Jun 29, 2008

Jaga-Jaga 6 Julai Ini

First sekali,apa yang aku akan tulis ni adalah satu pandangan aku,satu ramalan aku.Aku takde fakta nak menyokong dan takde pun fakta yang membantu aku buat ramalan ni.

Aku terkejut benar bila tengok berita kata ada lagi orang yang buat report tuduh Anwar sontot dia (aku gunakan sontot ganti liwat) Melihatkan mamat tu aku rasa member2 aku yang gay pun tak selera nak sontot dia.

Apa yang membuatkan laporan polis ni nampak sangat ada motif belakang2 ialah timing nya.timing bila mana seorang lelaki telah membuat laporan polis dia kena sontot.Bukan kena rogol,tapi kena sontot.Aku rasa dalam masyarakat kita ni banyak lelaki2 gay dan diorang bebas je buat apa yang diorang nak,cuma jangan la buat secara terbuka.

Timing report tu pelik.Sebab takde angin takde apa,tiba-tiba keluar cerita Anwar sontot lelaki lagi.

Pada pandangan akulah,ada sebab kenapa laporan ni dikeluarkan sekarang 28 hb Jun 2007.Seminggu sebelum perhimpunan rakyat menentang raksasa huduh.Boleh kata hampir seminggu selepas Raja Petra membuat pengumuman sensasi mengenai kes gadis Mongolia dan Menteri Letupan Malaysia.

Pada pandangan aku,aku senaraikan secara kronologi,ramalan aku apa yang Pak Lah plan ialah :

1) Akuan bersumpah Raja Petra tersebar luas
2) Pak Lah,Najib,Jeanne dan Khairy Khinzir menafikan dakwaan
3) Sebagai taktik last resort,kerajaan pun menjadikan "musang dalam selimut" mereka iaitu Saiful@GayBoy yang telah diletakkan di dalam PKR sebagai alat mendakwa Anwar Ibrahim
4)Anwar akan melarikan diri/bersembunyi
5) Raja Petra akan ditahan akibat membuat hasutan palsu
6) Rakyat akan menjadi sangat marah dan mereka akan melawan segala dakwaan kerajaan
7) 6 Julai nanti Perhimpunan Rakyat akan menjadi satu medan luahan amarah rakyat
8) Akan ada mata-mata gelap yang ditempatkan di kalangan rakyat,tujuannya untuk menaikkan darah rakyat yang memang sedang marah
9) Berlaku tragedi dan rusuhan pada 6 Julai 2008
10) Kerajaan mengisytiharkan darurat dan negara akan ditadbir buat sementara oleh Majlis Gerakan Negara pada 7hb Julai

Kenapa darurat?
Sebab itu saja jalan yang ada oleh Kerajaan sekarang ini untuk menghentikan proses pertukaran parti oleh ahli-ahli Parlimen (kerajaan dibubarkan).Mungkin rasuah dan sogokan wang dah tak berguna untuk memastikan Ahli-ahli Parlimen ni stay dalam BN.

Jadi,pada pandangan aku sekarang ni apa yang kita patut buat ialah:

1) Kita batalkan perhimpunan raksasa tu
2) Kita duduk diam2 dan tunggu September (2 bulan je lagi)
3) Kepada pihak2 yang berkenaan,pastikan Anwar Ibrahim dan Raja Petra selamat
4) Jangan melawan kalau berlaku provokasi
5) Sabar dan tunggu sebab itu saja cara kita boleh selamat
6) Bagitau dekat orang2 yang tak tahu hal sebenar pasal kes Raja Petra dan Anwar Ibrahim
7) Sebarkan berita yang betul pasal kes GayBoy mangkuk ayun ni

Selamatkan Malaysia.
Jangan biar perasaan dan fikiran kita dikuasai.
Teruskan berjuang secara senyap.

Jun 27, 2008

Sebuah Cerita Cinta Monyet Bab 02

Selepas hilangnya Nurhazrina dari hidup aku,aku memulakan kehidupan disebuah sekolah asrama yang kesemuanya pelajar lelaki.

Tahun 1994,akhirnya aku masuk tingkatan satu.Kira agak beruntung aku masuk sekolah yang lelaki semua ni sebab kalau kantoi buat jahat dan kena berdiri depan perhimpunan pun,perasaan malu tu taklah setebal mana.Dari tahun 1994 sampailah tahun 1997 aku takde langsung kawan perempuan.Bercakap dengan perempuan pun tak,kecuali sekali masa aku memvolunteer diri aku menjadi fasilitator kem sejarah dekat sekolah,tahun 1996,aku form 3 masa tu.

Itupun sebab aku dengar ada budak Convent Bukit Nenas dengan Bukit Bintang Girls Schools join sekali.Aku pun tak tau apsal aku bangang sangat masa tu volunteer,dah la KEM SEJARAH dan aku ni memang dilahirkan bengap Sejarah.

Malu aku waktu tu sebab budak2 yang join kem tu semuanya memang datang situ nak kongsi2 ilmu Sejarah PMR.Aku?Bab Sejarah yang aku paling ingat pun Bab Sejarah Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Langkasuka,Itupun sebab ada kaitan dengan negeri aku.Habis aku kena sound dengan sorang budak pengawas BBGS ni,nama dia Anisah.Mungkin dia best student kot dan dia nampak serius je nak berbincang pasal Bab-bab sejarah dalam buku.Aku buat2 nak pegi tandas lepas tu aku blah tinggalkan kem sejarah tu.

Apa jadi lepas tu sampai sekarang aku tak tau.Menyampah betul aku dengan pempuan masa tu.Enjoy2 dah la,buat apa nak stadi.

Lebih kurang pertengahan tahun 1997,waktu aku form 4,kitorang,budak2 genius dalam sekolah dikehendaki melaporkan diri ke Kem Biro Tata Negara dekat Ulu Sepri,Rembau.Argh,buang masa aku je pegi tu,aku fikir mula-mula.Tapi aku sedapkan hati aku dengan berkata kepada diri aku "At least boleh keluar dari kawasan sekolah

Jadi kami seramai lebih kurang 30 orang yang paling "genius" dan "murid harapan" dari sekolah aku pun menjadi peserta BTN di Rembau.Sampai aje kat sana,first day ada ceramah ape tah.Cerita pasal peraturan2 kat situ.Lepas habis ceramah baliklah bilik tidur.Aku pun kenalla berapa orang budak sekolah lain.Ada 4 sekolah join,sekolah aku,sekolah sains satu,sekolah agama 2.

Sekolah aku je masa tu yang sekolah lelaki semua.Jadi memang ternampak jelaslah kepervetan kitroang masa tu sebab bukan senang nak tengok pempuan.Nampak pempuan sikit kontrol macho.Mulalah berdiri agak style dan cakap pun menggunakan suara yang bernada garau2.Impress ke budak2 pempuan tu belakang kira,janji kitorang dapat kenal pempuan.

2nd day,bila dah habis solat Subuh kitorang terus diarahkan ke kawasan kawad,ada taklimat.Nak dijadikan cerita sebab boleh kata semua student2 lelaki dan pempuan dah berbaris kat situ.Tiba-tiba ada sekumpulan awek2 yang datang dari arah hostel.Dengan muka merah padam diorang pun masuk berbaris sekali.

Masa tu aku fikir,selamba gila,dah la lambat,boleh sengih2 lagi.Tapi aku tengok budak2 sekolah lain duk gelak2 kat group awek2 tadi.Aku blur lagi masa tu.Bila ada member aku bisik "period" baru aku paham.Barulah aku mengerti kenapa awek2 tadi muka tersengih2 macam kerang busuk.

Habis ceramah pagi,kitorang balik hostel.Tukar baju.Pakai baju sukan.Ada apa tah lepas tu aku tak ingat.Sampai lah waktu lunch tengahari.Sedap makanan situ,makcik dewan makan tu pun rock gila.

Habis lunch,kitorang terus solat Zohor.Habis solat,balik hostel tukar baju dan kembali semula dekat dewan.Beratur la kitorang dalam dewan ramai2 dan macam biasa lah,budak sekolah aku lah yang berdiri paling tegap sekali sebab kitorang jakun tengok pempuan.

"Ok,sekarang ni,awak semua beratur dan kira nombor mula dari depan.Kita nak bahagi-bahagikan ikut kumpulan,"kata fasilitator.Kitorang pun kiralah nombor yang kitorang dapat dari depan.Bila dah ada nombor,kitorang pun pecahlah ikut nombor yang ditakdirkan dapat kat kitorang.

"Ok,sini2,grup nombor 4,"jerit seorang mamat,aku tak kenal dia lagi.

Aku pun beratur la belakang dia,ces,mamat ni cam poyo je fikir aku.Mesti nak tunjuk dia best ni.Lepas dah reda keadaan dan kitorang beratur ikut grup campur2 ni,tiap2 grup pun dibagi sehelai kain putih dan sebatang kayu panjang.

"Fikir nama kumpulan.Fikir logo kumpulan.Kain putih awak lukis bendera,ikatkan dekat kayu tu.Ingat nama grup awak,ingat nama ahli kumpulan awak.Lepas ni saya nak test,"arah fasilitator tu lagi.

Kitorang pun duduk lah dalam satu bulatan,bersila atas lantai.Aku pun agak gelabah la takut nanti terlupa nama grupmate aku,susah payah aku menumpukan perhatian aku bila diorang perkenalkan diri diorang.Adalah 2 3 orang yang dah perkenalkan diri diorang (harap maaf,aku dah terlupe nama2 diorang ni) tiba-tiba awek ni pun perkenalkan diri dia.

"Hai,saya Nurul"
Nama tu,aku ingat sampai sekarang.Mungkin sampai bila-bila.
Sebab dialah orang first yang buat aku rasa betapa istimewanya perempuan tu.

(Bersambung)




Kau dan Aku Sudah Kena Ubat Pelali Kerajaan

Pembaca-pembaca sekalian,

Berapa harga roti canai yang paling murah anda pernah makan sebelum2 ni?Seingat aku,masa aku budak2 dulu,roti canai sekeping 30 sen.Tu harga tahun awal 90 an.Aku ingat lagi dulu aku beli roti canai breakfast family aku,biasa beli 8 keping.Harga semua dalam RM2.40.Sekarang,harga sekeping roti canai ialah Rm1.20.Kalau tere,bole dapat murah pun 80 sen.

Apa bezanya kandungan roti canai dulu dan sekarang?Dulu tepung dia berkualiti tinggi ke?Dulu tu kuah kari dia tu dari ikan2 yang terpilih ke?Sama je kan?Kenapa sekarang kita kena bayar lebih?Barang naik harga?Aku rasa harga tepung takde la jauh beza dulu ngan sekarang.

Kenapa aku tanya korang camtu?

