Januari 25, 2009

Aku Ingin Berehat Dan Tak Nak FIkir Pasal Malaysia Seminggu

Aku berkabung kejap sementara cuti lama ni dan sementara kematian seorang tahanan polis akibat "paru-paru berair."

Jadi aku tak update dalam seminggu sebab aku nak tumupukan perhatian aku dekat muzik,hahahaha.Poyo siot ayat aku.

Sebab nak improve main dram punya pasal semua bende aku buat pakai tangan kiri (kecuali makan pakai tangan) dan memang boleh rasa effect dia dekat semua bende.Ambik kona motor belah kiri pun aku dah berani nak kona lebih sket.

Mouse pun aku pakai tangan kiri.Ini semua sebab nak lajukan tangan kiri aku nak main muzik.

Jadi,bila tangan kiri aku dah laju,aku nak tumbuk semua orang.Insya Allah aku selamat sebab aku boleh claim diorang ada masalah kesihatan.

"Paru-paru berair?"
Ces.Anwar Ibrahim masa lebam mata tu pun diorang claim Anwar tumbuk sendiri.

Try la tumbuk diri sendiri.Mampu ke?Instinct ko akan tahan diri ko.

Letak jawatan la Musa Hassan!

Januari 22, 2009

Serban = Emo Gothic + Shuffle


Serban tidak boleh disamakan dengan "Shuffle."

Atau budak-budak muda memakai seluar jatuh ke bawah untuk menunjukkan brand boxer.Atau trend perempuan Melayu gemar memakai tudung dan memakai baju dan seluar ketat menampakkan bentuk tubuh.

Serban bukan trend.

Jika baju melayu jadi simbol bangsa melayu,serban pula simbol orang Islam.Serban juga simbol penganut Sikh tapi serban mereka berlainan.Jadi kenapa alasannya takut serban jadi trend?

Kenapa takutkan serban?Kenapa tak takutkan trend betina pakai bra diluar?Atau trend lelaki cinta lelaki yang berleluasa?Budaya barat boleh pula dibenarkan.

Jadi,kenapa disalahkan pemuda itu yang memakai serban.Bukannya dia memakai serban dan memakai seluar pendek,bertattoo di lengan,bertindik di bibir dan hidung.

Atau mungkinkah selepas ini akan wujud satu kelompok manusia yang benar2 menjadikan pemakaian serban sebagai satu trend tetapi terkinja-kinja semacam beruk di depan Sg Wang.Salahkan siapa?Siapa pioneer nya trend itu?

Siapa lagi kalau bukan Musa Hassan,ketua polis negara.Mungkin jika serban diganti dengan topi FRU,saman dan lokap tak dikenakan langsung malah bebas membuat pulak membuat jenayah.

Aku Mahu Baby Tapi Aku Belum Kahwin Lagi

22 Januari 2009 dah.Nak abis dah bulan Januari ni.

Sekejap aje masa berlalu.Seolah-olah membuatkan aku rasa masa tu sekejap aje.Rasa diri tua bila lalu di Ampang Point selepas konsert Butterfingers tempohari dan seorang bapa yang pastinya jauh lebih tua dari aku dan member aku membahasakan diri kami "Pakcik" lalu berkata kepada anak-anak dia,"Bagi pakcik tu lalu" apabila anak2 dia menghalang laluan kami.

Mungkin benar kami sudah tua.Butterfingers pun nampak tua.Dengan perut mereka yang sudah ke depan membuatkan aku terkenang kembali tengok Rock The World yang menunjukkan Emmett kelihatan seperti seorang lelaki boyband gaya rockers dengan rambut paras bahu dan muka kemerah-merahan mat saleh.

Diri aku pun kadang-kadang meronta-ronta.Sedar diri makin tua dan sedar zaman muda sudah lepas.Ini zaman aku berubah.Aku sedar lepas tiba-tiba wujud keinginan untuk aku stop bawak motor dan beli kereta,haha.Mungkin agak lanjut usia aku tapi sedar jugak sebenarnya aku dah malas nak meredah hujan.Penat nak terbongkok memeluk tank motor sambil merapatkan kaki ke body motor ala-ala Valentino Rossi.Penat bila tiba di ofis,lagi penat bila tiba ke rumah.

Mungkin usia membuatkan diri makin lama mengejar keselesaan.Mahu rasa selesa dengan bilik yang lengkap,selesa dengan kerja,selesa dengan hidup dan selesa dengan duit dalam dompet.

Kadang-kadang hati terasa iri hati melihat motor Kawaski Ninja 250 depan mata.Rasa ingin kembali membelah angin dengan kelajuan 100mph (160km/j) masa zaman aku pakai motor racing Itali dulu.Rasa betul2 laju dan yakin nak memecut kalau jalan sedap.Tak peduli apa orang fikir yang penting aku laju.

Sekarang?Walaupun aku bawak masih laju dan aku masih duduk dekat lane kanan sekali tapi aku bawak laju bukan sebab aku nak laju tapi sebab bila bawak motor,paling selamat sekali ialah bawak lah selaju mana yang anda boleh.Trafik Malaysia tidak mementingkan penunggang motor.Kami pengguna jalan raya kelas ke 2.

Bawak memang dah laju gila.Tapi bila ada sebijik motor kapcai yang di bawa anak muda memotong aku,buat aku rasa tua.

Orang muda dah ambik zaman aku.
Nak tau anda tua ke tidak?

Bila anda membenci semua trend-trend yang berlaku contohnya "clubbing","emo gothic","budak-budak pakai baju fubu","budak beromen dalam jamban" dan "budak2 shuffle" nampak benar anda dah tua.Zaman anda dah berlalu.Sekarang zaman anak muda.

Tugas kita sekarang kumpul kemewahan.
Jadilah ahli politik.Cara instant mengumpul kemewahan.Oh,semua orang benci kalau orang Melayu dikantoi beromen dalam jamban,kan?


Januari 20, 2009

Melawan Arus : Butterfingers - Istana Budaya

Aku tak nak review showcase Butterfingers.

Aku nak cerita pasal diorang.Aku dengar Butterfingers first time masa aku tengok rancangan Alternatif dengan member baik aku AJ dan Arek.Kitorang sanggup belanja duit naik teksi semata-mata nak pegi PJ carik Studio Black Widow semata-mata nak jam dekat tempat yang Butterfingers pernah jam.

Aku beli "1.2 miligrams."Masa tu tak ramai yang dengar album ni.Keluar album kedua diorang meletup.Boleh kata semua tempat aku pegi mesti dengar album ni.Aku pegi UPM,ada budak pasang.Aku pegi UM,ada budak pasang. Itu pun dah berapa lama lepas album tu launch. Keluar pulak "Transendence".Fenomena?Mungkin lebih dari itu.

