Februari 28, 2009

Sebuah Band Parody atau Band Serius?



Satu hari,aku tengah tengok TV kat Astro Ria,keluarlah video klip lagu ni kat TV.Lagu ni sekali dengan video klip dia mampu membuatkan aku ternganga sekejap,kemudian aku meluat,pastu jadi hangin lak.

Tapi aku tak tau la apsal boleh tengok video klip ni sampai habis.Mungkin sebab tu aku boleh tengok movie Dead or Alive dan Street Fighter lama sampai habis,jiwa aku sukakan benda parody-parody yang mampu mentertawakan diri sendiri.Video klip group Butterfly ni dan lagu yang dimainkan tu membuatkan aku bertanya,mcm mana band camni boleh wujud?Adakah mereka sedar lagu dan effects2 video klip itu membuatkan band mereka nampak "cap ayam."

Nasib baik ahli-ahli band ni nampak cute,cume takde la secute penyanyi Estrella.

Permulaan Hidup Yang Lebih Ceria

Aku membuat makeover ni sebab aku dah bosan dan dengan harapan warna-warna ceria dapat dimasukkan ke dalam hidup aku dan aku rasa aku dah nampak,memang Kerajaan kita bagus.Aku dapat merasakan aku dah mempunyai semangat patriotik dan iltizam yang sangat tinggi.

Terima kasih kepada Kabinet kita kerana menarik balik kenaikan tol "atas permintaan rakyat."Terima kasih juga kepada Pak Lah yang merasakan kenaikan tol itu tidak patut dan tidak ada kena mengena langsung dengan pilihanraya-pilihanraya kecil yang akan berlangsung.Mungkin pada Pak Lah,rakyat dapat menerima kenaikan itu,ya,aku rasa majoriti rakyat lebih suka harga tol yang lebih tinggi.

Terima kasih lah kalau Kabinet assume pandangan rakyat akan berubah selepas Kerajaan menjadi Hero menyelamatkan rakyat selepas pengumuman kenaikan harga tol atas kontrak dengan syarikat-syarikat konsesi yang memang berhak mendapat untung berjuta-juta ringgit itu.Ya Pak Lah,selepas sehari announcement naik,esoknya terus ditarik balik,anda memang hebat!Kabinet meluluskan sesuatu benda dan tiba-tiba anda kata perlu ditarik,anda memang sangat berkuasa sebab anda kepala Kabinet.

Aku rasa memang bagus syarikat-syarikat konsesi lebuhraya ditubuhkan sebab kerajaan kita memang tak mampu nak menanggung beban mengawal selia lebuh raya sekitar negara.Memang satu langkah yang sungguh prihatin.Dan tahukah anda kenapa kita harus berterima kasih lagi kepada Kerajaan Malaysia?Kerajaan kita memperuntukkan RM270 juta untuk membayar syarikat-syarikat konsesi itu setiap tahun untuk menjamin harga tol tidak dinaikkan.Itu belum masuk lagi RM300 juta yang dipakai untuk Monsoon Cup.Kalau dicampurkan sekali,masya Allah,murahnya tol kita.Mungkin kita lalu tol untuk ambik duit pulak.

Terima kasih Barisan Nasional!
Tanpa perancangan sepandai ini,sudah tentulah sistem jalan raya kita hancur,berlubang sana sini.Wujudnya syarikat2 konsesi ini berjaya memastikan jalan sentiasa berkeadaan baik dan tidak berlubang.Aku lalu kat highway aku tak pernah risau lubang ke kayu ke,kadang-kadang jalan sambil pejam mata sebab jalan tu cantik dan rata sangat.

Jadi,apa lagi yang kita mahukan?Tak reti bersyukur?Bertukarlah sekarang kepada Barisan Nasional,hanya Barisan Nasional dan Barisan Nasional sahajalah yang reti memimpin negara kita.

Sebuah lagi projek Kerajaan Barisan Nasional!

Februari 27, 2009

Kenapa Jalan Malaysia Selalu Jam?




Gambaran A

Gambar menunjukkan pergerakan traffik yang agak kelam kabut sebab kereta yang nak masuk ke kiri tidak di berikan laluan oleh kereta yang hendak masuk ke kanan sebab biasanya jalan memang akan tiba-tiba menjadi sempit dan mengakibatkan akan ada stuck lah dekat tengah-tengah tu.Ini bukan cerita pasal sapa bagi laluan kat sapa sebab ada biasanya kalau kereta tu dah berjaya masuk ke simpang kiri,akan adalah traffik kat depan tu.Bila lampu merah,semua berenti mengakibatkan barisan panjang yang menghalang lalu lintas dekat jalan besar tu tadi.

Contoh Jalan - Exit Pandan Jaya MRR2 menghala ke Gombak dan susur keluar ke Jalan Semarak dari Jalan Ampang

Gambaran B

Gambaran B pulak menunjukkan satu lagi contoh betapa hebatnya perancangan jalan di Malaysia ni apabila jalan yang sangat lebar dan aku sendiri tak sure berapa banyak lane tiba-tiba menjadi sempit untuk orang ramai beratur membayar tol.Ada yang berebut nak masuk lorong Smart Tag,Touch and Go dan ada jugak yang tersilap masuk lane baru kelam kabut nak pilioh lane betul.

Contoh Jalan -
Tol Sunway (Hell On Earth Every Morning) dan Plaza Tol PLUS Jelapang (sebelum di betulkan,itupun lepas dah beberapa ratus kali orang eksiden langgar toll booth sebab bile nak masuk tol tu memang turun bukit jadi ada kemungkinan kelajuan tu agak tinggi)

Gambaran C

Ni aku tak tau kat mana lagi ada camni tapi kalau penduduk Cheras boleh kenal la jalan ni kat mana.Ni lah antara traffik jam paling teruk setiap hari lepas office hour,Taman Connaught,Cheras.

Kenapa jalan ni jam teruk?Sebab kat bahagian dalam jalan tu (lepas U-turn masuk kiri) ada jalan tanpa tol yang membolehkan anda ke Kajang,Balakong,Serdang,Cyberjaya,Putrajaya dan area-area taman dalam tu.INI ADALAH SATU-SATUNYA JALAN YANG MEMBOLEHKAN ANDA TIDAK MEMBAYAR LANGSUNG SESEN PUN DUIT TOL.

Orang Kajang,orang Semenyih,orang Cheras,orang Langat,orang Balakong dan lain-lain berpusu-pusu lalu jalan ni.Apa yang menyebabkan jam tu?Sebab ramai yang akan buat u-turn nak balik rumah kat tepi tu.Bila ada yang tak nak beratur dan potong queue,dia akan block jalan orang yang nak straight tu dan biasanya,queue tu memang panjang.Kemudiannya,kalau dah lepas u-turn tu,ready la pulak nak berebut nak masuk simpang kiri tu sebab selalunya memang dah ada queue.

Itu belum cerita masa hari pasar malam paling panjang kat Malaysia,seumur hidup aku,itulah pengalaman pertama aku bawak motor dan sangkut dekat traffic jam 1/2 jam.AKU SERIK BALIK KERJA DARI DAMANSARA SETIAP HARI LALU IKUT SITU SELAMA 3 BULAN (masa tu jalan belakang ikut kawasan perindustrian bandar tun razak tak bukak lagi)

Adakah kita nak salahkan pemandu negara kita yang kebanyakannya bawak kereta macam uncle dia punya jalan atau mat-mat motor yang menyelit merata-rata,cilok sana sini atau kita nak salahkan perancangan jalan kat Malaysia ni?Aku pun tak tau.

Yang aku tau,tol is not a necessity,paying toll is an option.Kerajaan sepatutnya menyiapkan prasarana jalan percuma yang terbaik dahulu.
Cube tanya orang Puchong best ke bayar tol tiap-tiap hari kalau diorang kerja area Cyberjaya/Putrajaya.Bagitau aku mcm mane aku nak pegi Sunway tanpa kena bayar tol.Dah la tol bayar untuk satu hala.Balik rumah kena bayar lagi.

Option tu takde,sebab kerajaan tak pernah bagi.Kalau ada pun,jalan yang ada tu sangat lah jauh dan sangat menyusahkan.Seolah-olah memaksa kita sebagai pengguna lalu tol dan bayar tol.

Betulkan dulu sistem pengangkutan awam,betulkan dulu jalan-jalan yang sepatutnya disediakan secara percuma.Lepas tu baru lah fikir mcm mana nak buat highway mewah yang buatkan orang lalu rasa berbaloi bayar tol.Sebab kebanyakan tol dalam bandar Kuala Lumpur ni,kita sekadar bayar aje lah,takde point kita bayar tu.

Infrastruktur optional,semuanya target nak taraf world class.
Tapi basic infrastruktur tak pulak nak usaha jadikan world class.


Gadis Melayu Bahagian 2


Aku nak sambung ceritakan pasal satu benda je lagi.Ni last.Bukan pengalaman orang lain tapi pengalaman aku sendiri.Ni sebuah cerita yang dah lama dah terjadi.

Pada suatu hari yang tenang,aku ada kelas waktu petang.Dalam pukul 2.30 camtu.Memandangkan waktu tu dah hujung2 semester jadi aku pun fikir la,conduct kelas dekat luar kelas dah la,takyah pakai lab sebab aku hanya nak brief student aku pasal assignment.

Jadi aku pun buat la kelas aku dekat sebuah pangkin kayu yang boleh la memuatkan semua student aku yang pada hari tu seramai 11 orang.Aku duduk la tengah-tengah dengan gaya mcm chairman meeting.Sekeliling aku ada lah beberapa orang student,kebanyakannya perempuan.Seorang aje lelaki.

Ada lah seorang student aku ni yang duduk sebelah aku.Perangai dia ni memang agak menonjol sket sebab kalau compare dengan student-student lain,dia ni agak berani sket,agak fluent cakap English dan nampak agak kebaratan sket.

Jadi aku pun brief la student2 aku apa nak kena buat pasal assignment.Brief pun selesai,lepas tu tengok masa ada lagi aku pun duduk je la situ borak2 ngan diorang tanya nanti internship kat mana.Diorang pun layan je la aku borak memandangkan diorang takut dengan aku,hahahha.

Tiba-tiba daripada pertanyaan2 mengenai perihal internship bertukar mengenai sama ada aku single atau tidak."Kepala hotak korang tanya benda2 camtu.."fikir aku dalam hati.Aku gelak-gelak aje la dan aku cakap aku ade gelfren 4 orang.

Tetibe,aku terasa ada satu tangan membelai peha aku sekali lalu."Uish..bior betol minah ni,takpe2,rilek2..." fikir aku untuk meredakan perasaan amarah dan geli-geli.

Lepas aku buat tak tau tu,dia buat lagi sekali."Haram jadah!"fikir aku dalam hati.Aku rasa dinodai jadi aku pun tengok student aku tu dan aku cakap kat dia "Dah,jangan buat camtu lagi!"

Student aku tadi diam dan kawan2 dia yang lain terpinga-pinga tak tau apa yang terjadi sebab tangan dia ditutup bawah meja dan aku tak rasa ada orang lain nampak.Aku buat muka cool dan aku cakap semua boleh bersurai.Masalahnya,student aku sorang ni boleh berlagak macam biasa,takde apa2 yang berlaku.Aku tak paham kenapa dia berani buat camtu?Mungkin kerana wajah aku yang seakan-akan Jason Segel atau mungkin kerana aku ni memang dilahirkan semula jadi adorable macam teddy bear.

Jadi,apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah..entahlah.Korang fikirlah sendiri apa point cerita aku ni.Mungkin kiamat memang dah dekat.

