Kalau jawapan anda kepada soalan tajuk di atas adalah HELL NO! bila suami tanya camtu..posting ini bukan untuk anda.
Orait.Posting hari ini akan jadi agak panjang...jadi,sebelum baca,baik minum air dulu...tenangkan fikiran dan fikir pasal persekitaran yang sejuk......Dah?Orait.Hari ni..aku nak bercerita... Sebelum mula,aku nak tanya,
"kenapa perempuan selalu marah bila ada pihak salahkan kaum dia kalau jadi gejala sosial,keruntuhan akhlak dan sebagainya?" Sebab.....memang tu tanggungjawab wanita.Bukan aku kata.Agama kita kata.Ramai perempuan yang dah berkahwin ni tak faham benda ni....main kawin aje....tapi bila suami ada buat hal sket....mulalah meradang.Komplen pasal suami...salah tu kak. Dosa besar...tu lah puncanya....
Aku harap apa yang aku tulis ni akan membuatkan apa yang dah aku post selama hampir seminggu ni make sense.Aku tulis benda ni bukan sebab aku tak bahagia....ni lah mulut orang Melayu..gi kertas pasir mulut tu. Aku tulis semua ni sebab bila aku tak setuju dengan Dr.Mashitah hari tu respon korang negatif...bagus lah.Girl power punya pasal.Orang pempuan tegur,dengar..laki tegur,katanya sexist.
Bukak akal anda kejap...lupakan semua benda pasal sexist...aku akan try explain benda ni secara paling balance yang aku boleh.Tapi ingat...kalau aku maki kau...itu sebab kau tak berfikir.Kalau kau boleh persoalkan "HOI! akad nikah tu pun satu benda yang sexist tau!" aku takde rasa segan2 nak panggil kau mangkuk atau sudu... (benda betul terjadi dalam posting sblm ni).
Okeh....kenapa aku kata perempuan adalah penyebab masyarakat jadi lemah?
Satu aje sebabnya...perempuan jugaklah penyebab masyarakat kita jadi kuat.Kuatnya perempuan..kuatlah masyarakat.Dan semua tu dicipta melalui hukum kuasa mutlak dalam Islam. Maksudnya,dalam Islam,ada individu yang mempunyai kuasa mutlak infinite ke atas sekumpulan golongan lain.Hanya ada 2 aje dalam Islam,Tuhan bagi kuasa tu....perintah diorang memang takleh nak dilawan langsung.
Suami dan ibu....
Dua golongan ni,pegang kuasa mutlak hanya ke atas satu kumpulan sahaja.Suami..ada kuasa mutlak ke atas isteri.Ibu ada kuasa mutlak ke atas anak-anak.Apa pasal pulak isteri kena dikawal oleh suami,anak kena dikawal oleh ibu..mana fair,kata kau.Itulah hensemnya hukum Tuhan ni...Hukum kuasa mutlak ni lah yang kawal masyarakat kita sebenarnya.
Aku cuba tulis sehalus mungkin,ingat ni...once kau dah kahwin dengan lelaki pilihan kau....kau bukan setakat serahkan badan kau dekat dia,kau sebenarnya serahkan sekali emosi kau dekat dia.Dia nak kau senyum,kau kena senyum.Dia nak kau sengih,kau kena sengih.Itulah kuasa mutlak suami.
Jangan pertikaikan,selagi tak langgar hukum agama.Ayat ni,sangat2 protect kaum isteri.Tapi ramai perempuan tak suka.
Aku nak tanya,buat apa serah diri pada suami sebelum tu?Kau pilih dia..bila kau dah pilih seorang lelaki jadi suami kau,kau dah berjanji dan berikrar yang kau akan taat dan patuh dengan dia.So,accept your fate.You are the one who agree to it.
Dan,sebab ramai sangat yang kata "suami aku jahat,suami aku camtu,suami aku cilaka" aku tulislah benda ni berdasarkan pandangan anda tu..."suami mesti jahat,isteri mesti baik"
........................
"Macam mana hukum ni menjaga masyarakat kita?"
Apa yang aku baca pasal kuasa mutlak ni selalunya tak cerita secara mendalam,selalunya hujah yang diberikan lebih kepada "isteri kena dengar perintah suami" dan "anak kena dengar cakap mak." Takde explanation sangat.Pada aku tak cukup penjelasan dia orang tak nak dengar faedah dia.Bila yang diperintah (isteri,anak-anak) menjaga dan hormat kepada golongan berkuasa (suami,ibu) kita sebenarnya sedang melahirkan satu bentuk keturunan yang lebih baik dan akan keep on improving with time.
a. Kuasa suami ke atas isteri
Isteri perlu patuhi dan hormat suami,selagi apa yang suami minta dan arahkan tak bercanggah dengan agama.Ada ke yang berbulu dengan statement tu?.............Ada.Mesti akan ada yang persoalkan,kalau suami aku perangai buruk,macam mana?Kalau suami aku disyaki kaki liwat macam mana?Suami aku tak fair macam mana?
