Oktober 16, 2014

Sampai Sekarang Muzik Nasyid Masih Lagi Berada di Takuk Yang Sama

Oleh kerana rumah aku tak ada Astro dan hanya ada HyppTV, hiburan yang ada faedah untuk aku pasang supaya anak aku boleh tengok tak berapa banyak choice. Aku selalu pasang channel EC Inspirasi tu, tapi bila aku perasan anak aku mula headbanging masa tengok Love Me Butch keluar, aku risau sikit la pasal kesihatan dia. Doktor kata kepala budak2 ni tak berapa elok kalau banyak shock...

Nak bukak RTM? HAHAHAHA. Nak bukak TV3 bagi anak2 aku jadi penggemar drama yang digarap dari novel-novel? Tak dapat bai. Nak bukak TV9? Kalau anak kau suka telenovela, boleh la...telenovela yang ditayangkan kat Malaysia ni aku tak pastilah kenapa tapi nampaknya macam gred D punya telenovela.

Yang tinggal?
Channel "Hikmah" dan "TV Al-Hijrah."

Aku suka apa yang channel Hikmah tu sampaikan cuma sayangnya kualiti siaran dia macam stuck zaman 80 an. Once kau dah biasa tengok rancangan beresolusi HD, kurang dari tu memang sakit mata tengok. TV Al-Hijrah feveret aku la....tapi aku tak tau lah kenapa anak aku sekarang ni takut tengok kartun2 kat situ. Especially satu show nama Minuscule.

Oleh kerana aku nak kurangkan anak aku headbanging, kadang2 saja aje la aku pasang lagu2 yang dimainkan kedua-dua channel tu. Aku ok aje part zikir tapi aku cukup anti lagu nasyid yang ada.

Zaman kegemilangan lagu nasyid dulu, especially zaman Arqam hidup dulu2, waktu tu banyak nasyid yang agak cool. Lagu pun boleh lah dikatakan ok...ada kreativiti dan ada seni dia. Tapi bila start satu zaman (aku rasa dalam awal 2000) lagu nasyid terus jadi lame, lame and lamer.

Lagu nasyid stuck dekat satu style yang aku tengok tak boleh nak jual lagi dah dekat golongan muda. Especially remaja yang llebih selesa dengan muzik barat mainstream atau underground. Even aku sendiri takleh nak masuk dengan lagu2 nasyid baru sekarang ni sebab melodi, instrumentation dan arrangement dia dari dulu sampai sekarang macam tu.

Template dia;
1. Lirik mesti tak ada seni2 dia. Tak main bunga2 ayat, mesti semua straight to the point. Pendengar takyah berfikir sangat.

2. Kalau lagu nasyid budak2...mesti dengan nyanyian cara harmoni yang dah outdated dan dengan pakaian yang menunjukkan ada orang lain kontrol imej diorang. Pergerakan dalam video pun macam sebuah koreografi yang tidak ada hujung pangkal.

3. Muzik mesti menggunakan keyboard dan synthesizer. Aku rasa diorang buat ni sebab nak save cost hire musician.

........

Ada satu video yang aku cukup aku suka dalam TV Al-Hijrah. "Selawat Badar" yang dinyanyikan oleh seorang lelaki bernama Zulkarnain Mat Nor. 

Aku respek kau sebab dengan video kau tu, anak aku boleh hafal selawat badar. Yang paling penting, aku appreciate gila kau punya skill gitar. Moga kau dikurniakan banyak pahala dan selamat dunia dan akhirat.

.......

Nasyid di Malaysia ni satu masa dulu sangat top. Tapi pada tahun 2014, jika kau search nasyid2 terbaru yang ada, kebanyakannya masih lagi cuba mengembalikan irama nasyid yang pernah popular satu masa dulu dan cuba dijual zaman sekarang. Itu, pada aku, susah nak market sebab budak2 yang tak berapa mintak dengan lagu nasyid....takkan beli. Kalau nak jual mesej agama dalam lagu, kan ke lagi sampai penyampaiannya kalau yang dengar tu tak berapa pedulik pasal agama sangat?

Jika aku pelanggannya, aku takkan beli untuk anak2 aku. Sebab utamanya....aku tak berapa dapat accept lagu irama padang pasir ni, melainkan M.Nasir yang buat lagu tu. Sebab lain, seperti aku dah katakan...nasyid dah jadi lame sebab tak ada perubahan dilakukan.

