsafah politiking mereka.Takut hilang kuasa?Takut ditendang parti sendiri?Takut dikecam parti sendiri?

Anda ada bertahun-tahun untuk announce benda ni.
Kenapa sekarang,selepas di tendang keluar?Marah?Pejuang Islam apa macam gitu?Mana kejujuran?Mana keikhlasan?

Jika ada sesiapa antara ahli PKR yang ada bukti Anwar meliwat Saiful,sila umumkan.Bagitau kepada dunia,aku ada video Hardcore Triple XXX HD Anwar liwat Saiful.Takut apa?Justice ada di situ.Jika anda menyembunyikan sesuatu kebenaran,itu maksudnya anda penipu.Anda pengecut.Takut hilang pangkat.Takut pemimpin parti anda marah dengan anda.

Pedulik apa itu semua.Kita mencari kebenaran.Tak kira di mana kaki anda berada,di mana minda anda berpolitik,keadilan dan kebenaran adalah jauh lebih penting berbanding kepentingan berpolitik. Bila seorang pejuang agama hanya mampu menyatakan kebenaran selepas hilang kepentingan politik sendiri,apa nak jadi dengan negara kita?Siapa pemimpin kita yang benar-benar ikhlas?Semua sibuk berpolitik.

Jelas benar,kepada seorang politician,tidak ada benda lain yang lebih penting berbanding politik itu sendiri.Jika benar anda rasa anda mampu melakukan perubahan,mendedahkan kebenaran,lakukan saja.Tidaklah perlu bermain sandiwara politik bertahun-tahun.Zulkifli Noordin hanyalah seorang politician tipikal yang hanya menjaga kepentingan politiknya.Tidak lebih tidak kurang.Standard pemimpin Melayu,dah tukar parti baru berani.

Apa yang menyedihkan,majoriti pemimpin Malaysia adalah golongan sebegitu.Baik pembangkang,baik kerajaan pusat. Semua hanya reti bermain politik.Bergaduh aje memanjang.Kasihanilah Rosmah,sudah beberapa tahun menderita difitnah orang.Patutlah muka pun tak berapa berseri dan nampak masam aje.Mangsa fitnah rupanya....

When someone said you shouldn't know this as it is a "bad truth",he is actually big liar.
When someone act like he is the hardest defender of his religion and hides the truth,he is actually the biggest liar.

STOP POLITIKING AND START GOVERNING.

Pengguna Genius : Boikot Kedai Mamak!

Aku tak suka kedai mamak lepas satu kejadian di mana aku nampak tukang masak mamak tu buang hingus dalam sinki kemudian sambung goreng balik mee goreng.Jadi sedaya upaya aku elakkan kedai mamak.Tapi kadang-kadang bila aku nak makan nasik putih malam-malam,kedai mamak aje yang ada.

Dengan harganya yang melampau dan tak munasabah,aku masih cuba mencari kenapa kita suka lepak kedai mamak tak kira lah pagi,petang siang malam.Kalau lepak time pagi2 aku nampak la sebabnya tapi siang-siang pun aku tengok penuh jugak.

Dahlah sekarang ni kedai mamak tu dah tak berapa layak nak dipanggil kedai mamak pun.Dah tak mamak pun.Pelayan pun import khas dari India dan tak paham langsung apa benda yang diorder. Presiden persatuan restoran India Muslim complain kata orang local tak nak kerja dengan diorang sebab tu ambik pekerja luar nak tampung kekurangan.Berapa sangat la gaji nak dibaginya.Baik kerja kat Giant ke.RM750 sebulan.

Aku marah betul bila aku bayar nasik aku hari tu.
Aku ambik nasik putih,ikan sardin seketul dengan pedal ayam 3 ketul.Berapa kena?RM5.40.Aku sound balik "apasal mahal?Sardin je?" Dia bukak nasik aku balik,tengok sekejap,dia bagi diskaun 40 sen.

