Oktober 30, 2009

Bajet?Apa Benda Itu Bajet?


Apa la korang tanya aku pasal bajet.Aku bukan reti pasal ekonomi.Aku cuma reti nilai value sesuatu benda pakai common sense,macam korang semua.Kalau barang tu pada aku tak berbaloi dengan harga camni camni,silap besar aku beli.
Dan aku cukup tak suka TERPAKSA bayar lebih sesuatu benda yang aku rasa tak berbaloi.

Contohnya kereta nasional,teh ais yang tawar atau dinner meal KFC yang ayamnya kecik-kecik belaka.Rm18 untuk suku ayam dan 3 side dishes?Boleh pegi mati.

Aku tak ambik peduli pasal bajet sebab pada aku,bajet hanyalah satu ucapan untuk menyedapkan hati sesetengah pihak.Kementerian ni baik dengan Najib,dapatlah lebih peruntukan.Menteri ni kipas Najib sampai terangkat,besar la peluang dia nak sapu duit.

Aku rasa 90% staff kerajaan pun tak peduli pasal pembentangan bajet.Pada diorang,benda yang paling penting masa pembentangan bajet adalah pengumuman bonus untuk kakitangan kerajaan."Tahun ni ada bonus tak?" Itu adalah soalan yang sangat popular bila bajet dibentangkan.

Perokok tunggu kalau harga rokok berubah.Kaki togak harap setin arak dia turun harga.

Camni je la; LHDN announce kutipan cukai tahun lepas RM80 billion untuk setahun.Itu bukan total kutipan cukai setakat ni,itu kutipan untuk setahun!

Cuba bagitau aku ; mana pegi duit tu?

Pembentangan bajet tidak ada kena mengena langsung mengenai rakyat yang grassroot level.Kebanyakannya hanya announcement untuk memastikan sokongan pihak2 tertentu kepada Najib berterusan.Orang Melayu pun mahu kaya.Tapi tak seronok la usaha.Songlap dan markup mesti gila-gila.

Bajet cantik mana pun takde point kalau beli laptop harga macam kereta.
Lepas tu kerajaan kata takde duit....jambatan nak bagi pun bila ada pilihanraya.

Orang-orang macam ni yang nak dibagi kuasa mentadbir negara?
Dan kenapa aku samakan kereta nasional dengan teh ais tawar?

Oktober 27, 2009

Glitter and Trauma


Dalam hidup tiap2 orang,mesti ada moment yang membuatkan korang tersentak kejap dan kemudian selepas beberapa ketika,baru akal korang dapat berfikir balik seolah normal.Aku mengalami kejutan itu beberapa hari yang lepas.

Bila aku bukak email dan dalam tu aku dapat email daripada designer kad kahwin aku,menghantar mockup design kad.Dalam nya ada attachment dua keping JPEG dan bila aku bukak JPEG imej tu..

.....ada nama aku.

Aku kaget sekejap.Kaget bukan sebab aku takut ke.Kaget sebab selepas selama ni aku terima kad kahwin yang bertulis nama orang lain,dalam design kad tu,ada nama aku.Nama aku!Bila dah terbaca nama aku tu,barulah aku merasa seolah-olah tiba-tiba bahu aku jadi berat (macam member aku kata bila dia nak kawin dulu).Tanggungjawab,beban,harapan,impian,semua tu akan jadi tanggungan aku.

Ada la jugak aku dengar setan bisik kat aku,"Haa,kau takleh nak lari mana lagi dah ni?Takut kan?Takut?" tapi aku rasa semua orang yang nak kahwin akan mengalami perasaan yang sama.

Seolah-olah kurang yakin dengan diri sendiri.Takut dengan kebolehan diri sekurang-kurangnya untuk memimpin sebuah institusi yang bergelar keluarga.Takut dengan kuasa mutlak yang datang selepas bergelar suami.

"Apa jadi nanti kalau kau bergaduh lepas tu kau marah gila babi kat bini kau?Kau tak takut ke kau terlafaz cerai ke kat dia?"bisik setan lagi.

"Lepas ni kalau kau tak puas hati,kau nak lari macam mana?Sebelum ni bole la jugak kau buat2 tak layan,senyap bila gaduh.Nak lari kau boleh lari mana kau nak.Lepas ni?Kau nak lari mana?"sambung lagi si setan.

"Kau akan nampak la lepas ni apa yang tak kena dengan perempuan yang kau sayang tu.Kau bayangkan kalau dia sebenarnya jenis malas nak kemas rumah macam kau?Masa tu nanti kau nak buat apa?Haa...kau dah kecut dah ni kan?Takut dah kan?"Semua benda tu aku terfikir lepas aku terbaca nama aku dekat kad tu.

Dan daripada seorang yang tidak ada langsung sebarang keraguan sebelum ni,aku mula terfikir macam-macam.Aku yang tak cukup kuat lagi,jiwa memberontak kononnya lone ranger,tak nak dikongkong.

Masa tu la terfikir kata-kata member-member aku yang kononnya "memilih untuk tidak berkahwin lagi;"

Kau dah cukup enjoy ke?
Kau dah ready ke?
Kau rasa ilmu tu cukup ke?
Kau bior betol nak kahwin?
Kau dah fikir masak-masak?
Kau tau tak tanggungjawab tu besar?
Apa kelas kahwin?Tak kahwin pun boleh romen apa?
Life lepas kahwin?Suck gila!Takyah kahwin Tot!

Mungkin aku tak terpengaruh sangat dengan pengaruh2 ciptaan barat yang selalu memujuk lelaki merasai nikmat dunia sepuas-puasnya sebelum berkahwin.Satisfied your curiosity before you get married.Tapi tu orang putih.Buat apa aku,orang Melayu Islam (yang tak selengkap mana),nak ikut?

Takut memang takut.Macam-macam aku takut.

Tapi sampai bila aku nak takut?Aku tengok member2 aku yang dah kahwin semua bahagia aje.Yang paling gatal kahwin paling awal antara kitorang semua pun bahagia aje.Makin boroi.Bahagia kot makan puding laici tiap2 hari,hehe.

Dan aku rasa ramai lelaki yang nak berkahwin akan terfikir benda sama.
Memang banyak dugaan dia nak membina masjid ni.Nak bebas,nak enjoy,nak tengok dunia.

Tapi sampai bila nak enjoy tengok dunia?
Kan lagi best kalau dapat tengok dunia dengan dia?

Oktober 25, 2009

Bagaimana Menjadi Seorang Ibu/Bapa Yang Best dan Pengguna Yang Bijak

Aku ingat dulu-dulu waktu kecik,aku selalu mintak mak bapak aku permainan.Jalan kat supermarket lalu tepi,nampak permainan aje aku mintak.Tapi aku takde la sampai guling-guling atas lantai macam budak2 sekarang ni.Aku mintak dengan gentleman.

Starscream RM9.90 tengah posing

"Mummy,Mantot nak Thundercats itu,boleh tak mummy belikan?"tanya aku.Kalau jawapannya ok,dapat la.Kalau tak ok,aku rilek aje.Ada sekali aku tak mintak pun dapat,dapat sebijik He-Man yang aku menyesal sampai sekarang aku tak simpan elok2.

Optimus Prime ni aku suka gila design dia walaupun kartun dia teruk gila.Harga?Rm9.90.Bagi anak main pun takde la rasa risau patah ke apa.

Tapi waktu tu permainan murah aje.Aku ingat mak aku belikan aku He-Man,harga dia $19.Sekarang ni,permainan yang besar sket aje,bodoh2 Rm35.Aku usha Transformers kat Alamanda ari tu,masa tu ada sorang budak dok mengamuk mintak Bumblebee harga Rm69.90.Gile apa.Dulu Tranformers murah aje.Optimus Prime yang berkualiti gila pun tak sampai 70 ringgit.

Jika anak-anak anda meronta-ronta nakkan permainan dan anda pulak nak berjimat-cermat,bila anda berkunjung ke pusat membeli-belah,bukak mata luas-luas.Carik satu gerai yang penuh dengan patung dan permainan yang biasanya price tag dia kaler hijau.Kedai dia mesti gerai,semua tempat sama.Dia jual mainan second hand dan mainan baru yang bootlegged (pirated),ala-ala DVD.

Total harga dua-dua dekat Parkson = Rm58.80.Total harga aku beli dua-dua ni,Rm18.80.Member aku kata,mungkin ni original punya,tapi khas untuk jual dekat China.

Kalau anak anda suka Ben10 ke,Pokemon ke,Transformers ke,Jebon ke,bawak aje dia pegi situ.Suruh la dia pilih.Bukan nya anak anda tahu pun tu permainan ciplak.Lawa pun lawa,murah pun murah.

