Kecik-kecik mak bapak ajar tak nak dengar,besar2 jadi samseng.Ni lah Melayu bodoh,main kutuk2 racist lagi.Hulur duit sikit suruh buat apa pun buat aje.Mungkin kalau upah diorang RM2 makan tahi pun diorang buat.Gambar diambil dari Sg.Long's Album
Mei 30, 2008
(CursingMalay Special) : Rakyat vs Grand Saga Part 5 - Wajah-Wajah Pejuang
Mei 29, 2008
(CursingMalay Special) : Rakyat vs Grand Saga Part 4 - Kenapa?
Okeh,sila rujuk map tu.
Jalan yang ditutup tu sebenarnya berfungsi dengan sempurna.Tidak ada cacat celanya,siap traffic light pun berfungsi lagi.Mungkin untuk kegunaan anjing dan kucing nak melintas jalan.
Jadi katakanlah anda seorang penduduk Bukit Mahkota,Cheras.
1) Jika Anda ingin ke KL -
Anda mesti melalui jalan dalam sejauh 6km untuk keluar diexit sebelum tol (tak silap aku Persimpangan Telekom,kalau salah tolong betulkan) kemudian membuat satu ke arah kanan dan masuk kembali ke highway Grand Saga,cantik2 sebelum tol.Bayaran 90 sen.
2) Jika anda dari KL -
Anda mesti terus melepasi tempat hadangan itu,masuk ke exit selepas itu walaupun sebenarnya rumah anda dah terlepas jauh.Membayar bayaran tol sebanyak 90 sen dan kemudian bergerak kembali seolah2 membuat satu pusingan U-Turn yang sangat besar untuk kembali ke rumah anda.
3) Jika anda dari Bandar Tun Husssein Onn/Cheras Perdana
Anda akan masuk ke simpang 4 bwh flyover tapi akibat daripada hadangan tersebut,anda mesti membelok ke kanan lalu masuk ke highway dan membayar tol sebanyak 90 sen.Kemudian anda mesti terus dan ambik exit ke kiri dan berpusing lagi sejauh 6km untuk ke satu tempat yang sebenarnya sudah pun berada di depan mata anda sebentar tadi.
Jadi persoalannya di sini,apa rasionalnya nak tutup jalan tu?Memang dah terang2 menyusahkan orang ramai dan nampak sangat nak memenuhkan poket sesetengah pihak aje.Yang rugi,orang yang bayar tol dan orang yang beli minyak.
(CursingMalay Special) : Rakyat vs Grand Saga Part 3 - Cerita Saksi 2
CERITA 2 - Wartawan Suratkhabar
Kebetulan masa aku ke sana ada sekumpulan wartawan tengah tukar2 note lepas interview (nanti aku cerita).Aku tanya la reporter tu sket2 lepas tu aku tanya "semalam apa jadi sebenarnya?"
"Tah la bang.Saya pun nasib baik je ade lagi masa tu.Tiba-tiba je ada satu group datang belasah semua orang yang ada kat sini.Habis seorang photographer tu kena belasah lepas tu diambiknya kamera dia bagi pecah."
"Teruk ke semalam tu?"tanya aku lagi.
"Ak aah,memang teruk.Memang takde punca.Datang dan terus pukul"jawab dia."Tapi jangan risau bang,gambar apa jadi semalam semua kita ada,"bagitau dia.
Aku senyum,dia pun senyum (gaya gay2 sket) lepas tu aku cakap terima kasih dan gi balik dekat penghadang jalan tu.
(CursingMalay Special) : Rakyat vs Grand Saga Part 2 - Cerita Saksi 01
CERITA 1 - BRADER BAJU BIRU
"Aku pun tak tau semalam,aku lepak la kat sini,ramai gak la masa tu tengah ketuk simen tu nak bagi pecah.Tengah ramai2 kumpul2 tu tetiba datang la satu geng seramai 20 orang."
Aku tanya balik "Melayu ke bang?"
"Ak aah,melayu semua.Diorang bawak helmet,bawak kayu.Tak kenal pun siapa,memang tak pernah tengok pun.Semua badan besar2,takut gak aku tengok."
Sambung brader tu,"Tak cakap apa2 terus diorang ramai2 hayun kayu,hayun helmet hentak orang2 kat situ.Aku kesian tengok ada sorang pakcik tua Cina kena hentak kat kepala."
"Itu je ke diorang buat?"tanya aku lagi.
"Dah lah pukul orang suka hati,lepas tu diorang mulalah kutuk2 orang Cina kat situ,nak bagi diorang geram."