Februari 26, 2009

Berita Gembira Untuk Anda Semua


Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Nasib baiklah aku belajar tak tinggi dan bodoh,sebab tu lah aku mampu bawak motor aje.Takde la aku kena bayar tol -tol ni.Eh,kalau lebuhraya PLUS tu naik per kilometer,maknanya 10 kilometer kite bayar RM8.60 ke?Gile babi mahal.

Thanks For The Very Good Reply

at first i feel u r loaded with so much ideas, but after a few times i browse to ur blog, i find it u r such a negative person whom trying to manipulate the other ppls weaknesses.though it's a personal thought from u,but i really think, not all the national agenda consists a bad hidden agenda. i really surprise when u r so emotional with our first national MPV name, yeah u r right it has a feminine side in terms of name but dun you think we should support our local brands in order to get through all challenges that come forward.

we r in the process of build up the nation, thus to keep us running high and high you and the others should give a hand to support malaysian stuffs and not vise versa. But what ever it is im really proud because ur blog are generating the thinking process among ur server.good luck.keep pen ur ideas and thought.


Thanks for the great reply!

it's not just about the national car makers,this is just one of the few example i always used to show as a way to properly explained my views.we do know who is the people behind the idea of a national car maker,let us look at whether they are actually supporting Proton,like us,the rakyat.

If we look at Proton,the main supporter is the people,right?is that enough?is it right for the "chosen few" to ask the rakyat to support the national car while they are actually using some other brand.They were asking the rakyat to be patient and be kind to Proton but they are cruising around with their Rolls Royce and their Mercedes.

where's the support from the pak menteri's?

is it because their income could afford them BMW and Ferrari,they forgot to support the national car and the rakyat with the lower income bracket,they can only afford a Proton because of what?

Because the government said so!That is the thing that I am going against.

We are not given choices.We are forced to pick Proton if we cannot afford other brands.How do they force us?The tax rate for international car in Malaysia,we are the 2nd highest being tax for vehicle price.

Nobody ever come up with an answer for this question...

why do other car maker can actually sell their car at the same price level with proton cars while maintaining a much much higher quality on the international market?we do realize that the difference between the market price of suzuki swift and proton savvy in Australia is actually quite minimal.

here in Malaysia?

we do know that for Proton to really penetrate the MPV market in Malaysia is to offer a similar quality product but with a much cheaper price.The question is can they do it man to man,same price,same quality,no taxes to other kind of MPV (without editing the other MPV price to be much higher just to make sure Proton Exora looks much more afforable?)...

Can Proton prove themselves or they will have to ask the government to raise the import tax for the foreign mpv brand just to get a foothold in the MPV market here?

And I don't want to start complaining about the unfair market for the motorcycle lovers,the toll gate blocking the road and the horrible-horrible public transport.Do remember that if you are driving a foreign car,you are also paying the government taxes while you are paying the absurd toll collection.Where does all this money go?

Oh,before I forgot,sorry if I do sound a bit negative lately.I got alerted by one of the reader that my posting lately is kinda "emo" sounding.There's a reason to it but I don't think it is suitable for me to voice it out here.I don't want to offend "the soon to be PM best buddy."

And I don't have any interest for money or power,I don't want to be a politician.I just want to make sure that anything wrong being done in Malaysia is not being spoon fed to the rakyat as "patriotism spirit."

Thanks for the encouragement and keep commenting.

Christiano Ronaldo Pun Naik Air Asia


Kita boleh dengar cerita pasal kejatuhan ekonomi,kemelut ekonomi,orang dibuang kerja,harga saham merudum...mungkin betul la kot bak kata orang-orang kuat kerajaan,kita terlepas daripada kejatuhan ekonomi sebab kita telah pun bersedia dan ekonomi kita punya orang bijak pandai menguruskan masalah negara kita.

Bayangkan,
AIG,sebuah institusi perbankan di Amerika menarik diri dari menjadi penaja jersi Manchester United.Kita bukan bercakap pasal Bank Simpanan Nasional di sini..kita bercerita mengenai badan perbankan nombor 18 terbesar dunia.

Sekarang siapa pulak yang bersemangat nak taja Manchester United?Air Asia.Tak cukup dengan penajaan rasmi airline Manchester United,mereka di datangi jemputan Manchester United untuk menjadi penaja dan nampak benar Tony Fernandez suka betul,memang eager nak taja.Mungkin benda ni menguntungkan dari segi ekonomi tapi inilah masalah Malaysia sebenarnya...khidmat yang ditawarkan takde lah sehebat mana,yang penting benda tu laku dan popular.

Hebat kan Malaysia?Pernah ada bangunan tertinggi dunia tapi sayang banyak ruang kosong dalamnya.Punya litar F1 antara terbaik di dunia,sayang ramai lagi yang tak mampu beli kereta nasional lagi.Ada sumber dan hasil yang kaya,sayang yang menguruskannya kerajaan berotak kera.

Kat Malaysia,paling penting kita popular.
Servis dan khidmat,belakang kira.Asal popular tu dah kira bagus.

Februari 24, 2009

Raja 12 Hari,Raja Roslin Hashim dan Zarina Ann Julie Dalam Keadaan Paling Sopan


Roslin Hashim,"jaguh" badminton negara sudah pun berkahwin pada 30 Januari 2009 dan untuk menunjukkan kegigihannya dalam memecahkan rekod negara,dia telah pun bercerai pada 11 Februari 2009 (cek balik tahun tu,tahun yang sama tu ya!)

Ya,inilah dia Jaguh Negara.Contoh yang patut diikuti oleh anak-anak kecil.Bet dengan aku,Lee Chong Wei kalau dia kahwin dengan Wong Mew Choo nanti,akan berkekalan lebih 12 hari.

Jadi,rekod baru untuk Roslin.Takde sesiapa nak bagi Datuk ke dekat dia?Hahahahhaha.Burn RM15,000 camtu.Baik bagi aku,boleh aku kahwin cepat sikit.

Alasan dia cerai,tak rasa dilayan dan dihormati seperti seorang suami....isk..kenapa lah ko tak smash aje bontot ex-bini ko tu,tunjuk dia sikit siapa suami....

Oh,untuk meneruskan gosip artis hari ni..
Sebagai bonus aku letakkan sekali gambar Zarina Ann Julie yang paling sopan sekali,sebab dia pakai baju...tah apsal dia ni popular sangat pun aku tak tau.Tak kena banned ke dia aa?


Ini adalah gambar Zarina Ann Julie yang paling sopan aku jumpa.Gambar camni aku rasa ibarat dia memakai tudung dan menutup aurat.Pelik betul rasanya bila melihat seorang artis yang tak suka berbaju memakai baju lengkap dan pakai tali pinggang.

Kalau boleh,gambar lepas-lepas ni,pakai tali pinggang sahaja,OK?

Februari 23, 2009

Kita Adalah Lowest Common Denominator


Ada perkhabaran yang konon-kononnya akan menggembirakan rakyat (kononnya).Siapa mahu beli kereta baru?Jual kereta lama anda untuk tujuan penglupusan dengan harga RM5 ribu.

Wow,RM5 ribu!Banyak diskaun tu!Sayangnya aku kepada kerajaan Malaysia kerana prihatin dengan permintaan. Okeh,sebelum benda ni jadi satu kenyataan,kita tengok kat sini senario Malaysia :

1) Kerajaan tidak akan membuat satu dasar yang tidak menguntungkan mereka,everything is business."I must have more and more eventhough you have to die" atau "perah rakyat sampai kering asalkan kami hidup selesa"

2) Negara kita mempunyai pengeluar kereta dan terlalu banyak kepentingan orang2 yang berasa diri mereka ini bangsawan dalam syarikat-syarikat automobil tempatan.

Kena faham,Rm5 ribu yang akan dibayar ni adalah untuk memastikan peningkatan semula jualan kereta di Malaysia.,itu tujuan asal merekaJadi,kerajaan cuba menggalakkan rakyat menukar kereta lama dengan kereta baru.Tapi takkanlah semudah itu kan?Ini Malaysia lah!

Ramalan aku :
1) Kerajaan memperkenalkan diskaun RM5 ribu dalam bentuk rebet untuk membeli kereta-kereta nasional sahaja (ni yang paling realistik)
2) Kerajaan memberikan anda kad minyak RM5 ribu untuk anda gunakan
3) Kerajaan memberikan anda kad Touch and Go dengan nilai tambah RM5 ribu untuk anda gunakan
4) Kerajaan berikan anda nilai Rm5 ribu dalam bentuk motorsikal Modenas

dan seterusnya...apa-apa aje lah cara supaya nilai RM5 ribu tu dikembalikan dekat diorang balik.Nampak tak apa aku cuba tunjukkan?Kenapa diorang takleh nak buat benda yang terus terang dan menguntungkan rakyat sekali-sekala?

Jadi,kita cuba tengoklah nanti,pihak mana yang dapat kontrak penglupusan kereta tu.Tak mungkin lah semua kedai boleh sertai benda ni,mesti akan wujud tender2 syarikat penglupusan kereta nanti.Boleh buat untung dari situ makan duit peruntukan yang kerajaan keluarkan untuk wujudkan syarikat pelupusan yang "bertauliah"

Mungkin ada orang akan nampak benda ni menguntungkan sebab ye lah,kereta buruk anda nak tolak kat kereta 2nd hand mesti lah kurang dari 5 ribu tapi percayalah...Tak mungkin kerajaan Malaysia buat sesuatu akta tu tanpa menguntungkan poket mereka sekali walau macam mana pun suci niat diorang.Semua benda mesti ada untung kalau rugi, buat apa nak buat?

Jadi,mungkin ada orang yang akan untung kalau benda ni betul2 terjadi tapi cuba kita tengok,walaupun anda untung sket RM2 ribu ke Rm3 ribu,yang untungnya nanti INSYA ALLAH orang-orang yang punya kepentingan.

Jadi,apa yang kita boleh buat?Tah lah,orang kecoh-kecoh suruh boikot Israel lah ape lah dulu,apa kata kali ni kita semua try aje buat sekali...

JANGAN BELI KERETA NASIONAL BERJENAMA PROTON,PERODUA DAN NAZA

Kita tengok pulak apa reaksi diorang dan langkah2 pencegahan yang diorang ambik.Lemak la jual apa2 pun rakyat beli aje,memang untung je la memanjang.Jadi aku rasa kalau anda tak suka dengan cara pentadbiran Malaysia ni,gunakan kuasa anda sebagai pengguna...

JANGAN TERGILA-GILA BELI KERETA NASIONAL TIAP-TIAP KALI ADA MODEL KELUAR.DIORANG BERANI BUAT CAMTU SEBAB DIORANG DICTATE PASARAN,DIORANG TAHU DIORANG TAKKAN RUGI.

Perasaan takut dalam berniaga tu dah hilang.

Jadi,simpan kereta anda yang buruk tu dan gunakan sampai dia takleh jalan lagi dah.Kita tak pernah buat camni kan?Diorang tak pernah rasa kena lawan camni jadi apa salahnya kita cuba.Mana tau berkesan.Pengeluar kereta nasional perlukan kita rakyat Malaysia jadi apa salahnya untuk masa akan datang,kita pastikan diorang dengar cakap kita.Kita sebenarnya SANGAT BERKUASA cuma ada antara kita yang tak sedar,RAKYAT SEBENARNYA SANGAT BERKUASA.

Adakah aku tak patriotik?Aku patriotik kot kalau dalam hal-hal yang tak melibatkan UMNO dan Barisan Nasional.Sokong UMNO sekarang bukan satu bentuk patriotisme lagi.