Anda senang,dompet anda pun berat,anak anda pun riang!

Oktober 22, 2009

Film Review : (500) Days of Summer


"Lina...aku betul-betul suka kat kau," kata Cikgu Rahman kepada Nurhazlina,cikgu manis yang mengajar pelajar tahun 2.Cikgu Lina mengangkat kepalanya.Merenung dalam mata Cikgu Rahman.Sunyi.Tajam mata Cikgu Lina menusuk dalam mata Cikgu Rahman.

"Apa dia?" tanya Cikgu Lina.

"Aku betul-betul suka kat kau,Lina," jawab Cikgu Rahman,gagap.

"Ok,tapi ada syaratnya.I nak kita suka sebagai kawan,sahaja,tak boleh lebih dari tu,"jawab Lina,tegas.

"Errr...ok..I boleh accept apa yang u mintak," jawab Cikgu Rahman.

"Dan lagi satu...kita boleh keluar dating,kita boleh keluar dinner,kita boleh gi shopping,tapi..." sambung Cikgu Lina.Cikgu Rahman terdiam.

"Walaupun kita buat benda sama-sama lepas ni,I tak nak u labelkan I gelfren u.I tak suka u admit u boyfriend I dan I tak wish u yang akan jadi husband I.Setuju?" tanya Lina.Tergamam sekejap Cikgu Rahman.Dalam hatinya walaupun sedikit terkejut tapi dia sangat gembira kerana Cikgu Lina memberikan respons juga.

Sudah terlalu lama Cikgu Rahman memendam hati,merindui Cikgu Lina dari jauh.Tanpa berfikir panjang,mungkin kerana sudah terlalu gembira untuk menjadi lelaki idaman Cikgu Lina,pantas Cikgu Rahman menjawab,"I setuju!" ; mengharapkan agar mungkin hati Cikgu Lina akan berubah dimakan waktu. Sedar tak sedar,Cikgu Rahman melakukan kesilapan pertama dalam permulaan diari cintanya yang masih teruna.

Jika anda berada ditempat Cikgu Rahman,apa yang akan anda lakukan?Bincangkan.Hanya peringatan,sebelum anda menonton filem ini..seperti yang dimaklumkan kepada anda,filem ini bukan filem cinta.Filem ini filem "akibat cinta."

Rating filem : 7/10

Rating Zooey Deschanel : PERFECT!Aku jatuh cinta dengan dia lepas aku tengok cerita "Bridge to Terabithia" yang kebudak-budakkan.Filem ini adalah satu dokumentari yang cukup berkesan untuk menunjukkan betapa comelnya Zooey Deschanel.

Malam Yang Sunyi,Banyak Anjing Menyalak


Aku tak boleh tidur.

Aku stress sebab aku cuba tak nak beli rokok hari ni.Dari pukul 8 sampai sekarang aku tak hisap rokok.Badan aku menggeletar.Seolah-olah tak puas.

Macam ada benda yang tak cukup.

Biasa bila aku menaip,mesti kat tangan ada rokok.Sambil menaip tangan aku rasa ganjil sebab takde benda yang dipegang sekarang ni.Masa melukis tadi pun tangan aku ambik lighter secara automatik.Bila dah pegang lighter baru aku sedar,aku tak beli rokok.

Tangan aku rasa pelik.Badan aku rasa pelik.Yang paling pelik,bila aku bau asap rokok member aku tadi,bau dia macam gampang.Seolah-olah tak best langsung hisap rokok.

Kenapa aku buat macam ni?Sebab masa on the way balik,masa aku tengah jalan aku terfikir nak beli rokok.Lepas tu aku kira balik spending aku hari ni adalah 0 sen dan kalau aku beli rokok aku dah spend Rm8 lebih.Banyak tu.

Tapi yang paling menyakitkan hati bukan sebab kena keluar duit banyak.Tapi sebab lebih daripada separuh yang aku keluar untuk beli rokok adalah untuk membayar cukai kerajaan.Jadi,sebagai seorang yang merasakan kerajaan perlu membelanjakan duit dengan lebih bijak,aku nak stop beli rokok.

Serius,badan aku rasa pelik.Macam tak cukup anggota.Aku cuba tengok badan aku,nasib baik semua ada.Kehilangan bekalan nikotin apabila tidak ada benda yang hendak dilakukan adalah satu beban yang agak berat.

Nasib baik aku tak hisap dadah.Kalau aku layan barang,tah macam mana la ketagih nya.Mau aku bukak baju dan seluar berlari bogel merata-rata mencari bekalan.Ataupun ketagih arak.Gila mahal arak.Peliknya,bila pegi makan kat kedai tepi jalan komplen air teh O'Ais Rm1.20 makcik mahal.Bodoh ke hapa?

Kesimpulannya :

1. Jangan hisap dadah dan minum arak

2. Jangan belajar hisap rokok

3. Jangan pau rokok kawan tiap2 hari.

4. Jangan beli rokok jika anda penyokong pembangkang.

5. Jika anak anda yang baru belajar nak merokok,petua nak suruh berenti adalah rendam tembakau dalam air kelapa,lepas tu suruh anak minum.Lepas tu lari jauh2.Sekejap lagi dia muntah2 hijau.Kalau ada yang muntah atas karpet,aku tak tanggung. (Petua member aku bagitau)

Aku rasa sehari dua lagi stabil la balik.
Sori la kalau aku mengarut.Aku menggeletar nak hisap rokok.

Oktober 20, 2009

Ampun Tuanku,Beribu-RIbu Ampun,Kadang2 Hamba Mintak Maaf Dengan Tuhan Pun Tak Selalu Macam Ni

(Ini bukan artikel aku.Ehsan daripada Perak Express yang diambil daripada Malaysia Today)

Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku. (Link Asal)

Oktober 19, 2009

Borak-Borak Cinta : Impian Seorang Lelaki Tiga Suku


Mungkin member aku ada menyampah dengan aku.Sebab aku ajak member aku berbincang pasal anak.Nasib baik aku tak ajak dia bincang pasal lampin ke,botol susu ke,tahi baby ke...

Banyak benda yang membuatkan aku excited. Contohnya macam :

a. Boleh duduk serumah dengan pempuan
b. Ada orang masak untuk aku
c. Ada orang yang nak basuh baju aku
d. Ada orang yang akan gosok baju aku
e. Ada orang yang basuh pinggan aku
f. Ada orang yang tolong tidurkan aku
e. Dan lain-lain lagi yang kurang sesuai diceritakan di sini

Tunang aku tanya "Baby,sayang,bucuk,intan payung....awak excited tak?"

Aku jawab "YES!" dan kemudian dia tanya aku "Apasal excited?" Lalu aku berikan alasan-alasan yang aku tulis kat atas.

Tunang aku tarik muka,lepas tu dia kata,"Gi carik orang gaji kalau macam tu!"
Aku cakap kat dia,"Tapi,awak bagi ke saya carik orang gaji Indonesia ala-ala Ayu Azahari yang mampu menidurkan saya setiap malam?"

"Takyah la carik orang gaji.Kalau nak carik gak,carik yang dah berumur!" jawab tunang aku dengan muka masam.

Crap From Bigger Crap : Jepun Perlu Contohi Malaysia

JOHOR BAHRU 15 Okt. – Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie menyarankan agar negara matahari terbit itu mengamalkan dasar pandang ke barat yang merujuk kepada negara ini.Horie berkata, negaranya wajar belajar daripada Malaysia terutamanya mengenai kemampuan rakyat majmuk negara ini hidup bersatu padu dan ciri-ciri universiti tempatan yang lebih bersifat antarabangsa.

“Jika sebelum ini, Malaysia mengamalkan dasar pandang ke timur, saya berpendapat sudah tiba masanya Jepun pula mengamalkan dasar pandang ke barat.Pandang ke barat bukan merujuk kepada negara-negara Eropah sebaliknya dari segi geografi, Malaysia berada di barat dari Jepun,” katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini hari ini.

Horie berkata, di Jepun tidak ada kepelbagaian bangsa dan budaya seperti di Malaysia malah beliau kagum dengan konsep 1Malaysia yang dapat memantapkan lagi perpaduan di negara ini.

“Di Jepun, bahasanya sama, budayanya sama, berbanding kepelbagaian di Malaysia.

“Di Malaysia kaum lain turut meraikan sambutan perayaan kaum yang lain,” katanya.

Menurut Horie, universiti di Jepun juga tidak banyak mengambil pelajar luar negara berbanding universiti tempatan yang lebih berwajah antarabangsa.Katanya, pihak akademik di Jepun sewajarnya belajar daripada Malaysia untuk membuka pintu dan menarik lebih banyak pelajar luar negara belajar di universiti di negara matahari terbit itu.