"Masalahnya sekarang ni,siapa diorang tu siapa?Sape yang upah diorang tu.?"kata brader tu lagi.
"Yang aku paling sakit hati,polis ada kat sini semalam.Tapi diorang biarkan aje."
Aku terdiam.
(CursingMalay Special) : Rakyat vs Grand Saga Part 1 - Intro
Dalam sebuah negara di mana rakyatnya ditindas (tanpa mereka sedari) dan majoriti nya lebih suka menurut perintah saja walaupun mereka menyedari salah atau betul perintah itu,sesuatu yang bakal mengingatkan kita perjuangan orang-orang dahulu menuntut kemerdekaan sedang berlaku di Bukit Mahkota,Cheras.
Ini adalah satu perjuangan sekumpulan penduduk menentang penjajahan sebuah syarikat yang bersifat raksasa yang inginkan keuntungan tanpa mengira kebajikan rakyat.
Aku ke situ hari ini untuk melihat sendiri keadaan sebenar situasi sebenar kerana semalam ada beberapa berita yang kurang enak didengari lagipun media massa banyak memutar belitkan apa yang terjadi di situ.Jadi ,aku akan try menceritakan kembali apa yang berlaku semalam dan hari ini (Rabu 28 Mei 2008)
Mei 28, 2008
Islam Hadhari dan Islam Ordinary
Bila terbaca pasal Kerajaan Selangor nak haramkan apa2 event yang ada kaitan mengenai Islam Hadhari,aku sedikit bersetuju pasal hal itu.
Mula-mula sekali,kita tengok dulu 10 prinsip Islam Hadhari:
Islam Hadhari aims to achieve ten main principles:
Faith and piety in Allah
A just and trustworthy government
A free and independent People
Mastery of knowledge
Balanced and comprehensive economic development
A good quality of life
Protection of the rights of minority groups and women
Cultural and moral integrity
Safeguarding the environment
Strong defenses
Jadi bila anda baca 10 prinsip Islam Hadhari tersbut,mungkin anda sendiri terfikir "Mana bezanya dengan prinsip Islam Ordinary?" Maksud aku Islam Ordinary itu ialah ajaran Islam yang kita pakai sebelum Islam Hadhari diperkenalkan.Tengok prinsip nombor 3.
Bebas dan merdeka?Jadi kenapa masih ada rakyat yang kena tindakan ISA?Apakah hak kerajaan Islam Hadhari untuk menangkap sesorang itu tanpa dibicarakan?
Kerajaan Pak Lah memang pandai mengeluarkan prinsip2 baru untuk mengambil hati rakyat tapi sayangnya mereka sendiri tak mengamalkannya.Sekarang pulak masalah lain dah timbul,kita sebagai rakyat nak pulak kena pilih nak ikut bawah Islam Hadhari atau Islam Ordinary.
Pada pandangan aku,Islam Hadhari ni hanyalah satu cubaan Pak Lah untuk menciptakan satu trademark yang akan diingati oleh masyarakat Malaysia akan datang.Sekarang ni,Islam Hadhari dah mengakibatkan wujudnya confusion kepada masyarakat Islam negara kita.
Bukan confusion sebab kita tak tahu mana satu Islam yang betul tapi sebab masyarakat telah confuse siapakah Pak Lah sebenarnya?Adakah dia hanyalah seorang Perdana Menteri,anak kelahiran Kepala Batas atau dia adalah seorang yang istimewa dan telah mendapat wahyu,membolehkan dia mencipta lagi satu label kepada Islam yang telah sekian lama wujud.
Aku paling confuse kenapa ada seorang Perdana Menteri yang boleh dikatakan ada akal,seorang Islam tapi pandai2 mencipta lagi satu genre kepada Islam yang boleh dikatakan tidak ada langsung bezanya dengan Islam biasa.Mungkin wahyu2 tersebut diperolehi semasa beliau sedang tidur sewaktu mesyuarat kabinet.
Jadi apa perlunya label "Islam Hadhari" tersebut,melainkan untuk menaikkan dan mengingatkan masyarakat nama pengasasnya?

Mei 27, 2008
Ada Nude Beach Ke Dekat Pulau Batu Putih?
Tergelak aku bila membaca kenyataan Pak Lah yang mengharapkan agar rakyat Malaysia menerima keputusan yang Pulau Batu Putih bukan lagi milik Malaysia.
Kelakar sebab Pulau sekangkang Khairy tu pun nak dijadikan sesuatu isu nak pupuk semangat patriotik.Apa faedahnya kalau aku dapat menerima yang Pulau Batu Putih tu dah jadi milik Singapore?Sama je.Nenek aku sekarang tengah pindah jugak sebab kerajaan ambik tanah dia nak buat Highway EMPAT LANE!
