June 04, 2013

Penurunan Harga Kereta Bakal Berlaku Dengan Penurunan Harga Asas Kereta, Huh?

Shah Alam, 4 Jun - Selaras dengan tindakan kerajaan yang bakal menurunkan harga kereta secara berperingkat, Perusahaan Otomobil Nasional atau Proton bakal mengumumkan langkah-langkah yang bakal diambil badan berkenaan untuk membantu merealisasikan hasrat kerajaan tersebut dalam masa terdekat.

Pengerusi Proton dilaporkan berkata, oleh kerana langkah kerajaan ingin menurunkan harga kereta bukan mengikut penurunan duti eksais tapi melalui langkah penurunan harga pasaran kereta, Proton bakal memperkenalkan beberapa langkah drastik terhadap semua model keluarannya untuk mendapatkan penurunan harga yang memuaskan hati semua pihak.

"Pihak Proton sedang dalam perancangan untuk menjadikan lampu tukar arah atau dalam Bahasa Inggerisnya signal indicator sebagai satu aksesori tambahan kepada pengguna," ujar beliau.

"Mengikut kajian MIROS, hanya 5% ke 10% pemandu di jalan raya menggunakan indikator tukar arah walaupun tindakan tersebut hanya memerlukan pemandu mengangkat tangan dan menukar stalk navigasi," sambung beliau lagi.

"Jadi pada pihak Proton, kami merasakan pembaziran berlaku jika sistem signal indicator dipasang pada semua kereta kerana bukan semua pemandu menggunakannya. Ini bakal memberikan penurunan harga kereta sebanyak RM500 ke RM2 ribu bergantung kepada model kereta."

Beberapa cadangan lain juga sedang ditimbang pakai oleh pihak pengurusan Proton antaranya mengurangkan sistem keselamatan kereta. "Beg udara adalah syarat wajib dan kami bakal memperkenalkan beg udara yang dibuat menggunakan material lebih murah tetapi ini masih lagi dalam kajian."

"Selain itu, kami juga sedang meneliti beberapa idea lain yang melibatkan penukaran status komponen daripada komponen wajib kepada komponen aksesori untuk dijadikan pilihan kepada pembeli yang mahu membayar lebih," ujar beliau.

Antara komponen lain yang bakal bertukar status menjadi aksesori pilihan adalah mentol lampu depan, kerusi tempat duduk belakang, kunci pendua, penghawa dingin, sistem radio dan CD, balutan stereng, tombol gear dan minyak enjin pertama kereta.

Walaupun masih dalam kajian, beliau memberitahu pihak kami, dengan langkah penurunan yang bakal diperkenalkan Proton ini mampu menurunkan harga sebuah Proton Preve dari RM70 ribu kepada RM40 ribu lebih. Satu sistem bina secara do it yourself car akan diperkenalkan kepada pengguna dan pengguna boleh memilih sendiri apa yang mereka mahukan dalam kereta mereka.

Tambah beliau lagi, penurunan harga dan komponen tidak akan dilakukan secara mendadak tapi akan dilakukan secara berperingkat. "Ambil contoh, tahun depan, kita jadikan lampu signal kanan sebagai aksesori tapi lampu signal kiri masih lagi dipasang, tahun berikutnya lampu signal kiri pula jadi aksesori dan seterusnya sehinggalah cukup 5 tahun bila konsep baru pemasangan Proton bakal berlangsung secara penuh."

Dengan wajah ceria, beliau secara berseloroh, berkata," mungkin juga kami akan mengantikan ramai pekerja Proton dengan 40 ribu orang Bangladesh yang dikatakan pengundi hantu oleh pembangkang kerana dengan pekerja Bangladesh seramai itu, kami mampu menjimatkan hampir puluhan juta untuk kos pemasangan sahaja jika dibandingkan kos menggunakan tenaga orang tempatan."

Ujar beliau lagi sebelum menamatkan temuramah, " kami menyokong penuh hasrat kerajaan untuk terus mengekalkan duti eksais kereta dan kami bagi pihak Proton akan terus sedaya upaya cuba menurunkan harga kereta kami seiring dengan dasar kerajaan yang bakal dilaksanakan."


23 comments:

Anonymous said...

hihik ^-^

Laici said...

hahaa.....nanti ada plak orang percaya

Anonymous said...

mula-mula aku macam nk percaya... tapi bila baca 2 kali baru aku paham...chettt.. hahahaha

Anonymous said...

Kalau nak murahkan lagi, aku cadangkan supaya kusyen ditukar dgn kerusi papan lapis, bumbung ditukar dgn atap rumbia, turunkan kuasa kuda kepada dua kuasa lembu..pasti akan lebi murah..! Are we moving backwards? prghh...!!Kalau tak leh turunkan cukai eksais, tukar kepada pemerintah yang mampu lakukan nya..! Proton yang dieksport ke Britain mempunyai kualiti yg lebih baik dan memenuhi specs GB dan harganya juga lebih murah dari yang dijual di dalam 1Malaysia. (e.g Proton Cares )

Anonymous said...

