Julai 29, 2008

Ajaran Sesat 03- Ajaran Pemuda Kahfi (Kesimpulan)

Ajaran Kahfi ni ada undang2 dia (sila rujuk link di bawah untuk keterangan lebih lanjut):

1) Sesiapa yang berada di luar ajaran Kahfi ni bukan orang Islam

2) Orang yang mengikut ajaran hanya boleh memperisterikan mereka yang dalam ajaran.Jikalau bakal isteri tidak ikut,wajib diajak masuk dulu sebelum berkahwin.Kes ini benar2 terjadi dan aku ada kenal seorang dua

3) Tidak perlulah anda menyelamatkan ibu bapa anda daripada kecelekaan (pada mereka Islam di Malaysia bukan Islam sebenar) kerana mereka tidak boleh lagi diselamatkan.

4) Bila dah sampai tahap2 tertentu,tidak perlu lagi bersolat,cukuplah anda menyebarkan ilmu agama dikalangan pengikut taraf bawah

5) Puasa?Zikir?Semua tu tak perlu.Yang penting amalan2 kita semasa mengajar ilmu agama di rumah2 kedai.Cukup untuk membersihkan dosa,cukup untuk jalan ke syurga

Banyak lagi la undang2 dia.

Macam mana nak kenal Ahli Kahfi:

1) Mesti malam2 selalu hilang dari jam 8.30 sampai ke 12:00 malam

2) Malam2 pakai baju kerja (kemeja)

3) Duit selalu hilang tatau ke mana

4) Bercakap macam orang pandai agama tapi tak solat pun.


Apa yang aku boleh bagitau,berhati-hati dengan orang2 sekeliling anda.Mereka ini sangat pandai berahsia.Kalau ada kawan2 anda yang selama ni solat tak pernah cukup tapi tetiba duduk dalam bilik dan baca tafsir Quran,berwaspadalah.Kalau tiba2 ada kenalan anda yang mengajak anda join kelas agama,tanya dulu di mana.Wujudnya ajaran ni telah menyebabkan berpecah belah kawan2 kerana pada pengikut ajaran ni,mereka akan memandang anda seumpama anjing kerana kita bukan orang "Islam"

Jadi,pada aku persoalan aku kebelakangan ni memang dah terjawab.Kenapa ada jugak orang yang percaya dengan kepimpinan UMNO padahal dia tau banyak benda yang tak betul berlaku?KAlau ada orang Islam boleh percaya pasal Rasul Melayu dan Ajaran Kahfi yang ada negara Islam dekat negara yang ada 4 musim,tak mustahil,ada orang boleh terima politik UMNO.

Tujuan aku menceritakan pasal benda ni sebab aku nak anda semua aware.3 minggu lepas,aku berborak dengan member aku sorang ni.Dia ada bukak kompeni dengan share partner dia,masalahnya share partner dia dah kebas habis duit kompeni 2 ratus ribu.Selidik2 rupa-rupanya share partner dia ni menggunakan duit2 tu untuk membiayai Ajaran Kahfi ni.Dia bagitau aku "Tot,lepas jadi benda ni,ni lah first time aku dengar pasal ajaran sesat ni."

Aku terdetik nak cerita sebab aku tau pasal benda ni dan aku rasa ni tanggungjawab aku kena bagitau supaya takde lagi pemuda2 macam aku termasuk dalam ni.Aku solat 5 waktu tak lengkap pun dan aku pun bukan tere bab2 agama ni tapi aku ceritakan ni sebab aku tau pasal benda ni dan aku nampak ramai lagi orang tak tahu.

Apa-apa soalan atau komen,post la comment anda.Kalau anda ahli Kahfi ni dan terbaca post aku ni,kalau rasa2 tersedar,baguslah.Ajaran ni hanya menggunakan dan memutar belitkan akidah anda untuk mengaut keuntungan duit free.

Untuk bacaan tambahan dan ilmu
Ajaran Pemuda Kahfi
Pemuda al-Kahfi
Ayuh Banteras Kahfi
Akar,Buah,Batang

Sehingga sekarang ni Ajaran ni masih bergerak bebas secara underground.Sangat2 sukar dikesan kerana tiada sesiapa pun termasuklah ahli2 nya juga yang mengetahui siapa "Kepala" kepada ajaran tersebut.Mungkin mereka yang terlibat ni kawan baik anda,adik anda,abang anda,kakak anda,suami anda,isteri anda..mereka sangat2 berahsia dan sangat2 pandai menutup jejak.

Jaga-jaga dan hati-hati.
Sekali sesat jalan kita boleh patah balik.Bila hati kita sesat,susah nak dipulihkan semula.

Gambar sekadar hiasan

Ajaran Sesat 02- Ajaran Pemuda Kahfi (Based on True Story)

Kenyataan dibawah adalah hasil tulisan member aku.Dia ni schoolmate aku dan kitorang membesar sama2 kat sekolah.Memula aku nak tulis seniri artikel pasal Kahfi ni tapi sebab dia dah ceritakan sendiri apa yang dia alami,aku harap ada orang yang baca,sedar dan dapat dijadikan panduan.Bacalah apa yang diceritakan ni dan bagitau dekat semua orang.

Aku mmg ada pengalaman dan cite ni pun aku ada cite mantot dan kawan2 aku yg lain... berlaku tahun lps.. waktu tu mmg aku nak carik kelas hafal quran...alih2 member aku sorang dpt satu kelas ni, dia nak join tp waswas, lastly dia ajak aku pg...

berdasarkan pengalaman dia, waktu dia nak pi tempat, dia kena tutup mata dan bertukar kereta untuk sampai ke situ, tp disebabkan aku ni kawan dia, dia bawak je aku naik kereta salah seorang pengikut ni... dia kata dia janji kul 8mp lps maghrib, alih2 ktorang tolak pukul 8.30pm, aku pun mula risau sbb takut kelas tu dah start, on the way tu, aku pun tanyalah kawan aku ni.. tok guru yg ajar ni buat kat masjid mana? sebulan berapa kali kelas, dah tu aku tanya member aku ni klu kita pg lambat ni nanti kang kelas habis, rugi plak...

tp kawan aku cakap diorang ni akan tunggu... aku mula start rasa sangsi.. kemudian kawan aku menambah diorang buat program ni kdg2 ada kat cheras, kat kg baru dan gombak.. bila sebut kg baru.. aku tanya lg ada ke dia buat dkt area2 kawasan ust ismail kamus (aku anggap kelas ni dikelolakan oleh persatuan pengamal perubatan Islam mcm kelas yg buat kat darul syifa' - harun din)
alih2 ktorang pun sampai ke tempat yg dituju.. rupa2 nya kat roundabout cheras kat bandar tun razak area2 ayamas..

pastu dia ajak aku naik kedai tingkat atas, bawah tu kedai makan cina.. naik je atas aku nampak ada penyambut tetamu ni.. nampak je aku dah kata ni dah tal btul ni sbb perempuan yg jaga tp pakai tudunh baju short sleeve, standard awek2 melayu pakai sekarang nilah.. ni dh tak btul ni...
pastu dia suruh aku dan kawan aku masuk satu bilik. Dlm bilik tu ada satu meja, 4 kerusi, 4 buah tafsir quran dan 4 gelas berisi air, kawan aku selamba je minum, aku plak tak berani sbb klu nak bg air buat apa letak dlm gelas siap2, biarlah gelas kosong tp ada jag isi air or mineral water.. dlm 10 minit kemudian, datanglah 2 org lelaki baya2 kita gak.. tgk gaya budak2 biasa je diorang ni takde riak muka budak2 tahfiz langsung, takde rupa budak2 darul quran or pondok or IIUM or jordan atau al-azhar.. lps tu diorang tanya apa tujuan aku dtg, aku kata nak hafal quran esp surah2 pilihan .. l

ps tu mamat ni sorang start psyco dgn cakap jerit, anda ni org islam ? aku cakap ye tp aku tak terima hidayah trus mcm muallaf tp kerana ibu dan ayah aku Islam mcm org2 melayu yg lain kat m'sia...
pastu dia start psyco suruh bukak ayat berapa ntah, maksud dia agak mengelirukan klu korang tak paham, tp bg yg mmg taksub pasal ilmu quran ni akan blur dan akan rasa kagum gak klu tak kena gaya... ikut pada surah ni kita kena beriman dulu baru amalkan rukun Islam... waktu tu aku nak bangkang tp sbb aku sorang2 dan dua2 org stail brainwash aku diam je... dari satu ayat ke satu ayat diorang brainwash aku... dah lebih kurang sejam.. baru diorang bg aku tanya..

