Julai 13, 2010

Pengguna Genius : Membeli Rumah Adalah Satu Bentuk Perjudian Hidup Yang Tak Patut

Dalam seminggu dua ni,aku dengan isteri aku berjalan-jalan mencari location rumah yang mampu dibeli.Agak payah untuk membuat keputusan sebab bila beli dan berhutang lebih 20-30 tahun,benda camni memerlukan satu komitmen yang agak panjang.

Aku agak kecewa dengan sistem pembelian rumah di Malaysia yang tidak menetapkan developer wajib menyiapkan rumah sebelum dibeli,ini kerana risiko pembelian rumah tidak jatuh kepada developer.Risiko kerugian ketika pembelian rumah agak berat kepada pembeli,yakni,rakyat Malaysia.

Apa yang aku paham setakat ni,daripada yang aku belajar dan tanya-tanya,sesebuah projek perumahan baru akan dikeluarkan pelannya sebelum dirasmikan pelancarannya.Rumah tersebut sudah mampu ditempah oleh pembeli.Untungnya di sini adalah pembeli akan dapat membeli rumah dengan harga yang lebih murah kerana jika sudah pun dilancarkan atau memasuki fasa kedua (dan seterusnya) harga rumah akan melambung naik.

Apa yang terjadi pada aku dengan isteri aku adalah apabila timbulnya pressure daripada salesman developer yang mengharapkan agar aku dan isteri booking cepat-cepat rumah.Alasannya,"Nanti sudah launch naik harga maa!"

Jadi,apa risikonya kepada kami berdua nanti?

1. Bila dah letak booking dan loan dah approved,interest loan bank akan mula-mula sekali perlu dibayar walaupun rumah belum disiapkan atau siap untuk diduduki.Pernah tengok berita orang beli rumah tapi tak dapat nak duduk rumah sendiri tapi loan dah perlu dibayar?Itu adalah sebab developer lari tapi bank dah start mintak bayar installment.

2. Kalau-kalau aku dah letak booking RM500,katakanlah loan bank tak lepas,duit booking tu akan dipegang oleh developer WALAUPUN diorang tau loan bank kitorang tak lepas.

3. Sebab rumah yang ingin dibooking tu belum pun naik showhouse-nya,jadi gambaran mengenai rupa bentuk dan rekaan rumah tu hanyalah kelihatan dalam bentuk lukisan dan imej 3D.Kualiti dan hasil finishing nya tak nampak depan mata,semua bergantung kepada skrip2 dan air liur salesman tu.

4. Membeli secara buat tuli? Beli baju pun kita boleh masuk changing room dan try baju tu dulu.

Aku cukup marah bila undang-undang Malaysia ni tak berapa protect pengguna,dalam bab pembelian rumah satu-satunya benefit yang pengguna akan dapat adalah harga yang lebih murah jika berani beli awal dan gamble.Tak patut.Pembelian rumah adalah satu bentuk investment jangka panjang dan sepatutnya pelanggan dijaga haknya dalam urusan jual beli.Jika developer bankrap atau gulung tikar,tidak ada pun undang-undang yang menjaga kepentingan pengguna.

Ada orang yang mampu memperjudikan nasib beli rumah yang hanya ada dalam angan-angan diorang,terpaksa yakin dengan janji-janji kosong developer tapi tak semua orang mampu camtu,kan? Pengguna dan pembeli sudahpun memperjudikan nasib mereka apabila mereka menggamble-kan wang ringgit mereka apabila "melabur" ke dalam satu kawasan atau daerah yang kita sendiri tidak pasti akan "menjadi" atau tidak.Tak sepatutnya pembeli rumah terpaksa juga memperjudikan nasib mereka sama ada rumah yang mereka beli akan wujud atau tidak,puas hati atau tidak.

Tapi melihatkan kepada Perdana Menteri kita yang suka benar hal-hal berkaitan judi,mungkin nasib pembeli dan rakyat juga apa salahnya jika diperjudikan.Jika anda ingin membeli rumah,pilihlah developer yang mempunyai track record yang ok dan bertawakallah.Undang-undang tidak akan menyebelahi anda.Jangan biarkan salesman developer menakut-nakutkan anda.

25 ulasan:

LS berkata...