Kalau kita refer balik buku teks sejarah,memang dari dulu lagi pemimpin2 kita ni berkebolehan menjual tanah negara kita kepada orang lain atas dasar peribadi.Contohnya Sultan Kedah yang "menjual" Pulau Pinang kepada British.Tak mustahil jugak Pulau Batu Putih tu pun sebenarnya telah "di let go" oleh kerajaan kita.
Yang paling aku kelakar sekali,kerajaan boleh salahkan rakyat sebab kita tak bersuara.
Nak ke rakyat kita keluarkan suara pasal sebuah Pulau?Buat apa?Apa kepentingannya kepada rakyat?
Bila bab pulau diambik negara lain nak pulak suruh rakyat bersuara.Tapi bila rakyat bising pasal isu gaji minimum tak nak dengar.Bila kita bising pasal harga barang melambung,diorang buat pekak je.Berapa lama dah orang bising pasal Wilayah Pembangunan Iskandar,tapi ada ke diorang ambik peduli?Rakyat bising2 dalam blog nak pulak tangkap dan humban masuk dalam jel.
Nak ambik hati rakyat pakai isu pulau sebesar separuh padang bola.Takde isu lain ke?Yang tanah dekat Johor yang nak dijual ke orang asing tu apa cerita?
Mei 25, 2008
Pekan Sungai Besi :Satu Enigma Kuala Lumpur
Aku tak pernah pun ke pekan Sungai Besi walaupun dah lama aku duduk KL.Tahun lepas,aku ke sana untuk first time ikut member aku,dia nak balik Bandar Tasik Selatan jadi dia masuk la ikut situ.
Bila masuk Pekan Sungai Besi,aku jadi terkejut sebab pekan tu memang pelik.Nampak tak diusik langsung oleh pembangunan,nampak seperti pekan ni masih lagi hidup dalam tahun 80 an.
Jadi minggu lepas aku pun pergi la ke situ mengharapkan agar dapatlah aku try Nasi Ayam OK yang member aku cakap sangat famous dan sedap.Sampai aje kat kedai nak duduk je brader tu terus bagitau,"Dik,nasi dah habis la.Ni pun cukup-cukup nak buat 3 hidang je lagi.Diorang dah order dah,siap fon lagi booking!"
Arghh,frust dan pelik aku jadinya.
Frust sebab tak dapat makan nasi ayam special tu dan pelik sebab time tu baru pukul 2 tengahari.Ada ke kedai makan dalam Malaysia ni yang nasi ayam dia habis pukul 2 tengahari?Ada ke kedai yang nasi ayam dia pernah habis dijual?Booking?Mungkin nasi ayam ni memang tersangat special kot.Takpe,minggu depan aku pegi lagi dan aku akan report kat sini.
Pusing lah aku kat pekan Sg.Besi tu.Memang aku rasa seolah2 aku bukan dalam kawasan Lembah Klang.Rasanya macam aku berada dekat pekan Koadiang (sebutan Kok~diang),Kedah.Seolah-olah pekan ni tak nak terlibat sama dengan pembangunan pesat Kuala Lumpur.Masih ada lagi deretan kedai-kedai kain,bazar2 lama yang menjual barang2 murah,pasar yang takde nampak usaha pemodenan dan gerai buah yang menjual MANGGIS.Susah bang nak dapat manggis kat KL ni.
Yang seronoknya,aku boleh nampak banyak family yang bawak anak2 diorang makan kat kedai mamak.Nampak muhibbah.Aku tak boleh nak terangkan macam mana perasaan yang aku rasa masa aku lepak kat situ.Perasaan tempat tu,aura dia membuatkan aku rasa tenang.Kita boleh lagi nampak suasana seperti ini kat negeri-negeri lain tapi kita takkan dapat suasana tu kat KL ni.
Kalau anda seorang penduduk kampung,pasti anda teringat macam mana perasaannya pergi ke pekan nak beli barang2 persiapan hari Raya masa kecik2 dulu.Ingat tak macam mana perasaannya bila sampai kat Pekan,masuk kedai baju,ada nyonya Cina jadi salesgirl,lepas tu bila dah habis shopping mesti pegi lepak dulu dekat kedai minum air ke sambil pekena ABC ke Cendol ke.
Mungkin kemodenan banyak kebaikannya tapi sedikit-sedikit,jiwa kita sebagai seorang Malaysia terhakis.Nak rasa jiwa Malaysia sebenar yang suci tanpa Mid Valley,tanpa Coffee Beans di KL?
Silalah ke pekan Sg.Besi.

