January 04, 2013

Awkward Agama : Kenapa Orang Melayu Sambut Tahun Baru?

Kenapa orang Melayu sambut tahun baru?
Padahal sambutan tahun baru itu sebenarnya meraikan :

a. Keputusan Julius Caesar untuk menjadikan 1 Januari sebagai memperingat Tuhan mereka, Janus.

b. Dalam Kristian, 1 Januari dipercayai adalah hari incarnation Anak Tuhan

c. Ada juga kepercayaan Kristian, 1 Januari adalah hari di mana Jesus Christ memotong anunya atau dalam bahasa orang Melayu, bersunat.

d. memperingati dan menghormati Mary

dan bermacam lagi sebab kenapa Tahun Baru disambut. Tapi kau cariklah macam mana pun apa sebab orang Islam sambut New Year, kau takkan jumpa.

Hari tu ada siapa2 tengok dekat RTM, ada siaran langsung Sambutan Hari Krismas peringkat nasional tapi majoriti yang sertai adalah orang Melayu? Kalau kau tengok, kita boleh nampak Muhyiddin Yassin berarak bersama paderi sambil depan belakang dia ada orang ramai berpakaian hijau dan merah sempena memperingati Krismas.

Aku bukan nak ajak benci agama lain, dia nak sambut, dia boleh sambut tapi aku nak tau, boleh ke kita, orang Melayu...sambut Krismas macam kita ni dah sebahagian daripada diorang? Rasanya, takleh. Sebab benda-benda yang dia sambut tu berkaitan dengan spiritual dia.Tak salah kita wish Merry Christmas, kata sesetengah orang...sebab niat wishing tu datang daripada rasa hormat kita dekat agama lain. Tak ada paksaan dalam beragama. Tapi, join the celebration?

Situasinya macam ni, kerajaan kita anjurkan sambutan Krismas peringkat nasional, live, siap budak2 sekolah dan belia kena sertai. Apa hukumnya wahai mufti2 Malaysia?

Dan katakanlah...bila hari Raya, ada orang bukan Islam sambut sekali dengan kita. Pakai baju Melayu, pakai baju kurung sama-sama celebrate walaupun dia bukan Islam. Kita suka bukan? Mesti dalam hati kita, berdoa moga turun hidayah dekat dia. Kau reverse kan situasi tu, ada Muhyiddin berarak dengan paderi diringi beratus orang budak Melayu sambut Krismas macam aku tengok dalam TV hari tu.

Apa hukumnya Ustaz-Ustaz? Benda-benda  boleh atau tak ni senang aje sebenarnya. Kalau was-was, jangan buat.

Kalau kita tengok masyarakat kita di Malaysia sekarang ni, sebab kita terlalu banyak etnik dan terlalu berbilang kaum, jurang pemisah antara masyarakat tu sangat halus sehinggakan kadang-kadang sambutan2 yang berkaitan keagamaan pun semua orang sambut sebab sambutan tu dah jadi macam "a general thing." Faham tak maksud aku?

Satu norma kehidupan. Sambut tahun baru? Apa salahnya? Hanya sambut pertukaran tahun sahaja kan? Tapi kenapa, tak ada orang agama lain yang sambut 1 Muharram? Hanya kita aje yang sambut? Sebab Islam ni suci dan eksklusif atau umat Islam tu sendiri sebenarnya yang tah hapa-hapa?

Dalam sebuah negara yang majoritinya Islam, satu Malaysia sambut perayaan yang bukan untuk orang Islam. Dah jadi norma.

Jadi, satu pertanyaan...kenapa kau sambut tahun baru? Orang2 yang tak ada pendirian akan jawab, "saja, suka-suka. Apa salahnya?" Kalau ditanya kenapa, apa jawapan kau?

23 comments:

su suraya said...

sambut tahun baru dah dijadikan adat oleh kerajaan

Anonymous said...

orang melayu boleh ler... yg tak dibenarkan sambut adalah orang Islam....... mcm tak biasa kau nih...

Taufik said...

Orang melayu gedik nak sambut Tahun Baru Kristian 2013
tapi orang kristian tak kebuloq nak sambut Tahun Baru Maal Hijrah

yong propaghandi said...

Kalau dah pegangan tu tak kuat, kena cucuk sikit je...LAYU la melayu kita.

Master Yoda said...

Sokong pendapat snon di atas (January 4, 2013 12:11:00 PM GMT+08:00)

Tak semua Melayu tu Muslim ma...

Yg kata Melayu tu Muslim hanya Pelembagaan Negara..realiti, sendiri mau ingat la bro...

Try join forum lowyat, bersepah Malays yg dah murtad even dia tak annouce publicly...

Anonymous said...

tapi aku pernah attend majlis maal hijrah diorang bg award kat karam singh walia..lagi aku takpaham...

Anonymous said...

Hmm... Nabi/Quran TAK PERNAH suruh sambut 1 Januari/Tahun Baru Roman. Nabi/Quran JUGA TAK PERNAH suruh sambut 1 Muharram/Tahun Baru Hijrah. So, dua2 tak payah sambut lah.

nurulachal mamat said...

saye adalah antara hamba Allah yg diwajibkan utk ke Majlis Sambutan Tahun Baru 2013.. n tadik pun kena tazkirah.. (kita selagi berkerja kita tertakluk dgn peraturan2 kerajaan)<----- wat ever!~ rela kena tazkirah byk mane pun janji kat akhirat Allah dh tanya sy dah wakpe g gok pat de maksiat nuh!

kuli kerajaan tp saye KULI ALLAH juge. klu nk kena buang sy tak kisah. sy dah angkat ikrar klu tgk ikrar last skali no.6 taat dgn ajaran agama!