Adakah ada antara korang yang rasa murah je roti canai tu kalau harga dia RM1.20?Ada tak?Kalau anda rasa RM1.20 itu murah,maknanya anda sudah kena ubat pelali kerajaan Malaysia.

Renungkanlah,apa yang berlaku bila harga sesuatu benda tu naik?Kita akan kecoh sekejap.2 bulan,3 bulan lepas tu senyaplah kita,teruskan hidup macam biasa.Sebab kita dah terbiasa dengan harga2 yang kita bayar.Kita dah adapt hidup kita supaya kita mampu bayar harga yang baru tu.

Bila harga tu naik balik kemudiannya,apa yang kita buat?Kita ulang balik apa yang kita dah lalui tu.Kecoh sekejap 2,3 bulan kemudian kita adjust dan adapt balik hidup kita.

Cycle tu pun berulang2 sampai lah roti canai tadi dari harga 30 sen naik sampai RM1.20.

Jadi,aku nak tanya korang,sampai bila?Sampai bila kita nak biarkan cycle macam tu terus berulang-ulang?Nanti bila harga minyak nanti naik lagi,kita akan teringat balik kenaikan minyak pada 4 hb Jun, 2008.Masa tu barulah kita nampak yang harga RM2.70 tu sebenarnya murah je.
Sebab masa tu kita dah adapt dengan harga RM2.70 tu,kita dah belajar hidup dengan harga mcm tu.

Kalau kita teruskan jugak,satu hari nanti anak2 kita akan bayar RM5.00 untuk sekeping roti canai dan pada diorang harga tu sangat berpatutan.

Nak ke kita biarkan Malaysia sampai ke tahap macam tu?
Bukak mata anda dan sedarlah daripada ubat pelali kerajaan Malaysia.Teruskan momentum kesedaran kita.Kepada yang dah sedar,cuba sedarkan yang lain.Kita rakyat Malaysia dan kita nak barang dengan harga yang paling minima sekali berbanding negara lain.Sebab tanah Malaysia kita ni satu anugerah yang Tuhan tak bagi kat negara-negara lain.

Kita nak roti canai yang berharga 30 sen balik!
Protes dan jangan berhenti sampai kita puas hati.Jangan biasakan diri kita dengan harga barang yang sebenarnya tinggi.

Jun 26, 2008

Picture of The Day - Teknik Fotografi:Upskirt Shot


Kepada bro2 yang ada kamera,jangan buat camni.Tak senonoh.At least pakai la topeng ke tutup muka.Tapi teknik tu memang canggih la.

Sebuah Cerita Cinta Monyet Bab 01

Beberapa hari ni,fikiran aku tak berapa betul.Aku takde mood sangat nak kutuk2 kerajaan dan aku takde mood nak kutuk2 orang,hahaha.Masalah aku ni memang mengganggu aku.Tapi aku takde la nak menceritakan masalah aku kat sini.

Bila aku ada masalah,mesti perasaan aku jadi jiwang,entah lah kenapa aku tak sure.Jadi,aku nak menulis pasal semua kisah cinta monyet aku dari zaman aku sekolah rendah.Hahahaha...korang nak bace ke tidak ikut suka lah.Nanti bila ada modal nak kutuk Pak Lah lagi aku sambung la,sekarang ni nampak cam baik diam dan tunggu je.

Nak kutuk Najib pulak takpelah,dia dapat bini camtu dah cukup satu seksaan bagi dia.Takyahlah nak tambah2 lagi.

Cinta?Cinta monyet?

Entah bila tah aku kenal apa benda tu.Aku pun tak sure,mungkin dalam diri semua orang ada dah terpahat jenis2 orang mcm mana yang dia akan suka.Macam tu jugak aku.Jadi sebagai mukadimah nya,mari lah aku ceritakan macam mana first time aku sedar aku suka seorang perempuan.

Waktu tu tahun 1993,aku baru je tukar sekolah sebab adik bongsu aku start sekolah darjah satu,jadi family aku decide baik sekalikan je kitorang.Waktu tu aku dah darjah 6,adik aku masuk darjah 3 dan adik bongsu aku masuk darjah satu.Janggal betul masa tu sebab tiba2 aku yang dah darjah 6 kena tukar sekolah.Takpelah,bantai je lah.

Aku tak biasa sekolah campur,sekali masa darjah 1,pastu sekolah laki semua sampai darjah 5 tetibe darjah 6 masuk sekolah campur balik.Memang agak pelik la sebab aku tak biasa bercakap pun dengan awek2 (itu juga menyebabkan ramai awek tak suke berkawan dengan aku sebab cara aku cakap kasar ngan diorang,peduli hape aku)

Aku ditempatkan di kelas 6 Orkid.Kelas ni kelas nombor 2,kelas paling pandai aku tak dapat masuk sebab aku "genius" sangat kot.First day kelas aku semua classmate aku tengok aku mcm Beruang Zoo.Mungkin sebab pelik tetibe ada budak baru ataupun pelik tengok spek mata aku yang maha besar,membuatkan mata aku nampak seperti mikroskop.

Dalam kelas tu,aku duduk belakang sekali sorang2,tengah2.Ada tempat kosong sebelah awek tapi tanak la aku duduk sebelah awek.Walaupun baru nak masuk 12 tahun masa tu aku dah gentleman gile lah,padahal sebenarnya takut ngan pempuan.Jadi first day tu,cikgu kelas aku pun masuk dan perkenalkan diri dia,Cikgu Razali.

Lepas tu buat pemilihan Ketua Kelas.Semua main undi angkat tangan je.Aku tak undi sebab aku tak kenal (salah undi kang naya je,cthnye undi BN) dan termaktublah ketua kelas aku ialah seorang awek yang aku rasa ada potential masa tu,potential digilap jadi lagi cun.Nama dia Anastasia.

Lepas tu adalah lagi pemilihan siapa nak jadi setiausaha ngan bendahari.Dua-dua dapat kat budak pempuan.Ces,yang lelaki calon semua memang nampak cam kaki songlap duit je,agak aku sebab tu diorang kalah.Lepas dah setel semua tu diorang pun secara official memperkenalkan diri sorang2.

"Hai,saya Anastasia bla bla..Ketua kelas!"
"Assalamualaikum,saya Amelia,setiausaha"

Tiba2 terdengar suara halus "Hai,saya Nurhazrina,bendahari kelas"
Slow je suara dia,siap kena ulang lagi sekali.Budak2 lelaki semua terus feewitt dan nampak ada yang dok bisik2 cakap dia cun kot.Nurhazrina ngan Amelia kawan baik gila,cilakak betol kecik2 dah pakai kroni.

Itulah first time aku terasa "Eh,cun gak dia ni,muka ada iras2 Fauziah Latip masa kecik"

Semenjak hari tu,aku terasa aku memang suka kat dia.Lama kelamaan bila aku dah baik ngan budak2 dalam kelas tu,barulah diorang cerita memang si Nurhazrina ni kegilaan ramai budak2 sekolah tu.Ape yang kitorang suke masa tu pun aku tak paham,bukan ada nafsu pun masa tu,suci je kitorang.Mungkin sebab dia cute kot.

Beberapa bulan berlalu dan memang dah ditakdirkan aku join ngan geng2 budak2 yang pemalas.Masa tu kalau samseng,mesti bawak gasing masa sekolah.Tah lah kenapa gasing boleh dijadikan objek melambangkan kegangsteran.Jadi kitorang pun masing2 ada gasing sorang satu.Masa tu bila tengah main gasing,kalau si Nurhazrina ni lalu start la ada je sorang dua yang buat2 macam dialah paling tere main gasing kat sekolah.Fikir2 balik nak ke awek jatuh cinta kalau kita tere pangkah gasing orang?

Bila UPSR dah dekat,kitorang pun rajin stadi.Kemudian pada satu hari tu,tengah waktu ulangkaji,datanglah si Amelia ni kat meja aku ngan Nurhazrina sembunyi2 belakang dia.

"Man,mintak tolong ajar kitorang matematik"tanya si Amelia.
"Korang tak reti bab mana?"tanya aku separa menggeletar dalam hati "Uish,ada gak perempuan nak bercakap ngan aku"
"yang ni,yang ni,yang tu"jawab Amelia.

Jadi duduk lah diorang kat tepi aku sambil aku cuba menerangkan dengan mulut tergagap2 dan akal fikiran aku masa tu berfikir "Apasal Nurhazrina ni takde respons langsung?Senyap je.Cakap la dengan aku."

Masa berlalu ngan cepat dan session aku ngan diorang tu abis camtu je.Tapi tu lah first time dan last time 2 orang pempuan datang mintak tolong ngan aku.Rasa best gila masa tu sebab awek pujaan datang mintak bantuan.Dipendekkan cerita,bila sekolah dah nak abis,last day sekolah Nurhazrina ngan Amelia ni datang la jumpa aku cakap terima kasih sebab tolong ajar diorang.Last day tu aku tengoklah dengan sayu Nurhazrina ni berangkat balik,keluar dari pintu kelas.

Waktu tu aku rasa sedih sebab aku memang suka dia (tapi paham2 je lah budak 12 tahun punya suka camne) dan aku takde pun banyak bercakap ngan dia.Bila dia dah hilang dari pandangan aku,aku rasa mcm hilang satu benda yang buatkan aku semangat nak pegi sekolah.Pada aku,mungkin tu lah last time aku akan tengok dia lagi.Hilang lah Nurhazrina dengan beg birunya dicelah2 koridor sekolah menuruni tangga,rambut dia panjang sampai bahu ikat pakai reben getah kaler merah.

Setahun kemudian,waktu aku pergi semayang Jumaat dari sekolah aku,aku kena lalu kawasan flat Sri Johor.Adalah satu grup budak pempuan baru balik sekolah kot.Bila lalu tepi diorang,aku nampak si Nurhazrina ada dalam kelompok grup tadi.Dia masih sama macam dulu cuma sekarang dia pakai baju putih sebab dia bukan pengawas lagi dah dan aku,aku masih lagi pakai spek yang sama yang aku pakai masa darjah 6 tu.

Itulah last time aku ternampak dia.Aku pun tak tau la kat mana dia sekarang ni.Mungkin dah jadi isteri orang dan ada anak dah.Apa-apa pun,Nurhazrina ni lah yang memperkenalkan aku dengan perasaan suka dengan perempuan.

Terima kasih sebab kadang2 senyum kat aku dalam kelas dulu.

Jun 25, 2008

Garis Paras Kekayaan Rakyat Malaysia

Kelakar tengok pemimpin2 ni bergaduh.

Seorang cakap patutnya naikkan GPK (Garis Paras Kemiskinan) ke RM1500.Sorang lagi berkeras tak nak naikkan,nak biar maintain RM800.Kui Kui Kui.Aku gelak bukan sebab aku tak sokong Khalid Ibrahim tapi kelakar sebab tengok alasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Amirsham Abdul Aziz tak nak naikkan jugak.Alasan dia,kalau naikkan jadi RM1500 maknanya makin ramai rakyat Malaysia ni jatuh taraf miskin.