Februari 22, 2009

Terapi Jiwa

Kepala aku takleh berenti berfikir.Macam-macam aku fikir.Fikir pasal kewangan,fikir pasal kerja,fikir pasal masa depan.Jadi,satu weekend ni aku habiskan dengan menonton movie,aku malas nak keluar,aku malas nak berfikir apa-apa,biarlah otak aku hanyut dengan dunia filem yang mampu membuatkan aku lupa sekeliling aku.Dah lah Astro aku mcm kena potong aje,tak paham lak aku,bulan lepas aku dah bayar dah,takleh aku tengok bola.

Jadi,daripada hari Sabtu sampai sekejap tadi,aku dah tengok :

Max Payne -
Boleh tahan la cerita dia walaupun kalau compare Max Payne filem dengan Max Payne dalam game,jauh lebih macho Max Payne dalam game.Aku hanya menyampah tengok pelakon dia.Tak kena.Jalan cerita ok la.Mungkin sebab aku tak berapa expect sgt cerita ni best jadi dia turn out OK.Aku terhibur (6/10)

Slumdog Millionaire
Sebuah cerita yang simple,mungkin tidak se-epic City of God,tapi sebagai seorang pengikut Danny Boyle,aku boleh nampak persamaan cerita ni dengan filem dia bertajuk "Millions" di mana tema kali ni adalah lebih kepada mencari takdir seseorang,manakala "Millions" pula lebih kepada imaginasi seorang budak mengenai Tuhannya dan dalam kedua-dua cerita ditunjukkan watak utama dapat duit berjuta-juta.Sebuah cerita ringkas yang panjang dan mampu membuatkan anda tersenyum lalu merasakan dunia ini indah.(9/10)

Toy Story 1 dan 2
Apa lagi yang aku boleh katakan lagi,aku gilakan kartun.(10/10)

Old School dan Talladega Nights
Sebuah komedi lawak Will Farrell dan geng-geng dia.Old School mengisahkan bagaimana orang dewasa cuba mengembalikan hidup zaman muda mereka dan Talladega Nights pula sebuah komedi klasik yang penuh dengan lawak spastik dan iklan-iklan yang menjadi sebahagian daripada rutin hidup seorang pemandu kereta Nascar.Berbaloi tengok Talladega Nights hanya untuk melihat Sascha Baron Cohen. (8/10)

The Constant Gardener
Ooh,apa yang aku boleh kata pasal filem ni...
Selepas menonton filem ni,membuatkan aku terfikir,sebenarnya memang logik benda-benda macam dalam filem tu terjadi,contohnya apa yang berlaku kepada Tessa (Rachel Weisz) telahpun berlaku di Malaysia ke atas seorang gadis Mongolia bernama Altantuya.Hanya demi menentang golongan-golongan berkuasa,terlalu ramai golongan rakyat biasa yang menjadi korban. (9/10)

Fahrenheit 9/11
Ni kali ketiga aku tengok filem ni dan setiap kali aku tengok filem ni membuatkan darah aku meluap-luap naik tengok seorang makcik rakyat Iraq yang menjerit-jerit tengok langit tanya "Ya Allah,mana Kau?Kenapa Kau tak tolong kami?"

Ini realiti,benda betul yang berlaku di Amerika.Bayangkan ada rakyat kita yang berani buat pendedahan begini,mungkin filem tak sempat siap lagi dah kena ISA.Filem yang mampu membuat kita benci dengan orang Arab dan George Bush.(8/10)

Dan aku nak tengok filem Terapi Jiwa aku yang aku akan tengok setiap kali aku emo iaitu Jerry Maguire.

Entah kenapa Jerry Maguire mampu membuatkan adalah sikit semangat nak hidup dekat aku.Mungkin sebab aku suka Tom Cruise dalam tu,mungkin sebab aku suka gila babi dekat Renee Zellweger atau mungkin dalam filem tu ada budak lelaki kecik paling kiut dalam sejarah perfileman Amerika.Entahlah.Aku tak sure dah berapa puluh kali aku tengok Jerry Maguire dan tiap-tiap kali lepas aku tengok Jerry Maguire membuatkan aku merasa tenang.Kalau Jerry Maguire berani berubah,kenapa kita taknak berubah?Kenapa aku tak nak berubah?

Aku takde bende nak tulis pasal politik ke pasal Roslin Hasim kawin 12 hari aje ke.Jadi,aku tulis pasal ni,sebab jiwa aku serabut.Rasa macam takde tujuan.Seolah-olah stuck dekat satu tempat yang ruangnya vakum.Rasa macam seorang yang anti kerajaan,tak suka dengan Perdana Menteri,tapi ko terpaksa kerja dengan Jabatan Perdana Menteri sebab ko apply PTD dan dapat kat situ.

Stuck kat tengah-tengah.
Nak ikut akal ke nak ikut pegangan?

Februari 20, 2009

Komik Hari Ini


Mood aku sekarang hanyalah nak melukis dan melukis dan melukis.Entahlah,mungkin sebab aku emo dan otak aku berpusing ligat
untuk mencari idea membuat lawak mengenai kerajaan.

Komik Hari Ini



Hehehe..kalo ade sesape terase,aku gurau je ni.Pada aku,nama tu terlalu feminin.

Februari 19, 2009

Komik Hari Ini

Mana Kereta Rakyat Malaysia?


Hari ni,aku balik dari ofis,aku lalu ikut Balakong.Sebelum masuk Balakong,lalu Serdang,cuaca masa tu ok aje,tak panas,tak sejuk tapi boleh la.Bila lepas aje Mines tetiba hujan,tak lebat sangat tapi still basah.Aku plan berenti la Jusco kejap bole beli air kotak Milo.

Tengah aku menunggang dengan tenang,ada la sebijik motor depan aku.Aku tengok pembonceng dia perempuan,depan dia laki,suami dia la tu.Jadi sebab dia bawak slow aku pun potong.Bila aku potong,baru la aku nampak,antara pempuan dengan laki tadi terkepit la anak pempuan sorang.Barulah nampak pempuan tadi tengah peluk anak dia sorang lagi,kecik je,siap kepala bertutup lagi,aku rasa dalam 2 tahun camtu,peluk rapat2 sebab tak nak bagi kena hujan.

Aku tak kisah kena hujan,walaupun aku malas nak basuh baju lepas tu tapi bila tengok baby kecik kena hujan,aku jadi kesian.Bapak dia mungkin nak bawak laju sket mane tau sempat lari dari hujan tapi memikirkan risiko dia,dia bawak slow aje la.

Jadi,bila aku selalu nampak benda2 mcm tu,membuatkan aku tertanya2,bangga sangat ke negara kita mampu menjadi antara negara pengeluar kereta tapi masih ada lagi rakyat kita yang terpaksa mengharungi hujan camtu?

Apa yang kita banggakan sangat dengan Proton?Mungkin orang yang mampu beli ada la berasa bangga tapi fikirkan lah orang yang tak mampu beli.Mungkin akan ada yang cakap apsal tak beli kereta second hand?Aku rasa tak patut anda berfikir camtu sebab kita sendiri sudah sedia maklum kereta second hand jauh lebih teruk nak menjaganya compare dengan kereta baru.

Berbalik kepada family tadi,mungkin pendapatan satu family laki bini dalam Rm1500.Kalau diorang beli kereta sebijik contohnya Perodua Viva ke Proton Saga ke,bulan2 paling kurang dah Rm300 terbang.Anak dah 2 orang,ingat murah nak biaya besarkan anak?

Proton boleh keluar slogan "Saga Kereta Rakyat" tapi berapa kerat sangat orang yang mampu beli?Kalau benar2 nak membantu rakyat,kenapa tak dibangunkan sebuah kereta yang betul2 barebone dan jual harga ribu-ribu atau paling kurang,belasan ribu untuk membantu golongan macam ni.Mungkin market tak berapa besar tapi kalau isu patriotik dimainkan bila ada kes-kes orang tak nak beli kereta Proton,kenapa takde pun pihak yang patriotik yang sanggup perjuangkan golongan2 sebegini?

India dah mula dengan projek Tata Nano,sebuah kereta yang sangat2 basic dan target dia adalah untuk family2 macam yang aku ceritakan ni.Harga kereta tu kalau kita convert duit kita,adalah dalam RM7 ribu lebih.Sebuah kereta untuk RM7 ribu lebih!7 ribu bayar bulan2 9 tahun berapa tu?Murah ya amat!

Bayangkan berapa banyak kereta tu akan membantu golongan2 keluarga mcm ni.Selagi Proton hanya gah dengan MPV RM70 ribu atau kereta-kereta yang kononnya punya semangat patriotik tapi masih ada rakyat yang tak mampu membelinya,akan masih ada yang bertanya "mana kereta rakyat yang sebenarnya?"

Jadi,kalau India boleh buat kereta KHAS UNTUK RAKYATNYA ,kenapa kita tak boleh?Adakah kita rasa diri kita terlalu hebat dan mewah sampai lupa sebenarnya majoriti kita ni kais pagi makan pagi,kais petang makan petang?Malaysia tidak perlulah berlagak hebat kalau yang merempat ada merata tempat.

Bacaan Lanjut :
Secret Unveiling of Tata Nano
The World Cheapest Car

Februari 18, 2009

Gadis Melayu Bahagian 1


Satu masa dulu,waktu aku zaman muda,aku baik..err..tak..sangat baik dengan seorang perempuan ini.Agaknya minah ni yang lurus atau aku yang bendul,menjadikan kisah ni sesuatu yang aku pelik sampai sekarang.

Jadi,lama kami berkawan dan aku tegaskan kat sini,KAWAN.Sampai dia percaya kat aku sehinggalah dia boleh ceritakan masalah dia dengan boifren dia.

Waktu tu,aku hanya seorang tempat meluahkan perasaan,ye lah,aku terlalu hensem sampai takde sorang pun pempuan yang berani nak ambik aku buat boifren takut nanti aku bertukar2 pasangan sebab pempuan akan tergoda tengok muka aku yang sangat2 hensem(fikir aku la syok sendiri,nak menyedapkan hati yang lonely)

Jadi,ada satu waktu tu,aku rasa member aku ni bergaduh ngan boifren dia.Aku pun layan aje la cerita dia ikut henfon.Takde la aku terfikir apa2,dengar aje la.Tiba-tiba dia pun tanya aku,"Tot,datang la rumah aku."

"Uish,ape kene minah ni?"fikir aku.Waktu tu aku mungkin sangat2 kudus,seolah-olah bayi yang baru dilahirkan.Jadi,aku pun pegi la rumah dia,sampai sana pukul 8 malam camtu.Aku ketuk pintu dan aku masuk segan2 sebab itu lah first time aku masuk rumah,aku seorang lelaki dan ada 3 orang perempuan.

"Aku ada beli ayam,ko masakkan la resipi ayam amnede tah yang ko cakap tu,"kata member aku ni.Jadi aku pun pegi la ke dapur,masak.Pasal bab masak memasak ni,bole la sket2.Mungkin sebab aku selalu join mak aku masak2,tapi ingat,aku bukan Lelaki Lembut mcm chef-chef kat TV.

Sambil tunggu ayam tu masak dalam periuk,aku pun gi la ke ruang tamu balik.Member aku masuk bilik,mandi.Aku duduk la depan tu tengok TV tah cerita ape tah.Dalam kepala aku bermacam-macam aku pikir.."Apa aku buat ni?"..."Ni lah bende paling bodoh aku pernah buat"...."Buang masa aku datang sini,baik balik rumah main Diablo network."

