Mac 06, 2013

Islam Sama Islam Perlu Adil, Islam Sama Bukan Islam Pun Perlu Adil

Selepas penyerahan diri penceroboh Lahad Datu semalam, aku memang eager betul nak tengok TV. Saja aje la nak tengok apa menteri2 kita nak komen. Buletin Utama semalam, ada ruangan pasal Najib menceritakan kesedihan dia jumpa dengan family anggota polis yang terbunuh. Najib juga menceritakan bagaimana anak lelaki anggota tersebut kata "abah,bom, abah,bom" dengan muka menahan pilu yang amat sangat.

Kemudian muncul pula segmen Rosmah. Ada tunjuk Rosmah pakai selendang hadiri pengebumian, ada tunjuk Rosmah try tenteramkan ahli keluarga dan macam2 lagilah, maklumlah Rosmah adalah seorang yang sangat multi tasking. Berbadan besar tapi lincah.

Ada jugak segmen tunjuk Hishamuddin Hussein berucap, lepas tu Zahid Hamidi. Dua orang ni aku tak ambik port sangat sebab tak kelakar. Aku prefer berita pasal Najib dan Rosmah. Lagipun, kalau aku tengok muka dua orang ni lama-lama, aku naik marah.

Komen2 semalam yang aku terima dengan jelas menunjukkan yang ramai orang kat luar sana yang telah dapat berfikiran matang dan bersatu dalam menentang ancaman kepada negara. Matang betul komen2 korang attack aku sebab aku hanya suggest satu benda yang sangat harmless, baca Al-Fatihah dekat pejuang Sulu yang mati. Bukannya kena keluar bajet apa pun. Kau jugak yang dapat pahala walaupun kau tak sama niat macam aku suggest.

Peristiwa semalam dengan jelas menunjukkan dalam bab kedaulatan negara, ramai orang yang kat luar sana yang mampu keluar daripada kepompong kepartian dan berfikir secara rasional. Kekalkan benda tu bila bercakap pasal politik lepas ni.

Dah alang2, serentak dengan kemunculan kematangan dan perubahan mentaliti yang telah ditunjukkan ni, aku rasa, ini adalah waktu paling sesuai untuk kita, rakyat Malaysia, mintak kerajaan Malaysia panggil Setev Sharibuu, bapa kepada Altantuya Sharibuu, mangsa pembunuhan kejam dua orang anggota polis, datang ke Malaysia.

Bapak Altantuya perlu diberikan penghormatan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia kerana kes ni bukan main-main. Dua orang anggota polis telah meletupkan seorang wanita bukan warganegara Malaysia di Malaysia. Jika aku bapak Altantuya, aku nak tau apa sebenarnya yang terjadi dan yang paling penting...kenapa anak aku dibunuh?

Diharapkan agar dapatlah kita rakyat Malaysia beramai2, yang sudah matang dan mampu melangkaui semangat kepartian agar bersatu dalam menggesa Kerajaan Malaysia memberikan closure kepada Setev Sharibuu. Anak kau kena bunuh tanpa ada apa-apa penjelasan, kau mampu duduk diam?

Aku quotekan la komen pertama yang diletakkan semalam oleh Anon ;
"Sebab mereka BUKAN BAPA / SUAMI / ABANG / ADIK / ANAK/ KELUARGA kau, Mantot. Tu sebab kau BERANI berkata begini. Semua ni hanyalah sekadar kata2 yg KONON KAU yang paling memahami 'apa yg pejuang rasa'. 
Andai kata yg terkorban ialah BINI / ANAK kau, aku jamin kau takkan tulis entri yg serba defensif terhadap pembunuh berketurunan Sulu ni."

Bagus. Ini adalah semangat diharapkan. Kau paham apa yang Setev Sharibuu rasa. Makin ramai orang paham apa yang Setev Sharibuu rasa dari 2006 sampai sekarang.

Aku tak paham. Sebab tu aku tulis macam semalam. Tapi janganla berhenti di situ saja. Bukak minda tu lagi besar. Ada beberapa lagi persoalan yang aku pasti rakyat Malaysia berhak tahu dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu dalam mendapatkan penjelasan terbaik dan jujur daripada Kerajaan Malaysia.

Aku pun nak sangat tahu kenapa Sirul dan Azhar bunuh Altantuya. Apatah lagi bapak dia.

Cuba bayangkan, ada Buletin Utama versi Mongolia, tapi Perdana Menteri dia dalam tu kata dia jumpa Setev Sharibuu sambil Setev Sharibuu teresak-esak menangis. "Anak, bom. Anak , bom." Mesti sayu satu Mongolia tengok...
Jom la kita ramai2, tak kira parti mana kau sokong, pro atau anti kerajaan, minta keadilan untuk Setev Sharibuu. Suarakan permintaan anda sehinggalah Setev Sharibuu dapat bertemu Perdana Menteri dan dapat penjelasan yang mampu memberikan dia penutup kepada benda ni.