Celakalah kau kedai mamak yang aku maksudkan walaupun aku tau kau memang orang Islam.Tapi walau kau Islam dan aku pun Islam,dalam perniagaan ada had untung sebelum jadi riba.Ada beza cekik darah dan ikhlas nak berniaga.

Asal Islam aje mesti support la kononnya...orang Islam buat apa pun ok!
Support support!

Mac 24, 2010

Demam Lalu Mimpi Indah Zooey Deschanel


Dia ni,body langsung tak menggiurkan.Tapi aku suka gila dia. Tengok la cerita Yes Man.Comel aje dia.Macam anak kucing.

Aku rasa macam nak demam.Aku takde mood nak menulis.Esok aku kena kerja,kalau tak aku behind schedule.Aku tak suka sakit tekak.Bila sakit tekak,makan apa pun jadi tak sedap.Aku nak isteri aku ada sini suap aku makan ayam goreng.

Tak best long distance marriage ni tapi apa advantage dia long distance ni?
Hehehehe.Pandai-pandai la fikir bergantung kepada kesucian otak anda.

Mac 23, 2010

Mac 22, 2010

Peribahasa Melayu Moden Bab 01


1. Seperti Mat Rempit Mengorek Blok Motor

Maksudnya : Seseorang yang melakukan kerja dengan begitu tekun sekali

Contoh Penggunaan : "Amir,kenapa kau tidak dapat belajar seperti mat rempit yang mencuci blok nya?Kau gemar benar berangan dapat jadi Perdana Menteri..tapi usahanya tidak pulak.Abah ni hanyalah petani.Kau tidak ada jalan pintas nak jadi Perdana menteri,Mir..."


2. Seperti Mat Fit Tak Dapat Barang


Maksudnya : Seseorang yang kelihatan tidak tentu arah dan tidak keruan

Contoh Penggunaan : "Kenapa kau ni Shahrul?Kau kelihatan tak dapat fokus dalam task kita hari ni.Perangai kau sama macam mat fit tak dapat barang la!"


3. Seperti Sharifah Sofea Menyukai Anjing

Maksudnya : Seseorang yang menyukai sesuatu sepenuh hati,jiwa raganya,sehingga sanggup melakukan apa saja


Contoh Penggunaan : "Abang,Ani sayang betul abang.Abanglah satu-satunya lelaki yang Ani rasa suka benar,samalah macam Sharifah Sofea suka anjing."


4. Seperti Pemandu Malaysia Memandu

Maksudnya : Seseorang yang tidak memperdulikan nasib orang lain


Contoh Penggunaan : "Apa jadi pun,aku akan ambil sikap sama macam pemandu Malaysia memandu.Aku takkan bagi balik duit 50 kau yang aku jumpa tu.Finder's keepers!"kata Ibrahim Ali kepada Pakcik tua itu.



5. Seperti Artis Melayu Ada Rupa Saja

Maksudnya : Seseorang yang kita sendiri tidak tahu sebab dan  kenapa seseorang itu terkenal atau ternama


Contoh Penggunaan :"Entah kenapa lah anak gadis kita ni suka benar dekat Muhammad Khairun tu,nak kata bermoral,tak,kaya,tak,pandai berpantun,tak.Dia tu saya tengok macam artis Melayu yang ada rupa saja," kata Makcik Yati kepada suaminya,Harun Man.

Mac 19, 2010

Pengguna Genius : Kakitangan Hospital Sabak Bernam Tidak Bersemangat 1Malaysia

Assalamualaikum wbt n Salam SejahteraSha baru baca blog,ada nak mengadu pasal hospital goverment di Sabak Bernam.Servis dari pentadbiran,doktor,sampai la jururawat totally out!

Sepanjang Sha stay sana 7 ari (pasal anak demam panas+tarik+pnuemonia) servis bad.. tempat pack... then PR out ...uis kecewa...now kan tgh wabak H1N1.. all them buat keje sambil lewa..minta la pantau... ada yang menunggu berjam-jam.Sampai teruk pun x panggil2 turn..