Aku rasa orang2 baya aku,yang ikut muzik local masa tu mesti membesar dengan lagu-lagu diorang.Mengakibatkan wujudnya minat untuk belajar main gitar,belajar main dram,mewujudkan banyak band2 baru yang cuba berbunyi seperti Butterfingers contohnya Novocaine (yang pada aku tak sama langsung,menjerit2 je lebih)

Butterfingers bukan lagi hanya salah satu band Malaysia.Mereka sudah di kira legenda,walaupun album "Kembali" agak mendatar dan terlalu komersial ,mereka memperkenalkan bunyi mereka lalu mengubah muzik mereka jauh berkembang berbanding dengan muzik asal mereka.Tidak ramai artis Malaysia yang mampu berubah dan memperkembangkan muzik seperti mereka.Cuba lah dengar album Inggeris mereka dari mula sampai akhir dan anda akan nampak perbezaan yang ketara tetapi mempunyai asas yang sama.

Mungkin masyarakat Malaysia tidak mampu untuk menerima muzik se-advance ini,terlalu jauh ke hadapan.Sangat original dan sangat lengkap ke-Malaysiaan nya.Jauh lebih kualiti berbanding band-band luar yang berlambak2 dipromote oleh Hitz TV atau MTV,terlalu jauh dibandingkan dengan majoriti band2 tempatan yang suka play safe dan lagunya terlalu mendayu-dayu.

Mendengar album "Malayneum" menunjukkan yang Butterfingers tidak patut lagi duduk dalam kepompong masyarakat yang tidak mampu menerima mereka.Dengan arrangement muzik yang sangat cantik dan lirik-lirik yang mempunyai tahap bahasa yang sangat tinggi,kekalahan album "Malayneum" kepada album Too Phat dalam pencalonan AIM dulu jelas menunjukkan majoriti pendengar muzik kita masih gemar hiburan tanpa hala tuju.Jika "Malayneum" dikeluarkan oleh sebuah band luar,entah berapa banyak anugerah "Album of The Year" mampu digondol.Di Malaysia,album mereka tak laku jika dibandingkan dengan album ketiga mereka.

Jadi,hari Sabtu dan Ahad lalu,Butterfingers ada di depan aku.Di Istana Budaya.Buat pertama kalinya,Istana Budaya membuka pintu untuk sebuah band rock tempatan.

Dan kita bercakap mengenai Istana Budaya.Satu pencapaian yang cukup besar untuk sebuah band tempatan bertaraf dunia yang wujud dalam satu masyarakat yang majoritinya punya pemikiran dunia ke-empat.Lihat saja Melodi bila mereka berkata -kata mengenai Butterfingers.Pernah ke anda mendengar sebuah lagu dari Ella yang mempunyai bunyi gamelan,ingat tu lagu siapa?Record label sendiri tak respek karya mereka.

Tiada apa-apa lagi pujian yang boleh perkatakan lagi mengenai Butterfingers.Mereka bertaraf dunia.Showcase mereka membuatkan aku teringat "Unplugged in New York" dari Nirvana.

Nak puji macam mana lagi,setinggi-tinggi pujian dari aku untuk diorang adalah bila aku menyamakan Butterfingers dengan idola mereka,Nirvana.

Cukup setakat itu.

Rasa Sedap Membasuh Mulut?

Menurut kajian yang baru-baru ini dikeluarkan oleh Dental Journal of Australia,pencuci mulut dalam bentuk cecair seperti Listerine,Colgate dan sebagainya menyumbang ke arah risiko kanser mulut (oral cancer)

Dulu aku pakai lepas tu aku stop.Baru-baru ni ada aku beli Listerine hijau satu botol sampai sekarang aku tak bukak2 lagi.Takut lak aku baca ni.

Dah la aku hisap rokok,tambah pulak dengan mouthwash yang merbahaya ni menyebabkan aku jadi trauma.Cukuplah hisap rokok menyebabkan risiko kanser lain.

Aku sekadar cuba meminimakan risiko kanser aku.Hehe.

Link
ABC News Australia
3News New Zealand

Bila aku baca aku baru sedar,rupanya semua tu alkohol.Jadi,apa status halal haram dia?Logo halal mana ada.

Makcik,Nasi Goreng Plastik Satu!

Al-kisah nya begini, hujung bulan November 2008 yang lepas, aku dan kawan-kawan aku pergi bercuti ke Melaka. Sampai kat Bandar Melaka tu kawan aku dah tak tahan nak makan, lapar nasi katanya. Di sebabkan kitaorang parking dekat dengan replika kapal yang famous tu maka kitaorang decide makan kat food court kat depan kapal tu je la.

Bila sampai kat food court tingkat 2 tu, ramai la makcik-makcik yang ramah yang promote kedai diorang. Kita orang decide nak makan kat gerai yang first tadi tu la,nama kedai tu Restoran Mariyam Majeedia.Makcik kedai tu seronok tengok kitaorang makan kat kedai dia, ye la 4 orang kan! Banyak sikit income dia hari tu. Tapi aku tak order lagi, aku pusing semula ke belakang cari cenderahati untuk di beli. Haha…

Lepas siap beli ape yang aku nak beli, aku pun datang semula kat tempat member aku lepak tu, aku tengok lauk yang ada kat kedai tu macam tak menyelerakan jer, jadi aku pun pergi kat kedai depan kedai makcik ni.Aku order nasi ayam jer sebab aku tengok ayam dia gebu-gebu jer! Murah lak tu. Pas siap order aku pergi duduk semula kat member aku. Aisey, air lupa nak order lak! Nak bangun dah malas. Aku pandang awek tadi tapi dia tak pandang aku lak! Makcik yang ramah tu lak yang pandang aku. Aku pun panggil je la dia order air teh O ais sambil tu pembantu makcik tu datang hantar air untuk kawan-kawan aku ni.

Masa ni la bermulanya kisah yang tak best sebagai seorang pengguna dan juga pelancong. Kawan-kawan aku ni 2 orang order milo ais tabur (serbuk milo di tabur kat atas) pastu sorang lagi order horlicks ais. Aku tengok horlicks ais tu macam tak cukup susu jer, warna putih tu macam pudar, member aku pun rasa, pastu dia cakap memang tak cukup susu pun, macam tambah gula jer! Padahal dia order horlick ais! Bukan horlick O ais!

Tu kes horlick ais, skang ni nak cerita pasal milo ais tabur yang lagi 2 orang ni. Tengok milo tabur macam tak tabur jer serbuk milo tu, nampak macam renjis jer! Sikit sangat! Pastu tawar lak tu. Kawan aku minta tambah susu sikit, makcik tu senyum jer “takpe-takpe, boleh-boleh!”. Lepas dah di alter oleh makcik tu, maka kawan aku pun puas hati la. Air teh O ais aku pun sampai, nasib baik ok jer! manis-manis nanti kena! Kawan aku order nasi goreng kampung pastu sorang lagi order nasi goreng pattaya.Yang sorang lagi tu makan nasi campur. Masa ni nasi ayam aku sampai, nasib baik aku tak order kat gerai makcik tu,mesti tak sedap kan!

Masa ni nasi goreng kampong dan nasi goreng pattaya pun sampai. Bila aku tengok nasi goreng kampung tu aku dah tak selera, presentation memang tak perform la, aku yang jenis tak memilih ni pun tak selera tengok nasi goreng kampung tu. Bukan la nak melebih-lebih tapi serius memang tak menarik. Takpela, maybe presentation jer tak mantap, mana tau rasa dia sedap hingga menjilat jari kan! Tapi hampa, kawan aku cakap nasi tu memang tak sedap! Tawar!! Kawan aku makan sikit jer! Tak sampai separuh pun!