Dan,pintu bilik terbukak.Keluarlah member aku dengan wanginya dan baju t-shirt dan seluar tidur,ke seluar track suit.Aku tak sure.Aku sedikit meneguk air liur sebab member aku ni lawa orangnya dan mungkin ada sekor dua setan tengah berbisik2 kat aku.Adalah beberapa moment aku terkebil2 sorang2,baru aku teringat ayam aku tengah masak kat dapur.

"Eh jap aa,aku gi tengok ayam,"kata aku.Aku gi dapur,tutup api dan cedok masuk dalam mangkuk.Pastu member aku set table dan kitorang pun dinner la sekali dengan housemate dia.Abis makan,aku duduk depan TV dan dia kat dapur basuh pinggan.Mungkin macam ni la kot kehidupan berumah tangga,fikir aku menggatal.

Lepas tu member aku keluar,gi kat beranda,duduk kat situ tengok pemandangan yang tak berapa indah.Dia ajak aku duduk sebelah dia sekali dengan housemate dia sorang lagi.Kitorang pun borak la apa2 yang kitorang terfikir.Lepas tu housemate dia kata dia mengantuk,masuk bilik dan tidur.Tinggallah aku berdua kat situ dengan dia.

"Tot,aku sejuk.Pinjam ko punya baju sejuk,"kata dia.Aku memang pakai baju sejuk sebab aku mat rempit jadi aku bagi la dia sweater aku.Waktu tu lah satu benda yang aku paling ingat sampai sekarang.Seorang gadis duduk sebelah aku,memakai baju aku.Aku tak tau camne nak gambarkan perasaan aku masa tu,terkagum kejap,wow,tengok indahnya ciptaan Tuhan.Aku ngan dia sambung borak sampai la lebih kurang pukul 11 dan lepas tu aku dah mula rasa2...


....Nak balik.
Sebab aku nak main game Diablo network.Masa tu satu rumah aku main bende tu network.Jadi aku mintak diri nak balik.

Sampai sekarang aku tak paham kenapa dia ajak aku gi rumah dia.Dah lah malam.Sunyi,sepi.Aku salah faham ke,aku perasan ke,pedulik hape aku.Lepas2 tu aku tanya dia,apsal dia ajak,dia kata "saje je.Tak boleh ke?"

TAK BOLEH!Kaum hawa,jangan buat camni sebab tahap pervert seorang lelaki mencanak-canak bila ada seorang perempuan kat sebelah dia,apa lagi bila perempuan tu sedang menyarungkan baju lelaki tersebut.

Pengajaran dia,
Jangan ajak lelaki masuk rumah sebab walaupun anda takde niat apa2 dan ikhlas,lelaki tu ada niat "baik," tidak ikhlas dan dalam kepala dia ada terfikir macam-macam.Kalau waktu tu dia ada bagi aku signal2 yang mengiayakan apa yang aku sedang fikirkan,mungkin..mungkin...adalah berlegar2 kat internet sekarang ni video seorang lelaki mencabul seorang perempuan dekat tepi beranda di Seri Kembangan.

Proton Exora,Keriangan Keluarga

Tak banyak lagi yang kita tau pasal kereta ni tapi dah ada rumours bertebaran dekat internet.Jadi,aku letak je la rumours pasal kereta ni,semua ni tak konfem lagi.

PROTON EXORA :
M-line RM70,400.00
H-line RM74,500.00



Comes with bluetooth/hands-free radio (yes you can plug your hp into the radio)..with caller ID. 8.5″ TFT LCD DVD player @ the 2nd row…for viewing pleasure. Cabin size similar to Grandis. In-dash Gate-type gear lever n self-illuminating meter cluster. Hv separate rear aircond blower. Applies to both variants.

Aku rasa lawa dari segi luaran.Nampak style Proton.Tak nampak mcm sebuah kereta yang terlalu meniru design-design jenama lain.Mungkin kalau Proton announce harga bawah Rm80,000,kemungkinan besar harga yang ada kat atas ni betul.

Agak mahal.Mungkin kalau dalam RM65,00 ke RM68,000 cukup cantik price dia.Mahal ke murah,yang aku sahih,Proton Exora lagi lawa daripada Proton Juara. Cuma kalau boleh,jangan la Proton terlalu sangat bergantung dengan mengharapkan market orang Malaysia aje.Cuba la bersaing.

Satu cara nak tau Proton mampu ke tak bersaing adalah dengan memansuhkan cukai ke atas kereta-kereta import di Malaysia.Baru kita tau sama ada Proton ni bertaraf dunia atau hanya sekadar Jaguh Kampung.

Adakah kerajaan kita takut benar kita tak support barangan Malaysia?Barangan kualiti kita sapot,tapi kalau penutup tank minyak kereta Gen 2 member aku patah senang-senang,sampai bila nak kat takuk tu aje?Tapi,semenjak Satria Neo,Persona dan Saga keluar,nampak Proton ada peningkatan.Jadi,jangan takut nak takluk dunia.

Setakat berani gertak rakyat sendiri buat apa?Pergi la gertak Israel kalau rasa diri sangat berkuasa.

Oh,aku ter-emo pulak.Sepatutnya post ni riang gembira.

Februari 15, 2009

Air Limau Lebih Mahal Daripada Minyak

Komplen daripada Mrs.NR:

Hi… dah berbulan nak menulis tapi agak kesuntukan masa, lagipun tak jumpa cari mana pegi scanner. Hehe. So here goes…

On Sunday, 3 January 2009 my husband and I spent our afternoon at Fitness First The Curve, Mutiara Damansara… lepas dah workout tu lapar pulak rasa… malas nak makan luar sebab dah plan nak masak nanti kat rumah…

so to cure my hunger pang we went to this bakery,to buy 1 sausage bun, 1 egg tart and 1 drink, and to my surprise, this is the amount that we have to pay…

Can you believe it? RM 4.50 for a bottle of drink, that costs only RM 2.00, kat kedai 7-Eleven kat sebelah tu. (lepas dpt receipt trus pegi check harga that bottled drink kat 7-E) The same exact drink!!! Do your own calculation. So, kami berjanji takkan beli apa-apa air kat kedai tu dah.


Komen - Harga memang cekik!Tapi tu memang taktik biasa mana2 kedai makanan aa,jual air botol yang dah mark up price gila-gila.

Apa yang aku buat,contohnya kalo aku makan kat kedai yang air dia mahal,aku gi beli air dulu kat kedai runcit.Sebab katakanlah aku order air soya,satu gelas Rm3.Aku beli kat kedai runcit,satu tin RM1,50.Takde beza.Yang beza tu cuma dia tolong tuang dan taruk ais.Tak pernah pun aku kena sound sebab buat camtu walaupun aku makan kat kedai.Mungkin sebab diorang takut tengok aku kot...

Jadi,Tips untuk hari ini -
Biasanya air2 botol dan tin yang dijual dekat bakery memang mengarut harganya.Jangan beli kat situ.Cuba carik alternatif lain.Beli makanan mcm roti,OK..beli minuman..jangan.Sebab minuman ni diorang pandang macam side income.Kalau ada orang beli,ok,takde pun takpe.Jadi,price tu agak tak berapa nak dijaga.

Selalunya bakery2 ni,diorang mark up harga tinggi sebab barang tu datang kat diorang sebagai end customer,maksudnya harga air diorang beli tu sama harga dengan apa yang kita pelanggan biasa beli.Diorang gi supermarket,beli ikut market price.Pastu jual.Sebab aku pernah nampak dekat satu bakery ni,diorang bawak plastik Carrefour,dalam tu penuh air.Susun dalam peti sejuk dan jual.Satu bakery kat Alamanda.Carrefour ada sebelah tu aje.

Harga?Melambung tinggi sebab nak cover kos bawak beberapa meter tu.

Aku Seorang INFJ

Aku tak berapa percaya sangat benda2 mcm personality test ni sebab terlalu banyak yang mengarut,cthnya bila kuiz2 yang menyatakan aku mempunyai personaliti salah seorang daripada boyband2 yang menari terkinja-kinja semacam beruk (Which N'Sync Members Are You?)

Jadi bila aku dapat tau dari member aku pasal Myers Briggs Type Indicator ni,aku try la,dah lama aku try.Setahun lebih dah,dapat la kategori INFJ.Hari ni lepas balik dating,aku try la lagi.Dapat result yang sama,aku seorang INFJ.

Test ni digunakan sebenarnya untuk menganalisa seseorang calon sebelum dia ditempatkan bekerja jadi benda ni boleh la dijadikan sebagai guideline untuk anda memilih pekerjaan anda.Kerja aku?Memang aku sesuai jadi cikgu kot,sebab tu aku suka buat bende ni walaupun terlalu banyak halangan dan rintangan dan cubaan.

Jadi kalau bace pasal sifat seorang INFJ aku adalah camni :Link

Aku rasa ada accurate nye bende ni.Ni lah type indicator yang paling accurate pernah aku try sebab soalan dia takde black and white,semua sentuh dekat middle point,grey area.Try la,ada 72 soalan,jawab dengan jujur.Aku dah try 3 kali,aku dapat result yang sama.

Lepas dah try,cerita la ape korang dapat,sesuai tak dgn korang dan pekerjaan korang (kalau anda dah bekerja)



Februari 14, 2009

Not So Liveblogging - 14 Februari Yang Penuh Seks dan Parti Liar

Hai,selamat bertemu.Hari ni aku akan membuat update mengikut apa yang aku buat hari ni.Aku akan updatekan post ni sampai pukul 12 malam

9:00 pagi - Bangun pagi.Aku terbaring kejap.

9:05 - Bangun dari katil dan gi minum air kosong

9:30 - Masuk dapur tengok housemate aku basuh pinggan.Mungkin dia kesunyian kot?

9:40 - Aku bukak internet baca pasal Satria Neo baru.Mahal aaa kereta,60 ribu utk kereta buatan Malaysia.Ada announcement minggu depan akan diumumkan pemenang "menamakan MPV proton."

Aku harap member aku menang.
Tapi memandangkan situasi politik sekarang ni,mungkin nama MPV tu Proton Sultan ke,Proton Dacing ke,Proton Rosmah ke ataupun Proton PM6 (Perdana Menteri ke 6)

9:45 - Aku start main game Titan Quest.Mungkin dalam sejam baru habis

9:48 - Sambil aku main game terfikir,kenapa kena ada satu hari berkasih sayang?Bukankah setiap hari perlu berkasih sayang?Setiap hari adalah hari meraikan cinta,pada aku (yang dahagakan cinta..hahahha)

9:55 - Aku gi buat milo ais.Bakal bini aku mesti tere buat milo ais,mcm Wan Nor Azlin.

9:56 - Lupe lak.Kimi,Hepi Besday.Aku tau kadang2 ko bace blog aku. (Kimi bukan awek,die member aku,name aje kiut tapi dialah lelaki paling ganas penah aku jumpe)

10:30 - Argh.Tengah aku sedap membelasah tengkorak dan zombie,mouse aku tak jalan.Aku try synchronize,tak detect gak.Lampu menyala.Cabut bateri masuk balik takleh gak.Gelabah aku kejap.

Cabut bateri,ganti dgn bateri Tesco.Bateri habis rupenye.Barulah berjalan.

Tips : Bateri Tesco adalah bateri paling berbaloi berbanding dgn bateri-bateri lain.Dgn Rm2,anda boleh dapat 4 bijik bateri AA atau AAA dan daya ketahanan dia lebih kurang aje dgn bateri2 mcm Eveready.

11:00 - Takde mood aku main game jadi aku layan The Office sambil baca komik

1:00 - Aku tertido rupenye.