waktu mula brainwash, aku kagum gak dgn diorang ni sbb boleh tau overall ayat2 dlm tafsir tu... bila sampai waktu tanya soalan, aku tanya sapa tuan guru korang? kenapa buat secara personal? berapa lama baru boleh terror mcm diorang? ada buat perjumpaan USRAH ke? ada buat join venture dgn ABIM, JIM, PPIM or NGO mana2 ker...
diorang kata klu aku ikut siri diorang sampai 6-10 kali level aku akan naik dan sampai masa aku akan dapat jumpa dgn tok guru.. pastu diorang kata diorang ikut cara rasullah waktu mula2 dakwah dulu secara sembunyi... aku cakap balik klu benda ni benda baik, boleh je kita buat kat surau2 or masjid2 or jumpa JAKIM or JAIS.... pastu diorang kata susah nak dakwah secara ramai2 ni... satu lagi alasan yang tak boleh aku terima.. klu dah mcm tu USRAH dll sume mmg takdelah mcm ni...

lps je majlis tu aku balik dgn member aku.. dia tanya aku mcm mana? aku kata hasil daripada brainwash tu, aku cakap aku minat yg part yg boleh hafal quran tp sbbkan diorang tak bgtau mcm mana, trus cancel.. lgpun klu kita nak hafal quran ni kena ada guru yg mursyid.. klu takat mcm ni mmg adalah makhluk ke-3 yang akan masuk skali... lgpun majlis ilmu ni lg ramai lagi bagus.. (teringat waktu kat sekolah dulu lps subuh dan asar ada taalim dan AJK BUSAS akan suruh kita duduk rapat2) la ni klu pg masjid mmg lengang je klu ada kelas agama kecuali klu penceramah org popular mcm harun din ke, hassan ali ke, taib azamudin ke, daud che ngah ke or ust zawawi.. aku nak bg peringatan kat korang sume, puak2 ni sasaran dia golongan profesional muda mcm kita ni.. nanti sampai satu tahap diorang akan suruh kita bayar kat diorang utk dijadikan dana utk tubuh kerajaan yg mcm2 nilah..

wife aku pun sebenarnya ada pengalaman sbb kawan2 dia ada yg terjebak.. pertubuhan diorang ni mmg ada, tp perangai diorang lg truk dari kita pun ada gak..
aku kongsi perkara ni supaya kita sume akan waspada dan berjaga2 sbb lani dah akhir zaman.. tanda2 kiamat makin hampir... dlm pada itu aku nak sarankan korang satu buku yg aku baca... tajuk dia "ISLAM IS THE WAYS OF LIFE" tulisan YAHIYA EMERICK... buku ni buku teks sekolah tp sesuai utk kita gunakan utk mengenal ALLAH sbb every explain dia akan selitkan dgn ayat2 dlm quran.. kira klu nak baca buku ni.. lampirkan skali dgn tafsir..

Top 10 : Objek Yang Boleh Digunakan Oleh Saiful Sebelum Ke Hospital

10 Dildo - Memberikan rasa ngilu dan tahap luka minimum

9 Terung - Mungkin kurang kesan luka tapi membuatkan lubang jubur menjadi besar.Boleh juga disumbat dalam mulut supaya mulut diam

8 Marker Pen - Bukak penutupnya dan masukkan.Akan meninggalkan kesan dakwat.Boleh buat report telah di liwat dan diconteng.Dua kes berbeza tu.

7 Rokok - Pastikan menyala.Tarik keluar sebelum kesakitan menjadi-jadi.Luka akibat kesan lecur.

6 Controller game - Carik mana2 game yang membuatkan controller vibrate dalam satu tempoh panjang.Lebih elok jika controller/gamepad tu member punya.Masukkan keseluruhannya ke dalam lubang jubur.Biarkan selama 5 minit.Ulangi untuk dua tiga kali.Keluarkan dan letakkan balik macam asal.Kesan luka mungkin moderate tapi ada kemungkinan akan dimarah tuan punya controller tu.

5 Sudu dan Garpu - Boleh dimasukkan dan ditinggalkan di dalam lubang jubur dalam kuantiti yang banyak.Boleh digunakan bila ingin makan (jika was2 dengan kebersihan sudu dan garpu restoran).Pasti membuatkan doktor pengsan jika pemeriksaan X-ray dilakukan.Sayang sekali tidak akan lepas pemeriksaan metal detector di airport

4 Lilin - Baring atas lantai/tilam.Angkat kedua2 kaki anda ke atas straight.Titiskan cairan lilin tadi ke lubang jubur.Sensasi haba yang terhasil akan memberikan impak ghairah kepada anda.Untuk memadamkan lilin,masukkan saja ke dalam lubang jubur.Kesan luka yang boleh dikira agak teruk.

3 Gitar - Mula masukkan dari tempat kepala gitar.Jika lubang jubur sangat besar,boleh mula masukkan dari badan gitar.Kesan luka yang sangat besar.Ada kemungkinan akan tertinggal string gitar tertinggal di dalam,boleh dipetik2 bila bosan.

2 Ekzos Motor - Jangan ditanggalkan ekzos motor tu.Pegi aje parking mana2,nampak ada brader motor tengah panaskan enjin,bukak seluar dan masukkan muncung ekzos ke dalam lubang jubur.Buat semua ni tanpa minta kebenaran brader motor tu untuk perasaan thrill.Aku suggest ekzos motor 2 stroke yang banyak asap hitam.Advantage dia boleh claim kena liwat dan boleh claim peliwat anda tak pernah mandi,"objek" penuh daki.Alang2 nak malukan orang,bagi malu tahap maksimum la.

1 Chainsaw@Gergaji Elektrik - Masukkan.hidupkan dan nikmatilah.Tahap luka liwat PALING MAKSIMUM

Sayang,nampaknya sebelum ke hospital,tiada langsung usaha2 untuk menjadikan kes liwat ni satu kenyataan.Aku dah bagi cadangan ni,ko buat la sendiri ya Saiful.Kalau tak berani aku rasa ramai sanggup volunteer nak buatkan.Menyusahkan orang je budak2 macam ni.List ni aku buat ikut apa ada sekeliling aku je (kecuali nombor 1,9 dan 10)

Keputusan Undian Cursing Malay 06

Apa Masalah Si Saiful ni pada pendapat anda? (Pilihlah banyak mana pun)


Tempat Pertama :
Dia gila publisiti dan suka perhatian ramai
(199 undi)


Tempat Kedua :
Dia kena paksa dengan pihak2 tertentu
(195 undi)

Lain-Lain:
Lain-lain tak penting lagi dah.

Mengikut keputusan undian kali ni,daripada 426 orang yang mengundi,ada 199+195 orang (384 orang) yang percaya 2 sebab di atas adalah masalah sebenar si Saiful.Jadi kerana hanya perbezaan sebanyak 4 undi,dengan rasminya diumumkan secara tidak formal,pada pandangan orang ramai,Saiful Bukhary telah dipaksa oleh pihak2 tertentu untuk mengaku dia diliwat dan disamping itu,dia juga mengambil kesempatan mempopularkan diri dia menggunakan kes tersebut.

Apa dia ingat dia sama macam Paris Hilton ke ada skandal seks boleh jadi lagi popular?Jadi kepada Cik Janna Syariza,aku dengan ini memohon agar surat cinta aku dulu di pertimbangkan sebaik mungkin.Lama aku karang surat tu,siap rujuk novel cinta lagi tu.Tapi mungkin juga cinta aku ni akan terkubur sepi sebab nampaknya jubur Saiful masih lagi suci mengikut laporan hospital dan sudah pastilah Cik Janna gembira mendengar berita tersebut.

