February 27, 2013

Kenapa Kita Tiada Kuasa Pilih Perdana Menteri?

Mengikut tradisi, setakat ni, Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat akan melantik Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tradisinya begitulah, siapa Presiden UMNO, dialah Perdana Menteri. Aku rasa kita, kena ubah benda tu, sebab itu tradisi Barisan Nasional, bukan tradisi kita.

Kita, ada kuasa pilih kerajaan..tapi...kita tak ada kuasa pilih siapa Perdana Menteri kita.

Siapa bakal jadi Perdana Menteri? Selama ni, Perdana Menteri kita dipilih berdasarkan siapa yang sekumpulan manusia yang gemar berbaju merah, menghunus keris dan bersongkok tinggi pilih. Perdana Menteri kita dipilih oleh orang-orang itu, bukan kita. Kriteria pemilihan Perdana Menteri adalah dilakukan berdasarkan kebolehan pemimpin "geng baju merah" ni berpolitik.

Padahal, sepatutnya Perdana Menteri perlulah dipilih berdasarkan kebolehan dia memacu dan memimpin negara.

Kenapa politik dijadikan asas ukuran memilih Perdana Menteri? Kenapa bukan orang lain dalam UMNO yang jadi Perdana Menteri? Aku sure ramai lagi orang bijak pandai yang lebih layak jadi Perdana Menteri ada dalam UMNO....tapi pengaruh politik jugak la yang dijadikan pengukur.

Walaubagaimanapun, jika kita hendak diberikan suara untuk memilih Perdana Menteri, satu lagi pilihanraya perlu dilakukan selepas Pilihanraya Umum, hanya sekadar untuk memilih Perdana Menteri. Ini akan mewujudkan perselisihan dalam kabinet sendiri (sebab kita orang Malaysia, hasad dengki itu normal) dan ini juga akan memerlukan kos yang sangat besar.

Aku ingin menyeru kepada Suruhanjaya Pilihanraya.

Sehari selepas pembubaran Kabinet, wujudkan peraturan agar mana2 parti politik yang bertanding wajib menamakan calon siapa yang akan jadi Perdana Menteri dan siapa yang akan jadi Timbalan Perdana Menteri. Sekurang2 nya golongan pengundi sudah tahu awal-awal siapa bakal jadi pemimpin nombor satu dan dua negara. Ini bakal membantu pengundi membuat pemilihan parti mana yang mahu dipangkah.

Sistem demokrasi kita ni dah ok. Tapi suara rakyat tu sepatutnya pergi jauh lebih besar. Setakat ni, undi kita hanya mampu tetapkan parti mana bentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat.  Kita pilih pemimpin setempat dan pemimpin negeri. Daripada situ dijumlahkan semua,.undi kita dihitung dan parti yang dapat bentuk kerajaan dilantik Tapi....berapa percent yang setuju Najib naik jadi Perdana Menteri?

Aku tak suka Perdana Menteri aku dipilih berdasarkan pengaruh politik dalam parti semata-mata. Dia bukan setakat akan jadi Perdana Menteri kepada ahli2 parti yang menyokong dia, dia jugak akan jadi pemimpin kepada negara kita.

Wajibkan parti bertanding menamakan calon bayangan siapa jadi Perdana Menteri dan Timbalannya. Dari situ biar rakyat nilai, siapa yang lebih berkaliber. Baik kepala, baiklah pemerintahannya.

Tapi ni cadangan aku aje la. Kalau kau ada cadangan lain, sila bersuara.

Gambar hiasan : Wajah tukang pilih Perdana Menteri Malaysia

22 comments:

Anonymous said...

Tak sesuai sebab kalau calon perdana menteri kalah untuk parti yang menang majoriti, macammana nak buat? Kalau list 3 org pun, 3-3 kalah?

Anonymous said...

calonkan calon bebas sbg PM........ boleh??

skulluv said...

buat je undian untuk PM masa PRU tu serentak. katakan PM tu dari parti yang tak mengusai parlimen pun takpe. Yang penting itu yang rakyat nak.

:)

Anonymous said...

Macam ni..

Lepas habis PRU parti calonkan siapa PM dari calon yang menang then rakyat berhak undi siapa nak jadi PM.

So takda la isu calon kalah tapi rakyat nak diajadi PM.. :)

Macam US buat...

just azura! said...

aku setuju! aku nak mantot jadi perdana menteri sebab cadangan beliau bernas-bernas belaka.. !

Forskning Beta said...

apa susah susah. jalan terbaik tak payah pangkah BN.

Anonymous said...

US buat undian utk jawatan PRESIDEN... kita nih mcm UK, PM berdasarkan parti majoriti di parlimen dgn institusi beraja

Anonymous said...

Mantot dah goyang nampaknya. Menulis bukannya sbb risau hal najib, tapi sbb cuak Lim Kit Siang jadi PM instead of Hj. Hadi.