“Memang universiti di Jepun menduduki ranking yang lebih tinggi namun bilangan pelajar luar negara di sana lebih rendah berbanding universiti di Malaysia,” katanya.(Crap Link)


Sebuah artikel yang sangat ironik memandangkan majoriti penduduk Jepun mengamalkan satu bentuk agama. Jepun adalah fanatik bahasa dan budaya ciptaan mereka sendiri.Jika anda belajar di Jepun,bersedialah untuk belajar cakap Jepun sebaik mungkin. Tak logik Jepun cuba memasukkan unsur-unsur lain dalam budaya yang dah diorang guna pakai selama ni. Orang Jepun sangat pentingkan originaliti.Menulis dalam English pun diorang pakai huruf sendiri.

Ayat terakhir di atas menceritakan segala-galanya yang tidak kena mengenai institusi pendidikan di Malaysia.Marketing lebih,kualiti tak jaga.

Oktober 16, 2009

Cerita Fiksyen : Asal-Usul Frasa 1Malaysia


Pada suatu hari yang tenang,Aminuddin yang bekerja sebagai kerani awam bergred 17 dipanggil bosnya,Tuan Haji Kamarulzaman atau nama manjanya dikalangan staff2 wanita Jabatan Perdana Menteri,Bang Man.

"Amin,kau buat letterhead ni.Tulis besar-besar,MALAYSIA...rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan dengan alamat dan nombor telefon jabatan kita.Kau buat cantik-cantik.Kalau bos besar tengok tak cantik,kau tak naik gred tahun ni paham!"

"Baik Tuan Haji,"jawab Amin.

Amin pun mula menaip.Sambil dia menaip dia cuba memadankan pelbagai jenis bentuk muka cetak yang ada."Cantik juga jika aku guna font Comic Sans ni.Lagi menarik kalau aku embosskan font dia kuat2 dan buat semua font dia bold dan besar-besar.Kalau boleh,font yang tebal ni aku pakai kaler kuning yang terang,baru nampak berkilat!"

Amin pun berjaya menyiapkan letterhead itu,tersengih lebar dia melihat hasil karya nya.Tak sangka dirinya se-kreatif itu.

"Amin,macam mana?Datuk Seri mintak meeting awal pulak.Dia ada appointment dengan doktor sakit puan,"tanya Bang Man dengan garang.

"Dah bos.Tinggal nak print je,"jawab Amin.

Amin pun memprintkan letterhead itu dengan harapan agar Datuk Seri Najib Tun Razak sukakan hasil kerjanya.Bang Man terus merentap letterhead itu dan bergegas ke ofis Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Haa...Bang Man macam mana?Setel ke letterhead baru kita tu?" tanya Datuk Seri Najib Tun Raza.

"Setel bos!" lalu menghulurkan letterhead itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.Datuk Seri Najib Tun Razak pun merenung sejenak,meninjau letterhead itu.

"Ni sapa punye idea ni Bang Man?Apasal ada nombor 1 depan Malaysia ni?" tanya Datuk Seri Najib Tun Razak sambil menunjukkan angka "1" yang kelihatan pada awal perkataan Malaysia.

"Errr...errr..ni...ni.." terketar2 Bang Man,takut dimarahi.

"Bagus!Bagus!Saya tak terfikir pun dengan penggunaan angka 1 pada perkataan Malaysia,ini akan dapat memupuk nilai2 kesatuan kaum yang harmoni dan stabil.Bila diletakkan angka 1 ni,menunjukkan betapa satunya kita semua dalam mentabir dan hidup dalam Malaysia ni.Genius!Genius!" gembira sungguh Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Siapa punya idea ni?" tanya Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi.

"Saya bos!"jawab Bang Man pantas.

"Bagus!Esok Jeeb akan berikan surat kenaikan pangkat ke gred JUSA.Cukup?"

"Cukup bos!" jawab Bang Man pantas.

...........

Di ofis,Amin baru saja menyiapkan kerjanya yang bertimbun-timbun.Untuk menenangkan fikiran,dia membuka kembali file Microsoft Office nya yang digunakan untuk mereka design letterhead tengahari tadi.

"Ya Allah!Macam mana aku boleh tak perasan ada nombor 1 kat depan Malaysia ni?Mati aku!"

Oktober 15, 2009

Menari Monyet!Menari!Makan Pisang Monyet!Makan!Telanjang Monyet!Telanjang!

Selain hobi aku mengutuk orang,aku juga suka provoke orang.Jadi dalam minggu lepas aku memprovoke pembaca Oh Bulan yang tengah rancak mengutuk poster filem Indonesia yang kebanyakannya meniru poster filem Hollywood.Sebagai orang yang belajar pasal benda2 pembikinan poster macam ni,aku selalu kata,meniru adalah satu perbuatan yang bagus untuk kita belajar.Sebagai seorang rakyat Malaysia,aku merasakan bodohnya orang Melayu ni,tah apa benda la yang diorang marah benar pasal Indonesia hari tu.

Siapa punca masalah tu?Kaji la sendiri.Yang nak bergaduh tu apasal lah?Yang orang Indonesia nak mengamuk sama tu apa?Mungkin segelintir aje lah antara diorang yang tak berapa reti berfikir mengamuk.Banyak masa terluang kot untuk dihabiskan dengan mengamuk.Sama la.Orang Malaysia ke orang Indonesia ke,sapa-sapa yang nak berperang tu sama la mangkuk ayun.

Hasil daripada provoking aku yang sangat berkesan itu ini adalah komen2 dan kutukan yang aku kena.Hanya ada seorang aje yang setuju dengan aku,sebab dia orang Indonesia.

Komen Aku:

Bagus la diorang tiru tu.Apa masalahnya?Aku tak nampak pun apa kesalahan diorang.At least mula2 meniru,lepas tu diorang akan develop style diorang sendiriYang kat Malaysia ni,poster dia camne?Tengok la contoh2 poster filem kita.Takde langsung kreativiti.Semua main buat aje asal lepas.Cerita macam haram,poster pun mmg dah macam haram.Kita nak kutuk orang Indo punye poster filem meniru,tapi tak dapat kalau kita nak nafikan filem diorang jauh lebih baik,lagi berkualiti dan bikin filem secara serius,berbanding dengan filem kita.Kita kutuk poster tiru diorang,diorang kutuk filem2 bodoh kita.


Reply diorang:

1, Ko jer aggap filem indon berkualiti,,sbb ko indon,,x kempunan pun umur aq nk tngok cter endon..bodoh thap gaban,,da ke patut makeup over giler,,smpai nk tdor pun pkai bulu mata palsu,,x masuk di akal.

2. Mantot.. aku rasa ko ni banyak sangat tengok sinetron ngan cenel indon yg kat astro tu r.. kenapalah ade orang macam kau yang masih lagi nak pertahankan orang sana sedangkan orang negara ko sendiri diugut dengan buluh tajam kat sana?? ape ko ni baca paper ke tak? Well, tak semua movie kita bodoh kecuali Prof Razak Moiden tu.. Movie and Music kita cuba membangun… aku rasa orang2 cm ko ni lah yg sumbangkan kelembapan malaysia… agungkan yang luar terlampau… bagus2

3. mantot tu kahwin orang indon gamaknya…tu yg beriye sgt tu sokong…

4. pandai ckp muvi melayu x best…da ko melanga tgk cete indon ciplak tu cemana pengarah kite nak tunjuk bakat…satu je care….tv2 sume kene stop amik cete indon (tp tv2 sume pandai ckp je habuk pon xde)…kalo dorang x amik xde pon yg boley tgk…

5. lawak tul..poster malaysia takder kreativiti?..yang meniru dipuji2..lawak2..

6. mantot ni ada issue dengan semua perkara ke-malaysia-an.. typical kalau yang malaysia ni semuanya tak bagus, hitu tak bagus, hini tak bagus pendek kata semuanya tak bagus lah..
kalau indon yang meniru pun dia anggap karya agung dah kot.mantot, ko pegi duduk indon la lagi baek.

7. Mantot, ko ni indon bancuh simen kat putrajaya ke?ko ni indonnn , ngakula mantottt..

8. mantot. kau orang indon kah? takyah la nak membangkitkan isu kreativiti ke ape ke.. filem indon dah banyak terpesong dari segi Islam.. takyah aku sebut. tapi banyak giler filem, sinetron sane yang dah banyak pesongkan akidah islam. think again. kreativiti is subjective. it can be described in many ways. setakat ciplak pastu develop. kreative ape mcm tu.