1:10 - Mandi.Nak keluar gi Puchong jap.

1:30 - 4:30 - Gi Puchong,kedai cat kereta.Balik singgah Tesco beli barang,makan KFC,usha amoi pakai baju kebaya .

Pandangan Syok Sendiri - Bila seseorang gadis bangsa lain memakai pakaian tradisional bangsa yang lain,gabungan itu menjadikan gadis itu seseorang yang sangat hot.Amoi + Kebaya atau Gadis Melayu + Cheongsam.Tiada apa yg lebih hot dari itu.

4:35 sampai 8:00 malam - Aku selang selikan dengan membaca komik dan menonton The Office season 5

8:00 malam - Tengok Lawakking kat Astro Ria.Bole le layan lawak dia.

8:30 malam - AKu tgh tgk rancangan Nabil Fikirlah Sendiri amende tah.Ok jugak lawak Nabil walaupun ade over sket.Tapi bila Nabil menjemput tetamu undangan dia..keluarlah mangkuk ayun ni yang aku tak pernah suka dan aku tak pernah rasa lawak iaitu ...

HELMI GIMMICK!

Dah la aku penah terkutuk dia depan2 dia.Masa tu aku ngan member aku tengok ade bunting gambar dia depan booth.Aku pun kutuk la.."Camne la dia ni boleh di konsider sbg pelawak.Haram tak lawak langsung".Rupe-rupenye dia ade belakang bunting tu tgh duduk atas kerusi.Dia dengar apa aku cakap.Cepat2 kitorang jalan dari situ.

Daripada show dia dalam TV baru tadi tu,aku still berpegang teguh kepada pandangan aku..."DIA MEMANG TAK LAWAK LANGSUNG!"

Sekarang aku tunggu bola start.Bila parti seks valentine aku nak bermula ni?

9:00 - Aku duduk atas sofa dan tukar2 channel.Antara ESPN (FA Cup),RTM1 (Liga Super) dan Astro channel 105 (aku tak ingat ape name channel)

Tengah aku layan mamat Johan ngan Zizan interview org sambil merapu2,aku pun membincangkan pasal artis2 kat Malaysia dgn member aku.Senang betol artis kat Malaysia ni nak dapat show sendiri.Kalo kite comparekan dengan David Letterman atau Jay Leno,susah diorang nak dapat sampai level ada orang sanggup produce show based on diorang nye style.Malaysia?Senang aje.Asalkan anda popular.

Andy Flop Poppy datang interview.Bagus jugak soalan2 dia.Nampak Andy dapat la kontrol soalan2 merapu diorang tu dan dia main akustik lagu "Cinta."Andy ada cerita dulu2 dia ada diajak oleh band Indonesia,Andra and The Backbone (lagu "Sempurna") untuk join grup diorang.Tapi dia tolak sebab dia tanak menetap kat Jakarta.

9:45 - Aku tukar channel sebab bosan.Bola Malaysia sekarang memang main tahap kampung.Bila aku tengok bola Malaysia live kat TV,aku teringat balik dulu2,tiap2 petang aku pegi padang dekat Taman PKNK,Alor Setar tengok diorang main bola kat situ.Biasanya ada la player2 Kedah sorang dua main.Kalau korang dah tua cam aku,mungkin korang sempat dengar pasal Ahmad Sobri Ismail,keeper Kedah dan keeper Malaysia satu masa dulu.Main petang2 kat padang,dia tak main keeper,dia main striker.

Tere!Rembat memang kuat.

9:50 - Tertukar tengok AC di Sini.Arghh!Rancangan bangang ape ni?Siap ada set khas untuk sambut Hari Valentine.

Mungkin segelintir masyarakat Melayu memulaukan benda ni sebab ini perayaan orang Kristian tapi apa nak jadi kalau satu rancangan Malaysia yang boleh dikatakan agak besar penontonnya menyambut Hari Valentine secara terang-terangan?Kalau masyarakat golongan bawah aje yang cuba pertahankan budaya,sampai bila kita nak berjaya?

10:00 - Aku dah mula ada aura-aura mengantuk.Dekat TV takde ape pun yang menarik sangat perhatian.Aku takde mood nak main game.Aku takde bende nak buat.

10:15 - Aku masih duduk depan PC,takde tujuan sambil menatap wallpaper Ellen Pompeo aku.Game bola seolah-olah hambar sebab penyokong pun senyap.Dalam kepala aku sedang berfikir,mesti ada lelaki Melayu mana-mana yang tengah bagi bunga dekat gelfren dia lalu mengucapkan "Hepi Valentine's Day" lalu mengucup dahi gadis itu.

10:45 - Johor FC 0 Perak 1

Apa yang membuatkan tengok bola Malaysia live dekat TV tak best?Adakah sebab:

1) Kaler siaran tu mcm tak berapa cukup kaler.Macam gambar TV tahun 80an
2) Komentator yang cakap bahasa baku dan takde expression
3) Penonton biasenye dalam stadium adalah 2000 orang jadi suasana stadium takde
4) Pemain2 yang kebanyakannya nampak mcm tak cukup makan
5) Team-team bola Malaysia ni takde style main,semua main style sama aje.Kalau anda ikut EPL,mcm team Middlesborough,team yang anda tak berapa peduli dia ada ke takde.Jadi,Liga Malaysia ni macam satu liga yang penuh dengan Middlesborough.Kecuali Kedah,main ala-ala Barcelona.

11:00 - Berita gembira untuk penyokong Kedah,Kedah mengutip kemenangan ke 2 selepas menewaskan My Team 1-0 di Kelana Jaya.Aku rasa Kedah boleh buat treble lagi tahun ni.

11:05 - Oh,sebelum terlupa.Hari ni first time aku naik Proton Saga.Berbanding dengan Gen2 yang tak berapa selesa ngan interior yang nampak murahan dan Savvy yang aku memang tak muat nak masuk,Saga ni agak bagus.Ruang kabin yang besar dan tempat duduk sedap,boot belakang yang besar.

Aku berpuas hati dengan interior dia,kemas dan tak nampak macam interior cap ayam.Panel meter lawa dan enjin pun senyap je.Mungkin aku dah boleh decide dah,aku akan beli Proton Saga.Mungkin kalau price dia turun dalam RM28 ribu akan jadi lagi attractive dan affordable.

Compare dengan Myvi kakak aku,aku naik Saga lagi selesa.Aku tak pernah bawak kereta selain daripada bawak kereta dalam litar tempat belajar jadi aku tak tau ape nak komen pasal enjin.

Kalau lah tetibe Perdana Menteri baru kita atau isteri Perdana Menteri baru kita nanti bermurah hati dan potong/turunkan cukai kenderaan import tiba-tiba,sorilah Proton Saga.Aku nak Suzuki Swift.Jangan cakap aku tak patriotik.Orang yang tak patriotik adalah orang yang menekan rakyatnya untuk membeli produk tempatan dengan menggunakan alasan semangat patriotik.Hanya mereka yang betul2 kuat akan survive dalam open market jadi buktikan kemampuan anda syarikat Malaysia!

Dan aku memang seorang hardcore Suzuki.

11:30 - Aku nak mandi.Dah seminggu aku tak solat langsung.Haram jadah!Aku kena buat poster mcm aku buat dulu untuk mengingatkan aku supaya semayang.

11:35 - Kepada yang ada,BUKAK RTM1 SEKARANG
Ada makcik tengah test dara pengacara RTM tu secara live dekat TV.Gabra minah tu.


11:55 - Aku tengok rancangan Santai kat RTM1.Buat live dekat KL Tower.Habis rancangan tu diorang jemput kumpulan rock Melayu pempuan nama Butterfly.Habis satu tempat tu berparty dan berdansa tak ingat dunia.Aku ngan member2 aku tengok sambil terkujat sekejap,sungguh aku tak percaya rupanya RTM sudah pandai buat show2 happening boleh berlaga-laga lelaki pempuan.Aku nak join!

Layan propaganda2 kerajaan sekejap,tengok aje,jangan percaya.

12:10 malam 15 Februari 2009

Sudah satu hari aku merepek.Sampailah masa yang ditunggu-tunggu,parti seks liar aku.Aku pun berdiri di depan cermin,lalu aku tengok muka aku kat cermin.Lalu aku cuba mencium diri aku depan cermin tu."Mantot,aku sayang kau!" kata aku kepada reflection aku.Lalu aku mendekatkan muka aku sambil bibir aku menjadi muncung ingin mencium diri sendiri...

Barulah aku sedar huduhnya gaya aku bila buat camtu.Bayangkan macam mana perasaan seorang perempuan kalau aku buat muka camtu depan dia.Sungguh menakutkan.

Jadi,aku rasa baik aku kawin sebelum aku cium sesiapa.Bila dah kawin,kalau bini aku tak suka tengok muka aku bila aku cuba membuat muka manja camtu,dia takleh nak buat apa-apa sebab aku suami dia.Dia terpaksa accept!Hahaha!

Kesimpulannya,selepas update bende ni satu hari:

1)aku takde buat apa2 aktiviti menarik dalam hidup aku.

2)aku suke makan KFC dinner plate

3)hidup aku hanya berkisar dekat TV,Bola,Game,Kerja,Baca Komik

4)sori kalau aku buang masa korang,sebenarnya aku takde idea apa nak tulis

5)orang melayu lebih menunggu datangnya valentine day daripada sambut awal muharram

6)kenapa media hiburan tanah air boleh buat aku rasa lonely bila valentine's day sebab aku tak keluar jalan2,tak bagi bunga dekat pempuan?seolah-olah aku ni seorang loser yang lonely dan tidak cool

7)orang melayu,jangan sambut valentine day ni.takde faedah,takde point,tak betol.

8)jangan cuba cium diri sendiri depan cermin

Terima kasih.
Selamat malam!Aku nak baring.

Februari 12, 2009

Siapa Mahu Filemkan Kisah Altantuya?


Tajuk sekadar nak bagi gempak sket.Kalau ada pengarah filem Mongolia buat filem pasal tu,adakah filem tu akan lepas tunjuk di Malaysia?Seluruh pasukan keselamatan akan dikerahkan untuk memastikan tiada penyeludupan CD dan DVD filem tu masuk ke Malaysia.Konfem.

"Apsal ko suke sangat cerita berdarah dan bunuh-bunuh?"

Ada orang tanya aku camtu sekali.Entah lah.Aku pun tak tau apsal.Mungkin aku psycho.Mungkin aku suka tengok filem-filem camtu sebab aku rasa puas.Jiwa aku terseksa ke?Normal aje aku.Suka duit,suka awek,suka tengok awek pakai seksi,takde pun aku nak pegi tetak orang,rogol orang.Nak pukul orang jahat ade la.

Hari ni,aku layan la satu lagi muvi pasal penyeksaan.Filem "Borderland" mengisahkan mengenai sebuah kumpulan ajaran sesat di sempadan Mexico yang menggunakan korban manusia untuk menjadikan diri mereka kebal daripada tembakan dan pandangan polis untuk satu tujuan,iaitu mengedar dadah.Cerita ni cerita berasaskan kisah benar mengenai ajaran sebuah kumpulan yang bergelar Santilla atau Santeria yang memuja tuhan/syaitan yang bergelar Nganga.

Aku suka benda camni,membuatkan aku berasa fascinated sebab ada manusia camni.Selalu aku terfikir,kenapa takde pun kat Malaysia ni pembuat filem yang berani buat filem yang memaparkan sesuatu yang benar?Contohnya apa yang terjadi kat Petaling Street/Central Market setiap hari,takpun pasal Chow Kit.Filem mengenai Al-Arqam ke Ajaran Kahar Ahmad Rasul Melayu pun agak menarik kalau difilemkan.

