Jun 18, 2009

Ni Haa Ketuanan Melayu Kau!


Sebuah syarikat animasi Bumiputera yang baru ingin melangkah maju,berharap penubuhan mereka dapat memeriahkan industri multimedia negara.Apatah lagi dengan seruan kerajaan yang menggalakkan usahawan bumiputera menceburi bidang multimedia kerana negara ini perlukan pendedahan multimedia yang lebih tegar.

Jadi,pemilik syarikat animasi ini pun berharap agar mereka dapat merebut tender yang dikeluarkan oleh Radio Televisyen Malaysia.Proposal sudah pun siap dibuat,watak2 kartun dan skrip untuk 13 episod sudah pun siap dikarang.Harapan menggunung tinggi disimpan dalam hati,untuk melihat hasil karya sendiri tertayang di RTM1.Hehehe.

Sampai saja di RTM,pegawai yang berkuasa mengarahkan pemilik syarikat itu menghubungi sebuah syarikat lain yang berada dalam level Konsortium di bawah RTM.Maknanya semua tender2 animasi yang dikeluarkan oleh RTM tidak boleh dipohon terus ke RTM,mesti melalui Konsortium2 ini.Jadi melangkah lah pemilik studio animasi itu berjumpa dengan pemilik Konsortium tersebut.

Bincang punya bincang dapat lah pemilik studio animasi itu satu slot 13 episod animasi di RTM tapi...tapi...dengan syarat bayaran yang diterima daripada RTM dikongsi bersama 50 / 50.Kira punya kira,pemilik studio animasi itupun dengan berat hatinya terpaksa bersetuju walaupun untung yang akan diperolehi boleh dikatakan tidak langsung wujud.Hak cipta untuk animasi tersebut juga berjaya diambil oleh syarikat Konsortium itu.

Untuk mendapatkan rolling money,bilangan pekerja terpaksa diminimakan dan beberapa faedah untuk pekerja juga terpaksa dipotong.

Begitulah yang berlaku dalam Malaysia.Yang keluar tender,orang Melayu.Yang nak rebut tender,orang Melayu.Yang sakit hatinya,orang Melayu yang keluar tender jual tender dekat konsortium...bukan Melayu.

Tah kenapa tah benda ni berlaku.
Bila hak Melayu dikacau,bising tak ingat.Bila nampak untung terus terlupa orang Melayu yang nak maju ni.Macam tu la RTM ni berfungsi satu masa dulu.Tender-tender ni bagi kat member,yang kaya-kaya,yang ada pangkat,yang banyak duit.Habis,sampai bila bumiputera nak maju?

Ni cerita lama.Aku tak tau yang jaga tender animasi RTM sekarang macam mana modus operandi dia.Aku rasa sama aje kot sebab makin lama makin kurang kartun2 Malaysia yang keluar.Tak berbaloi bang buat kartun kat Malaysia ni.Guideline RTM mengarut.Contohnya,orang jahat takleh pakai baju askar kaler hijau sebab takut nanti budak2 ingat askar semua jahat.Bodohnya pemikiran kau oi...tak berbaloi nak deal dengan orang2 camtu tapi kebanyakan usahawan bumiputera ni terpaksa.Ambik aje la,layan aje la kerenah diorang yang handal2 ni,dapat la untung seribu sebulan buat bayar bil.

Mulut aje lantang suruh jaga bangsa,hati tengah fikir lubang untung paling besar.Siapa boleh bagi untung paling besar dialah member sekatil.Terlupa dah Ketuanan Melayu,hahaha.

Itulah dia kepala pegawai2 kerajaan RTM ni.
Ketuanan Melayu la sangat.Tu ha,gambar tu la contoh terbaik Ketuanan Melayu.Tah bersih ke tak Najib basuh tangan dia lepas berak?

11 ulasan:

en kamn berkata...

betul ni fakta ni mmg wujud. seawal 90'an dulu swaktu animasi usop sontorian memula kuar rtm pun kena melalui bahlol tengah mcm posting ko ni. x de direct deal dgn rtm. brp kali proposed one 2 one dgn rtm kena reject memanjang. last2 bila deal dgn si org tgh bahlol baru leh dpt slot. inilah wajah rtm. damn!

lutfiraffi berkata...

patut la rtm tak best daripada dulu lagi.. hak hak hak..

Tanpa Nama berkata...

yg lebih aku minat...gambo atas tu...itu dah tahap kipas bodek tahap gaban! bodoh punya org....!

Tanpa Nama berkata...

agak2 nye brader dlm gambar tu (brader ke???) cium tak tangan mak die mcm tu?

ntah2 tu Another Malaysian...

Tanpa Nama berkata...

ustaz nasha ke yg cium tgan najib 2???

zambry berkata...

another malaysian tu hahaha

SEMI berkata...

"agak2 nye brader dlm gambar tu (brader ke???) cium tak tangan mak die mcm tu?"

INI SOALAN TEPAT!

Aku pernah tengok seorang lelaki separuh umur cium tangan KJ!

Salahkah kalau orang2 politik tu tarik tangan dia cepat2 kalau ada orang nak cium? Sekadar salam cukuplah.. Takyah cium2.. Sayang sangat kat manusia..

ghandi berkata...

mungkin kalau cium macam tu...lebih senang dapt projek, lebih senang menang tender...

Tanpa Nama berkata...

wahahahaha...epic!!

sepol utusan berkata...

tnjk kat klik2 dia mau muntah muahahahhahahahhaa

Tanpa Nama berkata...

emm..kalo aku jadi najib aku make sure aku korek buntot dulu sbelum bersalam ngan kaki2 kipas ni. hahaha