9. nape ngan mantot ni..xyah la nk kondem filem kita..langsung xde patriotisme ar ko ni..kalo ye pon sokong endon..xyah nk kutuk filem kita n ckp filem kita mcm bodoh je..ko buat ar filem sendiri.!!!! byk ckp pulaaakkk..ko ckp mcm filem kita xde kualiti je..filem kita pon dh byk raih anugerah kt luar negara..ko xnmpak???? buta??? jgn perlekeh negara sendiri beb..(ntah2 ko org endon kot??? n bukan wargenegara mesia..) xpyh nk banggakan sgt dowang tu..bukan ak xleh terima kutukan..tp ko xyah nk perlekehkan perfileman kita..bangga dengan ape yg ada..!!!! banggalah sgt ngan endon ko tu..bangga!!

10. dia ni bodoh.. xyah layan… sengal yang amat… g wat research… ko xtau pape eh fasal malaysia sebenarnya? mesti ko menyesal nanti bila ko dah rajin sikit wat research…. bukak tv dgr berita.. baca paper.. bace blog… forum… sian r ko.

11. ak stuju ngn ko timah…si montot ni xtau pape pn pasai M’sia….xabih2 nk mmburuk2kan M’sia..at least M’sia try r beb…klu ko tgk filem2 hollywood ms awai2 dlu pn cm kte gak..sbbkan diorg da lame dlm prfileman r filem diorg da maju…
indusri filem M’sia bru je nk nek..2pn da de pmbaharuan..ko tgk je kartun Upin ipin…indon leh wat ke beb???grafik cm2 da standard katun hollywood beb…stakat tru2 cte org wat pe??xkan 2 pn ko xpaham montot???up2 la negare sndri…sedarla ckit bumi mane ko pijak 2!!!!!

12. diam ar MANTOT!!!BONTOT KO mmg tak penah cuci agaknya!sian…musti ko nih ada keturunan indon sket…tuh yg cetek ILMU tak mcm kami nih~

13. mantot bdoh bahlol,sah ko org atas pagar keturunan indon,p mampos ler ko.balik indon lg bagus buat semak jer.huh!!

14. BAGUS MANTOT & MALINGSHITtttttt. Elok korang simbah lagi minyak petrol ke
atas api yang sedang marak ni. Hehehehe…………….AKU SUKA! Thank UUUUuu
Sekurang-kurangnya, korang berdua dah berjasa kepada MALAYSIA. Kenapa????
Dengan posting korang berdua yang bak mencurah MINYAK PETROL ni, korang
dah berjaya menyatukan RAKYAT MALAYSIA yang selama ni, takda keja lain, asyik
MERUNGUT, MENGUTUK KERAJAAN MALAYSIA. ASYIK NAK JATUHKAN KERAJAAN
kerana pada dia orang lebih baik diperintah oleh CINA daripada Melayu yang kekononnya
semua corrupt. Rupa-rupanya CORRUPTION ni ialah penyakit KUDIS yang tak kenal bangsa!
Sekarang, dengan munculnya ISU PANDET ni, semuanya bersatu padu, GANYANG
INDONESIA. Hehehehe……..Mantot and malingshitttt. A HEARTY THANK Uuuuuuuu

Punyalah bermati-matian diorang mempertahankan poster filem Melayu (aku pun tak sure apa isu dalam posting tu yang diorang marah sangat,poster tu ke sebab ada isu hari tu sebenarnya).Gile ah!Adakah mereka2 ni suka tengok poster filem macam ni







Daipada segi penerimaan seni dan penghargaan kepada mereka yang berkarya dalam bentuk seni visual,kita jauh di belakang.Satu masa dulu kita jauh lagi baik tapi sekarang ni,bila bermulanya era filem2 sampah Datuk Yusof Haslam dan Prof Razak,zaman kejatuhan filem kita berlaku.Sekarang ni barulah nampak nak naik sket sebab banyak filem yang boleh dikategorikan sebagai filem2 "yang nampak tidak dibuat main2" dikeluarkan oleh pembuat filem kita.

Daripada filem kita dikeluarkan dengan rupa poster filem seperti di atas yang MAHA BURUK dan MAHA MENYAKITKAN MATA,lagi baik la pengeluar2 filem hanya mengambil satu helai kertas A4 dan sebatang marker hitam,lalu ditulis tajuk filem itu.Kemudian difotostat beribu-ribu keping,ditampal merata-rata menggantikan iklan2 along yang berlambak-lambak.

Ada yang kata aku bancuh simen kat Putrajaya?
Kalau takde pekerja diorang datang sini bancuh simen kat Putrajaya,TAKDE PUTRAJAYA TU MANGKUK!Orang Malaysia ni berapa orang yang nak bancuh simen kat Putrajaya?Takde kan?

Jadi jangan bergaduh.Fikir dulu kenapa kau nak bergaduh.Kalau takde sebab,gi duduk dalam bilik diam2 baca komik atau tengok porno.Lagi berfaedah daripada korang duk bergaduh takde sebab yang terang.Perangai macam monyet terlatih.

Sekarang ni aku paham la kenapa filem-filem sampah selalu dapat sambutan.

Oktober 13, 2009

Susahkan Jadi Perempuan?


Dua minggu lepas,aku on the way balik dari Pandan Indah.Jam masa tu dah dekat pukul 11 malam.Aku susur keluar dari jalan motor lepas tol dan nak ambik exit ke rumah aku.Lalu aje kat tepi exit tu aku nampak ada seorang perempuan tengah berjalan sorang laju2 tepi divider .Depan dia selang beberapa meter ada dua orang perempuan jalan sekali dan diorang pun sama,jalan laju gila.Hampir boleh dikatakan mereka seperti berjogging-jogging anak.

Aku slow dan aku baru perasan rupanya situ tempat bas berenti turunkan penumpang.Jadi,kemungkinan besar diorang ni baru turun dari bas dan nak berjalan balik ke rumah masing-masing.Yang jalan sorang2 tu tak bertudung,yang dua lagi pakai baju kurung dan bertudung.Melayu lah kiranya.

Aku jadi kagum sekejap sebab aku rasa diorang ni berani.Berani dalam ketakutan.Sebab jalan yang akan diorang redah depan tu gelap dan agak sunyi.Bukan ketakutan sebab ada banyak hantu atau banyak anjing,tapi jika aku seorang perempuan,aku sure akan takut dan terpaksa memberanikan meredah jalan tu setiap hari...dengan berjalan kaki.

Dan bila aku selalu membayangkan benda2 macam tu,aku akan terfikir pasal adik aku dan tunang aku.Mungkin aku tak sanggup kot membiarkan diorang berjalan dalam gelap camtu.Terlalu banyak risiko dia.Jadi apa-apa,bukan ramai orang perasan pun.Aku jadi takut membayangkan kalau ada orang yang aku sayang terpaksa melalui benda macam tu.

Mungkin akan wujud suara-suara sumbang yang kata "kenapa tak beli kereta?" atau "kenapa tak beli motor?" atau "Kenapa tak naik teksi?" Aku cukup menyampah baca atau dengar ayat-ayat macam tu.Kau mampu kau diam,jangan banyak komen.

Persoalan sepatutnya yang ditanya oleh rakyat yang prihatin adalah "Kenapa perkhidmatan bas kat Malaysia kebanyakannya buat asal boleh?Area of coverage yang tak merangkumi keseluruhan kawasan,driver malas nak masuk dalam lagi,bas tak cukup,driver mengantuk.Terlalu banyak alasan yang kita dengar dari pihak2 tertentu bila rakyat mempersoalkan taraf perkhidmatan awam Malaysia.

Nak naik LRT pun nak kena naik teksi dulu untuk ke stesyen LRT.Nak naik bas pun kena berjalan kaki 1km nak ke bus stop.Sampai bila nak camni?Dan aku lagi sedih bila Wakil Rakyat Yang Baru ditabalkan,Isa Samad kata lepas menang,dia nak tolong BN menang balik kerusi Teluk Kemang. Sebab tu kau nak jadi Wakil Rakyat?Itu hadiah kau lepas "rakyat" pilih kau jadi wakil diorang.Bodoh....rakyat tu kau nak tolong apa pulak?

Jadi,Isa Samad adalah tipikal pemimpin2 Melayu yang lain dan golongan macam ini tidak mungkin akan terfikir mengenai nasib gadis-gadis Melayu yang berjalan dalam gelap selepas pulang dari kerja semata-mata kerana sistem pengangkutan awam Malaysia yang lemah.

Oktober 12, 2009

Kronologi Landmark Kehidupan Aku Yang Normal


Kalau difikir-fikir,banyak landmark dalam hidup aku yang menunjukkan aku berubah lagi tua.Daripada sekecik2 benda sampai la ke besar2 benda.Mungkin budak zaman sekarang tak merasai benda yang sama macam aku dan generasi 80 an alami tapi mungkin ada familiarity yang wujud antara kita.

