May 19, 2010

Biarlah Dapat Baby Pun Asalkan Gua Pancut Dalam dan Gua Klimaks Kepuasan!

Aku percaya,orang yang dah berkahwin,benda yang paling dia risau adalah tempoh bila dia mencuba dan mencuba,adalah tempoh bila nak tunggu isteri itu mengandung.

Si suami akan merasakan,"adakah aku mempunyai low sperm count atau sperma ku ini tidak berkualiti,tidak ada satu pun yang dapat berenang bebas lalu berpaut ke ovum wanita."

Si isteri pula,aku rasa,akan berfikir,"Adakah rahim ku ini sempurna?Adakah dapat tubuh aku ini menampung beban bayi itu nanti?Apakah akan berlaku complications?Adakah suamiku akan carik orang lain jika aku tak boleh mengandung?Adakah suami aku akan carik orang lain bila aku mengandung dan tak dapat berikan dia pelepas nafsunya?Adakah baju itu akan membuatkan perut mengandung ku terkeluar?Apakah makeup yang sesuai dipakai ketika bersalin?Bagaimana perasaannya jika vaginaku di periksa oleh doktor muda lagi kacak?"

Bermacam-macam persoalan!

Bila aku bukak paper atau internet,makin kerap pulak headline berita ni yang berkait dengan buang bayi,tanam bayi,bayi dijumpai di sampah,bayi dijumpai di surau,bayi baru lahir diliwat...sempurna lahirnya,takde complications,mak-nya biasanya mesti budak tak berakal sangat,bapaknya mesti mangkuk ayun,tapi Tuhan satukan jugak benih diorang berdua dan lindungi diorang semasa proses mengandung hingga proses bersalin.Kesimpulannya,selamat!

Seolah-olah lebih mudah proses mendapatkan anak luar nikah.Ada ramai lagi pasangan suami isteri yang dah halal zuriatnya mencuba bertahun-tahun tapi still tak mampu menimang cahaya mata.Soalan aku,adakah ini semua laknat Tuhan ke atas kita,orang Melayu Malaysia?Sebab takde pun kedengaran kes bayi orang Cina atau India dibuang.Alih-alih bayi Melayu yang dah sah Islam.Jika nak buang bayi,jangan buang.Hantar la dia dekat pintu tadika mana-mana waktu subuh.Bagi la dia peluang hidup.

Tuhan sedang memenuhkan Malaysia dengan anak luar nikah; bila lebih ramai anak luar nikah,lebih cepatlah tempoh manusia di bumi tamat.Yang lebih menyedihkan,orang Islam sendiri menjadi penyumbang kepada mempercepatkan kiamat.

Bukan sebab nak jumpa Tuhan....tapi sebab tak reti nak pakai kondom.
Kondom tak feel.Tak cukup inzal.

51 comments:

panji alam said...

Tot..adakah pd suatu masa akan datang ramai org melayu ber bin@binti kan Abdullah?

1st time wa bg komen kt blog mantot..sebelum ni dh setahun rasanye just silent reader..

Mantot said...

errr..mana aku tau.Tapi kat Malaysia,tanda2 kiamat tu dah terang2..pemimpin korup,zina,judi halal..besar kemungkinan akan makin ramai la yang berbin/bintikan Abdullah ni.

mak aku berbintikan Abdullah sebab nama atuk aku mmg Abdullah.Orang panggil dia Pak Lah.Dia polis.Aku gi gunting rambut,orang tanya kau sapa,aku jawab aku "Cucu Pak Lah Polis," semua orang respek.

Skrg nak kata "Bapak aku polis" pun segan..

Mantot said...

