December 31, 2012

Mereka Beri Rebate Smartphone? Jangan Tak Ambik! Tapi Fikir Dulu Sebelum Beli!

Ini adalah senarai smartphone yang boleh dibeli menggunakan rebate Kerajaan ; 
  1. Alcatel One Touch Inspire
  2. Alcatel One Touch Inspire 
  3. The Buzz Phone 
  4. HTC Wildfire 
  5. Huawei Ideos X3 
  6. LG Optimus L3 
  7. Ninetology Black Pearl II
  8. Ninetology Palette 
  9. Nokia 2730 
  10. Nokia 7230 
  11. Nokia Asha 305 
  12. Nokia Asha 308 
  13. Nokia C2-03 
  14. Nokia Lumia 610 
  15. Samsung Galaxy Chat 
  16. Samsung Galaxy Mini 
  17. Samsung Galaxy Pocket 
  18. Samsung Galaxy Y 
  19. Sony Xperia Tipo 
  20. ZTE Acqua 
  21. ZTE V790
Kalau kau basedkan on hardware sahaja, the best option adalah ZTE Acqua atau Ninetology Black Pearl 2. Ada Android 4.0, skrin besar, dpi ok dan dual core (Acqua single core) phone. TAPI...keputusan terpulang kepada sama ada kau sanggup atau tidak explain dekat orang mana datang fon kau. ZTE? Ninetology? Ini semua brand baru, dari China...jadi kita tak tau support dia camna. Huawei Ideos X3 tu pun agak menarik, tapi macam biasa, after sales support kita tak tau lagi macam mana

Semua yang brand Sambung tu, agak tak berbaloi sebab memang dah outdated sangat2 dan semua yang brand Nokia KECUALI Lumia 610 adalah pembelian yang tidak bijak, melainkan kau memang target nak fon camtu.Skrin bersaiz kecil dan OS yang agak ketinggalan zaman dan nampak seolah-olah nak diabandon oleh Nokia. Jauhkan diri cepat2 daripada HTC Wildfire tu....sebab tu model yang berapa kurun lepas dan support memang dah mati. Aku tak tau kenapa HTC Wildfire S tak dijadikan pengganti WIldfire tu, dengan spec yang lagi bagus dan hardware yang boleh la tahan setahun dua lagi. Harga memang boleh dapat bawah Rm500 sekarang.

Jadi, mana satu yang terbaik untuk pembelian jika anda mahu membeli smartphone dengan rebate ni esok?

Pada aku, ada 3 aje choice buat masa sekarang.

1. Nokia Lumia 610
Ni adalah yang paling bargain antara semua fon ada dalam senarai. Masih lagi disupport oleh Nokia sehingga sekarang sebab bulan depan nak update Windows Phone 7.8 dan yang paling best, perisian Nokia Drive, sistem GPS terbaik yang percuma dan terbaik.

2. Sony Xperia Tipo
Sony setakat ni masih lagi support kebanyakan fon-fon dari zaman Sony Ericsson jadi aku rasa support dia bagus. Even fon2 yang lama masih boleh diupdate ke ICS 4.0, sesuatu yang Samsung tak berapa berminat nak buat. Cuma, skrin dia kecik dan aku rasa untuk display dia tak berapa sedap. Kecik gila fon ni dan untuk lelaki bersaiz sasa macam aku, tak berapa kena la.

3. ZTE Acqua
On paper, ini yang terbaik dengan hardware yang terbaik cuma bila kita beli smartphone ni, kita tak tau 6 bulan lagi macam mana. Apps memang tak ada masalah sebab fon ni Android ...tapi adakah ZTE ni sebuah syarikat yang support produk dia selepas setahun dua? Itu kita tak pasti lagi.

...........

Apa yang perlu anda buat?

Jika aku layak beli smartphone dengan harga rebate ni, aku tak beli sekarang ni. Aku tunggu dulu. Sebab dalam benda2 elektronik ni, 6 bulan adalah satu masa yang sangat cepat.