Selagi apa yang dia buat tak menyebelahi undang2 agama dan anda sendiri tak pasti sama ada dia pernah ke tak meliwat....percaya,hormat dan respeklah dia sekuat mana yang anda mampu.Jangan syak wasangka dan bersangka buruk dengan dia.Layanlah dia macam suami tercinta walaupun dia tak fair.Walaupun dia tak basuh pinggan dia lepas makan,pengotor,ketiak busuk,bulu tak cukur dan sebagainya.Walau sesakit mana pun hati anda dibuat suami anda (asalkan tak langgar hukum)....layanlah dia dengan kasih sayang.Sebab itu kunci paling senang ke syurga.
"Habis tu takkan nak diam aje diri tahan derita!"
Jawapan dia mudah...biarlah derita di dunia dengan suami yang macam cilaka dan lepas arwah masuk ke syurga,dapat jugak buat dilayan oleh 10 orang Robert Pattinson macam permaisuri.Ya,kalau anda rasa anda tak bahagia dengan suami sebab suami perangai dia buruk (bukan jahat)...tahan lah.Itu kunci ke syurga.
"Argh.Aku tak suka lah jawapan kau tu!Sexist gila!
Takkan pempuan nak tahan aje sakit hati!"
Iye.Cuba tahan.Ramai ibu-ibu yang lagi sanggup tahan daripada ambik opsyen bercerai.Aku ulang lagi sekali..kunci ke syurga beb! Orang selalu cakap,perempuan senang masuk syurga..cuba jadilah isteri yang baik,penyabar dan solehah walaupun anda bersuamikan lelaki yang tak guna macam mana pun.....
"Argh..tak nak aku dengar benda camni.Tak adil!"
Aku faham kenapa kau rasa tak adil,tapi dari bersabar tu lah datangnya keistimewaan wanita ni.Jadi,sekarang,aku masuk pasal golongan yang kedua yang dapat kuasa mutlak....
b. Kuasa ibu ke atas anak-anak...
Fakta ; Takde anak yang lebih sayangkan bapanya berbanding ibu.Bapak kena beli anak kereta mainan,barbie dan mcm-mcm untuk buat anak sayang kat dia.Mak?Mak ada sebelah kau,kau dah boleh rasa sayang kat dia.Kadang2 kau tengah main bola ke,tengok wrestling ke,dating pun...kau masih lagi mampu rasa sayang dia.Suami rugi kat situ.Tapi ada sebabnya Tuhan jadikan umat Islam ni camtu.
Ibu adalah pengaruh paling besar dalam membentuk karakter seorang anak.Takde orang lain. Trylah kuat macam mana pun si bapa nak bentuk anak-anak dia,sepanjang hidup anak...ibu lah orang yang paling lama dalam kepala dia.
Dan sebab tu lah kalau bapa kematian isteri,dia perlu kahwin lain.Sebab tanpa seorang isteri,bapa takkan mampu jaga anak dia..sebab benda tu bukan fitrah dia.Kau tanya la sesiapa yang kematian bapak masa muda,ada tak mak dia nak kawin lain?Jarang dengar.Sebab...Tuhan dah ciptakan anak-anak tak mampu hidup tanpa ibu.Special kan ibu ni?
Dengan pengaruh ibu yang sangat kuat dalam hidup anak-anak,kau cuba bayangkan apa pengaruhnya kalau anak-anak tengok ibu diorang selalu melawan suami yakni bapak diorang?Anak perempuan akan membesar jadi seorang yang tak yakin nak kahwin..tak percaya dengan lelaki.Membesar dengan membenci lelaki.Anak lelaki pulak,dia akan jadi seorang pendendam dengan ayah dia sebab buat mak dia macam tu.
Yang paling buruk yang diorang akan belajar adalah....isteri boleh lawan cakap suami.Yang paling affected,anak lelaki.Dia akan membesar dan jadi seseorang yang boleh di kawal isteri dia..semua sebab dia rasa mak dia buat camtu,dia pun kena biar isteri dia buat camtu.
"Habis,apa faedahnya kalau lelaki cilaka,isteri dia sabar?
Apa kesan dekat anak-anak ni?"