Tunggu macai umno bagi komen.

Anonymous said...

lol aku ingat petikan sinar ke metro ke apa.. rupenye edisi Akbar Mantot.. :)

Kerajaan tidak akan menurunkan harga kereta dalam masa terdekat..

Biasa la.. ada 5 tahun lagi nak tunaikan janji :) so relaks la dulu.. yang pasti senarai tax sedang berbaris untuk dilaksanakan.. bersama AES..

Jangan risau walau semahal mana pun rakyat Malaysia memang suka membayar.. sebab barang percuma tol percuma ptptn percuma hanya untuk low class people.. Malaysia semua high class people so membayar tidak membebankan kepada rakyat.. walau ada yang terpaksa berhutuang atau merompak.. :)

Anonymous said...

lagi satu..power window..yg tu cmne plak?hahaha

Anonymous said...

Power window, stering dan banyak lagi jadi no power kita guna kudrat yakni manual power ok bro. Yang nyata melayu sememang nya bingai nak bagi harga barang murah tapi dok undi umno bn haram jadah.

Macai BN Bendul said...

Pada masa yang sama CEO Perodua juga mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai langkah-langkah yang hampir sama yang Perodua akan ambil untuk mengurangkan kos harga kenderaan mereka. Langkah utama yang dikenalpasti adalah menjadikan pedal brek sebagai aksesori pilihan.

Untuk pemandu yang tidak perlukan pedal brek, Perodua akan membekalkan kenderaan yang hanya memilik pedal minyak dan klac bagi manual dan pedal minyak sahaja bagi otomatik. Perodua juga akan memperkenalkan kelas memperlahan atau menghentikan kenderaan dengan hanya menggunakan gear rendah dan brek tangan dengan harga bayaran yuran sekitar RM 150.

Dengan langkah ini beliau berharap agar lebih ramai pengguna kenderaan Perodua menjadi cekap dalam mengawal pemanduan mereka ala stail drift dan meningkatkan kesedaran orang ramai dalam kebaikan melakukan drift dalam mana-mana kenderaan Perodua.

Prince of Noob said...

cantek... aku konfirm sambar satu nanti. aku bukan perlu pun lampu signal, side mirror apa semua. ada pun bukannya aku guna, membazir saja...

btw jom join contest yg ohsem nih

Anonymous said...

Betul ke info ni? Kalau begitu, BN mesti kalah habis. Sebab dah kena sabotage oleh proton dan perodua ni.

plain83 said...

kalo ada mana2 editor akhbar yg percaya n copypaste benda ni, mmg LoL...

Anonymous said...

kenape aku beli kete kat jepun dgn AP sangat murah berbanding beli kete rekon yang sama kat sinih (msia)

shamsudin said...

satu lagi cara untuk mengurangkan harga ialah dengan mengurangkan bilangan tayar. cukup untuk guna hanya sebiji tayar dubahagian belakang kereta kerata dengan menggunakan 3 tayar kereta sudah boleh stabil dan bergerak ke depan membawa penumpang... ini akan menjimatkan pengguna sehingga rm20k

Anonymous said...

LOL..masuk perenggan ketiga aku dah rasa pelik dah..agak2 la kalau nak turun harga kereta pun..lagi bogel kereta, lagi murah laa? haha

Anonymous said...

sapa hina agung anak babi

Anonymous said...

daptkan ip anon di atas report kat skmm

Muhamad Hafizee Haris said...

disamping itu juga emolumen CEO proton akan dinaikkan sebanyak 300% berkuatkuasa serta merta berikutan kos sara hidup yang kian meningkat. Proton juga menegaskan kenaikan ini adalah wajar kerana kali terakhir kenaikan emolumen CEO proton adalah tahun lepas. sekian.

FatihaNur said...

ermm....

dr dulu smpai skrg...basi dah isu turunkan harga keta ni..

x jadi juga...hahaha gomen nye akujanji jdn dipercayai...

Anonymous said...

lol...

hanis said...

aku rase maksud anon June 5, 2013 at 7:18:00 PM GMT+8 tu, die menggelarkan sesiape sahaje yg kutuk Ydp sbg "anak babi".... try read it over and over again ....jgn bace tanpa memahami key..

Anonymous said...

bila la umno.bn ni nk pupus.....myusahkan.....hrga keta turun pun nnti benda lain akan naik lg...roadtax...mnyak..brg runcit...tu ni....apa macai umno naik keta lembu ke...xminum teh o ais...dasar bodo...mgampu je lbh..jilat la ketiak tuan.dato besar korang tu...moga dpt cerah biji mata...bodo punya macai...xmakan gula ke

topijerami said...

kerajaan bodoh tak pandai beza harga kereta turun dengan kualiti kereta...

orang nak harga turun bukan kualiti turun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...