First sekali,kita tengok senario:

Gaji RM800 sebulan - Bujang
Gaji Bersih tolak EPF & SOCSO - RM710 lebih kurang

Ansuran Motor EX5 - RM150
Minyak - RM80
Sewa Bilik - RM100
Bil-bil - RM30
Prepaid - RM30 (Sebulan sekali top up)
Makan - RM4 sekali makan,2 kali sehari - RM240

TOTAL - RM630
BALANCE - RM80 (Buat beli baju bundle)
TARAF KEHIDUPAN - "CANTIK-CANTIK SURVIVE"

Tu baru bujang tu,belum kahwin.Kalau dah kahwin tapi isteri tak kerja:

Ansuran Motor EX5 - RM150
Minyak - RM120 (Hantar bini pegi kerja)
Sewa Bilik - RM100
Bil-bil - RM30
Prepaid - RM60 (Sebulan sekali top up,bini pun sama gak)
Makan - RM4 sekali makan,2 kali sehari,2 orang - RM480

TOTAL : (-RM230)
BALANCE - (-RM230) Pinjam Along
TARAF KEHIDUPAN - "ALONG's BEST FRIEND"

Kalau bini pun kerja sekali,gaji RM700..Ini aku ambik kira pendapatan seisi rumah ialah RM1500.Gaji lelaki RM800,bersih RM710.Gaji isteri RM700,bersih RM630.Balance gaji bersih RM1330

Ansuran Kereta Kancil Paling Cikai - RM220
Minyak - RM200 (Hantar bini pegi kerja)
Sewa Rumah - RM250
Bil-bil - RM50
Prepaid - RM60 (Sebulan sekali top up,bini pun sama gak)
Makan - RM4 sekali makan,2 kali sehari,2 orang - RM480

TOTAL : RM1260
BALANCE : RM70
TARAF KEHIDUPAN - "CANTIK-CANTIK SURVIVE BALIK MACAM BUJANG"


Itu aku belum masukkan lagi kalau suami isteri dah dapat anak seorang.Aku kelakar sebab kalau naikkan ke RM1500 pun,sebenarnya ramai yang ngam-ngam je survive.Implikasinya pulak aku nampak ada bermacam-macam:

1) Lelaki takut nak kahwin sebab risiko nak kawin dan kehidupan susah tu sangat besar.

2) Suami-isteri nanti akan takut nak mendapatkan anak

3) Perempuan pulak akan jadi lebih memilih,nak yang kaya-kaya atau Datuk2 yang dapat AP sahaja cthnya spt. Natasha Hudson.

4) Kurangnya rakyat Malaysia yang mampu kahwin sebab saving takde.Masalahnye pulak bila barang2 makin mahal,belanja hantaran ni akan naik jugak sekali.

5) Lebih ramai pasangan suami isteri yang berulang alik dengan menaiki motorsikal dan biasanya anak mereka akan diselitkan ditengah-tengah mereka.Bahaya bang buat camni.

Kesimpulannya,anda tetap jugak akan struggle kalau2 GPK ni dinaikkan ke RM1500.Sebab takde gunanya bergaduh pasal satu Garis guideline.Macam mana pun rakyat jugak yang merana.Kerajaan memang tak peduli.Bodoh betul,ko ingat RM800 tu cukup ke nak hidup berkeluarga?

Jadi kepada sesiapa yang pangkah BN dulu tu,harap2 anda menyesal dan jangan ulangi kesilapan anda.




Album Review : Biffy Clyro - Puzzle

Are you a fans of Foo Fighters?

But you are tired of seeing Foo Fighters becoming so lazy and formulaic?Feeling you are wasting your time when you are listening to the new material that Dave Grohl have produced since the good but not spectacular "There Is Nothing Left to Lose" or wondering where has the man who wrote the brilliant "Colours And The Shape" have gone too?

Enter Biffy Clyro latest album,"Puzzle."

"Puzzle" is their forth album from this Scottish band.For those who didn't really heard of this band before or think their name is weird to pronounce,just imagine Biffy lLyro was once dubbed "The British Nirvana"


Yeah,that's how they sound like,before.But in their latest album (2007 album) "Puzzle",Simon Neil,Biffy frontman is going to places where Dave Grohl have been before Foo become so predictable."Puzzle" is Biffy most accessible album and therefore,they have become widely recognizable.This means divided opinion between the old fans and the new fans.This album does a sound a bit like what Dave Grohl should have been writing all along.

Opening tracks,"Living Is A Problem Because Everything Dies" is a powerful track,opening with a opera style drumming and guitar with a powerful harmony at the back before launching on towards a rocking tune along the chorus,going from heavy to mellow melody asking God when he's turn to die.

"Saturday Superhouse" shown a lot of Foo's influence from the rock melody,still heavy but very melodic.The singer,Simon Neil does sound a bit like Dave Grohl a bit here.

"Who's Got A Match" is an excellent live with the funky guitar work and the simple foot stomping chorus and this song sounds a lot like Queens of The Stone Age "No One Knows" with the guitar work."As Dust Dance" is a totally new songs from Biffy because they haven't try anything this mellow before,sounding more towards a relaxing ballad but as the song goes on,the distrotion start to kick on and the song does become much-much grander.But the lyrics let the song down a bit.

"A Whole Child Ago" and "The Conversation Is.."is two songs that have similar style,playing with the "slow-loud-slow-loud" that have been remarkably used by Nirvana and Nirvana's drummer band.

"Now I'm Everyone" is a forgettable track,it just sound like the band playing along at first until the excellent solo lead and riff at the end save the song before it becoming dull."Semi-Mental" is what do you get when you combine Dave Grohl and Josh Homme brain together."Love Has A Diameter" is relaxing in a strange way with the drum marching on along and the vocal harmony from the band.

"Get Fucked Stud" buzz along with a really heavy verse and a very melodic chorus before Biffy Clyro shows Dave Grohl how to scream properly. Then we have a very special songs titled "Folding Stars",dedicated for Simon Neil mom who have passed away and her name is mentioned in the lyrics.When first youheard the song,it does sound a bit simple but when you learn the story and meaning about the lyric,the song shows it's strength.

"9/15ths" is like a church group praying to the god,it does sound a bit weird to me.Last song in this album is "Machines," a simple acoustic song about people who didn't realize what they have in life,simply brilliant.

If you have been reading this,you realized that I do refer a lot the album to the Foo Fighters.It's not just simple comparison,I am just saying if you hate the last 3 album from Foo Fighters,you will love this album.Eventhough "Puzzle" does sound a bit different than their 3 past album (more commercial,more radio friendly)it is much better than whatever crap Dave Grohl is feeding his fans nowadays.

If you like Nirvana or Bush's first album and second album,try Biffy Clyro's album "Blackened Sky,"just listen to the 3 brilliant single (57,27,Justboy) and if you really like experimentation in your music go for their 2nd and 3rd album "The Vertigo of Bliss" and "Infinity Land."For Fall Out Boy fans,please go kill yourself.

Biffy Clyro does remind me a lot of Nirvana."British Nirvana" they are.

Rating - 8.5/10
Genre - Rock,Metal,Punk

Jun 21, 2008

Fakta Mengenai C4

Gambar dibawah menunjukkan kesan penggunaan bom C4 kepada sebuah kereta kebal.Bayangkan kalau bom tersebut digunakan kepada seorang manusia kebal.Lebih sedih lagi seorang perempuan Mongolia yang tidak kebal.


C-4, or composition 4, is one variety of plastic explosive. The basic idea of plastic explosives, also called plastic bonded explosives (PBX), is to combine explosive chemicals with a plastic binder material. The binder has two important jobs:
  • It coats the explosive material, so it's less sensitive to shock and heat. This makes it relatively safe to handle the explosive.
  • It makes the explosive material highly malleable. You can mold it into different shapes to change the direction of the explosion.
The explosive material in C-4 is cyclotrimethylene-trinitramine (C3H6N6O6), commonly called RDX (which stands for "royal demolition explosive" or "research development explosive"). The additive material is made up of polyisobutylene, the binder, and di(2-ethylhexyl) sebacate, the plasticizer (the element that makes the material malleable). It also contains a small amount of motor oil and some 2, 3-dimethyl-2, 3-dinitrobutane (DMDNB), which functions as a chemical marker for security forces.

To make C-4 blocks, explosives manufacturers take RDX in powder form and mix it with water to form a slurry. They then add the binder material, dissolved in a solvent, and mix the materials with an agitator. They remove the solvent through distillation, and remove the water through drying and filtering. The result is a relatively stable, solid explosive with a consistency similar to modelling clay.

Just as with other explosives, you need to apply some energy to C-4 to kick off the chemical reaction. Because of the stabilizer elements, it takes a considerable shock to set off this reaction; lighting the C-4 with a match will just make it burn slowly, like a piece of wood (in Vietnam, soldiers actually burned C-4 as an improvised cooking fire). Even shooting the explosive with a rifle won't trigger the reaction. Only a detonator, or blasting cap will do the job properly.

People apply C-4's explosive power toward all kinds of destruction. One common application is military demolition -- soldiers pack it into cracks and crevices to blow up heavy walls. It has also been widely used as an anti-personnel weapon, in battle and in terrorist attacks. In Vietnam, for example, soldiers used a number of C-4-based bombs and grenades. One notable weapon, the claymore mine, consisted of a C-4 block with several embedded ball bearings. When the C-4 was detonated, the ball bearings became deadly flying shrapnel (this sort of weapon was also featured in the movie Swordfish).

IKLAN DARI PENAJA

Unfortunately, C-4 will keep making headlines for years to come. Because of its stability and sheer destructive power, C-4 has attracted the attention of terrorists and guerilla fighters all over the world. A small amount of C-4 can do a lot of damage, and it's fairly easy to smuggle the explosive past light security forces. The U.S. military is the primary manufacturer of C-4, and it tightly guards its supply, but there are a number of other sources for similar explosive material (including Iran, which has a history of conflict with the United States). As long as it is readily accessible, C-4 will continue to be a primary weapon in the terrorist arsenal.
Diambil dari HowStuffWorks

Sistem Pertahanan Awam Malaysia Yang Bangsat


POLIS TAHAN 2 TENTERA SAMUN,CULIK WANITA

KOTA BHARU 15 Jun - Polis menahan dua anggota tentera selepas enam jam mereka menyamun dan menculik seorang wanita serta anaknya yang berusia empat tahun di Pasar Borong Wakaf Che Yeh dekat sini petang semalam.

Kedua-dua lelaki yang berusia 23 dan 24 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan ketika dikejar oleh sepasukan anggota polis di Jalan Padang Tembak, dekat Pengkalan Chepa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sebaik polis menahan kereta terbabit, salah seorang suspek dikatakan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan beberapa minit kemudian, manakala rakannya yang cedera parah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini.