Bang Mantot, jadinya ada tak tips2 utk elakkan perkara ditipu sykt pemaju?

Tanpa Nama berkata...

cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

orang melayu di ajar cakap berlapis. ayat kau ni,
"Tapi melihatkan kepada Perdana Menteri kita yang suka benar hal-hal berkaitan judi,mungkin nasib pembeli dan rakyat juga apa salahnya jika diperjudikan."
biarla bertapis sikit. kalau ko tak sayang mulut @tangan yang menaip xpela, sayangla bini ko.

Nurul Binti Ibunya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ejaMaria berkata...

mmm... mmg benda ni betul... so bila nak beli kena semak developer dia dulu... biasanya klu IJM insyaAllah tak mengecewakan... yg lain tak sure la...

saleman kata naik harga bila launch tu... saje je kencing!... harga rumah ikut pasaran semasa ape... klu tpt tak untung cam Bkt B... bole turun balik ape harga die

Mantot berkata...

huhu,takutnya...

Tanpa Nama berkata...

Anon July 13, 2010 2:27:00 PM GMT+08:00 tu meroyan Tot.

Aku setuju bab sistem nak beli rumah tu perlu diperbaiki. Tot bahasa kena tunjuk yg ko tu melayu kalau dak..anon July 13, 2010 2:27:0 PM GMT+08:00 tu marah.

Jgn misteri mempengaruhi hidup anda!

Tanpa Nama berkata...

hahahah.. tukang bodek ramai. sorryla dude, gua x meroyan. pesan je, nnt kang tukang tulis jadi Althanthuya kang. Simpan jelah duit banyak2, boleh beli rumah siap, ko kan lecturer, sure banyak duit. Marah2 pun buat apa, cina gak yang kaya. No heart feeling.

Tanpa Nama berkata...

apasal nak menyalahkan cina yang kaya, masih lagi ada fikiran melayu, india, cina! itu fikiran orang-rang sebelum merdeka sampai sekarang yang tak ubah-ubah.

Faizah Roslaini berkata...

Aku rasa anon yang mula2 kena cakap bertapis juga, supaya komennya berbunyi sebagai peringatan bukannya 'ugutan bunuh' yg menentang kebebasan menyatakan pendapat.

Aku setuju dgn apa kau tulis En Mantot. Namun selagi nafsu belum bebas dari pengaruh sekeliling yg berumah dan berkereta besar, selagi itulah akan ada yang sanggup melabur atas rumah-rumah angan-angan tersebut.

Kerajaan perlu buat sesuatu supaya HAK PEMBELI lebih terbela.

Tanpa Nama berkata...

Aku mengalami nasib sama...nak miliki rumah sendiri pun nak kena gamble...riba' lg, mana nak berkat. umpama nyanyian M.Daud Kilau: "Many people crazy gamble". Mmg crazy rakyat dibuatnye.
Drp,
ridwan (loan cukup2 dpt bli rumah yg kawasan jauh drp tempat kerja)

akulafix berkata...

1.betul ckp kau tu,nak beli rmh ni kena gamble.
2.aku pun ada terjenguk-jenguk salesman pomot rmh kat giant/tesco nih..tapi sohih mahal melampau(yg aku tgk la)
3.rmh abg aku xsiap dh dekat 5thn.(sapa nak jwb)developer talam 2 muka.

tapi bagi yg berduit,dorang beli rumah byk2, pastu bisness sewa rmh..ni yang aku jeles nih.

Cik Lily Putih berkata...

sangat setuju dengan entry nie. hampir kene tipu dulu, nasib baik beringat

Aslina berkata...

selalu camni kan...

dalam berita pun banyak kali jugak kuar citer umah terbengkalai, pengguna kena pressure dengan bank untuk terus bayar, janji siap, tapi semak samun je yang ada, developer lari, developer taknak jawap apape...

banyak berat sebelah pasal hal camni... siyes memang pengguna jenis berani-mati atau suka amik risiko je boleh beli umah untuk investment jangka panjang ni...

haih... bukak surat khabar tengok harga umah yang kena lelong2 tu pun bleh buat sakit jantung jadinye... tu kena lelong tu... kalo umah dah siap betul harga tak hengat plak... kalo nak murah2 pun kene dalam kawasan yang belum membangun... nak tunggu kawasan tu membangun pun mau kena tunggu 5-6 tahun... haih...

nak beli umah pun dilemma kan?