Aku mulakan daripada first time aku rasa aku dah besar, sewaktu aku berumur 8 tahun dan akhirnya,selepas puas disound oleh mak aku,akhirnya aku berjaya meninggalkan botol susu kesayangan aku.Yeah!Aku hisap botol sampai aku berumur 8 tahun tapi...aku tak minum susu,aku minum nescafe O yang aku buat sendiri.Matured siot!Itu landmark first aku merasakan aku dah besar.Kronologinya kemudian bersambung seperti di bawah :

Sekolah Rendah
1989 - First time aku belajar puasa.Tapi selalunya waktu rehat aku dah minum air.

1990 - Graduate daripada membaca Muqaddam dan sambung belajar baca Quran.Waktu tu aku merasakan "Hak eleh,Muqaddam untuk budak2 hingusan!"

1991 - Masuk darjah 4,kena menulis pakai pen buat pertama kalinya.Waktu tu,semua benda silap kecik pun pakai liquid paper sampai la cikgu aku kata silap sket potong je ayat tu.Menulis pun sangat2 berhati.Yang paling terasa,jadual sekolah tukar waktu pagi .Arghh.Sekolah pagi,kena bangun pagi-pagi.

Tengah darjah 4,aku kena pakai spek.Bila aku kena pakai spek,aku rasa macam dewasa.Hujung darjah 4,aku kena sunat.Tah kenapa aku sangat gembira bila nurse yang kena bukak balutan aku tu cun.Mungkin sifat pervert aku dah muncul dari kecik.Habis bersunat semua sedara kata aku dah besar.Aku assume masa tu aku dah matang gila.

1993 - Darjah 6,first time aku merasakan wujudnya attraction dengan seorang minah ni.Aku suka tengok dia dalam kelas dan aku merasakan simpati dekat dia bila dengar family dia bermasalah.Nak aje aku ajak dia kahwin tapi sebab bapak aku suruh belajar kalau tak nak kena lempang,aku pun membatalkan niat aku.

Sekolah Menengah
1994 - Masuk sekolah menengah.Pakai seluar hijau dengan kasut hitam.Rasa seperti orang dewasa bila kena kiwi kasut.Dan aku merasakan sebab aku duduk sekolah SBP ni la yang membuatkan aku jadi matang sket sebab semua benda buat sendiri.Benda paling matang pada aku masa ni adalah kena pakai tie yang betul,bukan tie yang ada tali getah lagi.Payah siot nak ikat tie.

Akil baligh.Tak perlulah aku terangkan apa yang terjadi dalam mimpi aku kat sini.Yang korang perlu tahu cuma dalam mimpi aku ada seorang perempuan yang cun dan agak seksi.

1995 - First time naik bas mini dan pegi main game dekat Sungai Wang.Bila beraya tahun tu,aku merasakan betapa lame nya kalau aku meronda kampung berharap dapat duit raya.Duit raya hanya untuk budak-budak kecik!

1996 - First time tengok porno (masa tu susah gila nak tengok porno)kat rumah member aku.Nenek dia tetiba keluar dan kitorang laju2 tukar channel TV3.Waktu tu ada Smart Shop.Nasib baik nenek dia tak pelik kenapa kitorang tengok Smart Shop 4 orang.Yang aku pelik sampai sekarang,kitorang boleh tengok porno ramai2.

Ambik PMR.

1997 - Form four,first time aku suruh junior aku ambik dobi aku (seminggu sekali dobi datang kat sekolah aku) dan first time jugak aku panggil junior aku seorang dan ragging dia sebab dia kurang ajar dengan member aku.Hahaha.

Berkenalan secara serius dengan seorang gadis dan persahabatan itu kekal agak lama.First time aku bergaduh dengan perempuan adalah bila member pempuan aku ni datang sekolah aku sebab ada tournament chess dan aku tak nak gi jumpa dia (sebab aku takut).Merajuk agak lama jugak dia dan akhirnya selepas 3 surat panjang lebar aku,dia sejuk balik.Nak tau balasan surat dia camne?Dia tulis atas A4,lipat,stapler dan pos.Dalam tu ada la tulisan sikit.Macam tu punya kuat pempuan merajuk.Menyedarkan aku yang perempuan agak kompleks untuk difahami.

1998 - Ambik SPM.Habis exam balik rumah dan melepak.Kononnya nak take a break from all the brain exhaustion.

Lepas SPM
1999 - Pegi ambik lesen.First time bawak kenderaan adalah satu ingatan indah untuk aku.Dapat lesen.HOH!Bangga gila!Sekali aje aku test motor!Kesian gak tengok sorang akak ni tergolek masa test emergency break.

Apply IPT dan masuk IPT.Wow.Untuk seorang lelaki yang hampir 5 tahun bergelumang dengan lelaki2 lain SAHAJA (Aku sekolah laki) masuk ke Universiti merupakan satu pengalaman yang SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT menarik.Gadis2 cantik merata2 tempat dan tak ada jadual ketat yang mengongkong hidup aku.

First time beli motor.EX5 Class kaler merah yang member aku terbalikkan pada hari ketiga aku ambik motor tu.Dia kata dia tere bawak motor clutch jadi motor EX5 ni patutnya kacang aje lah pada dia.Ambik ko wheelie sampai tayar depan naik 90 darjah.Nak marah pun takde gunanya.

Eksiden kereta bila kitorang balik dari main snuker dan kuda pada hari Jumaat.Kereta berpusing2 dan nasib baik tak masuk hutan depan UPM (dulu situ hutan) Dah la semua tak semayang Jumaat!Masa berpusing2 tu aku rasa slow motion gila dan benda yang aku fikir adalah "Aku tak kawin lagi."

First time makan dengan pempuan.Dulu aku ada geng dan dalam geng aku ada 4 orang budak pempuan.Aku suka sorang minah ni.Kitorang panggil dia Pe'ah (haram tak glemer nama) tapi rupanya member dia lak yang syok kat aku.Aku merasa sangat hot ketika itu.

2000 - Buat pertama kalinya,merasai rejection seorang perempuan.Dari situ aku belajar,jangan cuba tekel awek orang.

2001 - Ada budak junior panggil aku abang.Aku rasa tua.

2002 - Aku ada gelfren.Hepi gila aku masa tu sampai aku telefon mak aku dan cerita kat dia macam mana perasaan aku."Mak,saya tak pernah rasa perasaan macam ni.Macam semua benda ni elok aje,sempurna aje.Langit pun biru semacam je mak!"Macam tu la yang aku cakap kat mak aku.

First time merasai pengalaman member aku meninggal.Pelik perasaan dia.

Zaman Pekerjaan
2004 - First time merasai internship.Rasa dewasa gila.Waktu tu dapat elaun Rm300 pun dah rasa macam besar gila.First time kerja.Aku kerja awal sebab aku tangguh study.Kemudiannya first time dapat gaji (kecik aje)

2005 - Konvokesyen lepas hampir 1 tahun setengah aku habis belajar.Awek aku dah kenen2 nak ajak kahwin.Gile ah!Takut aku dengar bende2 camtu dulu.

Bila kakak aku bersalin,aku dah ada anak buah aku yang first.Waktu tu,aku pelik sebab aku dah jadi Pak Ngah.Aku tak suka.Tapi lama2 dah terbiasa.
2005 - 2006 - Hidup aku waktu ni memang tak tentu arah.Bertukar-tukar kerja dan penuh dengan kehidupan malam di ofis.Waktu ni aku memang takde life.Borak ngan member pun kadang2 aje.

2008 - Bila aku pegi jumpa bapak awek aku secara solo cakap nak kahwin dengan anak dia.Nasib baik bapak dia tak keluar parang dan hambat aku keliling kampung.Aku buat dua kerja sekali semata-mata untuk cukupkan duit nak kawin.

2009 - Ada satu hari,aku masuk lif.Dalam tu ada satu family dengan anak2 kecik.Anak dia duk tengok aku aje.Lepas tu dia sengih2.Bila dia nak keluar lif,aku lambai2 la kat budak tu.Bapak dia pun kata,"Haa..babai pakcik tu." KAMON LA!Kau lagi tua dari aku aa!Panggil la aku Abang ke,Bro ke!

- Kena panggil Uncle oleh budak kecik.