Takpela nisa, maybe garam kat kedai makcik tu dah abis, ko sabar jer la, sekarang nak cerita pasal nasi goreng pataya lak! Presentation ok, rasa pun agak ok tapi bila kawan aku dah makan separuh, dia terjumpa la dia serpihan plastic Tupperware yang selalu guna untuk microwave tu. Size plastic tu agak besar gak la, aku rasa kalau dia tertelan, memang confirm la luka kerongkong dia.

Masa kitaorang bising-bising pasal plastic tu, aku tengok muka makcik tu dah lain macam, dia nak taknak jer pandang kitaorang ni. Aku pun rasa panas hati lak tengok ‘wayang’ makcik ni buat! Bukan nak minta maaf ker ape, pandang kitaorang pun taknak. Tak patut la makcik ni, bukan kitaorang yang salah pun. Masa ni la aku snapgambar kedai makcik tuh! Huhu.

Time nak bayar kitaorang complain la pasal nasi goreng kampung yang tak sedap tu, makcik tu buat macam tak dengar jer! Total makanan yang dia kena bayar rm6. Member aku ni bagi la duit rm50, pastu makcik ni bagi semula rm4 jer! Sepatutnya rm44 la kan! Kawan aku ni pun minta la lagi rm40 tapi yang best nya, makcik tu tiba-tiba naik angin cakap dia dapat rm10 jer! Siap keluarkan duit dari beg pinggang dia lagi. Mula-mula kitaorg cuak gak sebab tak nampak duit tu dalam beg pinggang dia,tapi nasib baik la dia keluarkan semua duit yang ada. Ada pun duit rm50 tu, nasib baik!makcik tu dengan muka tak bersalah pulang semula baki rm40 kat kawan aku ni.

Sambung lak part 4, part yang agak sakit hati. Masa ni makcik tu datang kt kawan aku yang jumpa plastic tu. “nasi goreng pataya, air horlicks ais, dengan plastic skali yea!” member aku berkata sinis! (Haha… padan muka makcik tuh! Walaupun aku di ajar hormat orang tua tapi kalau dah orang tua tak pandai nak hormat orang muda, tak guna la kan! Sorry yea makcik!)

Korang tau ape yang makcik tu cakap?? Dia cakap “ makcik dah minta maaf dah tadi , lagi pun dah biasa dah benda ni”. Korang boleh bayangkan tak apa perasaan kitaorg time tuh? Ish..ish.. tak sangka makcik tu boleh cakap macam tu. Tak tau la bila masa dia minta maaf aku pun tak tau. Maybe dia ada minta maaf tapi aku tak dengar kot! Pastu boleh lak dia cakap benda ni dah biasa… Makna nya servis kat kedai dia tak bagus la kan! Member aku counter balik, “makcik ni baru lagi ker meniaga? Macam taknak niaga jer!” heh, korang tau makcik tu cakap ape?? Dia jawab ringkas jer! “rm6”. Member aku malas nak layan dia pun bagi jer rm6. Tapi Teh O ais aku seringgit jer! Murah lak kan! Pas bayar air dan nasi ayam aku, kitaorang pun blah la dari situ. Menyesal datang tadi!

p/s: Sori la makcik, aku bukan nak tutup periuk nasi ko tapi sebagai seorang yang terlibat dalam bidang customer service ni, ko kena la jaga kualiti perkhidmatan ko, jangan la bila dah dapat customer, ko tak jaga customer ko.

Levis Golok
levisgolok.wordpress.com

Komen - Plastik tu,patutnya simpan,bole buat komplen.Patutnya ko snap gambar plastik tu dalam nasik tu.Masalahnya,katakanlah ko nak komplen,mesti ada orang yang akan bising kata "tanak tolong bangsa seniri lah,camne Melayu nak buat bisnes?" tapi camne nak maju kalo bende2 basic camtu takleh nak betol kan? Aku rasa ko melayu.Tak kisah lah ko bangsa apa pun tapi yg penting servis kene btol la.Sebab tu berurus niaga dengan orang Cina best,customer dia jaga.

Nampak sedap pulak pattaya dalam gambar tu...

Lebih Baik Jadi Superman

Salam Mantot,

Ni aku ada dua cerita pasal Air Asia ni.... aku bukan nak besar2kan cerita tapi sekadar jadi pengajaran buat semua. Kalo si Tony Fernandez tu baca...lagi ngam. Biar dia tahu macamane sebenarnya khidmat Air Asia yang dia bangga2 sangat tuh!

Cerita 1

Flight dari Miri ke Kuching...tarikh...dah lupe. Waktu penerbangan 1740hr.

Waktu penerbangan dianggarkan dalam sejam gitu so aku plan baik punye nak tidor je sepanjang trip tu. Mindset aku memang masuk je 'belon' aku nak TIDO. Tapi...yang aku bengang...ada la sorang steward India ni sepanjang perjalanan dia dok memekak je kat belakang (bahagian pantry tu la). Mentang2 la ada stewardess India ada gak dua orang kat dalam tu...mamat ni pon ape lagi...dok memekak aje la. "Eiii Brader! kalo nak flirt pun...jgn la ganggu ketenteraman orang lain".

Cerita 2

Flight dari Miri ke Kuching gak...tarikh...dah lupe plak. Waktu penerbangan sama cam cerita 1...1740hr

Memandangkan aku sibuk seharian...sampaikan aku terlupe nak isi perut. So, bila nak naik 'belon' aku dah mindset kepala otak aku ni nak beli je makanan kat dalam 'belon'.

Bila aku amik order, nak dijadikan cerita si Steward ni dah tersilap ambikorder air aku. Yang aku plak...dah terlepas bagi duit kat dia masa dia hulur nasi ayam tadi...so, terjadilah sedikit pertengkaran antara aku ngan steward tu. Seboleh2 dia nak pertahankan yang aku sebenarnya yang buat silap.

Aku mintak green tea botol...dia bagi aku green tea panas dalam cawan. Mau nye aku tak bengang! Alih2....sebab duit aku dah ada kat tangan dia dan bimbang dia tanak pulangkan baki...aku pun ngalah je la... So, hari tu...makanlah aku nasi ayam berulamkan tea hijau panas....

Yang benarrrrrr,
Cikgu Awang

EMAIL KEDUA DARIPADA CIKGU AWANG JUGAK

Salam Mantot,

Ni aku ada sedikit confuse la ngan iklan MAS ni. kalo ko nak tau apa yang aku confuse kan...ko try click links yang aku bagi k.

Bila aku bukak link ni (LINK) kita akan dapati MAS offer tiket murah 'all inclusive' utk seluruh Malaysia.Wow! syoknyeee...dapat beli tiket murah.

Then, bila ko click kat iklan tu...ko akan dipindahkan ke link ni plak

Then aku try la click destinasi KL - Miri.

Meh tengok ape jadi plak. MAS akan kuarkan harge yang cukup murah iaitu RM99 je. TETAPI...bila ko klik kat harge tu, ko akan dipindahken ke LINK iaitu dimana ko kene pilih destinasi berlepas dan ketibaan beserta hari ko nak fly.