Bingai @ Bangang berkata...

Dah dua kali aku beli rumah tapi takda masaalahpun. Mungkin rezeki Allah berikan.

Rumah pertama aku beli di seksyen17, Shah Alam tahun 1984. Ajak kawan-kawan beli kat situ tapi ramai yang tak nak. Katanya jauh dari KL (masa tu aku kerja kat KL). Aku cakap ramai yang duduk Seremban dan Bentung tapi berulang kerja ke KL. Masa aku beli rumah tu dah siap tapi tak laku masa ekonomi merosot. Beli RM35,000.00 sahaja rumah teres murah yang aku mampu ketika itu.

Rumah kedua tahun 2008 di Seksyen 24 Shah Alam. Masa tu rumah tersebut tunggu jalan siap dan CF. Aku ajak kawan-kawan gak masa masih banyak kosong. Semua tak hendak sebab katanya kawasannya tersorok. Hehehehe.... Aku kata highway nak buat tak lama lagi kat situ mereka tak percaya. Tak sampai 2 bulan lepas tu kerja buat Highway LKSA dimulakan dan kawan-kawan kelamkabut nak beli rumah tapi dah habis kerana PKNS buat promosi beli rumah dapat cabutan nombor bertuah.

Dari dua peristiwa di atas aku rasa ramai yang terlalu memilih rumah dan lokasi. Harga sebenarnya bukan masaalah sangat kerana ramai kawan-kawan aku tu pakai Honda Accord, Harrier atau MPV sedangkan aku masih pakai Wira yang dah berusia 8 tahun tanpa overhaul lagi walaupun duduk rumah RM250,000.00. hehehehe

Tips membeli:
1. Beli rumah yang 60% siap
2. Nilai kawasan jangka panjang bukannya jangka pendek.
3. Nilai rumah mengikut kemampuan semasa bukan kerana nak berlagak atau nak selesa (alasan)
4. Selalu tengok promosi di akhbar dan lihat perancangan masa depan kawasan yang berhampiran. Mungkin rumah di kawasan yang berhampiran lebih sesuai daripada projek yang dipromosikan.

Tips memilih:
1. Pilih rumah yang mengadap matahari terbit supaya cahayanya masuk membawa keberkatan sebelah pagi di pintu hadapan.
2. Kalau rumah tengah (teres) cari yang paling hampir dgn corner lot supaya senang bila kenduri kendara.
3. Kalau rumah teres, cari yang tidak berhadap-hadap. Senang parking kereta seberang jalan. Kalau jenis berhadap-hadap, ramai yang meneropong tingkap bilik yang terbuka. hihihihi

aku yang bingai

pSp berkata...

Menteri hanya pandai cakap...1st pengguna mesti bijak & 2nd pengguna mesti menggunakan kuasa mebeli...tue jea diaorg tau,padahal menda mcm nie budak sekolah rendah boleh cakap

aitotyati berkata...

salam mantot,

belilah rumah di melaka.

hanya bila rumah dah siap baru pemaju boleh jual (^_^)

Unknown berkata...

mantot,

cerita pasal rumah terbengkalai ni aku memang meluat. kerajaan ada kuasa yg kuat nak buat mcm2 akta/undang2 utk melindungi pembeli. selama lebih 50tahun berkuasa kenapa kerajaan tak buat sesuatu yg konkrit. cuba fikir kenapa kerajaan boleh bagi soft loan pada syarikat kroni utk buat highway? kenapa sistem yg sama tak diamalkan utk property developer khususnya yg membina rumah uk rakyat? kalau duit cukup projek tak akan terbengkalai. kalau takut developer songlap duit loan suruh depa bayar deposit 50% pada kerajaan baru start projek hahahha

zaid berkata...

sekarang banyak YB2 dah ade tuit, fesbuk. mungkin boleh btau kat derang tentang undang2 yg lindung pembeli ni?

aku setaun lg grad. hmm. camne la agaknye nanti.

