Oktober 29, 2013

Cabaran Mulakan Upacara di Malaysia Yang Memerlukan Kehadiran VIP

Minggu lepas aku ada meeting. Ada organizer dari Jepun proposed nak buat event. Event agak besar jugak la sebab melibatkan international punya penyertaan jadi company Jepun ni, melalui orang tengah dia kat Malaysia letakkan beberapa syarat yang perlu diikuti. 

Satu syarat yang kitorang sedikit menggelengkan kepala adalah "kalau VIP lambat, event kena berjalan jugak." Orang tengah tu orang local, bila dia sebut benda tu dia pun sengih...aku ingat lagi ayat dia, "everything has to be on the dot. That's their request."

Kau nak implement benda camtu kat Malaysia? Orang tengah ni kata, sebab culture event ni yang dah berapa puluh tahun berlangsung dan originnya dari Jepun, jadi sebarang kelewatan takleh diterima oleh diorang. Masalahnya, plan asalnya nak jemput VIP dari Malaysia untuk rasmikan event ni. Siapa VIP itu? Rancangannya, seorang menteri.

Kau nak harapkan menteri datang event on time? Kau nak harapkan seorang Menteri Malaysia yang berbangsa Melayu datang event on time supaya rasmikan event pukul 10? WAHAHAHAHAH!

Janganlah aplikasikan culture orang Jepun yang mematuhi masa dan mintak maaf kalau terlewat dekat VIP Malaysia ni. Mustahil nak diaplikasikan sebab culture kita tak macam tu. Budaya kita, selagi VIP tak sampai, semua orang kena tunggu. VIP lambatlah sejam ke, dua jam ke, event kena hold.

Kau bawaklah konvoi dengan polis trafik macam mana pun tolong clearkan jalan, Insya Allah VIP Malaysia still akan datang lambat. Kau terjaga lambat ke VIP? Kau berus gigi lama ke? Kau memerlukan orang lain untuk pakaikan bengkung perut kau ke? Dalam sesetengah kes, ya, VIP lambat sebab diorang tak sihat tapi majoritinya sihat2 belaka.

Aku selalu terfikir ;

Kalaulah event organizer run aje event yang dah sepatutnya berjalan walaupun tanpa ketiadaan VIP, apa yang akan berlaku? Adakah event organizer tu akan dicop sebagai tidak menghormati tetamu dan tidak mengikut protokol? Masalahnya, siapa sebenarnya yang tak ikut protokol?

Kenapa pulak VIP tidak boleh dicop sebagai tidak menghormati organizer?
Kenapa VIP diterima sebagai somebody who is above protocol majlis?

Kalau kita nak ubah culture kita ni, satu2 nya cara adalah kita kena tanam mentaliti, "Jika VIP tak ada, orang lain boleh rasmikan aje event sebab VIP tu lambat." Dia patut malu yang dia lambat. Masalahnya, budaya kita terbalik, VIP lambat, lagilah kita sanjung dia dengan muka concern kita yang pura2. Berlakon kononnya kita OK dia lambat. Semua kena berpura2 depan VIP kononnya apa saja dia buat ok belaka!

WTF? Apa punya budaya camtu?

Kau nak ubah culture kita? Jika kau tak suka dengan VIP yang lambat, kau kena buat sesuatu yang VIP tak suka supaya diorang sedar, VIP bukannya bermaksud "Very Ignorant Person." Nak suruh datang potong riben pukul 2? Pukul 2 dia tak datang, potong sendiri. Kemudian pos riben tu dekat rumah dia sebagai cenderamata.

Melainkan, magically, menteri2 ni try ubah budaya ni...aku harap camtu la, tapi kalau kepala dia dah lambat, yang ekornya macam mana la nak sampai dulu? Aku harap...menteri boleh start tukar culture kita ni. Culture "tidak apa, tidak kisah, semua ok."

Akhirnya ;  decision dalam meeting terpaksa diambil. Tak ada menteri akan dijemput untuk rasmikan event tu untuk menghormati permintaan pihak penganjur dari Jepun supaya event berjalan on the spot seperti aturcara yang dirancang.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

waaaa....gua lambat lg

mr edz berkata...

jemput aku je la rasmikan... boleh?

Tanpa Nama berkata...

Baiklah rasmikan sendiri event tu, panggil sesiapa orang terpenting dalam syarikat utk rasmikan...tak payah panggil menteri, takde makna pun.