- Keluar duit untuk beli cincin tunang.Wah.Masa tu aku baru terasa komitmen yang agak besar.

dan sekarang ni;
aku dah mula terfikir macam-macam lagi.Banyak landmark dalam hidup ni yang buat kita matang tapi bila tengok2 balik sebenarnya,pada peringkat tu kita masih lagi membesar.Walaupun dah ada anak,isteri,pasti lepas ni akan ada lagi landmark2 yang membuatkan aku sedar betapa tak maturednya aku sebenarnya sebelum ni.

Mungkin aku dah berada dalam fasa yang membolehkan aku settle down.Kadang2 ada jugak member2 aku yang kata,"apasal nak settle down ni?Dah cukup ke enjoy?"Tah la.Aku tak pernah tertarik nak bersosial atau berenjoy-enjoy ni.Semua tu mengarut aje.Berapa lama nak enjoy?Sampai satu masa nanti bila tersedar yang selama ni usia tu banyak terbuang sebab nak kejar keseronokan aje,waktu tu barulah terhegeh-hegeh nak catch up balik apa yang terlepas.

Ada satu masa dulu hidup aku hanyalah untuk catch up orang lain.Orang lain dah stabil kerja,aku terhuyung hayang lagi.Jadi,kepada mereka2 yang masih muda,jangan ulangi kesilapan aku.Dengar cakap orang2 tua.Kalau mak kau suruh kau jadi doktor (aku dapat sains biologi tapi aku tolak) JADI DOKTOR!

Macam dalam filem Ibu Mertuaku ada cakap, "Siapa Kassim Selamat?Doktor?Lawyer?Engineer?" Ada sebab kenapa makcik tu nak anak dia kahwin dengan orang-orang yang bekerja macam tu.Fikirlah sendiri kenapa.Tak mungkin la akan ada filem yang skrip dia berbunyi "Kassim Selamat,siapa Kassim Selamat?Graphic Designer?Animator?Pelukis Komik?"

Kita duduk Malaysia.
Hak cipta karya pun diorang tak respek.Apa lagi tukang buat karya tu.Jadi,belajar rajin2 dan cuba jadi menantu impian filem Ibu Mertuaku.

Oktober 10, 2009

Budaya Sebegini Wajar di Teruskan Dalam Memajukan Identiti Masyarakat Melayu Yang Lebih Global

Satu hari,tunang aku chat dengan aku.

RaksasaGorgom :
"Baby,baby!Awak cuba tengok gambar ni."

Aku : "Gambar apa kau nak aku tengok ni?Aku bz nak mampos!"

RaksasaGorgom : "Alaa,tengok aje la dulu.Sekejap aje..plisssssss :)"

Aku : "Arghh,kau ni pun,tak paham bahasa.Dah kawin nanti tah camne aaah."

RaksasaGorgom : "Bukak la cepat,kalau tak nanti malam pertama kita..I TAK BAGI U BUAT APA YANG U NAK SELAMA NI TU!"

Aku : "Hah!Okeh yang.Saya tengah bukak ni.Sori,sori,I tengah bukak link ni.Sayaaaang awak!"

(Aku pun bukak gambar tu dan renung sebentar.Hampir terkeluar nasi campur yang aku baru makan tadi.)

Aku : "Errr....apsal gambar ni camni?"

RaksasaGorgom : "Haaa...awak jangan nak mengada-ngada nak tangkap gambar camni nanti!Jangan berangan nak photoshop kan gambar kita supaya berposing camni."

Aku : "Aaaa...tapi ni photographer yang tangkap.Kalau kita tangkap gambar ni sendiri,tak boleh ke?"

RaksasaGorgom : "JANGAN!I tak nak.Kalau awak nak jugak tangkap gambar camni,awak carik orang lain!"

Aku : "Betul?"

RaksasaGorgom : "..................."

Aku : "Hehe."

RaksasaGorgom : ".......apa gelak-gelak?"

Aku : "Saya tau awak sayang saya,kan?Saya sayang awak jugak dan saya takkan carik perempuan lain untuk bergambar macam ni.Janji!Tapi kita kena ada gambar macam ni sekeping untuk membuktikan yang sekurang-kurangnya saya dah pernah cium orang lain selain daripada reflection saya sendiri dalam cermin.I nak tunjuk kat member2 I yang gelak-gelakkan I!"

RaksasaGorgom Has Logged Out.

Aku : "Ayang..baby?Hello?"

Gambar yang menjadi perbincangan.



Aku merasakan,mungkin gambar ni sepatutnya adalah koleksi private pasangan ni.Bila tunang aku browse Flickr carik idea kaler wedding,terjumpa gambar ni yang mungkin diupload photographer,membuatkan benda ni dah terjadi public.

Oktober 09, 2009

Film Review : Kami The Movie


Jika seseorang itu berkata dengan jelas,kita dengar kata-katanya.Jika kasih dicurahkan kepada mereka yang disayangi,kita nampak belaiannya.Jika benar ikhlas ingin berkarya,kita akan nampak hasilnya.

Itu adalah sesuatu prinsip yang tidak dipegang oleh kebanyakan pembuat filem kita.Tapi selepas menonton filem "Kami" aku seolah-olah hilang suara.Sama ada ingin kagum atau ingin gembira,sama ada ingin suka atau ingin berduka.

Jiwa aku dalam gelora.

Bila seseorang itu sayang dan kasih akan buah tangan mereka,pasti akan mereka dapat tuai hasilnya.Visual dan penceritaan filem "Kami" amatlah kelihatan dirungkai dengan cukup teliti.Seolah-olah melambangkan penulisnya amat mengambil berat mengenai filem ini.Cukup sayang mereka kepada filem ini sehinggakan jangkauan filem ini telah melangkah jauh meninggalkan pemikiran masyarakat Malaysia yang kebanyakannya memandang serong cerita sebegini rupa.Jujur,ikhlas,tak peduli apa masyarakat kata.

Watak-watak yang selamba dilakonkan.Mungkin tidak pun memerlukan banyak arahan bila berlakon kerana watak2 yang dicipta dan datang daripada siri TV "Kami" ini tidak perlu banyak bantuan.Watak-watak yang ditunjukkan adalah manusia-manusia,remaja ibu kota yang senantiasa kelihatan bebas ,tiada masalah,tiada pra sangka.Hidup selamba,berkawan tak mengira rupa,pangkat atau nama.Mereka masih lagi mencari haluan hidup.

Apa yang menariknya di sini adalah watak-watak itu direka walaupun kelihatan lemah dari segi luarannya tetapi dari dalam hati mereka,kekentalan hati masing-masing memandu mereka mencari erti kenapa mereka hidup di bumi Malaysia ini.

Mungkin review ini agak terlambat.Filem ini adalah satu bentuk representation remaja yang tulen.Apa yang lebih membanggakan adalah simbol remaja yang ditonjolkan ini bukan sekadar mat rempit atau bohsia yang selalu ditonjolkan oleh filem-filem tipikal Malaysia yang lain.Mereka ini hidup.Mereka ini realiti;melangkah atas bumi.Bukan dalam alam fantasi yang selalu kelihatan dalam filem-filem Melayu lain.

Atas sebab itulah filem "Kami" ini sangat berkesan ;kerana penceritaan nya tidak pernah lekang dari asal-usul masyarakat sebenar.Wataknya hidup,bernafas,seperti orang lain,seperti aku,kau dan orang lain. Bukan seperti pelakon-pelakon yang cuba berlagak seperti bohsia,penagih,mat motor yang kayu,kaku tidak mengerti siapa yang mereka lakonkan.

Atas sebab itulah filem ini hidup.Berkesan.Mampu berkata-kata.Mampu membuatkan masyarakat berfikir baik buruk dan tidak banyak filem-filem Melayu yang keluar mampu membuatkan masyarakat berfikir.

Rating - 9/10

Oktober 08, 2009

Berita Gembira Untuk Semua Animator dan Designer!Weehee!


Malaysia kaji beri insentif industri bahan multimedia CANNES, Perancis 6 Okt. - Malaysia sedia menimbangkan cara untuk memberi insentif kepada industri bahan kandungan multimedia bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan buat rakyat Malaysia. (Berita Penuh)

Selepas aku membaca benda dan janji macam ni,aku selalu terfikir,kenapa kerajaan suka buang duit tak tentu hala?E-Village dah jadi apa aku pun tak tau.Suntikan dan rangsangan macam ni takkan membantu selagi banyak benda2 basic tak dibetulkan.Jika nak majukan industri multimedia betul2,banyak lagi cara jika kerajaan nak bantu.Orang2 Multimedia tak perlukan rangsangan macam ni.Apa yang KAMI lebih perlukan adalah :

1. Wujudnya undang-undang atau union yang menjaga hak animator,designer,photographer,artis,pelukis,props designer,foley artist,voice over talent dan kuli2 sekalian.