Tak Boleh Nak Kerat Tangan?Belasah!Belasah!
Menengok video ni membuatkan aku teringat balik dekat kisah lama kitorang dulu membelasah seorang pencuri yang mencuri kad atm room mate dia (room mate dia member aku) dan si pencuri ni pulak dengan pantas mengeluarkan duit2 yang ada dalam tu (member aku pun genius sbb simpan kertas ada tulis no.pin dalam wallet)
Belasah-belasah sambil dimasukkan unsur2 lawak seperti mengepit telinga si pencuri dengan penyepit baju dan menggantungkan hanger pada telinganya.Juga ada sedikit aksi wrestling daripada orang2 yang aku tak berapa kenali.
Paling best sekali:
Kitorang telefon awek dia bagitau dia mencuri dan lepas tu suruh dia mengaku kat awek dia.Awek dia menangis ,meraung la tak sangka boifren dia camtu.
Hahaha,dunia ni memang kejam tapi pukul orang yang memang bersalah ni memang best.Tapi kalau pukul orang yang tak bersalah ni mungkin tak best.Lama-lama nanti mesti ada timbul rasa bersalah dan masa tu barulah menyesal.
Kan begitu Kerajaan Malaysia?
Mei 21, 2008
Intercontinental Cup - Kucing Malaya vs Ireland
Dengan kesungguhan yang terpampang diwajah setaip pemain Malaysia sudah pastilah Ireland akan dibelasah teruk.Apa lagi dengan kemasukan 3 pemain senior terutamanya Shukor Adan ataupun "Patrick Vieira Malaysia" sudah pastilah Ireland mudah diratah oleh Malaysia,apatah lagi Malaysia sebagai tuan rumah.
Malaysia mudah menggempur kubu Ireland dengan hantaran-hantaran pendek yang cantik dan tepat ke kaki.Semua pemain Malaysia menggunakan taktik yang sama iaitu pass and support,bola terus melekat dikaki setiap pemain Malaysia kerana semua pemain Malaysia mempunyai first touch yang begitu cantik dan ball control yang setaraf Christiano Ronaldo.
Sepanjang tempoh permainan Malaysia seperti memperkotak katikkan barisan pemain Ireland dengan skill dan dummy yang begitu serba menjadi dan benteng pertahanan yang ibarat dinding besi.Ireland nampak seperti isteri mati laki tidak tahu membuat apa-apa kerana kualiti permainan yang begitu tinggi yang ditunjukkan Malaysia.(Gambar kiri - Penyokong Malaysia yang sedih.Gambar kanan - Penyokong Malaysia give up dan sokong team Ireland)
Sayangnya keeper Malaysia tak best.
Result : Malaysia 1 Ireland 3
Buang duit aku je pegi tengok.
Gambar Indera Putera Mahyuddin bersama WAG's nya.Kononnya ada macam England sikit2.
Akta Jualan Murah Malaysia
Semalam aku gi la Jaya Jusco beli DVD murah kat Speedy Video,pastu aku gi la beli barang jap kat Jaya Jusco.Pusing-pusing aku teringat la maggi aku dah abis.
Terus la aku ke line Mee Segera.Humm,Maggi Kari RM2.99.Aku ambik satu.Maggi Asam Laksa,favorite aku.Mak aih,RM4.25.Tu dah lebih kurang 80 sen sebungkus.Aku biasanya makan 2 bungkus terus.Jadi setiap kali aku makan 2 bungkus,kos aku bayar ialah RM1.60.Haram dah tak ekonomi.
Aku rasa kita makan maggi sebab kita tahu maggi tu boleh kata mengenyangkan dan juga murah.Tapi harga maggi makin lama makin tak reasonable.Dengan saranan Pak Lah yang menyuruh kita berjimat,aku telah sedaya upaya makan maggi untuk memastikan aku boleh survive tiap2 bulan,harga maggi makin mahal.
Okeh,aku tak nak cerita pasal maggi.Aku nak cerita pasal taktik jualan murah di Malaysia,khususnya Jaya Jusco.Tempat lain aku tak sure.
Bila ada sale,pernah tak anda bukak mata betul2 dan tengok,barang2 mana yang anda diskaun tu?Biasanya barang2 yang diskaun murah tu adalah barang2 reject dan takde orang nak beli.Kalau tengok baju,biasanya baju yang dijual adalah baju2 yang selalunya dipakai oleh pekerja-pekerja Bangla di Malaysia.