Kalau kau nak kejar keadilan, kau takleh nak prejudis.Semua orang perlu dapat treatment sama. Darjat atau pangkat kena tolak ke tepi.

Dan aku rasa, kalau kerajaan kita sekarang berani face on selesaikan misteri kes Altantuya, sokongan rakyat kepada kerajaan sekarang akan kembali bersinar. Win win situation untuk semua pihak, rakyat kembali dapat menaruh kepercayaan kepada kerajaan sekarang, kerajaan dapat kembalikan imej diorang yang aku rasa memang dah tercalar balar pasal kes Altantuya ni dan kepada bapak Altantuya, sekurang2 nya dia dapat move on dan tidak tertanya-tanya lagi.

Kes Lahad Datu dah selesai dengan gemilang, tahniah kerajaan...lepas ni selesaikan misteri Altantuya. Kembalikan kepercayaan orang ramai kepada pentadbiran sekarang. Aku tengok PM kita cukup sedih bila dia cerita pasal anak beranak hilang ayah tu. Dia tentu faham, apa yang dialami oleh Setev Sharibuu.

Masalahnya, aku tengok kerajaan sekarang mengelak betul bila Setev Sharibuu datang nak bertanya soalan. Ini hal antara dua negara, bukan jenayah local. Dah la melibatkan polis dan bom C4.

Apa kata, cuba selesaikan permasalahan dia, mana tahu, untung2 menang 2/3 pilihanraya, dapatlah halang Pakatan ke Putrajaya?

Come on penyokong UMNO. Berapa lama lagi kita nak hidup dalam spekulasi? Masyarakat yang penuh dengan spekulasi, tak transparent...akan melahirkan orang yang banyak jerangkung dalam almari.


21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nk sgt media malaysia berubah 360' btol2 jd independant hahaaa!!

Tanpa Nama berkata...

Boleh ke?
Rekod imigresen pun hilang.. :)

Aku pun nak jugak tahu sampai bom dengan c4 sudah tentu marah sangat? Bukan mudah nak dapatkan C4 nak kendalikan lagi. Kalau orang Sulu dapat C4 habis sudah Sabah kena bom..

tapi berbalik kepada keadilan tu orang buka kes kat perancis tapi masih takda apa pun..




Tanpa Nama berkata...

Hai, Mantot. Thanks kerana quote komen aku. Aku tak berniat pun nak menambah persengketaan, lagi2 di kalangan kita sendiri.

Dan aku setuju ada pekara2 lain lagi yg perlu diselesaikan dgn cara kita bersatu.

Tanpa Nama berkata...

alahai... nak alih ke altantuya pulak? ikut ko lah mantot

Tanpa Nama berkata...

hehe harmless pasal sedekah fatihah untuk orang islam yang telah mati eh.. :) Sedekah je kan.. bukan paksa.. :)

Appaun betul la kita adil kena adil kat semu atak kisa siapa.. adil tu bermakna memberikan kepada yang berhak..


Tanpa Nama berkata...

kalau la altantuya tue org israel/america

Tanpa Nama berkata...

Apsal alih ke altantuya lak mantot?

mumule ko ckp psl sedekah al fatihah sesama islam kn?

hish

kaihnsn berkata...

mantot,

aku tabik sama kau dengan cara kau menarik pembaca cuba mengikut apa kau fikir. cara penulisan kau lebih kurang sama dengan raja petra. sbb aapa aku kata sama? tengok raja petra bila dia bash kerajaan ramai melayu bukan melayu sokong dia. bila dia uturn bash pembangkang pula ramai penyokong pakatan marah dia dan penyokong umno menjilat dia.

kalau aku mmg konsisten raja petra tulis apa maklumat dia dapat. cuma dia pilih apa dia nak tulis dan sapa dia nak sokong. puak umno sokong raja petra lupa apa dia tulis pasal anwar kalau betul maknanya apa dia tulis pasal najib juga betul hahaha. tapi kelicikan raja petra ramai tak nampak. tv2 utusan umno juga tak nampak. aku je nampak hahaha tahniah mantot anda berjaya mengolah pemikiran pembaca anda dengan baik.

Pn Daisy berkata...

Kenapa muka Azilah n Sirul tu ditutup? Mcm mane nk confirm yg dihukum bunuh itu mereka, muka diorang kan tutup. Kot2 dia ganti orng lain ke?

Tanpa Nama berkata...

pelacur yg dah mati pon sebok nak tuntut adil... tu byk pelacur hidop lg kat mlaysia skang ni.. tolong la diorg..krajaan dah mcm2 bantu tp diorg tetap dgn kerja diorg. lebih lumayan.. lebih seronok ...
sdekah alfatihah je la..mcm post kamu sblom ni..