Beliau berkata, kemalangan itu juga menyebabkan mangsa yang berusia 28 tahun mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Pakar Perdana, manakala anak perempuannya cedera ringan serta hanya mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.(LINK)


DUA DAKWA POLIS PAKSA ORAL SEKS

MALAYSIAKINI 21 Jun - Empat didakwa didera oleh polis Kajang baru-baru ini, termasuk dipaksa mengadakan seks oral, disembur racun pembunuh nyamuk di bahagian muka dan menjilat kasut anggota polis.

Semasa proses siasatan, selepas menerima reman pertama, anak guam saya telah dipukul dan dua daripada suspek dipaksa melakukan seks oral," kata peguam mereka, Kartigesan Shamugam.



Mereka berdua, termasuk seorang suspek bawah umur, dipaksa melakukan seks oral antara satu lain di depan sekumpulan anggota polis, seorang berpangkat sarjan. Lima orang, termasuk keempat-empatnya, ditahan mulai 29 Mei lalu dan direman selama lapan hari di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang.(LINK)

Gambar sekadar hiasan.
Takkan la takde orang yang perasan kot?Apa nak jadi dengan polis dan tentera ni?Kalau masuk Edisi Siasat ni mesti dah kena "Ape ke jadahnya polis dan tentera negara kita ni.Ptuih!"

Adakah geng-geng polis dan askar nii dah tak takut undang-undang,kononnya mereka la penegak undang-undang.Jadi,diorang boleh buat apa diorang suka.Tapi sebab yang buat tu askar dan polis,jadi cerita dia pun bagi naik sehari lepas tu terus diam.

Kalau camni la perangai askar ngan polis ni,aku rasa takyah lah ada polis ni.Suruh je Persatuan Pengakap Malaysia jadi pengawal keamanan.

Album Review : Feeder - Silent Cry


For long time fans of the Welsh band,their past 2 album directions have shown the band going to go the way of grandfathers rock - melancholy,mellow and universally thoughtful championed by bands such as Coldplay,Keane and Travis.Even the singer of Travis appeared as a backup singer in one of the single.

For 2 album,Feeder shows they are trying to regain their senses.The album "Comfort in Sound" comes out after the tragic suicide of their drummer and "Pushing The Senses" shows maturity without enough energy in it. Most of the fans are divided by the direction of where they are going,worrying about either Feeder going to be one of those bland rock band.

As the build up for the latest album, frontman Grant Nicholas inform the fans that the album will go back to their rockier roots.Promise should be kept and how does the album sound?

Yes,the energy is back,even though somewhat patchy in places but the direction is promising.Listening to the album opener and the first single "We Are The People," I got a little bit worried.This is like Foo Fighters "My Hero" sang by Dave Grohl sleepwalking.Even though the songs grows a bit on me still,it just a weird song and as a single,it was devastating.

But the second track,"Itsumo" start the ball rolling.The punkish "Miss You" and the relaxing riff of "Tracing Line" shows that a 40 year old Grant Nicholas does have some energy back in him.

"Silent Cry" is an uplifting songs,starting slow and gradually building up to an epic ending."Fires" is not an album track because it will not work on an album,but as a sing along festival anthem it will do nicely though."Head Held High" does remind me a bit of "Dry" but with a more epic structure and finish.

"Who's The Enemy" is an excellent track from Feeder,combining everything from their earlier material with the maturity of their latest sound.The final 3 track album closer,starting with "Into The Blue" is an excellent rock track,very raw and very aggressive.The moody "Guided by A Voice" is an excellent guide towards what will the new direction Feeder can go to.

And the album closer "Sonorous" is a very good Feeder tracks because it shows that Feeder are trying again to experiment with their music.The song,eventhough not as fullfilling as any Muse epic songs,it does show Feeder are not sticking with the same tried and true formula.This track does remind me of "Descend" from their first album (but very less metal sounding) in the experimentation.

So,what is the conclusion?

After 2 really dissapointing album,Feeder are back.Not as good as their first album and didn't have the brilliant fusion of Brit Pop/Punk-Pop of their second album but it is a welcome relief to know that they still got it,a really encouraging statement that they won't change to Snow Patrol(the new Snow Patrol,not the old and good one) or Coldplay.

Rating 7.5/10

Jun 20, 2008

Keputusan Undian Cursing Malay 04


Aku malas nak komen apa-apa.Biarlah result poll tu yang menceritakan segala-galanya.


Jadi,pemenang undian kali ini adalah "Khairy Jamaluddin" dan daripada 147 undian,seramai 107 orang telah menyatakan kebencian mereka kepada menantu Pak Lah ini.

Tahniah Khairy kerana berjaya membuat rakyat membenci anda,lebih daripada "Kos Sara Hidup Yang Tinggi"

Oh The Malay People!

Semalam,malam dalam pukol 9 ke 10 tah,aku keluar lah membeli rokok dekat stesyen rumah dekat rumah aku.Lepas tu terase lak nak minum air mangga,jadi aku pergi lah ke kedai makan.Order la air mangga satu.

Tengok kedai tu punya la ramai orang.Aku tak pernah pun tengok area kedai makan situ penuh camtu,semua kedai penuh.Kecuali kedai western hujung jalan,kedai lain biasanya suram sket.Rupa-rupanya geng-geng MLM sudah lepak situ.Dulu ada gak dia lepak situ tapi takde la seramai malam tadi,dah beranak pinak dah diorang ni.Mesti bisnes berkembang maju.

Siap brader kedai air tu tanye aku "Ko tak join ke Uptrend ni?"

Aku sengih je la.Sepanjang aku terdedah dengan benda2 MLM ni tak pernah pun aku join sekali pun,sesen pun aku tak pernah bagi kat ATM ke,OmegaTrend ke,Uptrend ke,ape lagi tah name2 die yang pelik2.

Ramai dah kawan2 aku yang terjebak dalam MLM ni.Dulu racun siap baik punye ayat,"Tot,nanti2 lepas habis belajar,ko nak ke keje makan gaji?Mana cukup nak belanja,nak kahwin,"itulah ayat kawan aku dulu.Masalahnya ayat yang dia pakai tu juga digunakan oleh member2 aku yang lain terjebak.Macam dah dilatih cakap camtu.Macam robot.

Aku tak nampak apa logiknya MLM ni.Itu jelah aku selalu jawab kat diorang.

Sebab jelas kita boleh nampak macam mana perbezaan bangsa lain meniaga.Aku rasa susah betul nak jumpa orang Cina yang buat MLM ni.Yang buat kebanyakan nya orang Melayu,bangsa Melayu jugaklah yang penuh kat kedai makan tu semalam.Masa aku berdiri kat situ tunggu air aku,ada sorang brader tengah pancing Makcik sorang,siap keluar kertas calculation.Makcik tu muka terpaksa je,angguk2 geleng2 je lah.

Jadi,macam mana orang Cina boleh lagi kaya dari orang Melayu?

Sebab diorang lagi rajin dari kita,usaha!Daripada meniaga secara haram kecil-kecilan contohnya DVD haram atau ke sebesar2 alam,orang Cina BENAR-BENAR BERNIAGA bukan?Cekik darah ke potong leher ke.diorang meniaga.Jual barang dapat untung sikit pun takpe asalkan dapat untung dan yang paling penting,diorang mula kecik2 dan visi diorang besarkan bisnes nanti2.

Tapi Melayu?

Baru mula meniaga MLM terus tanya nak untung ribu2.Terus tanya berapa bulan aku boleh dapat RM20,000 balik?Bila dah dapat untung sikit,terus beli kereta BMW,beli Harrier.Kononnya untuk dijadikan bukti yang kita dah berjaya.Padahal tu sebenarnya jerat supaya and terus stay dengan bisnes MLM tu,sebab kalau keluar atau berhenti,tak mampu lah anda nak menanggung beban hutang kereta.Itulah cara orang Melayu nak jadi kaya,semua pakai shortcut.Kalau tak MLM,jadi ahli politik,jadi menteri,jadi menantu Perdana Menteri.

Mungkin sebab tu orang Cina cakap Melayu pemalas.Nak duit banyak tapi nak duit cara mudah.Sebab tu lah kebanyakan yang masuk MLM tu bungkus.Hahahah,aku gelak je la bila teringat balik ayat2 pujukan member aku.Sekali-sekala bukak balik pasal cerita MLM ni membuatkan ramai member aku tersipu-sipu malu dan terus menukar topik.

Hangin betul kalau member2 ajak keluar minum lepas tu bila duduk je dia bawak keluar file dari beg dia.Terasa nak je blah je masa tu tapi dengar je lah apa yang dia cerita.Buang masa aku sejam lebih.Nasib baik minum dia belanja.

Biasanya kat kedai mamak je la.Kalau kaya sangat,pancing la aku buffet dekat Hilton ke,sejuk gak hati aku ni.Terasa gak masa aku tak terbuang.


Jun 19, 2008

Kempen MilkLoveYou


Tetra Pak sekarang sedang membuat satu kempen di mana dengan setiap satu klik di website dia,mereka akan menghantar sebotol/sekotak susu kepada kanak2 di Pahang.Kenapa Pahang?Aku tak tahu.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah untuk klik sekali pada button website dia dan ia sudah dikira sebagai satu sumbangan.Apa yang ditunggu lagi?Aku dah klik 10 kali.Sambil-sambil tu boleh jugak belajar pasal khasiat susu sekali.Yang dah kawin tu sekali sekala boleh gak bertukar kepada susu jenis lain.

Cantik website ni.Sekali-sekala kena gak post kan benda2 positif camni,hahaha.
Oh,sila pastikan browser anda sudah diinstallkan Flash Player.

Link Kepada MilkLoveYou

Tak Best La Kena Pakai Tudung,Tak Boleh Pakai Seksi


Gambar tersebut telah lama berlegar-legar di internet.Dengar cerita,dia ni student yang belajar dekat oversea.Gambar di atas menunjukkan gambar dia sedang minum air kencing.Member aku cakap ni senior dia masa sekolah dulu.

Ada lagi gambar dia yang lain2 yang tak boleh nak ditunjukkan di sini sebab dia "kurang pakaian" atau tiada pakaian langsung.

Sekarang ni,semenjak peristiwa aku kena kutuk dalam Malaysia Today tempohari bila mana aku sound sorang minah yang panggil PAS itu Taliban,aku jadi agak takut.Aku tak kisah kalau orang bukan Melayu yang kutuk2 camtu sebab diorang tak faham,tapi bila mana seorang perempuan Melayu yang ada pangkat dan ada nama mengeluarkan komen2 seperti :

"Pakai tudung tak wajib"
"Kita kena jadi Melayu yang liberal"
"Kembalikan hak perempuan melayu yang ingin pakai kebaya seksi"

Benda-benda macam ni membuatkan aku jadi takut dan minah ni ramai penyokongnya,siap orang Islam sekali ada.

