March 30, 2011

Teka-Teki Trafik Malaysia : 3 Lane,2 Kereta,Kebabomm!



Aku nak tanya satu soalan mudah aje dan aku memerlukan jawapan dia sebab benda ni selalu berlegar2 dekat kepala aku masa aku memandu kereta atau menunggang motor.


Lihat gambarajah di atas,ada jalan 3 lane,3-3 lane tu semua sama hala,
mcm kau boleh jumpa kat highway lah.

Ada 2 bijik kereta.Dalam waktu yang sama,pada tika yang sama,kereta A masuk ke lane tengah untuk memotong dan kereta B pula masuk ke lane tengah untuk mengikut arus trafik.Akibat daripada kedua-dua mereka tak periksa kiri dan kanan sebelum tukar lane,mereka pun bertembung di lane tengah.

Soalannya,
Siapa yang salah ikut undang-undang?

.....................


UPDATE:

Kecewa aku...takde sorang pun boleh bagi jawapan sahih siapa yang salah.Mana boleh kata dua-dua salah,dia mesti ada lane yang dapat priority sama la jugak macam nak keluar simpang,priority utk orang yang dari jalan besar nak masuk ke jalan kecil.Cuma dalam bab ni aku tak sure priority tu jatuh kat sapa...aku pun tak tau sapa.Aku tanya pasal ni sebab aku lalu tepi eksiden semalam.Jadi macam ni,masa tu aku tengah bukak tingkap jadi aku boleh dengar diorang duk bertekak tuduh menuduh salah sapa....

Pelik bang.Macam mana kita semua boleh dapat lesen kalau benda macam ni pun kita tak mampu nak bagi exact answer dia?Sama ada syllabus sekolah memandu tu memang sangat outdated atau kurangnya penekanan pengetahuan mengenai undang2 dekat pemandu Malaysia.Ye lah.Kau daftar sekolah memandu,kau dapat satu buku,kau baca,kau pass ujian bertulis kau dah layak dapat L.Kau ada L kau dah boleh bawak kereta,mudah gila.

Memang kita tak layak nak gelar diri kita penduduk negara maju tahun 2020 nanti kalau persoalan macam ni pun kita tak boleh nak jawab.Takpelah.Bawak ajelah kenderaan masing-masing.Jangan langgar orang sudah.

35 komen:

erinn kechiik said...

pemandu A & B salah

Qaseh Rasheqa said...

yg lane kanan tu xsalah kot, lane kanan in fact utk memotong kan...harus lah die msuk lane tgh smule sesudah memotong...

Anonymous said...

kerajaan salah...

Anonymous said...

mantot: dulu aku belajar satu basic, 'ikut kiri kecuali memotong'..ha3..

ck slmh said...

aku ingatkan bintang bendera Malaysia tadi.
haha..

ika~~ said...

Anonymous said...

kerajaan salah...

HAHAHA!
Winrar!

nabil said...

A la salah.B tu yang boleh masuk dulu.A kene make sure takde orang lain kat lane tengah.B boleh masuk anytime.

P/s:kerajaan memang salah.Cuba kalau dia buat lane bertingkat ke,mesti tak jadi macam ni

Anonymous said...

tu la namanya takdir Illahi yg maha esa.. maka pada saat dan ketika itu berlakulah ia akan kehendakNya..

Siberkop said...

Cantik lukisan bintang tu.

Jawapan saya, kalau dah dua2 mengaku mereka tak pandang trafik, nampak sgt dua2 salah. Bayar la sendiri repair kereta.

mr edz said...

samy vellu salah.. mahathir pun salah.. sebab kena bayar tol mahal gila babi

Pidut ASiS said...

salah orang yang buat tol..kalau tak da tol,accident pon tak la terasa sangat sebab tak kena bayar tol...just byr ganti rugi je..ni dahla kena ganti rugi,tol pon kena bayar...

Anonymous said...

aku lebih rela langgar traffic light dari tak bagi signal..
bahaya woo...

alien said...

dua2 salah, sbb tak pandang mana2
keh3

samy bellu said...

kalo da nak jadi, jadi jugak dey.
kalo da sampai itu ajal, mati jugak la dey.
kah kah kah.