Tanpa Nama berkata...

kata mereka yg hanya tahu kondem (cetek akal) episod 2..

sbelum.. "knape x guna jet bom je 100 org tu. bkn ramai pon.. beli juta2 buat petunjukan.. membasir duit rakyat.."

slepas.. "knape guna jet nak serang 100 org je..x adil.. sgt kejam.. yahudi.. duit bejuta guna utk bom. bazir duit rakyat.. "

apa kata anda?.. ini semua vangang...

Tanpa Nama berkata...

bahaya bahaya..

ada 10,000 orang sulu on the way ler
berjaga-jaga mereka mungkin menyusup masuk sebagai orang awam..


Haris Zuhaina berkata...

Hukum TIDAK BERSALAh bagi anggota polis yg tembak pelajar remaja lelaki tuh pun gone with the wind.. Almaklum, memahami keadaan
Syabash Inspektor Shahab

Fish Famy berkata...

Kes family adik ipar aku (akhir dec 2012) pun x settle lagi kat betong.. van polis langgar kereta kelisa... seorang ibu meninggal dunia , smpai sekarang anak dia dok tunggu ibu dia bawak balik ice cream.. x faham atau xsedar ibu dia dah takda.. kena langgar dengan satu van polis yg recklessly overtake 4 biji kereta double lane (bodoh ape xboleh overtake kan) sebelum merempuh kereta kelisa yg datang dari arah berlawan.. jalan kat betong sarawak bukan highway utara-selatan taw !
arwah ialah pharmacist di hospital betong... jarak hospital dgn tempat kejadian bukan jauh mana .. tp for hours baru ambulance sampai.... then the police officer boleh nicely dtg rumah suruh family redha dengan apa yang berlaku, and tak bagi husband arwah masuk campur sebab "org luar" .............panjang lagi cerita dia.. KEADILAN xdapat2 lagi...... org iban kat sana yang nak tolong tuntut keadilan utk org melayu yang jadi mangsa dengan polis.... hutang nyawa dibalas nyawa.

Master Yoda berkata...

"Come on penyokong UMNO. Berapa lama lagi kita nak hidup dalam spekulasi? Masyarakat yang penuh dengan spekulasi, tak transparent...akan melahirkan orang yang banyak jerangkung dalam almari."

Jwb penyokong UMNO...terutama kwn2 gua yg sebaya gua ni, masuk UMNO tuk dpt "duit mudah"...hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Penyeksaan dan pembunuhan kejam ke atas anggota keselamatan negara oleh pihak pengganas Sulu adalah zalim dan bertentangan dengan ajaran Islam. Walaupun para pengganas mungkin beragama Islam, namun mereka adalah golongan zalim, kejam dan menyalahi ajaran murni Islam. Walaupun ada di antara mangsa itu bukan Islam, namun dia adalah mangsa kezaliman, dan berhak mendapat pembelaan. Anggota keselamatan kita yang terkorban adalah wira negara. Saya tidak akan menerima alasan jika ada pihak mengatakan bahawa para pengganas tidak zalim kerana mereka Muslim, dan mangsa bukan Muslim adalah zalim kerana dia bukan Islam.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong mantot!

hahaha...korang ni boleh tak jgn marah mantot. aku geram la ngan korang...ko ingat sng nak perah otak menulis bg korang paham??? tp still nak marah mantot balik...

okbai.

Tanpa Nama berkata...

oh ye pasal altantuya tu, mmg misteri...sgt misteri..silap2 dua org polis tu dh hantar pi luar negara dah duk bergembira. tapi percayalah..org yg hidup bergelumang dgn dosa ni, mmg tak akan tenteram. lagi buat dosa sesama manusia..slagi mana tak dpt kemaafan manusia lain...mmg tak aman la dunia akhirat...

Tanpa Nama berkata...

sudah2 la menfitnah.. x pada reality.. anwar dah gi haji ke ye? stakat umrah tu menziarah je. haji yg betul2 diduga.. utk tentukan dan hapuskan sgala dosa..

puak2 yg membangkang pemimpin ni sbenanye semua golongan yg gagal dlm hidup.. tau kritik tau kutuk tau komplen.. miskin dan buta hati.. pemalas xde usaha nak berjaya.. tau nak senang je pastu mendengki kat org lain.. dan mcm2 lg..

sudah lah . bosan bai..

Tanpa Nama berkata...

pasal antutuya xde yg misterila.. pelacur nak ngugut2.. mmg kena lipatla.. dah ajal dia mati camtu.. terima je qada qadar mcm korg kate.. bapak dia x kesah pon anak dia mati dah lama daaah. dia pon mmg nak anak dia mati sejak jd placur . korg manetau xpaham bahse monggol... korg lak sebok2 ungkit balik. mengalahkan ayam...

Tanpa Nama berkata...

to Anon March 8, 2013 at 10:17:00 AM GMT+08:00

klu yer Altantuya tu pelacur sekali pun,perlu ke dia 'kena lipat' macam tu sekali? undang-undang mana ko pakai tu...esok dihadapan Allah SWT camne ko nak buktikan suma ni...