Jadi,terpulanglah kepada Cik Janna untuk memilih,cuma kalau saya jadi Cik Janna,saya pilih saya.

Sebuah Cerita Cinta Monyet Bab 05

Cerita ini adalah Bab 05 daripada sebuah cerita panjang.Khas untuk mereka yang jiwang dan terpengaruh dengan cerita "Kartini" atau mengalir air mata tengok cerita Shah Rukh Khan

Tempoh masa aku menunggu keputusan SPM tu hanya aku penuhi dengan bermain Playstation kat rumah.Mak aku bising suruh aku carik kerja tapi aku malas.Hahahaha.Lama-kelamaan aku jadi makin taksub dengan video game sampai Nurul pun jarang aku kontek lagi.Sehinggalah satu hari dalam bulan Februari 1999,masa tu aku tengah layan Final Fantasy 7,dah masuk CD 2.Hari tu hari Ahad.Tiba2 telefon rumah berbunyi.

"Nah,ada awek nak cakap ngan hang"kata adik aku.Aku pause kan game tu.Aku masa tu memang tiap2 hari duduk rumah main game je,jadi aku ada rasa agak malas nak jawab telefon.Aku memang tengah khusyuk gila main game,solat pun tak pernah sekhusyuk ni.

Aku jawab telefon,terdengar suara perempuan."Hello,Man,Nurul ni!"suara dia hepi masa tu."Saya ada dekat Shahab Perdana sekarang ni.Tengah tunggu bas nak balik KL."sambung Nurul."Bas pukul berapa?"tanya aku."Pukul 2:30."Aku tengok jam waktu masa tu lebih kurang 1:30."Datang la sini,boleh jumpa"kata dia lagi.

Aku jeling tengok Final Fantasy aku tengah berjalan.Aku tanya dia,"Siapa ada lagi?"

"Mak saya dengan sepupu dia,"jawab dia."Iskk..segan la,"aku jawab balik.Aku masa tu berfikir nak kena amik bas depan rumah ke Shahab Perdana.Aku jeling lagi ke TV masa tu.Aku kena buat pilihan.
Yang mana aku pilih?

Aku bagitau dia,"Takpelah,segan la nak pegi jumpa.Awak jalan leklok ye!"Dia jawab,"Takpelah kalau camtu,Assalamualaikum."Aku laju je jawab "Waalaikumsalam" dan terus sambung main game balik.Ya,aku pilih nak main game!Aku tak sangka pilihan yang aku buat masa tu akan buat aku makin jauh dari dia.Masa tu aku takde langsung terfikir keburukan tindakan yang aku pilih tu...

5 bulan berlalu dan masuk lah bulan Ogos 1999.

Masa berlalu cepat dan aku pun kembali ke KL untuk masuk Universiti.Lama jugak aku melepak kat rumah.Aku pun mendaftar di sebuah universiti kat Bangi.Di sinilah bermulanya zaman gelap aku.

Bila aku mula masuk situ aku pun baik la dengan beberapa orang student lain.Diorang ni kepala gila2 sikit.Waktu tu dah lebih kurang sebulan lebih aku kat situ.Ada satu hari Jumaat,kitorang ponteng semayang Jumaat ramai2.Malam tu pulak,siap plan nak pegi main kuda dekat belakang Mines.Aku pun follow je la sebab tempat2 camtu agak asing dengan aku.

Sampai kat sana member2 aku layan main snooker dan aku layan tengok orang main kuda.Aku bet sekali je,tak kena terus aku stop.Burn 20 sen.Hehehehe.Masa tu mata aku memang terbukak luas sebab selama ni aku tak pegi pun tempat2 camtu.Tempat paling teruk aku pegi pun Arked game kat Sg Wang,main game ramai2 (zaman kegemilangan arked game kat Malaysia).Sebelum balik lepak dekat kedai Mamak bukak cerita pasal kereta.Berborak la kitorang pasal kereta sebab masa tu budak2 baya kitorang baru start belaja2 bawak kereta.Ada la yang tanya "Kereta Wira ko tu top speed berapa bole lari?"

"200km/j.Balik nanti aku test.""Yeehaa!"Kitorang bersorak ramai2.

Dari highway depan Mines dia dah speeding dekat 160km/j.Sampai nak dekat depan UPM (dulu jalan UPM sebelum ada highway adalah satu jalan yang sangat gelap dan berbengkang-bengkok) speed dah sampai 200km/j."Huiyoo,laju ni,laju ni"jerit kitorang dalam kereta macam orang gila.

Betul2 depan gate MTDC (skrg dah ada pintu gerbang masuk UPM) korner tajam.Member aku terpaksa makan jalan sebelah (jalan 2 lane je masa tu) untuk ambik korner.Nak lepas aje korner tiba-tiba dari depan ada kereta.Sreettttt.Brek kuat ditekan dan kereta terpusing sekali (tak salah aku sebab aku nampak dunia ni berpusing.

Masa tu,aku masih ingat jelas,dalam kepala otak aku,aku fikir "AKU TAK KAHWIN LAGI DAN AKU TAK NAK MATI"

Dalam sedetik tu aku nampak family aku dan aku nampak Nurul.Gedegang.Kereta terhenti.Ada penghadang jalan tapi kereta tak hentam penghadang jalan.Ada lubang,mungkin sebab kereta masa tu dah slow jadi lubang tu membuatkan kereta hilang momentum.Kereta tiba2 terberhenti sebab tersangkut dekat lubang tepi jalan tu betul2 menghala ke gaung setinggi 3 meter camtu,tepi jalan ni hutan je semua.Bila semua recover dan turun dari kereta,cek-cek kereta tengok takde apa2.Alhamdulillah aku masih hidup dan aku masih boleh kawin lagi.

Esok,petang lepas kelas English,aku terus pergi dekat public phone aku call Mak aku.Tapi aku tak cerita la apa jadi.Pastu aku call rumah Nurul.Adik dia angkat,dia kata Nurul tak balik weekend ni.Rupanya,dia dah masuk Universiti Malaya.

Aiseh.Semenjak hari Jumaat tu sampai la sekarang,kalau aku naik kereta dengan sesiapa pun aku jadi ngeri kalau dia bawak laju2 lebih 120km/j.Sampai sekarang jugak la aku tak berani2 nak ambik lesen kereta.Hahaha,badi kot.Kejadian tu jugak la yang membuatkan aku nak kejar balik Nurul yang dah lama aku tinggalkan (mungkin dia takde pun rasa apa2 tapi pada aku,aku dah buat tak peduli dekat dia.Syok sendiri pun takpe lah pada aku masa tu,at least aku nak try kejar walaupun aku tak tau dia suka aku ke tak)

Zaman kegelapan aku pun bermula secara official.



Julai 28, 2008

Ajaran Sesat 01 - Rasul Melayu Terakhir

Dalam minggu lepas,masa aku dengan member2 aku duduk borak2 pasal politik,kitorang terborak satu topik pasal kenapa ada lagi orang yang boleh sokong UMNO?Alasan yang kitorang terfikir,sebab ada kepentingan poket,itu aje pada aku.Masuk pulak cerita orang kampung,macam mana nak sedarkan orang2 kampung yang takde internet apa cerita sebenar yang terjadi.Sebab pada diorang yang mungkin bergantung kepada paper-paper mainstream dan TV-TV yang ada,maklumat sebenar tak boleh disampaikan.Lepas tu aku pun cakap la,"Apa nak pelik ada orang boleh terima UMNO lagi,ada jugak orang boleh percaya dengan Rasul Melayu Terakhir"

Member-member aku tertanya2,siapa tu Rasul Melayu Terakhir?Mungkin ada yang tak sedar dan tak ikut sangat pasal ajaran2 sesat kat Malaysia ni dan kat sini aku nak bercerita sedikit pasal Rasul Melayu Terakhir dan juga satu lagi ajaran sesat yang berleluasa tapi secara senyap-senyap yang dipanggil Ajaran Kahfi.Ini hanya untuk peringatan supaya takde lagi yang terkena sebab aku ada kenal beberapa orang yang dah terkena,siap kepala kena brainwashed lagi.