Next...aku try la destinasi Miri-KL...ko akan dipindahkan plak ke page SINI plak dimana harge Miri - Kl yang asalnya RM 99 dah bertukar jadi RM150 plak...tak confuse ke Mantot? Emm...kalo ko confuse ngan email aku ni Mantot...aku mintak maaf sebab aku pun tgh pening gak ni hahahah...

Nenanti kalo ko nak pindah ke Blog PG tu...ko tlg2la bina semula ayat2 aku ni ek. Ok..Mantot.Salam.

Che Awe

Brader Bagak Mintak Duit Aku

Assalmualaikum

Kisah pergi pasar malam kena bayar parking ni dah lama berlaku di kawasan Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Selepas baca "Apa Ni Banner Kata Lain,Mintak Bayar Lain?" aku nak cerita apa yang berlaku kira-kira enam bulan lalu.

Maklumat lanjut :
Pasar malam : hari Rabu dan Sabtu
Tempat parking : Kawasan pasar tani Mega (yang baru)

Aku rasa semua orang yang parking kereta kat situ pada malam hari Rabu dan Sabtu, pasti mengalami peristiwa yang aku alami. Satu hari tu aku terperanjat dihampiri seorang lelaki yang bertubuh sasa (lebih besar daripada aku) meminta wang RM1 selepas parking kereta kat situ.

Aku heran. Aku tanya "Saper suruh kutip." Dia kata UMNO Pantai Dalam.

Aku minta resit. Dia kata kalau nak bagi resit, parking kena bayar lebih sebab kos print resit. Aku bayar je. Sampai sekarang ada lagi kat situ. Dia lepak bawah pokok yang kaw agak gelap. Bila kereta masuk dia pun datang dengan lampu picit. Kena bayar RM1.

Aku bukan berkira sgt. tapi pikir le kalau seminggu 2 kali pegi situ, sebulan dah RM8. Free bagi dia. Lebih baik beli makanan kat anak-anak lagi berkat. Brader ni kalau tak de kerja, jangan ler buat keje tu. Nak bagi anak bini makan camna?

Okay, harap pihak berkuasa tolong le selesaikan. Setiap kali pasar malam, rasa aku tak kurang 100 kereta keluar masuk ke situ.

Januari 17, 2009

Made in Somewhere Else,Profits to Israel

Jadi sekarang aku rasa ramai yang dah marah dengan aku kan?Hahaha,bagus2.

Sedarkah anda Persatuan Pengguna Islam Malaysia sudah lama membuat kempen boikot barangan yang berkaitan Israel ni.Tapi berapa ramai yang sedar?Dah bertahun2 aku ikut laman web tu tapi takde pun masyarakat bising pasal apa2 post kat situ.

Diorang lah yang first posting pasal ubat gigi Darlie haram sebab ada bahan kimia bahaya membuatkan aku pakai ubat gigi Safi,lepas Darlie dah disahkan selamat balik oleh JAKIM,aku pakai balik Darlie.Dioranglah yang sepanjang masa dok berkempen pasal produk2 Israel ni tapi kita bukan ambik peduli sangat,itu yang aku nampak.

Jadi,tepuk dada tanya lah selera anda.

Kalau anda sanggup boikot barang2 yang ada kat sini,kita teruskan sampai bila-bila.Tak kiralah apa yang jadi pun,boikot terus.

Jangan hangat2 tahi ayam.Buat separuh jalan bila benda dah tak kecoh semua jadi senyap.

Alternatif lain untuk barang-barang ni :

1) Ambi Pur - Err...Shalden?,Homemade potpourri

2) Bali - Ni jenama apa ni?

3) Banana Republic/Calvin Klein - Baju bundle/Baju pasar malam

4) Biotherm/Clinique - Mustika Ratu

5) CNN - Al-Jazeera (Aku rasa ni ramai dah start buat dah),Berita RTM atau media massa tempatan jangan baca.Baik tengok Harakah TV

6) Coca-Cola/Fanta - Mecca Cola (Pengedar dekat D'sara Perdana,rasa dia LAGI SEDAP dari Coca-Cola pada aku,cuma pengedaran tu kurang)

7) Danone - Munchys,Biskut timbang kati

8) Disney - Baju ke filem ni?Kalau baju,beli baju Indie Shirt yang ada jual kat booth2 tu,filem..tengok cerita kartun Kacang/Geng

9)Donna Karan - Aku tak tau brand baju pempuan jadi aku suggest baju kurung dan tudung labuh,takesahlah apa2 brand pun

10)ICQ - Yang ni aku tak tau nak suggest apa

11)20th Century FOX (Filem) - Grand Brilliance/Skop Production

12)Intel - AMD

13) Wonderbra - Bee Dees,Bra pasar malam

14) Johnson & Johnson - Sabun susu kambing/Sabun gamat

15) Kotex - Stayfree/Pampers (hehe..)

16) Kiwi - Beli brand Bata

17) McDonald - McDota (ada satu kat Jasin,skrg aku tak sure ade lg ke tak),Marrybrown,Burger Ramly,Burger tepi jalan

18) Maggi - Aiseh..ni aku mmg susah nak buat suggestion sbb aku agak ketagih dgn ni..yg lain semua tak sedap

19) Nestle - aku rasa 70% barangan kat pasaraya kita keluaran Nestle...aku suggest pegi Econsave takpun Giant beli produk2 in-house diorang

20) Nokia - M-Mobile (ada lagi ke?) LG,Samsung (sbb ni syarikat Korea)

21) Star World - RTM1,RTM2,TV3,NTV7 (tapi jangan percaya sangat berita,berita sukan OK!)

22) Starbucks - Kopi cap kapal layar,krimer beli krimer Giant (sama aje mcm Coffeemate)

23) TIME Magazine - Siapa sini suka baca majalah The Edge Off?Walaupun majalah tu agak radikal sket tapi apa yang diorang ceritakan dalam tu jujur dan SANGAT2 TELUS,straightforward talk.Al-Islam,Ujang,APO,Misteri Naga,Wira Tunggal,Komikoo!

24) Tommy Hilfiger - Ni aku takyah suggest.Baju dia memang buruk2 belaka dan aku rasa takde orang beli

25 ) Timberland - BATA

26) Colgate - Safi

Kalau anda betul2 prihatin dengan isu boikot memboikot ni,anda tentu sedar yang kopitiam2 seperti Old Town dan apa2 lagi kopi town sebenarnya diragui halal atau tidak,kerana ada premis yang menjual makanan tidak halal.

Ini,aku hanya nak inform.Betul atau tidak,masih diragui.Aku ada try semak dekat direktori halal tapi tak jumpa pengesahan sijil mahupun pendaftarannya.Satu-satunya kopitiam yang ada sijil halal adalah Pak Hailam Kopitiam dan aku tak pernah dengar nama kompeni ni.

Ini dah mcm post untuk Pengguna Genius aku ni.Jadi,selagi aku tak jumpa sijil halal untuk White Cafe Sdn.Bhd,aku boikot ni sekali.

Teruskan.Jangan berhenti dan buat balik perangai biasa.

(Update - Terlupa...jangan lupa boikot BARISAN NASIONAL,yeehaaa!)