Terima kasih sbb baca apa aku merepek selama ni.Aku betul2 terharu.

mr edz said...

bebudak melayu yg beromen ni bengap.. pakailah kondom.. menteri pon bengap jugak.. cari jalan camna nak tangani buang bayi.. cari la puncanya zina.. jalankan hukum zina ikut quran.. 100% berhasil.. kalau tak percaya maknanya tak percaya pada Allah la.. senang

Cieri said...

budak budak kat jepun yang sah sah tak islam @un tau pakai kondom kalau nak buat. yang pompuan dia pun ada kesedaran kena pakai kondom taknak bagi termengandung atau kena AIDS.member aku yang jepun pernah gak cakap tu satu tugas pompuan tuk ingatkan partner dia pasal kondom and ada hak nak tolak taknak buat kalau partner tak mo pakai kondom.
kat mesia?takpe~ termengandung boleh buang baby.
Gilo ke ape

Nerzhul said...

jangan dekati zina. pegi mengaji.

Master Yoda said...

mr edz...wa sokong komen lu..

wa benci tul ayat2 ni

" kite tak leh laksanakan hudud atas tuk menjamin keharmonian antara kaum"

ni alasan bangang bg wa

'AQILAH said...

cakap je negara islam, tapi tak laksanakan ikut islam...semalam berita tanam bayi budak 15 tahun dengan 19...pmr pun tak lepas lagi dah menggatal, repek2 je la sekarang ni...

Lina Rahim said...

Pandai pakai kondom tak pandai pakai kondom. Kalau kita teliti akar umbi permasalahan ini adalah duit hantaran dan adat Melayu yang tak selari dengan hukum.
Tuhan dah beri jalan untuk lelaki dan wanita bersama, melalui pernikahan yang cukup simple, tetapi adat melayu yang berlebih-lebihan membuatkan generasi masa kini beranggapan perkahwina memerlukan banyak wang.
Itu belum termasuk alasan-alasan "tengah belajar lagi, gaji kecil, belum bekerja lagi, belum cukup kumpul duit rm40k, pasangan belum sesuai,etc"
Kalau budak-budak belum lepas PMR pun nak 'itu' juga, kahwinkan saja.

cik Siti said...

Malaysia bukan negara Islam, tapi negara Melayu.

Anonymous said...

semalam pembantu rumah diberi gaji cuti satu hari dan passport di pegang oleh pekerja. kadang2 aku x fikir bayi2 tu org melayu punya. mungkin pasangan2 foreign wokers ni yg punya. mungkin. tapi yg kuar paper pagi ni, aku rase provokasi jer. mungkin.

afiqsiddhartha said...

tepat sekali cik siti. 10 markah untuk anda.

Hashim said...

Tot....terpancut aku singgah kat sini. Telah diberi peringatan: Jangan hampiri zina, sesungguh zina itu sekeji-keji perbuatan

1] Apabila lelaki & perempuan berduan, syaitan tidak berkata pergi le bernikah.......walaupun mereka memberi alasan kami cuma sembang-sembang bukan buat apa-apa...syaitan akan kata buat le zina untuk buktikan kasih sayang

2] Apabila telah mengandung dan lahir anak luar nikah...syaitan tidak berkata bela aje budak ni.....pasti syaitan akan kata bunuh aje budak ni....

jauhi diri anda dari syaitan laknatullah..

JePh said...

diorang buat semua tu mungkin sebab nnt bila bayi tu mati,bayi tu akan masuk syurga,lepas tu bayi akan doakan yg baik2 utk ibu bapa dia yg berzina tu.mungkin tu tujuan asal mangkuk2 ni..hahaha! mcm sial beromen x pakai kondom,pastu seksa anak..menyirap aku!!

Aqram said...

tak ckup inzal
betul! mcm celaka pnya alasan

aku pernah tanya budak perempuan yang baru di hantar untuk di pulihkan masa aku kerja sukarela dengan jabatan masyarakat kat penang dulu.

"apasal adik tak suruh bf adik pakai kondom? tak lah mengandung" tanya aku.