Aku bukan nak bangkang komen2 seperti "Politik dengan agama tak boleh disatukan" tapi kalau pemimpin tu pun bab-bab agama dia lebih kurang aku je,peratusan dia untuk terpesong adalah sangat tinggi.

Agama adalah tiang kepada jiwa seseorang,tak kira lah Islam ke,Kristian ke,Hindu ke.Semua agama ajar penganut dia buat benda baik.Jadi kalau pemimpin tu takde agama,maknanya dia takde halangan langsung untuk buat apa-apa,baik atau buruk.Sebab kurangnya ajaran agama la perempuan yang ada dalam gambar ni buat macam tu.

Anda nak mintak hak anda sebagai seorang wanita,mintak lah.Tapi ingatlah,tak suka macam mana anda kepada Parti PAS atau Parti "Mullah" seperti yang anda gelarkan,anda masih seorang Islam.Jangan lawan hukum semata-mata nak memperjuangkan apa yang anda percaya baik untuk anda.

Kalau rasa diri terjerat sebab lahir dalam Islam,gi lah kaunseling kat Pusat Islam.
Takut aku kalau gejala sekularisme ni menular dekat semua orang Melayu.Golongan-golongan ni lebih gemarkan undang-undang sekular sekarang ni berbanding undang-undang Syariah.

Sedar ke tak diorang yang undang-undang kita sekarang datang dari penjajah dulu?

Jun 18, 2008

Masjid Islam Hadhari?

Aku orang Kedah.Dekat kampung aku,Kuala Nerang setiap hari raya mesti ada terjadi satu insiden yang pelik.Masa mula-mula dulu sebelum mata aku celik,aku tak faham kenapa orang2 PAS buat macam tu,maksud aku solat sunat Hari Raya asing-asing.Bila aku borak ngan Pakcik aku,dia tanya aku "hang nak semayang mana kali ni?Masjid UMNO ka Naksah PAS?" (Naksah tu sama macam Madrasah)

Tiap-tiap hari Raya,orang-orang Kuala Nerang akan terbahagi 2.Mereka kena pilih sama ada hendak ke sebuah Masjid yang tersergam indah di pekan Kuala Nerang atau ke sebuah Madrasah yang dulunya uzur (sekarang dah ok dah) tempat berkumpulnya orang2 PAS.

Biasanya aku ke Madrasah PAS tu sebab dekat dan kubur arwah Datuk aku betul2 belakang tu.

Itu baru pembahagian kerana tak sama fahaman politik.Tapi apa akan jadi pulak kalau projek "Satu Negeri,Satu Masjid Hadhari" ni dijalankan.Bukan setakat projek tu akan memisahkan orang Islam ikut politik malah projek tu akan juga memisahkan orang Islam ikut Islam tu sendiri,kerana banyak perbezaan pendapat berlaku setelah wujudnya "Islam Hadhari" itu.

Persoalannya,tak cukup kah Masjid kat Malaysia?Aku rasa tak perlulah nak membelanjakan RM4.2 juta untuk sebuah masjid.Kalau nak sangat buat Masjid,ikut cara Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,keluarkan duit sendiri,buat la masjid selawa-lawa yang anda nak.Cantik masjid tu,betul2 belakang rumah aku kat Alor Setar.

Perlukah "Masjid Islam Hadhari" itu?Adakah Pak Lah terlalu desperate untuk menjadikan Islam Hadhari sesuatu yang berjaya sebelum dia berundur? (lambat lagi tu,sori Najib)

Mahukah kita,bila solat Jumaat terpaksa membuat pilihan,ke Masjid Islam Ordinary atau ke Masjid Islam Hadhari?Bila agama dijadikan satu bentuk taktik peperangan dalam politik,benda2 macam ni la yang akan timbul nanti.

Hentikanlah projek bodoh tersebut.Rm4.2 juta satu masjid kita darabkan dengan 14 negeri kita dapat RM58.8 juta.Banyak tu dan sudah pastilah kos nak membina masjid tu jauh lebih rendah daripada yang tertera.Lebih baik wang-wang yang banyak tu disalurkan untuk membantu melatih lagi ramai guru2 agama,membuka lebih banyak kelas-kelas mengaji dan juga memperkukuhkan lagi subjek "Pendidikan Moral" di sekolah-sekolah.

Cuma,diharapkan janganlah dipanggil Ustaz dan Ustazah dengan gelaran Ustaz hadhari.Ataupun wujudnya Kelas Mengaji Islam Hadhari.Subjek baru nanti usahlah dipanggil "Pendidikan hadhari"

Link Kepada Berita Bernama

Jun 17, 2008

Jika Anwar Ibrahim Pula Dinodai


Malam ni,aku tak boleh tidur lagi,ingat nak tengok bola tapi memikirkan kalau tengok bola sampai pagi esok aku tak tidur,takpelah.

Malam ni,mood ada sikit sentimental.Biasanya apa yang aku tulis hanyalah kutuk2 dan maki2 orang lain,entah kenapa hari ini aku rasa relax je.Mungkin kerana bila membaca betapa yakinnya Anwar Ibrahim mengatakan janjinya kepada rakyat yang dia memang sedang mencorak jalan ke Putrajaya dan janjinya lagi,dia akan tiba di sana pada bulan September.

Mungkin masih ada lagi sinar harapan untuk Malaysia ini.

Entahlah kenapa aku berasa tenang.Pada aku,ahli politik semua sama saja,janji ahli politik pun semua sama saja.Tapi,Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat adalah satu-satunya harapan yang kita ada.Mungkin hati aku juga sedikit tersentuh melihat perjuangan Tengku Razaleigh Hamzah dan jikalau dia jadi Perdana Menteri,aku tak membantah.Harap2 nanti siapa-siapa pun yang jadi Perdana Menteri nanti,orang itu betul2 ikhlas hendak membantu rakyat.Asalkan bukan Najib,Khairy ataupun masih lagi Imam Besar Islam Hadhari.

Cuma risau itu masih terdetik pada diri aku.

Apa akan jadi pada Anwar bila dia sudah berkuasa nanti?Adakah dia akan berubah,lupa diri dan jadi angkuh?Kuasa adalah satu kelemahan kepada seorang lelaki,selain daripada perempuan.

Kalau Anwar lupa diri,siapa yang akan menasihatinya?Siapa yang akan menghalang dia?Kita sudah nampak sendiri perubahan besar yang berlaku kepada Abdullah Ahmad Badawi.Daripada seorang cucu ulama' yang bergelar Mr.Clean,pemimpin yang diwartakan sebagai "the opposite of Mahathir" kini apa yang jadi pada jiwanya?

Mana janjinya ketika bersajak semasa mula-mula memegang kuasa dulu?"Tak ku cari harta bertimbun-timbun" adalah ungkapan yang paling kita ingati sekarang kerana ironinya sangat berlainan,4 tahun dahulu dan sekarang.

Jadi,kalau Anwar Ibrahim berubah,siapa pula harapan Malaysia?
Kita tahu rakyat sudah berani tapi siapa kalau-kalau Anwar pula dinodai kemewahan kuasa?

Muhyiddin Yassin?
Simpang malaikat 44 aku tak sanggup.

Atau Anwar Ibrahim masih ada kejutan kepada kita semua?Mungkinkah bukan dia yang akan naik sebagai Perdana Menteri nanti kerana dia tahu,masih ada seorang yang lebih layak daripada dirinya?Seorang yang tak mungkin hilang kawalan diri dengan kuasa yang diberikan padanya.Seorang yang hidupnya penuh kesederhanaan.

Jikalau telahan aku ini terjadi,memang pandai lah siapa yang memulakan teori "RAHMAN" tersebut.


Jun 16, 2008

Harga ayam RM8 sekilogram berpatutan KEPALA HOTAK KO!


KUALA LUMPUR: Kenaikan harga ayam kepada RM8 sekilogram daripada harga siling RM6 yang ditetapkan kerajaan adalah tidak ketara dan berpatutan, menurut Persekutuan Penternak-Penternak Malaysia (FLAM) hari ini.

Pengerusi Unit Ayam Daging FLAM, Kwei Yew Tong, berkata harga siling RM8 sekilogram di Semenanjung tidak harus dianggap sebagai kenaikan mendadak.

“Penetapan harga siling ayam sebanyak RM6 sekilogram tidak lagi berpatutan atau sesuai memandangkan peningkatan kos pengeluaran dan kos menjalankan perniagaan pada masa ini.

“Ketika FLAM tidak mempunyai kuasa mengawal cara pemborong dan peruncit menjalankan perniagaan masing-masing, kami percaya harga yang dikenakan oleh mereka masih berpatutan dan adil bagi peniaga dan pengguna,” katanya katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kwei berkata memandangkan kenaikan kos menjalankan perniagaan di peringkat pemborong dan peruncit, maka harga ayam standard harus dijual dalam lingkungan RM6 hingga RM9 sekilogram.

Sebuah akhbar berbahasa Malaysia hari ini melaporkan bahawa harga ayam di beberapa bandar utama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak melonjak kepada RM8 sekilogram. — Bernama

Kalau harga ayam naik RM8,tu maknanya ayam dah naik RM2.50 satu kilogram (aku beli biasanya Rm4.50-RM5.50 sekilogram) jika secara averagenya ayam seberat 1.2kg.

Harga lama ayam = RM6.60
Harga baru ayam = Rm9.60
(purata ayam seberat 1.2 kg)

Perbezaan harga kat situ dah RM3.Jadi biasanya ayam ni kalau dijual kat kedai dipotong jadi 8 bahagian,jumlah value 1/8 ayam tersebut ialah Rm1.20.Kalau kita tengok kat situ nampak still murah lagi tapi sedar tak kita kedai2 nasi ayam semua dah terpaksa naikkan harga 50 sen.

Hari tu aku pegi makan Kenny Rogers dengan member aku,biasa aku makan 1/2 ayam.Dulu harga dia RM18.90.Sekarang ni dah jadi RM25.50.Kalau aku ambik quarter,dulu harga dia RM12.90,sekarang dah jadi RM15.90.Terpaksa la aku ambik quarter je.Tanye minah waiter tu,bila naik ni?Dia kata awal bulan 5 aritu.Aku kalau ikut nak blah je la,dah tak value for money lagi

Aku sedih sebab ada 3 benda:

1)Aku suka makan ayam

2)Kerajaan kita "genius" dan "sangat prihatin" dengan kebajikan rakyat bila diorang announce kenaikan tu "munasabah"

3)Kalau Kenny Rogers naikkan harga dia jadi camtu,kenapa aku nampak kenaikan harga Kenny Rogers tu dengan kenaikan harga ayam tak seimbang?Kerajaan ku sayang,tolong siasat sikit!