Hujung tahun lepas,belt aku putus sebab aku gemok sangat kot.Aku pun ke Jusco nak beli belt.Round2 carik belt tengok ada la yang best buy,RM26.00.Masa aku pusing2 tu tengok staff2 dia tengah bizi2 letak tag diskaun dekat barang,aku tanya la "ada sale ke?"
"Ak aah,esok start"minah sales girl tu jawab.
Argh,sayangnya fikir aku.Kalau aku tunggu esok boleh beli lagi murah dari RM26.00.Tapi sebab seluar aku dok jatuh je dan untuk mengelakkan tragedi malu aku beli je la.Kemudian aku pun naik la ke atas,bahagian elektronik,nak usha Electric Oven.Aku plan nak panggang ayam.
Usha tengok Rm210 camtu.Brader promoter tu siap cerita macam-macam lagi,ada tempat rotissieri boleh pusing2 ayam tu,boleh buat kuih lah,boleh buat itu lah ini lah.Lepas tu dia cakap kat aku,"Bang,ni harga ni sementara tengah offer,hari lain takleh lah dapat camni"
Humm,mahal.Takpelah,aku survey tempat lain sebab member aku cakap Carrefour lagi murah barang2 elektrik dia.
Seminggu lepas tu,Malaysia Mega Sale dah berjalan.Aku pun pegi la tengok manalah tahu ada baju2 yang menarik untuk di beli.Ternampak lah tali pinggang sama dijual dengan potongan diskaun 50% dari jauh.ARGHHH!!Menyesalnya aku,kalau tak belt tu baru RM13.00.
Tengok2 dekat label harga,RM52.00.Diskaun 50% jadi lah RM26.00 sama harga dengan aku beli.
Eh,tak boleh jadi ni.Aku naik ke atas dan usha lagi oven tu.Brader sama tu ada lagi tapi dia tengah layan customer.Oven tu dah naik harga jadi RM233 dengan diskaun sebanyak 10%
Jadi,aku nak pesan,kalau ada sale,biasanya kat Malaysia ni tipu je.Kita senang sangat dikaburi,nampak diskaun 50% tu dah kira murah sangat beli terus padahal sebenarnya harga dia sama je.
Apa gunanya buat Malaysian Mega Sale kalau semua tu nak clear stok reject dan nak kelentong pengguna?Semenjak kejadian tu,aku pun dah jarang membeli kat Jusco.Aku sekarang berbelanja kat Econsave untuk beli barang2 harian.Beza jugak harga dia.
Anda ada pengalaman seperti ini?

Tun.Mahathir dan Dr.Siti Hasmah Keluar UMNO
Ada teori mengatakan yang UMNO akan berpecah dua setiap sepuluh tahun sekali.Memang nampak ada kenyataannya
1988 - UMNO & Semangat 46
1998 - Geng Mahathir & Geng Anwar
2008 - ?
Tak nampak lagi UMNO akan berpecah kepada berapa.Mungkin 2,3 dan mungkin juga 4.Begitulah UMNO,terlalu taksub dengan teori2 politik,seperti juga dengan teori RAHMAN,mungkin itu juga dijadikan guideline untuk melantik Perdana Menteri kita juga.Apabila sudah kekurangan calon yang layak untuk dilantik sebagai PM,mereka pun merujuk kepada teori RAHMAN tersebut lalu memandang sekeliling.Mungkin begini dialog tersebut,
"Yo bro,lepas ni siapa pulak kita nak support?"tanya Penyokong A
"Entahlah,aku pun tak tahu,"balas Penyokong B
Penyokong A menyambung "Kalau ikut teori,kita kena carik pemimpin yang namanya bermula huruf N"
Jawab si B balik "Aku rasa baik kita sokong je Najib Tun Razak sebab dia je lah kot yang paling layak sebab nama dia mula huruf N"
Pada aku,memang dalam UMNO tu sendiri takde nampak pun siapa yang paling layak mengambil alih kerajaan.Wahai rakyat,nak kah kamu Najib Tun Razak sebagai PM anda?Nak kah kamu Datin Rosmah sebagai "wanita nombor 1" negara?
Jadi,berbalik kepada topik asal,Dr.M keluar UMNO.Apa kesannya?Kepada UMNO dan kepada negara?Mungkin kesannya lebih dirasai oleh penyokong-penyokong setia dia pada mulanya
tapi kita tahu dalam dunia politik negara kita,kesetiaan tu takde sangat gunanya dan setiap orang ada harganya.Bila anda sudah tiada kuasa,apa faedahnya kepada penyokong2 dibawah anda?