Apa tujuan aku cerita kat sini?Sekadar nak inform sebab ramai yang tak tahu dan ramai yang masih terkena.

1) Rasul Melayu Terakhir - Ajaran Kahar Ahmad

Dulu,dalam 3 tahun lepas,NTV7 ada membuat liputan pasal ajaran ni.Kepada sesiapa yang terlepas episod Edisi Siasat tu aku cerita balik la apa yang aku tengok.

Waktu tu kumpulan tu ada kat mahkamah Syariah,jadi wartawan pun datang la interview geng2 pengikut ni.Masa tu "Rasul Melayu Terakhir" Kahar Ahmad kena hadir mahkamah sebab bicara pasal kumpulan ajaran sesat dia ni.

Sambil kamera tengah point dekat dia,dia pun menjawab (lebih kurang macam ni) "Saya hanya nak perkembangkan ajaran Islam.Saya telah dilantik sebagai Rasul Melayu oleh Allah SWT.Tapi sebab banyak sangat pihak yang tentang dan tak percaya saya dah give up."Lepas tu dia tengok kamera dan buat announcement...

"Saya,Kahar bin Ahmad,dengan nama Allah SWT. dengan ini bertarikh (sekian2) meletakkan jawatan saya sebagai Rasul kepada kaum Melayu"

Lepas tu reporter pun interview la sorang makcik pengikut dia.Makcik ni nampak taksub benar dan memang percaya habis dengan "rasul" dia ni.

"Korang apa tau,korang punya Rasul dah mati.Makcik punya Rasul tu ha dia (sambil menunjukkan jari ke arah Kahar Ahmad) Makcik nanti bila dah mati,konfem Makcik masuk syurga sebab Rasul makcik cakap macam tu!" kata Makcik tu dengan muka tersenyum lebar.

Sebelah makcik tu ada bodyguard si Kahar ni,dia agak menyinga dengan wartawan sebab datang kacau diorang.Dia maki wartawan tu "Hoi,korang apa tau.Dia rasul aku.Korang jangan kacau boleh tak."

Itu ajelah yang aku ingat.Ada sesiapa yang ada rekod video tu tak?Aku carik kat Youtube tapi takde la video tu.Berita terbaru pasal Kahar Ahmad ni,dia sekarang ni tengah menyorok kat Gua,kononnya tiru Nabi Muhammad nak dapat wahyu kat Gua Hira' (kata anaknya)

Bacaan Lanjut
Kronologi Kes Kahar Ahmad
Cerita Terbaru Kahar Ahmad

(Update : Aku dah jumpa video dia.Link kat SINI tapi ni video lain,yang aku tengok tu lain tapi Edisi Siasat tahun 2005,ni video dia tayang balik tahun lepas)

Esok aku ceritakan pulak pasal Ajaran Pemuda Kahfi yang aku rasa sampai sekarang tak dapat nak dihentikan lagi.Pasal ajaran pemuda kahfi ni,aku akan ceritakan sendiri daripada pengalaman yang aku nampak depan aku.Kepada sesiapa yang ada terkena dan dah sedar,bolehlah kita kongsi2 cerita kat sini.

Pak Lah Wira Bangsa

Sepanjang 50 tahun kemerdekaan negara,pasti mereka-mereka yang sudah berumur dapat mengingati sumbangan dan perjuangan yang ditunjukkan oleh setiap PM dan zaman pemerintahan mereka.Mungkin kalau pada pemuda zaman generasi aku,kurang jelas mengenai zaman Tun Razak dan Tun Huseein Onn.

Pada aku,kesan zaman Tunku Abdul Rahman memang sangat diingati sebab itu zaman kemerdekaan Malaysia.Aku membesar zaman Dr.M,aku hidup bila wujudnya first TV swasta Malaysia,bila zaman Amy Search nak potong rambut siap ada siaran langsung kat TV,zaman bapak aku bawak balik kereta Proton Saga kaler biru.Masa tu memang bangga sebab naik kereta Malaysia.

Aku tengok Malaysia membangun dalam zaman aku membersar dan kebetulan pulak zaman tu zaman Dr.Mahathir.Dr.M pun dilantik dalam jadi PM sehari sebelum aku lahir.Aku nampak dengan mata aku macam mana berubahnya Malaysia ni.Tapi apa yang aku paling ingat masa tu,Dr.M ni seorang yang berani.Aku pernah bertanya kat Mak aku apsal dia berani sangat kritik orang lain.Mak aku jawab simple je "Sebab dia tere kot"Tapi sayang legasi Mahathir ada noktah hitam.

Jadi,zaman Pak Lah bermula dengan sangat cemerlang,gemilang terbilang.Kemenangan dengan majoriti yang paling besar dalam sejarah pihanraya Malaysia.Pada pendapat aku,kemenangan tu ada 2 faktor,satu sebab Pak Lah adalah cucu ulama' yang terkenal dengan "Mr.Clean" dan lagi satu,semua memang menyampah dengan apa yang Mahathir dah buat.

Tapi lama kelamaan,Mr.Clean bertukar rupa.Daripada seorang bersih,dia jadi kotor.Dari seorang yang bertenaga,dia jadi kaki tidur.Muncul pulak jembalang tanah yakni menantunya,mempalitkan lagi najis2 busuk ke muka Pak Lah.Makin lama rakyat makin tak tahan kerana rakyat memang nampak,jelas dan nyata Pak Lah tak layak.

Percubaan memoderatekan Islam dengan label "Islam Hadhari" dipandang hina oleh orang Islam.Percubaan membangunkan "Koridor-koridor" nampak lebih menugntungkan sesetngah pihak luar negara.Selepas kematian isteri,rakyat ramai bersimpati tapi bila dimasukkan unsur2 lakonan berdolak dalih dan penipuan sehingga berkahwin lah Pak Lah dan Jeanne,rakyat jadi lagi mual (ingat sama ke dengan gosip2 artis)

Pilihanraya yang lalu,Pak Lah jadi pembangkang di negeri sendiri.Rakyat suruh turun tapi dia tak nak.tak poham bahasa,tak tau malu.Baru-baru ini dia umumkan dia akan step down pada 2010.Jadi,ada 2 tahun lagi (kalau la takde orang nak takeover kerajaan,rasanya ada...)

Kalau dia dah stepdown nanti,apa yang anda paling ingat pasal jasa Pak Lah?Pada aku takde langsung yang memorable,semua benda negatif.Tapi Pak Lah masih ada masa,masih boleh buat sesuatu yang akan buat dia dianggap seorang patriot.Dia boleh betulkan apa yang rosak dalam UMNO,pecat semua yang korup,halang Najib dari ganti dia,betulkan balik Malaysia ni,makmurkan balik,announce semua benda tak betul yang dia dah buat,minta maaf pada Malaysia.Mungkin juga dia boleh suruh menantunya pegi mampus.

Kemudian serah kuasa kepada individu2 yang rakyat nak jadi Perdana Menteri secara aman dan tenang.Jadi mana satu yang dia akan pilih?Pergi sebagai seorang yang dikutuk.dicela dan bergelar Imam Besar Islam Hadhari atau beredar dengan cemerlang,gemilang dan terbilang sebagai seorang penyelamat negara?




Ceramah Anwar Ibrahim (26 Julai 2008)

Ceramah malam tu di temani hujan renyai-renyai.Aku dengan member aku agak terlambat sampai plan nak naik motor,tapi hujan jam 9.30 masih lagi agak lebat.Tunggu punya tunggu dalam 9.55 kitorang redah hujan renyai-renyai.At least tak basah lencun.

Sampai kat sana tengok ramai jugak orang yang sanggup berbasah sebab nak dengar apa Anwar cakap.Ada nampak pertambahan gerai2 yang dibukak,dulu ada beberapa gerai aje yang menjual macam-macam benda,sekarang ni dah jadi macam pasar malam.