Kalaulah si ibu bersabar dan tidak melawan cakap suami....perasaan yang wujud dalam diri anak-anak adalah rasa sayang.Anak perempuan akan lebih particular dalam memilih suami,dia pasti lebih paham bagaimana nak menghadapi suami sedemikian dan apa yang paling penting,si ibu yang bersabar sebenarnya sedang mengajar anak perempuannya juga sifat sabar.
Anak lelaki pula akan belajar bagaimana nak jaga hati wanita,apa yang menyedihkan hati seorang insan yang bergelar isteri dan dia akan dapat panduan isteri bagaimana yang harus dinikahinya...yakni ibunya.Ibu adalah guide memilih calon isteri yang terbaik.Teruk ibunya,teruklah anak lelaki nya nanti.
Generally,isteri yang sabar akan membentuk anak yang lebih baik kerana watak anak-anak akan dibentuk daripada sifat ibunya..bukan bapanya.
Jika ibu jenis melawan,anak akan turut sama kerana merasakan ibu dia boleh buat...kenapa dia tak boleh buat?Itu akan bagi kesan pada si bapa.Anak-anak perempuan yang mencemuh bapa mereka dalam hati berdosa.Tapi dosa mereka tu bukannya anak-anaknya atau ibu yang tanggung.Dosa kutuk bapak ni,bapak sendiri yang tanggung.Dah la kena kutuk,dosa tu dapat kat dia jugak.
"Padan muka kaum lelaki!Kah kah kah!"
Ini lah safety net perkahwinan.Kalau bapak ade rasa takut tanggung dosa isteri dan anak-anak perempuan dia,dia akan jadi bapa yang paling baik dalam dunia...sebab beban yang dia pikul tu amat-amatlah besar.Anda kutuk lawan suami anda,dia yang tanggung.Dia tak masuk syurga,anda pun join la sekali dia kat neraka.Semua sebab dosa dia yang anda cipta masa kutuk dan umpat dia.Berat kak tanggungan suami ni...janganlah dilawan kata-kata dia.
.................
Here is the thing yang paling susah wanita masakini nak buat.
Korbankan kebahagiaan dunia.
Sebab tu aku tak setuju dengan pandangan Dr.Mashitah...based on this thing,walaupun suami kau buruk macam mana sekalipun..(dan aku ulang lagi,buruk selagi tak tentang hukum Islam) ...sabar dengan suami tu adalah kunci isteri ke syurga.
Sanggup?
Yang tu,anda jawab lah sendiri...nak bahagia di dunia ke nak bahagia di akhirat?Sebab tu aku takdelah terkejut sangat kalau ada isteri yang merelakan suami memadukan dia selepas suami tertangkap khalwat dengan perempuan lain.Ada isteri yang sanggup dan dia tak mintak cerai pun...sebab dia paham....tak kiralah buruk mana suami kau,suami kau still kunci kau nak ke syurga....
Tapi...jangan lupa pulak...dalam perhubungan suami isteri..ada satu lagi kuasa yang paling besar.Ada lagi seorang ibu...dan ibu ni lah yang akan jaga check and balance perhubungan suami isteri ni.JENG JENG JENG!
c. Kuasa ibu suami ke atas pasangan suami isteri
Ingat,once seorang perempuan dah kawin,dia seolah-olah dah diberikan hak ke atasnya oleh bapanya,sebab dosa pahala anak dah pindah jatuh atas suami.Dan ibu lelaki ni absolute kuasanya.Isteri bukan sahaja jadi hak suami...kini dia dah jatuh bawah kuasa ibu mertua dia.
Kalau dia kata anak lelaki dia mesti balik raya kampung dia dulu,suami anda mesti ikut.Dan anda sebagai isteri jangan lawan benda ni...jangan duk bergaduh,memberontak dan sebagainya.Sebab key dia adalah whatever happens....mother comes first.Siapa atas anda?Suami.Siapa atas suami...ibu suami anda.Mother comes first!
Tapi sayangnya,kalau kau bukak drama,bila ada scene menantu perempuan dengan mak mertua,mesti tak happy aje kan?Orang kata filem kita,wajah kita.Ini adalah benda yang paling penting untuk seorang isteri lakukan....dan aku akui,stigma menantu dengan mertua ni memang wujud dengan luas dekat masyarakat kita.Apa kata anda,sebagai isteri,ambik langkah awal...walaupun anda tau mertua anda tak suka anda,walaupun anda tau mertua anda suka kat calon dia...cuba ambil hati dia.Ini wajib!
Sebab kebahagiaan suami datang daripada keredhaan ibu dia.
