February 20, 2013

Kau Perlu Sayangi Aku Balik Kerana Dah Terlalu Lama Aku Menyayangi Mu

MELAKA 8 Okt 2012

Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang terhadap sikap segelintir generasi muda Melayu yang semakin tidak menghargai jasa kerajaan dalam memberi nikmat serta keselesaan kepada mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, hal tersebut dibuktikan apabila ramai di antara golongan berkenaan tidak bersyukur dengan apa yang mereka peroleh, sebaliknya menuduh kerajaan sebagai penindas.

"Contohnya pelajar yang dihantar belajar ke luar negara, bila pulang ke tanah air menolak orang yang memberi nikmat kepada mereka iaitu kerajaan yang dikatakan tidak adil, tidak liberal serta menindas orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato pada majlis sarapan bersama Alumni Sekolah Menengah Sains (SMS) Muzaffar Syah dari 1982 hingga 1986, di Hotel Equatorial, Banda Hilir hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, hal demikian wujud disebabkan sikap sesetengah ibu bapa yang gagal mendidik anak mereka dengan nilai-nilai sebelum menghantar mereka ke luar negara.

"Pelajar-pelajar Melayu yang dihantar ke luar negara sepatutnya disemai dengan nilai positif selain mempelajari sejarah agar dapat mempertahankan diri daripada pengaruh negatif. Dengan mendalami sejarah umpamanya dapat membantu kita supaya tidak lupa kepada asal usul.

"Jika kita bersyukur, maka kita akan mendapat lebih banyak nikmat. Atas sebab itu kita perlu selalu bersyukur sekali gus dapat membentuk masyarakat yang baik dan mampu berjaya," katanya.

Jelas beliau lagi, ramai generasi muda masa kini sangat mudah terpengaruh dengan anasir negatif sehingga ada yang gagal menggunakan pengetahuan mereka dengan bijaksana.


...............

Kuala Lumpur, 18 Februari 2013

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati peneroka Felda agar mengingati jasa kerajaan menganjurkan skim tanah rancangan terbesar dunia itu dan "tidak menggigit tangan yang membantu mereka".

Beliau menggesa peneroka agar meneladani peneroka terawal Felda yang terdiri daripada pemimpin Umno setempat yang setia kepada "orang yang memberi nikmat kepada mereka".

"Nikmat itu bukan sahaja dapat tambah pendapatan secara berterusan tetapi juga dapat klinik untuk perubatan dan anak-anak mereka dapat bersekolah," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut menempelak golongan yang menurutnya tiada jasa kepada peneroka tetapi menghasut mereka untuk menerima bantuan kerajaan tanpa berterima kasih kepada kerajaan."Mereka tiada bukti kejayaan tetapi mereka menyeru kita jangan berterima kasih, (pesan) ambil RM500 dan gigit tangan dia.

"Kalau kita bagi kehidupan yg baik kepada anak kita, tiba-tiba depa (mereka) tumbuk muka kita, baikkah macam itu?

"Kita manusia tak buat macam itu, haiwan lainlah," katanya lagi yang turut menyeru warga Felda agar membalas budi pihak yang memberi nikmat kepada mereka dengan mengundi kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Mahathir berkata golongan peneroka perlu berterima kasih dan membalas budi kerajaan yang menurutnya berjaya mengangkat martabat peneroka – malah sehingga membolehkan golongan berkenaan mengupah pekerja untuk mengusahakan ladang masing-masing.

"Ini yang harus kita lakukan apabila kita tahu bersyukur dan tahu berterima kasih. Kalau dia bertanding (pilihan raya umum), kita bagi undi. Kenapa kita nak tolong dia, sebab dia tolong kitalah. Kalau dia tak tolong kita, kita jadi penganggurlah dulu," katanya lagi dalam majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra itu.

Dalam ucapannya kepada lebih kurang 3,000 orang warga peneroka itu, beliau mengingatkan hadirin bahawa skim Felda adalah satu bentuk pertolongan dari satu umat Islam kepada umat Islam yang lain. "Sebab itu apabila kita buat skim Felda ini, ia adalah satu bentuk tolong menolong di antara satu umat Islam dengan umat Islam yang lain," katanya.

Turut hadir dalam majlis pagi tadi adalah timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dan pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

..............

Baru gua tau....selama ni apa yang gua belajar salah.

1. Nikmat, adalah kurniaan UMNO.

2. Jika kita buat sesuatu, tidak perlu ikhlas.

3. Tangan yang sudah memberi, boleh meminta-minta.

4. Jika UMNO tidak berkuasa, kita akan jadi ke belakang.

5. Kepada mana2 masjid dan pengemis yang pernah aku sedekah duit, tolong like blog ni dan promote.

6. Main point dua artikel itu...."nikmat", "syukur" dan "menghargai," kan? Cuba carik ada tak perkataan Tuhan atau Allah atau God atau Dia dalam artikel tersebut.