Bila tengah beli keropok lekor,terdengar muzik yang menandakan Anwar Ibrahim akan mula berucap.Cepat2 kitorang gerak ke kawasan Madrasah.Terjumpa dengan salah seorang penyokong kuat PKR kat situ,aku tanya dia "mana pegi pentas?"

Sambil berbisik,dia jawab "polis dah robohkan dah petang tadi," mungkin berbisik sebab keliling kitorang ramai anggota polis.



Anwar mulakan ucapan dia dengan meminta maaf kepada yang tak nampak dia,sebab pentas takde."Ada orang robohkan,"hehehhe,geli hati dengar benda2 camtu jadi.


Aku tak ingat semua point Anwar malam tu,tapi apa yang aku ingat key point dia:

1) It's now or never
2) Saya kena telanjang,kemaluan saya diperiksa depan belakang
3) Doktor tengok kemaluan saya bahagian depan dekat2
4) Doktor ada mengorek2 bahagian jubur saya
5) Saya maafkan semua orang yang pernah fitnah saya
6) Dengan Nama Allah,kalau kita bentuk kerajaan,siapa yang rasuah kita akan tangkap dan sula dengan tiang
7) Kami ada bukti nak melibatkan Saiful Bukhary dan Najib Tun Razak
8) Saya akan announce di mana saya akan bertanding beberapa hari lagi,mungkin Bandar Tun Razak (mendapat tepukan gemuruh semua orang)
9) Kalau kita bentuk kerajaan baru,harga minyak turun 50 sen.Tunggu lagi dua tiga bulan lepas tu,Insya Allah boleh diturunkan lagi
10) Mulut Sharbery berbuih2 mempertahankan UMNO
11) We need People Movement! (Kami mahu Pergerakan Rakyat)
12) Saya selalu tengok cerita Hindustan sebab tu saya tak bagi seluar dalam saya dekat diorang,nanti diorang letak dekat tempat kejadian liwat dan keluar statement "Kami telah menjumpai seluar dalam Anwar Ibrahim di tempat kejadian"

Aku tengok ramai golongan Cina dan India yang ada,baguslah,tinggal golongan2 yang bengap dalam UMNO je yang keras kepala lagi.Seperti pesanan Anwar sebelum dia menamatkan ceramah,sesiapa yang masih lagi ahli UMNO,MCA,MIC tolong balik tengok cermin dan cermin diri anda.

Marilah berhijrah.
People's Movement.


Julai 26, 2008

Ceramah Perdana Anwar Ibrahim

SIVAJI THE BOSS


Tarikh : 26 Julai 2008 (Sabtu)
Tempat : Padang Madrasah Al-Insaniah,Taman Bukit Anggerik,Cheras,Kuala Lumpur
Masa : 9 malam
(Masuk dari Taman Connaught ke Taman Len Sen,depan Petronas Taman Len Sen ada simpang,terus je dari situ,nampak kereta parking banyak2 carik la parking)

Ariel Sharon Ajak Ahli PAS Masuk Syurga

Melihat kepada perkembangan kisah-kisah "perbincangan UMNO dan PAS" yang berlaku sekarang ni membuatkan aku sedikit risau.Ye lah,harapan kita (golongan anti-kerajaan BN) bulan September nanti jatuhnya empayar BN dan UMNO yang korup dan busuk.

Memang dah lama aku dengar cerita-cerita dalaman pasal PAS ni.Ada cerita kata golongan-golongan muda PAS nak buat pembaharuan.Mereka nak jadikan PAS satu parti yang lebih liberal.Mereka nak PAS jadi lebih mudah,lebih senang,lebih terbuka.Cerita lain yang aku dengar,ada wujud satu kumpulan yang tidak menggemari Presiden mereka sendiri,Ustaz Hadi Awang.Kata mereka,dia ni old fashioned,tak ikut trend,tak ikut perkembangan semasa,kolot,kuno.Mereka tak suka dengan cara dan prinsip Ustaz Hadi.Pendapat mereka,kalau nak diterima umum,kena berfikir cara moden.Kena belajar terima hiburan,kena accept perempuan Islam tak semestinya pakai tudung.

Pada mereka,bila buat macam tu nanti orang Cina dan orang India tak takut nak pangkah PAS.Orang Melayu yang sekular boleh terima PAS.Orang Islam pulak yang mana Islam sekadar pada nama aje tapi ada bar kat rumah akan sokong PAS jugak.

Apa matlamat PAS?Entah lah,matlamat dia dulu negara Islam,sekarang dah slow sikit.Baguslah pada pendapat aku sebab bila sebut pasal negara Islam,nanti orang Cina,India marah,PAS dah belajar toleransi.Jadi PAS dah tone down pasal isu tu.

Tapi bila keluar cerita pasal wakil PAS pernah berjumpa dengan "Tauke Babi Selangor" Khir Toyo,perasaan tak sedap hati tu memang akan wujud.Baca2 pulak pasal cerita tawaran2 yang kerajaan bagi dekat wakil2 PAS tersebut,aku rasa ramai wakil2 PAS yang susah nak tolak tawaran tu.Ye lah,siapa yang nak tolak jawatan2 Menteri kan?Mata dah terbayang dah projek2 dan duit2 yang akan masuk nanti.Masa tu prinsip dah tolak tepi.Yang penting title dia punya.

Kononnya,berbincang untuk kepentingan dan masa depan perpaduan Melayu.Perpaduan Melayu?Peduli apa aku pasal perpaduan Melayu UMNO.Yang makan orang Melayu,pemimpin Melayu UMNO jugak.Dah la makan orang Melayu,orang Cina,orang India,orang Iban,orang Kristian,orang Senoi,orang Mongolia pun dia makan jugak.Cakap pasal perpaduan bangsa tapi parti sendiri pun berpecah belah.Pak Lah orang Melayu kan?Tengku Razaleigh Hamzah pun orang Melayu jugak.Apasal gaduh sesama dalam parti?Tak puas gaduh ngan geng sendiri carik pulak Melayu PAS ajak masuk gelanggang nak bertumbuk sekali.

Jangan ada ahli PAS lompat parti masuk UMNO sudah.Mata nampak duit,nampak kuasa,apa2 boleh jadi.Bila dah termakan pujuk rayu UMNO tu nanti,Nik Aziz bagi salam pun buat2 tak dengar.Maklumlah,dah jadi Menteri Kabinet.

Kepada Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat,boleh tak Tuan Guru pegi melawat mereka2 ni dan ketuk sikit kepala diorang biar straight balik?

Julai 24, 2008

Mercedes Ada Jugak Gunanya

Kelakar bila membaca Utusan Meloya semalam dimana menceritakan pernah terjadi kerosakan teruk pada kereta Perdana V6 milik kerajaan Terengganu yang memerlukan kos pembaikan lebih Rm200 ribu sebuah.Paling menggelikan tulang rusuk adalah mengenai usia kereta tersebut yang tidak sampai 5 tahun dan untuk sebuah kereta yang baru berusia 5 tahun,perbelanjaan membaik pulih dah melebihi harga kereta tersebut.



Teruk sangat ke kereta Proton ni?

Adakah kualiti pembuatan Proton tu terlalu teruk sampai harga nak repair pun dah lebih dari harga jualan sebuah kereta?Aku rasa kereta Proton family aku dulu teruk2 pun power window cepat jahanam,enjin tak pernah pun ada problem.Pada aku ok la kualiti Proton ni,takde la seteruk motorsikal Comel beli 1 dapat 1.

Atau driver kereta tu yang bawak macam haram?

Sikit-sikit bawak drop gear nak main pick up.Bawak tak pernah bawah 160km/j.Kalau boleh lari 300km/j pun boleh jugak nak besit.Kaki kat throttle tak pernah lepas,mesti pedal minyak tu pun dah bengkok sebab asyik tekan full throttle.

Ataupun orang Kerajaan Terengganu ni kena ketuk dengan bengkel?

Sebab bukan semua orang tau pasal kerosakan kereta.Bila bawak pegi dekat bengkel,owner bengkel bagitau "kita mesti tukar gear box,tukar enjin,dah teruk sangat dah ni,tukang menghantar nya angguk je la.Bukan duit dia yang keluar pun,dia peduli apa?Yang penting elaun nak repair dah ada,adjust sikit resit boleh jugak dapat duit lebih.