Nokia Lumia 610 akan digantikan dengan Lumia 620, ada Windows Phone 8 dan hardware yang agak bagus tetapi harga sama dengan harga asal Lumia 610. Dalam sebulan dua lagi, akan ada Lumia 510 dan Lumia 505 yang aku sure harganya akan lagi murah berbanding Lumia 610 sekarang sebab ni nampak macam lineup untuk replace Nokia Asha.

Dalam Samsung pulak, prediction aku Galaxy Ace akan turun harga bawah Rm500 jadi itu jauh lebih berbaloi berbanding semua smartphone Samsung yang ada dalam ni sebab Galaxy S2 pun dah turun harga banyak.Kalau kau minat brand HTC, aku rasa better tunggu sehingga ada smartphone HTC lain yang masuk dalam senarai sebab Desire C atau even HTC One V ada possibilities masuk dalam list ni tahun depan.

Sony...dalam banyak2 smartphone brand yang ok, Sony paling value for money. Sony Xperia P pun dah Rm800 lebih. Sony Xperia Neo L pun retail dah cecah Rm600. Sekarang ni..Xperia U pun bawah Rm600. Tunggu sekejap lagi boleh dapat dah sekali rebate. Cukup bagus spec dia dgn harga dia.

Jadi...kalau kau tanya cadangan aku sekarang ni.

1. Jangan beli awal-awal, sabar dan tunggu dalam 3 bulan sebab list yang baru keluar tu, majoriti smartphone dalam tu dah banyak yang status end of line atau dalam erti kata lainnya, kuno ketika masih dalam kotak lagi.

2. Kalau kau nak jugak beli dan ini first time kau nak beli smartphone, beli Nokia Lumia 610. User interface paling mudah nak paham dan kau tak payah nak pening-pening. Cuma, problem dia, apps masih kurang berbanding Android. Tapi sebab Microsoft pakai tactic brute force similasikan Windows 8 dengan Windows Phone 8, masalah tu tak lama lagi rasanya akan berkurangan. Kalau kau suka Facebook, Lumia adalah fon terbaik untuk kau.

3. Sebab offer ni berakhir 31 Disember 2013, masih ada banyak lagi masa untuk kau pilih betul2. Apa yang aku nampak, permulaan ni, lebih kepada stock clearance dan bagi peluang sesetengah manufacturer gain foothold dalam market. Kalau kau tak rushing dan tak perlu lagi ada smartphone, hold dulu sampai hujung tahun depan. Masa tu, kebanyakan smartphone yang bakal keluar Januari ni bakal diganti lineup baru.

4. Baca mengenai Projek Aakash, komputer tablet paling murah di dunia yang dipelopori kerajaan India dan lihat bagaimana perbezaan pelaksanaan program di Malaysia dan di India. Baca sendiri bagaimana program itu bukannya sekadar memberi rebate kepada pembelian kepada rakyat melalui subsidi tetapi juga melibatkan penambah baikan program pendidikan dan penglibatan sektor manufacturing dalam negara.

5. Dulu, kau tak perlu risau pun OS fon kau version berapa. Aku rindu time tu, bila membeli henfon, satu2 nya benda yang kau perlu ambik tau...adalah rupa dia macam mana.

23 comments:

PELiK said...

Semua phone yg tersenarai termasuk dlm kategori small person phone. Orang macam kita ni selalu didiskriminasikan. Sedih betul.

kisah hati said...

thanks, info ni sgt mmbantu.sy memang rancang2 gak nak gune rebate ni.dalam perancangan antara nokia lumia ngan ninetology blackpearl tu.well akan fikir semasak2nyalah..