Januari 16, 2009

Mari Boikot barang Israel Untuk Sementara Aje


Aku kerja McDonald Serdang,
Kerja aku jaga wang,
Jangan la boikot kami bang,
Nanti kami tinggal sekangkang.

Aku suka minum Starbuck,
tak minum,pagi2 mataku bercelak,
Ape ke jadah nak boikot Starbuck?
Sebelum ni minum OK pulak

Semalam makan Maggi,
baru ku tahu rupanya salah,
habis macam mana ni?
Beratus ringgit dah ku serah?

Habis perang baliklah macam biasa,
beli habis semua benda,
Boleh pulak beli barangan berjenama,
Rupanya perang dah pun reda

Poyo boikot bila perang memuncak,
Bila tenang,makan minum nak tunjuk gempak
Takde rasa salah duit habis kat Starbuck,
Duit masa aman tu salur ke mana pulak?

Jadi dengan ini,diisytiharkan pemboikotan barangan-barangan "yang berkaitan dengan Israel" hanyalah dilakukan bila Israel serang dan buat kurang ajar.Waktu Israel duduk diam2,berbelanjalah anda untuk produk2 tersebut suka hati anda!Yeehaa!

Sebuah Cerita Faksyen - Abang dan Adik


"Aduh abang.Sakitnya!"kata Faris."Meh abang tengokkan luka ko.Kang mak bising lak,"kata Isham.

"Ko nak kayuh,kayuh slow2 dulu.jangan terus nak speeding.Tengok macam abang,slow and steady,"jelas Isyam sambil meniup2 luka di kaki adiknya.

"Takpe abang,saya janji saya akan cuba sampai berjaya!Satu hari nanti saya akan menang dengan abang!Saya janji saya akan potong abang!"jerit Faris teruja.

Beberapa puluh tahun berlalu,kini Isyam dan Faris sudah besar.Isyam telah menjadi seorang yang amat berpengaruh di kampungnya.Faris pula baru mula berjinak2 dengan dunia politik kampung.

"Haa,ko tengok Faris!Aku dah berjaya dah,sekurang-kurangnya dapat gak la aku memenuhi cita-cita aku nak berbakti kepada masyarakat,"kata Isyam.

"Tahniah bang sebab menang dan jadi pilihan orang ramai,"hepi Faris walaupun ada sedikit iri hati melihatkan kejayaan abangnya."Takpe,ko sabarlah dulu.Nanti bila aku dah tak larat ko la ganti aku."

Faris jadi trauma mendengar kata2 abangnya.Bila masa dia?Bila waktu dia akan berada dipuncak?Bila dia akan boleh berbangga dengan kerjaya dirinya?Melihatkan senyum abangnya yang meleret2 membuatkan dirinya rasa kecil.

Tidak boleh begini."Aku tak dapat bersabar,"bisik Faris.

Kerana dia bukan orang yang paling atas,Faris lebih dekat dengan golongan bawahan.Jadi,sedaya upaya pengaruhnya cuba disebarkan.Orang bawah dihasut,orang pertengahan dibeli.Perihal buruk abangnya dihebahkan.Mudah politik ini,dia naik,aku jatuhkan.Aku jatuh,aku beli balik jalan naik aku.

Semenjak dari itu,kuranglah penyokong2 Isyam kerana khabar2 angin dan cerita2 yang kurang enak didengari.Isyam sedikit kelu,kenapa ni?Apa yang jadi?Kenapa makin ramai yang menentang aku?

Beberapa tahun selepas itu...

Hari mesyuarat agung tiba.Ramai pulak yang datang dan kelihatan ramai yang lebih mesra dengan Faris.Isyam agak gelisah.Dia ada visi dan kerja yang perlu diselesaikan untuk penduduk kampungnya.Tugasnya belum selesai.

"AJK semua dah sampai?"tanya pengerusi Majlis."Dah!" jawab mereka semua.

"Ok,undian semua kita dah terima dan kira.Jadi dengan ini saya mengumumkan ketua kampung untuk kampung kita telah pun selamat dipilih,"terang Pengerusi Majlis.

"Kita ada 2 calon adik beradik.Iaitu saudara Isyam merangkap ketua kampung dan adiknya iaitu saudara Faris."

"Ketua kampung kita untuk penggal akan datang adalah...drum roll please!" jerit pengerusi majlis.

Drum roll berbunyi.....

"Saudara Faris!Tahniah!Kepada saudara Isyam,cuba lagi penggal depan.Yahoo!"

"Cayalah Faris!Go Faris!"jerit orang ramai seolah2 memang berat sebelah undian.

Nampak benar pengerusi majlis tu pun suka Faris.Ada pulak bisik2 yang didengari Isyam "Tu la,songlap lagi,makan duit haram lagi.."

Isyam kaku.Matanya kabur.Faris datang ke sebelahnya."Abang.."

"Ingat tak masa kita belajar bawak basikal dulu?Saya dah berjaya potong abang ni.Potong baik punye siap cilok2 lagi.Heehehehehe.."gelak Faris.

Isyam diam termenung.
Baru dia sedar dalam politik,keluarga pun boleh ditolak ke tepi.

"Menyesal aku tak potong brek dia dulu!"fikir Isyam,meradang.

Pengajaran - Bila kuasa membuatkan kita cantas keluarga kita sendiri,jangan dipilih orang itu jadi pemimpin sebab kalau dia mampu cantas family,rakyat ni apa sangat la pada dia.

Januari 14, 2009

Orang Islam The Best Sebab Tu Kita Semua Bersatu dan Baik-Baik Belaka

Nak boikot barang-barang boikot la.
Bila ada orang Holland mulut cilaka sikit,MARI KITA BOIKOT BARANG HOLLAND.Bila Menteri Perancis tak sependapat dengan negara kita,KITA BOIKOT BARANG PERANCIS.Bila Amerika kutuk Malaysia,KITA BOIKOT BARANG AMERIKA.

Kah Kah Kah.Apa korang ingat diorang peduli?Bila orang luar buat cilaka sket nak pulak boikot.

Orang yang kat dalam tu dok buat cilaka dengan korang takde pun korang nak boikot?Orang Melayu yang ambik secara halus/rampas tanah orang Melayu supaya dia boleh jual dekat pengusaha perindustrian,ada korang buat apa-apa?Yang paksa korang bayar tol DAN bayar cukai jalan DAN cukai kenderaan,ok aje korang boleh terime.

Sudah-sudah la boikot barang-barang yang kononnya barang Israel tu.Kita takde fakta pun barang tu barang Israel,hanya sekadar email-email berantai yang suruh anda semua boikot.Katalah betul dan anda boikot pun,berapa lama anda nak boikot?Tak lama punya la sebab negara kita ni PAK TURUT EKONOMI KAPITALIS YANG SANGAT GEMAR MENEKAN BEBAN DEKAT RAKYATNYA

Aku menyampah betul boikot takde point.Boikot sebab dia ada melamine ke,boikot sebab kilang dia macam najis (macam kilang High5 dulu sebelum Fasha Sandha jadi duta) ada gak point dia.