Ataupun ada orang marah sebab MB Terengganu bukan pilihan hati dia.

Ye lah,selama ni duit wang ehsan dapat kat dia.Buat Monsoon Cup RM300 juta,buat itu,buat ini,kongsi duit dengan Equine Park punya owner.Tiba-tiba tali barut dah hilang kuasa,habis lenyap sebab Sultan murka.Yang pegang duit sekarang takde nak menghulur2 sikit dekat yang meminta,habis semua benda jadi isu besar pada dia.RM3.43 Juta duit buat beli Mercedes bising tak terkata.

Monsoon Cup was first initiated by the Malaysian Prime Minister, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi during his fishing trip in Terengganu with the state Chief Minister Dato Seri Idris Jusoh and state EXCO Dato' Wan Hisham . The Prime Minister thought the monsoon season should be used as an advantage to the state and her people rather than being seen as a hurdle."

RM300 Juta organize Monsoon Cup apa cerita?Kereta boleh jugak berkhidmat lama.

Kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive barisan Exco Terengganu sepanjang 2004 sehingga 2008 menunjukkan kenderaan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh mencatatkan perbelanjaan tertinggi iaitu sebanyak RM235,123.08.

Cemerlang Gemilang Terbilang.Ape benda la yang dibuat dengan kereta2 tu sampai kos nak repair tu puluh2 ribu?Betul ke duit tu buat repair?Ataupun cakap je repair tapi....paham2 sendiri la.Kesian betul,baru 4 bulan jadi Menteri Besar,dah jadi mangsa


Julai 22, 2008

CSI-Kuala Lumpur

Aku dulu selalu layan CSI Supreme Sunday.Tak pernah miss.Sejak kebelakangan ni je aku miss.Mungkin pada aku cerita dia sama je tiap2 minggu.Tak berapa ada variety,awek hot (girlfriend Horation Caine bos CSI Miami pun dah kena tembak mati)

Hari tu sebab takde keje sangat aku pun layan la CSI New York.Kes dia hari tu melibatkan satu kes yang mana wujud kembali kes yang sama seperti kes Amityville House yang pernah terjadi kat US dulu.Kepada yang tak berapa tahu pasal kisah ni,kisahnya,satu rumah yang ada dekat daerah Amytiville ni dikatakan didirikan di atas satu tapak perkuburan Red Indian satu masa dulu.Jadi rumah ni berpenunggu.

Apa yang mempopularkan rumah tu adalah terjadinya kes seorang bapa telah membunuh semua ahli keluarganya (bini,anak-anak) dan last sekali menembak dirinya sendiri.Dalam CSI tu,kes yang sama telah muncul kembali di mana sebuah keluarga telah mati ditembak oleh bapa mereka di sebuah rumah di daerah yang sama.

Dalam penyiasatan kes tersebut,diorang telah memeriksa satu lorong rahsia di dalam rumah tersebut.Periksa punya periksa terdapat kesan kulit ke darah tah yang diorang jumpa dekat lorong ni.First,kita tahu siri CSI ni dibuatkan berdasarkan fakta (kecuali beberapa part) dan apa yang diorang temui dalam lorong tu adalah DNA seseorang.

Bawak balik lab,apa yang diorang dapat tau dari DNA tu?DNA tu adalah kepunyaan seorang perempuan,ibu kepada pembunuh dan yang mengejutkan mereka ialah DNA tu sepadan dengan satu lagi DNA yang baru mereka jumpai.Kiranya ada dua sampel DNA,satu baru lagi dan satu lagi yang dijumpai di lorong rahsia tersebut yang dah berusia 30 tahun!

Jadi,satu DNA yang berusia 30 tahun masih lagi mampu mengekalkan sifat dan datanya.Perlu juga diterangkan di sini yang DNA manusia takkan berubah,tiap2 orang ada identiti masing2 dalam DNA mereka dan DNA adalah satu bentuk pengenalan diri yang jauh lagi lengkap berbanding cap jari.

Kenapa polis kita masih lagi memerlukan sampel DNA dari Anwar Ibrahim?Bukankah diorang boleh aje bukak balik barang bukti dulu dan ambil saja sampel dari situ?Keluarkan aje tilam spring yang ada 13 kesan tompokan air mani Anwar Ibrahim.Kenapa perlu nak mintak lagi?Entahlah,mungkin filing sampel management DNA dekat Unit Forensik Malaysia ni tunggang langgang ataupun ada pihak yang takde modal dan sampel nak cuba2 buat bukti baru.

Anda pernah tengok CSI versi Malaysia?Tajuk dia "Unit Forensik"Pengarah cerita tu patut diambil contoh DNA nya dan dibuat ujikaji,boleh jadi bukti tuduhan "memperbodohkan penonton televisyen Malaysia"

Sebuah Cerita Cinta Monyet Bab 04

Cerita ini adalah Bab 04 daripada sebuah cerita panjang.
Klik untuk Bab 01 Bab 02 dan Bab03 (Khas untuk mereka yang jiwang dan terpengaruh dengan cerita "Kartini")

Aku pulang dari BTN dengan perasaan berbunga-bunga.Entah kenapa aku rasa begitu.Mungkin aku dah diserang penyakit angau atau syok sendiri.

Tapi lama jugak la aku menunggu untuk mengutus surat kepada Nurul.Aku ambik masa dalam sebulan untuk decide dan akhirnya aku mengarang satu surat yang agak ringkas.Aku tulis surat tu dengan penuh rasa malu2 dan dalam surat tu aku meng-admit yang aku ingin berkenalan.Bila surat tu dah setel dan dimasukkan dalam sampul surat,aku pun gam la surat tu.Aku berdiri agak lama jugak la tepi post box kaler merah tu,masih ragu2 nak antar ketidak.Akhirnya lepas solat Isyak dan tengah2 waktu kelas prep,aku pun memasukkan surat tu ke dalam post box.

Apa jadi,jadi lah.Aku tak peduli.Kena reject pun takpelah.

Lebih kurang seminggu tiba-tiba member aku datang kat aku waktu kelas.Ada surat ko kat pejabat."Uish,tolonglah...jangan la surat aku tu dikembalikan"

Aku ke pejabat sekolah aku.Tengok kerani sekolah aku tengah bz.Aku terus selongkar surat2 yang ada (surat2 ni dibahagi ikut batch) dan memang ada surat UNTUK aku."Oh Wow!Ini sudah baik!"

Aku ambik surat tu simpan dalam poket.Aku tunggu sampai kelas abis dan semua class mate aku blah.Aku pun bukak slow2 surat tu dan aku tatap isi kandungan dia.Nurul bercerita pasal siapa dia,makanan kegemaran dia,tarikh lahir dia.Aiseh,dah dekat dah ni fikir aku.

Dari situ bermulalah zaman aku surat menyurat dengan Nurul .Macam2 kitorang cerita dalam surat tu.Aku masih ingat oleh kerana Nurul mengakui yang dia meminati Backstreet Boys,aku pun turut sama mengaku yang aku suka jugak,siap mengaku aku suka Nick Carter.Aku pun kena la dengar lagu "As Long As You Love Me" sebab masa tu lagu tu tengah hits (kononnya mengikuti perkembangan BSB).Nurul siap hantar kan aku lirik lagi tu yang die tulis atas kertas khas untuk aku.Hahahaha (kertas bertulis lirik tu masih lagi ada aku simpan sampai sekarang)

Yang ajaibnya,kitorang sepanjang sekolah tu tak pernah pun berjumpa sekali pun.Ada sekali je waktu form 5 dia ada lawan chess dekat sekolah aku,dia nak jumpa aku.Tapi waktu tu entah kenapa aku gemuruh sangat kot,aku jadi takut,aku tak nak jumpa dia.Padahal sebelum hari dia datang sekolah aku,aku dah prepare satu lukisan untuk dia.Aku sangat2 di-influence oleh komik "Kartini" karya kartunis Tembakau pada waktu itu (dan sekarang)Apa yang aku buat hanyalah melukis karakter Ariyon dan Kartini duduk di tepi sebuah kolam ikan,lukis pun pakai pen Artline 0.5 atas kertas lukisan.