Jadikan ibu mertua itu macam ibu anda sendiri.Dan bila seorang isteri dapat kasih sayang seorang ibu mertua yang sempurna...cycle kekeluargaan tu akan lengkap.Atuk mertua,Nenek Mertua,Bapak mertua,Ibu mertua,suami,anda dan anak-anak....lepas tu anak-anak anda akan sambung balik keturunan anda ni bergantung kepada sifat2 dan cara pembesaran yang ditunjukkan oleh pemegang kuasa mutlak mereka...iaitu kaum ibu yang dipantau dan dijaga oleh suami mereka.
Bila anda patuh pada suami,anda akan meneruskan cycle ni.Ini yang paling mustahak anda pelihara.Once anda jadi a rebellious wife,cycle ni akan terganggu sehinggalah ada orang restart balik "patuh dan taat pada suami." Takkan nak tunggu 7 keturunan baru nak mula berbaik dengan suami?
Sedar tak sedar,satu masa nanti,isteri akan jadi ibu.Bila anda dah jadi ibu,kuasa mutlak tu pulak bakal turun kepada anda.
Bayangkan....anak lelaki anda nanti lebih mementingkan isteri berbanding anda,sebab dia dapat seorang isteri yang semasa kecilnya dia belajar dari ibunya queen control itu halal?
Bayangkan....anak perempuan anda tak nak kawin-kawin sebab tak percaya dengan lelaki,dijadinya seorang lesbian,diganyangnya awek2 cun yang sepatutnya dijadikan isteri nombor 2,3 dan 4 penulis blog ni?
Teruk kan.
Bila dah jadi ibu tu,itulah untungnya seorang perempuan ni.Dia akan ada kuasa ke atas anak lelakinya....anak lelakinya pulak ada kuasa ke atas isterinya...isterinya pulak ada kuasa ke atas cucu-cucu anda....cucu-cucu anda pulak berkembang dengan menjadi lebih baik dan murni hanya kerana..pada satu tahap,ada seorang ibu yang mampu sabar dan percaya,pada akhir nanti,akan ada ganjaran bukan setakat di akhirat malah ganjaran keturunan yang hebat-hebat belaka.
Dan aku harap,penjelasan aku ni mampu buat korang menjawab "kenapa kena jugak taat suami kalau suami macam cilaka dan suka korek hidung lepas tu jentik kat bini.."
"Ok,kalau kau tere sangat pasal suami isteri ni,bagitau aku macam mana nak betulkan laki aku yang layan aku macam hamba?"
Berbaik-baik dengan mak suami anda; walaupun anda terasa seolah-olah mak mertua anda tak suka anda.Dia ibu.Kasih sayang dia unlimited.Skeptikal memang la skeptikal,anda bila dah ada menantu pun akan rasa tak ada perempuan yang sesuai dengan anak lelaki anda..tapi apa yang cantiknya di sini...apabila anda rasa tidak lengkapnya diri anda untuk suami anda daripada mata pandangan seorang ibu mertua...usaha untuk membetulkan benda tu akan ada datang dari sendiri.Lainlah kalau sejak mula kahwin anda dah dah rasa diri anda "The best wife in the world"..lagi la menyampah mak mertua anda.
Bila anda usaha,mak mertua anda ni akan tahu daripada suara anak lelaki dia.Tak payah suara,instinct pun dah boleh bagitau sama ada anak menantu dia ni bagus ke tak.Bila mak mertua anda dah kamceng dengan anda...hehehe...yakinlah,takde orang lagi gembira melainkan suami anda.Dan dari situ suami anda tu akan improve diri dia.Sebab dia happy dua orang perempuan yang dia sayang tu geng.Tak caya tanya suami anda.
Benda yang suami paling takut adalah mak dia tak dapat terima menantu dan lagilah si suami takut kalau terpaksa kata isteri dia "baik,suci dan bersih" dekat mak sendiri semata-mata nak cover keburukan isteri.Tu dia dah buat apa?Menipu ibu...siapa ada kuasa mutlak ke atas suami anda?Ibu dia...bukan isteri...
.................................
Ok..aku nak bias pulak untuk section ni dan aku dah ngantuk.Ayat aku makin lama makin berterabur.Aku fikir karangan ni sepanjang aku drive tadi selama 2 jam.Sebelum mengakhiri posting aku ni,aku cuma nak tanya sepucuk soalan....
"bilakah kali terakhir anda bercakap dengan mak mertua anda,wahai kaum isteri?"
Dan...sebab aku menyampah baca golongan2 yang selalu mempersoalkan kenapa isteri perlu taat dengan suami..aku suggest suami gunakanlah ayat ni..."Kalau mak saya suruh ceraikan awak dengan sebab munasabah..saya takdelah nak teragak-agak lagi nak ceraikan awak..mak saya lagi faham hati saya berbanding awak.Apa dia cakap saya akan ikut tanpa mempedulikan pandangan awak.Faham?"