Adakah sebab lembaga penapisan kita tak suka sesuatu yang sensitif seperti itu,seolah-olah merosakkan imej Malaysia?Ataupun ada pihak yang akan terasa jika filem-filem itu dibuat?Ataupun ada pihak merasakan mereka lebih layak membuat penilaian yakni orang Malaysia masih bodoh untuk terima cerita-cerita camtu,tak reti menilai mana baik mana buruk?

Tah lah.Sampai bila kita nak dijamu dengan filem-filem yang formulaik....cinta,couple,romen,peluk,naik kereta sport,naik motor,rempit,bohsia...seolah-olah itulah saja identiti yang kita ada.Seolah-olah kita hidup dalam dunia fantasi.Menipu diri sendiri.Bila filem Mona Fandey nak keluar ni?Punyalah lama aku tunggu,rasa2 dah siap.Ada orang tak nak bagi keluarkan ke oi?

Sampai bila fikiran kita nak terbukak?Kelengkapan first class diguna oleh orang-orang yang punya pemikiran dunia ke empat,sampai bila nak maju kalau kita takut nak bercerita pasal kebenaran yang jadi kat tempat kita sendiri.

Jadi,berbalik kepada filem-filem ganas yang aku dah tengok.Ada bermacam-macam cerita dan ada yang merapu,ada yang berdasarkan cerita benar. Jadi,kalau korang berani,korang carik la cerita-cerita ni.Apa jadi kat korang,aku tak tanggung.

1) Hostel dan Hostel 2
Remaja terperangkap dalam sindiket jual orang.Mangsa dijadikan barangan dagang untuk orang kaya meluahkan nafsu amarah dengan menjadikan mangsa "mainan seksaan".

2) Borderland
Kultus syaitan yang menangkap pelancong Amerika di sempadan Mexico untuk dijadikan korban dalam upacara pemujaan.

3) 28 Days Later dan 28 Weeks Later
Cerita zombie.Bagaimana virus merebak menyebabkan satu London mati,bil mati mereka bangun jadi zombie.Cerita ni agak rilek dan tak berapa ganas compare dengan filem-filem lain dalam list ni.

4) Cannibal Holocaust
Aku tak nak cerita banyak pasal filem ni.Termuntah aku beberapa kali.

5) Day of The Woman (I Spit on Your Grave)
Sebuah filem revenge bila mana seorang perempuan telah dirogol oleh 4 orang lelaki.Bila perempuan tu sedar dan pulih,dia membuat rancangan untuk membalas dendam.Aku suggest perempuan tengok filem ni sebab perempuan akan rasa sangat bersemangat selepas tu.

6) Salo (120 Days of Sodom)
Cerita bodoh.Tapi adegan seksaan dia agak real.Tengok je la tapi skip2 la part dia merapu.

7) Island of Death
Satu lagi cerita bodoh dan adegan seksaan dia tak best pun.Apa yang best?Awek dalam cerita ni 3 minit pakai baju,30 minit tak pakai ape2 dan dia sangat2 cute.

8) The Last House on The Left
Satu lagi cerita mangsa rogol dan apa yang paling best,kaki rogol tu selepas merogol perempuan tu,diorang pergi berteduh kejap dekat satu rumah.Rumah siapa?Hehehe.Tengok la sendiri.Filem Wes Craven yang bagus sebelum dia jadi sangat terkenal.

9) Dawn of The Dead (Baru ke lama takesah,dua-dua best)
Filem zombie paling best,tah beberapa kali tah aku rasa terkejut dan gelabah.Walaupun takut macam mana pun,aku tak boleh nak stop tengok.

10) Siri Evil Dead
Kalau nak takut,tengok Evil Dead first.Kalau nak takut sambil gelak-gelak,tengok lah Evil Dead 2 dan sequel dia,Army of Darkness.Klasik.Boleh nampak unsur-unsur komedi yang sama dalam filem-filem Spiderman.

11) Passion of The Christ
Hehehe.Ngilu rasa diri bila tengok filem ni.

Ada banyak lagi,tapi aku tak berapa ingat,malas aku nak selongkar dvd aku carik title.

Kalau korang tak pernah tengok filem-filem ni,aku try describe perasaan dia.Mesti korang pernah tengok "Casino Royale" kan?Kan ada satu scene James Bond kene seksa.Nampak sakit kan?Korang pun mesti rasa camne azab dia.Bayangkan sepanjang filem korang rasa camtu,camtu la kot perasaan dia,hahahah.

Aku tengok filem macam tu mungkin sebagai satu medium untuk berimaginasi.Kerana daripada seksaan sepanjang filem,hero atau heroin akhirnya akan berjaya jugak survive dan balas dendam.Puas hati bila dapat tengok orang-orang jahat kena balik apa yang diorang pernah buat.

Jadi,cuba bayangkan kalau ada pembuat filem kat Malaysia yang berani filemkan macam mana perasaan rakyat dan apa yang terjadi kat Malaysia ni,setelus yang mungkin.Rasanya lepas ke tidak nak ditayangkan?Tak mungkin.

Sebab kerajaan kita nak kita hidup dalam dunia fantasi,yang indah,takde seksaan,semua baik semua cantik.Mereka anggap kita sama macam mereka.Hidup dalam angan-angan.Betapa deluded dan syok sendiri nya kerajaan Malaysia ni.Jemapoh ke Manchester kena banned.Lelaki Komunis Terakhir kena banned.Fantasia pun kena banned,berapa tahun terperap.

Banyak lagi filem luar yang mesej jauh lagi buruk,takde faedah,takde point boleh pulak lepas.

Eh,camne aku boleh kutuk kerajaan pulak ni.Aku memang nak bercerita pasal filem-filem ganas aje sebenarnya.Mungkin kerana kepuasan paling best dalam hidup adalah bila kita tahu orang-orang yang tak bermoral mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang mereka buat.Kalau tak di dunia,nanti2 kena jugak.Insya Allah.

Orait,selamat menonton dan jangan bagi budak-budak kecik tengok filem yang ada dalam list tu.Bahaya,banyak porno.

Baru aku sedar,aku memang suka filem zombie.
Tolong tengok cepat-cepat "Shaun of The Dead."


Februari 11, 2009

Pesanan Untuk Lelaki


Tak fair pulak kalau bercerita hanya untuk perempuan.Jadi di sini aku nak kongsi sket tips yang aku dapat hanya untuk lelaki yang baik praktikkan.

Tapak tangan seseorang perempuan boleh menceritakan tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.

Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.

Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.

Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan.

Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.

Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda. "

Haha,lepas baca ni jangan lah pulak bergaduh sebab gelfren anda ada tanda-tanda yang disebutkan,ni hanya panduan ya?Kepada perempuan yang tidak berdara lagi dan belum berkahwin,silalah pakai glove kalau anda takut rahsia anda terbongkar dan teman lelaki anda seorang yang sangat baik dan tidak pernah menyentuh anda.

Baru tau takut,masa buat seronok tak ingat dunia.Aku ingat nak buat eksperimen nak menentukan benda ni sahih ke tidak tapi masalahnya aku takut kena lempang kalau aku tanya benda ni kat member aku.Hehehehe.

Februari 10, 2009

Pesanan Untuk Perempuan


Aku cuba menulis secara sangat jujur kerana aku rasa tak ramai yang nak berbincang pasal topik2 yang dikatakan taboo dalam masyrakat kita.

Kenapa kita bercinta?

Mungkin turutan nurani yang membuatkan kita ingin berada disamping seseorang.Yang inginkan ada seseorang untuk meluahkan perasaan,seseorang yang mampu menjadi tempat bergantung.

Tapi,lama-kelamaan cinta akan berubah.Daripada satu cinta yang ikhlas ingin berkenalan dan berkawan,lama-kelamaan nafsu akan menguasai lelaki itu.Ya,setiap lelaki,eh bukan...SEMUA LELAKI ZAMAN SEKARANG akan jadi begitu.Mana tak nya bila seorang perempuan selalu ada di sebelah,syaitan akan berbisik memujuk supaya dirayu,diminta berpegangan tangan.Lepas di pegang tangan,minta pula dipeluk,dibelai.Pastu syaitan pun mulalah bisik,"....bukak lah baju dia."

Itulah yang kerap dan acapkali berlaku.Akhirnya bila sudah khayal dek nafsu,tumpas perempuan itu.Tumpas kerana enggan melihat teman lelaki kecewa.Tidak ingin ditinggalkan keseorangan.Jadilah adegan ranjang yang kononnya romantik.

Selepas itu,dirasakan sakit hati,sedih,marah perempuan itu.Menyesal.Tapi sifat perempuan selepas merasai peristiwa itu akan berubah.Daripada menyesal jadi benci.Dari benci jadi sabar.Dari sabar timbul suka.Lama kelamaan perempuan itulah yang akan mendesak teman lelakinya melakukan aktiviti kurang sihat tapi best itu.

Sekali jadi dua kali,dua kali jadi empat kali dan seterusnya.

Bila perut membuncit lelaki hilang entah ke mana.Mula lah gelabah nak cari jalan nak tutup perut.Mak bapak baru sedar anak bertudung dalamnya kembung.Habis dihalau keluar rumah.Yang gadisnya nak ke mana?

Aku lelaki dan aku memang pervert dan aku tau macam mana rasanya kalau ada seorang perempuan duduk sebelah aku.Apa yang aku fikir?Macam-macam.Apa yang terlintas kat kepala otak aku semua tu memang bende buruk je.Bende buruk pada dia la dan bende best pada aku.Mungkin sebab secara biologi nya lelaki memang memerlukan "sentuhan" kasih sayang.

Hahahaha.Jadi korang mesti tertanya-tanya kenapa aku tulis pasal benda ni.

Fakta
1) Bila bercouple,lelaki akan mula-mula mintak pegang tangan.Kalau perempuan yang start,itu maknanya perempuan tu dah pernah bercouple dan pernah berpegang-pegangan tangan dengan lelaki sebelum itu.Lelaki?Lelaki memang nak pegang-pegang.Perempuan akan nak kalau dia dah pernah rasa.

2)Perempuan akan malu-malu,tapi sebenarnya dalam hati,ada rase sket2 diorang nak.Lelaki?Lelaki memang tak malu.Kalau perempuan tu suruh lelaki bukak seluar depan dia,dia akan bukak tanpa segan silu.

3) Perempuan jauh lebih malu daripada lelaki dan lelaki pula hanya akan malu bila member2 dia dapat tau dia masih teruna lagi.Bodoh!Terpengaruh lagi dengan budaya Amerika.

4) Lelaki akan berusaha membuang sifat malu perempuan tu dan itu tanggungjawab perempuan untuk mengawal lelaki itu,sebab lelaki memang dah si setkan camtu,bezanya ada lelaki boleh kontrol,ada lelaki out of control.Aku dah menjumpai seorang Ustaz yang penuh didikan agama tapi....mampu mengeluarkan ayat-ayat seksi mengajak seorang wanita baring bersamanya dalam telefon.

5) Selagi berdaya,lelaki akan cuba jugak berusaha sampai dia dapat apa yang dia nak,kalau dia tak dapat,dia akan give up.Perempuan pulak mudah simpati tengok muka kesian boifren dia,jadi mengalah lah.Pastu baru lah nak rasa bersalah.

Video blue makin banyak kat Malaysia.Aku percaya kebanyakan video blue tu dibuat atas dasar cinta dan mendapat persetujuan daripada pihak perempuan tu sendiri.Makin lama,budaya bercouple ni makin biasa dekat masyakarat Malaysia ni.Seolah-olah memalukan kalau anda takde pasangan.