Dr.M pun begitu juga.Kita sendiri tak tahu dia menyebelahi siapa sebenarnya.Mula-mula dia yang angkat Pak Lah naik mengharapkan Pak Lah si Kaki Tidur memerintah satu penggal dan menyerahkan kerusi kepada Najib.Pak Lah rasa syok pulak lalu nak sambung sepenggal lagi.Dr.M marah lalu mula mengkritik Pak Lah dan menyokong Najib.
Najib pulak tiba-tiba menjadi seorang penyabar dan sanggup menungggu Pak Lah menyerahkan takhta kepada dia.Mahathir tiada orang yang hendak diangkat lagi.Dia pun tender la surat resign keahlian UMNO.Apa taktiknya berbuat demikian pun entahlah kerana kita tahu Mahathir seorang yang memang bijak berpolitik dan kita tak tahu kekuatan sebenar suara penyokongnya.Siapa penyokongnya dalam kabinet pun kita tak tahu kerana kebanyakan penyokong kuat beliau sudah habis ditolak keluar Kabinet oleh
taiko2 di Tingkat 4 Putrajaya.
Kesan paling kuat mungkin dirasai oleh anaknya,Mukhriz.
Setia kepada parti atau setia kepada ayahnya.jelas Mukhriz akan terus duduk didalam UMNO tetapi akan tetap setia kepada ayahnya.Jika Mukhriz terus duduk dalam UMNO,janganlah kita ambil Mukhriz sebagai seorang yang derhaka kepada ayahnya kerana itu adalah satu taktik perang saraf oleh Tun Mahathir.Attack dari luar dan attack juga dari dalam.Semua ini mungkin satu smoke screen yang dicipta untuk mengaburi mata sesetengah pihak.
Jadi,siapa yang cuba dikaburi oleh Mahathir?Kepada siapa Mahathir akan menghulurkan suara dia?Adakah nama Mahathir masih relevan dikalangan ahli2 UMNO dan Kabinet?
Persoalan yang paling penting dan paling meniggalkan kesan kepada kita,rakyat biasa ialah,jika UMNO terus memerintah; Siapa dalam UMNO yang paling layak menjadi PM?
Mei 17, 2008
Siapa Bunuh Altantuya?
Adakah kita akan didatangkan bala
Kalau biar pemimpin kita
Hidup seronok dia punya suka
Macam Tuhan tak ingat dunia
Apa yang jadi sangatlah berat
Tapi kerajaan buat2 tak ingat
Masing-masing otak geligat
Carik jalan nak terselamat
Kita rakyat mesti beringat
Ini negara kita punya tempat
Sampai bila nak mengeliat
Pemimpin enjoy lu punya keringat
Jangan kita pulak buat2 lupa
Taktik biasa pemimpin kita
Doakan saja pada Yang Esa
Yang zalim jatuh ternganga
Perdana Menteri selalu menganga
Mongolia pun marah Malaysia
Kita sebagai rakyat jangan tengok saja
Buat bising bagitau apa kita rasa
Kita doakan BN roboh
Kita rakyat selalu mengeluh
Satu pendapat kita pegang teguh
Pemimpin BN ramai yang bodoh
Kesian beb tengok bapak dia.Kejam benar manusia zaman sekarang
Kenapa Kita Tak Suka Kerajaan Kita Sendiri?Tengok Gambar
Pemimpin adalah seorang individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengepalai sesuatu institusi.Tak kira lah institusi apa-apa pun.Negara,Negeri,Daerah,mukim,taman,kampung serta sebuah keluarga.Memang susah nak memimpin sesebuah komuniti.
Lelaki pula memang telah disebut dalam Al-Quran dilahirkan sebagai pemimpin.Paling cikai pun,pemimpin sebuah keluarga dengan pangkat suami dan bapa.
Sebuah keluarga yang porak peranda,anak lelaki jadi mat rempit,anak perempuan jadi bohsia,bini hanya lebih suka bergosip atau mengumpat adakah ia disebabkan oleh kelemahan pimpinan ketua keluarga itu sendiri.Wajarkah seorang anak gadis yang melacurkan dirinya menyalahkan bapanya kerana terjebak ke gejala tersebut?
Mungkin tidak wajar menyalahkan bapanya jika bapanya telah mencuba sebaik mungkin membentuk anaknya dengan ajaran2 yang murni.Tapi kalau bapanya sendiri berperangai seperti syaitan,anaknya tentu sedikit sebanyak akan terikut2 lagak bapanya.
Jadi,majoriti orang Malaysia beragama Islam.Islam juga adalah agama rasmi negara kita.Islam adalah agama majoriti pemimpin kita.
Kenapa ramai pemimpin kita tak memimpin sebagai seorang Islam?