Apasal ayam dalam gambar tu nampak sedap sangat aa?Bila aku cerita pasal kedai nasik ayam sedap barulah nak announce benda2 bangang camni.





Food Review : Nasi Ayam OK Sungai Besi

Ahah!

Setelah mengidam lama gila nak makan nasik ayam ni,akhirnya hari ni aku berjaya jugak.Lama aku terbayang2 semenjak hari aku pegi dulu dan nasi ayam tu habis.

Jadi,bila aku sampai kat kedai tu,tengok orang tak ramai.Bila sampai je aku terus tengok berapa ayam yang tergantung dan aku berasa lega sebab ada 3 ekor ayam.Yes,akhirnya!Jadi,aku pun duduk dan terus kakak tu datang amik order.Aku pun order makanan standard aku,nasi ayam dan teh ais.Tunggu lebih kurang 5 minit,nasi ayam aku tu pun sampai.

Aku renung dulu nasi ayam tu,pastu tangkap gambar sebagai kenang-kenangan.Aku ambik sudu dan aku suap dulu nasik dia.Humm,biasa je ni.Aku rasa sup dia semulut,srruupp.

"Apa yang Joe dan Yus cakap best sangat kedai ni?"fikir aku (Joe member aku,dah berpunya,Yus tu belum,still looking)

Aku ambik cili dan sup dia dan aku tuangkan ke atas nasik.Lepas tu aku cubit ayam sikit.Masukkan semua sekali dalam mulut dan...terkeluarlah semua nikmat2 dia.Aku seperti berada di kayangan masa tu.Dengan ayam yang rangup dan lembut,nasik dan sup yang seperti adik beradik kembar,aku sedar Joe tidak cuba mempermainkan aku.

Memang sedap tapi pada aku bila makan tu ada cara dia.Kena ada semua sekali dalam satu suap.Setengah2 kedai,nasik ayam dia sedap kat sup,ayam dia biasa,kedai lain lak ayam dia best,sup dia tak kena tapi di Nasi Ayam OK Sungai Besi,nasi ayam ni adalah seperti satu campuran tidak boleh dipisahkan kalau nak rasa nikmat dia.

Ayam dia panas dan rangup.Argh,takpe,aku masih cuba meragui kata-kata Joe dan Yus itu.Selepas habis sepinggan aku pun order lagi sepinggan.

Aku terpaksa mengakui Joe dan Yus memang betul.
Nikmat nasi ayam tu still sama lagi.Nasi ayam ni memang OK gila dan aku memang pelahap.

Nasi Ayam OK Sungai Besi
Pekan Sungai Besi
Harga : Nasi Ayam - RM4.00

Rating - 9/10



Jun 15, 2008

Perempuan Melayu Ini Kurang Belajar

Diambil daripada satu komen di Malaysia Today

"I and many others, including liberal Malays and women are counting on PKR and DAP not to betray us to the PAS Taliban/Al-Qaeda wolfs (in sheep clothing though)! There're more urgent things for the good of all rakyat, rather than just to focus on women and girls' clothing (the veil is not compulsory in Islam anyway!)and other so-called laws! They keep on wanting to primitively and barbarically implement religion by the "sword"! And these Mullahs should know that Malays and Muslims are diverse, besides Malaysia is not an Islamic nation-state! And we should be thankful that we have such dynamic multiculturalism and diversity! But one thing we should not have is, and to stand up firmly against, is to be dominated by Taliban/Al-Qaeda homogenous way of thinking and life, which seemed to be increasingly influencing unhealthily these pathetic PAS youths!" Noor Aza Othman, Women for Justice Support Group project.


Ya Tuhan
bangangnya perempuan ni.Tudung tak wajib?
Siapa kenal dia ni?Tolong ajar dia hukum aurat sikit?

Kak,saye tau akak ni pandai sbb aktif dalam forum2,tapi bila lu dah panggil PAS=Taliban dan lu cakap tudung tak wajib,aku rasa baik lu fikir balik lu agama apa.Mungkin dia bukan Islam kot tapi aku assume nama dia Noor Aza Othman,Melayu Islam la tu.

Aku benci betul orang Islam/Melayu moden camni.Bodoh!

Oh,gambar tu bukan gambar dia.Kalau tu gambar dia,aku sendiri volunteer nak pegi jumpa dia.

Jun 14, 2008

The Power of Complaining


Malaysia sangat terkenal dengan adab sopan santun dan tatasusila nya.Kita di ajar dari kecik untuk menghormati orang tua,membantu orang buta melintas jalan dan memberi kucing liar makan.Adakah ada kemungkinan,akibat daripada budaya sopan tersebut menjadikan kita,rakyat Malaysia,Melayu terutamanya lebih senang mengambil sikap "Tak Apalah" dalam segala hal dan bidang?

Bayangkan,banyak benda dan hal yang kita sebenarnya ramai kurang berpuas hati tapi tak banyak pun kedengaran rungutan2 dari pihak kita,orang Melayu."Takpelah,mungkin nanti ok la tu,biarlah,ok lah tu,jadi lah tu,"ayat-ayat biasa yang kita dengari dari mulut orang Melayu.

Aku nak bercerita mengenai satu lawsuit yang terjadi di USA.

Mungkin ramai yang pernah dengar pasal konsol game Microsoft X-Box 360.Sistem konsol tu menyediakan satu sistem online servis yang dipanggil X-Box Live dan sistem ini adalah berbayar.Bayaran nya murah je 50 dollar setahun,jadi kalau sebulan baru 4.20 dollar.

Krismas lepas,sistem online tu tergendala selama hampir seminggu jadi adalah 3 orang ni yang hangin sebab dah gian sangat nak main game tapi tak dapat.Apa yang diorang buat?3 orang ni upah lawyer dan saman Microsoft sebanyak 5 juta dollar.Bayangkan untuk 4.20 dollar sebulan yang nilai dia sangat kecil tu,diorang berani saman MICROSOFT,bukan kompeni cap ayam tu.

Jadi,kalau kita,adakah kita berani buat macam tu?Dengan perkhidmatan internet sebulan yang berbayar RM66 minimum sebulan dan biasanya servis hanya laju pada waktu subuh,kita still diam.Dengan perkhidmatan Astro yang berharga RM35 minimum sebulan dan dari berapa belas channel tu,2 channel dikhaskan untuk mangkuk2 ayun Akademi Fantasia,kenapa kita still diam?

Dan pasal kerajaan ni,kenapa ada lagi yang masih menyokong Pork Lah?Aku ada member yang merungut sebab minyak kereta dia naik mendadak.Tapi dia still percaya kerajaan kita bagus dan Anwar Ibrahim agen USA.Hehehe,gelak je lah aku dengar,kalau betul,biarlah dia agen USA asalkan niat dia nak bantu rakyat.Lagi baik Agen USA daripada Khairy Jamaluddin.

Bukak mata bukak telinga.Mungkin ada lagi sesetengah golongan yang pekak dan bisu,diperbodohkan oleh Utusan Meloya dan Berita Hairan.Kita dah mula belajar complain.Orang2 Bukit Mahkota dapat jalan toll free sebab diorang complain.

Jadi,5 hb Julai,kita complain lagi.
Sampai kita puas hati.

Further Reading:
Microsoft Being Sued After Service Failure
The Consumerist

Jun 13, 2008

Saya Gatal Ni Bang!



Aku rase pempuan2 melayu yang dah jadi pelakon blue tu camni la kot ayat2 diorang menggatal.

Jun 12, 2008

Sistem Pengangkutan Awam Selaju Cipan

Masa aku balik kerja hari ni,sambil bawak motor memikirkan masalah kewangan aku (hari ni aku isi minyak 2 kali,hehehe..gile ah motor pun kuat minyak skrg),aku terdapat satu petunjuk.

Pernah tak anda terfikir kenapa sistem pengangkutan awam kita macam sampah?

Cuba bayangkan,negara kita ni takde la sebesar mana dan tak semaju mana pun.Tapi,sistem pengangkutan awam kita adalah satu sistem yang boleh dikatakan cukup moden dari segi teknologi tapi sangat lemah dari segi aplikasi.

Sepatutnya,sistem pengangkutan awam kita boleh jadi lagi baik dari sekarang sebab:

1)Kita tahu negara kita banyak duit
2)Risiko untuk membina satu sistem pengangkutan awam TERBAIKKK adalah sangat rendah kerana kita diluar lingkungan lingkaran gunung berapi dan gempa bumi.
3)Kita tahu dan sedar pengangkutan awam sangat penting
4)Pengangkutan awam yang TERBAIKK meminimakan penggunaan kereta dan petrol
5)Kadar pelepasan gas CO2 ke udara pun dapat dikurangkan

Dalam 5 sebab yang aku bagi tu,hanya ada satu sebab je yang aku rasa kenapa pengangkutan awam kita macam HARAM-"4)Pengangkutan awam yang TERBAIKK meminimakan penggunaan kereta dan petrol"

Kita sebuah negara membangun dan kita adalah sebuah negara pengeluar kereta.Nampak tak kaitan dia tu?Bila kita meminimumkan penggunaan kereta,ini akan membuatkan penjualan kereta di negara kita akan berkurangan.

Siapa yang rugi kalau rakyat Malaysia tak nak beli kereta?
Banyak pihak bukan?

Jadi,adakah dengan sengaja,kerajaan Malaysia menjadikan sistem pengangkutan awam di negara ini SANGAT TIDAK EFISIEN untuk memastikan rakyat lebih suka membeli sebuah kereta?Bila majoriti rakyat ingin membeli kereta,kereta mana mereka mampu miliki?

Aku rasa ramai yang berfikir "daripada aku tunggu dan naik 4 bijik bas,keluar awal2 pagi dan kena bau ketiak orang ramai,lagi baik aku naik kereta."Mak bapak pun risau anak perempuan nak jalan-jalan naik bas,belilah kereta sebijik hutang 9 tahun.Jadi dibelilah Proton sebijik ,sebab itu je yang majoriti rakyat Malaysia mampu.

Nak tolong negara la kononya.Padahal,choice kita sangat limited.



Fungsi Kerajaan Malaysia - Orang Tengah


Bila kita fikir-fikir balik,sebuah kerajaan adalah dilantik OLEH RAKYAT,kan?Jadi,apa tugas kerajaan sebenarnya?

Kita boleh nampak jelas fungsi kerajaan kat negara-negara lain di mana kerajaan adalah satu badan yang ditubuhkan untuk mentadbir negara atas mandat rakyat (kalau ikut sistem demokrasi la).Untuk mentadbir sesebuah negara,aku rasa benda yang paling patut diutamakan dan dijaga sepenuhnya adalah rakyat itu sendiri.Contohnya macam dekat UK,rakyat2 yang tidak bekerja (atas alasan yang kukuh) akan mendapat elaun sebanyak 150 pound seminggu untuk dijadikan kos sara hidup.Fungsi kerajaan juga adalah memastikan sesuatu sistem dalam komuniti rakyat itu berjalan lancar tak kiralah dalam semua bentuk,pengangkutan,makanan,hasil bumi dan sebagainya.