Anonymous said...

kalau tenguk tv ada ja mahmoud abbas pegi sambutan krismas koptik.no hal ja.

Anonymous said...

aku tak sambut pun tp tgk je orng bakar bunga api kat depan umah aku to...

plain83 said...

aku mcm anon kat atas yg tak sambut pun tp tgk je org bakar bunga api kat depan umah aku tu... lol

Anonymous said...

ada gak yang g sambut semata nak update status kat FB atau buat entri kat blog haha

Anonymous said...

Aku lebih tertarik ble mantot tulis 'xde paksaan dlm beragama'. Mcm xde kaitan je ko ckp ayat sblmnye 'x salah kita wish merry x'mas'..

Ko bukannya citer psl ade kristianisasi tgh berlaku pn..

Ke ko nk bgth yg ko favour pd kenyataan Nurul Izzah? Wlpn xde kena mengena? Heh

-peugeot-

Anonymous said...

aku baca post ni baru tau yg 1jan ni sambutan berkaitan kristian.
sebelum ni rilek je aku wish HNY sebab yela,tahun baru,takda kaitan agama islam ke hape.

aku rasa sebab tu majoriti melayu muslim ke half muslim ke murtad lagilah sambut new year sebab dorang sambut new year bukan atas niat sebab tu perayaan berkaitan kristian.
so,kalau betul dakwaan kaitan NY dengan jesus,jangan ar sambut.
afdal lg sambut awal muharram.
biasala kerajaan,kalau berkaitan agama islam ni memang kurang penghayatan.sebab tu la ramai umat islam dlm negara sendiri tak amik port pasal awal muharam.

pikir kool said...

xde larangan sambut taun baru dlm islam kan?

so, asal x langgar syariat, aku rasa ok kot.

stengah membe aku sambut taun baru dgn letak azam nk baiki amalan agama supaya makin baik.

so, ade gak yg dpt manfaat in shaa Allah.

Prince of Noob said...

yg jadi masalah bukan kerana sambutan tapi lebih kepada cara dan kaedah sambutan tu dah macam orang hilang akal dan takde tamadun, tahun saja ke depan tapi minda semakin mengundur ke belakang.

Anonymous said...

Org melayu ni simple je.dia nk hiburan je.cbe smbutan NY xde konsert dgn xde bunga api.msti sama dgn smbutan awal muharram.1jan setiap thn adalah hr biasa saja.manusia yg jdkn ia sesuatu.

-mia-

Anonymous said...

Aku tak sambut new year dan merry krismas.. yang ada cuma cuti tapi tahun ni new year dan cuti aku kerja.

Aku bukan ustaz tapi yang aku belajar yang paling penting dalam Islam ialah akidah sebelum melaksanakan ibadah dan syariat (ni sembayang dan segala aktiviti harian) kalau tak sia-sia aje ibarat orang kafir yang baik.

Sambut yang berbentuk spiritual menyalahi akidah bahkan mengiayakan agama lain juga kalau diperhalusi boleh merosakan akidah kerana dalam Islam hanya Agama Islam yang satu-satunya agama yang Mulia dan betul disisi Allah S.W.T. ni dari sudut akidah. Sebelum ada yang marah kalau kaji sama juga kalau akidah agama lain agama mereka je yang betul.. jadi toksah la berbalah pasal ni. hormati akidah agama lain..

Dari sudut masyarakat kita hanya menghormati mereka saja bukan meraikan sekali.. Ada kelongaran buat pemimpin negara mereka boleh hadir tetapi tidak la melakukan spiritual act.. hadir kapasiti sebagai pemimpin..


Tapi kalau dalam Islam meraikan pon ada kaedah dia juga.. :) terkinja2 dan hiburan melampau bukan perayaan dalam Islam..

Anonymous said...

UIA ada jawab masa ambang 2013

SyncRo MEOR said...

Sebab guna kalander gregorian, bukan hijrah sebagai tarikh formal ?

New year = New beginning = New shits

Tak pernah la pulak aku celebrate Greorian New Year sebab nak convert or ada rasa nak convert. But then again, tak penah la pulak aku sambut New Year. Setakat tengok fireworks ada la. Lepak dengan semua orang reminisce apa baik buruk jadi tahun lepasnye.

Apa lagi nak buat new year ? Kalau ada orang nak sembah apa2 pun pegi la. Aku nak tengok fireworks je :P

Anonymous said...

Ucap merry kristmas bkn sambut jgk ke tot?

Anonymous said...


ucap je selamat bercuti atau happy new year..

Soal akidah ni sebenrnye kena belajar dan mengaji kalau nak faham kenapa boleh dan tak..

Anonymous said...

aku dari dulu x sambut NY... bukan sebab aku ada pengetahuan ttg NY ni... zero!

err... sbnrnya aku tak minat konsert2 ni. xkiralah sambutan apa pun, ambang merdeka ke, jom heboh ke asal ada nyanyi je...rasa mmg x boleh. kalo dlm tv ada konsert @ rancangan nyanyian aku mmg tukar channel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...