Ada yang dh register tp x panggil2,bila Sha ada di wad kecemasan lihat staf disitu melepak sembang sampaikan patient tuh hilang sabar...knp x dipanggil2...walhal tiada orang...

Sha dah buat pengaduan yang sebelum2 ni pun ada buat email kepada kementrian kesihatan pasal ada doktor ni memang biadap etc..btw bila kebetulan buat rawatan..aik dok tecongok kat situ..

Ada la 1 masa 7 hari stay hospital, Sha ask certain2 mak2 ayah yang waiting anak dia..all say sama..diorg just kata "kita tiada pilihan la" ..if ngadu pentadbiran, they back-up staff.So,apa nak kata..? Hospital kerajaan untuk orang awam ...btw servis out...PR out... sapa nak ngadu?? Ingat kami ni lembu ka..boleh ckp suka hati..tolak sana sini..sapa nak jawab??

Kiriman,
Sha 
Sabak Bernam

Komen : Ada satu malam,aku bukak TV tengok rancangan "Aduan Rakyat" kat TV3 (Bagus rancangan tu,sesuai untuk orang2 yang tak puas hati macam aku ni).Cerita pasal Klinik Kesihatan kat pekan Sungai Besi yang sempit,tak cukup kaki tangan dan tak strategik langsung lokasinya (tak strategik kerana pembangunan yang tak terancang..biasalah...Malaysia).Ada seorang perempuan India yang berumur bila ditanya,"Kenapa tak pegi HUKM (kat Bandar Tun Razak).Situ kan selesa?"

Jawab dia,"Aiyoyo,macam mana saya mau pigi sana?Saya kereta tada,bas pun datang sini sejam sekali.Anak sakit mau tunggu bas sejam dua jam macam mana?"

Wartawan pegi Kementerian Kesihatan dan jumpa Menteri Kesihatan sendiri nak dapatkan feedback pasal Klinik Kesihatan Sungai Besi.Apa yang menyedihkan?Bilik menteri kesihatan tu sama besarnya dengan klinik kesihatan tu.Negara jenis apa kita ni bila rakyat yang sakit terpaksa berdiri sejam dua sebab klinik kesihatan tu hanya mampu letak tak lebih 10 bijik kerusi dalam klinik tapi pejabat menteri kesihatan sebesar klinik tu tapi dipenuhi dengan hiasan cantik dan barangan antik?

Fikirla.Adakah menteri2 kita deserve di treat macam itu bila seorang nyonya tua dengan ibu mengandung dah macam nak terberak berdiri sementara nak tunggu masuk jumpa doktor kat Klinik Kesihatan Sungai Besi?

Mac 18, 2010

Pengguna Genius : Pizza Hut Alamanda,Putrajaya Servis Asal Boleh,Tak 1Malaysia

Assalamualaikum

Kisah ni berlaku tahun lepas. Aku & isteri memang selalu jalan2 kat alamanda ni sebab kitaorg memang duduk Putrajaya; selalula try kedai2 makan kat sini.

Ada 3 incident yg melibatkan Pizza Hut Alamanda

Emm..sedapnya beef pepperonni itu..

1. Pizza yang diorder ada sehelai rambut yang melekat kat atas pizza. Nak kata rambut aku, takkan le pulak (sebab aku tgk rambut tu dah melekat dalam pizza tu). Bila aku sound kat manager, dia cuma minta maaf je. At least bagi le kupon ke, pizza free ke.

2. Incident ke2, kitaorang memang selalu bungkus pizza bila tak habis. 1 hari (tahun 2009 jugak) bila tak habis makan, aku panggil sorang pekerja tolong bungkuskan left over. Dia ambik & bawak untuk bungkus. 10 minit, 20 minit, 30 minit kitaorang tunggu tak sampai2 gak. Bila aku tanya salah seorang staff & cakap apa yang terjadi, dia panggil staff yang ambik utk bungkus makanan aku. Mati2 budak tu tak mengaku dia yang ambik & bungkus makanan aku. Last2 dapat le 1 pizza free cos one of the staff kat situ perasan yang budak tu memang ambik makanan dari aku utk di bungkus.....