Anonymous said...

assalamualaikum, :)

jangan marah saya kalau cadang camnie,. biarkan YDP Agung pilih Perdana Menteri macam sediakala, tapi proses pilihan tuh bagi telus pada rakyat. jadik rakyat akan tahu kenapa hamba Allah yg nie (maka tak semestinyer ketua parti yg menang) dipilih menjadi Perdana Menteri.
jangan macam sekarang di mana parti yg menang akan naikkan seorang calon (ikut proses tikam belakang sama sendiri kot!).. yg kemudian di-"rubber-stamp" oleh YDP Agong.

wallahuallam.. :)

Anonymous said...

Haha biasa team yang kuat tikam team lemah then kau ambik portfolia ni aku ambik portfolia itu..

said...

Kau nakkan satu perbincangan yang separa serius dan matang? Ok, tapi panjang sikit komen ni (bukan hang tak biasa baca komen aku).

Vesi TLDR: Common sense. Menang majoriti dalam pilihanraya bermaksud mendapat mandat dari rakyat. Maka pemimpin parti yang menang paling banyak kerusi akan jadi PM. Kalau tak puas hati, tunggu pilihanraya seterusnya la pulak john.

Kenapa politik dijadikan asas ukuran memilih Perdana Menteri?
Apa ni Tot? Sangat mengelirukan. Sama macam soalan: Kenapa agama dijadikan asas ukuran memilih Tok Imam masjid? Atau kenapa pendidikan dijadikan asas ukuran memilih Guru Besar? Pelik kan soalan macam tu?

Kenapa Perdana Menteri dipilih berdasarkan ranking dalam parti yang menang majoriti? Itu soalan yang boleh dijawab menggunakan logik dan sedikit akal fikiran.

Secara tradisi, jika seseorang itu berkebolehan memimpin parti untuk berjaya menang paling banyak kerusi dalam pilihanraya, maka dialah pemimpin yang layak untuk jadi Perdana Menteri. Dan bila pemimpin ni dah bersara, secara tradisinya jawatan akan diturunkan kepada pemimpin parti yang seterusnya.

Menang pilihanraya dikira sebagai mandat untuk jadi pemimpin kerana dalam sistem demokrasi, suara majoriti yang menjadi penentu (bukannya suara individu). Jika menang pilihanraya, maksudnya mendapat sokongan majoriti. Jika tak menang pilihanraya, maka...err, itu belum pernah berlaku lagi pasca 60-an. Maka, kita cuma boleh rujuk pada kemenangan tipis (contoh: 1999 & 2008).

1999 BN menang tipis, tapi itu kerana rakyat marah pada Che Det. Che Det bersara, Pak Lah naik, dan BN menang besar tahun 2004. Kemudian rakyat marah Pak Lah, 2008 BN menang tipis lagi dan Pak Lah turun, diganti Najib. Sama ada Najib dapat mandat untuk terus jadi PM akan ditentukan dalam pilihanraya akan datang. Kalau BN menang tipis, maka tak mustahil Najib akan turun dan diganti Muhyiddin. Kalau BN kalah (dan PR menang majoriti!), jadi PR diberi mandat untuk pilih siapa akan jadi PM.

Sebab ianya belum lagi terjadi, kita cuma boleh berbincang secara teori. Apa kau rasa PR akan bagi rakyat pilih siapa jadi PM? PKR nak Anwar. DAP setakat ni bersetuju. Dewan Syura PAS tak setuju. Dan bermulalah drama tigasegi.

Untuk cadangan kau yang nakkan parti bertanding untuk namakan calon siapa jadi PM dan TPM, aku petik kata-kata Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS: "Saya lihat calon perdana menteri ini kita bagi PAS lawan dululah… bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung."

Mungkin dia cuba nak translate pepatah inggeris kot yang berbunyi "don't count your chickens before they're hatched".

Anonymous said...

Mantot ni kadang2 nampak macam pandai, kadang2 nampak macam tak cerdik. Dah nama sistem demokrasi, mana yg dapat sokongan majoriti dia la yg jadi pemimpin.

PM dipilih drpd parti politik yg dominan (yg paling byk menang kerusi). Presiden parti politik pulak dipilih hasil majoriti undi ahli parti (kecuali PKR, Anwar Ibrahim tak dipilih ikut saluran diplomasi-hanya dilantik jd Penasihat Parti tapi berlagak mcm bos.

Kalo nak buat mcm pemilihan presiden mcm di USA kena la pinda Perlembagaan dulu. Nak buat mcm tu kena dapat sokongan 2/3 ahli parlimen. Malaysia adalah negara yg unik, sitem kita tak sama mcm USA dan lain sikit drp UK yg pernah jajah kita.

