September 11, 2015

Cerpen Jumaat : Warkah Untuk Emak

Assalamualaikum Mak.

Zain harap mak berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Mak, jika mak sedang membaca surat ini, ini maknanya Zain sudahpun kembali ke rahmatullah atas sebab-sebab kemalangan. Doakan Zain masuk syurga mak, halalkan makan minum Zain dan ampunkan segala dosa Zain dekat mak.

Mak, orang yang berada depan mak sekarang ini namanya Irman. Zain terjumpa dengan dia masa Zain pegi beli barang burger, brader tu ada bukak booth kat Giant area rumah kita. Mula-mula Zain memang tak percaya apa yang dia jual tu, tapi lama kelamaan, Zain dapat sedar, ini satu peluang untuk Zain tolong mak dengan lebih baik.

Mak, mintak maaf sebab Zain tak "menjadi."

Mak selalu kata macam tu dekat jiran kita dan Zain tau, memang jika dibandingkan dengan abang atau kakak, yang kerja Petronas dan kerja kerajaan, Zain tak menjadi seperti siapa yang mak harapkan. Zain tau Zain terpaksa bukak gerai burger dan jual burger. Zain tau Zain tak dapat nak bagi apa yang mak harapkan, sebab tu mak banyak mintak tolong dengan abang dan kakak.

Mak ingat lagi tak ada satu malam, mak kata dekat Anisa, kalau boleh mak nak pegi lagi sekali Haji? Mak kata mak rindu sangat dengan Mekah? Mak nak tengok Kaabah lagi sekali? Anisa ada cerita dengan Zain pasal tu. Ada Zain simpankan duit sikit hasil jualan burger Zain, tapi dah 3-4 tahun menyimpan pun, tak dapat cukup jugak. Ada saja hal yang mengganggu, Anisa sakit masa mengandung, Anisa keguguran. Mak pun paham sebab mak yang jaga dia lepas dia warded berapa lama tu.

Zain nak hantar mak pegi Mekah lagi sekali, jalan-jalan dapat tengok balik tempat arwah abah dengan mak dulu buat haji sama-sama. Kalau ada peluang, Zain nak pergi sama dengan mak, tapi nampak gaya, maaf Mak, Zain tak dapat ikut sama.

Mak, nanti bila dapat duit pampasan Takaful Zain, mak tolong bawak Anisa pegi haji. Tolong carikkan orang sekali untuk buatkan haji Zain. Kirim salam sama Kaabah.

Zain dah bincang dengan brader ejen Takaful Zain tu dan dia dah letakkan peratusan pampasan yang akan dibahagikan antara mak dengan Anisa, ikut permintaan Zain. Pada Anisa, dah Zain bagitau yang dia akan dapat 25% daripada jumlah keseluruhan dan selebihnya, Zain serahkan pada mak.

Anisa faham. Dia setuju.  Zain dah kata yang mak, mak saya. Dalam hidup Zain, Zain kenal mak lebih lama, duduk dalam mak 9 bulan. Jadi memang Zain kena lebihkan mak.

Zain tak tau, berapa jumlah yang mak akan dapat daripada pihak Takaful, tapi polisi Zain cover RM300 ribu lebih jumlahnya. Oleh sebab Zain meninggal kerana kemalangan, ada jugak pampasan lain yang akan dibayar.

Mak, Zain wasiatkan dekat ejen Takaful Zain tu, supaya gunakan duit pampasan Zain tu untuk buatkan satu polisi Takaful untuk mak, jadi dia akan tolong kirakan berapa harga polisi mak sampai umur 80 tahun dan kemudian, mak bayarkanlah kepada dia. Ini satu Zain minta mak buat. Kalau mak sakit, mak boleh masuk hospital pakar yang dekat dengan rumah kita tu. Hospital tu panel Takaful tu mak.

Maaf Mak kalau surat ni panjang sangat. Zain cakap aje ni dan kemudian Zain minta tolong Brader Irman tu karangkan surat ni elok-elok. Dia penulis mak. Zain pun tak sangka! Mak simpan nombor brader tu mak, 018-3611628. Nama penuh dia Irmanyadi Idris. Dia akan jaga mak kalau ada berlaku apa-apa kecemasan. Mak kena masuk hospital aje call dia terus. Pesan dengan Anisa jugak kalau Anisa masih lagi tinggal dengan mak.

Zain mintak maaf banyak-banyak kalau banyak susahkan mak. Lepas kahwin masih kena duduk dengan mak. Hidup dengan jual burger tepi jalan. Makan mak tanggung. Mintak ampun mintak halalkan makan minum Zain dan mintak ampunkan semua dosa Zain ye Mak?

Kirim salam dengan Kaabah.
Terima kasih sebab jadikan Zain manusia. Assalamualaikum.

Salam sayang,
Zain bin Ahmad
11 September 2015

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ceh...promote takaful lagi. Tapi takpe, yang ni promotion yang sangat kreatif

agent takaful berkata...

bro bikin takaful ke sekarang? kih

Unknown berkata...

kirim salam pada kaabah..ayat paling WIN

Unknown berkata...

kirim salam pada kaabah..ayat paling WIN