3. Incident ke-3. Macam biasala. Servis lambat yang gile babi. Aku dah order, tunggu dekat 1 jam tak sampai2 lagi pizza. Sedangkan customer yg datang lambat dari aku dah nak siap makan. Bila aku tanya manager in-charge, dia cakap staff dia tak jumpa nombor meja aku (bull-shit punya alasan) Last2 dapat la 1 baucer free. Oh ye, servis lambat ni bukan kat alamanda je, kat Pizza Hut The Mines @ Seri Kembangan pun serupa. My wife & aku nak tgk midnight movies kat cinema. So, sebelum tu kitaorang makan2 dulu kat pizza ni. Lebih 1 jam jugak tunggu, tak sampai2 lagi. Last2 bila aku tanya, baru diorang hantar. So, aku dgn wife aku makan secara sentimental sampai kedai tu nak tutup kitaorang tak habis makan lagi.

kiriman,
helmi
putrajaya

p.s: by the way, blog cursingmalay memang best. aku nak linkkan dalam blog aku, boleh?


Komen : Boleh aje nak link.Isteri aku beli kebab kat RnR Tapah menghala ke Selatan,ada lalat mati dalam tu.Dia ingat daging masak black pepper,cuma peliknya daging tu ada sayap.Nak tergigit dah dia.Adalah dalam seminggu dua aku tak mampu nak bagi isteri aku cium aku. "Pegi cuci dulu bibir tu pakai Dettol!" kata aku.

Segala aduan mengenai komplen kepeggunaan anda,bolehlah dihantar ke pengguna.genius@gmail.com. Aku sedang dalam proses memindahkan & menyatukan blog Pengguna Genius itu ke dalam sini  kerana aku nak memudahkan kerja aku.

Mac 17, 2010

Menjawab Respons Kawan-Kawan : Aku Hina Nabi?

Terime kasih kerana sabar menunggu.Mungkin ada gak kot seorang dua yang maki aku sebab aku biarkan aje post last aku macam tu aje.Aku agak bz minggu ni,plan asal nak biarkan sehari dua aje,alih2 dah terlajak beberapa hari.Aku ada kenduri sikit. Bagus jugak dapat banyak respons.Lebih 40.Meh aku listkan respons-respons favorite aku.

"haram jadah denmark....gua harap ade tsunami kat sane heh"

"Tapi kerajaan Malaysia bagi masuk kompeni haram tuh. Kalau tak silap saya siap dengan taman mainan dia kat Johor tu."

"nie really lego ke? bangsat betul.."

Kita selalu respons bila kena provoke.Bila orang lain mempermainkan bangsa atau agama,kita cepat melatah kan?Gunakan teknologi sebelum respons.Lego dah lama keluarkan official statement yang memohon maaf atas penyebaran gambar ni,sebab gambar ni 100% PALSU.Kalau kita tengok betul-betul,mungkin kita akan assume ini semua orang putih punya kerja,tapi kenapa orang putih itu ingin menjadikan negara Denmark sebagai fokus kemarahan orang Islam? Kenapa Denmark, wallahuallam,yang tu aku pun tak paham.

Kaji sebelum melenting.Ramai orang kita hanya mahu respons dengan apa yang ada depan mata dia.

kepada admin blog cursing melayu..
anda juga salah seorang agen penyebar dan menghina agama..
Remove cepat gambar penghinaan ini..jgn jadikan diri anda penyebar fitnah penghinaan ini secara anda tidak sedari....!!!!!

Serius betul komen ni.Itu hanya gambar,imej digital ciptaan seorang mangkuk ayun.Adakah aku rasa terhina?Iya.Tapi,aku hanya tengok gambar tu seperti mencubit sedikit garam (take it with a pinch of salt)

Apa sebenarnya agen penyebar ni?
Gambar-gambar macam tu?Agen Penyebar tu apa?