Tanpa Nama berkata...

bagus, satu keputusan yg sangat wajar.

hairil berkata...

salam.. aku plak slalu mmeting sal vvip.. vvip yg latest adalah TPM, timbalan perdana menteri.. dorg protokol selalu nk cepat cz pesawat TPM tibe awal daripada jadula. contoh kalo kul 8.30 pagi tiba kat airport, tp TPM tiba dalam kul 8.00am.. bgus TPM Nie.. najib?? xtau la.. rasanya dia lmbat.. yg baik kita puji, yg buruk kita keji kan

Shahada Fauzi berkata...

setuju dengan keputusan tu..memang keputusan yang bijak..

Tanpa Nama berkata...

Kadang jemput menteri pund ia hantar wakil aje.. last2 minit pulak tu.. So baik jemput yang tak sibuk..

Tanpa Nama berkata...

XYH JMPUT SENANG..SEBOK JE..HIHIHI

Tanpa Nama berkata...

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu..."

Janji Melayu

#ScumbagMeleis

Tanpa Nama berkata...

ini menghina melayu!!!

warghhaha

Tanpa Nama berkata...

baru tgk kt afc,king of grill round south asia,smpi sini sejam stgh king tu bengang grill dia tak boleh hidang sbb tggu vip sampai dulu

Tanpa Nama berkata...

Teringat masa PRu 13 dulu, ade satu event di melaka...ikut jadual kol 9 malam VIp sampai...dalam flyer jemputan tu -ada makan malam disediakan. So, orang yang datang tu sume dok pakat lapar sebab nak mentekedarah (sila rujuk kes rastoren kat P.Chepa -yg bil makan rm6k tu). Dekat kot 10 vip tak sampai2....sume dah hangin...serbu terus ruang makan...makan sampai abis. Alih2 masa vip sampai-1030 tak sampai 20orang je yg tinggal.

Tanpa Nama berkata...

Kisah benar - Acara mkn mlm meraikan event yg turut menjemput anak2 yatim. VIP sampai lambat 2-3 jam. Bila sampai, sedar2 makanan utk golongan VIP tak cukup. Maka anak2 yatim dihantar ke restoran berdekatan utk mkn. VIP makanlah hidangan yg asalnya disediakan utk anak yatim.

Tanpa Nama berkata...

sama gak la kalau time sekolah dulu, mesti kena tunggu VIP, mcm besa dia dtg lambat, then time dia datang tu semua org kena berdiri sambut kedatangan VIP. ptuihh..
tapi parents aku x berdiri langsung, terbaekk..lagipun aku pun xtau apa contribution VIP tu utk society..

Tanpa Nama berkata...

aku pun bengang dengan kata kata aluan yang berjela jela siap dengan segala maneka pingat duk sebut..10 minit tak habis lagi dok alu alu para VVIP VIP sampai hadirin boleh tersengguk sennguk nak dengar....tak boleh ka short and precise...ladies and gentelemen...tuan dan puan puan..

Tanpa Nama berkata...

Protocol kat 1Mesia ni mmg melampau.. kalo 3 org yg berucap, maka 3 kali lah di ulang 'yg dhormati...' dgn segala pingat dan pangkat semua vip dlm majlis tu.. wasting time.. suka bodek.. dan seronok sgt memanjangkan ucapan..

Tanpa Nama berkata...

VVIP satu hal, yg pengikut2 jd nasik tmbh pn satu hal gak. Kt msia mmg over. Konon2 nk dtg melawat, sekali nk tanam pokok sbb nk jadikan sebab dtg. POkok nk pelik2. mahkota dewa la,ape la,mengarut!!. Hr nk dtg,baru tau macai kata nk tanam pokok,kelam kabut carik pokok, tanam atas kepala diorg kang baru tau.

Tak boleh ke proceed je event kalo vip lmbt? lantakkan je..dia nk ckp ape?

Kt jepun, kalau jemput org luar utk meeting, sekali yg org luar tu lambat diorg proceed je start meeting,haha..Bila org luar dtg, diorg simpan/cover ape yg dh di meeting, at least 1/2 jam pertama dh setel ape yg perlu bincang dr tercongok borak kosong kan.

Aslina berkata...

Menteri memang la lambat. Ko bawak dorg dtg dengan helikopter pun sah2 lambat, apa lagi request suruh clear jalan. Suruh je la jemput vip dari kalangan angkatan tentera. Dorg ni consider on time jugak la dari menteri.

Tanpa Nama berkata...

xpayah jemput......klau.ada jamuan mkn2 letak ja julap...bg cirit......igt dgn pangkat bleh bawak mampos kot.....