Jadi,apa point anda nak boikot Israel dan tak nak boikot "negara-negara ISLAM" lain yang buat2 senyap takut nanti kepentingan politik dan ekonomi tergadai?Alang-alang nak boikot kita boikot semua sekali termasuklah calon BN Kuala Terengganu.

Bacaan lanjut
Egypt Reject Arab Summit Call
Third Day of Israeli Attack
Border Anguish BBC (Berita Lama)
Jordan Soldier Kills 7 Israeli Girls (Berita Lama)

Januari 09, 2009

Film Review : The Spirit


Ya Tuhan ku,
sesungguhnya aku berlindung di bawah Mu
Lindungilah aku daripada filem ini
Kerana filem ini sangat suck begini

Ya Tuhan ku,
Walau apa pun yang terjadi,
Jauhkan aku daripada DVD filem ini
Hindarilah diri aku daripada terdownload filem ini
Kerana filem ini,umpama kuman denggi
Sakit hati,jantung dan kuku ku,
Membuat diri ku rasa malu,
Akal ku turun jatuh ke siku

Ya Tuhan ku yang penyayang,
Jika benar Scarlett Johanssen boleh berlakon,
Kenapa ditarik bakatnya di dalam filem ini?
Kenapa Samuel L.Jackson gemar bercelak?
Kenapa film maker nya tidak ditempelak,disepak?

Ya Tuhan,
Ingin benar aku memohon,
Kembalikan wang RM6 ku
Nasib baik tengok siang Rabu
Kalau tak menyesal besar aku.

RATING - 2/10 (2 tu pun sebab rotoscoping dia memang benar2 superb dan visual dia memang lawa)

Januari 08, 2009

Mawi,Mawi dan Mawi Lagi Sampai Lemau

Aku tau Mawi adalah invincible kepada peminatnya jadi kalau aku menimbulkan kemarahan korang,pegi marah orang lain.

First sekali,aku tak kata sesiapa minat Mawi tu salah.Biarlah korang nak minat dia.Lantaklah korang nak spend duit korang untuk dia,tapi takkan la sampai membuta tuli nak sokong sampai tak sedar diri tu dah dipergunakan?

Aku bukak Astro ada iklan pasal majlis kahwin dia.Nak pancing orang ikut dia punya upacara.Lepas tu keluar pulak iklan "Hantarlah ucapan tahniah dan selamat anda kepada Mawi dan Ekin."Satu SMS 50 sen.Korang ingat Mawi baca ke bende tu?Tah dia tau ke tidak bende tu wujud.Siapa yang untung?Surely bukan anda,Mawi untung la sket....

Ada lagi satu "Dapatkan info-info terkini majlis perkahwinan Mawi dan Ekin dihantar terus kepada anda" Setiap SMS 50 sen.Ya Allah!Benda tu pun ada orang nak kene ikut sampai camtu sekali?Mungkinkah diorang akan hantar sebanyak mungkin SMS kepada anda..contohnya..

SMS 1 - Mawi memakai seluar baju melayunya.Tunggu selepas ini untuk update lebih lanjut.
SMS 2 - Mawi memakai baju melayunya.Butangnya tak cukup satu.Tunggu selepas ini untuk update lebih lanjut.
SMS 3 - Mawi menjumpai butang baju melayunya jatuh ke dalam poket.Tenang hati Mawi,senyum riang.Tunggu selepas ini untuk update lebih lanjut.
SMS 4 - Mawi memakai tengkolok lalu memanggil juru solek untuk mengikat kain sampingnya.Simpulan samping nya sedikit longgar!Tunggu selepas ini untuk update lebih lanjut.

Hahaha...50 sen satu SMS untuk mengetahui update pasal benda tak penting.

Aku usha-usha majalah hari tu,tengok2 ada "album foto" majlis perkahwinan Mawi dan Ekin keluaran Karangkraf.Harga dia RM16.90.Pergh..dengan kualiti yang lebih kurang dan nampak benar nak cash in sementara ada demand,ada jugak orang kita yang beli.

Entahlah,aku tak pernah nampak apa yang mengagumkan sangat pasal Mawi ni.Aku tak pernah nampak aura dia.Aku tak paham betul apa yang "mengasyikkan" sangat pasal Mawi ni selain daripada DIA ADALAH MESIN DUIT UNTUK ORANG KAYA JADI LAGI KAYA.Jadi,sapot Mawi cukup,jangan sapot orang yang ambik kesempatan.

Sudahlah-sudahlah pasal Mawi ni wahai orang-orang Melayu.Paling sedih bila baca dekat Utusan ada seorang Makcik ni sanggup belanja RM2 ribu sebulan untuk vote Mawi masa dia dalam AF dulu.

Tak ke membazir tu?
Cuba bukak channel @15 Astro tu.Tengok la iklan dia.Yang terbaru boleh hantar gambar sendiri ke situ dan diorang akan besarkan gambar anda kononnya bersaiz poster.RAMAI PULAK TU YANG HANTAR!

KAMON LA!DESPERATE SANGAT KE?
LETAK KAT MYSPACE/FACEBOOK DAH LA!

Berita - Keputusan Undian

Pasaraya yang menjadi pilihan hati anda.(Which supermarket is the best for you?)

1) Tesco - 22 undian
2) Giant dan Jusco - 9 undian setiap satu
3) Mydin - 6 undian
4) Econsave dan Carrefour - 5 undian setiap satu
5) Lain-Lain - 3 undian

Nampaknya ramai yang memilih Tesco.Yang agak mengejutkan Mydin mendapat tempat ketiga menewaskan Carrefour,sebuah syarikat international.Cayalah Malaysia.Aku tak pernah pergi Mydin sebab takde yang dekat.Kat Alor Setar ada satu,aku tak pernah pegi pun.Aku paling suka Econsave sebab kat situ tak ramai orang.Hahaha,senang nak tolak troli.

Kalau Nak 6 Baucer,Bayar 6 Kali

Cerita dari forumer bernickname Yutuba

Mak aku pun penah kena tipu gak kat Carefour seberang jaya.

time puasa lepas la.dia kata setiap pembelian RM100 keatas akan dapat voucher RM10. mak aku tak tau pon offer tu.time nak bayar baru tau bila tengok customer lain bayar...mak aku yang dah borong barang2 sampai RM600 lebih pun bayar lah.tengok2 cuma dapat voucher RM10 satu saja.


Tapi bukan cashier tu yang bagi...ini time amik kat kaunter gift la.

Kakak aku pun tanya la orang jaga kaunter tu, kenapa tak dapat 6 voucher? bleh dia cakap sebab mak aku bayar satu resit.last2 kena sound gak la dengan kakak aku sorang ni. manager dia datang terus bagi 6 voucher pada mak aku.

Sila Semak Harga Dekat Display


CERITA A

Baru sebentar tadi aku ke pasaraya membeli barang2 dapur bersama suami dan anak2.aku ke Billion,di PKNS,Bangi.


Teringin minum susu segar,aku capai fresh milk yg tertera harganya RM4.50 sebanyak dua kotak.sewaktu dibayar,selepas diimbas harga dgn scanner,harga jadi lain pulak.RM6 sekotak.

syok ke perdaya customer cmni?
p/s:sapa2 area Bangi/Kajang,boleh try tengok.