Taufik said...

btw, rais yatim kata nak revise harga limit RM500 tu dalam persidangan januari ni

so mungkin ada kenaikkan

henpon zaman la ni dibina utk tahan beberapa tahun saja
sebab manufacturer nak pastikan consumer sentiasa beli produk depa
so depa buleh untung lebih dgn kurangkan kualiti henpon & orang ramai terpaksa beli henpon baru selepas setahun dua

tak macam barang2 elektronik dulu2
sekali beli tahan sampai anak cucu

Anonymous said...

Dulu masa enpon leh dial & sms je rindu nak pakai apps komputer lam phone bila dah boleh pakai apps dalam phone masalah pulak tentang versi OS hahahaha..

ayu said...

Cmne nak dptkn rebate ni????

Solahuddeen said...

gua ada baca. ada sejumlah bajet utk rebate ni. dalam juta2 (tak ingat). gov menggunakan konsep siapa cepat dia dapat. maknanya andaikata orang tetiber semua beli phone pakai rebate and bajet tu habis, so no more rebate untuk orang yang kemudian.

nak tunggu? entahlah.

Laici said...

plan aku, tunggu dulu kejap...sebab selalunya dengan kritikan daripada ramai orang, kerajaan mungkin akan revise balik limit utk rebat smartphone tu..

sebab sekarang pun ramai orang kritik, komen pasal limit RM500 yang tak masuk akal untuk smartphone..

i mean, come on, rebat ni diberi pada belia, usia 21-30 tahun kan?

kalau untuk remaja bawah 21 tahun, sesuai la RM500 limit tu,

ok, mungkin sesuai untuk mereka yang tak kaya, takder banyak duit tapi camne plak ngan belia yang dah kerja elok? umur 27,28..takkan dorang nak beli samsung Y? Nokia? ZTE? come on, orang2 bekerjaya camni akan angkat galaxy S, blackberry, iphone, tab sesuai dengan bidang kerja dorang mcm eksekutif, jurutera, yang perlu ,simpan maklumat,melayari internet di mana2 dengan pantas, berkomunikasi via bbm@wassap tanpa masalah dan sebagainya..di samping tu nak kamera yang cantik untuk tangkap gambar project site; who knows


kenapa kena ada limit?? sepatutnya tak perlu kalau belia tu kerja 7 eleven sekalipun, dia akan tau tahap gaji dia dan takkan beli henfon beribu2..dia akan cari mana affordable dan sesuai, sama macam belia kerja eksekutif,ofis@ sebagainya..


ps: takut kalau takder limit, belia habiskan duit ke arah lain? tak bayar pinjaman ptptn? bitch please, sekarang pun orang liat nak bayar..dah umur 30,40 pun tak habis2 bayar...

Daria morgenduffel said...

pagi tadi aku lepak sama member aku. aku complain ke dia pasal rebat 500 ni.

Aku: apalah rebate ni. bawah 500 je? nak beli iphone ke samsung galaxy ke sure lah tak boleh.

Member: kalau kau boleh afford telefon-telefon macamtu, then kau mampu. kalau kau mampu buat apa kau amik rebate ni.

aku terasa macam spoilt brat di situ. hahaha!

Mango said...

buat apa kau amin rebate

Err, sebab ni pun sebahagian duit kita gak, bayar tax segala..dan Perdana Menteri kita yang buat bajet 2013 dan laksanakan benda ni..kalau dia buat program "Belia dapat diskaun untuk pembelian rumah/kereta takpun diskaun beli petrol", aku terima dengan terbuka..

tapi, dah dia buat rebat ni, aku pun kena terima gak la..

*jangan cakap, dah tu, yg kau komplen banyak pesal, amik je la - duit aku gak tu, aku nak menfaatkan sepenuhnya,buat apa terima kalau takleh ambil manfaat

Anonymous said...

mohon share boleh takkk....

-anniesha d silent reader-

Tuan Besar said...

yes yes! lumia 610 tak banyak apps. apps yang ada pun tak semua berfungsi dengan baik.