"tak sedap bang, tak rasa", jawab dia selamba.

mcm sial kan?

beep said...

aku rs isu nya bukan isu kondom.isu kondom patutnya hanya wujud dalam kehidupan suami isteri sahaja.isunya amar makruf nahi mungkar.so tak payahla nak mengajar budak2 tu pakai kondom.mcm bengong je.sekian

My_Aqeelah said...

cina & india tak buang anak sebab diaorg tak payah nikah tapi boleh duk sekali. lagi pun boleh kawin time perut dah besau, takdehal. orang melayu ni lebih takut & malu pada manusia dari takut pada Allah. Jadi amik jalan mudah...buang. Sekian.

Anne M. said...

tak berani komen..
eden tak kawen ag.
tp berdasarkan dari pandangan membe2 cina/india,
diorang cakap..
ada anak befire kawen susah ma..
itu duit ini duit..
tp dorang persoal melayu buang anak tak takut dosa ka?
aku

gulp!

Riochan said...

@lina rahim
Yup..skang ni rmi yg teringin nak kawin. tp bile pk nak kna klua puluh ribu blanje kawen, nak tanggung anak bini terus xjadi..skang ni pmikiran dowg:
nak sex?cari org yg sudi.
nak teman?couple je.
nak makan?GF bole masakkan.

last2 dowg pkir baik xyah kawen sbb pkir xde function perkahwinan ni.

Ps:Adat kdg2 menyusahkan.bkn xle pki adat tp bia la berpada2.

J. Love said...

"Adakah suami aku akan carik orang lain bila aku mengandung dan tak dapat berikan dia pelepas nafsunya?"

seriously, ada jawapan tak untuk persoalan di atas?

Ara said...

aku suke jwpn lina rahim, dan ya, byk kali aku ter-pk mcm yg dipikirkan cik j.love...huhu...

Anonymous said...

j.love,kalo suami seorg yg beriman dan bertaqwa + ada otak, die xkn wat cm2.soh die g masjid,amik wudhu,ngaji,smayang,blaja kitab,berjuang tuk PAS.nk kawen,kene cari laki soleh.ok ppl!!??is dat clear??!!

lina rahim:u r so rite bout dat.perempuan yg pling mulia adalah ppuan yg paling rendah nilai maharnya..adat melayu menyusahkan dan menambahkan maksiat.p/s:Islam itu indah,Islam itu ketenangan;)))

Anonymous said...

watch this and other videos of dis brother..find Islam,find happiness-http://www.youtube.com/watch?v=wsYOI1pDssI

s e h a said...

kenapa bukan bayi cina dan bayi india yang dibuang
kenapa bayi melayu ?
sebab
basically first thing first , orang india orang cina bukan kisah sangat pun mengandung sebelum kahwin ke , sex sebelum kahwin ke
adela jugak family kisah , tapi tadela sampai jadi issue
menteri cina berzina pun , buat sidang media
jadi presiden
apedehal


lagipun perempuan yang mengandung anak luar nikah ni
Allah tolong dia
lancarkan proses bersalin
masa mengandung perot kecik je , memang tak perasan
itu yang dah siap beranak , buang baby dalam toilet
sambung masuk disko balik


=(

kidd said...

aku pun silent reader bro mantot.skrg baru nak komen.

memang aku sedih jugak la dgn apa yg berlaku kat malaysia ni.aku dh ada anak umur 7 bulan.kdg2 aku pikir,x kesian ke pada baby yg kena buang tu? x takut dosa ke? aku kdg2 try gak imagine,mcmna aku kat padang masyar nnt.takut woo..

so far bro mantot,aku suka baca apa ko taip kat blog bro ni.best & sinikal.x ramai org mcm ko bro

Anonymous said...

kepincangan hidup masyarakat kita,
sbb Islam mewarisi, bukan menghayati.
haih melayu.

withoutmotive said...

teringat pepatah malayu..biar mati anak jangan mati adat....aku rase da mula berjalan dah pepatah tu..adat duk sebok nak kawin glemer2..hantaran x yah cakap la..aku yg bujang ni pun takut nak kawin....ptptn pun x abis bayar lagi..haha..pastu bila ade yg mengandung anak luar nikah, name keluarga msti didahulukan..kandungan letak tepi..last2 janin duk kena makan ngan anjing kat tmpat pmbuangan sampah..