*jangan lupa itu tol maw kasi bayar jugak ya. nanti saya apa maw makan tambi? kah kah kah.

Harith Z. said...

klu kat msia, ak rase A akan rase lebih guilty daripade B. sbb righthand driver, A patut nampak lagi luas

Stereo Mouth said...

tiga-tiga lane salah... kereta proton yang diorang bawak tu pon salah...

Anonymous said...

Kereta B salah, lane 3 tu kan kena bwk keta laju2 kan???.....

Kalu kat Highway German, sapa tak bawak keta laju2 kat Lane paling kanan dia yg kena saman...

jadi keta B la yang salah.... kalau nak bawak kete terhegeh2.... jgn berani2 cuba guna lane yg paling kanan.......

julie"anne said...

Cane blh kate kt jerman lane plg kanan...left hand drive kut.haha.

mr said...

ini semua salah umno.

Biaqpila® said...

tengok pemandu la,kalau pemandu tu org umporno(formely known as umno) tak salah...undang2 depa pegang....kahkahkah!!!


http://www.facebook.com/pages/UmporNO/191604074215046

free compass said...

"ikut kiri jika tidak memotong"

Kap said...

Proton!
made by Milo can.
huhuh.

Farah said...

A la salah. Kalau 'ikut kiri jika tak memotong', why the **** potong ke tengah?

Kerajaan pun salah, patut kasik polis bodyguard bermotor utk kita semua mcm kereta dato'2. Dgn cara ni, nak langgar lampu trafik merah pun boleh. Hoyee...

super-1 said...

kalau ikut undang2, sape yang langgar die yang salah. since dua2 berlanggar, biasenye court akan suro A bayar kerosakan kereta B dan begitulah sebaliknya.

Naqib Mohamad said...

setuju dengan super-1

wartamaya said...

Dua dua pun tak salah. Pegi wat report polis dan claim insurance masing masing. Kalau nasib baik, jumpa kat hospital sebelah katil.

xordy said...

aku actually dah beberapa kali dah kena situasi camtu, cuma aku ni a bit paranoid, so selalunye bila aku nak tuka lane, aku tengok semua benda. and luckily, tak pernah acident.btw aku adalah pemandu B, aku jarang drive kat lane belah kiri kalau aku drive kat highway 3 lane. jap, bukan ke lane belah kiri untuk kenderaan berat sahaja?

Anonymous said...

Aku rasa A yang salah..1st sebab A memotong dr belah kiri sedangkan kalu nak potong mesti ikut kanan..2nd sebab A xalert dgn keta dr arah kanan.cth mcm bila kita kat bulatan..kt kena perati keta dr arah kanan dulu..xda keta baru bleh masuk,tu pun kalu blah kiri clear..

Anonymous said...

rasanya kerajaan perlu buat had kelajuan minima bagi setiap lorong.

Anonymous said...

yang paling bersalah adalah yang berada di lorong tengah. dah tau slow.. masih nak dok lorong tgh. menyusahkan org lain jer..

killthepervert said...

skrg da jadi trend kat mesia ni..lane tengah adalah lane untuk bawak slow...lane kiri kanan jadi kelam kabut sbb tu lah...haishhhh

Anonymous said...

keta kiri salah...sbb keta kanan ada right of way.
basic rule for righthand drive.

xxyy said...

Di mana pegawai polis yang buat speed trap and/or saman ekor? Kalau dia dah tahan kat depan, konpem la x berlaga kete A dan B muahaha ekonomi negara pun masyukk

Abang said...

Setuju dgn anom 12.56pm. Asas memandu beri laluan pada kenderaan di sebelah kanan memintas dulu spt di roundabout. Pemandu di kiri mesti lihat kenderaan di sebelah kanan baik di depan atau belakang sebelum membelok ke kanan dan begitu juga bila hendak membelok ke kiri, perhatikan jika pemandu di kiri memberi laluan.

Anonymous said...

aku rase B salah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...