Jangan fikir camtu.Kalau anda keseorangan,biarkan.Kepada kaum wanita,kalau anda rasa takut dan tak nak melakukan hubungan kelamin sebelum berkahwin,jangan bercouple.Kenapa nak take risk?Anda dah tahu lelaki memang camtu dan aku akui,aku pun ada rasa camtu.Mak bapak memang takleh nak tolong sebab bila anda dah 21 tahun ke atas,keputusan ada dekat diri anda.

Perempuan tu yang menentukan sama ada dia dapat dicerobohi atau tidak.Kuasa ada pada tangan perempuan.Percayalah cakap aku,kalau boifren anda nakkan benda2 camtu,cakap aje tak nak,kena kahwin dulu.Konfem dia akan merayu-rayu sampai give up,pastu mintak break dengan anda.Pedulikkan dia walaupun anda sayang macam mana pun kat dia sebab kalau dia sayang anda,dia akan tunggu dan kontrol nafsu dia sampai la dia mampu kawin.

Jangan termakan dengan kata-kata manis dia contohnya macam "I janji u bagi,kita kawin," "I takkan carik perempuan lain lagi" atau ayat paling klasik "U kena buktikan cinta u pada I dan ini aje lah cara dia yang I rasa ok,kalau tak I carik orang lain"

Itu semua kelentong je tu.Jangan percaya.Nak romen,suruh kawin dulu.
Jangan ambik risiko mengandungkan anak luar nikah.

Kesimpulannya;jangan percaya dengan muka kesian lelaki bila diorang mintak berpegang-pegangan.Tipu je semua tu.Nafsu aje lebih.Kalau boifren suruh buktikan cinta dekat dia,suruh dia buktikan dulu cinta dia pada anda semua dengan lafaz akad nikah dan sebentuk cincin perkahwinan.

Kan lagi sweet camtu?
Dapat cincin,ada gak value dia berbanding hilang dara tapi tak dapat apa-apa,sekadar dapat seekor ular masuk ke lubang.Ular kenyang,dara pun hilang,hati jadi bimbang,dapatlah anak seorang.

Tekanan Hidup di Malaysia


Mari kita cuba teka siapa dia ni,mari kita cuba teka
apa yang menarik pasal dia ni dan mari kita try-try agak kenapa
dia jadi camni sekarang.

Hint - "Keluarga Bahagia"

Februari 09, 2009

Inikah Erti Perkahwinan?Jika Ya,Aku Tidak Inginkan Secebis Pun

(Gambar sekadar hiasan.Diambil dari video operasi tangkap basah di Taman Tasik Bangi,tepi Kompleks PKNS.Pergi la situ usha-usha.Mana tau ada rezeki.Diorang bukan serik pun.)

Minggu ni aku tak berapa sihat jadi aku hanya duduk rumah dan tengok TV (bila aku sihat,aku biasanya duduk rumah dan main game)

Ada lah kempen mengenai Akademi Fantasia yang akan datang ni.Memang hebat betul kempennya dan ada variety iklan yang bermacam-macam.Aku dah tengok 2 iklan,satu pasal Hakim (orang tua kata dia dulu Hakim) dan lagi satu yang menarik perhatian aku adalah mengenai seorang suri rumah yang risaukan makan malam family-nya tak mampu disiapkan sebelum AF start.

Kepada yang tak tengok lagi,suri rumah tu punyalah resah takut dinner tak sempat nak dihidangkan.Memang muka dia risau,nak siapkan dinner dan nak kejar masa semata-mata tak nak miss langung AF pukul 9 malam.

Jadi sempatlah dinner disiapkan dan dijamu suami dan anak-anak.Siap sempat siapkjan lagi kad reload untuk memastikan dia dapat mengundi artis kesayangan dia yang tak berapa berbakat tu.Tengah sendukkan nasik dan ayam dekat suami dan anak-anak,jam pukul 9 tepat,AF bermula...Apa yang korang rasa dia buat?

Laju dia melompat ke sofa dan terus duduk depan TV.
Hahahaha!Tak jadi dah dinner dengan family.Biarlah husband ngan anak2 makan sesama diorang.

Memang lah dia dah siapkan dinner tu tapi bukankah apa yang kita nampak kat TV mencerminkan masyarakat kita?Filem kita,wajah kita bukan?

Bila aku tengok iklan tu teringat la balik satu insiden yang terjadi depan mata aku dekat Jaya Jusco hari tu.Aku baru balik kerja,hujan,jadi aku berenti la kejap Jaya Jusco,alang-alang boleh beli barang sket.Selesai membeli barang2,aku pun tolak la troli aku keluar pintu dia.Berenti la kat tepi tu nak nyalakan rokok sekejap sebab sejuk.

Keluar la satu pasangan suami isteri dengan anak lelaki kecik didukung oleh suami dia.Anak dia ni menangis,kuat!Isteri dia dok membebel "Tu la,tak pandai jaga anak lagi."
Suami dia balas la balik,"Abis,awak nak saya buat apa?"

Isteri dia pegang dan tarik anak dia.Dah dukung anak dia lalu dia SEPAK* (sebutan e pepet bukan "sepak" mcm sepak bola) kepala laki dia dari belakang.Kuat pulak tu.

"Hoi,kan saya dah pesan!Kepala jangan la main!"jawab suami dia,macam nak melawan balik tapi tahan aje la.

"Bodoh,tak reti jaga anak!"jerit isteri dia.Suami dia pun pusing ikut jalan lain biarkan bini dia sorang-sorang.Aku jerit la kat diorang,"Hoi,apa la gaduh2 kat sini?Buat malu je.." bini dia pusing tengok aku seimbas lalu pastu jalan gi parking motor.

Melayu,melayu.
Nak gaduh,gaduh la atas katil.Senang!Nak wrestling camne pun tergolek ke terkangkang ke,lantak ko la.Jangan la ketuk kepala suami ko dekat khalayak ramai.

Kesian laki ko,aku dah cop kene queen control.
Walaupun sebengap mana pun suami anda,jangan malukan dia camtu.Sebab Tuhan dah pesan,seburuk2 mana pun suami anda,hati dialah yang menentukan anda ke syurga atau ke neraka.

Jadi,jangan tinggalkan keluarga anda bila AF start.Jangan habiskan duit beratus-ratus untuk vote AF.Jangan ketuk kepala suami anda di khalayak ramai.Paling penting,jangan gaduh camtu depan aku.

Kan dah kena tulis dalam ni.
Padan muka ko.

Februari 07, 2009

Jangan Derhaka Kepada Sultan,Hanya Derhaka Kepada Tuhan

Aku terpanggil berbicara mengenai isu ini,mungkin kerana aku membaca posting saudara Rocky Bru yang menyalahkan rakyat yang terikut-ikut dengan berita jatuhnya kerajaan negeri Perak menentang kuasa di-Raja.

First sekali,aku jelaskan,keputusan Sultan Perak agak berat diterima pada aku.Aku menjangkakan akan berlaku pilihanraya kecil untuk memilih semula parti mana yang menguasai kawasan2 DUN yang dikosongkan tu.

Jika rakyat diberi kuasa untuk memilih,ini bermakna kuasa ada pada rakyat.Tetapi nampak rakyat Perak telah ditolak ke tepi tidak dihiraukan langsung.

Siapa punya tanggungjawab membetulkan kesilapan seseorang pemimpin bergelar Sultan atau Agung?Adakah kata-kata Agung dan Sultan noktah kepada semua isu?

Jika rakan karib tersilap haluan boleh dinasihatkan rakan karib,anak tersilap langkah dinasihati ibu bapa,siapa yang patut menjadi penasihat kepada manusia yang paling tinggi pangkatnya di negara kita?
Adakah ada sesiapa yang berani?

Berikan jawapan anda dalam ruangan komen.

Februari 06, 2009

Surat Terbuka Kepada Kawan-Kawan


Kawan-Kawan,

Ekoran daripada tragedi yang menimpa negeri Perak di mana mereka di mana negeri Perak telah ditumbangkan ini menunjukkan wujudnya perbezaan kuasa (atau taktik busuk) antara pihak Kerajaan dan pihak Pembangkang.

Apa yang berlaku menunjukkan pihak Pembangkang juga sedang bergantung kepada nasib mereka dan apa yang menduka citakan nasib pihak Pembangkang ini seolah-olah dikawal oleh Kerajaan Pusat.Lihat betapa gembira muka pemimpin PR bila menerima kemasukan ADUN Bota dan lihat pula wajah mereka selepas menerima berita keluarnya 3+1 ahli baru PR ke BN.

BN pula menunjukkan tidak apa yang bersih dalam politik,semuanya halal.Walaupun dikutuk,dikeji bagaimana sekalipun,mereka bukan ambil kisah yang penting mereka mampu terus berkuasa.

Apa faedahnya kepada rakyat?Di mana kita dalam permainan mereka ni?Kita seperti timun yang terperangkap antara dua biji durian.Siapa yang kalah atau menang seolah-olah membuatkan kita rugi.

Adakah aku sudah bosan dengan retorik-retorik Pembangkang?Mungkin.Kerana terlalu banyak janji dan harapan diberikan tetapi lama-kelamaan pembangkang makin lemah,bukan kerana mereka tak kukuh,tetapi kerana BN lebih keji dan mampu bertindak apa cara yang mereka mahu.Kerana mereka Kerajaan Pusat.Mereka undang-undang.

Tanya diri anda,berapa lama lagi tarikh luput Malaysia?2013 masih panjang lagi.Berbillion boleh disapu sebelum tahun itu sampai dan kalau dapat Kerajaan ditukar sekalipun,apa yang tinggal waktu itu?

Mungkin balak sudah kehabisan,minyak sudah tinggal sisa,wang-wang EPF anda sudah selamat dilarikan,tanah sudah banyak dirampas dan apa saja sumber yang ada pada bumi Malaysia ni sudah selamat dirampas,disedut.

Kerana Najib tahu bulan 3 ini sajalah peluang dia untuk naik jadi Perdana Menteri dan tempohnya ada tarikh luput tahun 2013.Jadi dia ada 5 tahun untuk mengumpul semuanya sebelum tempohnya selesai.Aku tak mahu menunggu selama itu kerana Malaysia sudah jauh buruk sistemnya dan aku harap anda semua tak bagi peluang lagi kepada mereka.Tak mahukah anda kehidupan yang lebih baik?

1) Nilai seringgit anda sekarang apa yang boleh anda dapat?Tengoklah apa yang anda boleh dapat.Biskut Tiger aku beli satu paket Rm1.30.

Apa yang kerajaan buat?
Tak buat apa,selain daripada warning-warning dalam paper.Itupun sebab free (Utusan milik kerajaan)

2) Harga kenderaan tak mengikut market price.Bayangkan jika anda tak dikenakan cukai itu,installment bulanan anda akan kurang mungkin minimum RM300 sebulan.RM300 tu untuk sebuah family cukup besar tetapi anda berikan kepada kerajaan.Jangan kata Proton murah,jangan kaburkan mata anda dengan dakyah Kerajaan.

Apa yang kerajaan kita buat?Sebab nak tampung industri,kita lah yang kena "berkorban" demi masa depan automotif negara.Siapa rugi?Rakyat.Kerajaan?Dia boleh beli kereta apa dia nak "tax free."