Isteri pemimpin pun ramai tak pakai tudung.Berapa dosa suami dia dapat?Berapa dosa kita dapat setiap kali kita tengok gambar diorang dalam TV dan paper?
Handbag kulit beribu2 boleh beli,arak sebotol beratus2 takkan lah tudung isteri pun tunggu cukai cukup baru nak belikan?
Gambar tu bukan sekadar hiasan.Siapa tu?
Konfem bukan minum air teh o

Mei 13, 2008
Malaysia,Their Second Home,Locals,Please Go Away
Aku tgh buat kajian pasal perbezaan taraf hidup kat UK ngan Malaysia sebab ada member aku cakap tangga gaji kat sana lagi rendah dari Malaysia kalau kita ambik nilai dia 1:1 tapi aku takleh nak buat kesimpulan lagi.Nanti aku updatekan.
Sambil2 surf2 tu terjumpa la pasal kempen Malaysia My Second Home yang digembar-gemburkan kerajaan kita tapi mungkin kurang promosi kot dalam Malaysia ni.
Baca-baca,tengok banyak betul insentif kerajaan kita bagi dekat orang luar supaya datang duduk kat Malaysia.dahlah target dia orang US,UK yang duit dia jauh lagi mahal,dia punya insentif huhu,memang bagus punya pancing supaya orang luar tertarik.
Baca tu,tengok tu.Aku ambik dari website official dia.Duit diorang mahal,jadi kalau dah tak kena tax tu,maksudnya memang macam beli basikal la pada diorang.Tu baru satu part,belum masuk insentif2 lain lagi.
Aku tak paham,kenapa kerajaan boleh usaha bagi insentif dekat orang luar sampai macam tu sekali.Kenapa kita,rakyat Malaysia dibebankan dengan hutang 7 tahun,9 tahun.Member aku,kereta dengan minyak punya pasal,makan megi tiap2 hari walaupun gaji dah cukup besar,kereta dia pun bukannya tahap mahal sangat pun (mahal sebab tax je).Aku,kereta pun aku tak berani beli sebab takut nanti bebanan banyak sangat.
Baik aku simpan duit aku daripada bagi dekat syarikat2 tol.Kenapa aku tulis banyak pasal ekonomi seminggu dua ni?Sebab aku risau.Kalau kahwin ada anak,pampers bulan2 RM400.Kalau dapat kembar?Kereta mesti ada sebab tak nak bagi bini risau.Jadi kalau gaji kau RM1800 sebulan dan bini kau tak kerja,pecahan dia camni lah:
Belanja dapur - RM400 sebulanSambil2 surf2 tu terjumpa la pasal kempen Malaysia My Second Home yang digembar-gemburkan kerajaan kita tapi mungkin kurang promosi kot dalam Malaysia ni.
Baca-baca,tengok banyak betul insentif kerajaan kita bagi dekat orang luar supaya datang duduk kat Malaysia.dahlah target dia orang US,UK yang duit dia jauh lagi mahal,dia punya insentif huhu,memang bagus punya pancing supaya orang luar tertarik.
Baca tu,tengok tu.Aku ambik dari website official dia.Duit diorang mahal,jadi kalau dah tak kena tax tu,maksudnya memang macam beli basikal la pada diorang.Tu baru satu part,belum masuk insentif2 lain lagi.
Aku tak paham,kenapa kerajaan boleh usaha bagi insentif dekat orang luar sampai macam tu sekali.Kenapa kita,rakyat Malaysia dibebankan dengan hutang 7 tahun,9 tahun.Member aku,kereta dengan minyak punya pasal,makan megi tiap2 hari walaupun gaji dah cukup besar,kereta dia pun bukannya tahap mahal sangat pun (mahal sebab tax je).Aku,kereta pun aku tak berani beli sebab takut nanti bebanan banyak sangat.
Baik aku simpan duit aku daripada bagi dekat syarikat2 tol.Kenapa aku tulis banyak pasal ekonomi seminggu dua ni?Sebab aku risau.Kalau kahwin ada anak,pampers bulan2 RM400.Kalau dapat kembar?Kereta mesti ada sebab tak nak bagi bini risau.Jadi kalau gaji kau RM1800 sebulan dan bini kau tak kerja,pecahan dia camni lah:
Belanja anak - RM500 sebulan
Kereta (Saga baru paling basic) - RM350
Minyak - RM300 sebulan
Tol - RM100
Sewa/Beli rumah (Flat) - RM350
Bil (Air tak tumpah setitik,lampu pasang satu je) - RM50
Telefon (prepaid laki bini) - RM30+RM30
TOTAL - RM2110
Dah hutang dah tu.Tak tolak EPF lagi.Tak tolak loan study lagi.Tu tak masuk lagi duit nak gi jalan2.Baju dalam bini takkan tak nak beli yang seksi2 sikit.