Oleh itu, aku merasa amat gembira bila tengok TV Al-Hijrah hari tu ada satu movement bernama Caravan of Praise yang cuba mengenengahkan lagu2 ala-ala indie tapi berunsurkan Islamik. Macam apa yang aku cuba buat sekarang ni, cuma muzik aku, aku dengar sorang2 syok sendiri.

Jadi kepada ramai2 yang rasa irama nasyid padang pasir lame dan perlu perubahan identiti, datanglah beramai2 ke Kuala Lumpur Readers and Writers Festival 2014 di Dataran Merdeka, Sabtu ni. Ada jualan buku, ada persembahan dan bermacam2 lagi acara.

Kalau kau jumpa aku kat Dataran, tegur aku aa. Sebenarnya ada benda yang aku nak buat hari tu tapi nampaknya perancangan tak menjadi, kerana masa tak mengizinkan.

Kalau ada yang nak ajak aku baca syair beramai2 pun boleh.
Membaca syair depan orang ramai, adalah satu benda yang memerlukan keberanian yang tinggi.



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mantot byk komplen

Tanpa Nama berkata...

naida said..

Betul laa apa yang dia cakap.. Cer tengok lagu nasyid sekarang.. Hambar kot. Mesej dah elok dah pasal Islam tapi hambar. Lagu Mencintaimu by Anuar Zain (kira nasyid ke tu?) yang melekat.

For some reason, aku rasa nasyid dah tak relevan dengan jiwa budak2 zaman sekarang. Kalau nasyid tahun 2004 dan ke bawah tu kira best lagi. Masuk 2005 dan seterusnya dah start hambar dan bosan.

sang merah berkata...

cuba dengar sami yusuf...tom robertson....tak rekomen maher zain.....lirik dia sama "cliche" macam nasyid lokal kita la ni....

Tanpa Nama berkata...

Try dengar kumpulan Al-Manna bang. Macam orite jugak la.

huiwe berkata...

Ak suke lagu KHALIFAH - Suara khalifah

Tanpa Nama berkata...

Telur said...

Heh...aku rasa nasyid dari dulu hambar dan lagu berkonsep ketuhanan/keagamaan pun bosan. Aku paham mesej2 yang disampaikan cuma ianya sangat hambar dan bosan. Kenapa takde orang buat lagu ketuhanan genre pop? Balik2 lagu Alhamdulillah (too phat & yasin). Tak pun lagu2 ketuhanan dari indon.

Sorry to say, nasyid adalah genre yang paling tak kreatif dan bosan.

Tanpa Nama berkata...

Youtube LAGU ROHANI Kristian. Lebih sedap tapi tak perlu mengimaninya.

eddeved berkata...

maaf sekali lagi bro, patik pacal yang hina sekali lagi menjilat ludah sendiri ha ha!

Aku rasa aku ada authority nak komen pasal muzik jadi aku komen lah pasal nasyid nih...

aku pernah dengar satu band progresif nama dia Al Farabi ke apa, kau cari laa facebook dia...ada bro, lagu nasyid moden...

macam lagu Projek Pistol pun kalau kau dengar, walaupun gitaris dia pernah bertindik kat kening bro...tapi bagi aku lirik lagu dia sama taraf nasyid gak bro, ajar kita ingat kat Tuhan...aku taksbu dah bro dengan band nih, kalau aku tak kena maki dengan gitaris dia tak ado eehhh aku nak dengar band nih...not my taste ha ha ha! aku kaki progresif...

benda nih subjektif bro...kalau pandangan konservatif dia akan nampak nasyid tuh macam tu laa...lima orang lelaki pakai ketayap, imej lemah lembut dan itulah nasyid puji Tuhan...

tapi dalam lagu Guns N Roses pun ada jugak elemen nasyid bro...dia maki bukan maki kosong bro...dia maki nak kasi kita sedar yang kita nih kadang-kadang patut kena maki baru nak sedar diri...

anyway...

ini cuma pandangan aku aje ha ha!

Tanpa Nama berkata...

Boo hoo nasyid! So lame!

Tanpa Nama berkata...

gatal tengkok mu said...

nashid paling lejen time raihan..siap dpt jumpa queen elizabeth..penyanyi biasa a.k.a diva pon x lepas..

Tanpa Nama berkata...

Nape la gambo kump mawaddah Yg diletaknye.. pakcik penah dngar kump Genarasi Harapan X? Cube la cari. Maleh nak citer panjang. Btw,dorang asal dr kump mawaddah cume imej Dh bebeza.
- enon-

Tanpa Nama berkata...

Silap plak, Generasi Harapan.
- enon -