3) Bandar-Bandar Yang Berterabur

Mungkin kerana pemimpin-pemimpin kita dahulu kala tidak berpandangan jauh sangat,jadi kita sekarang ini dibebankan dengan bandar-bandar yang tidak terancang.Anda marah lah macam mana pun sistem pengangkutan awam yang lemah,masalah utamanya adalah bekas pemimpin Kerajaan satu masa dulu tidak ada visi bagaimana bandar akan membangun.

Jadi,sekarang ini kita dibebankan dengan silap pemimpin satu masa dulu.Bandar buat ikut suka.Nampak tanah kosong buat bangunan.

Apa yang kerajaan kita buat?Beli tanah orang lain dengan harga murah.Jual balik dekat orang persendirian dengan harga yang tinggi.

4) Sistem Pengangkutan Awam

Ini akibat daripada point nombor 3.

Oleh kerana tiada perancangan jarak jauh,susah untuk dinaik tarafkan sistem pengangkutan awam kita.Bandar yang penuh sesak dengan bangunan.Kita tidak ada pilihan lain selain daripada membina rel-rel udara atas tanah untuk menampung sistem itu.

Kita boleh tengok,kebanyakan negara maju menggunakan sistem bawah tanah kerana ia mampu menjimatkan penggunaan tanah sambil tidak mengganggu pertumbuhan bahagian atas tanah.Kenapa tiada perkhidmatan bawah tanah di negara kita?Mungkin satu masa dulu pemimpin-pemimpin kita tak nampak benda-benda ni atau mereka nampak tetapi kerana kos yang sangat tinggi mereka abaikan opsyen ini.

Jadi mereka buat rel keretapi yang merangkumi satu Semenanjung.Adakah keretapi satu bentuk pengangkutan yang popular?Ya,waktu raya aje.Di tambah lagi line rel baru menghubungkan sempadan Perak dan Seremban,lalu dipanggil Komuter.Adakah itu berfungsi?Ya.Efisien dari segi perancangan?Tidak.

Stesyen Keretapi Bawah Tanah memerlukan kos yang besar buat permulaan tetapi secara long term ia lebih menguntungkan (dari segi infrastruktur)Berapa juta kereta masuk KL tiap-tiap hari.

Apa yang diorang buat?Buat kempen "Kongsi Kereta" kat TV.Sebab tu yang paling menjimatkan kos.

5) Pemimpin-pemimpin yang rasa dirinya gah.

Aku tak nak tulis panjang pasal benda ni.Masalahnya rakyat sendiri.Kerana kita rakyat treat mereka ni dengan red carpet,dengan kalungan bunga.Dari situ mereka rasa mereka bagus.

Treat mereka macam anda treat seseorang yang bekerja untuk anda.Kita majikan,mereka staff bawahan.Sebab itu yang sepatutnya berlaku,mereka sepatutnya bekerja untuk kita.Kalau mereka dah buat kerja untuk kita,baru kita respek.Kalau mereka dah buat kerja mereka,bila mereka2 ni nak songlap sejuta dua juta,aku boleh pejamkan mata aku buat tak nampak,tak dengar.

Sebab mereka dah buat kita rasa happy.Itu tugas utama mereka.Jangan hormati orang yang anda rasa takde point anda perlu respek mereka.

Apa yang kerajaan kita buat?
Mereka percaya mereka sentiasa betul.

6) Pendatang Haram TOLONG BALIK CEPAT-CEPAT

Bila aku ke London,dekat tiap-tiap bas ada iklan.Menawarkan peluang menjadi driver bas dengan gaji sebanyak 1800 pound sterling.Ini kerana kurangnya orang nak bawak bas tu berbanding bilangan bas yang ada dan kebanyakan orang yang nak bawak bas tu adalah pendatang dari Pakistan.

Kerajaan British mengharapkan dengan gaji yang sangat lumayan tu (kat UK 1800 tu sangat2 lumayan,mcm RM3500 kat sini) mampu menarik rakyat mereka yang tidak bekerja menjadi pemandu bas.Naiklah bas hari ini dan perhatikan siapa pemandu,siapa konduktor.

Benda macam ni terjadi sebab kita rakyat tempatan tahu gaji yang dibayar mesti dalam RM400 camtu jadi siapa nak.Kenapa pihak kerajaan masih lagi menggunakan sistem tender kepada syarikat-syarikat pengusaha bas dalam bandar?

Kenapa tak diambik alih saja oleh Kerajaan dan diwujudkan satu syarikat yang mengawal semua perjalanan bas,teksi dan LRT.

Apa kah fungi kerajaan kalau kerajaan hanya mampu melepas tangan memberikan tender2 kepada syarikat2 persendirian tanpa perlu melakukan apa-apa pun.Bila wujud isu hendak dinaikkan tambang,apa yang mampu kerajaan lakukan lagi?

Apa yang kerajaan kita buat?Sekali-sekala buat operasi.Yang penting kos efektif.

Kesimpulannya :
Kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional adalah satu badan yang hanya bekerja untuk kepentingan diri sendiri.Mereka ni pekak badak dan mampu menahan kutukan kerana masing-masing muka tembok 15 inci.

Mereka pandai menjimatkan kos dan mengelat daripada tanggungjawab.Aku selalu ditanya,tak takut ke ko tulis bende2 camtu?Itu yang mereka mahu,mereka mahu kita takut dengan mereka.Kita tak perlu takut dengan "mereka-mereka" ini,kita hanya perlu patuh kepada undang-undang dan kita hanya perlu takut kepada Dia.

Tidak perlu takut kutuk kerajaan kerana kita rakyat.
JANGAN TAKUT KUTUK KERAJAAN.
SIAPA MEREKA NAK TAKUT-TAKUTKAN KITA?

Mereka wakil rakyat.Jadi kenapa nak takut dengan diorang?Mereka salah,kita kutuk.Mereka baik,kita sokong.Apa-apa hal pun jangan sampai terlalu lambat revolusi bermula.

Mulakan hari ini.
Bukak kepala otak anda.Fikir.

Februari 05, 2009

Saiful Dipaksa Mengaku Diliwat?


Ada ura-ura mengatakan yang Saiful Bukhary yang senyap saja kebelakangan ni ingin membuat pengakuan di mahkamah yang dia telah dipaksa oleh pihak-pihak tertentu (sah-sah orang UMNO) untuk mengaku telah dicabul terunanya oleh Anwar Ibrahim.

Memandangkan kat Malaysia ni apa-apa saja pun boleh jadi,undang-undang pun dah takde sebab SAMSENG BERKUASA jadi kita tengoklah apa kemungkinan yang akan terjadi kepada Saiful Bukhary:

1) Kemungkinan paling besar,untuk mereka-reka kes,lubang jubur Saiful akan di terojoh juga menggunakan kayu atau besi yang sudah diletakkan DNA Anwar Ibrahim.Lalu terus dibawa ke mahkamah untuk menunjukkan bukti yang masih fresh.

2) Saiful akan ditangkap dan diliwat betul-betul oleh seorang lelaki gagah dan tegap.Sebelum lelaki itu mencapai inzal,cepat2 dilakukan teknik pengunduran (seperti dalam kelas Biologi dahulu) lalu satu sudu berisi DNA Anwar Ibrahim akan dimasukkan ke dalam lubang juburnya lalu disapu disekeliling dinding ususnya.

3) Saiful akan dibayar imbuhan wang yang banyak daripada Najib untuk mengaku dia diliwat.Perasan tak salah seorang wakil yang berpaling tadah dari DAP tu muka dia masam?Tu sebab dia tau duit dia akan diberikan kepada Saiful Bukhary.

4) Najib akan mengugut Saiful dengan mengatakan Rosmah ingin meliwatnya menggunakan sebatang kuih cakoi (siapa tak tau?) Bayangkan perasaan Saiful bila mendengar ROSMAH MANSOR ingin meliwatnya.Manusia biasa memang tak sanggup menahan azab seteruk itu.

Apa-apa pun Saiful,terima kasih kalau berani nak bercakap benda betul.Cuma prepare lah diri anda dengan ugutan dan ancaman samseng-samseng bergelar Datuk Seri dan Tan Sri.

Apa yang bakal terjadi?Entahlah.
Malaysia,macam-macam boleh jadi.Macam-macam ada.
Kenapa artikel ni mengarut?Menteri boleh mengarut,kenapa rakyat tak boleh?

P.S - Kepada Cik Janna Syariza,surat saya dulu masih lagi kekal isinya dalam hati saya yang kudus ni.Pintu hati saya sentiasa terbukak untuk awak dan saya akan membimbing awak ke jalan yang lurus (dan jalan yang bengkok sekali-sekala)

Malaysia Sudah Jahanam

Menteri itu juga manusia biasa,orang,darah daging.
Boleh rasa sakit kena bakar.
Boleh rasa sejuk kena salji.

Hidup di dunia mungkin bahagia.
Hidup kat Akhirat kita sama rata.

Terima kasih kepada sistem-sistem yang manusia ciptakan untuk menjadikan sesetengah manusia terpilih hidup senang lenang dan golongan-golongan manusia yang berkuasa jadi hanyut lupa diri,rasa syok sendiri macam Tuhan.

Tak mungkin Tuhan akan panggil anda Datuk Seri,Datuk,Tan Sri dekat akhirat.

Malaysia Dah Jahanam!

Orang Kedah,marilah kita sama-sama berjuang memepertahankan kemerdekaaan Kedah daripada jajahan Barisan Nasional.Jangan bagi Kedah jatuh,sebab Kedah jadi target sekarang.Dah lah aku takde kampung sekarang.Balik beraya makan kuih atas Highway 4 lane.Highway dibuat atas dasar "kemajuan" dan "pembangunan."

KEPALA BUTO KO PEMBANGUNAN!
HABIS ORANG MELAYU NAK DUDUK KAT RUMAH TERES JE?TAKLEH NAK ADA TANAH LANGSUNG?

Banyak lagi negara lain yang takde sumber,takde tanah ,boleh jadi lagi baik dekat rakyatnya.,tak perlu rampas2 tanah ni.Tanah Malaysia penuh dengan syaitan korup,iblis korup,tak suci lagi.

Malaysia sudah jijik,busuk,macam bangkai.
Halau segera anasir-anasir jahat yang datang dari Kerajaan sekarang.

Siapa Najib?
Kalau bapanya bukan bekas Perdana Menteri?

Seorang lelaki gemuk berkulit kemerah-merahan yang memang patut dapat bini serupa Rosmah Mansor sebab Tuhan dah tetapkan,jodoh lelaki yang baik adalah seorang perempuan yang baik.

Jadi,Rosmah itu......baik?

Selamat Berjaya Rakyat Perak

Mungkin kah Sultan sendiri tak nampak apa masalahnya atau Sultan nampak apa yang kita semua tak nampak,tapi kepada rakyat Perak,silalah ke stadium malam ni untuk menunjukkan ketidak puas hatian anda kerana tidak mahu lagi dijajah UMNO.

Mungkin ada yang tak suka Nizar jadi Menteri Besar jadi apakah salahnya jika pilihanraya negeri diadakan untuk rakyat sendiri memilih dan kemudian diadakan lagi satu pilihanraya untuk rakyat Perak memilih Menteri Besar mereka sendiri.

Ni,asyik2 undi ikut parti,yang naiknya Tukang sapu duit rakyat.Yang tukang pilih orang yang nak naik tu pun Tukang sapu duit.

Perlembagaan kena tukar.Kerajaan pun kena tukar.
Sebab rakyat aje yang tak bertukar-tukar,semua dah naik bosan dan marah.

Kerajaan dipilih untuk menjadi wakil rakyat,bukan untuk menjadi wakil kutip duit dan pressure rakyat untuk memenuhkan visi masing-masing.