7. Gambar itu....agak creepy.


21 comments:

Anonymous said...

"Kalau kita bagi kehidupan yg baik kepada anak kita, tiba-tiba depa (mereka) tumbuk muka kita, baikkah macam itu?

"Kalau kita bagi kuasa kepada dia, tiba-tiba depa (mereka) bagi susah sama kita, baikkah macam itu?

Anonymous said...

Nikmat yg diberi oleh Allah melalui UMNO kepada rakyat.

-thethinker- said...

anon # 1 ; mak kerja pencuri , bapa kerja perompak , kadang kadang pembunuh ...
tapi depa sayang anak , bagi makan yg terbaik , pakaian terbaik , pendidikan terbaik .. semua yg terbaik

bila anak besar , anak suruh mak bapa jangan buat kerja dosa , bapa cakap , hang tak bersyukur , ini semua nikmat hasil kerja abah selama ni .. anak derhaka

mr edz said...

lepas bagi IC pada pendatang hendaklah memberi undi balik kepada UMNO..

AJK Masjid said...

satu pos tok ko mantot

Anonymous said...

kalau dah sedar mak bapak kerja merompak, pencuri, tak kan selamanya kau nak biar mak bapak kau kerja mcm tu..

tak kan kau nak biar mak bapak kau kena tangkap, masuk penjara baru kau nak kata padan muka?

Anonymous said...

seriously,dia memang dah tak sayang agama Islam...aku cuma pegang doa allahyarham fadil noor, che Det akan melihat sendiri kejatuhan umno...tak lama la tu... Dia patut berterima kasih kepada org yg byr cukai mcm aku Dan yg lain.

Anonymous said...

kalau dah sedar pemimpin BN kerja merompak, pencuri, tak kan selamanya kau nak biar pemimpin BN kerja mcm tu..

tak kan kau nak biar pemimpin BN kena tangkap, masuk penjara baru kau nak kata padan muka?

aslina majid said...

Baca laju2 sampai bawah.

Baca no.7 tu... Scroll atas balik.

Hmm mmg creepy.

mecha_praline said...

nice entry

Anonymous said...

Bagaimana nikmat yang pengarah felda dapat hasil titik peluh peneroka?

Bagaiman nikmat menteri dan perdana menteri hasil kerja keras kakitangan kerajaan awam dan swasta?

bagaimana mereka bersyukur? bagi gaji lebih kepada peneroka? bagi biasiswa kepada pelajar? bagi naik gaji? bagi taraf hidup dan barangan murah berkualiti?

hmm kalau kereta aku nampak kerajaan bagi balik barangan tak berkualiti dan mahal pulak tu..

still mengharap rakyat bersyukur..

plain83 said...

Baca no.5... LoL

Baca no.6... yes, right on...

Anonymous said...

blajar tinggi-tinggi,luar negara,sampai abis phd,master,doctor dah kerja gaji mahal..jadi vip,vvip,wakil rakyat,PM,mantan PM...
bile dah kaya lawan hukum Allah...hudud tolak,najis berat pon takleh nk beza....

dlm kubur tgula soalan khas mungkar nakir..

Anonymous said...

orang tu mana kenal Allah. dia saja yang betul, orang yg tak setuju dgn dia semua tak betul. haprak!

John said...

"Saya harap orang MELAYU sedar dan boleh berfikir" - Tun Dr. Mahathir Mohamad

Anonymous said...

"Syukur" kat BN dapat BR1M tapi aku tak dapat pon :( yang boleh dapat semua gaji bawah3k je..

So nak aku "Syukur" kat BN? lol..

Baik la aku syukur kat Allah dia yang kurniakan nyawa dan rezeki kat aku. Yea Allah yang bagi nikmat bukan BN.

---------------------------------
Kalau cakap pasal Melayu Ironiknya mahathir Muhammad ni bukan orang Melayu lol.

Dia ni India Muslim @ Mamak.

Forskning Beta said...

Aku rasa Dr M tak buat apa pun zaman dia perintah.

Eh ada, dia sibuk cantas sapa yang nak tumbangkan dia.

Dengan harapan, Melayu mudah lupa.

Eh, dia bukan melayu pun.

lkjhgfdsa said...

Tapi kawan-kawan aku semua minat Mahathir. Memang diorang sanjung tinggi ar Mahathir ni.

Even yang tak sokong UMNO sekarang ni pun aku tengok diorang menyanjung tinggi 'jasa' Mahathir.

Hmmmm. Aku tak mampu nak kata apa dah laa.

Mr Sylarius said...

Pakcik kat dalam gambor tu punya lah sayang kat Mahathir, sampai muka pun nampak horny je nak cium Mahathir.

Anonymous said...

Bangang gila blog ni. Cmne aku buleh tersinggah tak taulah..

Anonymous said...

orang kata kita jgn terlalu benci pada seseorang tapi aku,isteri sampai anak2 aku usahkan gambar pengkhianat ni dengar nama pun dah meluat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...