2. Keluarkan satu guideline yang menjaga kepentingan gaji dan elaun untuk kami.Terlalu banyak syarikat yang mengambil kesempatan memberikan gaji yang rendah dan elaun yang tidak wujud.Ada designer di Serdang yang dibayar Rm800.Ada animator yang bekerja di sebuah syarikat yang agak terkenal (tapi sudah dibungkus) dan dia dibayar hanya Rm450 SEBULAN.Dan...dia adalah seorang degree holder.Tapi sebab nak kerja dan minat punya pasal,dia sanggup ambik.

Aku pernah diinterview sebuah syarikat yang memberikan aku offer TAKE IT OR LEAVE IT dengan pemotongan gaji yang terlalu besar.Dia offer aku Rm1000.Nak ke tak nak?Kenapa dia berani macam tu?Sebab dia sure aku akan ambik.Aku tak dapat gaji 2 bulan 1/2 masa tu.Aku tak ambik.Gila.Baik carik kerja lain daripada kena perah sampai kering.

3. Undang2 buruh bagi bidang multimedia amatlah dipandang mudah oleh syarikat2 dengan alasan DEADLINE.Jika di luar negara,wujud undang2 yang memastikan pekerja hanya bekerja tak lebih 40 jam seminggu.Tapi di Malaysia,ada yang bekerja 24 jam sehari TANPA APA-APA IMBUHAN ATAU OVERTIME.

4. Pastikan pembayaran EPF dilakukan oleh syarikat.Jika syarikat tidak membayar EPF,jangan bagi mereka status syarikat.Dua tahun aku kerja takde EPF,membuatkan aku jeles tengok saving EPF member aku.

5. Bagaimana nak kerja jika tak dapat gaji?Tanyalah sesiapa yang dah lama kerja dalam bidang ni.Pasti dalam tempoh bekerja tu,dah biasa tak dapat gaji 3 bulan.

6. Syarikat juga gemar mengeksploitasi pekerja kerana mereka tahu persaingan yang kuat membuatkan ramai staff tidak berani melawan atau berhenti kerana ketakutan hilang pekerjaan.Jadi,kebanyakan perasaan tidak puas hati dipendamkan begitu saja kerana tahu susah nak dapat kerja dalam bidang ni.Selain itu,oleh kerana kebanyakan penggiat multimedia adalah orang2 yang betul2 menghargai dan minat dengan bidang ni (dan tak mahu buat benda lain) mereka akan terus bekerja kerana mereka suka buat benda tu ...dengan imbuhan tak seberapa.

7. Lagi satu,jika kajian betul2 dibuat oleh pihak kerajaan,kebanyakan syarikat multimedia khasnya syarikat Melayu sangat hebat dalam melesapkan duit dalam sekelip mata.Jika duit dan peuntukan diberikan secara selambak,pasti duit itu akan hilang dikaut oleh bos2 yang rambang mata untuk membeli BMW secara cash.Jadi,untuk mengelakkan pembaziran terjadi (seperti mana hilangnya peruntukan awal-awal dulu untuk membuat filem Saladin) kekalkan pemberian seperti mana pemberian grant oleh MDEC sekarang ini.Ikut peringkat,ikut step.

8. Jika kerajaan betul2 ikhlas;sila semak pegawai2 Bahagian Teknologi Pendidikan dan mana2 pegawai yang terlibat memantau pembangunan Courseware.Sila pastikan mereka ini jujur dan ikhlas kerana yang aku pernah jumpa SANGAT SUKA MAKAN RASUAH (zaman aku dulu la,skrg aku tak tau).Rasuah KFC pun dia sapu.

9. Jika kerajaan benar-benar ikhlas; pastikan peruntukan untuk membangunkan industri multimedia ni sampai ke tangan yang betul tanpa melalui potongan mana-mana middlemen yang tamak nak kaya cepat.

10. MSC Status Company?Tolong jangan ingat jika sebuah company itu berstatus MSC,dia adalah company yang gah merata Malaysia dan kebajikan staffnya terjaga.Itu semua hanya untuk penjualan status dan mempopularkan sesebuah company.Staffnya masih lagi bertaraf kuli batak.

Aku nak buat kartun.
Aku suka buat kartun.
Aku suka membayangkan budak2 belajar guna courseware yang aku terlibat buat.
Aku gembira gila bila aku balik kampung sepupu aku yang kecik kata dia tengok kartun aku buat.

Itu impian kitorang.

Tapi banyak betul halangan dan halangan2 tu kadang2 membuatkan animator,designer,illustrator ni tak dapat nak kahwin....sebab perempuan takut.Maklumlah,gaji pun tak dapat,balik pukul 4 pagi.Pukul 10 masuk balik.Hidup ikut deadline. Muka pun dah macam kartun. Mengadap PC 24 jam buat kartun,buat design, hisap rokok banyak.

Hidup terkejar-kejar deadline.Mati pun cepat.

Oktober 07, 2009

WTF Abah Kau Ananda Krishnan?


SEBELUM

Bermula 1 Ogos ini, peminat saluran sukan di stesen televisyen satelit berbayar, Astro akan terpaksa membayar lebih lapor akhbar Kosmo.

Kenaikan bayaran sebanyak RM12 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay.

Bagaimanapun, menurutnya, peningkatan tersebut masih rendah berbanding stesen televisyen berbayar di negara lain seperti di United Kingdom yang meningkat sehingga 532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia (172 peratus). Kenaikan di Malaysia cuma 100 peratus.


SELEPAS (atau SEMALAM..)

KUALA LUMPUR, Oct 7 — Malaysia’s pay-TV operator Astro All Asia Networks said today it had won the rights to broadcast the English Premier League (EPL) for the next three years in the Southeast Asian country.

Astro, which won the bid jointly with sports content provider ESPN, did not specify how much it bid for the rights but The Star newspaper cited sources as saying the firm had forked out RM800 million.

Analysts say the company, owned by reclusive tycoon Ananda Krishnan, beat Telekom Malaysia after a fierce bidding war.

“Given our belief that Astro probably submitted a fairly aggressive bid this time round [versus a reported US$150-200 million (RM515-687 million) in 2006], content cost is expected to balloon,” investment bank OSK in a research note.

“Management had previously guided for content cost to be some 35 per cent of pay-TV revenue for FY10. We expect Astro to pass on the higher cost to subscribers with a subscription price hike for its sports package in the interim.”

Astro shares were up 0.6 per cent at RM3.41 by 1056am in a broader market up 0.4 per cent.


...........

Apa cerita ni bai?Dulu bulan 8, kata fees sport package naik sebab license EPL naik harga.Rupanya baru nak bidding.Dah menang,lepas tu nak cover balik kos bidding,nak naikkan lagi.Apa bendanya ni Ananda Krishnan?Kau nak menipu ke hapa?Kalau license tu dijual untuk 3 tahun,apsal tetiba bulan 8 aritu kau naikkan cas?Dan kalau kau menang bid untuk 3 tahun akan datang,kenapa tetiba musim ni cas naik?

Kan license dijual 3 tahun sekali.Jadi,secara automatiknya,untuk musim ni sepatutnya takde perubahan la kan?

Tak 1Malaysia la macam ni macha!Takkan caj naikkan dulu sebelum tahu menang bidding tu.Nampak macam ada konspirasi nak menipu je ni.

Lindungi Rahsia Negara


Rahsia.Apa itu rahsia?

Jika seseorang itu menyimpan sesuatu rahsia,mengenai dirinya,itu adalah satu perkara yang tuan empunya badan tidak ingin orang lain tahu.Rahsia adalah satu perkara yang sulit dan kemungkinan memalukan jika tersebar.Adakah ada rahsia yang berfaedah?Mungkin ada.Contohnya kalau kita selalu brwose internet kita akan jumpa iklan "Rahsia Memancutkan Isteri" atau "Rahsia Mengeraskan Mana Yang Lembik."Tapi bila kita bukak website itu,kita akan disuruh beli buku atau bayar untuk sesuatu benda.Lepas tu,benda tu tidak akan jadi rahsia lagi.Jadi,kenapa digelar rahsia pada mulanya?

Jadi,sebenarnya..adakah ada rahsia yang berfaedah atau baik?Jika rahsia itu baik,kenapa dirahsiakan?

Kalau anda ada perasan,ada sesetengah pelekat pas kereta staff kerajaan yang tertera perkataan "Lindungi Rahsia Negara."Aku tak rasa semua staff gomen dapat sticker tu.Dulu aku selalu tertanya kenapa sticker tu mesti ada ayat tu.Apa yang kerajaan takut sangat?