CERITA B

Aku kene kat Tesco Extra Selayang...

bidai tingkap tu aku tengok harga rm24 tulis kat situ.. aku amik la 2, scan seratus lebih... aku tanya apasal seratus lebih, tadi tulis rm24. aku tak nak beli la camni. harga tipu. last2 jam queue aku punya tempat bayar. sebab nak kene cancel item yg dah scan tu... hehehe

Janji aku tak kene tipu...


CERITA C

Aku juga ada pengalaman macam ko.

Kali ni berkaitan kempen membeli beli 'year end sale'.saya ke sebuah pasaraya the store.nk bli baju suar semua konon harga time ni turun2 blaka.time dtg tu tgk baju semua dipotong ada yang sampai 70%,50%,80% pun ada.

aku memang slalu jgk p situ time2 bukan year end sale maksudnya kalo dapt gaji lebih sket.alangkah terkejutnya,baju yang dulu hanya berharga RM20 dinaikan ke RM99 dan diskaunnya pula 80% jadi bape?lebih kurang RM19 lebih2 ja.maksudnya dikurangkan bape sen saje.ni lah penipuan yang secara terang2.

kepada forumer terutama wanita,berhati2lah menilai baju dan jgn asyik dok hesteria tgk diskaun sebab peniaga mana nak bagi keuntungan pada kita sbg pembeli.tak semua promosi dan diskaun itu betul.jadi hati2 la.bukan ajer the store tapi ada pasaraya yg aku tgk sama guna cara ni,mcm billion.


Komen - Memang ni mcm dah jadi amalan dekat negara kita,bila sale,diorang akan mark up harga.Apa yang sale nye camtu kan?Kepada sesiapa yang pernah terkena macam Cerita A dan Cerita B tu,jangan diam.Bagitau diorang elok2.

Januari 07, 2009

Kisah Cintakan Seorang Pencinta Keamanan

Ini sebuah cerita lama.

"Encik encik,nak derma tak untuk Malaysian For Peace?"tanya gadis itu,baik aje,sedikit menggoda membuat aku lemah.

"Err..berapa boleh derma ni?"tanya aku balik."RM 5 dapat badge ni,RM10 dapat badge ni ngan buku"(rase aku buku) bagitau dia.

"Okeh,saye memang gemarkan keamanan,jadi saya derma RM5"kata aku dengan penuh bersemangat menunjukkan betapa bencinya aku kepada peperangan.

Lepas aku derma dan aku balik,entah kenapa aku selalu termenungkan melihat badge "Malaysian For Peace" tu.Bukan sbb aku suka badge tu,tapi aku suka tuan yang bagi aku badge tu.Waktu tu aku sorang2 jadi aku berusaha mengacau awek2 tanpa sebarang rasa malu kena reject jadi aku fikir tak le aku salah buat camtu."Takpe2,tunggu 2 3 hari lagi,pasni gi lagi," fikir aku.

3 hari pastu,aku pegi lagi Tesco Puchong,mengharapkan awek tu ada.Aku masuk pasaraya beli barang (sekadar nak cover yang aku mmg nak beli barang) pastu aku lalu tepi gerai tu.Awek tu tegur aku,"Eh!Nak derma lagi ke?"

"Err..tak ah,beli barang sket,"kata aku sambil mengangkat plastik berisi beberapa ketul ayam panggang half price dan donut2 free yang diberikan oleh brader lembut penjaga bakery Tesco Puchong.

"Awak ni,sukarelawan ke full time buat bende ni,"tanya aku memulakan bicara."Volunteer.Mana ada full time,elaun mana ada.Buat ni pun sebab minat,"jawab dia.Kebetulan waktu tu pun orang dah tak ramai,jadi aku selamba je la borak lagi ngan dia.Kakak yang jaga booth tu pun dah jeling2 sengih2 kat aku.

"Sekarang ni buat apa?Belajar ke kerja?"tanya aku."Belajar.Sekarang tengah cuti."

"Belajar kat mana?"tanya aku."UITM" (kat mana aku tak ingat)"Awak?"

"Saya?Saya kerja,buat kartun,"jawab aku."Untuk RTM."

"Ohoho,"mungkin dia pelik kot."Lama ke kat sini?"tanya aku menyambung perbualan."Seminggu lagi kot,"jawab dia."Ohoho,"aku mengangguk-ngangguk.

"Takpelah,saya balik dulu," kata aku.

"Errrrr.......errrrr.......errrrrr......eeeerrrrrrr....siapa nama awak?"tanya aku terketar2,menunjukkan betapa gabranya aku

"Fatihah."

"Uish,sedap nama,"lalu aku ciow kononnya dengan blah begitu saja dapat menimbulkan perasaan misteri dan impak yang berpanjangan dekat Fatihah.

Lepas tu aku pergi la Tesco berborak2 lagi dengan dia.First time aku pegi dia cerita pasal tempat mana yang dia dah pegi.DBanyak dah dia berjalan dalam Malaysia,sebab donation drive ni memang selalu buat.Dia kata nanti kalau ada peluang dia nak pegi jadi volunteer dekat oversea,memane ade perang.Aku jadi asyik pulak dengar cerita sebab aku tak rasa ramai yang sanggup jadi volunteer.

Pastu aku gi jumpa dia 2 hari lepas tu,cerita2 pulak pasal dia nya stadi, seingat aku dia buat Mass Com,bidang journalism.Aku tak berapa paham dengan apa yang dia cakap sebab aku tak minat benda2 teori ni jadi aku hanya tengok dia bercakap sambil otak aku berfikir "cutenye dia ni,"putihnya dia ni,"lawanya dia ni,"sopannya dia ni.."

Jadi aku balik hari tu,dengan perasaan riang gembira.Badge yang dia bagi (dan aku derma tu) aku lekatkan dekat notice board aku.Pastu aku bz dengan kerja.Selang beberapa hari aku pergi balik tengok booth tu,dia takde.

Aku tanya kakak yang sengih2 masa aku duk berborak2 ngan Fatihah tu,kakak tu kata dia dah pegi jaga tempat lain.

Menyesal aku tak mintak nombor telefon.Nak mintak kakak tu bagi nombor telefon dia segan la pulak.Badge tu aku pun simpan la sampai sekarang.Mungkin kalau aku mintak nombor telefon dia,aku ngan dia dah ada kat Palestin sekarang ni tolong mangsa perang.

Susah kan nak carik perempuan camni?Ataupun memang aku lemah melihat perempuan bertudung yang mempunyai gaya manja dan matanya mempunyai sedikit "kekinky-an" sebab setakat ni apa yang aku perasan,semua perempuan yang aku nak tekel mesti mempunyai sifat2 camtu.

Apa-apa hal pun aku doakan ko selamat lah Fatihah.Selamat bervolunteer.Kalau ke Palestin,jangan lupa ajak aku.

Sapa2 nak volunteer silalah register.

Kenapa Salahkan Perempuan Itu?

Sehari selepas sambutan tahun baru,keluar cerita mengenai seorang selebriti Astro yang membaca berita di Astro Awani ditangkap bersama 20 orang lebih dalam satu bilik di sebuah hotel.