Nurul Binti Ibunya berkata...

baribaribaribaribaribaribaribariba

so pe guna jadi orang islam kalo tak bersuara akan benda mugkar cik anon?

ederq berkata...

apa2 pun aku rasa kena tengok developer's background. check previous project dorang macam mana. kalau awal2 yg mcm nak kencing je keja. memang lah susah nak caya. lagi 1, rumah yang dorang dok selalu buat road show kat mall tu semua selalu sebab susah nak laku kot. kalau yang laku tu kejap je launch dah zass habis.
good luck cari rumah yang best!

mamdoh berkata...

.: tak boleh blah ayat psl PM, hahaha. kdg2 kesian mamdoh tgk dia, tpaksa jaga negara yg dah "rosak". ada pula menteri2 yg "rosak". tak sapot menteri, nnt dia sbg ketua akan "djatuhkan". cuak pulak dia. menteri pun bangang, ikut sedap mulut je nak decide, takde memikirkan dia tu agama apa. rakyat pulak xreti2 nak independen berdikari, mghrp menanti subsidi je dr zmn merdeka. pastu, negara dtadbirnya Islam, tp dia "xdpt" nak mengislamkan negara dan ahli keluarganya sendiri. beratnya tanggungn seorg PM. yg jd mangsa, 1Malaysia.
:-(

mmg dah zaman kami remaja skrg, dpt yg hampeh2 aja. mcm2 addaaa. mudah2an kita semua kekal dalam iman dan dmatikan dgn beriman kpd-Mu ya Allah, Amin.
:.

Bingai @ Bangang berkata...

ramai yang salahkan kerajaan bila beli rumah pastu terbengkalai. seperti yang aku kata di atas, beli rumah yang 60% siap atau 100% siap.

yg banyak berlaku ialah baru buat pelancaran saja dah berlumba isi borang booking sebab dengar
1. kawasan tersebut hebatlah,
2. nilai jualbalik akan naiklah,
3. harga akan naik kalau tak beli sekaranglah,
4. lepas ini tak dapat lagi rumah macam ini dengan harga beginilah dan macam-macam lagi.

Cuba kalau semua boikot beli rumah masa pelancaran. Kemungkinan harga rumah tersebut akan turun adalah tinggi.

Kalau beli rumah 60% siap pun terbengkalai, pembeli boleh berunding untuk meneruskan pembinaan dengan pemaju baru atau pakat-pakat sambung sendiri. pakai atap nipah ke atau atap zing ke. Dinding tu bleh letak buloh buat sementara. Cukup tempoh sepatut rumah siap, pindah tetap pindah. tak bagi rempoh ramai-ramai. Lepas tu samanlah pemaju sebab rumah tu tetap rumah kita gak tapi kalau baru pecahtanah rumah dah abis terjual dan pemaju bungkus nak tuntut ape?

Janganlah:
1. kene tipu cabutan bertuah kat rumah salahkan kerajaan sebab tak pantau
2. Kene tipu MLM salahkan kerajaan sebab tak pantau
3. Kene tipu skim cepat kaya salahkan kerajaan sebab tak pantau.
4. Kene tipu dan sakit kronik beli ubat keras salahkan kerajaan sebab tak pantau.
5. Salah pilih bini/laki pun salah kerajaan sebab tak pantau internet

Kelemahan pentadbiran kerajaan seharusnya kita tegur tetapi kebodohan kita membuat pilihan perlu diambilkira dan diperbaiki.

aku tetap seorang yang bingai

mesut oezil berkata...

antara pemaju2 yang OK track record nye:
1. Island and Peninsular
2. IOI
3. IJM

nationalistpunk berkata...

kesiankan jadi rakyat Malaysia


kita sama2 doa bala turun kat negara ni,orang2 kerajaan yang buat undang2 bodoh dan tidak melindungi rakyat ni semua mati

pastu dalam kubur mereka seksa

pastu kat Padang Masyhar dorang seksa lg

pastu kat Neraka dorang seksa lg

Tanpa Nama berkata...

mcmna melayu nak maju asyik ada hasd dengki..cuba tengok cina support orang sendiri..india pun sama,,melayu?adakah?paling banyak nak jatuhkan orang sendiri adalah..betullah kata orang,malaysia bakal dijajah..