Member aku datang dan cakap Nurul nak jumpa aku.Tapi aku cakap aku tak nak.Malu,takut,keliru,semua ada.Aku hanya bagi lukisan tu pada member aku mintak dia passkan.Member aku inform aku yang Nurul dah pakai cermin mata masa tu.Aku diam je la dengar.Mesti cun fikir aku.Sama macam aku,pakai cermin mata.Aku tak pergi jumpa dia hari tu dan hari tu tamat macam tu aje.

Surat Nurul yang datang selepas hari tu membuatkan aku rasa bersalah.Dia betul2 kecik hati sebab aku tak pegi jumpa dia.Surat dia pun sangat2 la simple,takde sampul,hanya kertas A4 yang dilipat dan digam dengan selotep,ditulis nama aku dan ditampal setem.Boleh sampai jugak tu

Bila aku bukak lipatan kertas tu,aku rasa sangat2 bersalah."Kenapa awak tak nak jumpa saya?Tak sudi ke?Awak sombong dengan saya ke?Awak malu ke nak jumpa saya?"itulah ayat2 yang ada dalam surat tu.

Aku tak tau nak jawab ape.Aku biarkan je surat ni tak berbalas lama.
Masa tu aku ego kot,"Jumpa pun buat apa"

Lebih kurang 2 minggu lepas tu aku pun memberanikan diri membalas surat tu.Aku jelaskan aku malu.Tah ape nak malu pun aku tak tau,aku malu.Bukan malu dengan dia tapi aku malu jumpa pempuan.Sampai sekarang penyakit tu berjangkit.

Selepas surat maaf aku dihantar,aku menerima balasan yang masih lagi sedikit dingin tapi sudah mula ok balik.Lama kelamaan kami pun balik kembali macam biasa,sebagai sahabat pena yang bercerita semua benda tetapi takde perasaaan antara satu sama lain (kecuali aku sorang2 syok sendiri)

Tahun 1998,SPM pun berakhir.Aku dan geng2 kelas aku antara last yang balik sebab kitorang ada paper pendidikan seni.Aku balik naik kereta dan bila balik tu aku rasa sayu je.Aku hidup lama situ (5 tahun) dan tempat tu dah jadi tempat aku membesar.Kat situ la aku membesar dengan makan ayam busuk,teh o garam.Kat situ la aku kenal dengan geng2 aku,fly ramai2,belajar hisap rokok,kena tampar ngan warden,kena terajang dengan 6 senior,tengok senior aku buat "Shoryuken" kat kipas,kutuk2 cikgu kuat2 waktu perhimpunan sekolah.Banyak kenangan aku kat sekolah aku.

Zaman sekolah dah jadi satu kenangan.Tapi Nurul bukan kenangan.Kerana dia masih wujud dalam hidup aku.Seminggu sudah aku kat Kedah,dengan berbekalkan Rm1.50 aku pun pergi la ke public fon belakang rumah aku.Masa tu takde sumber pendapatan jadi duit amat terhad dan aku tak berani nak pakai telefon rumah.

"Hello,Nurul ada?"tanya aku."Oh,sekejap eh!"suara budak lelaki,adik dia.
"Hello,siapa ni?"tanya satu suara perempuan dalam telefon.
"Errr...saya Man,"jawab aku.
"Hai,apa khabar?"suara dia masa tu aku rase hepi kot (agaknya)
"Ok je,saye dah balik Kedah dah ni."

Kitorang pun berbual la sampai Rm1.50 aku tadi habis.Senyum je aku bila balik rumah.




Cerita Budak Sekolah Rendah

Hari tu Kamil datang ke sekolah lebih awal dari biasa.Sampai saja di kelas dilihat kelas bersepah-sepah,kerusi berselerak,lantai tak bersapu.Maklumlah,sekolah rendah,pelajar-pelajar sangat aktif.Adalah beberapa orang pelajar lain dalam kelas yang sudah datang lebih awal menunggu waktu perhimpunan.

Kamil sebagai ketua kelas menjadi sedikit haru biru."Kawan-kawan,apa kita kemaskan kelas kita?Ada lagi 10 minit ni.Sempat lagi kemas2 sikit,"pinta Kamil kepada 3 orang yang ada.Bangunlah Siti,Saadiah dan Mat dari tempat duduk mereka membantu.Siti menyapu lantai,Saadiah menyusun buku-buku dan Mat menyusun kerusi dan meja."Korang kemas dulu,aku pegi carik kalau ada budak2 lain"beritahu Kamil.

Kamil berjalan keluar dan mencari-cari jikalau ada lagi rakan-rakan yang sudah hadir,boleh membantu membersihkan kelas.

Selesai menyapu dan menyusun meja,Siti dan Mat pun membantu Saadiah mengemaskan buku.Selesai mengemas buku,Siti pun mahu membersihkan papan hitam.Baru saja hendak dipadam loceng berbunyi.Muncul Kamil di pintu."Cepat-cepat,perhimpunan nak mula!"

Berlari2 anak lah mereka ke tapak perhimpunan.Habis perhimpunan masuk lah mereka ke kelas.Masuklah Cikgu Noraini,guru kelas mereka dan juga guru Bahasa Inggeris kelas Kamil.Pantas Kamil berkata "BANGUN!SELAMAT PAGI CIKGU!"Tersenyum Cikgu Noraini melihat ketokohan Kamil,memang ada gaya pemimpin satu masa nanti.

Pantas Kamil terus mengambil pemadam papan hitam dan membersihkan papan hitam."Oh,terima kasih Kamil.Tak payah tangan saya lenguh2 nak padamkan.Kelas pun bersih tersusun.Awak memang ketua kelas yang bagus."

Siti,Saadiah dan Mat hanya tersenyum diam mendengar pujian Cikgu Noraini.Mohd.Zaki,penolong ketua kelas yang telah tewas undian kelas kepada Kamil dengan 3 undian hanya berdiam diri di mejanya yang terletak di sudut belakang kelas itu.

"Siap la lu Kamil.Aku tau kau hari tu terkencing dalam seluar .Nanti aku bagitau semua orang."

Bermulalah kelas Bahasa Inggeris pada hari itu....

Julai 20, 2008

Wajah-Wajah Rakyat Desperate

Aku dah perasan dekat Petronas rumah aku ada notis letak muka pencuri dekat tepi pintu.Masa first2 dulu ada gambar satu brader pakai baju kemeja datang dengan kereta Wira.Brader ni perompak.
Baru2 ni gambar tu dah di update.Ditukar pulak dengan gambar satu family yang datang tiga beranak yang suka mencuri benda2 kecik,macam coklat ke.



Dekat rumah aku jugak ada satu Econsave,dekat Econsave ni lah tempat aku membeli barang keperluan setelah aku sedar selama ni aku membeli belah di Jusco dengan harga yang maha tinggi.Dekat Econsave ni ada notice board muka-muka mereka yang "wanted" atau ditangkap oleh kamera CCTV telah mencuri barang dari pasaraya tersebut.





Pada mulanya hanya ada gambar seorang brader melayu,gambar dia sorang je.Minggu lepas aku pegi tambah gambar sorang perempuan melayu.Hari ni aku pegi ada dah tambah gambar beberapa orang dah.Maknanya kes kecurian kat situ makin menjadi-jadi.

Apa yang menyedihkan dan mengejutkan adalah wajah-wajah mereka yang mencuri itu.Kebanyakannya adalah berada dalam kategori mak orang,bini orang atau laki orang.Aku pun tengok kadang2 susah nak percaya.

Jadi,aku selalu terfikir,"Kenapa diorang mencuri?Takde ke cara lain nak elakkan diorang daripada mencuri?"



Pada aku,dengan keadaan ekonomi sekarang ni akan makin ramai lah yang mencuri sebab diorang tak mampu.Mungkin itu aje jalan untuk diorang dapat menampung makan anak2 sekeluarga.Tapi wajarkah kita blame dekat keadaan ekonomi semata-mata?Adakah moral obligations diorang tak cukup untuk memberitahu diorang yang makanan tu haram dan bila diorang bagi anak-anak makan benda tu jadi darah anak2 dia?