Anonymous said...

Клубничка [url=http://aftertube.net.ua/tags/%E7%E0%ED%E8%EC%E0%E5%F2%F1%FF/]занимается[/url] Русское порно про то как [url=http://aftertube.net.ua/tags/%EE%ED%EB%E0%E9%ED/]онлайн[/url]
со слабыми нервами вход воспрещен!

Anonymous said...

Rebat 200 untuk maksimun rm500 :) dan gaji bawah 3k..

kerajaan bukan bodoh kalau dia bagi rebat 200 tak kira limit harga phone tentu ramai nak beli lebih cangih..

logik ke gaji 3k nak beli enpon smartfon harga 2k tuh? 2/3 gaji bulanan tu (3k)

Tu dah kira memang mampu sesangat la.. target rebat ni untuk orang tak mampu dan memang gaji kecik memiliki smartfon.. bukan target memiliki smarfon tercangih..

p/s: orang tak mampu juga yang untung dah la tak kena tax.. dapat BR1M la dapat rebat smarfon la yea.. hehehe.. :)

aslina majid said...

Nasib baik aku dapat iphone free. Hahaha... Peduli hapa aku ngan rebat ni semua...

Anonymous said...

Apa kata ko compare spec semua smartfon tuh dan berapa duit kena tambah untuk setiap talefon tu angaran kasar..

100% Jade said...

Senang aje, kalau mampu nak beli phone mahal, xpayah la amik rebate tu. kalau aku, akan tunggu phone turun harga macam Mantot cakap. Lagipun, phone baru akan sentiasa keluar and in no time, phone yg "baru" ni akan jadi outdated jugak. Baik beli yg murah je.

Bagus ada limit ni, sebab nanti ada yang tak ukur kemampuan bila beli phone. Dah tau tak mampu, beli jugak yg mahal sbb nak bergaya..

Laici said...

sapa cakap mampu beli fon mahal ,takyah amik rebat tu bodo..

sebab kalau orang berpendapatan rendah, perlu ker dia guna smartphone.


aku ulang Perlu ker orang berpendapatan rendah, yang gaji cukup2 makan guna Smartphone, dilengkapi pelan data internet dari telco (ya,pelan tu wajib"

kenapa dorang tak wat rebat tu untuk phone apa2 jer, sebab aku rasa orang berpendapatan rendah ni tak kisah dia dapat phone apa pun, asalkan boleh guna dan smart..

org dh gaji cukup makan, kau suruh plak dia amik pelan internet dr telco utk skalikan dgn pembelian smartphone, dan bayar tiap2 bulan? apa pnya idea tu?


Otak ada tak? cuba fikir sikit wahai korang2 sekalian

Prince of Noob said...

kalau aku la, aku beli henpon tu lets say rm500. aku dapat rebat rm200 so bayar rm500 sahaja. lepas tu aku jual kat
mudah.my ke dgn harga rm400. aku dapat untung rm100.... waaa bijak2

Anonymous said...

Ni semua supaya semua orang boley follow twitter pak najib. Senang dia nak 'turun' padang.. nti kalau ada follower yg kemukakn permasalahan.. dia mention ke menteri yg dipertanggungjawabkn. Pastu ada #team1Malaysia secara maya pula.. nampakkan corak permainan kerajaan..

-N-

Anonymous said...

aku taknak tggu dah. nak beli untuk mak di kg. bhahahahaha

Anonymous said...

Perlu ke smartfon ni kalau takat follow tweeter atau facebook tu?

rebet rm 200 tu cukup ke? unternet broadband tak kira ke?



anakcikbob said...

aku ingat ko nak huraikan pasal rebat ni kena subscribe bill.hmm..

Anonymous said...

weh, aku nak tau beza samsung galaxy neo ngan alcatel one touch glory 2s.. tlg dtailkan boleh bro?? tu je yg ak mampu sesuai ng bajet ak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...