Wajib suruh bini kerja.Tapi kan sepatutnya isteri tu tak dibebankan?
Kepala buto la ko Perdana Menteri Malaysia.Suruh orang berjimat.Ko takde pun nampak berjimat.Beli kapal boleh pulak.Minyak kapal tu duit tu besan ko bagi ke?Tah lah,aku marah.Sebab memang bila aku pergi UK tu mata aku dah terbukak.
Hoi Orang Malaysia!Belajar komplen!Belajar lawan balik.Jangan la tunduk je.Hormat tu hormat le jugak.Tapi bila dah kena pijak camni,mulut je kata nak lawan tapi bila pangkah,nak jugak terpangkah dacing.KITA DESERVE BETTER.
Malaysia ni kaya.Semua negara maju jeles dengan apa yang tanah kita ada.Tapi kenapa kita biarkan penyangak2 ni dok kaut semua hasil penuh poket depa.
Boikot orang Belanda sebab dia hina Islam?Dia orang Belanda!
Boikot la orang Islam yang dok hidup makan duit haram tu dulu.
Keputusan Undian Cursing Malay 03
Untitled 02 - Mencari Benda Tersembunyi
Dalam gambar di atas yang diambil di Clapton Pond,London ada sesuatu yang mengingatkan anda tentang Malaysia.Ada sebuah kedai syarikat pengedar kereta dan sebelahnya ada sebuah BMW.Tengok berapa harga BMW tu.Convert kan duit kita berapa?
Aku takde benda nak tulis sangat sebab aku tengah tunggu dan nak tengok apa betulkah rumours Rabu ni akan ada satu kejutan elektrik deras kepada Kerajaan Malaysia sekarang.Aku tak dapat nak letak gambar2 pemandangan London lagi sebab file aku tak dapat lagi.
Sementara ni aku hanya akan letak porno dan kutuk2 orang sikit.Contohnya,Khairy Jamaluddin yang buat perangai beruk dia lagi dengan menyatakan PKR maksudnya "Parti Khinzir Raksasa"
Nasib baik ada pulak orang pembangkang yang lawan dia punya statement dengan menyatakan BN "Babi Negara." Walaupun aku kurang gemar dengar orang PAS cakap benda camtu tapi aku rasa mungkin itu je la caranya nak ajar Beruk supaya berspoan santun sikit.
Tunggu je lah hari Rabu ni sebab Anwar Ibrahim dah pun buat press conference LINK
Bila aku ke London hari tu,barulah aku nampak bezanya Malaysia dari dunia luar.Nampak sebab2 ramai rakyat Malaysia yang berhijrah ke sana.Nilai satu pound kat sana besar.Tambah 49 pence ko bole dapat 6 ketul chicken wings,french fries dengan air setin.Satu ringgit kat sini,paling kuat pun segelas teh tarik atau sekeping roti canai.
Mungkin akan ada yang menyangkal kata duit pound sterling mahal,mmg la benda tu betul.Tapi diorang negara pengimport.Kita negara pengeksport.Jadi sepatutnya barangan keluaran tempatan dijual lagi murah di pasaran tempatan untuk membantu orang tempatan.
Buat kempen belilah barangan buatan Malaysia tapi kenapa selalunya barangan import ni lagi murah dari barangan keluaran Malaysia tu sendiri,terpaksalah kerajaan kita yang prihatin kenakan cukai2 ke atas barang import untuk membuatkan barangan Malaysia tu nampak murah.
Meh aku bagitau anda semua berapa kos kenduri adik aku hari tu dekat UK untuk makanan 100 orang.
60 pound sterling plus minus.
Takyah nak gatal2 nak convert sebab diorang yang keluar belanja tu kerja sana.Apa dapat?Berapa ekor ayam tah,banyak gak la,beras Basmathi Taj Mahal berapa kampit,air kotak dan botol berapa gelen tah dan banyak barang2 lain.
Kalau aku offer sesape RM60 buat kenduri untuk 100 orang kat Malaysia ni,ada sesape berani?
RM0.60 satu kepala?Beras pun belum tentu dapat.Ayam pun tak cukup kot,ayam kena langgar dapat la kot.Kat Malaysia ada ramai kan orang bela ayam?Kat Malaysia banyak kan sawah bendang?
Jadi kenapa orang Malaysia sendiri takleh nak afford hasil bumi diorang sendiri?
Kita ada tanah,kita ada macam-macam.
Kenapa harga yang kita bayar macam haram?