Senarai Agen Penyebar.

1. konsert-konsert JomHeboh
2. konsert selepas perlumbaan F1
3. majalah Mangga
4. disko-disko yang berlambak kat KL ni
5. pemimpin2 Islam yang menghina agama diorang sendiri
6. Akademi Fantasia,
7. MTV,Channel V
8. filem-filem komedi romantik/aksi Melayu
9. Rasul Melayu Terakhir
10. pelakon Melayu yang menghalalkan sentuhan bukan muhrim kerana mencari rezeki

Ini semua mahu digelar apa?Gerakan Penyebaran Islam?

Ada orang Islam yang marah bila konsert penyanyi kegemaran diorang dikanselkan kerana tentangan "setengah golongan berkopiah." Aku tanya anda semua,golongan mana yang lagi teruk?Mereka yang mencipta gambar Lego itu atau mereka yang marah kerana tak dapat menonton konsert tersebut?

Pada aku,takde bezanya gambar Lego tiruan tu dengan majalah Mangga.Tujuan dia sama aje.Menghina Islam,menghina Nabi.Tapi Mangga adalah produk orang Melayu.Jadi,ada antara kita yang mampu pejam sebelah mata.Ada jugak yang addicted membelinya.Apa yang lebih menyedihkan,golongan-golongan pembaca tegar Majalah Mangga,majalah URTV inilah yang akan melenting dulu bila tengok gambar Lego tiruan tu.

Thanks sebab ramai yang sabar bila tengok gambar tu.Aku bukan nak generate trafik. sebab aku pakai Innity.Nak generate traffik senang aje,buat aje post baru,letak tajuk "Kenangan Malam Pertama." Memang ramai la yang masuk.Cuma aku dapat gambar tu dari email.Dalam email tu,tukang start email berantai tu ajak kita jihad beramai-ramai.Boikot LEGO!Boikot barangan Denmark! Ramai orang kita macam tu.Extremist tanpa usul periksa.

Jihad memang jihad.Biarlah kita jihad benda yang betul.Janganlah jihad tak tentu hala.
Aku tak nak boikot LEGO.LEGO adalah satu permainan yang sangat genius.

Mac 08, 2010

Alhamdulillah! Cukai Kereta Akan Dimansuhkan! Allahhu Akbar 1Malaysia!Proton Saga Bakal Tergugat!

KUALA LUMPUR: Golf clubs were presented a gift by the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak Sunday when he announced the immediate abolition of the import duty on golf buggies to spur the development of the golf industry in the country.

He delivered the good news for the estimated 200 courses in the country when presenting prizes at the Maybank Malaysia Open that went to a surprise winner in 18-year-old South Korean teenager Noh Seung-yul.
“I have been told that one of the ways in which we can help the development of quality golf courses in this country as well as to ensure that golf clubs in this country provide better facilities is to consider removing the import duty on buggies.

“So, on this auspicious occasion, wearing my hat as the Minister of Finance, I would like to announce the immediate abolition of the import duty on all golf buggies in this country,” he said.


A happy Malaysian Golf Association (MGA) president Datuk Robin Loh welcomed the removal of the import duty which he said was 50%.

“We have been asking for this since April last year. An 18-hole golf course normally requires 70 to 80 buggies and this will be a big saving,” he said.

For example, an imported buggy of RM20,000 would cost RM35,000 with the import duty and other taxes, he said. -- Bernama


................. 
Ni lah namanya KERAJAAN JUBUR!

Pembangunan padang golf diutamakan.Orang yang mampu beli buggy golf adalah orang yang mampu bayar cukai banyak,sekarang cukai beli buggy pun dah takde.Mungkin besar kemungkinan 1Malaysia bakal melahirkan Tiger Woods yang baru,dengan harapan agar "Tiger Woods Malaysia" tidaklah membesar menjadi seorang kaki perempuan.

MANA HADIAH UNTUK RAKYAT YANG TAK MAMPU NAK JEJAK PADANG GOLF?