Betul ke tidak ada parti orgy yang berlaku takde pulak pengesahan tapi memandangkan ada satu bilik dan ada 20 orang lebih lelaki perempuan bercampur gaul,tidak mungkin lah mereka ingin melakukan solat hajat atau bersolat sunat.Kalau takde orgy,paling kurang mesti ada peluk cium dan duduk atas riba,kan?

Aku gi lepak Uptown tadi,duduk kat situ tengok orang.Tiba-tiba member aku berbisik "Uish,perempuan pakai tudung merokok" dan aku hanya reply balik "Biasalah Malaysia,maju dan moden"

Memang bila ada aje benda buruk yang perempuan lakukan,mereka dipandang SANGAT HINA.Bila mereka mengandung seorang anak luar nikah,masyarakat salahkan perempuan.Bila ada bayi yang dibuang,masyarakat salahkan ibunya.Patutnya kita salahkan company yang buat kondom (kalau mereka memakai kondom) atau salahkan pihak lelaki kerana tidak mampu mengawal ejakulasi pra matang mereka.

Salahkah perempuan Melayu menayangkan cleavage mereka?Menunjukkan tubuh mereka yang montok dan punggung yang mantap.Salahkah perempuan Melayu memakai baju seksi dan skirt pendek?Bukankah itu yang kaum lelaki mahukan?Hidangan indah didepan mata yang tersedia untuk ditatap selama yang mampu sebelum mata pemiliknya menjeling marah.

Jadi,salahkah perempuan Melayu tidak ingin kehidupan Melayu?Tidak mahu bergelar perempuan Melayu terakhir?Mereka juga ingin kehidupan sosial yang bergelumang dengan seks dan keseronokan.Mereka juga ada hak untuk tidur dengan siapa saja yang mereka suka,boifren,ofismate,adik angkat,abang angkat,bos,majikan,tukang kebun.

Kenapa besarkan pasal hal pemberita Astro ditangkap ketika menghadiri parti semasa khayal dengan dadah?Bukankah itu yang kita kejarkan,hak peribadi melakukan apa saja yang kita mahukan?Kenapa kecoh?Bukan benda tu dah biasa ke jadi dekat sekeliling kita?

Bising macam mana pun ada perubahan ke?Orang Melayu,Timbalan Perdana Menteri,Datuk-Datuk,Datin-Datin sendiri kutuk dan tolak hukum hudud.Nak expect apa lagi?Setakat kena kutuk sekejap.Sabar ajelah ye siapa yang kena.Lepas dah cool down boleh buat balik.

Januari 03, 2009

Film Review : Salo or 120 Days of Sodom


Bila seseorang sudah lupa diri,lupa dunia,lupa dirinya manusia,nafsu akan memenuhi minda dan membawa akal jauh berlari ke dalam lubuk yang tak berpenghujung.Mungkin itu yang cuba digambarkan dalam filem "Salo" atau "120 Days Of Sodom" dan itulah yang berlaku kepada pengarah filem ini.

Retorik-retorik politik yang cuba digambarkan oleh pengarah filem ini mungkin digambarkan dengan cara yang terlalu drastik dan grafik.Terlalu grafik.Membuatkan seolah-olah filem ini sudah hilang akal,hilang arah.

Mampu membuatkan penonton tidak senang duduk,bukan kerana ianya bagus dan mesejnya sampai tapi kerana rasa tidak sedap hati dan gementar menonton filem ini yang mampu membuatkan sesiapa yang waras tidak mampu meneruskan tontonan dan sesiapa yang gila gemarkan filem ini.

Filem ini hanya untuk orang gila.Orang gila yang suka melihat manusia diseksa tanpa tujuan.Tanpa perasaan simpati.Tanpa sebarang pengakhiran yang sekurang-kurangnya membuatkan penonton berasa hati kembali tenang dan mampu membuatkan kita ingat,kita ini manusia.

Apa yang cuba ditonjolkan dalam filem ini adalah mengenai pandangan pengarah filem nya tentang golongan-golongan Fascist di Itali melalui 4 orang lelaki yang mempunyai kuasa dan kedudukan.Akibat godaan nafsu,mereka menyalah gunakan kuasa mereka.9 orang remaja lelaki dan 9 remaja perempuan diculik dan dibawa ke satu villa terpencil lalu dijadikan hamba seks,tawanan,pemuas nafsu amarah dan bahan eksperimen.

Inspirasi untuk memuaskan fantasi mereka datang daripada kisah hidup 4 orang pelacur yang akan menceritakan kepada mereka semua cerita-cerita jijik setiap hari pada 6 petang.Ilham datang dari cerita lalu 4 orang lelaki itu pun melakonkan semula kisah-kisah yang didengari mereka ke atas 18 orang remaja itu.

Filem ini ingin jadi seindah "Clockwork Orange" gubahan Stanley Kubrick tapi sayangnya tiada langsung seni yang ingin dipertontonkan.Jika Alex dalam "Clockwork Orange" adalah seorang lunatik yang berseni,4 orang lelaki dalam "Salo" ini hanyalah 4 orang lunatik yang kosong.

Jika dibandingkan pula "Salo" dengan filem-filem seperti "Cannibal Holocaust" atau "Hostel," sekurang-kurangnya "Holocaust" memberikan kita mesej yang terang,bermakna."Hostel" pula sangat-sangat menghiburkan dengan permainan darah dan kekejaman yang melampau,selalunya keterlaluan tetapi seronok menontonnya.

Sayangnya "Salo" hanyalah sebuah filem yang sakit daripada seorang pengarah yang sakit.Sakit jiwa menonton filem ini,lebih sakit berbanding penyeksaan yang dihadapi oleh 18 orang remaja yang dijadikan permainan mereka.

Sangat membosankan,sangat menyedihkan,sangat merosakkan jiwa.Tidak ada langsung mesej atau kutukan golongan fascist yang ingin disampaikan.Hanya sebuah filem kosong yang kononnya mempunyai agenda politiknya tersendiri.

Filem ini bukan untuk semua.Kepada sesiapa yang tak tahan tengok Cannibal Holocaust,jangan tengok filem ini.Anda boleh muntah lalu tertidur kerana bosan.

Rating 2/10

KHas Untuk Penyokong Arsenal Sahaja

Untuk mengurangkan kesedihan penyokong-penyokong Arsenal di Malaysia,aku postkan gambar perjalanan aku ke Emirates Stadium.







Aku tak masuk ke dalam stadium sebab tak bukak.Ada guided tour tapi time aku pegi tu tak beroperasi time tu.


Ni signboard2 yang ada.

ARSENAL OPUS

Ini adalah buku sejarah penubuhan Arsenal dari mula-mula sekali.Buku ni berat dia 30kg,nak angkat sorang2 memang payah sebab besar gila buku ni.Dekat depan tu ada sign player2 Arsenal.

Ini pulak maskot Arsenal yang dipanggil Gunnersauruss.
Aku rasa orang yang memakai kostum ni masa game tidaklah secomel maskot ni.

2008 merupakan tahun yang sangat2 menyedihkan untuk penyokong-penyokong Arsenal jadi marilah kita prepare diri kita untuk menghadapi tahun 2009 yang berkemungkinan lebih sayu dan sepi.