Anonymous said...

kita undi pilih wakil rakyat dan beri dia mandat tuk wakilkan kita di kawasan kita dan bawa segala masalah kawasan kita ke parlimen / DUN untuk di selesaikan...yg paling baik sbnrnya kita mulakan ngan calon takleh jadi calon dua2 parlimen ngan DUN...dan mintak ada kan mesyuarat peringkat akar umbi tuk tau ape masalah setempat...tak semestinya ko sokong Umno tapi kalah ko asyik membangkang aje..pegi jugak ke mesyuarat tu bentangkan ape masalah ko...dia kena bawak ke parlimen/dun jugak walaupn tu masalah bukan parti dia..masalah kt parlimen mesia ni wakil rakyat takut nak sokong usul parti lawan dia walaupn dia tau benda tu salah (mgkn bukan sala tapi tak sesuai dgn keadaan)..sama saja dua2 pihak tp mmg nampak lebih teruk ke BN sbb dia tgh pegang majoriti..harap2 nnti bila bertukar pihak yg majoriti tak jadi dah benda ni...

Anonymous said...

hai hai hai mantot.. ku fikir kau bijak.. rupanya tak... pergi baca buku...

Anonymous said...

Aku tengok ada nak jadi calon tu asik melepak kedai kopi 24 jam.. tak kerja ke apa.. melobi jadi calon agaknye..

Tapi macamana pun calon kena lulus tapisan ketua parti.. bukan kawasan setempat calonkan pun..

So kata lain takda la demokrasi sangat mana.. Orang terpaksa undi calon yang telah ditentukan mungkin dah melobi dah merasuah dan sebaginya..



Anonymous said...

Kenapa bila aku tengok gambar nih aku terfikir Running Man - scene sedang cabut-cabut name tag. hahah

yippa said...

Puak satu lagi tu, dah nak mengundi pun huru hara lagi nak pilih PM.

Sampah.

KatakBawahTempurung said...

ko..

aku agak sependapat dgn Mantot.. cuma kalau buat style US, akan makan blanja besar..

Argument simple,

1) Rakyat sokong calon, tak semestinya sokong parti.
2) Presiden parti tak semestinya disokong oleh calon2 yang menang bertanding. Presiden mungkin diundi oleh ahli parti, tapi mungkin calon yang menang sokong orang lain dalam parti.

Bagi saya, yang terbaik adalah buat undian dalam parlimen(antara calon2 untuk undi siapa nak jadi perdana menteri) sebaik diumumkan siapa yang menang dalam pilihanraya.


p/s Saya adalah anonymous dalam first komen..

Anonymous said...

Najib satu satunya PM yang tak dapat mandat dari rakyat.
Dia dipilih oleh Pak Lah untuk mengantikannya.
Sebelum tu Mahathir pilih Pak Lah tapi tidak lama kemudian Pak Lah umumkan PRU dan dapat mandat rakyat.
Najib PRU sampai la tak tau lagi bila.

Anonymous said...

Sapa tak suka Najib jadi PM jangan undi BN. Sapa tak suka Lim@Anwar@Hadi jadi PM jangan undi PR. Kalo dua2 rakyat tak berkenan...tepuk dada tanya selera!

Rakyat mmg dah awal2 tahu kalo BN menang, Najib akan jadi PM. Sebab apa? Sebab dia presiden UMNO dan pengerusi BN!

Tapi, PR kita tak tau lg sapa PM. Lim Kit Siang? Anwar Ibrahim? Atau Hj. Hadi? Sapa ketua pembangkang? Fikir2 la...

Anonymous said...

sambungan...
Lupa pulak... dalam manifesto PR takde ke nak pinda perlembagaan kaedah pemilihan PM melalui pilihanraya mcm di US?

azhan othman said...

Demokrasi Malaysia ikut acuan British yang mana PM dilantik daripada parti yang menang majoriti PRU.

Biasanya, setiap parti dah ada calon PM walaupun tak diumumkan secara rasmi tapi rakyat sememangya sudah sedia maklum. Macam BN ada Najib dan PR ada Anwar. Sebab itulah suka atau tidak kita terpaksa terima calon PM tersebut walaupun mungkin kita suka parti tu tapi tak suka calon PM.

Itulah bezanya demokrasi parlimen dengan demokrasi republik. Dan sesetengah pihak berpendapat sistem republik lebih pure sebab Presiden dipilih secara terus oleh rakyat.

Kalaulah sistem republik diguna pakai di Malaysia, sesiapa saja calon parti boleh bertanding Presiden dan kita akan saksikan Najib, Anwar, Hadi Awang, Lim Kit Siang bertanding pilihanraya presiden.

Dan situasi seseorang calon menang pilihan raya Presiden tetapi partinya tidak boleh saja berlaku.
Contohnya, orang pilih Nik Aziz jadi Presiden, tetapi PAS tak menang majoriti pun. Apa yang penting ada pembahagian dan keseimbangan kuasa antara senat/parlimen dan presiden.

Masalah sekarang, orang kita kalau bercerita pasal demokrasi republik dah macam dengar cerita hantu. Takut ya amat tapi sendiri tak pernah tengok pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...