Jadi,dalam hal ni,siapa yang patut disalahkan?Rakyat yang mencuri atau kerajaan yang mencuri?
Kedua-duanya?Salahkan kenaikan harga barang?Entahlah.Pada aku dua-dua pihak salah.Lain orang lain pandangan.





Julai 17, 2008

Lilin Rakyat




Aku rasa tiap2 kali aku pergi mana2 perjumpaan "haram" awek kat atas ni mesti ada.Adakah ini takdir?Kalau dia bini orang aku gurau2 je ni.Bagaimana pula dengan hati Janna Syariza nanti?Aku tidak patut curang kepada Janna.Dengar2 khabar,ada kesan koyak pada lubang jubur tunangnya semasa berborak dengan seorang brader kat situ tadi.Gagah betul Anwar.Member aku yang gay bertahun2 pun tak pernah terkoyak lagi.


Sepetang Di Jalan Hang Tuah

Simpati melihat nasib pegawai2 polis yang terpaksa membuang masa bertugas.Simpati melihat mereka terpaksa menurut setiap perintah dari atas,suka atau tidak.Itu adalah pandangan aku kepada pihak polis.



Atas sebab perintah,mereka dipandang hina masyarakat.Atas arahan dan ikrar "Saya yang menurut perintah" terpaksalah mereka bertindak melakukan sesuatu yang tidak mereka ingini.Ini kerana wujudnya beberapa orang keparat di atas yang berfikir Malaysia ini dia yang punya.Lupa undang2,lupa hukum dunia,lupa syurga neraka,lupa Tuhan.

Aku ke sana hanya sebagai peninjau.

Aku tak ingin melaungkan reformasi di depan abang2 dan kakak polis.Kerana aku percaya dalam hati mereka juga ingin melaungkan slogan itu.Tapi slogan reformasi itu bukan untuk mereka,tapi sasaran sebenar adalah kepada "Mereka yang mengeluarkan perintah"



Simpati aku melihat seorang pakcik yang ingin pulang ke rumah menaiki motorsikal.Mungkin dia tinggal di flat tepi Balai Bomba Jalan Hang Tuah tu.Bagaimana dia dapat pulang aku pun tak mengerti kerana jalan ke rumahnya sudah tutup dua2 hala.



Bila malam berlabuh,datanglah sekumpulan rakyat,lelaki dan wanita membawa lilin,mengajak mereka yang ada menyalakan lilin sebagai tanda perjuangan dan rasa simpati kepada Anwar.Pada waktu itu,ada seorang lelaki berumur yang menggamatkan suasana dengan laungan2 yang sarkastik dan agak kelakar.Pegawai-pegawai polis yang berkawal di situ juga tersenyum gembira mendengar
ayat-ayat jenaka yang sekadar cuba menjadi penawar kerisauan dan kemarahan mereka yang berkumpul di situ.



Lebih kurang jam 8.30,muncul Chegu Bard (musuh ketat Khairy Jamaluddin) dan Tian Chua yang pernah menahan trak FRU dengan tubuhnya satu ketika dulu.Sedikit ucapan ingin memaklumkan perihal Anwar.Pesan Anwar,dia akan bekerjasama.Tah bila akan dia kembali bebas.



Bekerjasama?Baiklah.Kita akan bekerjasama.
Aku pun balik.Kita tunggu berita esok.

Pandangan Pembaca Mengenai Debat Minayk

Mantot, izinkan aku memberi ulasan berkenaan isu perdebatan 15 Julai lepas.

Isu utama yang perlu dilihat ialah jika benar tindakan kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak adalah betul, sudah pasti Shabery dapat mengemukakan fakta angka yang jelas untuk menyokong tindakan kerajaan.

Namun apa yang dilihat, Anwar lebih berjaya mengemukakan fakta angka yang konkrit serta logik dikala Shabery terkial-kial menyerang peribadi Anwar. Jelas sekali tindakan Shabery tidak bersifat intelek serta kebudak-budakan.

Dari apa yang aku lihat, sudah pasti nota Anwar penuh dengan fakta-fakta berbentuk angka yang jelas manakala di dalam nota Shabery cuma terdapat sedikit fakta lapuk, beberapa angka penting, serta senarai panjang tomahan terhadap peribadi Anwar.

Jika dilihatpun, dengan jelas Anwar banyak merujuk notanya jika dibandingkan Shabery yang lebih kepada auta berbanding fakta.

Bagi aku tidak kiralah penurunan harga yang dijanjikan sama sebelum atau selepas kenaikan harga, yang penting penurunan harga yang dihujahkan adalah logik dan boleh diguna pakai untuk kesejahteraan rakyat.

Secara rumusannya, mesej yang rakyat perolehi berdasarkan perdebatan pada 15 Julai lepas ialah, harga minyak masih BOLEH dan PATUT dikurangkan bagi membendung inflasi yang semakin meninggi.

Aku memilih untuk memenangkan kedua-dua tokoh ini berdasarkan kejayaan mereka seperti yang berikut:

1. Anwar telah berjaya memaparkan kepada rakyat formula penurunan harga minyak yang logik berlandaskan fakta yang jelas.

2. Shabery telah berjaya menyerang peribadi Anwar sepanjang proses debat berlangsung berlandaskan fakta yang lapuk.

Syabas diucapkan.

Aku ada membaca komen Shabery di dalam Berita Harian Online yang menyatakan tujuan penganjuran debat yang dilaksanakan secara debat ala presiden di US adalah untuk mengelakkan pendebat dari lari daripada topik asal. Pada hemat aku sebab itulah Shabery lebih berminat untuk tidak menjawab soalan serta menyerang peribadi Anwar. Mungkin soalan lari tajuk dan peribadi Anwar ada kaitannya dengan minyak kot...Eh, siapa lari tajuk ni??

.....

kembali serius...

Isu penurunan harga minyak ini juga bagi aku begitu relevan kerana kenaikan harga minyak yang mendadak memberi kesan kenaikan berantai kerana minyak merupakan sumber penting dalam menggerakkan pelbagai bentuk industri di Malaysia. Harga minyak naik, segala-gala yang berkaitan secara langsung ataupun tidak kepada minyak akan turut naik. Itulah realitinya.

Ingin ditegaskan disini, aku bukanlah penyokong Anwar malah tidak begitu berminat dengan arena politik sebelum ini. Cuma sebagai rakyat biasa, perlu dan berhak untuk kami menilai kewajaran keputusan kenaikan harga minyak sekarang ini.

Kesejahteraan ini untuk rakyat kita, bangsa kita, anak cucu kita, masa depan kita. Kenapa mesti berkira??

p/s:Aku tiba-tiba pelik dengan pindaan AUKU yang selama ini sering dipertahankan.Ada kaitankah dengan isu darurat??

Jika ingin bertukar pendapat, emel aku di:
brakyat@ymail.com

(Terima kasih brader!Proposal bertukar pendapat tu amatlah aku alu-alukan!-Mantot)

Julai 16, 2008

Harap Tenang Harap Sabar

Apa-apa jadi pada Anwar Ibrahim,diharapkan anda semua bertenang.Yang penting sekarang pastikan tiada apa tragedi yang memungkinkan darurat diisytiharkan .Pastikan kita masih berfikiran waras.Kita tak tahu berapa lama Anwar akan ditahan lagi,kalau ikut reman 24 jam.

Rilek dan tenang.

Kalau2 rase marah tu,boleh try tarik nafas panjang2,ingat Tuhan anda.Kalau perlukan sedikit komedi,boleh tengok balik Debat Sharbery semalam dekat Youtube.



Sabar.Deadline Kerajaan Barisan Nasional akan tiba.

Poster Luahan Perasaan Selepas Debat Semalam

Esok aku updatekan.Sekarang ni cuma nak tidur je.Aku hampir2 muntah masa tengok debat tadi.Anwar pun sengih je.

Julai 15, 2008