Jadi,kalau kita tengok balik,apa sebenarnya yang kerajaan kita buat?

Kerajaan Malaysia lebih banyak menggunakan kaedah konsesi kepada syarikat-syarikat swasta selaras dengan matlamat penswastaan kerajaan satu masa dulu.Dari situ kita nampak tertubuhnya syarikat-syarikat pengurus lebuhraya yang berlambak-lambak sebagai contoh.Apakah tugas kerajaan sebenarnya dalam hal tersebut?Kalau fungsi kerajaan hanyalah sebagai perunding antara rakyat dan syarikat2 konsesi2 tersebut,aku rasa tak perlulah ada kerajaan.

Begitu juga halnya dengan syarikat2 swasta yang menyelia projek2 pembekalan air ke negeri2.Aku tak nampak apa perlunya kerajaan dalam hal tersebut selain daripada menjadi orang tengah rundingan dan biasanya yang lebih untung bukannya kerajaan tetapi syarikat2 yang mendapat tender tersebut.

Jadi,matlamat asal sebuah kerajaan ditubuhkan ialah apa?Sebagai wakil kepada rakyat bukan?
Di mana letaknya suara Pihak Rakyat dalam rundingan2 tersbut?

Apa gunanya ada kerajaan jika apa yang kerajaan Malaysia tahu buat hanyalah melepaskan tanggungjawab dalam isu harga minyak?Bukankah isu harga minyak ni dah bising berapa tahun dah?Apa yang kerajaan buat untuk menangani hal tu?Kalau setakat meeting bila dah benda tu jadi teruk,aku rasa budak2 tak sekolah pun boleh buat.Buat meeting dan ambik keputusan,"Takpelah,kita naikkan je lah harga minyak.Nak buat macam mane lagi kan?"Aku rase macam tulah kot hasil meeting tu.

Jadi,kenapa nak gelar diri sendiri wakil rakyat kalau sebenarnya masa buat decision tak mintak pendapat dari pihak rakyat?Sorilah kerajaan,wakil2 rakyat ni takleh la nak diterima sebagai suara rakyat.Turun ke bawah ni woi menteri2,tanya rakyat sendiri face to face.

Jangan panggil diri anda wakil rakyat kalau anda tak usaha langsung nak protect rakyat.

Jun 10, 2008

Lawatan Sambil Belajar ke Aquaria KLCC

Aquaria adalah satu projek yang sangat-sangat menarik.Bagaimana mereka mampu membuat kita berasa seperti dalam laut.Tapi expectation yang terlalu tinggi membuatkan aku berasa down selepas melawat Aquaria tempohari.




Sama seperti terlalu mengharapkan sebuah cerita/movie yang akan ditonton terlalu best,aku ke Aquaria hari Ahad hari tu dengan harapan yang sangat besar.

Sampai dipintu masuk Aquaria,aku tengok bayaran dia Rm28 untuk pemegang MyKad.Rm38 untuk pelancong.Tengok duit dalam wallet ade RM40,cukup la tu.Aku pun beli tiket masuk untuk menerokai alam akuatik yang sangat misteri.Eh,ini macam tepi pantai biasa je,fikir aku pada display pertama yang kelihatan dalam balang kaca.Kemudian ada lah satu ikan sama rupa macam ikan sembilang tapi lagi besar.Aku rasa ikan sembilang pun boleh jadi lagi besar dari tu.


Aku teruskan perjalanan aku.Ada Ikan Piranha Perut Merah.Nampak cam baik je ikan-ikan tu.Aku datang situ sebab nak tengok mcm mane ikan piranha attack orang.Mungkin pihak aquaria boleh mengubah display ikan piranha itu.Buat undian setiap minggu,menteri kerajaan mana yang layak dijadikan lauk ikan-ikan tersebut dan kenakan bayaran kepada untuk melihat menteri-menteri tersebut dilahap.Aku sanggup bayar RM50 kalau macam tu dia nye display.



Tepi ikan piranha ada penyu.Penyu ni kaler putih,memang pelik.Boleh tengok macam mane rupe dia dalam cerita Finding Nemo,sebijik.Baik je penyu tu berenang-renang,siap posing keluarkan kepala dari dalam air.Aku nak try pegang kepala dia tapi sebab ada minah tengah jaga display tu,aku membatalkan niat aku.

Bila kita teruskan lagi selepas tu,mulalah Aquaria ni merepek.Nama Aquaria.Tapi apa yang ditonjolkan selepas tu hanyalah Kala Jengking,Labah-labah,ular dan seekor kura-kura yang pelik rupa dia.Mcama rupa naga dalam game Final Fantasy.Iguana yang selalu orang bela pun ada.


Kemudian bila sampai dekat tangga turun ke level berikutnya,anda akan nampak satu balang kaca yang sangat besar menempatkan ikan2 yang takde la special sangat.Aku sabar lagi,fikir sebab RM28 punya pasal.Ada la gerai2 yang menawarkan khidmat melukis karikatur dengan harga RM30 (tak silap aku).Aquaria - Karikatur : Macam tak masuk lak.Dekat tempat lain RM15 je.Kalau nak murah lagi gi kat Kompleks PKNS Bangi carik satu kedai jual lukisan.Member aku nye kedai.

Takpe,sabar-sabar.Mungkin banyak lagi benda ni,menyedapkan hati aku sendiri.Aku terus dan sampai la dekat tunnel underwater.Hah,ni baru menarik fikir aku.Sebab gelap punya pasal dan agak culture shock sbb ada jerung betul2 atas kepala aku dengan jarak beberapa sentimeter je,aku tak perasan ada jalan automatik dalam tunnel tu.Hampir-hampir aku tergolek kat situ dan ada 2 orang awek gelakkan aku.Kontrol lagi lepas tu,takde hal.

Bila masuk tunnel tu barulah aku rasa aku dalam Aquaria.Memang menakjubkan tengok jerung,ikan pari,ikan-ikan lain semua berenang.Pernah tak korang nampak ada satu ikan yang dikatakan rupa manusia?Tulah ikan pari dari pandangan bawah.Memang geli beb tengok ikan pari nye insang.Jerung,huuhuuu..memang seram tengok dia.Dekat je,betul2 depan mata dia berenang-renang.


Dalam tunnel tu ada beberapa ekor ikan jerung dan yang paling besar aku rasa 10 meter.Mengikut kata announcer tu,saiz dia kita nampak 30% lagi kecil dari saiz sebenar.Jadi sebenarnya ikan2 kat dalam tu lagi besar dari pandangan mata.Melihat sendiri gigi ikan jerung depan memang membuat sesiapa seram sejuk.Gigi dia ada berapa lapis tah,aku tak sempat nak kira.



Jadi lepas mencuba sebaik mungkin mendapatkan gambar gigi ikan jerung,aku pun ikut lah jalan dia.Aku try ketuk2 gelas dia mane lah tau diorang pakai kaca murah (biasalah Malaysia,nak save kan budget maksimakan keuntungan) dan nasib baik glass dia memang tebal.





Selepas melalui tunnel underwater sepanjang 400 m camtu,bila keluar,aku terasa seperti "Eh?Itu aje ke?"Pada pandangan aku,cas kemasukan tu terlalu tinggi.RM28 tu banyak tu.Apa salahnya diorang turunkan ke RM15 sebab aku rasa kalau RM15 berbaloi.Nak tarik orang ramai masuk situ dengan price macam tu aku rasa ramai yang tak berkemampuan.



Kalau datang satu keluarga mak,bapak dan dua anak (budak-budak RM18) total belanja untuk tengok Aquaria ni dah jadi RM92.00.Aku rasa takde salahnya kalau caj masuk dikurangkan untuk tarik golongan2 yang kurang mampu melawat.Daripada kehilangan pelawat lagi baik murahkan caj dan benarkan lagi ramai orang datang.



Jadi,pada aku RM28 tu tak berbaloi sebab tak banyak benda sangat nak ditonjolkan.Mungkin adanya kedai-kedai karikatur tu adalah satu percubaan untuk mengaut balik jumlah kos yang hilang tapi bila Aquaria dah mengenakan caj-caj yang hanya sesetengah golongan mampu masuk,itu hanya akan menolak lebih ramai orang daripada berkunjung.

Memang best tengok tunnel tu,satu pengalaman yang aneh pada aku.


Harap maaf kualiti gambar kurang memuaskan.Pihak Aquaria tak bagi pakai flash.Nanti penyu marah.

Jun 09, 2008

Cakap Itu Doa


Memang susah nak jadi pemimpin ni.Kalau buat apa yang rakyat tak suka,rakyat maki.

Pak Lah bodoh.
Fuck Lah.
Pak Lah Kaki tidur!

Orang tua2 cakap kalau kita sebut benda sampai 40 kali,benda tu jadi betul.Kalau seorang rakyat Malaysia cakap "Pak Lah Bangang" 3 kali sehari,dah berapa juta bilion kali dah benda tu dah jadi doa.

Ambik!Doa kita dah dimakbulkan.
Pak Lah memang dah takde akal langsung dah.78 sen.

Dari Seorang Rakyat Biasa Yang Tak Ada Kuasa

Apa yang kerajaan boleh buat (cadangan untuk kerajaan baru nanti)

1) Mansuhkan cukai kereta/motorsikal

Proton boleh berdiri sendiri dah.Aku rasa alasan nak protect Proton tu dah tak boleh dipakai lagi selain daripada saja2 nak cekik duit rakyat lagi.Jadi kenapa cukai jualan kereta import tak jugak dikurangkan?Kalau kita kira harga kereta import,memang jauh lagi mahal berbanding negara jiran kita tapi minyak diorang lagi mahal.Tapi kalau kereta tu punya cukai dah jadi dalam 30 ribu total harga kereta,aku rasa lagi ramai yang suka minyak ikut harga pasaran dunia.Long term nya penggunaan minyak aku rasa nak sampai jumlah 30 ribu tu,kereta tu sudah uzur dan lapuk.

Masalahnya,harga2 kereta yang sudah dibeli sekarang ni akan menjunam teruk.Paling tak puas hati nanti adalah orang2 yang dah beli kereta dan sedang membayar hutang bulanan kereta tu sebab hutang tu pasti takkan dikurangkan ikut harga baru kereta tu.Penjual kereta terpakai pun akan mengamuk jugak la.Tapi,kalau kita tak buat macam tu,sampai bila cukai tu nak diteruskan jugak.
Sakit memang sakit tapi untuk long term faedah dia lagi banyak.Cukai jualan nak jugak,minyak pun nak jugak.Lebih la camtu kan?Pasal motor,aku malas nak cerita.Sakit hati.

