February 21, 2013

Pelacur Kreativiti

Kadang-kadang bila aku betul2 sengkek dekat ofis, aku tak makan. Kalau dah lapar sangat dan terminal bas Cyberjaya dah nak tutup petang2, aku akan gi MMU dan makan kat situ. Seronok jugak bila jalan2 kat situ tengok tempat yang satu masa dulu aku kena saman sebab isap rokok, tempat aku dating, lampu yang aku sepak bila mengamuk dengan awek (skrg bini) dan bermacam-macam lagilah.

Tapi kadang2 bila berada di kalangan budak2 MMU ni, aku jadi paranoid. Bukan sebab benda yang buruk pun tapi sebab satu benda yang aku ambik sebagai memalukan diri sendiri.

Semua budak MMU, mana2 yang ambik Kreatif Multimedia, dalam tahun kedua diorang, kena produce satu video klip. Aku tak terlibat dengan pembikinan dia time tu tapi.....aku disuruh oleh member aku untuk jadi pelakon utama. Aku assume sebab aku hensem.

Jadi, bila aku tengok balik video klip tu lepas dah siap, mak aih,  malu bai. Kau pernah tengok satu drama Melayu yang produksi dia ala-ala tak cukup bajet dan lokasi shooting dia asal ok dan director dia buat asal boleh, asal siap, asal ada drama? Itulah dia rupa video klip yang aku lakonkan tu.

Sampai sekarang, kalau aku gi MMU, aku jadi takut kalau2 ada budak2 student situ yang pernah tertengok video klip tu dan dapat cam aku kalau2 lecturer diorang pakai video klip aku sebagai contoh video klip yang jangan dibuat sebab huduh..."Eh,itu brader yang berlakon sedih sebab wife dia mati dalam video klip tu kan?" Makan pun kadang2 rasa tak tenang, haha.

Tapi, sebenarnya, aku tak ada la menyesal pasal kena berlakon dalam video klip tu. Satu2 nya benda yang aku betul2 menyesal sampai sekarang dan sampai bila-bila pasal video klip tu...adalah sebab....aku kena pegang tangan pempuan dalam tu. Buat pertama kalinya, dalam sejarah hidup aku...time tu, atas dasar seni kreatif dan produksi punya etika....aku pegang tangan pempuan lain.

Siap mintak maaf dengan boifren dia, yakni, kawan aku sendiri.
Kawan baik.

Jadi, aku nak pesan satu benda dekat mana2 student yang belajar multimedia, yang kena buat video klip, short story dan sebagainya....kalau boleh, cuba elakkan masukkan scene yang suruh pelakon2 kau buat camtu. Zaman muda, memang kita tak fikir sangat, tapi kalau dah tua, kalau suami pempuan tu tengok nanti2, macam mana. Kalau anak aku tengok nanti macam mana. Nasib baik masa tu aku masih tak ada awek, kalau tak letih jugak nak menjawab...takkan nak menjawab "ini semua atas dasar seni lah!"

Cubalah belajar jauhkan diri daripada benda2 camni. Nak buat video klip, buatlah, tapi kalau nak kena berpegangan tangan, berpeluk-peluk dan sebagainya...takyah la buat. Baik kau tangkap gambar  lalat hurung sampah dari pelbagai perskpektif , letak mana2 lagu K-Pop dan hantar sebagai final project.

Kita belajar pelbagai benda masa sekolah. Kita belajar pasal hukum hakam tapi berdasarkan pandangan aku, kesedaran pasal boleh tak boleh, baik buruk dan dosa pahala ni selalunya sampai lambat sket.

Zaman aku study, aku dan orang keliling aku tak berapa ada kesedaran ni. Tapi itu cerita lain kali la. Cuma apa yang aku nak pesan dengan korang, rugi besar kalau kau sedar pasal dosa pahala ni lambat2. Lagi elok dan lagi baik sebenarnya kau tersedar awal, masa sekolah menengah.Tapi aku dengan kawan2 aku sedar agak lambat.

Sebab selagi kau lambat sedar atau ada yang tak sedar, selagi tu kau akan buat benda2 yang kau akan regret kemudian hari. Aku takde la malu sangat kalau ada budak datang kat aku "Eh, abang ni mamat yang berlakon video klip isteri dia mati sebab abang minum arak dan balik rumah lambat kan, yang menyesal tengah2 hutan tu kan? Apasal abang dah gemuk sekarang?"

Tapi...kalau ada anak2 aku ke,cucu cicit aku ke yang tengok video klip tu....macam mana nak explain kenapa aku melacurkan diri hanya semata2 kerana permintaan kreativiti?

15 comments:

Anonymous said...

1st.........!!!!!!!!!!

Anonymous said...

1st

Luls said...

butoh korang first.

Anonymous said...

nak tengok video tu...bagi la tajuk video tu. huhuhu

Anonymous said...

Habis masa kecik kau buat apa. Buat bodoh macam tak de tuhan.

Md izzle said...

"Baik kau tangkap gambar lalat hurung sampah dari pelbagai perskpektif , letak mana2 lagu K-Pop dan hantar sebagai final project."

-ayat terbaik dalam esei kali ini. penuh pengisian.

Sicher said...

Upload video tu kat youtiup, bro

@Fr!^n@ said...

best!

Anonymous said...

kenapa aku melacurkan diri hanya semata2 kerana permintaan kreativiti? ayat ne memang cam FUCKING sindir..hahaha

plain83 said...

aku pelik apsal dlm cerita2 melayu, ada cerita islam pakai tudung dan baju tertutup sopan tapi bersalam-salaman dgn lelaki bila kononnya baru berkenalan... mengapa mereka terus memandang ringan akan isu haram bersentuhan dgn yg bukan muhrim? dan bila hari raya, sindrom ni makin teruk kelihatan dikalangan artists.. 'selamat hari raya aidilfitri' pastu salam salam laki pompuan... aigoooo...

Kak Mah said...

drama tv al hijrah setakat ni ok. pelakon perempuan tutup aurat, takde scene pegang2 tangan laki pompuan waima laki bini..

akak suka!

Forskning Beta said...

buat dosa boleh taubat. kalau benci benda maksiat baguslah

Anonymous said...

Bro,this is deep.Aku suka.Bagi aku entry-entry sebegini lagi baguih daripada entry yang Najwa Latif haritu.Kinda disgusting dan it shows how err,kau ni terlampau pervert sangat la bro.Hope you dont mind.Relax,ni pandangan aku.No need to get so worked up,kay?

Regards,
N.

HidayahHilman said...

malam semalam (kot) tengok rancangan panik kat tv7.. artis main game show, bila diumum menang terus lelaki (dah kawin) dan perempuan (belum kawen) berpelukan tanda celebrate... errmmm.... budaya artis macam tu ek?

dah terlalu omputih sangat.

akusegan said...

aku pernah tgk video clip tu, takde memalukan mana, in fact it was one of the memorable ones (kalau tak memorable takkan aku ingat smpi skarang kan). of course la nampak mcm x cukop budget sbb mmg xde budget, dah kate student, 2nd yr plak tu

and aku rasa xde student skang yg akan kenal ko tot, sbb dulu ko kurus hahahaha. jgn marah aaa aku suke wooo video clip tu dulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...