~Blabberina~ said...

salam.kita baru je balik tgk Caught in the Middle..best tgk citer politician n mcm2 lagi..

wan said...

terpancut aku masuk sini.. ayayai~

H.A.K.E.E.M said...

Aku pernah t'dgr petikan ni; Tanda2 hampirnya kiamat adalah banyak dajal yg turun ke bumi. Ape yg kite lihat bnyk anak2 luar nikah tu adalah anak2 dajal yg keluar ke bumi. aku pown xtau, wallah'ualam~

p/s:sekadar berkongsi.

GR33N said...

jgnlah galakan zina dengan pakai kondom, karang tak psl2 dapat saham sekali.

kene cari jalan untuk galakkan perkahwinan, hindar maksiat dan zina, selamat dunia dan akhirat, selamat Malaysia.

Janganlah pula kerana RAJA SEHARI, HAMBA SELAMANYA.

someone said...

terpancut disini,

mmg skarang nie.. adat depa penting kan... nak kawin pon susah... jadi bila pikir kawin susah.. perlu itu ini itu ini.. so mereka yang dah sangat tak tahan tu.. yang terlanjur... bila dah terlanjur ter pancut dalam... bila dah jadi baru menyesal... tiada kesudahan.. jika untuk nak dapatkan yang halal(nikah) skarang nie cukup susah... haihhhh

Anonymous said...

Dalam ramai-ramai readers yang comment kat sini, agak-agaknya ada tak yg cakap tak serupa bikin? Aku rasa ada. Mungkin ada terselit sorang dua.. kat sini pong pang pong pang cakap zina tu haram la berdosa la bla3, tapi sebenarnya kat dunia luar tu, dia pun contributor. berpeluk-pelukan bf/gf, pegang2 tangan time jalan2, cium2, geli2.. ada sapa2 yg berani mengaku?

budak2 muda zaman sekarang kebanyakannya pelakon handalan.

-aku yg senior-

Anonymous said...

dan lagi satu, korang cakap pasal hal susah nak kawen... aku tengok ramai yg setuju apa lina rahim cakap.. memang betul apa dia cakap, tapi bila mak bapak korang kecoh nak buat kenduri tumbang 3 4 ekor lembu, jemputan 5000 orang, mas kawen 18k, serba satu etc, ada korang bantah? atau korang sendiri yg suka sbb dapat buat kenduri grand?

ada ke budak2 muda zaman skrg yg nak buat kenduri ala kadar, takat jamuan kesyukuran lepas nikah? ha? ada ke?

Anonymous said...

ya Allah.ade la.budak2 mude yang pakai otak,yg phm agama.ok??!!cum on ppl.atr ramai2 yg bc blog ni, ade x yg btol2 phm Islam.ak rase mostly islam keturunan.guys, we must explore our religion ok.ape ertinya kte menganut islam ni???dun be like typical malays-islam hanye pd solat,tutup aurat,puasa,raye,umrah,haji etc.theres more than dat.mantot, ak rase ko kene expand pemikiran followers ko.u hv d opportunity bcoz pl hv trust in u.i think its time 4 u to do sumtin tuk agame ye bro mantot.peace!

Anonymous said...

jijik aku dgn title.