Itupun kalau anda dah jalankan tanggungjawab anda sebagai suami la...ini adalah sebab kenapa lepas berkahwin,kuasa berat ke belah mak suami bukan mak isteri....counter balance sebab ibu ada anak support,suami ada mak mertua support.Kena jaga tu...ramai orang kita buat tak peduli...suami diugut2 sambil ajak mak isteri join sekali,nak pastikan suami terpaksa tunduk dengan isteri.Bila cuti raya tu..janganlah gaduh....kalau suami nak balik kampung dia..ikut aje balik sambil tersenyum.
Mak mertua suruh cerai karang,suruh carik bini lain sebab bini perangai tak elok...padan muka....baru la nak menangis tak berlagu...hihihihih..
Jadi,pengakhirannya....apa tujuan feminist movement sebenarnya?
Tujuan dia mudah...diorang nak masyarakat kita lemah.Diorang nak perempuan2 kononnya rasa diri dia kuat,lagi powerful dari lelaki,semata-mata untuk pecahkan cycle yang aku ceritakan ni.Once kau dah berani lawan suami....masa depan generasi akan datang pun akan dipenuhi wanita-wanita yang berani lawan suami dan suami yang tak peduli pasal isteri.
Golongan ibu adalah individu yang paling berkuasa dalam membentuk masyarakat.This is the only way,the proper way.Bukan pegi bagi bantuan atau buat meeting atau buat perjumpaan,semua itu karut.Macam mana diorang nak bentuk masyarakat dengan cara camtu.Bagi talk naikkan semangat,balik mengamuk dengan laki...apa benda?Dan sebab itu jika ada kumpulan yang nak bagi talk macam mana nak ajak isteri taat pada suami,itu adalah ilmu yang paling berharga untuk isteri tu.
Aku harap,aku dah jawab soalan "kenapa kaum isteri perlu taat pada suami" dan "kenapa golongan wanita dipersalahkan kalau terjadinya masalah sosial." Semua bermula dengan mentaati suami.Kau tak perlu rasa rugi taat dengan suami sebab anak-anak kau nanti akan balas jasa kau balik dari dia kecik sampai la dia jadi mak dan bapak orang.
Jangan kahwinlah kalau dalam hati ada rasa ego nak tunjuk dekat suami...lepas tu isteri gelar benda tu toleransi....Dalam bab keputusan suami...tidak perlu wujud rasa "toleransi terpaksa" untuk si isteri melainkan jika suami benar-benar simpati.
Hehe....aku ready aje kalau ada yang nak tembak aku.Aku cuti sekarang.Banyak masa terluang.Tapi sebelum kau tembak aku..gi tanya suami kau,tunjuk apa aku tulis.Kalau dia kata betul...betul la tu.Kalau dia suruh kau senyum sambil baca,senyum tau!Sebab kalau suami anda suruh anda senyum dan anda senyum,bukan setakat suami kau makin sayang kat kau tapi Malaikat pun akan mendoakan kau.
Jangan marah aa!Aku mintak maaf kalau cara aku tulis ni mcm cilaka tapi aku harap anda boleh faham apa aku cuba bagitau.
Fahamilah wahai wanita..you lose something (kena taat suami), but you will gain something greater that will grow bigger and bigger until the end of days.(keturunan yang baik) Bentuklah keturunan anda yang baik sekarang.Mulakan dengan diri anda sendiri...mana tau kita berbesan?Hehehe...
Dan kepada golongan suami dan ibu yang dah pegang kuasa mutlak ini,kalaulah setiap hari anda terpaksa bersedih kerana isteri duk melawan dan anak-anak buat perangai,sebelum terlena tu,maafkanlah diorang.Jika suami tidur dalam keadaan marah akan isterinya...sepanjang malam lah si isteri tu akan dilaknat.Kalau isteri tu mengandung?Anak tu sekali2 lah kena laknat dengan malaikat.
Dan terakhir,ingat,aku tulis artikel ni dengan assume "suami jahat,isteri baik" kat atas tu?Masalah ni takkan berlaku kalau ada ramai lelaki yang baik,tapi macam mana nak produce lelaki yang baik tu?
Isteri yang taat.Tak dapat suami (*edited) yang baik tapi dapat anak yang taat pun takpe,sebab anak anda akan belajar supaya tak jadi macam ayah dia.
Tajuk esok ; Finale 18SX : Perempuan Busuk