2) Mansuhkan/Kurangkan Plaza Tol/Harga Tol

Tol-tol seperti Lebuhraya Utara Selatan sudah terlalu lama diberikan kepada syarikat-syarikat konsesi ni dan kita sudah sedia maklum,perjanjian dengan PLUS tu pun sudah disambung lagi.Kenapa?Kerajaan tak mampu ke nak menanggung sendiri maintenance lebuh raya tersebut?Jadi,ke mana perginya duit2 cukai jalan yang dibayar oleh rakyat?Jalan dari rumah aku ke arah Balakong tu berlubang je lagi,makin banyak lubang ada la.Ada satu lubang tu kalau motor lalu konfem jatuh depan Econsave Cheras Selatan

3) Hentikan Projek-Projek Mengarut

Projek2 karut seperti Koridor-Koridor Busuk dan Hancing yang dirancangkan oleh Pak Lah ni adalah salah satu bentuk penjajahan secara tak sedar.Bila nak buat projek2 macam tu,tanah2 orang kampung akan diambil.Jadi pampasan akan dibayar kepada orang2 kampung ni.Biasanya pampasan yang dibayar harganya adalah jauh lebih murah berbanding nilai sebenar.Juru ukur nilai tu pun orang kerajaan,takkan la dia nak nilaikan harga tinggi kan?

Bila Koridor2 Jijik tu dah siap,siapa yang mampu beli rumah kat situ?Sudah tentu bukan orang yang tanahnya diambil sebelum tu.

4) Tingkatkan taraf pengangkutan awam

Kalau senang,memang aku naik public transport.Tapi aku tak nak bangun pukul 6 pagi dan bertukar 4-5 bas semata-mata nak pergi kerja.Tengok pengangkutan awam kat Singapura.Modelkan pengangkutan awam kita ikut London.

Dekat London,semua pengangkutan awam (tube,train,bas) dikawal oleh satu badan yakni Kerajaan.Jadi dari situ senang nak plan macam mana nak hubungkan ketiga-tiga rangkaian tu sekali.Kita?Tah ada berapa jnis bas tah.LRT pun ada dua kompeni.Kalau aku naik Tube hari tu dari tempat tinggal aku ke Heathrow Aiport baru 3.50 pound.Sini?KLIA ke Putrajaya pun dah 6 ringgit.

Selaraskan semua.Wujudkan satu badan awam yang akan jaga public transpot kat Malaysia.
Last sekali,pecat semua driver ngan konduktor bas bukan Malaysia.Wujudkan peluang kerja kat orang Malaysia.Beli bas elok sikit,bas double decker ke.Selesa la sikit.

5) Pentingkan rakyat dulu baru orang asing

Program "Malaysia My Second Home And Locals Can Go to Hell" dan "Wilayah Pembangunan Iskandar Yang Busuk" seolah-olah menganak tirikan rakyat sendiri.Terlalu banyak faedah yang diberikan kepada orang luar untuk datang ke sini tapi untuk rakyat,takde ape.

Aku jalan2 Suria KLCC hari ni,nampak ada signboard "Tourist Discount Card."Diskaun special untuk pelancong.Dah lah nilai duit diorang lagi mahal dari kita,siap dapat diskaun lagi tu.Aku nak gak beli barang kat Suria KLCC dan setakat ni apa yang aku mampu hanyalah majalah2 dan buku.

6) Local Open Market

Persaingan antara peniaga-peniaga adalah kunci kepada penurunan harga.Jadi jangan wujudkan budaya2 monopoli lagi.Contohnya macam Astro dan TM Net.Aku percaya dengan wujudnya competitor yang tidak dirantai oleh kerajaan,persaingan provider2 ni akan menguntungkan rakyat.

Astro adalah satu bentuk monopoli yang sangat ketara.TM Net pula adalah satu bentuk penipuan yang paling jelas sekali.Pakej 2mb tapi tak pernah lebih 500kb pun,itupun kadang2 je dapat speed tu.
Siapa kompetitor TM Net?Tah lah aku pun tak sure.Maxis ke,Digi ke,itupun lebih tertumpu ke Wireless broadband.Kenapa syarikat lain takleh nak buat home line broadband?

Sebabnya,home line kat kebanyakan area hanya ada satu je kompeni pegang.

7) Bandingkan negara kita dengan negara maju

Aku paling tak faham kenapa bila kita nak bandingkan diri kita,mesti nak banding dengan negara2 setaraf kita.Habis tu,sampai bila kita nak maju?Ada orang kutuk aku sebab bandingkan Kuala Lumpur dengan London.Dia suruh aku bandingkan Kuala Lumpur dengan Jakarta.Tapi London ade ke ex-bangunan tertinggi di dunia

Salah ke kalau kita bandingkan negara kita dengan negara2 maju?Bukan ke kita nak jadi negara maju?Kalau benchmark kita selalunya negara2 setaraf kita je,apa yang kita cuba capai sebenarnya?

(Gambar Sekadar Hiasan - Insya Allah bawah pimpinan Imam Besar,signboard2 tu akan makin banyak kat Malaysia)




Pak Lah Yang Blur

TNB dah start nak naikkan kadar elektrik jugak.Barang-barang keperluan pun pasti akan naik,barang2 makanan pun pasti naik harga.Aku rasa kedai makan dekat rumah aku baru je naikkan semua harga makanan dia awal tahun hari tu 50 sen,Insya Allah akan naik lagi seminggu dua lagi.Tempat aku minum kat terminal bas Cyberjaya pun baru je naikkan harga air 20 sen ke 50 sen awal tahun aritu,siap ada notis lagi informkan pelanggan dia.

Minyak naik 78 sen.Sesuatu yang sangat mengejutkan semua orang sebab takde angin,takde ribut,tiba2 Imam Besar Islam Hadhari announce kenaikan.Lepas pilihanraya,dia announce tak jadi nak naikkan harga sebab nak tolong rakyat.Seminggu sebelum minyak naik harga,dia announce subsisi minyak akan dikaji semula dan mungkin naik bulan 8.Siap announce langkah2 nak halang warga asing beli minyak kat sini lagi.

Bukan senang nak jadi pemimpin.Tapi kalau rasa diri tu tak boleh nak memimpin,jangan jadi Perdana Menteri.Ramai orang yang berfikiran macam Imam Besar ni,asal ada peluang dia sapu je.

Hai Imam Besar,
Aku nak tau sangat berapa elaun menteri2 dan pegawai2 kerajaan tu.Kalau elaun diorang 10 ribu sebulan,seratus orang dah RM1,000,000.Kalikan dengan 12 bulan ,dia dah spend 12 juta hanya untuk elaun menteri2 tu.Minyak confirm tak bayar sendiri,tol konfem tak bayar.Jalan pun nak ada orang escort.Pegi jalan jauh sikit mesti nak naik flight.

Bukannya diorang keluar duit sendiri pun semua tu.Pernah ke sesape nampak Imam Besar pump minyak kat Petronas Putrajaya?

Sudah-sudah lah tu.Tak pandai buat cara tak pandai.Rakyat bukan nak dah kau jadi pemimpin.
Pandai-pandai lah step down.Dalam kubur nanti bila malaikat tanya kau agama apa jawablah "Islam Hadhari."

Jun 07, 2008

Pak Lah Lemah!


Gambar sekadar hiasan.Cuba bayangkan Jeanne Abdullah atau Datin Rosmah pakai mcm tu...perghhh!

Aku tak berapa ada mood sebab minyak naik.Aku isi minyak hari tu Rm10,biasanya selamat jalan 2 hari,sekarang aku boleh jalan pegi dan balik sekali lepas tu pegi sekali,balik kena isi lagi.Masa aku isi minyak dekat stesyen minyak tu,depan aku ade brader melayu tua isi minyak motor EX5 dia.Dia isi
Rm3.00.Tengok dapat la dalam 1.1 liter lebih.Dulu masa aku pakai EX5,isi minyak sekali RM4.50,dah full tank.Sekarang RM3 pun baru 1/4 tank.

Bodoh kan kerajaan Pak Lah ni?

Ni lah orang Melayu yang stereotaip,tanak buat kerja tapi nak hidup senang.Masalahnya penyokong dia ada jugak,still masih ada lagi orang yang nak menyokong dia.Bodoh...ramai sangat pemimpin Malaysia ni yang bodoh2 ada master ada Phd pun sebenarnya otak penuh sampah.

Sejahat2 Mahathir pun,aku rasa kita semua setuju,Mahathir seorang pemimpin.Walaupun dia dah ke arah2 diktatorship tapi dulu aku rasa Malaysia tenang je.Lupakan pasal kes Anwar tu sebentar dan fikir pasal sumbangan Tun Mahathir Mohammad dekat kita.

Apa yang kita boleh buat?

Ambik pengajaran daripada penduduk Bukit Mahkota Cheras.Kalau kita tak suka,kita lawan.Berdarah pun berdarah lah.Kena hentak ngan helmet ke kayu ke takpe lah.Sebab itu lah caranya kita nak menang.Aku mintak kalau ada siapa2 yang terjumpa Pak Lah face to face,ludah je muka dia.Ludah si Khairy tu sekali.Kalau Pak Lh rajin gi solat Jumaat dekat Masjid Putrajaya,lepas habis semayang tu curik je kasut dia.Biar dia jalan kaki ayam.

Carik satu limosin Mercedes 3 pintu kaler hitam plet dia takde nombor tapi letak lambang kerajaan Malaysia.Perah limau kat ekzos kereta dia biar karat.Tiap2 orang yang lalu ludah je keparat tu.Kalau kita tak selamatkan diri kita,kita nak harap kat siapa lagi?Demokrasi?Undian?SPR?RASHIT?Bodoh betul.Menyampah tengok muka Pak Lah ni.Aku rasa macam nak pijak2 sampai rata buat karpet.Umum kenaikan harga minyak sambil TERSENYUM.Pemimpin mana yang hepi nak announce benda2 camtu?...PEMIMPIN TAMAK DAN SENGAL

Kita bangun dan kita lawan.Kalau kena spray gas lagi takpe.12 Julai 2008 prepare.Bawak garam sepaket kalau kena gas.Bawak air sebotol.Kita lawan sampai kita menang.Sampai kita tak menderita.
Sampai Pak Lah lari ke Australia.

Aku tulis ni penuh emosi marah.Jadi sori la kalau kasar.Kalau aku kena tangkap sebab hasut orang ramai,takpe la.Dalam penjara takyah pakai minyak,semua jalan kaki.Save banyak tu.Mungkin nanti kerajaan akan announce yang sebenarnya kasut2 yang kita beli ni pun kena subsidi sebenarnya dan subsisi akan dikurangkan.