Anonymous said...

to Anon May 20, 2010 8:01:00 PM GMT+08:00

hish kau ni. aku cakap MESTI ADA TERSELIT SORANG DUA yg cakap tak serupa bikin. aku tak cakap SEMUA.

ngek.

budak kecik said...

serius setuju pasal hal adat menyusahkan.
saya dah minta nak kahwin.
tapi ibu bapa dia yang xbagi.
saya perempuan.
si lelaki pun kena maki sekali.
saya xminta hantaran, cukup dengan mas kahwin.
"perempuan yang paling tinggi darjatnya ialah yang paling rendah maharnya."
tapi kenapa nak halang?
xkan setakat 'umur baru 19' dijadikan alasan?
kami cuba untuk menghalalkan pergaulan kami, tapi dibantah.
agaknya malu kot kalau anak belum habis belajar tapi dah kawen.
sanggup biar anak bergaul xtentu pasal daripada setuju dengan permintaan anak untuk berkahwin.

:(

Riochan said...

@anon(3 4 ekor lembu, 18k)

Aku lelaki, xwat kenduri belah aku.Just hebahkan kat semua org je..org sekeliling nak kecoh?lantak la,yg penting aku da ckp aku da kawen..psl nak bantah hantran mahal ke ape ssh mostly la sbb famili yg tetapkan..so actually masing2 ade peranan nak di mainkan. everyone kena pkir wats d best for all..kalu famili gal letak hntran tggi pstu lelaki da pk ssh xgune gak..semua kena tolak ansur la..

Anonymous said...

adei.kenapa ramai buat statement 'budak-budak sekarang ni tak reti pakai kondom ke?'. =.=' .aduh.ni dah macam menghalalkan yang haram.

persoalannya sekarang,kita mahu membanteras zina untuk menyetelkan problem buang bayi.

bukan suruh diorg pakai kondom untuk prevent daripada fertilisation ovum ngn sperm tu berlaku.adei.

maman said...

setuju anon...jgn kita suruh budak2 pakai kondom utk beromen melainkan diorg tu suami isteri yg sah. suruh diorg pakai kondom maknanya galakkan diorg berzina..."kalu awak pakai kondom nnti tak mengandung...so lepas ni boleh la rasa "sedap" seminggu sekali sbb awak takkan ngandung...mak bapak kita pon takkan tau punye..."

Takkan nak cegah kes buang anak luar nikah tapi at d same time galakkan buat dosa besar dgn zina?

Anonymous said...

betul tu maman.sebenarnya aku risau tgk remaja2 melayu sekarang.mereka banyak betul masalah sosialnya.cek kt you tube,byk je vid budak2 melayu ni beromen,merempit.aku betul2 risau sebab tak ada pelapis negara kelak.kaum2 lain,kaum cina misalnya,ada yang panggil melayu sebagai 'malay pig'.aku tak kata semua chinese racist,tapi tetap ada segelintir yg wujud.dan kalau mereka bersungguh-sungguh jatuhkan Melayu,tak mustahil kerana benteng kita tak kuat,disebabkan lemahnya remaja2 kita.aku pergi btn,depan faci dan jurulatih mereka cakap baik,ok dan sebagainya.tapi lepas balik btn,ade yang menulis dalam fb ; hentikan daripada bagitahu semua reasons bodoh tu.??apa kejadahnya.

saya menulis bukan kerana racist.bukan mahu berkata buruk tentang kaum lain.bukan mahu bangkitkan sentimen perkauman.cuma mahu mengingatkan.kita tidak lagi selamat di tanah air sendiri,meskipun kita adalah peribumi negara ini asalnya.ada saja pihak yang mahu menjatuhkan melayu.kita dalam kedudukan selesa disebabkan masih wujudnya sistem beraja di negara ini.

marilah belia kita sama2 sedar dan bangkit untuk memajukan bangsa dan tanah air ini :).