Baru2 ni Malaysia Today dah diblocked oleh sesetengah ISP,jadi kebanyakan daripada kita takleh access.Tapi bila aku bertanya dengan informer aku (hehehe) dia kata itu bukan kerja ISP.Itu kerja hackers.Hackers yang diarahkan pihak tertentu atau bekerja secara sendirian,wallahuallam.Kenapa?Sebab Malaysia Today sudahpun mengeluarkan mengenai satu rahsia negara.Mungkin itu aje lah sebabnya.Dokumen sulit mengenai PKFZ dah tersebar selepas dikeluarkan di MT dan ada orang yang tidak suka rahsia negara tersebar luas.Tapi yang jelas sebelum itu,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sudahpun mengeluarkan arahan untuk ISP menahan access ke Malaysia Today.Dan mereka juga boleh berbuat apa saja yang mereka mahu.Mahu blok Blogspot pun mereka boleh.Tapi mungkin blog2 pembangkang cap ayam tidaklah diganggu kerana mereka tidakpun berkemampuan untuk memecahkan rahsia negara.

Rahsia?Apa yang dirahsiakan?Adakah sebab kerajaan tidak mahu rakyat tahu atas sebab keselamatan negara?Atau kerajaan tidak mahu rakyat tahu kerana mereka takut?Mereka malu sebab mereka tahu mereka tak betul?Buat kerja tak betul,pecah amanah dan sebagainya.

Seseorang yang terlalu banyak rahsia adalah seorang yang banyak menyimpan benda salah yang dibuatnya.Kerajaan yang terlalu takut rahsia mereka tersebar?Itu jelas menunjukkan kerajaan terlalu banyak perkara yang ingin disimpan.Adakah itu sebabnya pekerja2 kerajaan perlu diingatkan untuk "Melindungi Rahsia Negara" setiap masa ketika dalam kereta,ditampal jelas di depan windshield kereta.

Mungkin kerana Kerajaan kita banyak rahsianya.Dan mereka tidak mahu rakyat tahu.Itu akan menggugat keselematan negara.Atau dalam erti kata lain...menggugat keselamatan pemerintah yang ingin benar memerintah.

Oktober 05, 2009

Pengguna Genius - Berjalan-Jalan Di Carrefour Bdr Tun Hussein Onn

Baru2 ni,ada sebijik Carrefour baru bukak kat Cheras.Cepat betol bangunan tu siap.Sedar2 dah siap,sedar2 dah bukak dah.Mungkin teknologi banyak membantu atau mungkin bangunan tu dibuat agar cepat siap.Jadi,satu hari tu aku singgah lah dekat situ.Aku masuk pun sebab dari jauh aku nampak banner besar "Ekspo Barangan Bayi."Mungkin naluri kebapaan aku yang semakin kuat yang membuatkan aku hendak meninjau atau hanya sekadar imaginasi aku berpusing,memikirkan kemahuan mengalami proses penghasilan bayi yang membuatkan aku tertarik dengan ekspo barangan bayi itu.

Banyak lagi kedai yang tak dibukak.Tapi Carrefour dah dibukak sepenuhnya.

Satu benda yang aku menyampah bila pegi Econsave atau Giant adalah bila kita kena tinggalkan barang2 macam beg dan jacket kat kaunter.Aku malas nak queue dan tunggu nak bagi barang,pastu ambik nombor.Aku lagi malas nak layan muka customer service yang malas2 nak ambikkan balik barang yang aku dah bagi kat dia.Nasib baik Carrefour bagi bawak masuk beg dengan syarat diorang klipkan zip beg tu.

Aku pun masuk dan meninjau2 kat depan tu.Ada banyak baju budak2 kecik yang dijual dengan harga yang agak murah.Aku pun tengok2 la.Adalah beberapa orang kakak yang menjeling aku,mungkin pelik memikirkan macam mana mat rempit sorang ni belek2 barang baby ni.Mesti diorang memikirkan aku adalah penculik budak kecik atau paedophile.Tapi naluri kebapaan dalam diri aku membuatkan aku bersabar.

Aku terus ke bahagian elektrik.Aku usha blender dengan oven sebab dari dulu aku nak beli.Aku nak blend macam2 dan impian aku dari dulu adlaha untuk memanggang seekor ayam tak dipotong lalu makan ala-ala barbarian.Agak murah barang elektrik dia.Blender yang aku usha kat situ dia jual RM89.Tempat lain RM120.Oven lak,murah la sket.Aku bergerak ke bahagian LCD TV,memasang muka kononnya berminat sebab dengki dengan kawan aku yang berlagak nak mati sebab dia dah beli LCD minggu lepas.Situ boleh buat installment takde interest pakai kredit kad.Menarik.

Aku usha2 Hot Wheels.Lama gila aku kat situ.Tetiba GEDEGANG bunyi troli jatuh.Ada budak lelaki tersepit bawah troli dan bapak dia duk marah anak dia,HA PADAN MUKA KO TAK RETI DOK DIAM!Adik2,pastikan bantu dulu anak2 anda bangun sebelum memarahi mereka.Aku ambik sebijik Hot Wheels selepas hampir setengah jam aku kat situ.

Aku teruskan lagi meronda-ronda.Aku usha2 bahagian tak halal.Agak terkejut aku tengok harga setin arak Carlsberg berharga Rm8.90.Yang lagi mengejutkan,ada jugak mangkuk2 Melayu yang masih beli (bukan kat situ la tapi secara amnya).

Kemudian,aku bergerak ke bahagian pakaian dan di situlah terpampang patung ini...


Adakah patung2 ini juga perlu dijadikan makhluk dua alam?
(Jangan salah paham.Aku tak masuk langsung kat situ.Aku cuma jenguk2 dari jauh.)

Aku usha2 baju situ dan hasil tinjauan rambang aku mendapati koleksi2 baju2 murah di Carrefour jauh lebih baik berbanding di Giant walaupun tidak ada brand yang berjenama hebat.Yang paling penting,harganya membuatkan aku mengerti kenapa adik aku berat betol nak balik Malaysia semasa duduk kat UK dulu.Aku dapat merasakan wujud kuasa pembeli pada diri aku apabila melihat kemeja2 berharga belasan ringgit membuatkan aku sedikit tergugat.Apatah lagi di UK dimana baju2 branded macam Dorothy Perkins dan Topman dijual sama macam kemeja2 di Carrefour ni.Branded tapi jual longgok je.Datang Malaysia brand tu,hanya untuk golongan elit (yang tak sedar dirinya tertipu)

Aku singgah kejap ke bahagian makanan.Ingat nak tengok ayam panggang ke.Sampai aje situ ade sekumpulan family anak beranak duduk makan curly fries secara percuma dengan muka tak malu.Main ambik aje dan tak bayar.Yang paling menyedihkan,mak dia boleh belek2 curly fries tu dengan tangan dan kemudian letak balik.Aku hampir muntah dan terbatal niat aku nak beli ayam.Ngeri pulak membayangkan kalau ada orang yang dah pegang ayam tu dan kemudian letak balik elok2.Lalu aku pun mengakhiri tinjauan aku ke Carrefour tu dengan membeli sepaket Milo dan dua bungkus tisu dapur untuk dibawa balik sebagai cenderahati.

Kesimpulan : First impression,aku sure Carrefour punya harga jauh lebih murah berbanding Jusco.Compare dengan Tesco aku tak tau.Jika anda memerlukan baju yang murah tanpa berbelanja banyak,aku syorkan carik kat situ.Kemeja dengan harga belasan ringgit,mana nak dapat.Ruang dalaman yang agak luas dan selesa berbanding Econsave dan Jusco.

Aku YAKIN,Carrefour adalah pilihan yang jauh lebih bijak untuk aku.Walaupun mungkin di situ kurang kelihatan amoi2 berpakaian seksi dan lebih dipenuhi makcik2,tetapi hati aku pun dimiliki oleh Carrefour Bandar Tun Hussein Onn.

Kalau ada jumpa gorilla membeli belah kat situ,tegur lah.

Oktober 02, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Sedikit Luahan Perasaan




Raya.Macam biasa,aku tak beli baju raya.
Pagi raya,pegi semayang,lawat kubur,balik,makan ketupat,tgk TV,tak keluar jalan sebab aku memang nak duduk kampung lama-lama.


Itu aje lah aku buat.
Aku lama menghilang sebab aku stress.Nak tolong melayu punya pasal sampai sekarang kereta aku tak dapat2 lagi.Menyesal aku tak beli dengan dealer kat Balakong.Kalau tak dah setel dah sekarang ni.


Macam mak aku dah cakap seminggu sebelum raya.
Janji Melayu.Aku nak tolong bangsa sendiri untung.Tapi bila janji bagai nak rak dan takleh deliver,membuatkan aku rasa menyesal.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.