MANA HADIAH UNTUK RAKYAT YANG HANYA MAMPU JADI CADDY GOLF?


MANA HADIAH UNTUK RAKYAT YANG HANYA JADI SALESMAN KAYU GOLF DEKAT KEDAI SUKAN?


MANA HADIAH UNTUK RAKYAT YANG BELI BERAS PAKAI DUIT HASIL JUAL BOLA GOLF SECOND HAND YANG DIA KUTIP?

Tips Kebapaan Untuk Bapa Yang Kesibukan

 
Ahah!Satu penyelesaian yang genius  tapi aku tak tau sampai umur berapa taktik menipu bayi anda sendiri ini boleh dipakai.

Mac 05, 2010

Belaian Tangan Gadis Penjaga Tol Yang Gemalai dan Kerajaan Business Oriented/Profit Oriented

Tiap-tiap hari aku lalu tol.

Kadang-kadang ade la jugak awek-awek gadis tol yang hot.Ada jugak yang mengada-ngada.Tapi biasanya majoriti diorang bermuka masam mencuka.Mungkin sebab sekarang ni panas ya rabbi.Lagi lah pulak kerja seharian adalah menghulurkan tangan menyambut duit kemudian kena asap dan sebagainya.

Cuma satu aje lah yang aku selalu nampak.

Dalam ramai-ramai yang pakai glove,mesti orang pempuan.Aku tak pernah jumpa lelaki yang pakai glove.Apa sebabnya?

Adakah sebab lelaki tak kisah tangan mereka di sentuh atau dibelai?Atau sebab perempuan masih ada perasaan malu dan takut untuk dibelai tangan2 gatal? Atau kaum lelaki memang mengharapkan dapat bersentuh-sentuhan,mana la tau ade awek cun lalu booth dia?

Aku pernah nampak sekali aje la seumur hidup aku,driver kereta betul2 belai tangan minah yang jaga tol.Minah tu tarik cepat2 tapi agak kuat jugak la mamat tu punya grip.Bila aku lalu tol tu,tengok minah tu tidaklah berpakaian mengghairahkan pun.Tudung labuh dengan jaket kain menutup baju kurung yang dipakai.Dalam keadaan dunia sekarang ni di mana ramai lelaki mampu menjadi seorang horny bastard selepas tertengok bayi 2 tahun,tidak muastahil wanita yang memakai baju besi dan dipalit najis kuda pun mampu menaikkan nafsu sesetengah golongan.

Point aku hari ni adalah,kalau gadis jaga tol pakai glove tidaklah dipandang pelik masyarakat tetapi kenapa tidak ramai penjaga tol lelaki yang teringin memakai glove?

Dan,sampai bila tol nak ada kat Malaysia?
Berapa tahun dah siap,takkan tak break even lagi?Duit cukai bertahun2 tu habis ke mana?Kenapa highway di Malaysia adalah satu bentuk bisnes?

Mac 02, 2010

Winter Olympic Special : Gadis-Gadis Kesejukan Tetapi Hangat

Sukan ini namanya "Curling".Aku tak pernah tau sukan macam ni wujud.Saja aje la aku layan Winter Olympic ni,sebab terbukak dan tertengok.


Sorang tolak batu besar tu kemudian kena ada dua orang follow sambil gosok2 lantai untuk kontrol speed kat mana batu tu akan berhenti.


Ramainya player-player hot main sukan  "curling" ni.Aku tengok kat TV biasanya yang dah berumur aje yang main sukan2 ala-ala macam ni,macam bowling padang.


Lama la jugak aku layan curling ni.Tak paham pun apa yang diorang cuba buat. Nampak macam main guli.


Cute gila atlit USA kat atas ni.

Dia ni figure skater.
Dan dia ni pulak snowboarder.
Cool!

Gambar bonus sebagai menyokong Gagasan 1Malaysia
Zandra Aziela,player bowling negara.Air cond kuat macam mana pun,dia tetap maintain,
tak perlu baju tebal2.