Tanpa Tiub said...

satu jer aku nak cakap..

laksanakan saja hukum&undang-undang Islam

Anonymous said...

jangan salahkan kaum lain,kaum sendiri yg menjatuhkan maruah melayu. sekarang paling penting ialah membangkitkan semangat melayu untuk lebih memahami ajaran2 Islam, bukan sekadar pergi masjid tapi tak tau apa yang tersirat dalam Quran, bukan sekadar melaksanakan hukum2 & undang2 Islam semua melayu boleh patuhi. Pengajaran Islam memainkan peranan penting dalam membentuk sikap masyarakat, harap Kerajaan dapat melaksanakan pengajaran Islam yg lebih senang difahami oleh melayu bahkan berbilang kaum rakyat Malaysia, dan mengenakan hukuman yg berat terhadap sesiapa penganut Islam yg melakukan kesalahan disisi undang-undang Islam seperti judi, zina, poligamy terutama tokoh politik yg merupakan pucuk pimpinan masyarakat.

Melayu ialah Islam tapi,
Islam bukan sekadar Melayu sahaja, saya Cina, masuk Islam kerana tertarik dgn pengajaran Islam & kesucian Al-Quran.

Anonymous said...

betul. laksanakan hukum & undang2 islam. kata negara islam? haish

Anonymous said...

Hello, ni lagi satu silent reader yg nak bersuara.

Kalau nak tengok, see the big picture ni :-

Kate la kawen muda2 just nak legitimise sex halal. Baru lepas sekolah, kawen cepat2 kerana tak tahan nak syiok and tak nak buang baby, what happens lepas 5 tahun? Anak dah keluar 2-3 ekor...baru sedar "oh ini lar alam kawen" Next step - cerai la coz dah basi dgn responsibilities. Siapa jadi mangsa nak jaga anak2 di rumah? Trust me - semua jatuh kat kepala grandparents pula. Kononnya...nak sambung studies ke or baru nak cari keja kat tempat lain. Status pun dah jadi Divorcee with kids at the age of early 20's. Ambik kira 1generasi lagi in future - status SINGLE sudah kurang di kalangan orang Melayu but half bro/sis dgn ibubapa yg lain akan bertambah. I tell you, it's clear that in future Malays will face the larger part of dysfuntional family in society.
Sorry but it's a fact.

Alpha Anne

seorang ibu said...

menangis tiap kali tgk gambar baby kena buang,tiada nilaikah bagi mereka?tidak tersentuhkah naluri keibuan/kewanitaan setelah mengandungkannya?..aku adalah antara ibu yang ingin menambah zuriat tetapi belum diizinkanNya.redha.

Anonymous said...

aku stuju sgt2 ape yg lina ckp...
anak mude yg nk kawin pd usia muda,parent stuju je lah..dieorg xpkir ke lau x bg kawin nnti memberontak plak ank 2..n blakulh bnde yg x elok pastu mula la nk salahkan ank..kdg2 parent ni die pkir bdk remaja zmn skrg hdup mcm dieorg kot pd abad ke 20..hello,,skrg dh abad 21...dunia dh brubah..kdg2 aku pkir jg,byk org duk wt bimbingan kaunseling untuk budak2 skolah..sepatutnyer mak bapak pun kne brainwash skali...pkiran kuno..kdg2 mak bapak je lbih2,ank bkn nyer lawa sgt..nk hantaran berpuluh2 ribu..lau mcm artis,model xpelah jgk..alasan masih study lg la ape la..even ngah study pun ok jg cume komitmen je la tngggi ckit..btul x???

Anonymous said...

susah nk ckp, tp bukan salah mak bapak demand hantaran tinggi... diorg nk yg terbaik untuk anak mereka.. biar yg stabil kewangannya..
klw xde, cari orang lain...

tp mak bapak ingat pengganti itu sentiasa ada di mana2, bkn senang nk cari org yg betul2 ikhlas satu sama lain.. tambahan pulak nk kawal jiwa muda, lagi la mencabar...

mieyakie said...

xkesahlah pakai atau tak tapi yang penting kena tahu halal atau haram sesebuah pertalian. jika tiada pertalian halal sekalipun tak mungkin dapat lari dari dosa walau dapat mencegah penyakit..

leman ramli said...

sy suke cre awk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...